Top FREE Things in Melbourne

Siapa dalam dunia nie yang tak suka benda FREE? Err..I think everybody does! Kalau ada jugak yang pelik-pelik tue, memang something wrong tau 🙂 Hasil pemerhatian aku sepanjang di Melbourne, Australia, ada banyak benda FREE yang korang boleh buat sepanjang di sana. Cuma aku nak highlight important things yang betul-betul worth it berdasarkan pengalaman aku sepanjang di sana. Memang berbaloi sungguh untuk korang! Apakah Top FREE things in Melbourne tu? Jom kita sama-sama tengok….

1) City Circle Tram
Public transport in Melbourne memanglah awesome giler. From trams, trains, sampailah ke bus, semuanya baik-baik belaka. Punctuality and connectivity tu cannot lawanlah 🙂 Tapi, alangkahindahnya kalau semua nie FREE kan…Kalau tak semua pun, at least ada yang FREE, budget tourist cam kita semua akan ter-Happy! Dan Melbourne adalah tempat yang mampu membuatkan traveller macam kita jadi ter-Happy! Sebabnya City Circle Tram and Shuttle bus mereka FREE untuk semua orang…

Untuk tram, waktu operasi akan bermula dari 10am-6pm (Ahad hingga Rabu), manakala untuk hari Khamis, tram akan mula beroperasi dari 10am hingga ke 9pm. Tram will run approximately every 12 minutes from one destination to another. Dan yang paling best, tram akan bergerak melalui kesemua tourist attractions di sekitar bandar Melbourne.

Dalm tram tu jugak, korang akan dengar explanation tentang satu-satu tempat dengan lebih details (tapi kalau ada budak-budak naik, memang suara dorang jelah yang dengarnya).

Flinders Station


This is City Circle Tram. Normally, it’s full with people


But suka sebab classic giler


Untuk FREE Melbourne Visitor Shuttle Bus pulak, which aku tak try pun since nak kena tunggu 30 minit baru bus sampai. Bas ini akan melalui 13 stops dan bergerak selama 90 minit bermula pada pukul 9.30pm hingga ke 4.30pm setiap hari. Korang boleh hop on hop off untuk pergi ke beberapa tempat menarik di sekitar Melbourne. If you have time, please experience bus ni tau.

Free Shuttle for you



2) Brighton Beach
Aaaa… this is my favorite! Yes, tempat ni sangatlah terbaik kalau dapat lepak petang-petang everyday. Ha…nak everyday memang tak dapatlah kan! Tapi, kalau korang berkesempatan datang ke Melbourne, please allocate time untuk ke Brighton Beach.Kat sinilah terdapatnya Bathing Box berwarna-warni yang menjadi icon di Melbourne. Setahu aku, di Mornington Peninsula pun ada jugak. Tapi jauh lah pulak nak drive ke sana kan…Jadi, kalau anda hanya berada di CBD, better korang pergi je sini. Kalau yang memang bergantung harap pada public transport, silalah ikut route ini :

Naik train di Flinders sampailah ke Richmond. Tukar line and ambil platform no.2 ke Sandringhamdan menuju ke Brighton station. Bila stop di sini, korang perlu lintas jalan untuk menuju ke beach. Pantai nie selalunya akan meriah bila petang. Sebab time macamnilah korang boleh tengok macam-macam aktiviti sukan yang dorang buat. Itulah inspirasinya…

Heading to Bathing Box

Bathing box di Brighton Beach

You can lepak here for FREE. Tapi takleh masuk dalam bathing box ni tau



3) St.Kilda Penguin
And this gotta be the ultimate bombastic deals for traveler in Melbourne. Before sampai di Melbourne, I was so excited nak tengok Penguin Parade in Philip Island. Tapi, hajat nak ke Philip Island tak kesampaian disebabkan err….korang boleh baca kat previous entry tentang Melbourne. So we lose some, we gained some. Even tak dapat pergi tengok Penguin Parade, tapi kami dibawa pulak lihat penguin dengan lebih dekat di St.Kilda Beach pada waktu malam. All thanks to Chef Aznil yang sudi bawak kiteorang ke sana. Woot-woot!

Apa yang bestnya kat sini, kiteorang memang dapat jumpa penguin dengan lebih eksklusif. Dapat bergambar lagi dengan haiwan yang habitatnya tidak ada di Malaysia. Inilah orang kata rezeki…Dah lah FREE pulak kan…Memang seronok and sakan habis lah kiteorang malam tu! Bukan senang ye nak beramas mesra dengan haiwan paling romantik di muka bumi nie…Dan, pengalaman itu haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin ye tak?

Hello Sexy baby!

Penguin nak pergi mana tue?

p/s : Kalau pergi tue, please jangan on flash camera yang canggih manggih itu ye. Ini semua adalah untuk protect penguin dari merajuk and lari jauh-jauh ke tempat lain pulak. Kena jugaklah jaga habitat dorang kat sini sebab dorang pun nak jugak menumpang duduk di St.Kilda. Since tempat nie FREE, korang appreciate lah ye 🙂

Okay, ini adalah personal list untuk Top 3 FREE things to do in Melbourne. Sebenarnya banyak lagi, cuma bagi aku ini antara yang penting untuk reference korang jugak kan…Jika korang berkesempatan ke Melbourne, jangan lupa experience semua ini and enjoy the FREE part to the max tau. Kalau aku ada masa nanti, aku akan share-kan jugak Top FREE things in Sydney. Nantikan post seterusnyaa 🙂

7 thoughts to “Top FREE Things in Melbourne”

  1. Seronok baca you punya tips kat Melbourne. Next year baru I dapat jejakkan kaki kat sini. One more thing, all your photos look great. Camera apa you pakai?

  2. Hi dear,

    I google pasal Sydney jmpa blog u. Dgn muka x malu nk tnya top free things in Sydney pulak. I pegi time merdeka nnt. If u don't mind blh share? 🙂

  3. Hi Poobritney,

    Nak tanya sikit, saya dah book melbourne MH.. masa sampai sana terus bayar semua termasuk deposit ke? tkasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *