Budget Trip ke Australia : Sydney Finale!

Wah pejam celik pejam celik, hari ini adalah hari terakhir kami di Sydney. Tak sangka kami berdua dah berada lebih dari 7 hari di bumi Australia. Aku rasa inilah backpacking trip yang paling lama aku buat untuk masa sekarang lah. Biasalah, baru nak berjinak-jinak katanya..Apa-apa pun aku memang enjoy setiap saat yang aku spent kat sini. Berbaloi-baloi macam setiap OZ dollar yang aku spent kat Coles…Ha..camtulah perumpamaannya uols. Anyway, jom kita sambung cerita pasal hari terakhir kami di Sydney.

Plan untuk harinie, kami hanya nak bersiar-siar di area Coogee Beach sampailah ke Bondi Beach.  Bunyi macam dekat je kan jaraknya…tapi ia sebenarnya bergantung pada tahap kekuatan stamina masing-masing. I can say it’s very enjoyable and worth every step but let’s say u’re not fit enough to walk more than 6km, it’s better for you to take bus and go sightseeing. Much better. Tapi, untuk aku yang lebih sukakan cara travel secara slow and steady, aku memang akan pilih untuk berjalan. Dan inilah tempat yang terbaik untuk spend time tengok permadangan dan cara hidup masyarakat di sini, tak gitu?


Route asal untuk berjalan ini adalah dari Bondi to Coogee. Katanya public transport kebanyakkannya akan menuju ke Bondi dan dari situ korang boleh memulakan perjalanan korang. Tapi, ini adalah tips exclusive untuk yang berminat nak sightseeing di sini. If korang stay di MH Sydney, jarak antara Coogee ini sangatlah dekat dengan MH. Korang boleh ambil bas depan MH (without crossing the road) yang bernombor 372/373 untuk ke Coogee. So, korang dah tak payah risau tentang transport nak balik once dah reached Bondi Beach nanti. Sebabnya confirm-confirm bus from Bondi Beach akan menuju ke city centre.


Tips : Kalau stay di Malaysia Hall Sydney, tunggu bas depan Caltex (tak payah melintas) and then naik bus 372/ 373 yang menuju ke Coogee Beach. Macamane nak tahu itu Coogee stop, korang akan nampak pantai belah kanan. Kalau tak yakin jugak, ask driver bus untuk bagitahu uolz bila dah sampai nanti. Mudah aje 🙂


And lagi satu, trek untuk kite berjalan dari Coogee ke Bondi memang sangat terbaik compared to trek Bondi-Coogee. Ini adalah disebabkan jalannya yang mendaki jika bermula dari Bondi. So kalau kite lawan arus, ianya macam kite turun dari bukit jugaklaaa kekdahnya. Jadi, tak payah beriya nak berhempas pulas menbanting tulang untuk mendaki even takdelah extreme mana pun :).. Selain dari itu jugak, once korang sampai Bondi Beach, korang boleh terus naik bas yang akan menuju ke City Centre. Tak payah nak tukar-tukar bas and naik train untuk ke Circular Quay or Central Station. Phewww! Itulah sebabnya aku lagi prefer coastal walk from Coogee to Bondi Beach. Dah le korang, jom kite sambung cite kami bertrekking di Coogee hinggalah ke Bondi Beach.


Kami bergerak keluar dari MH selepas meletakkan bag di bilik snooker. Maklumlah, kami dah check out malam semalamnya, jadi hari ini, kami tak boleh nak masuk bilik dah. So what we did, we ‘tumpang’ our baggage yang berat berkati-kati tue di MH aje. Kemudian, kami terus menaiki bas yang menuju ke Coogee dengan mengambil masa kurang dari 10 minit. Macamane nak tahu itu Coogee? Ha…korang boleh nampak ada deretan kedai di sebelah kiri dan kanan nya pulak haruslah pantai yang terbentang indah. So, we both pressed the bell and keluar dari bas di station Coogee Beach.


Berhenti di sini untuk ke Coogee Beach *lintas jalan pakai towel je tau*


Cuaca pagi tu macam mengizinkan kami untuk berjalan melewati kawasan di sekitar Coogee. Sungguh calm and relax katanyaaaa…Sangat sesuai untuk sightseeing and workout. Memang I like uols! Okay, kepada orang Sydney, saya sangatlah jeles dengan korang semua. Pergi pantai nak workout or picnic boleh naik bas dalam few minutes je. Dengan korang punya cuaca macamni, jogging berKM-KM pun, non hado nyelah nak lelah berbakul-bakul. Seronok habis lah. And lagi satu nak habaq jugak, awatlah naik bas pun tak nak pakai baju? Tahulah badan korang semua bersix pack bagai.. Memang kalau tayang kat khalayak ramai, bukan korang yang malu..Kiteorang yang malu tengok badan sendiri tau! Isk..Isk…Bila tengok dorang nie, terus janji nak workout hari-hari bila sampai KL nanti…mampu kah? 


Kami teruskan perjalanan yang mengambil masa dalam 1jam 15minit ke Bondi Beach. Tapi, waktu yang diperuntukkan oleh local kat situ (sempat jugak kami tanya, berapa lama boleh sampai), hanya membolehkan kami sampai di Bronte Beach (in between je ni). Ha, biasalah kan, bak kata orang ramai, biar lambat asal selamat. Kami jalan slow and steady sambil berhenti-henti untuk ambil gambar. Memang permandangan die boleh buat berangan macam pergi Santorini. Cantik sangat. Dan dalam masa yang sama, boleh tengok macam-macam kerenah masyarakat di sini. Ada yang berlatih berenang, ada yang berpicnic, ada yang tunggu anjing poo-poo and kutip buang dalam dustbin. Memang pelik-pelik tapi inilah attitude orang di sini bila kite cuba untuk mengenali mereka nie.

 
Awal pagi lagi nie…View memang gloomy gitu


Volleyball pagi-pagi pun boleh


Ini namanya Dunningham Park. Jadi kami mula di sini
 
Jom naik tangga, tengok apa kiteorang jumpa


Jeng..Jeng…Okay, ini Kak Mah nye bathroom. Tapi takde pintu, hati-hati nanti alarm berbunyi


Ini saya punya pulak!
Okay, this is the view without me


And again *so calm*


Boleh tak nak rumah satu mengadap view macamni?


Okay, boleh pilih tak rumah tepi tebing macamni?


The other side


Jom naik tangga *masih jauh hokey*


Too many spectacular view to be seen


Boleh mandi tau kat sini


Okay, this is nice. You can swim kat laut or dalam pool. Me? I will choose pool tu *heaven*


Poo-poo? Ambil bag plastic nie and kutip
This view, is my favorite! Cantik sangattttt…


Hampir sampai di Bronte Beach


Matahari dan laut = PERFECTO!


Awww! How I wish to see this everyday…
 
Baru sampai Bronte tauuuuu! Jauh lagi nie


Melayan view di Bronte Beach
 
So keep walking and enjoy the scenery
 
Between one beach to another, ada banyak sangat parks. Korang boleh lepak and tengok ramai kids 🙂


Surf Club pun hado


Yes, this is Sydney *melting*


Bluishhhhhhhhh color laaah!


Teruskan berjalan ke sana…


Besar giler anjing ni…
 

Hampir 2 jam jugak kami berjalan, al-maklumlah, 6km katanyaaaaa….Mau terbakar lemak-lemak yang asalnya nak lelong kat eBay ni ha… Bila dah berjalan jauh, memang tak sedar langsung yang waktu time tu, dah masuk tengahari…So, apa lagi,  matahari pun timbul betul-betul atas kepala. Even angin sejuk, tapi cahaya matahari dia macam menekan-nekan kulit pulak (Wah, gitu!). Dahlah kami tak pakai sunblock. Ada pulak yang sunburn segala kan? Disebabkan takut betul sunburn bagai, aku terus rasa cam malas nak teruskan berjalan dan plan nak ambil bas aje di mana-mana station berdekatan. Dalam mengomel tu, kami tetiba ternampak lautan yang besar dan panjang. Terus aku cakap, sampai sini ajelah kite jalan, tak larat dah nie. Nanti kite tengok je Bondi Beach tu kat Internet. Sambil-sambil tu, tercarik-carik jugak aku, ni apa pulak nama pantai ni. So senang nak cari bas nanti.

Rupanya kami dah sampai di Bondi Beach yang kami sangkakan jauh lagi. Phewww! Nasib sampai jugak or else memang dah tak jumpa lah Bondi Beach ni kan? Terasa jauh ya amat! So, bila dah sampai tu, kami snap-snap few gambar, terus aku terpikir, weyyyy! Cantik betul pantai nie…Berbeza dengan suasana di Manly semalam. Pantai ni lagi besar, ramai orang and ada WiFi FREE ye. Terbaik kebabom lah! Habis berposing, aku tengok jam pun dah pukul 1.00pm. Kami hanaya ada beberapa jam sahaja lagi sebelum pukul 6.00pm


And finally….
 
No wonder lah you guys menang Olympics and Commonwealth kan 🙂
 

So, kami terus tunggu bas bernombor 380 yang membawa kami ke Central Station. Sampai sahaja di Central station kami terus ambil train untuk ke Parramatta. Kenapa nak gi sana lagi? Hahahha. Tolong jangan ikut kegilaan kami untuk bershopping di Westfield Parramatta. Katanya, semua barang murah dalam K-Mart tu…Siap bawak catalogue tido bawah bantal…Ha, ingat tak? Hahahah…Serious tempat tue memang my fevret betul! Jadi, tak mau tunggu-tunggu dah, terus aje pergi.

Okay ni lagi satu tips nak bagitahu sebelum nak naik train di Sydney, korang kenelah aware dengan macam-macam announcement yang dorang tampal kat information board tu. Sebabnya kekadang, ada train yang dibatalkan selama beberapa hari melalui notis yang dberitahu…Macam yang terjadi kat kiteorang. Pada hari tue, train yang akan membawa kami ke Parramatta hanya berhenti di separuh jalan sahaja. Ini adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan yang perlu dorang lakukan di landasan train. So, terpaksalah kami turun di station Blacktown dan ambil shuttle bus yang akan menuju ke Parramatta. Kiteorang tahu pun, bila kami semua perlu keluar dari train dan diarahkan mengambil shuttle bus ke Parramatta.

Shuttle bus please


Nasib baiklah kami cepat-cepat naik bus, and terus chop tempat duduk, kalau tak, memang tabahlah kaki menahan 20 minit berdiri dalam traffic jam di Sydney. Bagi aku, semuanya sama sahaja di sini dengan Malaysia. Traffic jam, migrants, impatient people and system. Even though sometimes, Malaysia has serious problem with punctuality tapi semuanya hampir sama bila kite tambah,tolak,congak and bahagi uols. So, #bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan duk complaint and do nothing to our country. Wah gitu lah Adun Kuala Lumpur nie haaaa…

Perjalanan yang panas dan sesak itu membuatkan sesetengah dari mereka mula mendengus pada driver bus shuttle nie. Mungkin kerja-kerja penyelenggaraan sepatutnya bukan dilakukan pada hari Sabtu atau Ahad. Tetapi, pada hari biasa during office hour ke kan…Sampaikan ada sorang penumpang tu, turun separuh jalan je. Belum lagi, African sebelah Shima yang dah nak naik hantu. Kalau die ngamuk, mau Kak Mah yang kena tempias air liurnya…Lagi satu, nasiblah, kami tak plan untuk pergi Blue Mountains pada harini, kalau tak berkicaplah peluh dalam bas. Memang boleh kill good mood betul.

Selepas 20 minit bersesak, turunlah kami di Parramatta yang aku rasa jauh giler pulak bila jadi macamni. Sebenarnya, nak bagitahu, nearby MH tu, ada jugak shopping mall yang berdekatan. Itu pun kami perasan time naik bas dari airport ke Randwick Junction (no. 400). So, tak payahlah korang datang jauh-jauh ke Parramatta ni ha…kami pun baru teringat lepas dah sampai Parramatta. Memang nasib badanlah katakan. Kerana Coles dan K-Mart tercinta, lautan peluh di Sydney sanggup ku redahi katanyaaa….

Selepas bershopping sakan di situ, perut pun terasa lapar, so apa lagi… kami pun terus ke food court yang terletak di Ground Floor. Menu wajib di sini haruslah Fish n Chips kan. So, kami hanya beli 1 portion kongsi 2 orang. Harganya hanyalah 8AUD termasuk sauce. Kalau korang jenis makan semua benda dengan chilli sauce, better korang bawak chilli sauce siap-siap dari Malaysia. Kalau boleh yang macam packet-packet kita dapat kat fast food tu. Ha, senang skit. Kalau sauce kat sini, dah macam cili boh kat pasar borong pun ada. So, kurang sikit lah rasa deliciousnya itu!

Fish n Chips yang memang sedap!
 

Since hari ni ialah hari terakhir kami di Australia, so macam-macam lah yang kami nak beli. Sampaikan Sushi yang berlambak kat Malaysia pun dibelinya. Ini kes teringin sangat nak makan semua benda lah kekdahnya… Dekat sejam lebih jugak kami lepak kat situ sambil layan FREE WiFi from KFC. Then, terus ambil semula shuttle bus untuk pulang ke station yang berdekatan. Dari situ kami ambil train terus ke Central station dan seterusnya ke MH. Wah, ini adalah kai terakhir kami naik bus dan train di Sydney. Sedih pulak rasanya nak tinggalkan rutin yang dah hampir sebati dengan kami (untunglahhh kannn).

Sushi time


Tepat pukul 6.30 pm, teksi pun datang betul betul di hadapan pintu MH. Kami terus masuk ke dalam perut taxi dan ucapkan selamat tinggal pada beberapa students di sana. Mungkin dorang pun dah biasa dengan moment yang macamni. People come and go katanya…tapi bagi kiteorang, berat betul nak tinggalkan tempat ni. Sama pulak dengan  beratnya bag kiteorang dan  perasaan semasa kami nak tinggalkan Melbourne jugak. So, we need to face it even reality is bitter. Takpelah, usah dillayan perasaan yang dah ke laut nie. Baik aku bagi lagi satu tips untuk korang yang nak stay di MH Sydney.

Untuk mereka yang nak gunakan perkhidmatan taxi di sini, ianya adalah sangat sistematik kerana anda akan menerima sms mengatakan yang taxi akan sampai untuk menjemput anda. So, korang boleh tahulah if taxi tu datang atau tidak kan…So, perjalanan hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dari MH. Harga yang dikenakan hanyalah  41AUD sahaja. Kalau korang ramai, memang jimatlah dari ambil train ke airport. Tak payah susah payah, membanting bahu nak turun naik bas atau train mengangkut bag besar-besar.

Sampai di pintu airport, kami terus beratur untuk check in. Bila dah settled semua tu, korang perlulah pergi jumpa kastam pulak. Tapi sebelum tu, korang diharuskan untuk mengisi Outgoing Passenger Card (OPC)  sebelum masuk ke custom area. Ini adalah wajib ye…Kalau tak, korang kena keluar barisan untuk mengisi borang dan beratur balik. Don’t worry, beratur memang kejap aje. Tak perlu berdiri lama-lama untuk tunggu turn korang!

Selepas semua pemeriksaan dah kami lalui, kami terus berjalan-jalan di sekitar airport. Dalam hati memang tak sabar dah nak balik ke KL. Macam-macam benda nak makan ni hehe. Yang penting, nasi lemak itu wajib! Kedua, sayur sawi goreng..Yang Kak Mah pulak, ada ke makanan paling dia teringin, ikan goreng???Aiyooo, hahahah! Jauh-jauh terbang, itu je die ingat…Takpela, pelan-pelan kayuh ye ahhaha! Elok tengah berangan nak makan apa tu, akak-akak MAS di kaunter pun panggil semua passengers, kiteorang terus masuk dalam dan cari seat yang ditetapkan. Aku dapat duduk tepi tingkap tapi aku terpisah dengan shima pulak, nasiblah ada uncle ni willing to change with my seat and dapatlah duduk sebelah Kak Mah. At least kalau tido tu, takdelah bersandar kat bahu orang lain ye dak?

Flight started to depart smoothly until Shima interrupted my movie time with panic face. Babe, ada orang sesak nafas kat belakang kita? Terus aku pusing dan ternampak uncle tu dah macam nazak jugak, muka merah, urat tengkuk keluar-keluar. Aaaaaaaaa, semua takut! Time tu, berlari semua anak-anak kapal untuk selamatkan uncle tu. Sampaikan captain umumkan ada sesiapa tak di antara passenger di sini merupakan doctor… Memang panic habis lah keadaan time tu. Aku? Terus cam PAUSE movie sekejap…Yelah, nak jugak tahu, apa yang menyebabkan uncle tu jadi teruk sampai macamtu sekali.

Lepas announcement tu keluar, datanglah seorang doctor muda berbadan Wolverine dari bahagian belakang ke kawasan kami *background music = Movie Captain America gitu*. Die kenalkan diri beliau sebagai doctor dan cuba untuk merawat uncle yang berada dalam keadaan separuh sedar. Kesian dan risau betul aku tengok uncle tu. Die macam tak boleh bernafas secara normal. Doctor muda itu cuba tanyakan pada kawan uncle tu, adakah die ni ada sakit atau tiba-tiba sahaja, aku yang tak berapa nak dengar sangat conversation dorang hanya dapat menangkap beberapa details sahaja. Katanya die memang tak berehat dan disebabkan penat die jadi macamni..

Dalam dorang berborak tu, datang seorang lagi doctor dari business class area yang a bit senior sikit memperkenalkan diri untuk turut merawat pesakit tue. Pheww, nasiblah doctor muda tu dah redakan skit keadaan uncle tu, so doctor senior tu hanya tolong sikit-sikit sahaja. Aku memang tak payah cakaplah, risau jugak kalau apa-apa jadi kat die, belakang we ols je tau….

Lepas uncle tu minum air, die dikehendaki berehat dan the 2 doctors tu bagitahu jika ada apa-apa emergency lagi, tolong panggil die dengan segera di belakang. Dan dorang pun bersurai. Lampu digelapkan seketika sebelum stewardess sempat edarkan makan malam. Aku and Shima sempat jugak menjeling uncle tu, die dalam keadaan okay sikit time tu, so, makanlah kami dalam keadaan tenang sambil sambung tengok movie – Get Lucky *citer ni memang fevret vetul*

Layan movie lah apa lagi

 

Sambil makannnn dan makannnnn


Tiba-tiba, kawan uncle tu bising-bising dan berlari mendapatkan doctor dan stewardess kerana kawan beliau terkena serangan kali ke-2. My God, kali ni lagi merah muka die, memang aku makan pun tak tenteram la jadinya. Doctor Wolverine tu datang balik sambil aku lihat mulut die pun terkunyah-kunyah. Mesti die pun tengah sibuk menjamu selera. Tapi, dah katanyaaa doctor kan, kenelah menolong mereka yang di dalam memerlukan tak kire waktu atau siapa. Serangan kali ke-2 ni aku tengok semakin teruk, sampaikan 2 orang penumpang sebaris seat die dikehendaki berpindah ke belakang untuk memberikan ruang kepada beliau untuk berehat dengan lebih selesa.

Aku sempat lihat doctor itu berikan die pill dan terus selubung muka. Aku tahu die kena selubung pun lepas aku tertoleh ke belakang. Aku ingatkan dia dah takde, punyalah terkejut tau. Terus rapat-rapat kat Shima sambil cakap, takkanlahhhh kan… Kalau ya, mesti ada announcement. Ish ish tak mungkinlah. Then, aku tanya kat kawan die, is he okay? And he said okay. Aku ada jugak tanya sterwardess, kalau-kalau doctor tu nak tukar tempat dengan kami berdua, so die boleh stand by jika jadi lagi beberapa serangan kan. Tapi stewardess tu cakap takpe. Lagipun, he’s with someone else. Okaylah, kiteorang redha sahaja 🙂

Beberapa jam berlalu, kami pun hampir tiba di lapangan terbang kuala lumpur. Sebelum mendarat, kami diberikan light meal dan refreshment sebagai pengalas perut. Uncle di belakang aku pun dilihat dalam keadaan yang okay dari sebelum ni. Doctor dan stewardess memberikan beberapa info kepada beliau untuk medications dan pemeriksaan selanjutnya untuk penyakit beliau. Nasiblah ada doctor dalam kapal terbang ni, kalau tak, lagi panic lah semua orang. Dan aku nak puji jugak pekerja-pekerja MAS yang memang efficient dalam menguruskan hal-hal emergency macamni. Thumbs up lah!

Kami selamat mendarat di KLIA pada pukul 4.30am waktu Malaysia. Syukur yang teramat sangat walaupun kami melalui pelbagai panic attack dalam flight tadi. Macam-macam sungguh pengalaman since kami berlepas dari KL sehinggalah sampai semula di KL ni. Itulah orang kata, jauh berjalan, luas pengalaman (patutnya permadangan kan?) Memang kalau aku bukukan, mau muntah orang membaca semua pengalaman aku pergi ke Aussie ni. Maka, dengan ini tamatlah sudah pengembaraan kami berdua di bumi kangaroo lah, down under lah, koala bear lah dan macam-macam lagi.

Bagi aku, inilah kenangan terindah yang harusnya dijadikan satu pelajaran baru yang mungkin takkan aku dapat di mana-mana. Kesempatan ke sana memang satu pengalaman yang tidak akan aku lupakan. Ternyata, Australia merupakan sebuah negara yang pasti akan aku ingati. Not to forget for those I’ve met along the way, thanks a lot! You guys are special and meant a lot to me in helping chasing my dreams exploring Aussie. Thanks guys! Much love…Till then, seeya for my next adventure!

5 thoughts to “Budget Trip ke Australia : Sydney Finale!”

  1. Wow missy…finally finish reading it. Siap saved paged taw….;-)..your suka duka experience over there really inspiring & moving.. informative too.. Pls keep writing your ah-mazing precious moments, doll;-) X♡X♥ frm "downUnder" (JB) too..;-)

  2. Assalamualaikum

    boleh saya tau berapa banyak agaknya duit yg kena ada utk 7 hari di aussie? maksud saya utk semua sekali termasuk flight ticket, accommodation, transportation, etc. thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *