Backpacking to Beijing Part 6

Kami keluar dari hostel agak lewat untuk hari terakhir aku di Beijing. Dalam pukul 10am, kami terus ke kaunter untuk check out. Tapi…Kak Yong tak packing barang untuk balik lagi. So tak boleh la kiteorang check out. Selepas berbincang, kami decide untuk ambil 1 bilik sahaja dengan dikenakan bayaran 110Yuan/RM55. Jadi aku check out hanya untuk 1 bilik sahaja dan transfer semua barang aku ke bilik 1 lagi.

Selepas semuanya settle, aku dan yang lain terus bergerak menuju ke subway station. Bagi aku, hari terakhir aku di Beijing merupakan hari yang paling ‘Shine Bringht Like A Diamond’ katenyaaaa! Haritu, matahari terbit dengan terangnya even cuaca masih sama seperti hari-hari sebelumnya, SEJUK GILER. But for me, it was a beautiful day in Beijing.

Naik je train di Wangfujing, kami dapat lihat betapa ramainya manusia dalam train. Mungkin hari Isnin kan, ramai yang dah start bekerja dan sekolah. Tu yang ramai kan. Tapi kami dah biasa dengan keadaan camni. No hal lah nak tolak-tolak ni ahhahah! Kat Malaysia pun sesak camni jugak kan?

Untuk harini, kami decide untuk pergi ke Zoo. Saje nak tengok panda yang memang comel sangat. Sampai di Line 8 Beijing Zoo, kami terus beli tiket dengan berharga 15Yuan/RM7.50 sahaja untuk seorang. Weyyyy! Murah gile. Memang rasa macam seronok lah duduk kat sini sebab hampir keseluruhan attractions mengenakan harga yang murah. Kalau kat Malaysia semua tempat masuk murah macamni, mesti best kan!

Pintu masuk Zoo

Beli tiket dulu

Zoo ticket



Kami antara yang terawal sampai di Zoo pagi tu. Suasana masih lagi sunyi tapi itulah yang best. Tak payah nak bersesak-sesak. Boleh ambil gambar banyak-banyak kan? Kami mulakan perjalanan dalam zoo dengan melawat Panda. 

Tapi sebelum sampai di Panda cage, kiteorang singgah di kandang haiwan lain.Macam-macam haiwan yang kiteorang tak pernah tengok, tapi dapat tengok kat sini. Yelah iklim sini pun lain kan, jadi haiwan-haiwan di sini pun pelik-pelik sikit. Tapi yang tetap menjadi fevretku haruslah Mr. Panda

Panda kat sini ada 2-3 ekor saja. Tak banyak pun. Time kami sampai kat sini, ada sekor panda je yang dah bangun. 2 lagi tengah tidor. Yelah cuaca pun sejuk gitu, kalau aku pun, baik tido kan. Tapi untuk orang-orang yang memang tak pernah tengok Panda secara live, mestilah rasa macam nak kejutkan je dorang bangun. Tapi dorang lagi prefer untuk tido 🙁 … 

Habis je tengok panda, kiteorang just jalan-jalan kat cage yang lain. Haiwan-haiwan dalam zoo ni memang dijaga dalam kandang yang bersih. So takdelah nak tengok dari jarak yang jauh especially kalau ade poo-poo yang tak dicuci. Busuk kan? Tapi kat sini memang bersih je…Selesa sakanlah haiwan-haiwan kat sini.



Let’s begin the journey


Species panda yang macam meow.Comel!


Pandaaaaaaaa

Pelik sungguh binatang ini. Terkangkang menghadap matahari


Polar Bear


Llama


No Australian Animals

Posing dulu!


Dekat 2 jam jugak weols spent time dekat dalam zoo ni. Memang besar sangat. Ini pun tak dapat nak cover semua tempat tau. Even matahari terpacak atas kepala, cuaca tetap sejuk macam biasa. Tak tahulah pulak berapa degree untuk haritu. Rasanya macam 1 degree celcius je. Sebab kami still boleh tahan lagi.

Habis je tour zoo, kami lintas jalan untuk sesi bershopping. Kiteorang ada resarch kat Internet. Katanya shopping mall depan Beijing Zoo ni memang worth it gile. Harga die tak menggila macam kat Silk Market. Memang jauh beza pun. Orang-orang kat sini tak se-extreme peniaga di Silk Market. Tempat ni memang sesuai untuk mereka yang suka shopping kat Sungei Wang or Kenanga Shopping Mall. So kalau korang memang big fan of those shopping malls, just opposite Beijing Zoo, you’ll find your heaven!

As I mentioned, weols tahu pasal mall ni pun dari Internet. The person hanya state yang we need to cross the road and walk to the costume market. Yes they called it costume market. Dalam ni, memang banyak sangat baju, jacket, seluar, jam tangan, scarf and macam-macam lagi tau. Harga die takde lah murah sangat-sangat. Biasalah, barang Made in China kat Malaysia pun harga murah jugak right? So kalau korang beli banyak memang dapat murah. Sebab apa yang kami tengok, ramai wholesaler yang datang sini untuk memborong. Maybe dorang ni meniaga kat Silk Market kot. So ambil barang kat sini. Agaknya jelahhh…

Sempat jugak kiteorang beli beberapa barang kat sini. Dalam mall ni jelah pun yang kami berani beli. Kalau kat Silk Market tu, nak tanya pun tak berani ye. Kat sini, dorang tak marah or maki pun if tak nak beli. More relax and less stress gitu! Kami sempat lepak kat Mc’D dalam mall ni. Suasana memang sama je macam kat Malaysia. Takde beza pun!

Keluar dari mall ni, aku terperasan satu mall kat sebelah yang tulis, Korean Clothes. Ha macamtu lah signboard die. Aku rasa, mesti banyak dorang jual baju-baju Korea kan! Tapi takpela, aku tak berapa minat sangat nak ber-shopping kat sini. Bukan apa, sekarang ni, kat Malaysia, semua barang ada. Tak kirelah dari negara mana, memang mesti ada. Cuma mahal atau murah je. So, tak berapa nak heran sangatlah…Chewah!

Since kami dah tak tahu nak gi mana lepas tu, kiteorang balik ke Wangfujing untuk relax-relax before pergi airport. Time balik tu, kami tukar dari Line 8 ke Line 4. Time tukar tu, kiteorang berjalan berempat rapat-rapat. Since hari pertama lagi, kami make sure, tak nak berpecah-pecah. Nanti lagi susah nak cari. Tapi, nak dijadikan cerita, kiteorang ‘terpisah’ di Line 4. Tiba-tiba sahaja orang yang keluar dari train ramai sangat-sangat. 

Aku and Shima ingatkan Yong and husband ada kat belakang. Tapi bila kami nak masuk ke Line 1, toleh je belakang, dorang dah takde. Dahlah ramai pulak yang pakai winter coat warna putih. Semua pun nak sama. Muka Yong pun boleh tahan cam Cina Beijing. Lagi susah la nak spot dorang kan. Kiteorang mencari-cari dorang kat area ticket counter. Takde. And tunggu jugak dorang kat tangga, kot-kot kalau dorang ada kat situ… Tapi takde jugak!

Risau giler time ni. Dahlah aku and Shima je yang ada map. Dorang hanya ikut kami je…Kalau aku and Shima sesat, at least kiteorang boleh ikhtiarkan melalui map yang ada. Kalau dorang, macamanalah…Itu yang buatkan aku risau. Sebab Yong memang tak tahu apa-apa pun pasal subway ni. Aku paling risau kalau dorang tak turun station ni.

Jadi, apa yang kami buat. Shima volunteer untuk cari dorang kat Line 4, tempat kami turun tadi. Aku pulak ditugaskan untuk tunggu di Line 1. Apa-apa pun, aku kena tunggu kat Line 1, tempat yang sama. Sebab kalau aku gi tempat lain, lagi susah. Since kiteorang takde handphone pun nak contact each other. Sambil duduk tu, mata aku tak stop mencari kelibat cina bukit Malaysia ni. Manalah die ni pergi, risau beb! 

Dalam risau-risau tu, aku sempat jugak kunyah Snickers. Maklumlah, bila stress ni, perut pun mudah lapar..hehe… Habis kunyah snickers, still tak nampak-nampak dorang ni. Haih, mana pulak lah Yong pergi ni…Dekat 15 minit dah ni aku tunggu… Risauuu pulak aku! Harap sangat Shima jumpa Yong and husband. Sambil aku risau tu, mata tak berhenti tengok kiri kanan…Mesti orang-orang kat situ pelik tengok aku duk berdiri sorang-sorang sambil amta menonong cari orang… Dalam sibuk-sibuk cari tu, muncul pulak kelibat Shima

Akhirnya, Shima berjalan ke arah aku ditemani oleh 2 orang. Ahaaa… 2 orang itu haruslah Yong and husband die. Syukur! Jumpa jugak kakak aku. Kalau x, memang dorang ni jadi muka depan China Press laaaaa… Time jumpa tu, aku tanya mana kau gi Yong? Die terus jawab, aku nampak korang dua orang tadi, then bila aku ikut je lah. Bila ikut dekat-dekat…Tengok bukan korang. Korang pun dah hilang. Nasiblah Yong and husband tunggu je kiteorang datang. Kalau die merayap-rayap cari kami, yang kiteorang pun cari dorang. Memang tak jumpelaaa…Bila pikir balik, dah nak balik Malaysia pulak baru ada kes-kes camni. Nasiblah jumpe, kalau tak, memang aku terus buat report je…

Sampai saje di Wangfujing, kami berjalan menuju ke hostel. Yong and husband terus pergi ke kedai Muslim untuk makan tengah hari. Aku and Shima plan nak balik bilik and rehat-rehat dulu. Sebab kalau Yong balik bilik, kami kena keluar. Bilik sempit uols. Dorang pun tak packing barang lagi, so better aku and Shima balik berehat sekejap before sambung keluar balik.

Lebih kurang 1 jam, Yong pun pulang ke bilik. Die siap bawak balik hasil borong die kat Wangfujing. Katanya baju I Love Beijing, murah gile kat satu kedai ni. Apa lagi, aku and Shima excited gile lah. Terus sarungkan jacket, glove and topi dan bersiap untuk ke kedai tu. Kami pun berjalan berdua mencari kedai yang ada jual baju I Love Beijing tu. Cari punye cari, akhirnya jumpa jugak kedai yang Yong maksudkan. Mula-mula tu, mamat kedai tu taknak bagi harga yang Yong dapat. Then kami blah je. Nak buat macamane, mungkin bukan rezeki kami kan… Tapi tak lama kemudian, dia panggil balik. kiteorang memang happy lah. Memborong sakan babe! Dari nak beli 2 helai terus ke 7 helai..Mahal sebenarnya! Tapi beli jelah, malas nak pikir katanya.

Kami sambung perjalanan kami ke Starbucks di area Wangfujing. Since dalam Starbucks taklah sesejuk kat luar sana,apa lagi, inilah masa untuk kami order blended beverages. Shima ordered blended juice, dan aku pulak, asalnya mintak Frapuccino Blended tapi dia boleh pulak bagi hot one. So minum jelah. Mungkin barista tu pikir, apa lah masalah 2 orang ni nak minum air sejuk dalam cuaca macamni. Ingat kulit buaya ke apa kan…Yelah, kami ni bukannya muka minum air panas kekdahnya..

Kami lepak lama giler kat dalam Starbucks tu…Macam-macam gossip laaa kiteorang bercerita kan. Keles bergossip sampai ke China katanya…Apa yang kiteorang borakkan pun, bukan dorang paham. Tapi yang bestnya, takde sapa pun kisah nak pandang-pandang apa yang kiteorang buat. Aku ni ha…Siap cabut jacket, baju…sampai tinggalkan thermal je kat Starbucks. Sebab tetiba rasa hangat! Tapi dorang tak kesah pun..Siap aku and Shima ni, chopkan tempat sorang mamat China yang ‘shomel’ gitu.

Tempat duduk dekat Starbucks ni very limited. Aku and Shima bernasib baik dapat duduk tepi glass gitu. So memang boleh nampak sesiapa yang lalu tepi kami.  Then, kami nampaklah sorang mamat ni mundar mandir cari tempat duduk. Aku and Shima sambil gossip-gossip tu, concern jugak ngan mamat ni. Sian dia takde tempat duduk. Tiba-tiba orang belakang kami pun bangun dari tempat duduk, maybe nak balik kot. So apa lagi, kami kan extra peramah… Apa lagi, cepat-cepat panggil mamat yang berdiri kat tepi glass tu, sambil tunjuk kat situ ada tempat kosong. Gigih berjalan laju, nak dapatkan tempat duduk tu. Then die ucapkan terima kasih kat kami berdua. huhu..Selain ‘shomel+sepet’, kami memang ikhlas nak tolong orang-orang yang ala-ala ‘lost’ gitu hahaha! Bukan apa, inilah cara untuk kami balas jasa baik mereka yang tolong kami sepanjang berada di Beijing ini!

  Dekat pukul 8pm, kami bergegas ke restaurant Muslim tu untuk makan Mee Tarik. Kongsi berdua untuk sepinggan tau. Bayaran yang dikenakan untuk sepinggan mee yang boleh dimakan 2 orang ialah 20Yuan/RM10 sahaja. Dah kenyang, kami pun ucapkan ‘bye-bye’ kepada owner kedai dengan memberitahu yang kami akan pulang ke Malaysia malam ni. Nak cakap lebih-lebih takut tak paham pulak. Kalau die paham, kami nak cakap, terima kasih kerana menyediakan makanan yang sedap gitu. Keluar dari kedai tu, kami terus pulang ke bilik untuk siapkan barang-barang. It’s time to say goodbye to Beijing 🙁

Jam menunjukkan pukul 9.40pm sewaktu kami keluar dari bilik. Kami siap bawak bag-bag yang ada ke lobby, berhampiran kaunter receptionist. Temanya, nak tunggu driver taxi sampai, then boleh ber-wifi sebentar. Ingatkan driver taxi tu lambat lagi, rupanya die sampai awal. Wow! Memang punctual sangat-sangat! Bagus betul dorang ni. Time management terbaik! Sebelum keluar dari hostel, sempat jugak ucapkan terima kasih kepada staff-staff di Sunrise Hostel. Jangan risau, I akan siapkan review on TripAdvisor!

Perjalanan dari hostel kami ke airport hanya mengambil masa dalam 45 minit je. Bukannya kami taknak naik train, tapi mengenangkan bag yang banyak and cuaca yang semakin sejuk, buatkan kami malas giler nak naik public transport. Better amik taxi, kongsi 4 orang and terus je sampai airport. Better that way!

Kami sampai di airport hampir pukul 11.00pm. Flight kami akan bertolak pada pukul 2.10am. Banyak lagi masa, so kiteorang lepak-lepak kat waiting area saje. Oh harus diingatkan, untuk mereka yang menaiki AirAsiaX from Beijing to KL, haruslah pergi ke Terminal 2

Dalam beberapa jam selepas tu, kami terus check in bagasi and berjalan menuju ke kaunter kastam. Fuh! Kastam dorang very the… Strict sangat! Since Shima berhijab, die siap check kat area tengkuk and spraykan something kat neck die. Tak tahulah apa yang die spray tu. Tapi memang kaw-kaw nye die check sorang-sorang. Alhamdulillah, kami tiada masalah di situ.

Malam tu, bukan sahaja penerbangan AirAsiaX sahaja yang akan pulang ke Malaysia. MAS pun ada jugak. Tapi dorang awal sejam. Disebabkan itu, kami terpaksa bertukar platform di saat akhir dan flight kami delay almost 1 jam. Nasib baik tak cancel terus. Kalau tak, mau meraung kiteorang!

Kami dikehendaki menaiki bus untuk ke kapal terbang kami. Time turun je dari bus, berlari semua sebab tak tahan dengan sejuk. Memang kelakar tengok dorang lari-lari (actually kami pun lari jugak), dah macam budak asrama baru lepas dari pintu sekolah temanya!

Masuk je dalam aircraft, aku terus cari seat. Seat pulak tepi tingkap, memang terbaiklah jadi port tuk tido. Naik je, aku terus tido. Memang tak tahu apa jadi, last aku nampak, rombongan cik Kiah naik sekali ngan aku. Lepas tu, sedar-sedar je dah pukul 6.00am…Hari pun dah siang. Around pukul 8.00am barulah FA passed foods and mineral water. Breakfast la apa lagi kan..

We ols touched down di LCCT around pukul 9.30am. Terus masuk toilet tanggalkan baju berlapis-lapis aku. Pakai lotion sikit-sikit sebab cuaca dah berubah. Dan akhirnya, tamat sudah episode journey to Beijing ni. Penat tak hengat nak habiskan story ni. Hope it will help your future adventure to Beijing ya.

Untuk budget and tips-tips ke Beijing, nanti akan di-updatekan dalam entry akan datang!

4 thoughts to “Backpacking to Beijing Part 6”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *