Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 4

Helloooo!!! Ke-busy-an yang terlampau membuatkan progress untuk update pasal post ke Krabi hold sebentar. Mohon maaf ye.. Tapi kini, saya dah kembali untuk berceloteh dengan anda semua. Jadi, apa tunggu lagi, jom kite sambung TRAVELSTORI from Phuket ke Krabi sekarang…Dah ready? Let’s!
————————————————————————————————————
Seperti yang dijanjikan, van akan datang jemput kami berenam di hadapan guesthouse pada jam 7.30am. Pagi tu, kami dah siap-siap letak kunci dalam bilik since owner guesthouse dah bagi amanat suruh buat camtu if kami check-out sebelum pukul 9.00am. So bagi sesiapa yang plan nak duduk kat sini, korang kena ingat reception counter hanya buka pada pukul 9.00am till 9.00pm. Take note ya! Bila dah settle semua, kami pun bergegas menunggu minivan yang di-book pada harga 500BHT seorang untuk ke Ao Nang, Krabi.

Sampai je minivan, aku seperti biasalah kan…Port sebelah driver lah wajibnya. Ala-ala assistance pilot gitu hehe…Tunjuk jalan, kira berapa orang naik dan lap peluh…Ha! Haruslah tidak uols. Sebenarnya, duduk sebelah driver ni senang nak tido. Al-maklumlah, selesa die lain sikit compared to seat yang lain. Baiklah, sambung cite balik, kami stop di beberapa tempat untuk mengambil penumpang lain jugak. Perjalanan dari Phuket ke Krabi mengambil masa lebih kurang 4 jam. Fuh memang lama giler kan? Tapi fun sebab dah macam road trip sebenarnya. Ramai-ramai dalam tu, and bergelak sakan uols. Kami juga berhenti sebentar di RnR versi Thai selama 30minit untuk ke toilet dan membeli belah.


Sepanjang perjalanan kami dihidangkan dengan pelbagai jenis sceneries di sekitar kawasan sewaktunya. Ada yang berbukit-bukit, taman, sungai dan macam-macam lagi.. Pendek kata, looks exactly like we’re in Malaysia. Ala dah kata berjiran kan. Ha cakap pasal jiran, dalam van tu, kawan-kawan aku yang duduk kat belakang dapat ‘berjiran’ dengan geng mat saleh.

Ada laaa mat saleh ni, dorang travel 2 beranak (perempuan) and dorang macam kena tipu jugak tau. Sebabnya dorang kena byar mahal and then service yang dorang dapat macam kiteorang je. Lagi worse, punyalah susah driver tu nak cakap ‘YA’ untuk hantar mereka ke hotel tanpa bayaran extra dicaj. Bayangkanlah, dorang simpan duit tiap- tiap bulan untuk datang ke Thailand. Sian tauuu…datang jauh-jauh kena tipu pulak kan. Nasib badanlah nyah.

My friends with their new buddyz
 

Sampai sahaja di Krabi town, driver tu berhentikan kami di satu kedai tour. Macam biasalah, nak jual pelbagai pakej kat kiteorang. Tapi kami tak akan termakan dengan segala pujuk rayu dorang. So kami hanya bagitahu details tentang hostel kami seperti nama hostel dan alamat sahaja. Sambil tu, sempat jugak promote macam-macam pakej kat kami. But apa yang mampu kami jawab, kami datang sini untuk relax and taknak buat apa-apa. Nak enjoy scenery Ao Nang je. Duduk tepi pantai pakai sunglasses, bentang tikar, baring and baca novel Ombak Rindu. Ha keles tak alasan tu? Mesti dalam hati orang tu, very the verangan Kelas A…Die pon naik bosan dah dengan kiteorang and nampaknya die pon malas nak layan.

Ingatkan bila kami dah settle menepis segala marketing tu, bolehlah naik van ke hostel kami. Tapi, drama MLM ini tidak berlansung kepada kami sahaja. Mat saleh(s) tu lagilah teruk kene. Dorang siap letak harga mahal kat rakan-rakan mat salleh kiteorang. Nasiblah dorang ni refer balik berapa yang kami dapat untuk pakej transfer semua. So bila dia dapat tahu harga kami murah je, die terus sembur berkati-kati kat pekerja yang bertugas. Siapa tak marah kalau kita ditipu kan? Jangan ingat kita yang travel ni semua banyak duit. Sometimes we prefer to travel under budget to see how’s life will bring us into. Chewah!

Tertawa jugak aku tengok gelagat dorang yang berkelahi di depan kami. Gaduhlah korang yang penting kami xsabar nak check in hostel kami yang… Ha before that, penginapan kami di Krabi ni memang lain sikit. After bincang-bincang, kami decide untuk stay dalam hostel consists of 8 pax. Since kami 6 orang, so just awesome lah kan. Nama tempat kami menginap tu ialah Glur Hostel. Weyyy, sumpah cantik terbaik ze bombs! Owner die pon very the friendly dengan kiteorang. Wifi pon ado jugak. Yang paling suka, complimentary of fresh banana. Good for digestion while you on vacation. Ha mampu?

 
Van yang bawak kami ke Glur Hostel
 
Ambik bags and jom check in


Bila kami sampai aje di Glur Hostel (glur mean friends in Thai), kami terus check in and dapatkan kunci bilik. Owner hostel akan tunjukkan bilik and toilet. Service terbaik! Masuk je bilik, aku kene duk katil atas. Dulu duk hostel akulah yang paling anti duk atas… Gayat katanyaa. Tapi dah besar kan, duk mana-mana pun jangan nak banyak songeh hokey. Asalkan selamat dan selesa untuk tidur, sudah memadai bagi aku. Bukannya nak stay sampai tua pun kat hostel ni.

Glur Hostel
 
Check in time
 
Friendly receptionist
 
Bike for us in Krabi? No lah
 
Private room
 
Our dorm no.
 
Mine was D1-7
 
Almari comels

 

So nice right?

 

Clean toilets

 

Sesi orientasi katanya…Dengarnya yang kat bawah tu dari Jaipur?


After kiteorang rest-rest, kami terus keluar dari hostel and menuju ke Ao Nang area. Tapi kene berjalan around 15mins la. Since semua malas nak jalan, kami tahan je taxi dan bayar 20BHT untuk seorang. Dalam 5 minit, kami pun sampai di Ao Nang beach yang penuh dengan deretan kedai. Punyelah semangat nak mandi, sebab masih teringat akan air yang membiru di  Patong beach. Dalam hati tu, mestilah sama je keadaanya. Yelah kata senegara kan. Tapi…..tidak!

Air die macam air kat PD. Terus macam alaaa….kenapa camtu? Dahla siap-siap pakai swimming suit nak mandi, tetiba air cam gini pulak. Hmmm, sedeh je 🙂 Since baru pukul 3pm, kami decide untuk hire longtail menuju ke Poda Island (kakak kaunter tu cakap Poda Island paling lawa). So dengan bayaran 300BHT seorang, kami pun get ready untuk invade Poda Island. Before tu, kami sempat beli nasi kosong and telur goreng sebagai bekalan. Tak lupa jugak, sambal ikan bilis as a main course for our lunch by the beach. Al-maklumlah, skip breakfast and lunch sebab nak ke Krabi. So kenalah make it special for dine time. Harga nasi and telur goreng hanya 40BHT.

Kalau korang takde plan bila sampai di Krabi, you guys boleh pergi kaunter BOAT EXPRESS betul-betul berhadapan dengan Ao Nang Beach, untuk beli tiket island hopping. Sebenarnya selain Poda Island, korang boleh pergi melawat island-island yang lain jugak. Harus diingatkan yang Ao Nang Beach takde dapat view yang macam dalam Kaho Naa Pyaar Hai tu…Tapi bila anda pergi melawat di pulau-pulau di Krabi, barulah anda semua dapat verangan tak ingat dunia. Memang cantiks! So worth to visit.

Ha inilah kaunter untuk beli tiket boat. Harga bermula dari 200 ke 300BHT untuk seorang



Okay sambung balik citer perjalanan kami ke Poda Island. Kami semua masuk ke dalam longtail bersama dengan isteri dan anak driver tu (ha driver gitu). Terus terang aku katakan, laut agak scary at that time. Boat kami macam dah terumbang ambing kat tengah laut. Baru naik 5 minit, baju dah habis lenjun disebabkan air laut masuk dalam boat… Since agak cuak disitu, semua terus pakai life jacket. Mulut tak putus-putus meminta agar kami selamat sampai di Poda Island. Itulah penangan ombak rindu di Krabi. Bergelora satu boat, risau kalau ada benda-benda yang tak diingini berlaku, kami make sure barang-barang and nasi tak kena air. Boleh camtu? So wrong kan…Patutnya make sure kami semua ikut rules&regulations naik boat.Isk isk isk

Lihatlah dalam map betapa jauhnya Poda Island ni


Anyway, bila selamat sampai di Poda Island, terus rasa bersyukur yang kami berjaya merentasi desiran ombak yang kuat menghempas boat. Kami turun dari boat and cari port untuk makan dulu. Mula-mula tu teringin nak mandi, tapi terus batalkan saja hasrat itu. Melihatkan keadaan ombak yang bergulung-gulung macam tart gulung, kami rasa tak mampulah nak bergulung sekali. So kami start buka bekalan and makan ramai-ramai. Apa yang boleh aku katakan, memang best makan sambil bertemankan angin sepoi sepoi bahasa ni. Barulah terasa di pulau ye dak?

Cantik untuk dilihat. Tapi…
 
Tidak untuk mandi
 

Bila perut dah kenyang, kami try explore kawasan sekitar pulau tu untuk mencari kawasan air yang lebih tenang. Bila kami jalan, ternyata air di sebelah sana, lebih tenang dari yang menghala ke laut besar. Ini mungkin sebab die terlindung sikit kot. Jadi, takmau tunggu dah, kami terus masuk ke dalam air beramai-ramai. Haa…Barulah best nak mandi kan. Macam-macam kuak boleh buat! Rendam punya rendam, baru lah kami perasan yang tinggal boat kami dan 1 lagi speedboat lain yang ada di situ. Bila tengok phone, jam pun dah menunujukkan pukul 6.00pm. Yelah, pulau ni takde orang duduk. So memang kena chow la sebelum lagi lewat.

Jual food dalam longtail
 
Macamni lah awesome untuk mandi
 
We’re in Poda…Not podahhhhh!
Sampai di Ao Nang, kami terus tahan taxi untuk ke hostel. Balik terus mandi and rehat dulu dalam dorm. Maklumlah bila perempuan suma dah berkumpul, macam-macamlah yang kiteorang bualkan. Tepat jam 8.30pm kami keluar ke Ao Nang untuk cari pakej ke Emerald Pool yang cantik gilos. So kami berjalan keluar dari Glur hostel menuju ke jalan utama yang memang agak gelap dan sunyi. Untuk yang plan untuk stay di sini, anda dinasihatkan untuk membawa torchlight ye.

 

Dining hall untuk lepak and makan
 
Simple and cantik
 

Bila dah berada di sekitar Ao Nang ni, memang kami terus berpecah sebab masing-masing dah naik giler bila tengok souvenirs and T-shirt yang cute and cantik-cantik. Nak kata murah, takdela murah mana pon! Bagi aku, mahal jugak price untuk barang-barang kat sini. Bayangkan T-Shirt I LOVE KRABI tu, paling murah die tawar 140BHT/pc. Hello…Hello…Expensive tho! Bukan itu sahaja, rata-rata pengunjung Krabi ni, datangnya dari Malaysia. Jadi, mood Langkawi tu tetiba je wujud hehehe… Mungkin kerana banyak makanan Halal di Krabi ni yang membuatkan mereka lebih terpanggil untuk berada di Krabi compared to other places.

Ao Nang market
 
Suka fridge magnets ni. So cute!
 
Tried our first pancake in Krabi. Uncle ni nama dia Ali
 
Mine was Pancake Banana with Chocolate Sauce. 40BHT
 
Borong-borong
 
Penat budak ni layan perangai nak murah kami


Dah habis berjalan-jalan di sekitar area Ao Nang, aku tak nak tunggu lama lagi untuk beli tiket ke Emerald Pool. Kalau boleh nak buat 1 day trip sekali dengan Hot Spring and Tiger Cave tapi dah fully booked pulak. So kami terpaksa ambil half day trip iaitu Emerald Pool and Elephant trekking. Takpelah, since aku nak sangat ke Emerald Pool and the girls excited gilos nak ber-elephant trekking. So grab jelah pakcage tu dengan harga 750BHT/pax. Harga ni pun aku dapat setelah survey di beberapa kedai di sekitar Ao Nang. Checked dengan seorang uncle pancake ni, die cakap memang berbaloi-baloi lah!

Kenapa aku excited sangat pasal Emerald Pool ni? Pada sesiapa yang tak pernah tahu, mesti cakap, Emerald Pool ni macam swimming pool. So kalau dah macam swimming pool, buat apa nak gi jauh-jauh sampai Krabi ke? Ha….Reason kenapa aku nak sangat ke sana, of course lah sebab susah nak jumpe benda-benda natural macamni kat tempat lain.

Kalau island hopping package, memang dah banyak kali buat and even pulau-pulau ni lain, namun I prefer to have something different, kan? I bet you guys pun mestilah nak lain dari yang lain. Even terpaksa letgo trip Phang Nga yang memang antara aktiviti wajib buat time kat sini, but it’s all paid off when you see Emerald Pool with your own eyes. Nanti kite cerita pasal trip tu untuk next post.

Dah settled urusan untuk ke trip tu, aku dan yang lain terus amik tuk-tuk untuk pulang ke Glur Hostel. Tapi kami stop dekat depan jalan utama ke Glur Hostel since ada restoran Halal Sareepah. Singgah makan dulu since dorang dah lapar. Habis makan, kena pulak menapak jalan gelap ke Glur Hostel tu.

Scary bile kenangkan balik. Satu tips bila berjalan dalam gelap yang Ain kongsikan kat aku. Kite kena jalan secepat yang mungkin dalam keadaan senyap. Sebab bila kite bising orang tu akan tahulah yang kite ni gegirl. Then bila kite start bercakap pong pang pong pang, orang tu boleh baca character kite. Fuh, taknak dah jalan gelap-gelap macamtu uols. Kecut perut I.

Sareeepahhhhh Restaurant
 

Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat di hostel. Before tidor, pergi toilet bersama-sama. Nampak tak betapa ‘asrama sangat’ kehidupan kami kat sana. Terubat rindu pada zaman hingusan di asrama. Yang paling best, bila masuk bilik kami kena cakap bisik-bisik. Bukan apa, takutlah menganggu ketenteraman yang lain. Al-maklumlah, suara kami memang boleh dengar satu Ao Nang. Jadi, malas lah nak memalukan negara sendiri di khalayak ramai. Ha sangat menjaga hati kan kami, tapi sakit tekak uols cakap slow-slow ni. Hehehe…Basuh kaki, baca doa terus tutup lampu untuk zzzzzzzzzzzz…

16 thoughts to “Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 4”

  1. seronok baca entry u .. i pg krabi and phuket on early april .. so byk dpt input dr blog u .. i cant wait !!! lg satu babe , nk tnye .. u pegi , flight ke phuket .. then balik flight dr krabi eyh ??

  2. Salam tumpang tnya.tukar duit dkt malaysia ke kt phuket lg murah? Dan lg satu bile bwk duit byk2 tu time mndi laut dan keluar shopping bwak semua duit cash ke? Kalau boleh share la sket ye

  3. Hi Hazil,

    Better tukar kat Malaysia, sebab kat sana die cam kalau u tukar RM100, u hanya dapat dlm 800BHT. So kalau calculation senang- u rugi RM20 lah…Ha macamtu…Kalau sewa hostel tu, make sure ada security box, letak semua barang penting dalam tu. Senang nnti. Takdelah hilang! Kalau boleh jgn bawak duit byk2 time mandi 🙂 Kalau shopping pun hati-hati.

  4. My personal opinion, I would say PHUKET. But you need to experience yourself ya 🙂
    Yup, boleh pergi by van and ade jugak laut – Koh Phi Phi. From there go to Krabi only 30bht je kot 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *