Welcome Malindo Air – Booking Tickets

Oh em geeee…Akhirnya Malindo Air syarikat penerbangan tambang murah kedua di negara kita, akan mula beroperasi pada March 2013. Ianya akan memulakan penerbangan pertama mereka pada 22 March 2013. Wow! Memang excited bila dapat tahu Malaysia akan ada lagi satu syarikat penerbangan yang macamni. Siapa tak excited kalau semuanya ada perkataan low-cost kan?

Dan disebabkan aku terlalu excited, akhirnya dapat jugak book tiket ke Kuching, Sarawak dengan harga RM38/way. Yang paling best, kami dapat FREE 15kg baggage each dan new airlines ni akan beroperasi di KLIA. How awesome is that? Ha nak tahu macamane aku dapat book tiket Malindo Air ni, meh nak cerita sedikit. Pada mulanya, aku saja je google pasal peristiwa yang berlaku di Sabah. Sambil membaca tu, tetiba ada pulak news pasal Malindo Air ni, yang katanya akan launch pada 22 March.

Jadi aku saja-saja lah tengok website and search Facebook page. Time selak-selak komen yang ada tetiba ade satu link untuk booking. So aku terus click link tu and ianya direct ke ticket booking page. Bile click route yang ada, memang terkejut la bila tengok price murah camtu. Tanpa membuang masa, aku terus book ticket. Tapi first time try tu, booking aku failed. Dan paling tak best, credit card telah dicaj. Aku teruslah email Malindo Air ni. Maklumlah, nombor phone customer service pun takde lagi. Alamat email saje yang ada. Sampailah ke petang, takde response. Bila buka page yang aku visit tu, memang dah takde. Waaa…Risau giler time ni!

Aku pun terus berbincang dengan kakak aku pasal hal ni. Jadi kakak aku terus mencari nama Malindo Air ni since die pun tak pernah dengar. Bila google aje, rupanya dia pernah deal dengan syarikat NADI. Die pun terus call pejabat Malindo di KLIA. Sememangnya dorang ni sangat helpful. Alhamdulilah, duit pun dah dapat refund. Tapi tak dapat tiket since nama aku takde dalam list. Staff die suruh try lagi. So malam tu, balik aje rumah, aku terus try! Dan akhirnya, aku berjaya grab tickets ke Kuching. Happynyaaa…

Elok pulak time dapat email on booking confirmation, Malindo Air reply email yang aku hantar kat Customer Service tengahari tadi. So aku hanya katakan yang kami dah dapat refund. Thanks banyak-banyak sebab at least reply within less than 24 hours. Even you guys still new, but your customer service is good. Keep it up ya 🙂 So tinggallah beberapa hari lagi untuk berlepas ke Meow Meow. Let’s research. Pada mereka yang nak beli tiket Malindo Air tu, grab it as soon as possible. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Awesome deals at Malindo Air :
Apa yang menarik :

For more info, visit http://www.malindoair.com/en/ 

0 thoughts to “Welcome Malindo Air – Booking Tickets”

  1. Memang sekarang tak dapat nak book. Aritu time first day tu pun, try banyak kali baru dapat. Kalau nak beli jgn beli byk2, die akan error tau. Beli skit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *