Trip to Koh Lipe : Oh my wishlist! Day 1

To most of people who knew me really well, diorang memang tau yang aku nak sangat pergi Koh Lipe. Since 2011 lagi dah start berangan nak pergi sana. Even I put it under my 2012 wishlist. Punyalah semangat kan… And maybe ramai nak tahu, How I get an idea about Koh Lipe? Ahaaa…

It happened when I googled about beautiful island in Thailand. And Koh Lipe turned out to be one of the results showed. What makes me super excited about it? Of course lah sebab location die. Only 1 hour from Pulau Langkawi. Transport ke sana pun hanya menggunakan speedboat. Then, sampailah ke Maldives of Thailand-Koh Lipe.

Before start cerita about my journey, ni nak bgtau cara-cara nak pergi Koh Lipe

Segregated by month :

Nov-May: Can access via Telaga Harbour
June-July: monsoon, so not advisable to go there
May-oct: Access via Pak Barra or Satun (All year long can access via Satun and Pak Barra)

And after few considerations on few things, kiteorg pilih jalan yg agak mahal tapi dekat and sekejap je sampai. Memang ade pros and cons dalam memilih speedboat kat sana, but it depends on your budget and condition. Kiteorg memang suka backpacking style sebab we will know how to utilize the budget wisely.

Okay tak nak bebel panjang2, jom kite layan my 2012 wishlist journey :

On 9th Nov, we- Azlina, Pakya and Arda pun bergerak ke Langkawi dgn menaiki Etiqa Airlines di Puduraya (keles nak jugak airlines kan) and sampai Kuala Perlis jetty around 7.00 am. Tiket bas pergi dan balik berharga RM86. Memang plan nak naik Etiqa pon…Sampai je terus beratur beli tiket ferry. Beratur punyalah panjang uols. And nak bgtau jugak, time kiteorg pergi ni, jetty tu tengah renovate. Tambah pulak dgn cuti sekolah, apa lagi kelam labut lah jadinya. Macam-macam rombongan Cik Kiah kiteorg jumpe.

My must have

And finally, we got the tix at 8.15am. We were so lucky sebab ada abang ferry ajak naik ferry yg betul2 nak jalan. So takpayah tunggu-tunggu, kiteorang naik and terus jalan. Yay! Dalam ferry, Pakya n Azlina dah tido but me and Arda bergossip macam dah 15 tahun tak jumpe. Tapi bagus jugak camtu, sebab sedar2 je dah sampai Langkawi. sampai je terus cari toilet and round2 untuk cari breakfast.

Lihatlah backpack kami, berat tuuuu
Last group yang dapat masuk ferry, tapi sempat bergambar lagi
Bread Story for our bekalan

Since kiteorang sampai a bit earlier than we planned, kiteorang pun habiskanlah masa yang ada dengan lepak kat Starbucks. Charge handphones and check in apa yg patut. Itu harus kann. Lepas ni nak snap2 lagi kan, so power kena cukup. Around 12pm, kiteorg pon pergi cari taxi ke Telaga Harbour. Journey to Telaga Harbour from jetty, took about 45 mins. Normally, they charged you RM10 per person. So in total RM40.

Oh before lupa, nak bagitahu yang speedboat tix kiteorg akan bertolak pukul 2.30pm. And kene check in 1hour 30mins earlier than departure time. Keles tak ayat tu? Hahah even die speedboat tapi procedure tetap sama macam naik flight. Weols sampai 1ah awal and terus check in. Nanti die akan simpan our passports and collect time sampai kat Lipe. They will give your boarding pass and jangan lupa simpan elok2 tau. Sementara tunggu lagi 1 jam, we went to KFC next to the jetty point.

This is Telaga Harbour Jetty

Our boarding pass from Telaga Harbour

Had our lunch kat situ and please try coleslow dorang. Memang sedap gile sampai tapaw bawak gi Lipe tau. One more thing, scenery kat situ pon memang superb even hot hot like Miami gitu. Tak caya, cuba try tengok gambar kat bawah tue, tak terasa ke macam kat New Zealand? (verangan)

Arda, Azlina and me at KFC
And me again
Semua kena beratur before masuk boat
Okay kami antara yang terawal dapat masuk

Yes! Jom kite ke Lipe

Dah dalam boat, sementara tunggu yang lain masuk, kite posing dulu

Budak-budak excited

1hour later, we rushed to Telaga Harbour jetty. Beratur and terus chop tempat paling depan. Katanya bila  duduk depan sekali, at least sampai awal sikit dari orang yang duduk belakang. Tapi sebenarnya duk depan hazab ye… sebab hujan gerimis2 dan terus feeling2 kena splash water. Mampu? Refreshing la kan… Sepanjang perjalanan, macam-macam bentuk pulau kami nampak. Memang sangat-sangat cantik sampaikan kiteorang penat teka mana satu lah Koh Lipe ni kan.

Sampailah boat pun slow moving…Ke satu pulau yg agak besar…
Dan akhirnya,Syukur. I’m in Koh Lipe babeyh! Excited yg teramat sangat. Sbb tak sabar nak begin our ‘funny’, happening and awesome journey (nanti akan diceritakan). Oh tak lupe jugak dengan kisah 500 BHT di Koh Lipe. Jeng jeng jeng… Siapakah yang bawak hanya 500 BHT ke Koh Lipe? Itu kene tunguuuuu… Berbalik pada cerita tadi, boat akan berhenti tengah2 sikit and longtail boat akan ambil korang utk ke pantai. No jetty ya. So berbasah-basahan lah kita.

And my first glance of Koh Lipe

Awesome right?
Before sampai ke pulau, we ols kena naik longtail boat dulu
Yay! Sampai jugak akhirnya

Most welcome Koh Lipe

Once you there, you need to go to immigration counter for passport collection. Don’t expect much about the counter. Just a basic hut with good services. Ahaa… Kat immigration counter ni, jangan lupe ambil free map. Dorang memang ada sediakan utk korang. So thru this map, you guys will know about the chalets, bar and snorkeling locations. Nak advice jugak kat korang yang nak pergi sana, don’t worry if didn’t book any accomodation time kat sana. Especially, island activities, korang boleh bargain good price bila dah sampai sini. So don’t worry.

While waiting for our passport, kiteorg gigih cari bags and my duty was to call chalet we booked.

Hello hello, Zanom Sunrise, we are here, can you fetch us at Bundhaya? And we waited like an hour until kiteorg mintak tolong kakak immigration call kan for us. Rupanya they all tak paham meks speaking London uols. Takpelah nasib sementara tunggu tu, dpt layan pantun uncle immigration yang very friendly. Siap die suruh mat saleh ckp Bahasa Melayu kat kiteorg. Oh I’m a proud Malaysian.

When Zanom people (His name is Kam), sampai, die terus bawakkan bag2 kiteorg ke taxi beroda tiga. Even kiteorang ni bersaiz persis model2 Brazil, motor taxi ni tetap muat yaaaaa. Gigih Kam bawak naik bukit bagai. It was a challenging ride. Mana tak nya, jalan kat situ mana ade jalan tar. Sumenya tanah semata. Kalau ade award rempit 2012, memang wajar diberikan kpd Kam kerana kegigihan membawa diva2 Malaysia hehe

Taxi taxi in Koh Lipe
Isi visa form dulu
Tunggu taxi dekat Bundhaya Resort
Bergossip dulu, macam biasalah kan!
Me and Izah Ombak Rindu (katanya bosan sangat menunggu)
Akhirnya sampai jugak si Kam ni
Cover magazine sangat tau
Posing atas motor Kam before check in

10 mins later, sampailah ke Zanom. Oh ya. Kohlipe ni ade 3 main beaches which are Pattaya, Sunrise and Sunset. We choose Sunrise sebab menurut Tripadvisor, tempat ni paling cantik and relax. Memang betul. It just that, we think Pattaya lagi happening utk warga muda mudi seperti kami, tak gitu? And nasib tak pilih Sunset beach sebab itu mmg isolated sgt2. Tak banyak pun chalet kat sana sebab orang datang pun nak tgk Sunset.

Our room in Lipe

Sampai je kat Zanom, kiteorg dpat bilik utk 4 org betul-betul depan lobby @ bar dorang. Time sampai, boss die, Palm tak ada. So staff die suruh masuk dulu and nnti baru bayar. Then kiteorg pun kemas2 barang and apa tunggu lagi kan, time utk mandi lah since bau pun sungguh wow! Anyway, in case you need to book Zanom Sunrise chalet. Please contact Palm at : +66(0)87-381-3494. Susah sangat nak dapat contact chalet ni time kiteorang nak pergi. So now, here it is. Sharing is sexy right?

Lepas mandi je kiteorg siap2 untuk start berjalan2 kat Pattaya beach. Katanya nak cari snorkeling package kan… So nak bargain harga yg terbaik la ni. Jalan-jalan, snap-snap photo and survey harga package yang ada. Most of them tawarkan harga yg sama. Kat Lipe ade 2 packages : 1 yg 500bht and 1 lagi 600bht (Bezanya jauh and dekat je). Siap lunch, fruits and equipment. Murah kan? Tapi kiteorg dpt lagi murah. We got 400bht for the 1st package. Not inclusive national park fee which was 200bht.

Ini memang candid terbaik tahun 2012. 3 different expressions

On our way to Pattaya Beach
Koh Lipe map
My travel habit : Snap catchy signboards
Snorkeling packages
Postcard for me

To bargain harga yg quite baik,pls go to this company called We Love Koh Lipe (Pattaya Beach).Since perut dah lapar, kiteorang pun cari food kat Minna restaurant. Untuk Muslim, don’t worry, byk jugak Muslim restaurant kt sini. Cume get ready duit je sbb Muslim food a bit pricey. So utk 1st night, kiteorg makan kat Minna. And Minna Resturant ni sangat famous dengan roti-roti die.Actually, dia macam roti canai kita je. Tapi dia letak Nutella, banana and macam-macam lagilah. Korang patut try Fruit Shake die jugak. As for me, I took Mango Sticky Rice yang sememangnya my all time favorite in Thailand. Memang bestlah!

Oh my mango sticky rice, I miss you
Like I said, you must try the shake (Motif model kat belakang tu?)
Walking street at Pattaya Beach

On the way balik tu, kiteorg terus bayar our fee utk snorkeling. Then while waiting for the receipt, hujan turun memang lebat gilos. Terkandaslah kiteorg dekat situ. Uwaaaa… Nasib ade kerusi and boleh lepak2 kat kedai tu. Almost 30 mins jugakla tunggu kat situ. Dahlah Pakya tersadai kat kedai sorkeling lain semata2 nak dpt best price. Huhu… Bertabahlah!

Berteduh kat sini sementara tunggu hujan berhenti

Bila hujan dah berhenti, kiteorg pon bergerak balik ke Zanom Chalet. Harus diingatkan jalan ke chalet kiteorang tersangatlah gelap sebab die lalu area kampung orang laut. Nasiblah Opah bagi handphone Nokia Torchlight (even lampu die ala2 non hado kan) tapi berguna jugaklah.

Time suluh2 tu, tetiba ade geng anjing berbunyi kaw-kaw nya. Dah lah kiteorang memang penakut anjing. Rasa nak lari tapi lagi bahaya nanti. So redah jelah. Makin lama makin kuat pulak menyalaknyaaaaa… Time-time kronik macamtu, nasib ada abang-abang kampung kat situ yg halau anjing-anjing tu. Dorang datang membantu di saat2 yg sungguh tidak disangka. Nasiblah kan!

Sampai je chalet, memang terus siap-siap nak tido sebab tak larat sangat. Dah lah dari semalam tido dalam bas pon tak lena. Jadi inilah masanya utk tapaw tido lama2.

On the way back to our chalet. Jumpa pulak cute post box
to be continued….

One thought to “Trip to Koh Lipe : Oh my wishlist! Day 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *