Budget Trip ke Australia : Sydney Part 3

Fuh…aku terasa panjang betul cerita pasal trip ke Australia ni. Dah berpage-page aku update cite pasal pengalaman aku di sana, tapi still tak habis-habis lagi. Dan lagi satu, kenapa bila aku kat sana, aku rasa kejap sangat masa berlalu eh? Ish ish…ini mesti kes tak puas berjalan time kat sana ni..Alamatnya kena selalu tengok tiket murah lah ni..So siapa nak ikut aku pulak kali nie? Sila angkat jari…tapi apa-apa pon, aku kene habiskan dulu cerita ni dulu yeeee!

Lagi beberapa hari sahaja lagi untuk kami pulang ke Malaysia, kampung halaman tercinta aku. Ceh, cerita macamlah aku dah lama duduk sini kan…Apa salahnya berangan lebih sikit kan? Huhu..So, bagi mengisi setiap sisa-sisa masa yang tinggal ni, kami haruskan penuhkan ia dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kalau tak, rugi je lah kan? Jadi, untuk hari ini, kami akan berjalan merata-rata Sydney sambil tengok must-go attractions. Joms!

Seperti biasa pengangkutan wajib kami dari MH ialah bas yang akan menuju ke Circular Quay. Dan dari situ, kami boleh berjalan ke Opera House sambil-sambil tu kami bolehlah tengok Sydney Harbour Bridge. Destinasi wajib kalau berada di Sydney haruslah Opera House tu. so sesiapa yang pergi Sydney tapi tiada gambar berlatarbelakangkan Opera House memang epic fail sungguhlah….jadi, make sure korang pergilah tengok ye!

Since tema hari ini ialah, bergambar dengan Opera House and Sydney Harbour Bridge sampai muntah, kami pun apa lagi…tak lepas satu spot pun kat area sana, hokey! Selepas habis berposing sakan di area situ, Kami terasa awal lagi kalau nak lepak kat area Harbour Bridge. Biasalah, matahari memancar all over the place kat Sydney ni. even angin die sejuk tapi cahaya yang menerangi bumi Sydney ni boleh membuatkan kiteorang tan gitu…Over kan? Lantaklah hehehe…So, kami rasa awal sangat nak lepak kat situ.

Mari naik train 2 tingkat…Bukan selalu kan?
 
Don’t step on it 
 
Circular Quay wharf
 
Good morning Sydney Bridge
 
And this is daylight view of Sydney Harbour Bridge
 
Ini gambar ada ferry sebagai prop tambahan pulak

 

Sydney Opera House

 

Under construction *Ini belakang Opera House*

 

Let’s berjalan ke atas pulak

 

The roof
 
Nasib kat sini redup sikit

 

Interested to watch the show? Keep updated!


Jadi, apa yang kiteorang buat ialah, kami catch train from Circular Quay terus ke Redfern dan menuju ke university yang seriously cantik sangat. Okay, aku memang tak tipu…memang cantik dan bersih giloss….University ini adalah University of Sydney yang terletak di area Redfern. Mula-mula sampai di train station, sempat jugak aku tanya kat mana university yang ala-ala Harry Porter tu eh? then dorang cakap itu adalah University New South Wales. Aik? Betul ke ni? Sebab aku pun mulalah percaya. Tapi, kalau university tu, toksah la nak jalan jauh-jauh kan, dekat je dengan Malaysia Hall tu ha…

Tapi disebabkan tak berapa nak yakin and nak jugak tengok samada betul atau tak, kiteorang jalan jugak..and jalan ke arah mana tu? Kalau tanya aku, aku akan bagi tips senang je, korang ikut je student-student yang kelam kabut nak pergi kelas tu.heheh confirm korang jumpa jalan yang benar lagi sahih tau…

Mula-mula sampai tu, kami siap patah balik sebab memang tak nampak langsung bangunan yang macam dalam cerita Harry Porter tu. So, kiteorang tanyalah seorang lelaki yang tengah hantar anak dia kat nursery. so die cakap, yes, this is the university you’re looking for. They had some old buildings because this is the old university. ha gitu…panjang lebar explanation die. So, apa yang die bagitahu lagi, untuk sampai ke bangunan tu, korang kena lalu satu jambatan dan dari situ, korang dah boleh nampak bangunan berwarna coklat…haaa itulah die!

Ayuh ke station Redfern

 

You guys akan lalu kawasan rumah-rumah orang

 

Rumah-rumah nie unik sikit

 

Macam rumah-rumah kat area U.S pun ada jugak
 
Awww… kalau boleh conteng-conteng camni and cakap, Love grows in Kualalala Lumpur kan best!
 

Bangunan- bangunan yang cantik ini adalah bangunan universiti yang ada di situ since zaman dulu lagi. So, memang dorang kekalkan bangunan yang berada di situ sejak tahun 1850 dan hanya tambah-tambah je bangunan baru di sekeliling situ. So takdelah hilang warisan lama walaupun dah berada pada zaman moden gitu…Katanya, university ini adalah yang tertua di Australia. So tak rugi kalau korang datang melawat untuk lihat sendiri bangunan di sini.

Bila kami berjalan-jalan di area situ, apa yang aku dapat lihat suasana di sini sangatlah best untuk belajar.  Memang seronok giler tengok environment kat sini. Ada yang baring tengah-tengah rumput sambil baca buku, ada yang skype dengan yang tersayang dan duduk bawah pokok sambil cari ilham and macam-macam kerenah aku tengok. Memang kalau buat benda ni kat Malaysia, confirm kawan-kawan kutuk. Even gi library pun kena bahan, inikan duduk tengah-tengah padang baca buku. Memang sampai tualah semua orang ingat!

You need to lalu building nie

 

And jalan ikut jambatan nie jugak

 

Ha dah nampak sikit-sikit tu *kenapa auntie baju putih nie ada jugak dalam gambar nie?*
 
Tadaaaa! Inilah bangunan yang aku cari 

 

Close up to this building
 
Awesome blossom sungguh cuaca and building di sini
 
Pintu masuk
 

 

 
Kiteorang masuk dalam building and nampak ini

 

Awak pun study sini ker?

 

Can’t get enough of this lah
 

Selain tu, aku tengok, even student sini terdiri daripada pelbagai bangsa dan negara,tapi aktiviti masing-masing tetap dijalankan macam biasa. Mesti best kan? Kiteorang sempat jugak masuk dalam bangunan lama yang dimiliki oleh faculty kedoktoran.uuuuu manalha tahu rezeki kiteorang jumpa bakal-bakal doktor kan…tapi, yang pass by pun hanyalah professor kat situ huhu…Itulah niat dah lain hehe!

Posters dalam university
 
Ahaaa…ada bazaar nie
 


Lepas bergambar tu, kiteorang terus masuk ke satu lorong yang membawa kami ke kawasan ada padang sikit-sikit. Bila masuk je, kami terus terdengar bunyi muzik macam ada event besar…Dan memang rezeki kami lah haritu, kiteorang dapat tengok orang tengah graduation.

Jom masuk lorong ikut orang depan

Wah wahhhh! Memang meriah betul bila kiteorang tengok mak bapak yang datang dari jauh dan dekat untuk raikan hari kejayaan anak-anak dorang. Sapa tak bangga wey? Bangga tu satu hal lah, yang penat perah otak tu kan….lagilah, mesti rasa best giler…Dalam sibuk-sibuk tengok dorang tengah bergambar sambil pegang bunga tu, kiteorang sempat jugak masuk ke dalam dewan graduation tu sebab saja nak menyibuk kan…bukan selalu uols. Tapi aku suka lah kalau dapat peluang graduate kat sini. Senang nak bergambar. Posing lah mana-mana pun, confirm background the superb tau…Tak payah masuk studio bagai kan?

Bangunan luar tempat graduation

 

Pakcik pun nak jugak ke?

 

Prepare untuk naik pentas sikit lagi

Habis bejalan di sekitar university, kami terus bergerak ke Central Station pulak…Ini adalah kerana kami kena pergi Paddys Market pulak. Ada souvenirs yang belum cukup lagi ni. So memang kena pergi jugak ke sana, kalau tidak, adalah yang sentap mentap tak dapat apa-apa souvenirs dari Sydney..Kami hanya singgah beberapa minit dan terus pergi semula ke Circular Quay area sebab nak pergi tengok the bridge pulak. Ha, korang jangan ikutlah kiteorang punya itinerary untuk hari ini. Ini namanya suka hati je berjalan, malas nak ikut plan dah. Itulah bestnya ada MyMulti Weekly pass ni. Pergi je mana-mana nak, non risau apa-apa dah.

Ha.. untuk destinasi berikutnya, aku memang rasa tempat ni sangatlah romantik dan sesuai untuk lepak bersama yang tercinta…aku dapat tahu tentang tempat ni pun time aku tengah sibuk research pasal Sydney Harbour Bridge. Tup tup, jumpa pulak pasal Observatory Park yang memang menjadi port idaman para photographer dan mereka yang nak tengok sendiri permandangan yang ‘cantik tertarik tak ingat’ ni. Jadi from Circular Quay tu, kiteorang tanyalah kat orang ramai tentang cara nak gi sini.

Tapi sebelum kiteorang bergerak ke sana, kami sempat tapaw Fish n Chips kat train station. Ha, kat sinilah tempat di mana mamat Bangla tu salah bagi balance, macam yang aku cerita pada Part 1. The cashier bagi balance salah – short 10AUD. Katanya dia dah bagi kat Shima, tapi sebenarnya silap uols. Shima pulak tak tanya harga Fish and Chips tu, so die ingatkan itulah harganya. Elok pulak time tu aku baru keluar dari toilet, apa lagi, terus tanya je balik dorang. Then, mula-mula dia tak nak bagi balik tau. Tapi, aku cakaplah elok-elok, buat apalah kiteorang nak tipu you. Kiteorang dari tadi duduk je kat depan kedai ni. After berbincang elok-elok, akhirnya dia bagi jugak duit tu.  Kalau die tak bagi, memang kami framekan je Fish and Chips yang berharga dekat RM70 tu…

Fish and Chips 10AUD *sauce 0.50AUD kena bayar*
Ke arah sana

Kami teruskan perjalanan untuk mencari Observatory Park dengan melalui jalan yang membawa kami melalui lorong-lorong ke The Rock. Aku tak baca sangat tentang sejarah atau info tentang The Rock ni, tapi bagi aku, tempat ni seakan-akan bandar tinggalan orang orang Eropah suatu masa dulu. Ini mungkin disebabkan bangunan dan juga lorong-lorong yang kecil penuh dengan tempat lepak, membuatkan aku rasa kawasan sini sangat unik berbanding tempat lain di Sydney. Mungkin dorang memang nak kekalkan suasana yang macamni di The Rock. So thumbs up lah!

Since hari ini adalah hari Jumaat, di sekitar lorong di The Rock, ada terdapat satu bazaar yang menjual macam-macam makanan dan minuman. And yang bestnya, untuk makanan halal pun ada jugak dijual. Time kiteorang jalan tu, memang dah macam-macam makanan menarik yang ada… Bila kiteorang nampak je satu kedai Halal nie, teruslah nak membeli-belah. Tapi, bila tengok queue kat situ…Mak aih, kalah queue nak beli Burger Bakar kat Abang Burn suatu ketika dulu…Since, malas nak buang masa beratur dan kami pun memang dah ada Fish n Chips, kiteorang teruskan aje perjalanan ke Observatory Park.

Creative betul signboard macamni

 

Mini Cenonet Cupcakes

 

Jom lihat apa ada kat dalam nie

 

Nak rasa kebabos, tapi queue alahai

 

We missed the windmill 🙁

 

Jalan kat sini memang cantik lah

 

Boleh naik tangga ini untuk ke atas sana
Reading information about this place

Bila kami teruskan berjalan, kami lalu pulak di bawah satu terowong dan akhirnya kami confused dengan satu jalan kat area situ. Nasiblah, ada 1 couple mat saleh yang baru saje turun dari situ, so inilah mangsa kami untuk dijadikan kaunter pertanyaan. Diorang pun tak sure tentang Observatory Park ni, tapi menurut mereka, tempat kat atas tu memang ada view yang awesome. Bila dia cakap awesome je, aku dapat rasakan betullah tempat ni. So, apa lagi kan, berlari anak lah aku sambil menaiki bukit tu.

Ada wedding kat church nie

 

Bapak-bapak tangga yang kiteorang daki
Almost there, tapi kena slow sikit sebab ada signboard 40km/j :p

Tips : Memang takde signboard yang membawa korang ke sini, tapi tempat ni ada dalam map. So, better korang tanyakan pada local, dorang confirm tahu.

Dan segala penat lelah berbaloi giler bila dah sampai atas and tengok view yang memang mampu buatkan korang rasa, fuh! Bestnyaaaaaaaaaa! Memang sangat berbaloi jalan dekat 20 minit from train station untuk ke sini. Bila kami dah sampai atas tu, kami pilih untuk duduk di bawah pokok di mana tersedianya bangku untuk duduk. Perut pun dah lapar kan, memang eloklah view untuk kami lunch harinie. Boleh nampak Sydney Harbour Bridge lagi. Bukan selalu dapat peluang macamni…memang confirm cepat sikit kenyang nye…

Akhirnyaaaaaaaa…

 

Nak chop duduk bawah pokoklah
Nak duduk sana pun boleh jugak

 

And the view…Ah-mazing!

 

*speechless*

 

Sunbathing kah kakak?
Kak Mah pun nak tunjuk-tunjuk ‘Langkawi’ jugak

 

This place will be reserved for me and where-are-you?

Sepanjang di situ, kami hanya buat free activities Sambil tengok gelagat pasangan-pasangan bercinta yang turut berada kat situ. Tapi yang menarik perhatian aku, ada sorang mamat ni bukak baju…and then berjemur lama giler kat bawah pancaran matahari. Memang lah cahaya  matahari memancar cantik je, tapi angin tu…tak sejuk ke bang? Kang keras sorang-sorang sapa yang kena tolong? Sayaaa jugakkk!

After few hours, kiteorang turun lah balik ke bawah. Berat betul hati nak tinggalkan tempat ni. Cantik dan sangat tenang. Sempat jugak berangan, kalau kerja kat Sydney, lepas balik kerja, mesti wajib datang tempat ni…saja-saja datang sambil rest and relax….Barulah positive je selalu.

Kami sempat jugak berjalan jalan di sekitar The Rock dan naik ke Sydney Harbour Bridge pulak. Tapi aku dan Shima taknak berjalan kat situ sebab matahari memang atas kepala. Kang kalau hitam, orang ingat aku baru balik Tioman pulak. Tak pasal-pasal bercuti lama siap tukar duit untuk pergi Tioman kan… So, kiteorang just ambil-ambil gambar and terus bergerak turun ke arah Circular Quay pulak.

Nak tengok apa pulak kat atas ni ha…

 

Oh-hai! Cantik jugak view bila dah hampir semput naik tangga kat sini

 

Panas panas panas tapi angin very the sejuk sejuk sejuk

 

Let’s balik and leave this signboard 🙂

 

Bye bye people in The Rock

Elok tengah jalan-jalan kat tepi Quay tu, ada pulak free WiFi. So apa lagi. Kami lepak dulu sambil makan kuaci dan berwifi sikit-sikit…haruslah check in dan berinstagram bagai. Dan bila habis je limit quota yang diorang bagi, barulah bergerak pulak ke wharf no. 3. Haa, kali ni kami nak pergi lepak di Manly Beach pulak. Dah jadi macam routine kami, petang-petang kenalah rehatkan minda sambil tengok pantai dan orang orang pantai. Motif sangatkan?

Berehat sambil makan kuaci di tepi Quay
Opera House lagi

Dan lagi

Kami menaiki ferry yang memang dah siap sedia menunggu penumpang yang akan terus membawa kami ke Manly. Sampai di sana, kami hanya mengikut sahaja crowds yang turun dan menuju ke pantai. Kat sini, memang teratur sangat tempat dia. Kedai-kedai pun ada kawasan sendiri dan sangatlah bersih. Kiteorang ni terus berjalan menuju ke pantai je. Malas nak survey-survey kedai situ, sebab balik nanti barulah nak singgah-singgah bagai.

Dalam ferry
Time nak ambil gambar nie, anda memerlukan kekuatan badan supaya tak terbang sekali dihanyut angin

 

Dah sampai jugak akhirnya

Bila sampai di Manly Beach, memang angin petang die very the…kalau kurus keding ni, mau melayang-layang dibuatnya. Ombak pulak toksah cakaplah, memang tak boleh nak nyanyi lagu bercanda di pasiran pantai uols. Mau terumbang ambing gitu, bak kata iklan Petronas, Ombak Jahat. Ha cam gitulah ombak kat Manly ni. Tapi orang-orang Australia memang lagi suka lah dengan ombak macamni…Al-maklumlah, dorang rata-ratanya badan macam Wolverine kan. Memang fit habislah. Work out 24 jam…so tengok ombak camni,umpama kolam renang Bukit Jalil je…can do lah katanya..

Dah sampai di Manly Wharf

 

Orang ramai di sini

 

Hotel ni memang smart habis

Kami hanya mampu berjalan di tepi tepi persisiran pantai je. Tak mampulah nak join dorang mandi. Memang confirm keras sorang-sorang dalam air. sejuk giler kot. Kalau buaya yang kulit tebal pun, surrender awal-awal bila rasa angin dan air yang sejuk ni. Hewhew…Lepas kiteorang lepak tepi pantai sambil sambung makan kuaci, kiteorang terus make a move to few shops di Manly Street. Ha, inilah masa untuk shopping pulak.

Laut terbentang luas
Dalam hati nak mandi, tapi ombak dia memang tak mampu

 

Too biru to handle this. The view just too bombastic to see

 

Rocks in Manly Beach

 

Hire me? For surfing lah

Di Manly ni, bagi aku, kalau korang nak beli vitamins, perfumes or toiletteries, better korang datang kat sini. Memang murah kalau nak compare dengan harga di Priceline (Pharmacy macam Watsons yang korang boleh jumpa kat merata-rata)…so sediakan banyak duit aje. Then borong sakan lah gayanyaaa… On the way nak balik ke ferry wharf tu, kami ternampak pulak Coles. Ha, kiteorang ni kalau dah nampak logo merah Coles ni, memang wajib kena singgah even tak tahu sebenarnya nak beli apa. Memang seronok tengok groceries dorang. Fresh and menariks!

Kami menaiki ferry terus ke Circular Quay dan from there, kiteorang naik train ke Central station pulak. Time tunggu bus di Eddy Avenue, kami sempat tanyakan pada seorang mat saleh tentang taxi untuk ke airport. Die terus tolong googlekan number taxi untuk kami call. Lepas dapat number, terus kami call untuk booking taxi. Yelah esok kiteorang dah nak kena balik ke Malaysia kan. So, kenelah make sure airport transfer tu settle siap2.

And lagi satu nak bagitahu, sepanjang kiteorang di Australia, kami hanya menggunakan simcard Optus untuk stay connected gitu. Kami beli simcard tu dengan harga 29.95 AUD semasa di Melbourne. Internet hanya 500MB je..so kalau korang guna over the limit kan, die akan deduct from kredit. So jimat-jimatlah sikit. Lagi satu, kalau call or sms number Australia, tiada charge yang akan dikenakan ye. Semuanya free of charge sahaja… Untuk Vodafone dan telco yang lain, korang boleh tanya sendiri kat kedai dorang, okey?

Berbalik pada cerita aku tadi, lepas kiteorang berjaya call taxi, kami terus pulang ke MH dan kemas semua barang-barang yang kami shopping masuk hangkut dalam bag semua. Al-maklumlah time balik, sorang 30kg kan, kalau tak cukup jugak, memang tak tahulah nak cakap apa dah… Ini dah bukan category backpacker lagi. Memang terkeluar dan tak layak langsung. Tengok bag je, confirm kena reject habis-habisan!

So, ini adalah malam terakhir di Sydney. Esok dah nak fly balik ke Malaysia…Apa pulak program kiteorang di hari terakhir di Sydney? Haaa, korang kene stay tuned for next update. Katanya pergi ke satu tempat yang ala-ala Santorini.…*hint sikit*

8 thoughts to “Budget Trip ke Australia : Sydney Part 3”

  1. Salam..
    Insya Allah Sept ni saya pula akan ke Sydney. I pun giler COLES jgk…penah pegi yg kt Melbourne and Perth. Chocolate murah dan ada tanda HALAL… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *