Budget Trip ke Australia : Sydney Part 1

Aku bangun dari katil dan seakan tak percaya yang kami akan meninggalkan Melbourne untuk Sydney. Aaaaa…nak aje aku jerit and cakap, boleh tak, kalau aku nak stay kat sini? Boleh tak? Hmmm, ini semua adalah sebab kami seronok sangat duduk sini. Kami dapat ramai kenalan baru di sini dan terasa macam rumah sendiri bila stay di MH Melbourne. Your hospitality memang terbaik! Saya bagi 5 bintang kalau ada review di TripAdvisor.

p/s : Chop! Katanya starting June 2013, rate MH dah naik. Betulkah?


Seperti yang dijanjikan, kami menunggu kedatangan Starbus di hadapan pintu gate MH. Charge yang dikenakan hanyalah 25AUD seorang. Servis memang tip top. Pantas aja membawa kami ke airport. Untuk flight ke Sydney, kami memang dah book siap-siap tiket Tiger dengan harga yang murah bangat – 36.20AUD siap baggage and tax bagai. Murah kan? Tapi, sesuailah harga tu dengan servis yang dia bagi. Janji sampai di Sydney dengan selamat, sudah cukup bagi aku.


Untuk Tiger airlines, korang kena pergi ke Terminal 4. Bila Starbus turunkan kami di pintu airport, korang kena masuk dalam airport dan berjalan menuju ke signboard yang diorang tunjukkan. Jangan panic. Korang hanya perlu berjalan selama 5 minit je. Tak jauh mana pun. Sebelah menyebelah saja kedudukan bangunan nya. So, kalau korang terlambat tu, make sure ada ample time 5 to 10 minutes untuk sampai ke kaunter check in Tiger.


Sampai sahaja di Tiger airport terminal, queue memang dah panjang habis. Tapi pekerja kat sini memang pantas compared to other airlines. So dalam masa beberapa minit je, turn kami untuk check in pun tiba. Staff di situ jugak boleh dikatakan friendly. Bila die suruh kami letak bag atas baggage weighing systems, terus dahi die berkerut. Time tu kiteorang buat tak tahu jelah, sebab yakin giler bag confirm muat 25kg.


Sekali bila die bagitahu yang kiteorang dah exceeds 25 kg which in total kiteorang punya bag ialah 30kg! Kami terus cam…alaaaaaaa…Terlebih jugak rupanya..Huhu.. Staff kat situ ada suggest untuk kemas balik bag kat tepi, and transfer my 5kg to hand luggage. Tapi kiteorang mesti kena beratur balik. Melihatkan masa yang agak terhad dan queue pon makin panjang meletop-letop, maka aku rasa adalah lebih bagus kalau kami bayar aje 100AUD sebagai denda. Nak buat macamane, tema backpacking tu dah hancur lulur bila tengok barang kat DFO and QVM.Ahhahahah


Seperti yang diperhebohkan, Tiger Airways sangatlah terkenal dengan kelewatannya. At least, kami harus bersyukur yang flight tak cancel. Kalau tak, terpaksalah tumpang flight lain, itupun kalau ado lah kan. Kalau tak, memang duduk ajelah kat airport ni ha… Baiklah, perjalanan dari Melbourne ke Sydney mengambil masa selama 1 jam lebih. Sepanjang perjalanan, aku dan Shima tido aje. Tahu-tahu dah sampai di Sydney Domestic Airport dengan kelewatan beberapa puluh minit, tidak seperti yang dijangkakan. I’m okay with that as long as dorang tolong advise stewardess diorang supaya tak korek tahi mata time tengah buat demostrasi keselamatan atas kapal terbang. That’s it!


Kan dah self-cam, sapa suruh delay lama sangat


Almost here…in Sydney

Since tema trip ini adalah berjimat kaw-kaw, kami terus ambil bus di depan airport bernombor 400 dan turun di Randwick Junction. Kalau korang bawak bag yang besar tahap gaban, better jangan ikut plan kiteorang. Bazir tenaga saja. Apa yang korang boleh buat ialah :

1) Ambil train dari airport terus ke Cental Station and dari situ, terus ambil bus di Eddy Avenue. Bangunan Eddy Avenue ni adalah sikit-sikit cam bangunan Sultan Abdul Samad. So keluar dari train station. Ikut signboard and korang kene melintas. Dari situ, sila ambil bas number 376, 372 atau 374. Nampak je Caltex di depan/ sebelum traffic light, sila tekan loceng. Korang akan sampai betul-betul depan Malaysia Hall di sebelah kiri.


Turn left to Eddy Avenue



This is Eddy Avenue


2) Ambil bas no.400 macam aku (4.60AUD/person) dari airport (route Bondi Junction ye, sebab dia ada 2 route). Dari situ, korang turun kat Cook Street (inform je driver bus, cakap nak turun kat situ). Then naiklah bas no. 372/374 untuk ke Alison Road di mana letaknya Malaysia Hall.


3) Cara ni aku rasa sangatlah jimat kalau korang travel 3-4 orang. Korang boleh ambil taxi di airport dengan harga tidak kurang dari 35AUD. So bolehlah berkongsi-kongsi bayar. Jimatlah jugak dari ambil train, turun naik bas pulak.. Lagipun, jarak airport ke MH Sydney tidaklah jauh sangat. Worth it jugak!


Take this route for 400 bus

Sampai di Malaysia Hall (terasa nak patah pinggang pikul bag gergasi selama 15 minit), kami letak bag dulu since sampai terawal sikit from check in time – 2.00pm. Kami siap-siap dan terus plan nak keluar cari MyMulti Pass. Tapi, baru je nak keluar, tiba-tiba person in charge dah datang and bilik pulak dah ready. So, memang rezeki kami dapat masuk awal. Kemas-kemas sikit and terus keluar. Even penat tahap dewa, aku tetap gigihkan diri sebab taknak rugi every second pun kat sini. Priceless tau kalau tak hargai masa yang singkat kat sini.

Malaysia Hall Sydney yang selesa


Those yang suka mandi buka pintu, please read this important notice

Trying my best to smile *dalam hati, penat*


Dalam bus to Central Station

Cuaca di Sydney sangatlah berbeza dengan cuaca di Melbourne. Kalau sebelum ini, aku katakan yang cuaca di Melbourne kelihatan sayu dan tenteram, di Sydney pulak, cuaca nya agak panas sedikit dan keadaan di sini hampir sama dengan bandar kesayangan aku, Kuala Lumpur. Mungkin banyak pantai kot, tu yang cahaya matahari die lain macam sikit. Especially waktu tengahari di sini. Memang matahari memancar dengan cantikya. Menyesal pulak tak bawak sunblock, mana tahu terus permanent ‘tan’ bagai. Menangis maks!

Baiklah, jom sambung balik cerita aku…From MH, kami lintas jalan untuk ambil bas ke Central Station. Time naik tu, tak silap kami ambil bas 373 untuk ke sana dengan bayaran 2.20AUD/person. Sampai di Central Station, kami terus beli MyMulti Weekly pass yang cover semua zone dengan harga 61AUD. Dengar macam mahal kan? Tapi inilah pass yang paling berguna untuk traveler yang spent more than 3 days in Sydney.


Kenapa aku cakap pass ini sangat berguna? Ha, untuk mereka yang sentiasa dalam keadaan confused dan tidak yakin akan jalan yang korang tujui, better ambil pass ni. At least kalau sesat pun, korang tak rugi sangatlah. Dan lagi satu, pass ni boleh cover sampai Blue Mountains and Bondi Beach. Naiklah bus, train or ferry banyak kali pun, tak payah nak risau. Semuanya sudah cover dalam pass. Berbaloi-baloi uols! *except light rail, kalau tak silap*


Bought our MyMulti Weekly Pass Unlimited Zone


Sampai di Central station, kami terus berjalan kaki menuju ke Paddys Market untuk memborong barang. Since kami takut tak cukup masa. So bershoppinglah kami di area Paddys Market yang hampir sama dengan QVM di Melbourne. Bagi aku, ada barang yang murah dan mahal compared to QVM di Melbourne. Macam T-Shirt paling murah can go ialah 6AUD. Dan fridge magnet pulak, harganya ialah 6pcs for 10AUD. Tapi kalau bag tote I Love Sydney memang takde kat Melbourne. So aku belilah kat Sydney dengan harga 1AUD sahaja. Best yols!


Terowong to Paddys Market


Fuh! Penat berjalan from Central Station


Akhirnyaaaaaaa


Dalam Paddys Market


Mampu? Sunglasses AUD 10 vs RM10


Heaven for souvenir lovers

Habis bershopping, perut pun terasa lapar giler. Semasa kami sedang berjalan menuju Paddys Market tadi, kami ternampak satu restoran masakan orang Melayu kita. Since malas nak mencari tempat lain, kami pun singgahlah di Cafe Kasturi. Aku order Nasi Ayam Hainan yang berharga 14.90AUD sepinggan. Sila jangan convert. Kalau convert, memang boleh belanja satu family makan nasi ayam yang dibeli kat pasar malam.


This is very nice!


View from Cafe Kasturi


Nasi Ayam Hainan in Sydney *psst, hanya AUD 14++ aje*


After dah berkenyang-kenyang, kiteorang terus berjalan keluar untuk ke Circular Quay pulak. Untuk tidak sesat, kami sempat tanya pada pekerja cafe tentang bas yang menghala ke Circular Quay. So, die cakap any bus starts with 4 from here can go to Cicular Quay. Tanpa membuang masa lagi, kami pun bergegas ke bus stop berhampiran untuk tunggu bas yang bermula dengan 4xx.


Naik je bas, korang perlu berhenti di last station. Camne nak tahu last station tu, nanti driver akan cakap, Okay, passengers, this is the last station, Circular Quay. Bla…blaa…Ha gitu lah, dah macam naik flight pun ado. Jadi, itulah station terakhir iaitu Circular Quay. Since semua pun dah turun, kiteorang terus berjalan menuju ke Cicular Quay station.


Sebenarnya, kiteorang ni dah takde plan pun nak gi mana-mana. Maklumlah penat bangun awal and mengangkut ‘batu-bata’ dari Randwick Junction tak habis-habis lagi. So, mungkin pada aku, melihat permandangan di Darling Harbour mampu menghilangkan penat lelah kami. Dengan itu, aku pun terus tag MyMulti di Wharf no.5 untuk ke Darling Harbour. Aku pun tak tahu sangat apa yang ada di sana. Hanya saja-saja je nak menghabiskan masa sambil naik ferry dan layan permandangan Sydney pada waktu malam. Itu sahaja yang mungkin dapat hilangkan lenguh-lenguh badan ni ha…


Dari jetty sementara menunggu ferry, kami boleh nampak one and only Opera House. Dan tak lupa juga kepada Sydney Harbour Bridge. Memang cantik permandangan waktu malam ye… Bergemerlapan lampu neon di sana sini. Cahaya laser pun turut menghiasi keindahan malam Sydney. Bagi aku, mungkin bandar Syndey lagi meriah dari Melbourne, tapi orang-orang di Melbourne lagi friendly dari sini *ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau pun sesiapa*


Let’s naik ferry ke Darling Harbour

Waiting for ferry to arrive


Our first glance of Sydney Harbour Bridge babeyhhh


2nd glance


And turn Opera House pulak

Bandar Sydney di malam hari


Bila masuk je dalam ferry, berebut semua nak duduk kat luar even cuaca agak sejuk time tu. Yelah, nak sangat capture moment berlatarbelakangkan Sydney main attractions katanya. Dah naik ferry, kiteorang duduk pulak satu row dengan negara jiran Malaysia. Ingatkan aku and Shima je sangkak nak berbackgroundkan 2 structures tu, tapi dorang ni lagi over. Siap halau-halau kiteorang bile time diorang nak ambil gambar berpasang-pasangan. Aku pikirkan dorang ni dah 40 series je, kalau muda, dah lama dah inteframe sekali dalam gambar dorang. Tapi, si Shima lah yang paling panas hati, asal amik gambar je mesti ada gambar dorang. Bila dorang punya gambar, halaulah kami ni ha…Takpela, orang penyabar dapat pahala!


Nasiblah dorang buat perangai kejap aje. Elok pulak stop Darling Harbour pun dah semakin hampir. Kami turun di Darling Harbour bertemankan angin malam yang mampu menusuk setiap tulang temulang yang kami ada. Memang sejuk tak ingat punya time tu. Aku memang tak tahan nak bejalan dalam cuaca yang macamni. Dah lah sejuk, then hari pun dah gelap. Memang mata nak terkatup aje ni. Entah kenapalah bila aku sampai Sydney, mata jadi mengantuk. Mungkin energy level dah hampir 0% nie. Kena berehat katanya…So, kiteorang pun terus mendapatkan ferry untuk pulang semula ke MH Sydney. Ferry untuk pulang ke Circular Quay memang kosong aje. Hanya ada beberapa dari mereka yang mungkin ada urusan di bandar.


Dalam ferry balik ke Circular Quay, takde sapa pun yang hadap nak duduk luar. Mungkin orang di sini pun dah naik muak dengan permandangan di sini. So dorang rasa better stay kat dalam ferry je. Bila dah tinggal kiteorang je yang willing untuk stay kat deck atas, memang kami bolehlah bergambar macam ferry tu bapak kiteorang yang punya. Dan yang paling best, dalam ferry tingkat atas, ada free WiFi. So apa lagi, berinstagram la kami berdua. Bukan selalu kan nak merasa macam artist-artist di Instagram. Turn kami lah pulak…


Ahaaaa….letih sudah tengok bridge


Oh it’s Luna Park

Tired feet


Sampai di Circular Quay, kami terus ambil train untuk ke Central Station. Dari situ, boleh ambil bas ke MH. Dalam beberapa minit, kiteorang pun sampailah dalam bilik untuk berehat dan melelapkan mata. Tomorrow kami akan ke tempat yang katanya cantik dan sungguh menenangkan. So, tunggulah next update aku ye…

8 thoughts to “Budget Trip ke Australia : Sydney Part 1”

  1. blog yg seronok dibaca untuk org yg mls mcm i.. acc i plan pg sydney dis oktober. i nk tnya mcm mane u booking room kt MH..

  2. Nice post. Saya pun akan ke Sydney pertengahan Sep ni dan menetap di MH. Walaupun menetap di Melbourne dah hampir 8 bln, ni lah kali pertama saya nak bercuti ke Sydney. I can use your post as ref.

    p/s: seronok baca psl cuti2 di Melbourne tu. Ada setengah tempat saya pun tak pegi lagi, hihi 🙂

  3. Seronok baca blog ni. Hari tu pergi sabah pun, refer sini jugak. Such a complete guidance. Nak p Aussie and sedang korek dengan lbh mendalam blog ni. Thanks!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *