Trip to Koh Lipe- Oh My Wishlist! Day 2

Continue from previous post of Koh Lipe trip…

Pagi tu, memang dah set alarm utk bangun pagi-pagi. Timezone dorang lewat sejam dari time Malaysia. So around 6.00 am tu, memang matahari dah naik. Kejutkan dorang, semuanya tengah sakan tido. Jadi, nak tak nak, kena lah pergi sorang-sorang. All by myself katanyaaa…

Bilik kiteorang ni pon mmg dekat sangat dengan beach. Bila sampai je tepi pantai, fuh terus terpesona dgn view yang sememangnya cantik. Time snap-snap picture tu, tetiba ada pulak anjing duduk belakang temankan kita tengok sunrise. Untunglahhh kan, anjing-anjing kat sini teramat banyak and jinak. Penat dah halau tapi manja sangat sampai temankan orang tgk sunrise. Layan jelah kan, hanjing…

My first sunrise in Koh Lipe

Lepas dah puas layan sunrise, bergeraklah balik ke bilik. Time balik tu, singgah jap kat public toilet tepi chalet sebab nak basuh kaki. Time tu pulak ade sekor puppy comel ikut nak masuk toilet. Aiyo nervousnyaaa. Nasib cepat-cepat marah die, so die masuk dalam toilet lagi satu. Since tunggu puppy tu keluar, duklah dalam toilet tu lama2.

Tak jugak keluar. Penat jugak tunggu puppy ni blah. Jadi solution yang paling bernas,cepat-cepat keluar dari toilet dengan harapan puppy tu tak ikut. Tapi harapan tinggal harapan. Die ikut jugak and bile start nak marah die, die terus panjat kat kaki. Aahhhhhhh…. Geli jugakla time tu…Tapi rupanya die nak ajak main-main ngan die. Mmglah kau comel wahai hanjing tapi perasaan takut tu memang takleh nak buat apa. Even die golek2 manja tapi sorrylah tau…Takut sangat kekdahnya…

Balik je terus kejutkan dorang suruh bangun cepat. Before 9.00 am dah kene ade kat Pattaya beach. Walking to the beach will take about 15mins. So we need to gerak a bit early. Tapi bila dah duduk dengan all girls katanya… Turn mandi tu selalu nya akan delay sebab, mesti ada yang cakap kau la dulu, kau la dulu kan… Itu normal. Sebabkan tu lah, pukul 8.30am bru terkedek-kedek nak jalan. Nasiblah si Kam tu ade tolong hantarkan… And normally, boss die memang xbagi sebab dorg pon kurang staff. Tapi kiteorang faham, so kekadang je kiteorang mintak tolong Kam tue, time lain tak kacau nyaaa…

Posing dulu before pergi Pattaya Beach

Duduk depan chalet sementara tunggu abang Kam

Atas taxi Kam

All of us

Kam turunkan kami kat simpang masuk Pattaya Beach

 Sampai je kat Pattaya Beach, kiteorang terus nampak kakak yang uruskan booking kiteorg kat beach. Pass the receipt and die terus suruh try fins and mask. Apa yang best pasal snorkeling trip kt sini. Dorang bahagikan ikut group-group tau. So group kiteorg ade 8 org je. Lagi senang nak handle bila orang sikit ni, takdelah susah beach boy kiteorang, si Piya nak cari kalau ade yang excited bila jumpe air.Macam terjadi kat my friend, Azlina. Dia excited sangat dapat tengok ikan sampai satu boat tunggu die naik. hahahha… Nasib Abang Piya ada tolong, kalau tak, memang tinggal je.

Sementara tunggu number dipanggil

I’m ready to get tan… Now betul-betul dah tanned 🙁
Keles tak auntie sebelah tu… Pakai kain batik je bagi masks and fins kat semua orang
Ready untuk snorkeling

Time snorkeling trip, kiteorg di bawa ke beberapa pulau berdekatan sepeti Koh Jabang,Koh Hin Ngam, Koh Adang, Koh Rawi and Koh  Yang. Setiap pulau2 ni ade keistimewaan masing2. Macam kat Koh Hin Ngam. Dorang ade National Park yang ade batu-batu famous tu. Mmg cantik dalam gmbr. Tapi kiteorang tak nak masuk. Sebab kene byr 200bht. Hehehe for us not worth it lah. But Piya is so kind. He let us masuk for FREE. Masuk amik gmbr je lah pon. Dah hamik tu, naik boat balik. Sempatla merasa pegang and susun batu2 tu. Thanks Piyaaaaa….

Dalam longtail boat Piya

Dah macam kelab pondan Siam 2012

Excited betul muka weols

Posing poyo

Azlina posing camni ada makna

Gigih Piyaaaaa…

Atas boat pun dah siap sedia

Nasib ada tali and PIYA
4 of us : Top left : Pink. Top Right : Beyonce. Bottom left : J.Lo. Lastly : Britney *tolong jangan muntah*
Penat nak posing dah

Lepas je balik from Koh Hin Ngam, kiteorg dibawa pulak ke Koh Adang. Kat sini air die color emerald green ye. Cantik sangat. Feeling2 Phuket la kan. Ini yang best pasal Koh Lipe. Dapat tengok warna laut biru and hijau. So stunning! Habis je bersnorkeling kt situ, kiteorg dibawa pulak gi Koh Rawi. Kat sini air biru pulak. Kat sini tak payah beriya nak snorkeling sebabnya tempat best untuk lepak makan-makan tengahari. Piya passed all Muslim and vegetarian foods to us. It’s inclusive 1 mineral water per 2 pax.

Me and #cintahati Azlina : Piya…
Bersnorkeling

Kiteorang terus amik foods and duduk sambil layan view yg awesome. Tenang sgt tapi panas la kan. Gigih katenye nak picnic tepi pulau. Okay… kat sini sebijik mcm dalam filem Kaho Naa Pyaar Hai. Yang ada Hrithik Roshan and Amisha Patel. Kalau yg tak tengok Hindustan tu, boleh pergi Youtube tengok video die ye…bila Nampak je view mcmtu, takkan nak berlengah lagi.. Berangan la jadi Amisha Patel kan… Memang terbaik lah if dpat berangan2 ni. Bak kata orang, kalau berangan sila serahkan pada yang pakar, Safura!

Lunch time at Koh Rawi
Ber ‘Kaho Naa Pyaar Hai’

Joyah tengah advise Azlina untuk amik best shot

Me and deretan longtail boat

Dah habis makan and bergambar, we make a move to longtail boat. Sampai je kt situ. Piya terus bagi fruits (pineapple n watermelon). Weyyyy…the fruits was super juicy uols. Siap mintak extra cos it was really good. Memang terbaik dari boat Piya lahhh…

Fruits session at Piya’s boat

Lepas lunch, Piya bawak ke final and closest island to Koh Lipe iaitu Koh Yang. For those yg nak sunbathing, this is the right place to do it. Very peaceful. And kat sini cuaca tersangatlah panas. Disebabkan xnak bertambah hitam… Apa lagi dudukla dkt dlm boat yg panas tu.

When look at this picture, baru realized memang kiteorang semua hitam bila kat sini
Pelampung Piya jadi props
The water

15 mins later, Piya asked us to gather in the boat. And balik semula ke Koh Lipe… Journey took about half an hour. Most of us dah tido pon time ni sampailah boat tetiba stop tengah laut. Tak tahu apa jadi, but Piya terus do something kt engine die. Then terus jalan macam biasa. Wahh! Bagusla orang2 pulau ni. Terkesima I…

Penat people in action

Balik je snorkeling, kiteorang terus balik bilik. Mandi and sembang-sembang jap…pastu terus tido sampai lah ke malam. At that time pulak,hujan tak berhenti tau. Memang syok lah tido. Around 9.00 pm kiteorang semua terjaga…Then siap2 nak cari food, tapi macam dah lewat pulak nak ke Pattaya beach. So what we did, kiteorang mintak hot water and masak Maggi. Since cam nak jugak keluar, kiteorang just lepak at Zanom Bar till 11.00pm.

Balik bilik sambung pulak main Monopoly Deal. Meriah aku and Pakya belajar cara nak main monopoly deal from Sifu Arda. Hehe anyway it was a great one lah. Dah penat main, kiteorang pun tido balik. Penat bersnorkeling katanyaaaa…

Monopoly Deal before we went ZzzZzzzZ
to be continued…

0 thoughts to “Trip to Koh Lipe- Oh My Wishlist! Day 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *