Top FREE Things in Sydney

Since post tentang Top FREE Things in Melbourne mendapat sambutan yang memberansangkan, tak salah rasanya aku nak share pasal FREE Things in Sydney pulak. Dan tak lupa jugak ada permintaan dari pembaca blog yang mintak aku compilekan jugak pasal Sydney nie. So, sementara masih ingat tentang tempat-tempat yang aku pernah lawati di Sydney, tak salah rasanya aku kumpul semuanya dalam 1 list kan? Baiklah, untuk mereka yang memang tengah merancang nak ber’travel’ ke Sydney, entry ini khas untuk anda…Zaaaassss!

1) Sydney Harbour Bridge and Opera House
Kalau korang takde gambar berlatarbelakangkan 2 monuments nie, tandanya korang memang tak sampai lagi kat Sydney. Haaaa… boleh tak keluar statement camni? Tapi memang betul tau. Opera House tue dah macam icon kat Sydney tau. And for the bridge pulak, bila tengok, korang akan rasa awwwww! Huge-nyaaaaaa. So korang kena pergi and posing lah sampai pengsan. Bukan itu sahaja, kalau korang nak tengok 2 tempat nie, semuanya FREEEEEE! Memang awesome kan? But but but, untuk Opera House tu, kalau korang nak tengok show, ianya adalah berbayar. Cuma, korang bolehlah melawat-lawat kawasan sekitar situ. Even kalau nak lepak area Circular Quay tu untuk menatap Opera House dan Harbour Bridge pun FREE jugak. So jangan lupa tengok tempat wajib ni tau.

Opera House

Harbour Bridge

2) Bondi and Coogee Beach Coastal Walk
Australia nie memang meriah dengan pantai dorang yang cantik-cantik. Bila tengok map dorang pun, kita boleh tahu yang ianya dikelilingi laut. Jadi, kalau anda berpeluang ke Sydney, janganlah miss out pantai yang paling popular dikalangan tourists and locals iaitu, Bondi Beach (Bon-die). View kat sini memang marveles giler. Cuma kalau korang mempunyai stamina macam Lee Chong Wei, apa kata korang layan walking trail kat sini. Dalam 1 jam 20 minit je dari Coogee Beach ke Bondi (do the opposite way nie). Macam yang aku ceritakan dalam post yang lepas, korang memang kena berjalan jauh sikit, tapi Insyallah, bila dah sampai di Bondi Beach tu…Korang macam aaaaaaaaaaaaa, santeknya tempat nie. So better korang allocate time korang untuk mai kat sini eh.

Bronte Beach (singgah lah kalau buat Coastal Walk nie)

Cantik tak?

3) Observatory Park
Ahaaa! Haruslah letak yang paling ‘suke’ kat list paling last kan? Yes, this is my super favorite place in Sydney. Sebenarnya tempat nie merupakan antara tempat untuk nampak view oh-some Harbour Bridge. Ada banyak lagi tempat yang membolehkan korang tengok view Harbour Bridge nie. But, aku memang sengaja pilih yang ini je. Mungkin sebab ada pokok besar and kawasan lapang seakan padang bola. So, kalau nak landing golek-golek macam cerita Hindustan tu, tidak sahih lagi. Cuma malu ngan tak malu aje. Untuk datang ke sini, korang perlulah lalu di kawasan The Rock. Once dah lepas area The Rock tue, please naik tangga and bile dah sampai tu….Wah wah! Awesome habislah kat sini. Kalaulah, aku photographer, memang habis memory card duk amik gambar atas itu je. Tips : Tapaw lah food so korang boleh makan sambil layan view kat situ.

Imagine buat photoshoot pre-wedding kat sini

Feeling-feeling Top of The World gitu

Nak bersidai pun boleh


To be honest, Sydney ada banyak sangat tempat FREE yang menarik. Contohnya, Manly Beach (more relax), Blue Mountains (jauh sikit from city-2 hours), Hyde Park (sapa nak feeling-feeling boleh ke sini) and banyak lagi. Dan untuk yang kaki media sosial, nak tahu something tak? Kebanyakkan ferry semua ada WiFi Free kat deck atas. Laju jugak! Kat area Circular Quay pun ade FREE WiFi. Korang bolehlah sambil lepak makan-makan, update Instagram gambar Opera House dengan #hashtag – #mycurrentview….Boleh ke camtu? Anyway, see ya for next adventure!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *