Trip Budget ke Sabah! (Episod 2)

Helloooooo semua! Bersambung kembali dalam episod ke-2, ceritera sepanjang aku di Sabah. Seperti yang sedia maklum, semasa aku di Kundasang, aku dan Shima bermalam di Kiram Village yang terletak di area Mesilou. Cuaca malam di sini boleh tahan sejuk jugak ye. Biasalah, kawasan Kundasang ni pun memang terletak di atas bukit kan..So tidak sahih lagi kalau cuaca sejuk-sejuk macamnie. Pagi tu, kami bangun memang awal giler. Al-maklumlah, katanya, bermalam di rumah kayu pasang siap dengan jiran lagi kan…So, kalau jiran berjalan sikit pun, sure boleh dengar uols. Nak tidur tenang sangat pun, tak payah kot hehehe!


Dalam pukul 5.30am tu, memang korang boleh nampak dah cahaya matahari yang cuba menembusi bumi tauuu. Time tu, tak yah la nak gosok gigi bagai…Hanya basuh muka, pakai sweater and terus keluar je dari pintu bilik. Sambil tu sempat jugak aku capai camera yang ada. Kamera ni memang wajib ada, yelah, nak rakam segala moment indah macamni. Bukan senang and selalu dapat enjoy view awesome menghadap sunrise berbukit bukau gituuuuu…

When the dawn breaks

Finally terang benderang



Itulah bilik kami *tu kat atas tu*


Sambil-sambil tengok view tu, sempat jugak aku bertegur sapa dengan jiran sebelah. Macam-macam bendalah yang kami borakkan. Sampai kan hari dah terang pun tak sedar. Jadi, adalah lebih elok kalau aku pergi mandi and bersiap untuk check out. Sebabnya aktiviti selepas ini haruslah nak pergi Kinabalu Park uols! Katanya, kenalah sampai sana before kabus melitupi Mount Kinabalu tu. Wah, ayat-ayat novel pulak dahhh!

Selesai bersiap untuk check out, Shima turun dulu untuk masukkan barang dalam kereta dan panaskan engine. Then, die naik balik untuk bersalam-salaman sambil bertukar contact number dengan jiran kami di sebelah. Manalah tahu, ada rezeki untuk visit Johor Darul Takzim pulak kan, boleh la kami singgah di rumah auntie. Tengah sibuk-sibuk nak turun tangga tu, tetiba 2 orang guests yang stay di sini tanya kat kiteorang, siapa yang bawak kereta Viva tu ya? Setahu aku, kami jelah yang park kereta Viva kat situ. Tak perasan pulak if ada orang yang check in lambat tengah-tengah malam bawak kereta yang sama.

Dalam terpinga-pinga tu, kami berdua pun jawablah yang kereta tu kami yang bawak. Dalam hati, memang dup dap dup dap jugak…Apa pulak lah kali nie kan. Then dorang pun cakap, tayar kereta tu pancit lah, flat habis! Haaaaa sudah…Baru je nak bergerak balik nie ha. Dah siap pasang angan-angan nak turun awal, ambil gambar kat Kinabalu Park and paling penting, tak nak lah buang masa banyak sangat kat chalet nie. Hmmm,tapi lain pulak jadinyaaaaaaaaa.

Sejurus lepas tu, aku and Shima terus turun tengok tayar yang sememangnya dah pancit mancit. Aisey man! Terus buntu dibuatnyaaaa! Tapi yang paling best, punyalah yakin dan macam tak nak ambil kisah pasal tayar ke, aircond ke, cermin ke…Yang kami tahu, bawak je kereta tu sampai ke Kundasang ni ha. Bak kata  Shima, nasiblah orang tegur! Kalau harapkan kite berdua, memang takde nya nak perasan benda-benda macamni. Tapi, yang siap startkan engine, loading barang tu lah paling yakin ye dak? Hahahah!*larik*

Bila dah berada dalam keadaan macamni, aku jadi blur. Kalau kat KL, boleh jugaklah tepon mak ayah kat rumah tu suh carikkan mana-mana mekanik yang mereka kenal. Tapiiiii, ini dekat Kundasang tau. Jangan cakap family, kawan-kawan pun takde kat sini. Inikan pulak nak ada kenalan yang pandai baiki kereta. Walaweh sungguh ya! Uwaaaa, menangislah! Tapi, kami harus bertindak waras. Jadi, kiteorang ambil keputusan untuk panggil pakcik jiran sebelah kami untuk check samada tayar ni pancit atau bocor. Bila pakcik tu datang, die pon explain yang kami kena tukar tayar ni. Memang takde angin langsung yeeeeee…



Alahai nasib oh nasib 🙂

Fuh! Tayar basikal pun aku tak pernah nak belek-belek bagai. Inikan pulak tayar kereta. Kalau die suruh aku nangis dulu, baru tolong, aku memang sanggup uols. Tak reti hokey nak berjinak-jinak dengan permasalahan kereta nie. Since pakcik tu tengok kiteorang ni pun macam blur tak sudah-sudah, die try godek-godek bonet belakang untuk cari tayar spare and kalau-kalau ada ‘jack’ untuk bukak tayar pancit tu.

Tapi, apa yang die jumpe hanyalah tayar spare je, alatan-alatan yang lain memang takde langsung. Alamak! Macamane pulak ni. Dah lah hari Sabtu. Jam pun baru pukul 6.45am. Ada ke kedai yang dah bukak pagi-pagi cam gini? Dah nak kena pikir lagi satu masalah. Sambil pakcik tu cari-cari barang, die suruh kami panggil orang Kiram ni untuk tolong. In case, die ada alatan untuk bukak tayar nie. Shima pun apa lagi, bergegas menjalankan tugas dalam meminta pertolongan.

Sememangnya nasib kami baik. Abang tu memang ada simpan ‘jack’ untuk buka tayar. So, dia pun cepat-cepat cari benda alah tu dalam store. Nasiblah jumpe weyyy. Terus die tolong kami tukarkan tayar yang dah memang takleh nak buat apa tu. Tengah-tengah tukar tayar tu, sempat jugak pakcik tu talbiah kiteorang 2 orang ni ha. 

Tuhlaaaaa! Lain kali, kalau nak naik kereta tu, tak kirelah sendiri punya or sewa…Tayar adalah benda paling wajib kena check. And lagi satu, sebelum sewa tu tak check ke condition kereta nie? Ya Allah, time tu, barulah terasa bahayanyaaa kami nie. Maybe tayar ni dah lama bocor, cuma kami je yang tak ambil peduli. Inilah yang terjadi bila kite terlalu ‘yakin’ dan ‘positif’ tak tentu pasal. 

Kami sangat-sangatlah bersyukur sebab pakcik nie ingatkan balik betapa pentingnya check segala benda sebelum apa-apa terjadi kan. Dan tak lupe jugak abang Kiram Village yang celik je mata terus kene tukar tayar kiteorang. So pengajaran di sini, kalau korang nak sewa kereta ke, nak mulakan perjalanan di tempat baru, silalah check semua benda. Kita tak tahukan apa yang akan terjadi. Mungkin nasib kami baik kali nie…Alhamdulillah.

Bertungkus lumus membantu. Murah rezeki abang yang tolong kami nie

Bila tayar spare pun dah dipasang *nasiblah tayar spare ada angin uols, kalau tak, memang nangis berbahukan Kak Mah*, kami diberitahu yang ada 1 kedai tayar di pekan Kundasang berhampiran KFC. So kat situ, kami boleh check apakah masalah tayar nie dan tukar segala benda sebelum pulang ke Kota Kinabalu. Dalam keadaan macamni, kami memang perlu inform Shahril yang mungkin baru bangun tidor time tu…Bila kiteorang bagitahu, die cakap, takpe, tukar je tayar tu, nanti receipt weols can claim. Nasiblah Shahril nie very the tolak ansur tau. So, kiteorang memang rasa lega sangat time tu.

Kami pun berlalu meninggalkan Kiram Village dan terus turun menuju ke destinasi seterusnya iaitu : Kedai Tayar. Hahahah! Punah harapan nak terus ke Kinabalu Park tau… Sampai di Pekan tu, kami terus menuju ke kedai tayar yang dimaksudkan. Beberapa minit selepas tayar diperiksa, orang kedai tu cakap tiub ni memang dah lama bocor. Since, dah berjalan jauh kan, terus kempis habis lah tayarnya…Time die bagitahu tu, aku memang terus terdiam. Nasiblah die pancit mancit beriya time kat depan Kiram Village. Kalau buatnya kat Poring tu ha, mau bermalamlah aku kat area Jalan Lindsay Lohan tu uols. Untunglahhhhhh!

Bye bye Mesilou 🙁

Tapi kami singgah dulu tengok this beautiful view. Subhanallah 🙂


Hip hip hooreeyyyyy dulu!


Up up till you can


Okay bye my baby Kinabalu view

 Dah habis posing. Balik. Tukar tayar jom


Alat untuk kira tekanan angin dalam tayar giteewww!

Selesai satu masalah, kami terus bergerak menuju ke Kinabalu Park. *lega* Perjalanan hanya mengambil masa dalam 10 minit sahaja. Sampai di depan pintu masuk, kami dikehendaki membuat pembayaran RM3/pax. Kalau korang nak naik bas angkut-angkut, boleh lah park kereta kat area restaurant tu aje. And kalau korang nak naik sampai ke Timpohan Gate sambil bawak kereta pun no hal punya. Up to you guys tau!

Kami memilih untuk drive naik sampai ke Timpohan Gate. Selepas kami tukar tiub tayar barulah nampak minyak tu lambat sikit turun. Dalam tak turun-turun tu, kalau dah tekan minyak naik bukit bagai, memang 2 bar jugaklah. So tipulah kalau cakap tak risau sangat kan…Dah la nie tempat orang. Memang tak mampu la nak buat aksi tolak kereta pulak kat sini…Lagipun, pakcik and Abang Kiram tu takde tau nak tolong kiteorang.


What a catchy name – Bundu Tuhan


Wow! The view, so ah-mazing.

Ni pun cantik jugak uols!

Okay dah sampai. Ini Timpohan Gate. Moh le kite!

Hebat-hebat mereka ini. Kasi pecah rekod punya!


Easy to remember. Jalan Power Stationery


Inilah map untuk pendaki-pendaki yang ingin memulakan dakian mereka

Tapi, dalam risau-risau tu, apa kata kite enjoy dulu. Kan? So, kami pun bergeraklah masuk ke dalam area Timpohan Gate tu. Park kereta kat tepi jalan then turun sambil bawak camera segala. Elok je keluar, ada pulak 2 orang pakcik yang tolong angkat-angkat barang untuk dibawa ke Mount Kinabalu. Tetiba teringat yang Majalah 3 pernah cover story pasal orang-orang tolong angkat barang sampai ke Mount Kinabalu nie. Wah, apa lagi kan. Verangan lah sekejap jadi journalist. Paling meriah time tanya soalan, “Pakcik makan apa ye?”

Bila dengar soalan macamtu, mau tergelak jugaklah pakcik tu nak jawab. Tapi dorang memang sporting. Macam-macam soalan yang aku tanya, dorang tetap ikhlas habis menjawab semua tu. Bila tengok pakcik-pakcik nie, memang terasa bersyukur sangat dengan kehidupan yang sedia ada. Betapa susahnya dorang nak earn money demi mencari sesuap nasi. Hari-hari uols naik Kinabalu angkut barang yang kekadang more than 100kgs pon. Fuh! Salute lah.


Even umur mereka nie dah cecah 59 tahun, namun mereka masih mampu untuk naik ke Mount Kinabalu ye… Yang kiteorang nie….3 series pun tak sampai, nak trekking ke Canopy Walk pun semput nyemput bagai. Nak kata tak makan, aku rasa, memang terlebih makan. Cumanya, hati tu memang tak pernah telintas nak explore sini. Ada tu aku tengok datang jauh-jauh dari Europe, semata datang Sabah nak panjat Kinabalu ni ha. Takpe, satu hari nanti akan ku tawan jugak Mount Kinabalu *chewah*



Pakcik yang kuat

Lihatlah perempuan itu, persis wartawan rancangan Kinabalu Iron Man tak?


Tetap focus mendengar cerita katanyaaa


Tinggi lagi barang nie dari aku


Dah habis berborak dengan 2 pakcik tadi, kami pun memulakan perjalanan untuk tengok apa lah yang ade kat Timpohan Gate nie ha. Masuk-masuk je, kami terus jumpa first station di mana semua pendaki akan memulakan journey to Mount Kinabalu. Uols, kalaulah aku berpeluang mendaki gunung nie, confirm excited and nervous gitu. Giler tak nervous, gunung nie kan antara yang tertinggi di dunia. Mesti puas hati je if dah dapat sampai kat atas sana. Wah verangan tinggi-tinggi gunung Kinabalu nampak? Ahaks!


Semoga berjaya uolssss!


Since kami nie ‘pong pang’ je nak naik gunung tu, padahal tak pun…Kami hanya perlu membayar RM5 sebagai pass untuk short hiking journey aje. Short macamane tu? Menurut orang kat situ, kami hanya dibenarkan untuk berada beberapa meter sahaja dari starting point. Dan katanya ada waterfall kat bawah tu, so apa lagi kan, ayuh lah kite lihat waterfall kat sini pulak.


Only RM5 *tapi kami sampai Waterfall aje*


Yeehaaa! Marilah mulakan perjalanan

Sememangnya jarak dari first station ke waterfall taklah jauh mana. Kiranya kalau jalan lenggang Kak Ton, adalah ambil masa dalam 10 minit. So still bolehlah, if mereka-mereka yang kurang larat untuk jalan jauh ber’trekking’ bagai. Bila dah sampai di waterfall tu, memang cantik habislah uols. Sambil-sambil bergambar tu, pasti ada je orang yang akan lalu depan anda. Semuanya baru nak memulakan hiking la tu. Bestnyaaaa korang!!!

Too artistic la this place. I mean, naturally

Propa sedikit

Enjoying the moment

Ikutlah arah ini untuk ke Summit Trail


Dan akhirnya…Carson Waterfall


Takleh mandi tau

Kak Mah pun nak yoga pose jugak

Tengah orang takde, mari kita posing lah

Kami berada di waterfall tu pun tak lama. After dah habis posing, kiteorang pun balik semula ke starting point tu. Elok pulak ada wording berbunyi, “You are successful climber”…Ha apa lagi, jomlah fefeling dah berjaya uols walaupun hadonya tidak! Sambil ambil-ambil gambar tu sempat jugak berborak dengan travel guide yang katanya tak terkira dengan jari pengalaman mendaki gunung di sini. Wah hebat nya awak…Hebat sangat!


Bukan sahaja makanan, tapi meja pun uolsssss! Bagusnyaa


30kgs for sure. Still can senyum tau!

Oh! Saya belum lagi


So, macam biasalah, bila dah berborak tu, lama pulak jadinya. Sampai lupa yang ada banyak lagi tempat nak gi nie. Aku meminta diri secara baik sambil sempat tanya, mana station minyak paling dekat dolls. Dia tanya aku balik, lepas nie nak gi mana? Aku jawablah yang kami nak ke Tamparuli…Then die cakap, better isi di pekan Kundasang, sebab dari Kinabalu Park ke Tamparuli, dekat 50km uols. Wah mana sempat kalau dah ada 2 takuk nie je.


Nak tak nak, memang kena patah balik ke Kundasang la nie. Dah itu je ha yang paling dekat. Abang tu pon bagilah tunjuk ajar camne nak gi Shell di Kundasang. Sebabnya sepanjang aku lalu lalang kat sana, serious aku tak nampak pun station minyak. Tu yang tak berapa nak yakin tau! Since kiteorang pun nak kejar masa, kami terus beredar meninggalkan Kinabalu Park and terus pulang semula ke pekan Kundasang.


Nasib baiklah minyak cukup untuk sampai ke pekan Kundasang balik. Phewww! Dahlah station minyak die agak tersorok malu-malu gitu (terletak di depan sikit dari roundabout nak ke Mesilou, tak tahu tanya orang ya). And barulah aku tahu kenapa time aku isi minyak, ramai betul yang isi minyak dalam tong. Mula-mula tu cam malas nak ambil kisah, tapi kalau dah sekali banyak tong die isi, memanglah Cik Pora jadi rinsa nak tahu. Rupanya station minyak kat sini tutup awal. So dengan cara inilah akan dapat memudahkan segala urusan mereka especially kalau tengah darurat macam kami tadi. Giteewww!


After settle hal minyak, barulah kami nak kesah pasal perut yang memang dah lapar ni ha… Since malas nak pikir sangat, kami singgah je di Nabalu Park Resort yang dikatakan agak popular dengan restoran halalnya. So, kami pun berhentilah untuk menjamu selera. Kak Mah order Nasi Lemak yang berharga RM10.90, manakala aku pulak order Nasi Ayam Sweet Sour-RM11.90. To be frank, rasa dia biasa-biasa aje. Tapi orang kata kalau dah lapar tue, sebat jelah apa yang ada. Tak mau cerewet sangatlah!


Nabalu Resot Restaurant

My brunch gitewww


Habis menjamu selera, kami pun memulakan perjalanan menuju ke Tamparuli dan Tuaran untuk singgah di lokasi wajib iaitu : Jambatan Tamparuli dan Rumah Terbalik. Sepanjang perjalanan kami amat bersyukur kerana cuaca sangatlah cantik dan panas panas. Nasiblah aircond kereta kuat uols, kalau tak mau berkicap jugaklah. Perjalanan ke Tuaran hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit. Since kiteorang nie tak pernah yakin pada diri sendiri ketika memandu di tempat baru, adalah lebih afdal menggunakan Waze yang mampu memberikan tunjuk ajar yang betul.


Jadi, menurut kata Waze, kami perlulah berhenti di destinasi pertama iaitu, Rumah Terbalik. Punyalah ramai yang berminat nak tahu pasal rumah nie. Al-maklumlah, hanya kat sini je tau ada rumah terbalik (if di Malaysia). Kalau kat tempat lain, uols terpaksa pergi overseas la if nak tengok benda-benda pelik begini. So, kami pun terus park kete tepi jalan and berjalan menuju ke kaunter pembayaran. Hanya RM10/ seorang dikenakan untuk melihat kawasan Rumah Terbalik nie.


Dannnnnnnn…Korang tak akan dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah tersebut. Jika anda ditangkap mengambil gambar, denda akan dikenakan sebanyak RM100/keping gambar yang diambil. Haaaa, macam ayat-ayat amaran tak? Dah macam nak tengok penguin kat Philip Island pun ada. Tapi, kalau kat overseas korang boleh behave, takkanlah kat negara sendiri tak paham bahasa ye dak? Bagi aku, inilah cara dorang nak jadikan tempat nie unik untuk para pengunjung. So, why not kite protect this place sebab ia akan dijadikan satu agenda buat sektor pelancongan negara kite jugak kan?


Beli tiket berharga RM10/seorang

Hanya RM10/person untuk masuk ke dalam Rumah Terbalik

Time kiteorang sampai, kami dikehendaki beratur untuk menunggu giliran kerana ada sebuah rumah je pun yang terbalik. So die akan bawak kite batch by batch. Dah kalau ramai, mau terbalik betul-betul pulak kang. Choy! Giliran kami tiba selepas 10 minit berpeluh sakan menanti. Sebelum masuk, kami sempat mengambil gambar di kereta terbalik dulu sebelum briefing dimulakan. Lepas habis mukadimah, kami pun dibenarkan untuk masuk ke dalam rumah secara beramai-ramai. Seorang pekerja akan memulakan cerita mengenai rumah ini. Dan satu-persatu section in this house akan ditunjukkan kepada anda semua. Dan selepas itu….Ha kalau nak tahu apakah yang terjadi, korang kenalah datang sendiri and experience this place. Satu je nak cakap, alangkah bagusnya jika kawasan ini luas dan ada banyak lagi attractions terbalik-balik dipamerkan. Mesti awesome and berbaloi-baloi!


Before masuk, kenalah ketuk gong dulu!


Dan inilah dia, Rumah Terbalik, Tuaran, Sabah

Tips : Kalaulah takde GPS, confirm tak akan perasan Rumah Terbalik nie. Sebab time aku pergi (KK to Kundasang), aku memang tak perasan langsung yang tempat ni kat sini. Die betul-betul tepi jalan sebelah Shell. So, itu je landmark yang boleh bagi 🙂

Selepas habis tour and bergambar di kawasan sekitar tempat itu, kami mula pun beredar untuk mencari Jambatan Tamparuli pulak. So dari Rumah Terbalik tu, korang boleh terus and ambil pukul 3 dekat roundabout. Bila dah masuk simpang yang ade signboard Tamparuli, korang hanya perlu ikut sahaja signboard berikutnya sampailah korang akan nampak satu jambatan yang kiri kanannya ada sungai. Bila dah berhenti, barulah aku nampak jambatan gantung nie haaaaa….Punyalah tinggi dan panjang uols. Kalau ada penyakit gayat tu, dah boleh lah surrender awal-awal. Phew!


So, kami berdua pun start engine balik and cuba drive melalui jambatan kecil yang menghubungkan kawasan Tamparuli nie. Jambatan kecil nie hanya untuk kenderaan seperti kereta, motor, lori dan lain-lain. Since jambatan nie sangatlah kecil, kalau nak redah pun, korang kena ade give and take yer. Hanya 1 kenderaan sahaja boleh lalu dalam satu masa. Kalau rasa cam tak sabar, haaa…korang boleh turun kereta and dongakkan kepala, di mana korang boleh nampak ada Jambatan Tamparuli yang tinggi untuk korang lalu. Mampu ngan tak mampu je alasannya…heheh!



Untuk ke Jambatan Tamparuli tu, aku perlu park kereta di kawasan pasar. Bila sampai di kawasan pasar, aku dan Shima terus turun kereta and menggagahkan diri untuk melintasi jambatan tersebut. Namun, aku berjaya hanya separuh jambatan je. Bukanlah cuak sangat (chewah!), cumanya matahari betul-betul atas kepala time tu…Dah lah panas giler, takkanlah nak berjemur lama-lama kat situ kan. Bak kata orang tua, nanti demam baru tau…Haa! So, baiklah kiteorang snap-snap and terus bergerak meninggalkan jambatan tu. Apa-apa pun, kalau korang berkesempatan berada di sini, jangan lupa nyanyi lagu popular Jambatan Tamparuli ye 🙂

Oh Jambatan Tamparuli! Ada bran ke nak seberang gune jambatan nie?


Nun jauh di sana yeeeeee!

Persis Jambatan Pulau Pinang uols


Merdeka! pose kekdahnya di tengah panas membahang

Kami memulakan perjalanan untuk ke Kota Kinabalu sejurus meninggalkan Tamparuli. Entah bila lagi lah nak repeat area-area sini lagi. Memang seronok tau melawat-lawat kawasan macamni huhu! Takpelah, mungkin kalau ada rezeki, akan ku datang menyeru kembali. Gitewwwww!

Journey back to KK adalah sangat best. Mana tak nya Waze kami mula membawa ke jalan-jalan baru yang belum sempat kami teroka lagi. So dalam misi mencari hotel yang diberi nama Rainforest Lodge nie, kami terpaksa melalui beberapa kawasan yang dikira baru di mata kami berdua. Tapi akhirnya, kami jumpa jugak hotel yang di-recommend-kan oleh seorang yang sememangnya bermastautin di sini. Katanya, kalau stay di sini, havoc uols. Yeke? Haaa…tunggula jap lagi, havoc ke tak…Hotel die memang agak tersorok and takkan nampaklah if korang bersidai aje kat tepi jalan. Jadi, korang perlulah rajin bertanya kat orang-orang di situ, andai kata,Waze anda dah keluarkan ayat begini, “You have reached your destination on….”


Itulah yang terjadi pada kami time dah sampai tu. Nasiblah Kak Mah nie memang paham-paham je dengan jawatan die kalau time travel. So dielah yang keluar dari kereta untuk bertanya…Dan aku pulak, kenalah tunggu dalam kereta since takleh slumber je nak parking merata. Tanya punya tanya, rupanya hotel nie ada kat belakang tu je haaa. Alahai, dekatnya! So, apa Kak Mah buat, die pergilah check in dan membuat segala pembayaran untuk 2 hari. Time masuk dalam kereta, sempat jugak die cite kat aku, katanya receptionist ada tanya nak 1 hari or 2 hari eh? Dah katanya yakin dengan suggestion seseorang itu, so kami pun apa lagi, bayar je untuk 2 hari. Takpelaa kann..


Since kami dah berjanji dengan Shahril untuk pulangkan kereta pada pukul 3.30pm, kami tengok jam, ala banyak lagi masa nak jejalan nie. Minyak pun banyak lagi. So, ayuh panjangkan langkah, kita gi cari barang kat Pasar Filipina. Sampai je kat pasar tu, kiteorang dapat parking baik punye…Betul-betul depan pasar. Hasrat dihati nak cari mutiara uols. Dats why kiteorang terus terjah aje kat kawasan souvenirs. Wah, macam-macam tau ada kat area souvenirs nie. Cuma yang takde, budget nak borong semua je.. Takpelah, takde pon yang aku berkenan sebab esok lusa pon masih ade lagi. Ha gitu!


Tips : Bab parking,better korang tanya kat orang-orang di sekitar situ samada time untuk park FREE ada lagi or macamana…Bukan apa, kereta orang kan kite pinjam, kalau ada apa-apa karang kan susah!


Lepas Kak Mah borong sikit-sikit, kami pun apa lagi, masuk kereta and terus balik semula ke hotel kami. Hari pun time tu dah nak hujan tau. Jadi,better drive cepat-cepat untuk chop parking kat area hotel tu ha…Elok dapat je parking, hujan pun turun rintik-rintik. Sempat jugak la aku ambil segala barang-barang kiteorang before hujan semakin lebat. Since Sharil tak sampai lagi, kiteorang terus punggah barang untuk angkut masuk dalam bilik uols. Mula-mula masuk, aku macam….errrrr!!! Kenapa kecik sangat bilik nie. Then, masuk-masuk terus toilet. Like hello, rumah PPRT tu pun masuk-masuk dapur ye..At least bersopan sikitlah dari toilet terus. Choy!


Okay, aku cam relax lagilah. Sebabnya macam dah bayar dah pun. Tapi, bile pikir-pikir balik, we paid RM130/ night tau...Kenapa macamni? If tambah lagi RM30, we can get Cititel Express uols! Terus aku cam down gile babas! Memang sempit habis lah wey! Ruang untuk solat pun tak muat. Terpaksalah, bersolat di atas katil tau. Terlalu kecil untuk RM130/ night. Seriously, kiteorang terus tanya balik kat receptionist boleh tak nak refund untuk yang 2nd night tu? Kiteorang boleh je nak seret segala bag yang ada and book kat Iskandar. Itu kami memang tak kisah.


Sadly, bila kami tanya. Memang tak boleh nak refund duit tu 🙁 Alaaaaa… Kenapalah aku percaya sangat cakap orang yang keje travel agent nie weyyy! Padahal aku tak book melalui die pun, cuma kami agreed with his suggestion. Since dah memang takleh nak buat apa, kiteorang try untuk berjalan and cari hotel-hotel yang dekat *temanya nak sedapkan hati*. Sememangnya lokasi pun totally off. Jauh dari segala attractions. Kalau nak berjalan ke Pasar Filipina tu, at least allocate 20 minutes (walkathon gaya Cik Pora lah). So, kami memang terpaksa jalan jauh lah petang tu sebab kami nak gi serbu kedai Jamilah yang fofular dengan souvenirs nya…


Balcony bilik kami yang menghadap bumbung 🙁


Berpeluh jugak ye nak sampai ke Jamilah ni dari hotel tu. Time on the way tu, kepala nie tak lekang dari beribu sesalan tauuu…Kalau ada Shila Amzah tu, dah lama weols nyanyi berduet untuk live band malam satgi…Oops! Cakap pasal live band nanti weols cerita pulak apa jadi nexttt! Sambil-sambil berceloteh tu, kami memang ada keluar masuk hotel-hotel di sekitar area situ sambil bertanya ada tak bilik kosong. Survey katanyaaa… Seriously, most of it semuanya penuh tau. Ada yang best, siap 4 star hotel harga die baru RM136/night….Stressnyaaaaaaa!!!


Dalam kumat kamit tu, kami akhirnya sampai jugak di Jamilah. Tenang sikitlah kepala nie bile tengok pearl-pearl yang sangat menawan kalbu. Macam-macam jenis tau. Rambang sungguh mata even sekali dua tengok cam manik-manik biasa je kan. Namun semua itu tidak yeeeee…Hahaha! Lagi satu nak habaq mai sikit, aku dah perhatikan benda nie since kat Pasar Filipina lagi, kebanyakkan barang-barang di sini, semuanya akan lain dari price tag yang diletakkan kat barang-barang tersebut. Normally harga die akan jadi lagi murah bila ianya terkeluar dari mulut penjual tu uols. So, kalau datang sini, janganlah berat mulut nak tawar menawar. Kelak menyesal tepi jeti pasar Filipina tu haaaa.

Lepas habis borong, kami singgah makan kat kedai mamak sebelah Jamilah. Terasa bersyukur sangat dapat makan full meal yang sempurna sebab sepanjang kami kat sini, Maggi ajelah jadi ‘teman pengganti’ kiteorang. So, bila dapat makan kedai mamak dengan harga yang agak murah, memang tapau habislah makan kat sini. Food pun sedap yeee 🙂


Habis makan, tibalah masanya untuk kami merayap-rayap di bandar Kota Kinabalu dengan hanya berjalan kaki sahaja. Penat tu toksah nak kira sangatlah kan. Bukan suruh jalan tengah padang pasir sambil bawak tong scuba pun. So kami redha aje lah kan hahhaha! Dan destinasi pertama kami ialah kembali ke pangkuan Hotel Sri Iskandar…errr, bukan stay kat sini balik tau, tapi kami nak singgah jenguk pasar malam yang betul-betul berhadapan dengan  hotel nie. Strategik bah kawasan hotel budget nie, ruginya kami alahai.


Sampai di area pasar malam, kebanyakkannya baru nak setup-setup kedai and barang. So, kami datang pun untuk survey-survey je barang yang ada. Memang macam-macam jenis pearl yang dijual sampai berambang-rambang mata. Aku pun dah naik pening duk tengok pearl je malam tu. Bagi aku, ada barang yang consider murah and ada yang very the mahalzzzz… Contohnya, T-Shirt I Love Sabah tu, harga paling murah pun RM15.00 die boleh bagi. Aku terus cam errr…takpelah terima kasih sajok. But mostly macam barang-barang perhiasan wanita tu memang heaven la kat sini. Nak tahu murah camne, apa kate, korang datang sini, okay tak? Tapi Kak Mah kata murah and banyak choice 🙂


Pasar Malam depan Hotel Sri Iskandar


Wanita tabah tengah pilih pin tudung *RM10/ 8pcs


Jom pakat-pakat pilih butang baju

Habis berjalan di Pasar Malam, tibalah masa untuk pulang semula ke hotel kami. Jalanlah kiteorang malam-malam selama 20 minit. Walaweh! Jauh betul rasanya. Nasiblah before datang sini dah workout macam nak masuk marathon, kalau tak, mau singgah KFC separuh jalan. Sampai je di hotel, kami macam malas pulak nak naik bilik. Sebabnya naklah melayan live band yang dikatakan sangat popular di kawasan nie. Memang havoc la kalau korang duduk sini…Katanyaaa lah! And untuk sesiapa yang pernah duduk sini, korang akan perasan ada satu notice yang awal-awal lagi dah bagitahu yang suasana di dalam bilik akan ada sedikit bunyi since ini memang kawasan bersosial.

Wah! Meriah nya kereta nie, ingat i-City on the go tadi


Jadi, inilah kami, terjebak dalam kawasan live band yang dikatakan agak bising. Tapi, bila aku and Shima decide untuk stay lepak bawah before naik ke bilik, terasa cam biasa ajelah bunyi die. Ala-ala lagu Jazz je, so rasa cam…Wah! Mesti senang la nak tidur kalau dengar lagu-lagu yang macamni. Memang takde masalah lah kalau gini *kata hati kecil yang salah* Since mata pun dah mengantuk, so apa lagi, bergeraklah kami berdua ke bilik untuk beradu dan berharap ada lagu Jazz peneman tidur kami malam tu.

Akan tetapi, masa tidur yang ku harapkan indah itu hanyalah sementara. Aku terjaga apabila aku dengar bunyi orang menjerit-jerit, meraung-raunng macam kat Konsert Jom Heboh. Punyalah kuat macam sebelah telinga je. Dah jerit tu satu hal, tetiba keluar lagu Inul….Para penonton…Jeng Jeng…(orang bersorak)…Bapak-bapak Ibuk-ibuk (sorak lagi)…Weyyyy! Seriously sorokan dorang tu macam never ending okay! Punyalah kuat korang bersorak, ada orang ‘tuttttt’ ke apa kat bawah tu sampai camtu sekali sorakan korang eh? Terjaga-jaga meks tau! Hilang segala mimpi-mimpi Jazz di Kota Kinabalu.

To be continued…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *