Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 3

Hari terakhir di Phuket untuk berjalan-jalan dan explore this island. Why lah time flies so fast? Rasa baru aje sampai Phuket ni yang sememangya fun gilos. Tak puas lagi nak explore setiap ceruk tempat kat sini. But I’m so glad that we ended up renting scooters. Memang terbaiklah. Pergi mana-mana senang dengan adanya motor. Takdelah rasa  susah nak hire tuk tuk bile teringin nak ke mana-mana. And malas jugak nak suruh dorang tunggu kami yang always lambat dalam segala benda hehehe…Serious, lagi senang macamni. Terasa seperti berada di negara oh Malaysia Boleh!
Pagi after breakfast di bilik, kami semua terus cari tempat untuk isi minyak. Maklumlah, semalam hanya isi 60BHT je…memang tak cukup untuk today’s activities kan. Yang 4 orang balik malam tadi lepas aku and Azlina tu, dengarnya sesat kan hehehe…Takpelah, bila sesatlah baru kite belajar cari yang jalan betul, tak gitu kan? Since minyak pun non hado, jadi kiteorang stop je kat mana-mana yang ade perkataan Gasoline dan isi minyak di situ. Ha untuk pengetahuan semua, korang boleh je isi minyak kat kedai-kedai biasa. Ala-ala kedai motor tepi jalan kalau di Malaysia. Diorang akan jual minyak ni dalam botol-botol. Ada je signboard Gasoline, boleh berhenti and isi!
 
Singgah di kedai pertama, kiteorang isi 80BHT je. Tapi meter minyak motor still tak naik. Ahaaa, memang kene isi lagilah nampaknya kan. Jadi, kami confident teruskan jugak perjalanan untuk cari tempat isi minyak yang lain. Finally, jumpe jugak. Since malas nak sesakkan kepala nak stop-stop bagai, kami isi je full tank. Full tank minyak motor scooter tu ialah RM22. Ha? Mampu camtu? Kalah isi minyak kete kan. Kalau kereta dah boleh pergi balik Shah Alam tau. So please hargai kelebihan yang ada kat Malaysia ni. 
 
Fill the gas first
 

Since semua dah okay, kami teruskan perjalanan yang ala-ala ‘roadtrip scooter Cik Pooya di Phuket bersama rakan-rakan’ *gitu kan*… Tapi bila kami keluar je di jalan besar dari Nanai Road tu, Diba terus menjerit yang dia nampak sesuatu. Ha apakah? Kenapakah? Sebenarnya, sebelum sampai di Phuket lagi, mak Diba dah pesan suruh belikan Petai Phuket. Mampu? Kita ni sebagai anak, memang rasa berat sangat bila orang tua kita dah request belikan macam-macam. So sebagai rakan kepada Anak Mithali ini, kami ramai-ramai stop tepi jalan dan tahan pakcik yang jual petai tu. Belilah die petai ber-jenama-kan Phuket, Thailand. Jangan korang ingat ada cop gambar ladyboy pulak kat petai tu. It’s actually sama je. Cuma kami merealisasikan impian Diba temanyaaaa… 
 
*Iklan : Tak bagi pun kami rasa sambal udang petai Phuket kan…Sedap ke?
 
So inilah petai yang dah naik macam-macam kenderaan di Thai and Malaysia
 
Dah settle satu masalah, kami taknak buang masa lagi, kami teruskan trip vroom vroom Phuket kami dengan beredar dari Nanai. Pit stop pertama haruslah Patong Beach. Even semalam dah pergi, tapi yang kami pergi tu, time malam. Manalah nak nampak view yang cantik-cantik kan? So bila hari siang nilah, waktu yang memang best untuk ke pantai. Sememangnya, tak rugi lepak kat Patong Beach ni. Air laut die membiru. Korang imagine Teluk Kemang kat PD tu, tapi air die macam kat Pulau Perhentian. Ha begitulah keadaan kat sana. Memang Patong lah!
 
Kami hanya berhenti untuk ambil gambar and sightseeing sahaja. Ada insiden funny berlaku time kat Patong Beach ni. Time tu Arda tengah ambil gambar kiteorang. Biasalah yang lain feeling-felling model tepi laut lah kan. Elok je nak ambil gambar, tetiba ada sorang mat saleh lelaki yang boleh dikategorikan sebagai warga emas, kentut dekat Arda. Arda siap sound, “Are you fart at me?”. Die terus senyum macam nothing happens. Kau mampu, mat saleh kentut kat kau? Memang rude giler tapi bila ingat balik…Hahahah… Sabar jelah.
 
Patong Beach, my bluish beach
 
Bersidai di bawah payung
 
Look at the view. I love
 
Lepas dah layan view awesome di Patong, kami teruskan lagi perjalanan ke Karon Beach. Jalan menuju ke Karon Beach agak cantik and systematic compared to Patong. Kalau lalu kat situ, bolehlah start verangan macam scene dalam CSI Miami. Memang cool lah macamtu kan? Tak nak buang masa lagi, terus cari parking and berjalan menuju ke pantai. Jangan risau kalau sesat, sebab sighboard ada di merata tempat. Korang just alert time bawa motor tu.
 
Ternyata Karon Beach lagi tenang dan  mendamaikan. Orang- orang kat situ pun tak sesesak di Patong. Semua cool and relax aje. Dan haruslah takde mat saleh yang ala-ala kentut merata-rata gitu. So kami park motor and terus jalan menuju ke Karon Beach. Bila tengok air yang very the biru and tenang. Terus terdetik nak mandi kat sini. Even tak bawak towel and extra top pon takpelah. Sebab dah excited sangat nak berendam dalam air yang tenang.
 
Letak je semua barang kat tepi, terus terjun dalam air. Even cuaca panas giler, tapi air die sangat sejuk ya. Kuasa Tuhan 🙂 Memang syok berendam takde nak pikir sunburn bagai. Even tahu, balik KL nanti puaslah nak putihkan balik kan…Tapi abaikan semua itu. Nak enjoy mandi laut puas-puas. Cuma satu je, air die agak bahaya since die macam tarik kite ke tengah. So pada mereka yang kurang tahu berenang tu, hati- hati if mandi kat sini.
 
Setelah puas bermandi sakan, kiteorang keringkan badan bawah pokok sambil bukak semua stock makanan yang ada. Lapar kan? Time tu, terasa betapa bestnya jalan-jalan macamni…Yelah, naik scooter, then berhenti ikut suka, siap mandi semua bagai. Memang best giler! Kalaulah boleh buat aktiviti ni selalu kat Malaysia. Mesti seronok giler kan? Hmm, back to reality. After dah penat gelak-gelak bawah pokok, bergossip tak ingat dunia, kami sambung pulak trip vroom vroom kami ke Kata Beach.  But before that kami singgah beli air mineral since cuaca pun makin panas kan.
 
Kuaci time and gossip-ing

 

 
Kemudian, kami terus bergerak ke Kata yang mengambil masa lebih kurang 10mins from Karon.
Tapi kiteorang tak nampak pun Kata Beach tu…jadi, dengan yakinnya kami teruskan jugak perjalanan sampailah nampak Karon View Point. Wah jauh jugak tersasar. tapi yang ni lagi awesome. Nampak terus view dari atas bukit. Cantik yang amat sangat uols!
 
Di Karon View Point ni, kiteorang boleh nampak terus Kata and Karon yang sebelah menyebelah aje. Turun je motor, terus naik ke atas. Tak jauh pun jalannya…Terus sampai ke look out point yang terletak tidak jauh dari tempat kami park. Fuh, awesome sungguh viewnya. Aktiviti wajib kami haruslah bergambar sakan kat tempat tu. Bila dah penat, kami turun balik dengan harapan nak jugak lepak kat Kata. 
Awe-mazing view 
 
What about this effect?
 
And this one too
 
 So, naik motor dan turun semula ke Kata area dan apa yang kami jumpa pulak ialah Foto Hotel. Konsep hotel ni nampak cool sebab dia macam photography studio. Kalau nak tahu conceptnya, boleh lah visit link ni —-> Foto Hotel. Keluar ke jalan besar, kami terus refer signboard Kata dan akhirnya sampai jugak. Tapi bila dah sampai, Kata beach ni agak secluded sikit. Nak kena turun tangga bagai. So malas pulak nak turun ke bawah. Hehehe…Apa yang kiteorang perhatikan, memang resort die cantik untuk honeymoon. So sesiapa yang nak honey-honey, silalah ke Kata.
 
Time nak keluar dari Kata, tiba- tiba ternampak satu statue besar berwarna putih kat atas bukit. Memang besar giler. Then tiba- tiba teringat yang ade jugak research dalam Top 10 viewpoints in Phuket. Dan antaranya tempat tulah, yang diberi nama Big Buddha. Yes betullah itu Big Buddha, tapi aku dengan confidentnya ingat benda tu Wat Chalong. Hello, Cik Pooya dah confused! Big Buddha dengan Wat Chalong adalah 1 benda yang berbeza.
 
I thought it’s the same thing. Tapi sebenarnya bukan ye! Memikirkan minyak dalam motor yang banyak 
lagi, jadi aku ajak dorang pergi ke Wat Chalong *tapi dalam pikiran gambar Big Buddha*. Memang jauh yeee untuk first timer cam kiteorang ni. About 20-30 minutes. Mengeluh jugak kawan-kawan aku risau takut jauh sangat- sangat. Tapi dah halfway pon, kalau patah balik. Rugi tau!
 
Akhirnya nampak jugak signboard ke kanan untuk tengok Big Buddha.Tapi, kami nak gi Wat Chalong… So bila dekat traffic light, jumpa minah Thai, terus tanya die, kat mana Wat Chalong ya? Die cakap Wat Chalong depan lagi, tapi kalau Big Buddha kanan ni je nampak dah. Tapi katanya naik bukit. And confirm-confirmlah scooter tak lepas nak naik bukit kan. Yaaaa…ternyata meks confused dengan segalanyaaaa.
 
Minah Thai tu bagitahu kalau nak pergi Wat Chalong, kena jalan lagi 10minutes and sampailah ke destinasi itu. So these 2 places totally different thing lah. Ahaaa… Barulah paham. Kalau tak, lost lah gamaknya *ingat bukan loose tau*. Jadi nak taknak, kami teruskan jugak journey to Wat Chalong. But before tu, kami berhenti di simpang Big Buddha tu untuk discuss. Bermusyawarah tak kami? 
 
Semuanya untuk discuss yang kami akan mulakan journey to next destination iaitu Wat Chalong. Dan aku ingatkan aku je lost tak habis-habis. Rupanya ada lagi tau. Diba and Ain langsung tak nampak statue tu dari Kata lagi. Ha lama tak lost nya? Padahal punyelah besar kat atas bukit dari Kata boleh nampak. Puaslah jugak tunjuk kat dorang bentuk benda alah itu, at last dapat jugak dorang tengok. Nampaknya memang korang focus sungguh time bawak motor. Hehehe
 
Kami mulakan journey ke Wat Chalong yang hanya terletak few minutes je from simpang Big Buddha tu. Bila dah sampai di entrance Wat Chalong  Aku memang rasa teruja. Yelah jauh tau nak cari tempat ni. Sampai “awek smexy” I kat belakang dah penat dah. Boleh kengkang tau uols naik motor lama-lama. Bila dapat je parking dalam Wat Chalong, terus betulkan semua urat-urutkan badan. 
 
Wat Chalong

 

 
Sebenarnya takde apa pon dalam Wat Chalong ni. It just dat kiteorang dapatlah tengom architecture yang bombastic sama macam di Grand Palace Bangkok. Elok pulak tengah tengok-tengok tu nampak air kelapa kat deretan stall- stall dalam kawasan Wat Chalong. Fuh! Sedapnyaaaa minum di bawah pancaran sang suria ni… confirm feeling lebeh kan. Jadi, next activity : Air Kelapa.
 
Time nak sambar air kelapa kat satu kedai tu, kami ternampak ada lagi satu kedai yang jual kelapa jugak. So kami pergilah check kan apa beza kelapa sini ngan sana. Rupanya yang kedai ni jual aiskrim kelapa. Yang sana tu hanya jual air kelapa je. Wahhhh! lagi menariks yang di sini kan? Memang taknak tunggu lama-lama, terus order kat uncle tu.
 
Bila kita order, die akan belahkan kelapa tu untuk dijadikan sebagai mangkuk. Then korang kene letaklah bahan-bahan die macam Nata De Coco, Strawberry, Nuts dan macam-macam lagi. Bila dah select mana yg korang nak…Barulah pilih flavor ice cream pulak. Antara flavors yang ada, Chocolate, Vanilla and Coconut. So aku and Arda kongsi beli and choose Vanilla & Coconut. Memang kena kongsi sebab portion die agak besar. Harga cuma 80BHT sahaja. Rasa die kalah Tutti Fruitti yalls. Must try 🙂
Aaaaa….PERFECT day
 

 

Dah habis membeli. Kiteorang cari port yang redup,bawah pokok untuk lepak. Memang terbaik rasa ice cream die weyyy. Terus verangan nak ada bisnes jual ice cream kelapa. Kalau ade, kiteorang nak bukak kat PD. .. boleh tak? hahahha…Harap tercapailah angan-angan tu. Boleh korang semua datang nanti kan!
 
Redup dan terbaik
 

 

Lepas makan ice cream kelapa, nampak pulak ice cream celop. Apa lagi, seranglah kedai celop celop pulak. Memang ice cream galore in Wat Chalong sungguh hahhhaha…Terasa macam program Jalan-jalan cari Makan di Phuket dah ni. Ternyata kiteorang boleh lah hidup kat Thailand ni kan. Takkan berlapar!
 
Ice cream celop-celop
 
See…Ice cream after ice cream di Phuket

 

 
Jam menunjukkan pukul 3pm. Jadi, semua kene balik ke pangkuan jalan since pukul 6pm, van akan jemput kami untuk ke FantaSea show. Tapi kiteorang tak ambil yang dinner sekali dengan show sebab kakak tu kata semua makanan ada tag, so pilih je yang takde pork. Then halal lah. Amboi kau, pandai sungguh bisnes camtu. Haip! Mana boleh camtu kan?
 
So we decided to buy only show without dinner. Since takde dinner and we skipped lunch. Kiteorang kene jugak stop somewhere for early dinner. Nanti kalau lapar, lagi susah kan? jadi next stop, nak try Kasuma Seafood yang femes gilers. Bila semua dah ready atas motor, kiteorang pon balik ke Phuket dan terus menelusuri Bangla Road.
 
Tapi kedai Kasuma tu tutup pulak. Maybe bukak time malam kot. Dan elok pulak time pusing cari kedai lain, kiteorang nampak kedai T-Shirt I Love Phuket berharga 100BHT/pc. Since ini adalah hari terakhir kami di Phuket, kalau tak beli sekarang, bila lagi nak pergi kan? So berhentilah untuk bershopping bagai. Ingatkan kejap je. Rupanya lama pulak kiteorang stop kat situ. Al-maklumlah teruja dengan design t-shirt yang lawa-lawa.
 
Waktu pun dah pukul 430pm. Mula-mula decide untuk taknak makan, tapi perut lapar kan, jadi nak taknak, kiteorang terus pergi ke kedai depan masjid tu. Time sampai situ kiteorang terus order food yang paling cepat siap. Kalau tak, lagi lama kan…So senang dan pantas! Kami dihidangkan sup dengan nasi panas telur dadar. Weh memang marvellous! Lepas ni rindu merindulah masakan pakcik ni. Teringat-ingat dengan rasa sup Thailand yang malatop. 
 
Sup Malatop ye kawan-kawan. Made in Phuket

 

 
Habis je makan, kami hanya ada 30minit untuk balik ke hotel dan bersiap untuk ke FantaSea show. Since dah lambat, aku sangat risau kalau driver marah kiteorang macam first tour ke Phi Phi Don. Jadi, nak taknak kenalah cepat kan? Kami kena pulak lalu Bangla Road, time tu jalan jem. Aku ni kalau bawak orang, paling tak boleh bawak slow bila nak menyelit. Susah nak balance dan mudah untuk jatuh.
 
Untuk elakkan perkara-perkara yg tak elok ni jadi, aku terpaksa bawak laju time kat situ. Tapi tak sedar pulak time tu yang lagi 2 motor tertinggal kat belakang. Bila dah sampai kat jalan yang agak lengang, aku toleh ke belakang tapi dorang takde pulak. Alaaaaa mesti dorang tak lepas lagi. So aku and Arda decide untuk stop tepi jalan tunggu dorang.
 
About 10 minutes jugak tunggu. Tapi dorang tak muncul-muncul jugak…Hati ni dah risau gile. Takut ada benda-benda tak elok jadi. Terus teringat kes accident awek Jepun kat Karon Beach. Ya Allah, mintak simpang sangat. Bila risau tak habis-habis, kami decide untuk balik hotel in case dorang ikut jalan belakang untuk ke sana. Nak taknak kami kena balik hotel tunggu dorang. Tapi bila sampai, takde jugak. Aku siap-siap pulangkan motor dan disebabkan kunci bilik ada kat dorang. Jadi Arda mintak owner hotel bukakkan pintu. Masuk-masuk terus mandi, tapi dalam hati memang risau sangat kat dorang.
 
Jadi aku and Arda decide untuk turun nak tanya whether ada orang call hotel ke tak. Bukan mintak benda tak baik, tapi kami get ready je untuk apa-apa pun. Elok je aku turun dalam pukul 6pm tu, dorang pun sampai. Syukur. Sampai jugak rakan-rakan bikers di check point terakhir *ha nampak tak semangat jadi bikers tu* Bila tanya kat dorang, rupanya mereka ni sesat and tak nampak aku time kat Bangla Road. Dorang terpaksa pusing-pusing area Patong dan tersasar jauh pugak. Tapi bila nampak muka dorang, aku bersyukur sangat. Terus aku settlekan urusan pulangkan motor dan suruh dorang semua bersiap.
 
Dan sebenarnya by the time dorang sampai, van ke FantaSea tu pon sampai. Aaaaaa…aku try cari driver utk bagitau dia sebab nak mintak die tunggu few minutes for my friends. Elok pulak kami hotel pertama die jemput. Ha…Sudah! Memang for sure kena maki lah ni. Tapi elok pulak aku tak jumpe driver tu, ding dong ding dong…6.30pm barulah dorang siap turun and driver pon muncul *macam dah deal pulak* so kiteorang terus naik van. 
 
Since dah lambat sangat, kiteorang tak dapat catch 7pm show. Sedeh giler time ni okey! Sebab kami kena tengok show pukul 9pm and letgo seat yang best to other people. Akhirnya, dapat seat nun jauh di sana. Kekdahnya, ngantuk giler la tak nampak dengan jelas 🙂 Tertido tido aku tengok show nie weh. 
 
Sampai Azlina sound…kalau tengok wayang RM10 takpela nak tido, tapi kalau tiket RM135 rugi nok nak tido…Bila pikir balik, betul jugak tu…memang rugi sangat kalau tido. So aku gigihkan jugak mata yang dah diajar untuk tido awal. Harus diingatkan yang no camera or handphones allowed once u entered the hall. Kirenya show ni exclusive lah kan. Hanya mata anda sahaja yang merekodkan segala persembahan di dalam hall ni.
Ticket counter
And notice tak, ada Selamat Datang word?
Geram tengok ikan yang banyak sangat
Chinese New Year performance
FantaSea Show
Entrance
Cute kan?
Arts. So creativelah Thai people
Cantik right? Mewahhh
The hall from outside
Macam-macam color kan? Itu motipnyaaa
I don’t know what is this, but suka sangat tengok benda ni
Dinner place

 

Personally, I think show ni more to tourist nye agenda. Die menceritakan tentang seekor gajah bernama Kamala. Then ada effect wayang kulit, laser-laser sikit, magic and acrobatics. Ada sekali tu, boleh pulak dia cerita dalam bahasa Thai. Aku rasa time tulah aku bantai tido sebentar. Tak paham yalls. Cannot tipu diri sendiri tau! Tapi cara dorang ajar haiwan-haiwan atas stage tu berlakon, memang I salute lah. Ingat senang ke korang nak suh kambing lari-lari camtu…Tapi lari jelah kan. Bukan suh kambing tu jadi heroin pun.
And for those yang keluarkan statement “kau takkan sampai Phuket selagi tak tengok show“, over tau! Mana ada macamtu. Mungkin show ni untuk mereka yang minat dengan bidang seni persembahan, you should go. And yang kurang minat, banyak lagi show yang korang boleh tengok untuk bagitahu yang korang dah sampai di Phuket. Oopsss! Jangan jadikan alasan ini untuk pergi tengok Ping Pong show ahahha… Choy sangat. Ramai tertipu katanya. Jaga-jaga ada yang memerhati kata Kiah Propa.

 

Balik dari FantaSea Show, kami terpaksa berpecah since Arda, Azlina,Diba and Fie nak pergi massage-massage. Aku dengan Ain pulak nak pergi layan live band kat Hard Rock Cafe (HRC). Jadi kami mintak driver van tu, drop kami dekat area HRC. Sampai je kat depan pintu, band tengah perform dekat stage yang di luar. Time tu tanyalah dekat staff HRC ada kosong tak?
Then die cakap semua dah full. Then die suggest terus masuk dalam since the band akan sambung perform kat dalam. Staff die very the friendly tau…*motif sangat nak highlight di sini*. After that kiteorang pun siap-siap chop tempat and order air. Elok je duduk, terus semua guests kat situ masuk untuk second performance. Memang terbaiklah. Masuk je terus perform nyanyi lagu. Lagu-lagu yang dorang nyanyi lagi best dari sebelum ni. Kiteorang memang enjoy giler even berdua. Tapi ramai pulak orang Malaysia yang ada…Terasa cam kat Kuala Lumpur sudah.
Habis je performance, kiteorang sempat bergambar dengan the band sebagai kenangan. Al-maklumlah, bukan nak jumpa tiap-tiap malam kan? So snap snap sampai tersnap staff HRC sekali. Haaa…keles tak? Since semua dah balik, kami tahan taxi untuk pulang ke bilik. Time balik tu, the rest tak sampai bilik lagi. So aku and Ain terus packing barang sebab esok pagi kami akan ke Krabi pulak. Malas nak kelam kabut packing lambat-lambat.
This guy rocks tau
Settled semua, dorang yang bermassage pun sampai kat bilik. Aku pun tak tunggu lama untuk tido sebab mengantuk yang amat sangat. Last night in Phuket katanya…And esok akan ke Krabi pulak. New journey as per planned. Goodnight.
Bersambung dengan journey kami ke Krabi…

3 thoughts to “Budget Trip ke Phuket and Krabi Part 3”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *