Trip Budget ke Sabah (Episod Finale)

Bersambung dari entry yang lepas

Pagi tu, aku dan Shima bangun terus tergelak….Ayat pertama keluar, Bapaklah kuat melayan konsert dangdut weeyyyyy! Terasa cam mimpi gi Konsert Dangdut yang memang gamat habis. Memang langsung tak macam live band hokeyyyyy. Nasiblah kami ni memang dah penat giler, kalau tak, confirm aku keluar kat beranda untuk join sekali bergelek sakan kan….Memang sampai sekarang, aku memang gelak habis kalau ingatkan balik betapa tabahnya aku tido berlatarbelakangkan lagu Inul yang sexy habis. Aku yakin yang itu bukanlah suara wanita tulen…Pastinya ada epok-epok sikit, tu yang dorang bersorak sakan tak hengat kami 2 orang yang tak lena dibuai mimpi ni!

Okay, untuk aktiviti hari nie, kami memang dah plan nak merayap-rayap ke pulau. Adalah menjadi satu kemestian kalau datang ke Sabah, untuk pergi ke pulau-pulau cantik mereka. Kenapa tidak kan? Jadi, pada malam semalam, kami dah janji dengan saudara Aman (sangat popular di kalangan orang yang suke island hopping di Sabah) untuk ambil package island ngan die dan kami harus datang untuk berjumpa beliau di Le Meridien (opposite Pasar Filipina) pada jam 8am. Jadi, pagi-pagi lagi dah gigih berjalan ke Pasar Filipina tu sambil memakai swimming suit. Dahlah jauh kan, pagi kat sini bukan macam kat KL tu ha, pagi sini kol 7am dah panas macam kol 9am. Bertabahlah kami berdua!


Sampai di depan Le Meridien, haruslah tak kenal siapa lah si Aman ni kan. Dapat number dia pun dari travel forum so haruslah takde muka dia. Since kami sampai awal pulak kat depan Le Meridien tu, kiteorang terus melintas untuk ke Pasar Filipina. Naklah jugak tengok barang-barang dapur yang dijual di sini especially pagi-pagi begini.


Sampai sudah di Le Meridien, KK – betul betul depan Pasar Filipina


Morning routine


Macam-macam rumpai ado


Ikan belang-belang there. Masak apa tu uols?


Nak corals pun ade jugak

Time kami nak lintas tue, ada seorang lelaki ni duduk kat tengah tembok jalanraya sambil main-main handphone. So die tegur Shima sambil cakap satu bahasa yang sumpah tak paham. Then, Shima tanya lah kat aku, beb apa dia cakap, tak paham. Bila aku tanya balik, seriously memang tak dapat tangkap setiap perkataan yang dia cakap tau. So, kiteorang cam gelak-gelak cakap kat dia, sorry tak faham.

Lepas dah tak paham tu, berlalulah kiteorang terus ke pasar Filipina. Mintak maaplah abang, bukan sengaja nak action lebeh, tapi kami lost dengan setiap patah perkataan tu hehehe! Bila dah sampai di Pasar Filipina nie, kami pun duklah merayap tengok benda-benda unik yang ada dijual di sini. Like seriously, semua hidupan laut yang korang tak pernah tengok kat pasar-pasar biasa, memang ada jual kat sini. Dan ianya termasuklah corals dan ikan belang-belang. Terus tertanya, nak masak apa eh ikan belang-belang nie…Rare habislah kalau jadi lauk pauk kat rumah.


Dah habis round the market, kiteorang terus balik semula ke Le Meridien. Eh jam pun dah pukul 8.05am, mana pulak Aman nie? Tak muncul-muncul pun. So, kami terus menghubungi beliau untuk bagitahu yang kami dah sampai. Bila die angkat phone tu, die siap tanya pakai baju apa, duduk ngan sapa sebab kiteorang memang tak dapat cam mana satulah die ni. Tengok sekeliling, takde pulak yang tengah bercakap dalam phone…Sebijik macam blind date dah nie. Dalam duk tanya-tanya tu, mata memang tak berhenti melilau. Then die tanya, duduk kat lobi Le Meridien pakai baju oren and biru ke? Ya tepat sekali tu! Pastu, die macam separuh tergelak sambil cakap die ada kat depan Pasar Filipina and suruh kiteorang melintas jalan.


Sambil cakap tu, aku nie duklah lintas sebab memang tak nampak pun orang cakap dengan phone. Bila dah lintas, die cakap, die depan kiteorang. Haaaa, nak dijadikan cerita, Aman ni rupanya mamat yang duduk tepi tembok jalan yang tegur kiteorang tadi! Memang orang yang sama…Sumpah tahan gelak tak hengat. Tapi bila pikir balik, eh kenapa pulak kiteorang yang malu. Hahahah! Apa-apa pon, kami mintak maap tau Aman, tak sengaja 🙂


Bila dah jumpe tu, die bawak kiteorang untuk discuss price kat pasar tu. Jadi, harga untuk 3 pulau ialah RM35 seorang. Untuk equipment pulak, kiteorang kena bayar RM10 lagi. Walaweh! Murah uols. Kalau aku tengok kat tempat lain, semuanya mahal tau. Dan yang paling tak best, katanya kena naik dari Jetty Jesselton. Padahal bagi aku, dari jeti Pasar Filipina lagi dekat tau ke pulau-pulau tu uols! Takpelah, rezeki kami dapat jumpa Aman, even mula-mula tak kenal, tapi bile dah kenal, memang boleh give and take tau. So bolehlah kami stay within RM500 budget 🙂


Ini merupakan harga-harga yang disenaraikan


Here you go, Aman yang memang femes dengan pakej island hopping berpatutan


Bila semua bayaran dah settle, Aman bagitahu yang kami perlu tunggu sampai pukul 9am sebab boat baru gerak at that time. Alahai! Menunggu nie adalah benda yang paling aku benci. Tapi nak tak nak, bersidailah kami berdua kat tepi pasar tu ha. Kalau ada yang ternampak 2 perempuan senget duk selfie tak habis-habis, kiteorang lah tu!Hahaha, harap ignore je kelakuan begitu ya… Kami duduk kat tepi pasar tu sampailah Aman datang balik and panggil kami untuk naik boat. Apa lagi…Walkathon jarak dekat lah kami since Aman pun jalan boleh tahan laju. Dalam laju-laju tu, kami sempat jugak singgah duk beli nasi lemak kat situ. RM1.50 je sebungkus tau. Seriously menyesal beli 1 bungkus. Memang sedap giler kot. So kalau korang nak gi island hopping, disarankan bawaklah bekal tau. Nak beli kat sana mahal sangat!


Sampai di tepi jetty, kami dikehendaki menaiki boat bersama dengan 1 pasangan suami isteri dan seorang jejaka. Tak lupa jugak, kami perlulah ingat number boat yang akan membawa kami ke 3 pulau tersebut – Manukan, Mamutik dan Sapi. Ingat tau, jangan salah naik boat pulak. Kang haru jadinya. Since semua pun dah ready nak bercanda di tepi pantai, apa lagi let’s zoooommmmm!


Perjalanan ke Pulau Mamutik hanya mengambil masa dalam 10 minit je. Aku rasa memang kejap dan dekat sangat kedudukan pulau ni dengan bandar KK. So, tak payah lah beriya nak mabuk laut sangat kan. Kami diturunkan di Pulau Mamutik sehingga jam 11am. Driver boat dah cakap awal-awal, 10.50am sila tunggu di jetty ni. Akur dengan arahan tersebut, kami cepat-cepat turun dan cari port yang perfect untuk lepak. Oops! Before that, korang kena membuat pembayaran entrance fee sebanyak RM3 untuk warganegara Malaysia dewasa. Jangan lupa simpan resit tu, sebab korang perlu tunjukkan resit ini di pulau-pulau lain. Kalau tak, korang kena bayar lagi lah!


Sebelum pergi snorkeling, kiteorang berposing lah dulu. Memang cantik betul pulau nie. Rasa nak jual je gambar-gambar kiteorang nie untuk postcard…Even tahu takkan laku pun! Tapi, memang cantik sangat. Tak payah guna camera memahal pun takpe, yang penting tempat ni memang supernova. Lepas habis bergambar kiteorang pun teruslah turun ke dasar laut untuk ber-snorkeling bagai kan. Lupe pulak yang Kak Mah first time nak bersnorkeling, so die kena warm up dulu nak find tune katanyaaaa!


Bila dah mula jumpa apa yang die nak tu, kiteorang pun apa lagi kan terus jalan jauh sikit. Bukan apa uols, tepi-tepi tu banyak batu. So nak elakkan dari benjol bengkak-bengkak, better lari tengah sikit.Kami mula sesuaikan diri dengan environment kat sini before proceed dengan photoshoot underwater. Wah nak jugak hokey! Penat je angkut underwater camera ke hulu ke hilir tapi tak pernah pun try ber-underwater nya.. Jadilah inilah masanya.


Haaa…ada macam postcard tak view gini?

Melompat dengan riang ria

Puas dok posing sakan, kiteorang pun lepak makan nasi lemak yang dibeli di pasar tadi. Fuh! Memang meletop sungguh makan nasi lemak tepi pantai cam gini. Tak tahulah kenapa, feel die lain macam tau. Mana taknya, makan nasi lemak bawah pokok sambil menikmati scenery indah yang terbentang luas. Tapi, lagi best kalau ada berbungkus-bungkus nasi lemak. Serious nyesal beli 1 je tau! Nasiblah ada kuaci buat peneman kiteorang yang pemalas nak round-round pulau ni. Tu jadi cam bosan sikit sebab kena tunggu lama pulak kat sini.

Tepat je 11am, kami terus naik boat yang sememangnya on time untuk collect kiteorang satu group. So, next pulau ialah Manukan. Sebabkan dah lama sangat tunggu kat jetty tadi, teruslah 1 boat jadi kawan. One of our gang, die ni orang Sabah tau. Die hanya datang pulau untuk tenangkan pikiran sorang-sorang. Perghhh! Hebat betul aktiviti sorang-sorang die. Kalau kite kat KL nie, mampu untuk lepak kedai makan/ minum jelah. Nak gi pulau, jauhhhhhh! So classy tau!


Dalam duk borak-borak tu, tak sedar yang kami dah sampai di Manukan. Since barang yang kami bawak agak banyak, so this Sabahan guy, yang dikenali sebagai Rudie, tolonglah hakak-hakak ni ha bawak life jacket, google and mask. Bila ade tempat kosong, Rudie berhenti and terus ajak lepak je satu meja, senang. Dan yang paling best, pasangan suami isteri, Shasha and husband die pun duduk sekali. Memang senang lah kalau nak bergerak balik nanti kan 🙂


Elok pulak laki Shasha willing to jaga tempat tu, kiteorang pun apa lagi, terus terjun dalam air untuk mencari ikan-ikan yang lapar. Akan tetapi, air kat sini tersangatlah keruh uols! Dan yang paling sedeh, siap ada sampah-sampah sikit yang terapung di permukaan air. Alahai, sedehnya tengok tempat nie. It supposed to be clean and clear for visitors. So, itulah tarikan yang akan we brag about. Hmmm! Takpelah, anggap je rezeki kiteorang nak tengok Manukan ketika cantik marveles takde kot…


Jetty di Manukan

Picnic time!

Beware of jellyfish

Life Guard sedia membantu…Ya betul!


Dah kata air keruh, so nak tengok ikan pun kenalah pergi kat bawah jetty tu ha..Aku tengok orang ramai je kat situ, so apa lagi, kami pun ikut sekali terjah. Memang banyak ikan cuma air keruh tu yang jadi potong. Dalam potong2 tu pun, aku teruja la jugak sampaikan terluka kaki kena batu karang uols. Punyalah yakin ingat batu sungai je…So bila kena tu, terus abaikan ye. Malas nak ambil tahu. Alih-alih mesti lebam je…Hahahah!

Kat bawah jetty ni banyak ikan

Since dah patah hati dengan air yang kurang memukau saujana mata memandang, kami pun naik untuk berehat kat pangkin kiteorang. Elok pulak time tu Rudie pun datang kat meja untuk ambil barang die. So die siap cakap kat kiteorang, laaaa takkan datang jauh-jauh nak duduk kat sini je…Ha yang ditanya mulut macam petir, so apa lagi, duklah complaint air keruh, ikan kelabu la apa lahhhh! Tergelak jugak si Rudie tengok perangai kiteorang.

Then die cakap, takpe, jom ikut die. Ada view cantik kat atas bukit tu. Boleh jalan-jalan sekitar pulau sekali. Kiteorang pun apa lagi kan, terus lah berdesup ikut die dari belakang. Sambil-sambil tu berborak la dengan die tentang pulau kat sini…Dalam bising-bising tu, mata tetiba terpandang ada papan tanda ‘kawasan kubur’. Terdiam seketika bagi menghormati kawasan tersebut. Mengikut kata Rudie, di ketiga-tiga pulau ni memang ada kawasan perkuburan bagi orang-orang lama yang pernah bermastautin di sini. Sebabkan tempat nie memang penempatan orang pun. So satu je kena ingat, mulut jangan nak choy!


Aku ingatkan jalan nak tengok view awesome tu dekat aje. Tetapi, jauh lahai. Lebih kurang 10 minit jugak hokey. Dan yang paling best, kiteorang 4-4 tak pakai selipar ye. Kata Rudie, tak payah pakai. Untunglah die tak pakai, sebab die memang dah biasa. datang kat kiteorang nie, memang lagi lambatlah nak jalan. Then terus terpikir, kalau time kecik-kecik nie, confirm dah kene libas ngan mak sebab tak pakai selipar kan…


Dan akhirnya, selepas terpijak-pijak batu, main elak-elak ranting, sampailah kami di kawasan yang Rudie cakap tu. Ianya adalah kawasan rumah mat saleh yang menghadap ke laut. Tinggi uols!Memang santek cuma kalau die tebas sikit pokok-pokok ni untuk clearer view lagi best. Lepas dah layan view sikit-sikit, kiteorang pun apa lagi make a move lah. Dan untuk destinasi kedua, Rudie akan membawa kami ke kawasan batu-batu cantik.


Rudie guide kiteorang untuk naik ke atas


Dan inilah view yang weols dapat


Sampai je kat situ, terus fefeling jadi Izzah dalam Ombak Rindu. Sejibik uols! Tempat die memang tak ramai orang lepak, mungkin hanya untuk local people je kot tahu tentang kewujudan kawasan nie. Dan ianya penuh dengan batu-bata yang cantik sangat. Phew! Penat nak elaborate tau… Bila dah nampak tempat-tempat unik camni, so, apa lagi jomlah berposing. Sambil-sambil posing tu, sempat jugak kiteorang spot pulau depan ni yang bentuk die macam dalam bendera Sabah. Peluang yang ada jangan disia-sia kan ye. Let’s do yoga pose lah!


Ke sini pulak, berbatu bata bagai

Gigih orang-orang seni nak melakar nama-nama


Rupanya satu boat nama start with ‘S’

Berteduh di bawah panas matahari

Cantik tau view kat sini


Lompat beramai-ramai – SUCCESS

Lagi satu pantai yang tenang

Lama jugak kami lepak kat situ sampailah aku da lain-lain rasa cam nak bergerak balik ke meja kiteorang. Penat uols berkaki ayam nie. Macam-macam kuman dah bermusyawarah kat tapak ni ha. Tak sanggup sungguh nak menanggungnyaaaa! Sampai di meja, jam pun dah menunjukkan tepat jam 1pm. And orang boat tue akan datang pick up kami untuk next pulau. Bagi Rudie and Shasha, mereka perlu dihantar pulang ke Jetty Pasar Filipina kerana dorang hanya ambil 2 pulau sahaja. Nasib kiteorang pulak? Kami diberitahu oleh assistant pemandu boat tu yang kami perlu tunggu sampai jam 3pm di Manukan sebab dorang baru je hantar 2 tourists from India di pulau nie untuk bersuka ria. So, nak tak nak, kami kenalah tunggu.

Entah kenapa kiteorang nie jadi 2 wanita tabah yang ikut je arahan dorang. Takpela, duduk lama-lama kat sini, dapat jugak tenangkan pikiran kan. So, kembalilah kepada aksi bersidai dan ‘selfie’ yang tak pernah sudah-sudah. Elok tengah lepak-lepak tu, kami terserempak dengan jiran kami di Kundasang (Kiram Village) yang baru je sampai di sini. Haaaa, apa lagi, kami ajak dorang lepak sekali satu meja. Makin meriahlah kami duk melepak kat situ. Jumpa kaum katanyaaa!


Hampir pukul 3pm, kami pun meminta diri untuk pergi ke jetty. Tibalah masa untuk kami bergerak menuju ke pulau terakhir iaitu Pulau Sapi yang terletak memang tak jauh dari sini. Kami sampai pun dah nak petang jugak (yelah, Sabah kan cepat gelap) tapi kami bersyukur kerana cuaca sangatlah cantik. Since baju pun dah kering macam ikan masin, inilah masanya untuk berendam sebelum mandi sebersih-bersihnya. Kami terus memulakan aktiviti bersnorkeling untuk balas dendam sebab kat Manukan tak nampak ikan tau! Elok kami ke tengah laut tu, sekumpulan mamat-mamat ni tengah duk bagi ikan makan.


Okay dah nak balik tau, jetty pulak penuh


Ha, ramai kan?

Welcome to Pulau Sapi, Sabah


Map Pulau Sapi


Ini gambar sekitar Pulau Sapi

Petang sudah uols, so nak mandi cepat-cepat


Siapalah yang duk sidai baju kat situ. Choy sangat!



Dari jauh tu aku duk bau jugak benda cam masin-masin MSG gitu. Tapi, orang kata, janganlah duk tegur kan. Kang bahaya pulak! So, aku pun mendiamkan diri. Sambil sembang-sembang pasal ikan kat tengah-tengah tu aku pun menyelam la. Nak tengok corals kekdahnya. Sekali, barulah aku tahu mana datangnya bau yang sungguh pelik itu. Rupanya, ada orang bagi ikan makan Twisties….Untunglah uols! Paling meriah ikan kat Sapi ni haaaa. Bertwisties bagai! Aku pun duklah tumpang sekaki untuk bagi makan kat ikan-ikan yang boleh tahan somel-somel!


Sambil bergelak ketawa kat tengah-tengah tu, tetiba Kak Mah cam tergelincir tau. Then die terus pegang something kat tangan die. Time tu aku nampak hijau je lah kat tangan Kak Mah. Die pun terus buat muka panik ajak aku naik ke darat balik. Bila naik je, die cakap tangan and kaki die gatal-gatal. And bila die tunjuk kat aku, walaweh, ada bintik-bintik air gituuuuu… Macam geli pun ada aku nengoknyaaa! So, apa kiteorang buat, kami terus berlari menuju ke Life Guard untuk mintak tolong. Nasiblah, Life Guard kat sini sangat pantas dalam menyelesaikan masalah kegatalan yang melanda jemari kaki dan tangan Kak Mah.

Rupanya, Kak Mah ni terkena rumpai laut api. Benda ni memang gatal-gatal sikit kalau kita pegang. Tapi yang rumpai laut orang makan tu tak gatal pulak aku tengok. Makin cantik je sapa yang makan tu kan…Aha! Bila tanya kat Life Guard tu, dia kata, benda alah ni ada macam-macam jenis. So lain jenis lain lah function nyaaa….Oooooooo! Barulah tahu! So, untuk hilangkan gatal tu, abang Life Guard tu spray-kan macam antiseptic la kat tempat-tempat yang terkena rumpai tu. Then, aku pun baru teringat yang aku ade terkena corals kat Manukan tadi. Dan bila aku tanya dorang, kalau macamni pun kena spray ke sebab saya rasa cam sakit pulak (betul-betul sakit tau bila depan life guard, tak tipu!). Dieorang terus cakap, kalau kena macamni pun, still kena spray cuma spray die akan rasa pedih sikit. Sebab ini bukan batu sungai ye, ini corals. So nanti akan ada parut kalau dibiarkan. Oh my! Parut tu yang taknak tuuuuuuuuuu. Nasiblah tanya, kalau tak, redha je balik Semenanjung baru nak cari spray.



Terkitai habis jemari Kak Mah dispray

Tengah abang-abang tu settlekan hal kami berdua, ada sorang minah nie datang sebab kaki die merah-merah. Aku ngan Kak Mah nie memang extra peramah, sempat gak tanya, yang ini kena apa pulak. And minah tu cakap, kena gigit ikan. Aik, bukan ke kene gigit ikan tu macam Fish Spa, which is elok untuk kesihatan? Dan abang tu sekali lagi terpaksa melayan soalan-soalan macamtu. Dia kata, kekadang kalau manusia terkacau rumah ikan, ikan tu akan gigit untuk protect kubu kuat die tu haaaa… Alahai! Macam-macam serangan dari laut yang boleh berlaku ye. So, harap korang berhati-hatilah time snorkeling tu, jangan duk happy sampai lupa keselamatan sendiri.

Since dah kami berdua kena spray, kiteorang pun cam dah takde mood nak gi mana-mana. Agaknya sebab tengok nasib kiteorang nie yang paling sedih, abang tu cakap, korang takkan datang jauh-jauh nak duduk je. Takkan taknak tengok corals kan? Betul jugak kata abang tu. And abang tu siap offer kalau nak dia bawakkan kiteorang. Dah orang offer kan, so apa lagi, ayuhlah kite tengok corals. Abang tu, kiteorang panggil Abang Ejan. Die memang dah lama kerja kat sini. So, dielah yang betanggungjawab bawak kiteorang tengok dasar laut and paling penting dapat tengok Nemo yang manja muah-muah!


Bila pikirkan balik, ada hikmahnya Kak Mah terpijak rumpai laut tu…Bayangkanlah, kalau tak terpijak tu, takdelah kiteorang berani nak berenang sampai ke tengah laut tu semata nak tengok Nemo. Bak kata member aku, akuarium office die pun ada Nemo. Takpela uols, nak jugak tengok Nemo liar kan..Hahaha! Lagi satu, betul jugak cakap abang tu, dah datang jauh-jauh naik flight siap kena tukar tempat dalam flight sampai 2 kali (beralah pada mereka yang bernama budak kecil : 1) sebab nak sangat duduk tepi tingkap 2) sebab infant takleh duduk ngan infant), takkanlah nak duduk tepi tengok pasir je kan! So, memang rezeki kami lah dapat opprtunity macamni.


Dalam teruja-teruja tu kan, Kak Mah akhirnya merangkul gelaran, first-timer-datang-pulau-muntah. Tengah-tengah laut tu, dia memang tak dapat nak control perasaan haru birunya terminum banyak sangat air masin. Jadi, Abang Ejan suruh di mendongak ke langit dan Abang Ejan akan tarik sampai ke darat. Sambil die mencanak ke langit tu, aku tetap teruskan kayuhan sampailah ke tepi laut. Takkanlah abang tu nak tarik dua-dua sekali kan, VVIP betul kekdahnya.


Underwater selfie


Kak Mah bagi Twisties hokey!


Kalau lama-lama, benda ni akan keluarkan mutiara uols!


Rumah ikan


Nemo is here! Somel kan?


Corals in Sapi

Menurut kata Abang Ejan, ini spider coral uols!


Kat belakang itu entahlah hahahah!


Sampai di tepi laut, Kak Mah terus berlari untuk duduk dan grab Tiger biscuits yang memang kami bawak sebagai bekalan ketika lapar. Nasiblah bila sampai darat, die dah okay sikit. So, kami pun lepak-lepak lah dengan orang-orang pulau yang sudi menceritakan pengalaman dorang bekerja di sini. Sambil-sambil dorang cerita, aku sempatla tanya kat sorang brader ni, pukul berapa sekarang. Dengan yakin tanpa syak wasangka, dia pun jawab pukul 3.48pm. Oh! Awal lagi, relaks brader relaks dulu la. Then, aku pun sambung lah berborak sampailah handphone aku berbunyi, time tulah aku tengok jam dah pukul 4.38pm. Walaweh! Pukul 5pm, abang boat nak pick up kiteorang. Yang Kak Mah pulak pergi toilet tak bawak baju untuk ditukar. Memang aku lari lah ke toilet untuk tukar baju and pass sekali barang-barang Kak Mah. Choy sungguh yang 3.48pm tu tau!


Abang-abang pulau beraksi

Dalam kelam kabut tu, sempat jugaklah kiteorang mandi and tukar baju. Takkanlah nak balik dalam keadaan masin-masin camni. Nanti nak beli barang kat Pasar Filipina lagi, confirm tak selesa kan? Since jam pun dah dekat pukul 5pm, Abang Ejan sampai cari kiteorang kat toilet sebab nak bagitahu orang boat dah sampai nak collect kiteorang. Aku pun apa lagi, ‘berlari-lari ayah ibu dan anak’ lah nak gi ke jetty tu! Fuh, nasiblah dorang ni sanggup tunggu kiteorang. Eh, jap. Kalau tak sanggup, takkan dah lupa kiteorang sanggup pulak tunggu kat Manukan berjam-jam kan, ewahhhh! *berkira tau*


Sebelum naik boat tu, kiteorang sempat ucapkan terima kasih kat orang-orang di Pulau Sapi yang banyak tolong kiteorang. Terima kasih uols, kalau ada rezeki nanti Cik Pora nak bawak rombongan makcik-makcik ke sini. Memang hospitality korang very the 1st class gitu! Tak rugi rumpai laut landing atas tangan Kak Mah tau!Hehehe…

Sampai di jetty Pasar Filipina, kami terus masuk ke dalam untuk membeli beberapa buah tangan untuk kaum ibu yang suka memasak. Yelah, katanya barang-barang macam ikan kering, ikan bilis dan sebagainya murah habis. So berboronglah kami kat sini. Ingat tau, tawar-menawar itu kan benda wajib.


Martabak ni memang marvellous habis! Die ala-ala telur dadar+cucur bawang+minyak kaw kaw


Nie cara dorang masak, unik kan?


Sayap cicah cili kicap…Memang terbaik!

Kiteorang memang bertuah dapat jumpa abang ni. Dia boleh tolak ansur sikit dalam tawar-menawar. Al-maklumlah, bukan nak beli satu kapal, so die je yang okay untuk bagi best price

Kalau korang ke Pasar Filipina, singgahlah kedai abang ni ye 🙂


Kami berjalan kaki dari Pasar Filipina untuk pulang ke Rainforest Lodge Hotel. Fuh, terasa penat giler harini. Macam-macam aktiviti kiteorang buat dalam masa 1 hari. Kalau hari-hari macamni, memang indah lah hidup kite semua. Penuh dengan pancaroba dan memori vroom vroom superbass!


Jejak je kaki dalam bilik, kami terus membersihkan diri dan berehat sebentar sebelum next activity iaitu dinner. Kalau korang masih ingat budak yang kami jumpa di Manukan, si Rudie, die ada invite kiteorang untuk lepak kat kedai die yang terletak di Anjung Senja. Die ada bukak kedai Shisha kat situ, kalau korang memang selalu datang sana, cer lah try shisha die…Hehehe!

So dari hotel, kami ambil cab untuk ke Anjung Senja. Jam pun time tu dah pukul 8pm, so malas betul nak berjalan kaki uols. Bahaya lagipun! Caj yang dikenakan untuk ke sana adalah RM20/ trip. Haru betul mahalnyaaaa, padahal tak jauh mana pun. Sampai aje di Anjung Senja, kami disambut oleh Rudie dan kawan-kawan die yang boleh tahan ramai. Jadi, melepaklah kami sambil makan malam di sana. Habis makan, kami pun nak beransur pulang sebab badan pun terasa penat giler kot. So, kiteorang kena cari taxi kat area Promenade sebab depan Anjung Senja memang confirm tak ado!


Kami pun gigih malam-malam duk menunggu taxi depan Promenade yang memang tak ada langsung time-time macamni. Terasa cuak giler ye sebabnya kawasan kat situ dah makin lengang. Tak ramai orang langsung. So, kami split sebab lebih elok kalau sorang tahan taxi belah sini and sorang lagi belah sana. Lama jugak ye nak nunggu taxi nie, satu pon tak muncul. Sampailah Rudie call kami dan die cakap yang die akan datang cari kiteorang kat Promenade. 


Sambil tunggu die datang tu, kami bergerak secara pelan-pelan menuju semula ke Anjung Senja. Nasiblah kami nampak kelibat Rudie and elok pulak time tu die dapat tahan taxi  and siapkan tawar menawar untuk kami. Kiteorang pun apa lagi, terus naik la tak nak pikir-pikir dah. Rupa-rupanya, kebanyakkan taxi dah balik rumah dah time-time cenggini. Hello, lupakah Kak Mah and Cik Pora yang sini bukan key-ell uols *dang*

Kawan-kawan kiteorang yang siap nyanyi lagu Sandiwara Cinta gitu


Ini namanya Mee Hoon Paprik versi Sabah bah!


Me and Shima in front of Anjung Senja


Balik semula ke hotel dengan harapan dapat join sekali sorakan yang dorang buat malam tadi. Namun, hasrat itu tak tercapai sebab malam nie bukan malam minggu. Hmmm, always tau, bila nak sangat, tak dapat, bila badan leteh giler, barulah teriak sana sini. Aiyoooo! Tak dapatlah nak bergelek inul malam tu. Penat je practice tau, boleh?


Jadi, agenda kami seterusnya haruslah kemas barang and tido sebab esok jam 11.45am, flight kami akan bergerak menuju ke Kualalala Lumpur yang tercinta. Dengan ini tamatlah sudah pengembaraan kami berdua ke Kota Kinabalu, Sabah yang bagi aku sangatlah terbaik!

———————————————————————————————————————————-


My personal view : Sabah memang sebuah negeri yang unik yang takkan ada pada negeri lain di Malaysia. Aku tak pernah rasa bangga sampai macamni bila mengatakan yang Malaysia sebenarnya mempunyai satu negeri yang seriously takkan ada pada Melbourne, Sydney, Beijing mahupun mana-mana negara cliche yang selalu menjadi idaman ramai. This is beyond my expectations man!

Kata-kata untuk aku and especially untuk rakyat-rakyat Malaysia, janganlah nak ‘marhaen’ sangat kalau nak visit Sabah nie. Apa kata dari korang bershopping sakan kat Bandung, duk kena maki dalam tawar menawar kat Saigon, why not korang book ticket to Sabah, ideally in Kota Kinabalu. Memang tak rugi pun tau korang datang sini. Macam-macam yang ada. Contohnya, kalau korang nak feeling-feeling pre winter, korang boleh layan kabus kat Kundasang. Kalau nak bersidai di tepian pantai ala-ala kat Maldives, pulau Mamutik kan ado. 


Nak merasa canopy walkaway yang jarang-jarang ada di Asia, korang boleh try kat Poring. Dan kalau nak test stamina korang sambil lihat puncak gunung yang tak terucap dengan kata-kata, korang bolehlah hike Mount Kinabalu. Wey, orang Sweeden datang jauh-jauh nak panjat, takkan kita orang Malaysia duk taken for granted *chewah* And aku ade dengar yang view kat Kudat, lagi awesome beb! Memang jatuh cinta habis dengan Sabah nie. *itu belum lagi visit ke Tawau* Pendek kata, memang sayanglah kalau korang tak datang sini even sekali.


Okaylah, tamat sudah ceritera Sabah aku pada September yang lepas. Even though, aku tak well-plan pun trip nie, but it turned out to be awesome-ness! A very good experience and eye opener to appreciate and be proud to be Malaysian. Definitely will repeat again. And for those I met along the way, terima kasih yang tak terhingga uols. Gatal-gatal daun keladi, ade rezeki jumpa lagi *kalau ikutkan pantun aku, gatal-gatal rumpai api, jangan lupa repeat lagi*


Tips-tips untuk yang nak datang ke Kota Kinabalu, Sabah :

1) Kalau nak budget hotel yang strategik (if tak sewa kereta lah) – Hotel Sri Iskandar/ Winner Hotel (http://www.winnerhotel.com/)/ De Galleria Hotel (http://www.degalleriahotel.com)

2) Kalau nak makan best, aku hanya sempat ke Anjung Senja aje. Tapi, aku suka yang mamak sebelah Jamilah tu. Sedap and reasonble price. Kalau seafood maybe korang boleh Sedco

 3) For souvenirs, let’s say nak carik harga tetap, pergilah ke Jamilah. Sebabnya korang boleh dapat normal price. Then later if pergi pasar ke(mana tahu nak murah lagi), korang dah tahu harga asal and boleh bargain hard giteewww!

 4) Make sure korang larat nak berjungle trekking if nak ke Canopy Walk tu ye

 5) Sewalah kereta if nak senang ke mana-mana. Especially Tanjung Aru tu. So cantik, tapi kalau naik taxi, sehala je RM20, mana nak cantiknya.

 6) Kalau tak sewa kereta, boleh je nak naik taxi ke mana-mana, cuma bila makin lewat hari tu, makin mahal charge nya.

7) Untuk island hopping ke Manukan, Mamuntik dan Sapi, naiklah kat Pasar Filipina ye. Or else, you need to pay extra RM7.20/ pax if from Jesselton Jetty.

8) Kalau di Kundasang pulak, maybe korang boleh ambil homestay yang di area bawah-bawah aje. Tak perlu naik ke atas sangat pun takpe uols. Tapi kalau ada budget lebih, Kinabalu Pine Resort lah!

9) Make sure brake korang okay time nak ke Kundasang dan abaikan lah kalau ada bau-bau hangit tu sebab kat sana banyak main brake uols!

10) Akhir kata dari saya, kalau tak bawak passport, jangan lupa simpan slip keluar masuk anda seelok-eloknya. 

9 thoughts to “Trip Budget ke Sabah (Episod Finale)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *