Trip ke Kuching, Sarawak Part 1

I have less than 14 days when I booked my ticket to Sarawak. And 14 days tu pun, takdelah digunakan betul-betul untuk buat itinerary ke sana. Dan sebenarnya, takde plan pun nak ke Sarawak or Sabah dalam keadaan sekarang yang semestinya dalam ‘berjaga-jaga’ (Isu Lahad Datu lah apa lagi kan…). Tapi bila Malindo Air sudah memulakan operasi mereka baru-baru ini, aku tak nak lepaskan peluang untuk grab ticket yang MURAHHHHHH-RM76/return sangat! Indeed, it was the cheapest ticket I grabbed in my life.
And and…This time extra special sikit sebab ianya merupakan penerbangan pertama Malindo Air ke Kuching, Sarawak. Kiranya ia adalah penerbangan bersejarah buat syarikat penerbangan Malindo ini. Jadi, aku dan mereka yang lain adalah antara yang bertuah dapat menaiki flight yang seriously ada bau baru lagi. Teruja terus! Kalau nak baca macamane aku dapat tiket murah tu, korang boleh baca post sebelum ini di sini.
Baiklah, aku nak mulakan cerita pengalaman aku ke negeri terbesar di Malaysia, iaitu bumi kenyalang- Sarawak buat pertama kali bersama keluarga. Semua dah ready ke? Okay…Let’s go!
Pada jam 3pagi, satu keluarga aku dah bangun dan bersiap untuk menuju je KLIA since flight kami akan berlepas pada pukul 6.30pagi. Memang aku sahaja ambil flight awal pagi sebab kami hanya ada 2 hari sahaja di Sarawak. Al-maklumlah, last minute plan katanyaaaa…Harus begini. Lagipun, semua memang malas nak ambil cuti sebenarnya.
Dan before pergi ni, aku dah agih-agihkan tugas pada adik beradik aku yang lain. Katanya team-work kan? So masing-masing ada tugas seperti berikut :
Safura – Hotel, Flight Ticket and GPS
Kak Yong – Transport
Fara – AJK Makanan
Sofia – Secretary
Masing-masing memang menjalankan tugas dengan baik especially Sofia. Mula-mula aku jadikan dia AJK kebersihan, tapi macam takde function pulak die dekat sini. So aku tukar tugas die untuk jadi Secretary je. Senang citer kan!
Sampai di airport kami terus mencari Malindo nye counter. Actually, 2 days before fly, Malindo Air ada bagitahu info yang counter mereka terletak di counter R. Senang sikit macamni, takde lah kami tercari-cari kan.
Since Malindo Air masih baru, jadi tiada self check in ataupun WEB check in. Only Counter check in aje yang ada. Tapi, jangan risau, service diorang memang efficient and friendly. So takdelah korang kena beratur panjang giler-giler. Semuanya terbaik kebabomzzzz!
Suasana pagi di KLIA memang sunyi dan tenang aje. Kedai pun masih banyak lagi yang tutup. Selepas kami semua dah ber-check in, aku dan satu keluarga terus ke ruang menunggu. Bagi aku, inilah trip paling ramai pernah aku join. Nak bawak satu keluarga ni bukan senang. Macam-macam kerenah nak kena layan. Tapi, family tercinta punya pasal. Tiada masalah bagi aku.
Lagi satu, aku rasa Opah adalah penumpang paling EMAS dalam flight tu. Aku memang pujuk Opah untuk join sekali even bila pikirkan balik, dia bukan larat pun nak jalan jauh-jauh camnie. Tapi semangat waja Opah Gangnam aku ni memang kental. Nak berjalan punya pasal, die sanggup gagahkan diri. Nasiblah Malindo Air guna aerobridge, senanglah untuk mereka yang berusia seperti Opah, Ibu dan Ayah πŸ™‚
Time kami di ruang menunggu, elok pulak boss NADI baru keluar daripada melawat keadaan dalam kapal terbang. Since, kamilah yang paling riuh dalam waiting room tu, boss die terus tegur Ibu. “Balik Sarawak ke? Orang sana ya?“. Semua orang kat situ tengok Ibu dah. Ibu terus jawab, “Taklah, kami nak datang bercuti”. “Oh! Bercuti, ingatkan Orang Sarawak tadi“. Ibu macam biasalah, pantas menjawab, “Tak, kami orang sini-sini je”.
Dan lepas interview ibu, kakak aku pulak yang kena interview. Dia memang duduk jauh sedikit dari kiteorang ni. Lama jugak die bersembang. Siap bersalaman lagi. Kelesss kau Jah! Femes sekejap kan…
Tepat 6.05am, pintu pun dibuka untuk penumpang masuk. Before that, kiteorang dapat goodies from Malindo Air. Memang awesomelah! hehehe…Bila dah on the way nak masuk dalam kapal terbang tu, toksah nak cakaplaaaa…Excited giler! Mana taknya, nak masuk kapal terbang baru ni. First flight pulak tu… Tapi dalam hati, memang tak putus-putus berdoa agar kami selamat sampai pergi dan balik. Macam orang-orang tua selalu cakap, jangan gembira sangat!
Hey baby, are you ready?
Goodies from Malindo Air
Keles tak?
Bila dah duduk semua, aku terpisah sikit dengan yang lain. Aku duduklah tengah-tengah antara seorang mamat and sorang girl di tepi tingkap. Since aku cam bosan giler. Aku pun terus try tengok screen di depan aku. Wah, dalam ni ada movie, music, games and TV series jugak. Awesomenyaaa!!!
Tengah-tengah layan movie tu *Life of Pi hokey*, perempuan sebelah aku tegur. Katanya screen die takde movie segala. Kosong! So aku suruh die restart balik. Still takde. Then, aku suruh je die tengok screen aku. And after that, kiteorang start our conversations sampailah kami tiba di Kuching International Airport. Macam-macam aku tanya kat die pasal tempat menariks di Sarawak.Yelah, kami ni datang sana pun nak main redah je. Takde sedara mara Β kat sana. Hanya bersandarkan research yang sendu-sendu gitu!
Sampai di airport aku baru nak tanya nama dia siapa…Keles tak? Korang kalau berkenalan, janganlah macam tu ye. Tanya dulu nama awal-awal heheh! Selepas semua dah turun dengan selamatnya, kami terus ke kaunter KASTAM sebelum menuju ke baggage collection area.
Sebelum turun tu, Nana dah pesan yang orang Semenanjung kena ambil satu slip macam resit beli barang tu and simpan jangan bagi hilang. Kalau hilang anda semua kena report polis. Sebenarnya ia adalah slip imigresen yang digelar IMM 114. Ianya hanya dikeluarkan untuk mereka dari Semenanjung dan negara-negara lain selain Sabah dan orang Sarawak sahaja. Tapi kalau orang Sarawak atau Sabah nak masuk sini, slip itu tidak dikeluarkan untuk mereka.
Pasti ramai tertanya kan, kenapa dan mengapa begitu? Ha jom pakat-pakat buat revision subject Sejarah. Meh Guru Panitia Sejarah nak refresh balik memory dalam mengingati topik-topik penting Sejarah kemasukkan Sarawak di Malaysia. Ingat tak tentang syarat kemasukan Sarawak dalam Malaysia pada tahun 1963? Antara syarat kemasukan ialah : Sarawak diberi kuasa untuk menguruskan hal imigresen mereka sendiri. Okay, class dismiss. Nanti boleh buat rujukan sendiri ya semua.
Bersambung balik pada cerita trip ni, bila kami dah claimed baggage. Kak Yong terus hubungi owner sewa van di sini untuk kami collect. Owner company tu, Azli, akan hantar partner die untuk uruskan segala proses untuk pinjam van di sini. Harga untuk 1hari 1/2 hanyalah RM300 -Toyota HiAce. Ini selepas nego lah. Tak sure samada murah atau mahal. Tapi kami kan ramai, so kongsi-kongsi terasa murahlah. And then kiteorang isi diesel hanya RM50. Gladly, tahan sampai balik esoknya uols. Memang jimat habis lah.
Kalau takde transport, bolehlah ambil taxi
Kosmo version Sarawak
Bila keluar aje dari airport, kami disambut dengan ‘live performace’ dari staff-staff AirAsia. Jeng jeng jeng! Kenapa AirAsia pulak kan? Haaa itulah strategi katanya. Guerilla Marketing sangat kan? Sempat jugak aku layan performance tu. Macam-macam lagu dorang perform secara beramai-ramai. Bagi aku yang memang mengikuti Marketing acivities AirAsia, aku memang suka dengan the way they promote their services. Creative minded yolls!
Zoooommmbie song lagik
Selepas beberapa minit lepak kat airport, partner Azli pun sampai untuk selesaikan proses menyewa van ni. Condition van memang tip-top! Van barulah katanya. Bila semua barang dah loading dalam van, kami pun bagitahu kat partner die ni yang aktiviti pertama kami ialah, nak pergi Serikin. Camne nak gi sana dari sini? Die terus tanya, ada sesiapa yang kat sini tahu jalan di Sarawak? Memang takde siapa antara kami yang tahu jalan di sini. Dengan slumber die cakap “Kalau guna GPS sampai reput pun tak jumpa” Hahaha! Ahaaaa…Statement kau itu telah membuatkan anak jati Iron River menyahut cabaran tersebut! Yes!
Van terbaik
Bersih aje kan? Seat pon comfy
Dora kena beralah duduk belakang since Auntie Poo nak bagi directions
AJK Makanan and Secretary
Aku dan yang lain memang teringin sangat nak checkidaut apa yang ada kat sana. Maklumlah, rombongan kali nie, aku bawak kaum-kaum ibu yang excited dengan barang-barang dapur. Nak tahu jugaklah, macamane Serikin yang sering diperkatakan oleh ramai yang pernah berkunjung ke situ.
Since semua dah sepakat untuk ‘cari sampai reput’, kami hubungi Azli untuk bertanyakan tentang jalan nak ke sana. Menurut beliau, kite boleh ke sana melalui Bau, Sarawak. So from Airport, silalah gunakan GPS untuk ke Bau. Nak lagi senang, gunalah WAZE yang ada dalam handphone canggih manggih korang tu. Apps ni memang terbaik dan accurate!
My WAZE, please show us the truth. Kachinggg!
Tips : Guna WAZE from Airport/ Kuching City to Bau. Once dah sampai area Bau, korang akan nampak signboard Kg. Serikin. Before sampai Pekan Bau, korang akan nampak traffic light and kalau aku ikut WAZE haritu, die kena belok kanan masuk Kg. Serikin. Dari situ, korang kena drive lagi 23km. Takut tersesat jauh sangat? Make sure korang lalu Tasik Biru, Wind Cave and Fairy Cave punya SIGNBOARD ye. Dari situ korang jalan je straight *at some point, jalan die hawau giler*. Sampailah korang nampak orang banyak parking and ada banyak kedai. Park kereta di tempat yang disediakan dengan harga RM2 sahaja. Kedai-kedai di sini macam pasar tani jual macam-macam barang.
Sila belok kiri untuk ke Bau/Kg. Serikin
Sila terus lagi
Dan kami sudah tersasar sedikit, patutnya kena ambil kanan before Pekan Bau
So pusing balik untuk ke Serikin
Turn left
Sampai saja di Serikin, kami memang rasa lega sangat. Maklumlah, berjaya jugak sampai selepas satu jam berteka-teki, betul ke jalan ni? Betul ke lorong ni? And then paling confident, jalan menuju ke sana, kosong je. Ada lah sesekali 2-3 buah kereta lalu. Kami tetap ons je! Yakin itu pasti.
Sampai sudah
After park van semua, kami terus berjalan menuju ke kawasan pasar. 1 je aku nak cakap, panas dia subhanallah! Aku paling kesian Opah and anak-anak buah aku. Terpaksa berjalan panas-panas. Aku, Fara and Sofia pun tak habis round satu pasar tu. Terus duduk cari tempat berteduh temankan Opah berehat. Makan ice-cream lagi best kan? So rehatlah kami sambil tengok gelagat orang-orang gigih shopping panas-panas sambil makan ice cream!
Ice Cream time
Review untuk Serikin…Personally bagi aku, if kita dari Semenanjung, better lah korang pergi Nilai je. Barang-barang Indon yang ini tak update tau! Dengan satu hal lagi, PANAS sangat. Bawaklah payung, sunglasses, sunblock and topi kalau boleh. Warga-warga emas and baby tak payahlah pergi sini. Sian sangat!
Berpayung bagai
Antara barang-barang yang ada
Kak Jah, nak kuali tak?
Keropok pun berwap macam sauna
Tikar yang menjadi igaunan orang ramai
Tikar mengkuang pulaks
Sungai kecil di belakang kedai-kedai di sini
Ibu sempatlah membeli keropok and kerepek buat bekalan balik ke Kuching nanti. Since perut pun dah lapar, kami terus bergegas ke Bandar Kuching. Kali nie balik, kami ikut signboard Bandaraya Kuching. Oh ya! Lupa nak bagitahu, memang signboard di sini pun bermasalah. Kurang kuantitinya. That’s why kalau tanya jalan kat orang sini, susah dorang nak explain. Apa lagi kan, click on WAZE lah jawabnya.
Semasa perjalanan pulang ke Bandaraya Kuching, kami jugak sempat singgah di beberapa tempat pelancongan di area Serikin. Antaranya ialah AkuLupaNama Cave ni dan Tasik Biru. Memang plan turun pun hanya untuk ambil gambar. Tak larat dah pun nak tahan cuaca yang very the hot hot like Miami ni. Snap snap 2-3 keping terus masuk van and sambung kerja jadi GPS. Boleh layan gambar-gambar aku kat bawah :
Singgah di deretan kedai lepas balik dari Pasar Serikin
They called this Belimbing. Tapi bukan tau. MUST TRY : SEDAP
Bags
Cave di Serikin
Tasik Biru yang cantik
Jaga-jaga, ada yang memerhati
Cantik kan reflection die?
The view
Awesome untuk video clip

 

Selepas sejam perjalanan, kami sampai di Harbour View Hotel yang terletak di Lorong Temple. Kami pilih hotel ni sebab die terletak berdekatan dengan Waterfront. So senanglah kami nak ke mana-mana nanti. Betul tak? Harga untuk satu malam : RM165 *excluding breakfast*
Inilah hotel kami
Di sebelahnya ada temple
Bila check in, hanya 1 bilik sahaja yang ready. Lagi 2 still tengah kemas. So takkan nak tunggu lama-lama kat hotel. Baik kiteorang bergegas mencari makanan sebab perut pun dah lapar. Selaku AJK makanan, Fara bertanggungjawab untuk listdown kan semua restoran yang dikatakan sedap.
Destinasi pertama ialah RJ Ayam Penyet. Tapi misi itu failed sebab RJ Ayam Penyet hanya buka pada waktu petang ke malam sahaja. So bertukarlah kami ke Kopi O Corner yang terletak hanya di sebelah RJ Ayam Penyet (Satok area). Macamane nak pergi sana kalau takde driver or kenalan yang bawakkan? Korang carilah Wisma Satok. Die dekat area-area situlah. Tepi jalan bawah junction. Kalau tak jumpe, rajin-rajinlah tanya pada orang ya πŸ™‚
Menu hanya ada gambar food and beverages aje. No title and price
Menu Wajib Try : Murtabak Mayonis
Ayam Penyet Bakar
Balik dari Kopi O Corner, kami terus menuju ke hotel. Kaki memang penat giler. Mengantuk? Jangan cakapla. Kami semua kan bangun pagi-pagi untuk catch early flight. So bila tengahari macamni, dapat pulak aircond, mata memang cannot tahanlah! Tapi kena tahan jugak, sebab aktiviti seterusnya ialah berjalan ke Kg. Boyan.
Since Opah, Ibu and Ayah tak mau naik sampan, mereka hanya berehat je dalam hotel. Paling sian Opah lah. Sampai bengkak kaki berjalan jauh. Tapi semangat Opah memang macam Oshin *her favorite soap drama*. Even usia dah separuh abad, itu bukan penghalang untuk Opah sampai ke sini. Yeahhhh! Itulah semangat yang kite mau!
Jam pun dah menunjukkan pukul 4.30 petang semasa kami bersiap untuk ke Waterfront. Tapi Kak Yong and family boleh bantai mandi pulak. So kami yang berbusuk-busuk bergeraklah dulu sebab nak bergambar dan round the town by foot katanya.
Petang di depan Waterfront boleh tahan panas jugak. Tapi kalau dahaga jangan risau, berlambak deretan kedai kat situ. Siap ada ‘Yuna Waterfront’ lagi yang buat persembahan tau! So meriah ala-ala kat Danga Bay kata secretary kami, Sofia.
ADUN
Sampan untuk tourist
Ini pulak harganya
Ada history story kat sini jugak
River Cruise anyone?
Kalau naik, dapatlah gambar camni

 

Melihatkan telatah mereka yang berada di situ, kiteorang sampai tak sedar yang sebenarnya kami dah sampai ke tempat naik sampan. Ha time ni kami aku dan Fara memang nekad nak naik je. Tapi secretary kami cakap, tunggulah Kak Yong nanti ibu marah. Bila ingat balik, memang kelakar. Dah besar pun Sofia still takut kena marah. Apa daa…
Since takut kena marah dengan ibu, kami pun tunggulah Kak Yong. Bila die sampai, kami terus cakap pada orang sampan tu yang kami nak pergi Kg Boyan sebab nak beli Kek Lapis. So die cakap, Kg Boyan RM3 sorang. Mahal kan? Sebab dengarnya harga yang dikenakan hanyalah 50 sen aje. Bila tanya, kami dah ke depan sangat.
So kalau taknak bayar mahal, jalanlah ke terminal sampan yang 50sen. Sebenarnya, kami tak kisah pun nak bayar, tapi takut nak naik sampan lama-lama. Tambah pulak dengan berat masing-masing yang di luar kawalan, kami tak berdaya naik jauh-jauh.
Untuk kesenangan pakcik sampan tu jugak, kami pun apa lagiii…berjalan semula ke area Hilton Hotel. And yes! Kg. Boyan tu hanya berada di seberang situ je. Pheww! Penat uols jalan jauh-jauh. Terbakar habis lemak Murtabak Mayonis.
Bayaran yang dikenakan untuk ke Kg. Boyan hanyalah 50 sen sehala. Time naik tu, kami je yang riuh rendah. Orang lain mungkin dah biasa dengan transport cam gini. So dorang tengok aje gelagat kami yang macam orang baru nak belajar naik sampan. Bising giler! Apa yang aku perhatikan, sampan ni memang antara pengangkutan utama untuk penduduk tempatan menyeberang. Fuh! Bila dah experienced naik sendiri barulah aku rasa betapa gigihnya mereka yang tinggal di sini. Salute giler dengan korang. Yeah!
Demi sesuap nasi
Yay! Sampai sudah. Jom boyan laju-laju, sampai Kg. Boyan
Jetty Kg Boyan
Confirm ASLI
The view from jetty
Awesome
Kayuh jangan tak kayuh
Bila dah sampai di Kg.Boyan, kami terus berjalan untuk ke Mira Kek Lapis. Sambil tu, korang akan lalu di kawasan food court Kg. Boyan. Macam-macam makanan ada kat situ. Korang pilih je nak makan apa ye. Dengarnya, kek lapis ni ada 2 yang famous di Kuching – Mira dan Dayang Salhah. Tapi serious, aku tak jumpe pun kedai Dayang Salhah tu. Mira je aku jumpe. Nasiblah aku bukan peminat Kek Lapis ni. So aku tak kisah pun beli yang mana-mana. Yang penting, aku beli sebagai syarat aje. Boleh tak gitu?
Ada gambar Dato’ Siti
Among the cakes. Most of the cakes -RM10/pc
Dan ini paling menariks
Tekak pon dah kering sebab macam-macam kek lapis dah masuk dalam tekak ni. Al-maklumlah, free tasting kan. Ha rasalah sampai anda suke perasa itu. Habis membeli, kami beramai-ramai pergi ke Food Court di situ untuk beli air. Time minum tu, hari pun dah gelap.
Terus terpikir, eh, ada lagi ke sampannya? Then aku tanyalah Kak Yong, ada lagi ke sampan? Die pun tak tahu! Memang terbaiklah jawapan. Since malas nak gi tanya, aku terus cakap, “So apa lagi, kena bermastautinlah kat sini”. Masing-masing terus buat muka blur. Mungkin taknak kot tido kat sini.
Sambil minum, duk intai-intai jugak ada ke boat yang melintas ke sebelah sana. Nampaknya memang ada. Buat penat je risau. Kami taknak tunggu lama dah kat situ, terus ke jeti untuk ambil sampan. Tak sanggup kalau betul-betul kena tido sini. Mana nya nak tido kan?
Tips : Naik sampan hanyalah 3 minit sahaja.
Badan memang terasa tak selesa time tu. Dah lebih 12 jam tak mandi ni, tak kira balik hotel kena mandi jugak ni. Dah melekat macam-macam bau kat badan. Sampaikan bau Serikin pun hado ni.Huhuhu…Habis bersiap bagai, aku dan yang lain keluar untuk ke Pasar Malam Satok dan makan di TopSpot. Tapi kami sesat! Paling worse, hari yang kami pergi tu, terkena pulak dengan Earth Hour celebration. Ada konsert dekat depan Waterfront. So jalan memang sesak lah. Pusing-pusing pun, situ jugak!
Since bukak WAZE pun macam tak membantu, kiteorang berhenti depan PARKSON untuk bertanya pada orang. Ada kakak ni die tengah tunggu orang, so van kami berhenti betul-betul depan dia and aku terjah sajelah die. Nasiblah die tak lari ke jerit ke kan, kalau tak, aku pun join jerit sekali.
Bila tanya kakak ni, die pun tak tahu nak explain macamne. Aku pun lagilah tak tahu macamane nak cakap dah. Kakak ni kata kiteorang kena pusing balik. and belok kiri kat belah sana tu…Dan cari sampai jumpa, kalau tak jumpa, tolong tanya orang. Alamak! Aku cam sedikit hampa kat situ. Tapi nak buat macamane kan? Kita kat tempat orang, kite harus tabah sentiasa.
Aku pun naik semula ke dalam van dan terangkan kepada brother in law yang memang ditugaskan untuk drive. Penat jugak nak mencari jalan yang betul ni. Pusing-pusing sampai situ jugak. Haiyaaa! Banyak susah wooo… Seperti yang kakak tu cakap kalau nak pusing, belok ke kanan lepas traffic light. Sedang aku bagi arahan kat brother in law aku, tiba-tiba tingkap van kami diketuk oleh penunggang motorsikal. Die suruh turunkan tingkap. Terkejutlah kami semua. Ini nak rompak ke apa ni? *Maklumlah bahaya zaman sekarang ni*
Ayah suruh turunkan tingkap tapi semua tengah blur. Aku mati-mati ingat kawan die tapi bila pikir balik, ini Sarawak bukannya area rumah kami. Serious aku cam blank!
Abang yang bawak motorsikal tu bukan berseorangan tapi ada bini kat belakang. Takkanlah nak rompak bawak isteri sekali kan? Bagi logik sikitlah. Abang tu pun, buat gesture suruh ikut motor dia. Bila tengok balik, eh isteri die tu macam kakak yang aku tanya tadi. Baju putih pregnant…Sah! Memang kakak yang kat Parkson tadi.
Bersyukur sangat! Ada jugak orang yang sudi tunjukkan jalan kat kami yang dah hilang arah disebabkan masalah signboard di sini. Abang ni pun memang bagus. Dia make sure yang kami sentiasa nampak die dari belakang even dia naik motor. Dia pasti akan tunggu kami kalau van weols lambat.
Semasa Abang ni tunjukkan jalan, kami ada perasan TopSpot kat tepi jalan tu. So kena hafal jalan ni. Sampai sahaja di satu simpang dekat dengan traffic light, Abang tu berhenti dan die cakap, ‘Jalan terus saja dan terus nampak Kubah Ria sebelah kiri’. Kami pun angguk tanda paham. Kemudian, ayah menghulurkan duit minyak sebab sudi tolong kami. Dia tak nak ambil tapi ayah insist jugak nak bagi mengenangkan wife die tengah pregnant naik motor teman kami.
Kami pun terus bergerak ke arah jalan yang Abang tu tunjukkan. Temanya, kami bawak perlahan-lahan sebab takut terlepas simpang. Yelah, signboard kat sini ala-ala nak pergi rumah orang kahwin gitu. Kalau tak alert, non-hadolah Satok Night Marketnyaaa.
Time tengah tengok-tengok jalan tu, tiba-tiba, Abang tu datang balik sambil tunjukkan jalan. Alahaiiii, terharunyaaa! Abang ni sungguh baik, mungkin dia tak sampai hati tengok kami kalau sesat lagi. So die lead us jugak ke Kubah Ria yang sebenarnya tak jauh mana. Dia hantar kami sampailah depan Kubah Ria kauuu. Ha, ini memang terbaik. Terima kasih banyak-banyak buat Abang dan isteri. Kalau anak lahir nanti, mesti berseri macam yang tukang tanya tadi kan? *pengsan*
Aku rasa, kami sampai Satok Night Market ni pun dah lambat-around 9.40malam! Semua gerai dah nak tutup sebenarnya. Aku still jalan jugak sebab aku ingatkan dorang baru nak bukak. So yakin je jalan lenggang sayur midin bagai. Rupanya, anggapanku ternyata salah belaka!
Yang tinggal pun hanyalah beberapa kedai jual fridge magnets, kain batik, baju-baju, sayur and ikan terubuk. Yang lain semua dah bungkus untuk pulang. Nasiblah sempat beli-belah sikit-sikit. Bila on the way nak balik ke van, ibu singgah tanya mana nak beli ikan paling glamer kat Sarawak iaitu, Terubuk Masin. Dan tidak dilupakan jugak kepada Sayur Sarawak Most Wanted Yawrrr – apa lagi kalau bukan, Sayur Midin.
Weyyy tak pernah aku tengok and rasa sayur ni kat Semenanjung. So bila dah sampai sini, haruslah mencari benda-benda yang very the limited edition di sini. Ibu memulakan misi mencari Ikan Terubuk dan Sayur Midin di Pasar Tani Satok. Ahaaaa…ada sesetangah kedai je yang bukak sampai malam. Selalunya by noon dah tiada kedai yang bukak sebab barang semua dah habis.
Ibu singgah di satu kedai Ikan Terubuk di dalam kawasan pasar. Ibu saja nak survey harga-harga ikan kat situ. Time tulah terjumpa sorang mamat yang berniaga kat dalam pasar dan die perkenalkan nama dia sebagai Herry. Die tolong kakak die meniaga kat situ. So dia offer Ibu harga Ikan Terubuk special siap bungkus dengan barang-barang lain. All-in-one lah kiranya!
Aku sempat tanyakan pasal Sayur Midin yang menjadi kegilaan sesetengah orang. So kenalah cari, kang teringat-ingat, tak pasal-pasal next week kena repeat Sarawak hehehe *alasan*. Bila aku tanya kat mana ada jual, Herry cakap yang sayur Midin boleh dapat pagi esok. Malam-malam cenggini cari sayur, memang tak dapatlah. Sayur jugak aku ni kan? hahahah!
Herry ada cakap, kalau makcik nak beli apa-apa barang lain, dia boleh bawakkan. Cakap aje, yang makcik ini keluarga saya. Nanti senang nak dapat murah! Semua barang pun die akan packingkan sekali dengan ikan terubuk. Dan die kata, kalau nak, datang pagi esok, dia akan tolong buat! Baik kan?
Since takde apa-apa lagi, kami pun bergerak dari Pasar Satok untuk ke TopSpot. Ingatkan TopSpot ni buka sampai 3.00pagi, rupanya sampai jam 10.00pm sahaja. Awal giler uols. Jadi, tak merasalah kami makan di TopSpot. Takpelah, tiada rezeki untuk kami ber-seafood, alergik bagai.
Balik hotel, ramai pulak yang lapar sebenarnya! Jadi, selaku kakak sulung yang bertanggungjawab, Kak Yong bersama suami tercinta pergi mencari makanan di area Waterfront. Time die pergi cari foods tu, aku memang dah tidor. Penat giler kann…Menurut Kak Yong, nak cari makanan malam-malam kat sini, serious susah giler if kite tak familiar.
Bayangkanlah, siap die pergi ke satu billboard McDonalds sebab die ingat kat situ ade restoran McD. Tapi ia hanyalah billboard semata. Nak tergelak jugak time aku dengar tapi tak sampai hati. Kak Yong terpaksa jalan jauh giler sebab nak beli burger untuk kami semua. Aku bangun pagi, tau-tau ada burger je! Walaupun dah tak fresh, aku tetap makan. Sebab aku hargai jasa Kak Yong yang sanggup berjalan malam-malam mencari makanan untuk aku dan yang lain. Terima kasih Kak Yong. Jasamu ku kenang di Sarawak teheeeeee….

9 thoughts to “Trip ke Kuching, Sarawak Part 1”

  1. hye dear! i love ur blog sebb ade detail u punya trip…almaklumlah kte cari trip2 yg ade anggaran bajet skali kn….heheh

    wahh mmg teruja nk try malindo tp xtau nk g trip mane lg… πŸ˜‰

  2. Hi Maya,

    Thanks for drop by. Glad you love this πŸ™‚
    Trylah Malindo. Memang awesome. Current destination only Kuching and KK.
    Must TRY πŸ™‚

  3. Absolutely resourceful, thankyou, plan my trip to Kuching in June this year, will definitely use your blog as my family guide, had booked Harbour View Hotel as well, really enjoy reading your fun, cheeky experiences and like all the photos, awesome.:)))))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *