Overland Trip : Siem Reap Part 1

Selama ni aku selalu baca blog yang bermula dengan ayat seperti begini, “Mood untuk berblog baru nak ada…Eh, baru teringat ada blog ke aku…Punyalah busy dengan kerja, tak sempat nak menaip… Mood telah datang untuk menyambung post tertunggak…”. Dan macam-macam lagi…Dulu bila time aku baca, aku cam tak berapa nak absorb apa benda yang dikatakan dengan mood. Tapi sejak dua menjak nie, barulah aku mula memahami yang mood itu merupakan elemen paling penting kalau nak mengarang! Dan itulah terjadi dengan aku setelah berminggu-minggu balik, ini hari baru nak sambung cerita pasal overland trip baru-baru ini…Jadi, terimalah uols…

Aku sememangnya dah lama plan nak melawat tinggalan sejarah paling agung suatu ketika dahulu iaitu Angkor Wat. Aku amat tertarik dengan sejarah pembinaan yang amat unik dan reka bentuk Angkor Wat yang cantik. Bukan itu sahaja, aku jugak nak lah merasa pergi tempat yang pernah tercalon sebagai destinasi Traveler’s Choice Award for 2013. Mesti ada sesuatu yang membuatkan Angkor Wat nie masuk dalam list…Kalau sesaja masuk, Sg. Gadut pun mesti masuk sekali uols! Gurau jahhhhhhhh…

Okay, nak dipendekkan cerita, aku pun selamat sampai di bumi Siem Reap pada pagi 31 October 2013 dengan perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam sajok. Timezone kat sini sama je dengan Thailand, iaitu lewat 1jam dari Malaysia. Sampai je kat airport dorang, aku terus terpesona dengan reka bentuk airport dorang nieh. Memang lain dari yang lain. Memang tak boleh nak compare dengan kemewahan airport-airport di negara-negara lain. Suke tengok how they build it according to what they proud of. Dah macam Angkor Wat pun ada jugak. Tapi versi moden kaler-kaler gitu…

3.00am at Terminal Bus Sentral (TBS) – waiting for jetbus, RM8 per pax

Isi form nie before masuk Cambodia ye

Mendarat je di sini, haruslah kene melalui kastam dorang dulu. Memang mudah je kat sini, tak banyak kesah pun macam sesetengah negara yang agak cerewet. Settle segala urusan passport, kami terus ke kaunter bagasi untuk capai segala bag yang kiteorang check in.

Tips : Tiada visa dikenakan untuk pelancong from Malaysia untuk berkunjung ke Cambodia. ASEAN maaaa…

Siem Reap Airport – sampai sudah

 

I think this bus will bring someone very very important to somewhere

 

Yay!

 

Ada small garden tepi nie

Keluar aje dari perut airport, aku terus mencari Salim, iaitu pemandu pelancong yang kami siap-siap book semasa di Malaysia lagi. Kira semuanya aku persiapkan sebelum tarikh berlepas. Saje…Malas nak ber-last minute gitu. Untuk maklumat semua, aku hanya berhubung melalui email je dengan Salim nie. Email beliau pun aku dapat dari seorang geng backpacker di group Facebook. Kalaulah die tak datang, mau melilau jugak nak carik transport lain. Nasiblah janji dicapati uols. Syukur!

Nampak je nama aku yang terpampang di atas kertas putih di luar airport, aku dapat agak ini mesti Salim. Dalam keadaan yakin, aku terus meluru ke arah beliau dan buat confirmation sekali lagi, “Salim ke?”. “Aaah, saya Salim.” Lega uols. Die pun tanpa buang masa terus membawa kami menuju ke tuk-tuk beliau. Lega satu hal kekdahnyaaaaa…

Uniknya tuk tuk area Siem Reap nie, dari depan nampak macam motor, tapi sebenarnya dorang letak seat  besar kat belakang motor tu. So, bolehlah muat 4 orang dengan selesanya. Kalau korang boleh travel 4 orang, memang jimat dengan tuk tuk nie. Kalau sehari, cas yang dikenakan mungkin dalam 15USD. Jadi, kalau bahagi dengan 4, tak ke jimat kos.com namanya tu?

 

Our first glance of Siem Reap

 

Kalau pergi negara mana-mana pun, mesti suka tengok petrol station dorang
Another tips :- Bawak sikit cover muka, kan naik tuk tuk, so habuk semua angkut melekat kat muka

Okay, dari airport, kami terus menuju ke Tanei Guesthouse yang terletak berhampiran dengan night market area. Guesthouse nie pun aku dah siap-siap booking dengan booking.com. Senang uols. Bayar time nak check in. Charge yang dikenakan untuk 1bilik, 2 mlm ialah 37USD (breakfast included).

Bagi aku, guesthouse nie adalah sangat terbaik ye. Kedudukannya agak strategik (hanya 10 minit berjalan kaki ala lenggang kangkung ke Night Market), ade breakfast free, bilik yang luas, plug banyak (takyah bawak extension plug tau), receptionist yang friendly dan yang paling penting, WiFi free sampai bilik tau! Memang heaven. Oh lupe! Ada pool jugak yeeeee…Tapi kiteorang tak sempat nak cekidaut pun, busy noo dengan benda-benda kat luar!

Sampai je di guesthouse, aku mampu menarik nafas lega. Mana tak nya, dah lah aku bangun awal giler pagi tu. Dalam flight pun bukan boleh tido dengan lena. Tido-tido cap ayam kampung  je gayanya. So, bile nampak je guesthouse, dalam kepala dah tak pikir lain dah selain nak BEREHATTTTT!

Tapi, kiteorang tersampai over-punctual pulak! Pukul 10am baru uols. Bilik pun tak ready lagi. Jadi, kami disarankan untuk berjalan dulu, nanti bile bilik dah siap, bell boy akan bawakkan barang-barang kami ke dalam bilik. Sebelum tu, dorang sempat jugak receptionist jemput kiteorang untuk makan breakfast sebab dah masuk dalam pakej katanya. Wah! Ada makanan sekali lah, tapi…makan apa eh? So kami tanyalah kat Salim dulu.

 

On the way to our guesthouse
Hey hey…Kiteorang nak sembah ratu kat sini
Ingatkan kiteorang kena stay kat rumah ni. Rupanya kat belakang baru guesthouse ye
Okay dah sampai tau Tanei Guesthouse

 

Nice pool tapi takde masa nak mandi, boleh?

 

Happy Hour

 

I have so many things to say about this company. Sumpit! Kene tunggguuuu

 

Cozy-ness

 

Bike for rent

Time kat sini, Salim lah jadi perantara. Die kata yang kami nie Muslim, so adakah makanan kat sini halal. Orang hotel tu suruh tengok dulu makanan kat meja and decide whether nak makan or tak. Time tu cam blur and pelik-pelik berfikir kejap. Tengok macam ada roti and buah. Yakin boleh makan tu. Tapi Salim cakap, takpe, kite jalan dulu, nanti makan tempat lain sebab kalau dah rasa was-was tu, lain jadinya.

Okay, itu saya memang yakin betapa was-wasnya aku sebenarnya! Bukan apa, tak boleh imagine sebelah roti ade bacon. Pastu, camne tu? Haaa, tak tercapai akalku ini. Jadi, kami pun terus ikut plan Salim. Kita jalan duluuuu. Chop! Tapi ke mana kita nak gi nie ha? Baiklah, setelah berhempas-pulas research sana sini, aku dapat tahu yang ada free tour kat Artisan Angkor. Kat sini boleh book untuk pergi Silk Farm. Katanya berbaloi-baloi!

Tapi aku tak pergi pun. Confirm benda-benda macamni akan mengharapkan kite untuk membeli belah kat sana. Takkanlah bawa free-free je betul tak? So, bile kami sampai aje die Artisan tu, ade seorang pekerja yang approach untuk bawak kami jalan-jalan kat situ. Nanti, mereka akan explain tentang setiap kelas yang ada kat situ. Before mulakan tour tu, aku sempat tanya, kena bayar ke nie? Hahaha! Nampak macam cheapskate je kan? Tapi memang betul pun.

Kenalah tanya uols. Sini bukan main Rupiah atau pun Dong, sini main USD. So kalau apa-apa aku dah get ready nak chow aje…Akan tetapi, mamat tu cakap, bayaran adalah seikhlas hati ye. Wah, ini sudah bagus. Jadi, tak mau tunggu-tunggu dah, terus je mulakan tour kami kat dalam nie. Dengan seikhlas hati, kami berempat pun melangkah masuk untuk menimba ilmu seni. Segala penerangan akan dibuat secara detail oleh tour guide ini. Bagi mereka yang meminati seni-seni hiasan dalaman dan luaran, this is your place!

Dan untuk orang macam aku pulak? Acane perasaan dapat visit tempat-tempat camni? Ha… Bagi Cik Pora, cukuplah sekadar tahu betapa kreatifnya orang-orang dekat sini. Mostly dorang ni adalah terdiri dari golongan OKU yang sangat rajin belajar dalam memartabatkan hasil seni di sini. Tempat ni ala-ala kelas vokasional yang akan ade cikgu datang untuk buat penilaian tentang kesempurnaan hasil kerja mereka. Kalau aku jadi cikgu, mesti aku cam stress tau. Bukan apa, aku tak tahu macamane nak bagi markah kat dorang nie. Semuanya nampak cantik dan perfect gitu! Terbaik dari ladang kelapa Bagan Datoh sungguh.

Dorang buat semuanya secara manual. Dari pisau yang digunakan untuk mengukir sampailah tukul yang mereka gunakan. Semuanya dorang buat sendiri uols. Kalau kite tu, semua benda dah tersedia kan? Dorang tidak yaaaa…Segalanya harus cipta sendiri. Dan mereka jugak harus siapkan semua tu dalam masa yang agak singkat. No complaints ye…Learn from hard time sangat! Terlalu tabah kalau mengikut kata tour guide kami tu.

Something caught my eyes

 

Bus tu actually tak parking, but die lalu jalan yang sempit itu and surprisingly MUAT!
Artisan Angkor
Tourist guide kami – English fluent
Kerja-kerja dalam menghasilkan seni terbaik giteww
Hasilnya…gajah bermacam saiz dan warna
Sarung muka tu harus ya
Draft dulu you allzzz
Macam pendidikan seni tau
Hiasan untuk mereka
Ukiran seni manual
Contoh-contoh lukisan derang

Habis ber-tour, kami terus dibawa ke kedai untuk membeli belah pulak. Ini memang dah biasa hokey. Mana-mana tempat pun kalau ada tour-tour ‘katanya seikhlas hati’ ini, mesti ada nye udang disebalik Mee Tarik Sungei Besi. Betul tak? Tapi kiteorang tak beli apa pon. Semuanya mahal-mahal belaka. Dan kebanyakkannya ialah patung-patung Buddha aje yang banyak. Aku lepak dalam tu lama-lama pun sebab nak merasa aircond yang perghhhh! Panas hokey kat luar. Better berteduh dalam kedai nie ha…

Beberapa minit lepas tu, kiteorang pun keluar dari kedai tu untuk mencari tour guide yang bawak kami tadi. Kami sempat menghulurkan ‘tips’ kat die. Yelah penat berceloteh, tunjuk macam-macam, buat-buat lawak ikut script sikit, takkanlah nak diam cenggitu aje kan. But ikut pada korang lah, if puas hati dengan servis mereka, hulurkan senyuman pun okay what. Senyuman kan sedekah jugak?

Sebelum keluar tu, aku sempat jugak tulis nama untuk trip ke Silk Farm yang hanya ada pada pukul 930am dan 1pm. Since dah terlepas pukul 930am, kami terus book untuk jam 1pm. Lepas tulis nama tu, kami maklumkan kat Salim yang kami kena datang balik kat sini untuk join Silk Farm tour. Then Salim cakap, jauh tau tempat tu. And then, mesti die paksa beli nanti. Eh yeke Salim, ha curious meks dengar statement gitu. Die cakap, cuba pikir, takkanlah tetiba die nak bawak kite for FREE macam tu je kan. Ye tak ye jugak uols!

Since baru tersedar dari lena kan, kiteorang pun terus tukar plan, ajak Salim untuk makan tengahari uols. Perut pon dah lapar kan, so apa lagi jom kite vroom vroom untuk ke restoran halal yang berdekatan. Tak sampai 10 minit, kami pun sampai di hadapan restoran Muslim Family Kitchen. Mula-mula nak makan Haji Musa, tapi Salim kata apa kata kite makan dulu yang Muslim Family Kitchen nie, then esok kite makan kat Haji Musa. Bagus betul Salim nie, pandai die aturkan program untuk lebih variety.

Sampai di kedai makan tu, kami order according to menu yang simple dan boleh dikatakan sedap. Yang kami try ialah makanan diberi nama Lok Lak. Makanan ni macam lauk paprik kalau kat Malaysia. Boleh dikatakan sedap jugak lah lauk kat sini. Cuma, die punya sambal belacan je yang macam pelik sikit. Itu yang terus turn off sikit. Kuat betul penangan belacan die nie. Guna cap gajah naik bukit ke apa nie? Mau kena resdung kaw kaw kalau aku tak stop makan sambal ni.

Boleh lah korang try if datang Siem Reap

 

Ice lemon tea (kordial sajok)

 

Hanya kiteorang aje yang ado time tu

 

Lok Lak
Aku lupa nama menu nie but die macam gulai lemak masam-masam

 

View tepi kedai

Lepas dah berkenyang-kenyangan, Salim ajak kami melawat masjid yang terletak betul-betul depan kedai makan tadi. Manakala Restoran Haji Musa yang memang femes dikalangan orang-orang Malaysia pulak, terletak di belakang masjid. Semuanya ada dalam satu kawasan je. So memang senang kalau bosan nak makan kedai nie, kite boleh pilih kedai lain pulak. Boleh gitu?

Habis melawat masjid, kami terus mintak Salim hantar kami ke hotel untuk berehat. Memang tak larat nak berjalan tengah-tengah panas dalam keadaan badan yang letih. Baik kiteorang balik dulu ke Tanei Guesthouse and relax-relax kan badan. Badan nak pakai lama lagi ni hehehe! Sampai di guesthouse, kiteorang terus membuat pembayaran penuh kat receptionist, ambil kunci dan naik ke bilik. Sempat jugak pesan kat Salim untuk jemput kiteorang pukul 230pm. Nak ke mana pulak lepas nie?

Jalan untuk masuk ke dalam bilik
Oh my katil…

Kami ambil keputusan untuk survey-survey barang kat Old Market petang tu. Yelah, takde lah pulak aku duduk lama kan kat Cambodia nie. Hanya singgah beberapa hari sebelum bergegas pulak ke Bangkok. So, kite kenalah memanfaatkan setiap saat yang ada kat sini dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Kalau tak, rugi lah sisa-sisa kehidupan meks di sini!

Habis berehat, kami pun menggagahkan diri untuk bergerak menaiki tuk-tuk Salim. Turun je bawah, memang Salim ada setia menanti kami berempat. Bagus betullah die nie (dah banyak kali aku mention die nie bagus kan?) Dan yang paling best jugak, die ada sediakan air kat dalam peti air tau. So, air-air mineral yang disediakan memang sejuk dan sangatlah sesuai untuk cuaca membahang hew hew!

Mampu tak? Jep Sepah bagi aku air? Hahahah, jangan verangan. Anyway, inilah Salim!

Since kami semua dah bersedia untuk next activity, kami pun duduk diam-diam sambil memerhatikan keadaan sekeliling di sini. Bagi pendapat aku, Cambodia masih lagi dalam proses pemulihan. Tiada bangunan pencakar langit yang tersergam disekitarnya. Hanyalah kawasan perumahan yang seakan setinggan di Malaysia. Mungkin masih banyak yang perlu mereka terokai untuk menjadi sebuah negara maju.

Namun, bagi aku dengan pertambahan pelancong yang berkunjung ke sini, aku yakin satu hari nanti mereka akan dapat jugak jadi sebuah negara yang maju dalam waktu yang diorang target. Dengan pertambahan pelancong yang sememangnya tertarik dengan keunikan Cambodia, ianya sedikit sebanyak membantu mereka dalam mengecapi kemajuan yang dorang impikan selama ini. Wah, macam wakil rakyat Dun Sungai Gadut tak bunyinya? Kuang kuang!

Dalam aku duk mengelamun tu, tetiba Salim memberhentikan tuk tuk dan parking di tepi eretan kedai di situ. Katanya kami dah sampai pun di Old Market. Sebelum kiteorang bergerak tadi, sempat jugak kami berbincang dengan Salim, apa aktiviti lepas ni. Kami pun pakat-pakat pilih nak survey dulu barang-barang souvenirs di sini. Yelah, aku tak tukar banyak pun untuk USD. Cukup-cukup makan je uols. Jadi, berbelanja secara bijak itu harus. Especially bila involve mata wang yang kene darab dengan 3 ni ha. Mau ikat perut kalau tak careful.

Bila dah sampai betul-betul dihadapan Old Market tu, Salim ada pesan yang kami perlu berhati-hati kat sini. Kekadang harga tu dia akan ketuk kaw-kaw. Biasalah, nampak je orang luar, haruslah taktik ketuk-mengetuk nie perlu dijalankan. So bargain hard! Contoh, kalau Fridge Magnet tu, seketul ade yang mintak 2USD. Mahal kan? Ha, itu Salim risau kalau kiteorang tak survey and bargain betul-betul.

Gaya seorang pemandu tuk tuk di town
Old Market street area

 

Ada book centre lah

 

Salim nak isi minyak jap

 

Tak paham dengan harga minyak kat sini, tapi aku rasa mahal kot

Habis berpesan-pesanan, Salim bagitahu yang beliau akan tunggu kami di sini pada jam 3.30pm. Kiranya kiteorang ade 1 jam ye untuk aktiviti window shopping ini. Cukup kah? Ha, dah kalau die bagi 1 jam, kiteorang duduk situ tak sampai 20 minit uols. Acane tu? Dah kenapa pulak ni Cik Pora oi?

Sampaikan Salim pun terkejut. Dia siap cakap, kenapa cepat sangat? Saya baru park motor tepi and nak masuk market nie? Hahaha! Uolssss, bukannya sengaja ye nak lepak sekejap sangat. Okay. Meh sini meks nak explain sikit-sikit yaaaa… Apa korang rasa dah kalau dalam market tu semua kedai jual benda yang hampir sama. Pusing-pusing, muka penjual ngan location kedai je lain. Barang-barang semua sama je uols. Meks surrender yeeee kalau dah gitu kekdahnya.

Barang pun tak tahu nak beli apa. Dah nama pun window shopping kan, duduk tenung-tenung sudah! Tapi yang paling aku puji kan, bile orang-orang kat sini tak macam penjual kat Ben Thanh Market iaitu di Vietnam. Dorang takde nak paksa-paksa korang beli. If korang tanya-tanya dengan tiada niat nak beli, dorang tak marah pun. Ye lah uols, aku ni fobia nak tanya dah kalau duk daring sambil tengking-tengking kan. Meks tak mampu nak layan telenovela version sepet-sepet nie dah.

Tapi dorang nie sangat berbeza. Kalau dorang tak boleh bagi price yang korang bargain, dorang akan let go korang cenggitu je. Let’s say korang nak jugak. tapi dorang kata cannot cover cost miss, so dorang akan pentingkan cost dorang dari korang. Haaa…gitulah perumpamaan yang paling perfect untuk aku describe agenda jual beli kat sana. But if they can give, memang dah murah habis dah tu. Seyes tak tipu!

Macam ada satu bracelet cantik gile ye aku jumpe. Dia nak jual 5USD. So aku cam darab-darab sikit, eh 5USD boleh dapat nasi Lok Lak la…Kalau setakat beli bracelet sampai 5USD, rugi lah nanti (kata hati yang kedekut sikit itu). So aku pun mintaklah kurang, muka akak ni garang tau. So nak mintak tu pun, aku cam segan silu jugaklah. Then die tanya aku balik nak berapa, dengan yakin dan tanpa was-was aku jawab 3USD uols. Dia terus cakap, you try find other shop lady. Don’t sell same like this *dengan slang Cambodia ye* Aku pun cam, oh it’s okay then.

Dalam aku cakap okay tu, aku sempat lah jugak merayap kat beberapa kedai, tapi betul tau. Memang takde jual sebijik cam die. Sampai kan kat Night Market pun tak ado jual benda alah bracelet ni. Kiranya dorang tak tipu tau. Fuiyoooo! Meks terus tabik hormat. Kiranya, kalau die cakap tak dapat tu, jangan lah korang verangan ada orang duk tarik korang. Dorang ade pride hokey!

Tips : Aku rasa kalau beli kat Night Market murah sikit tau compared to Old Market tu. Maybe sebab sewa dorang agak mahal bila di Old Market kot. *aku agak jew*

Since dah tak tahu nak pergi mana, kami pun bergerak lah ke tempat jual tiket Angkor Wat yang terletak agak jauh jugak from Old Market tu (dalam 10 minit). Even Salim dah bagitau yang tempat nie bukak lambat lagi, tak kisah ke kalau tunggu kat situ lama-lama. Kiteorang terus cakap, tak kisah pon… Habis tu dah tak tahu kot nak g mana kan..Hahaha! Tetiba Salim cakap, haaa..Apa kata kalau kite jalan-jalan kat Killing Fields or tempat buat silk? Wah wah! Plan-plan camni memang favorite Cik Pora sangat.

So bergeraklah Tuk Tuk Salim menuju ke tempat-tempat hikmat yang dicadangkan oleh Salim tadi. Sampai di Killing Field, benda pertama kiteorang nampak adalah skull. Ini yang real tau. Bukan yang duk jadi trend corak shawl, bracelet bagai tu. Banyak uols. Rensa sungguh perasaan meks bila setiap kali memandangnya.   Memang tak dapat imagine ye zaman-zaman dulu camne lah. Mata memandang nie terasa berpikul-pikul perasaan sedih yang tertanggung. Belom lagi ahli keluarga mereka kan…Memang tak tahu la nak cakap apa.

Sedih 🙁

 

Skull gallery

 

For future generation

 

Salim kata, nie tempat bakar mayat.

Itulah salah satu sebab aku taknak pergi ke Phnom Penh. Mesti aku cam tak berani tengok semua tu depan mata. Yang duk tatap blog orang pasal experience dorang kat sana pon telah membuatkan aku berpatah arah untuk ke Bangkok instead of visiting Phnom Penh. Ini kan kalau dah sampai Phnom Penh dan pergi ke tempat-tempat yang sayu macamni. Mau terkedu tanpa sebarang kata la jawabnya.

Kami hanya spent beberapa minit sahaja di kawasan Killing Field nie sebelum bergerak pulak ke tempat menjual silk. Kedai nie hanya terletak berdekatan sahaja dengan Killing Field tadi. Kedai nie sangat kecik uols. Sebelah kedai ni ada macam kawasan kuil besar di mana menurut Salim ialah kawasan pembakaran mayat. Uish, memang harus aku pandang belah lain kalau lalu sebelah.

So kami pun berhenti di hadapan kedai silk nie untuk tengok apa pulakla yang ada kat sini kan. Time kami sampai tu, ada 2 orang pekerja di situ yang tengah duk sentap-sentap benang buat sutera. Punyalah halus gile hasil kerja dorang ni sampaikan aku terus terpikir, mesti kalau balik, sakit-sakit badan kan. Yelah kalau dah duduk je kat situ. Kaki tangan sume duk sentak-sentak benang, otak pun boleh tersentak uols! Namun, ketabahan dorang memang meks salute habis ye. Semoga murah rezeki korang in future.

Gigih tekun dan sabar
I am!

 

30km/jam je hokey

Since takde apa-apa yang menarik perhatian aku (mahal-mahal ye barang kat sini), aku pun terus cakap kat Salim, Jomlah kite bergerak ke tempat lain. Dalam keadaan serba salah, die pun jawab, dah takde tempat lain dah…Tinggal nak pergi beli tiket Angkor Wat. Oh yeke? Hmmm..Kalau dah gitu, ayuh la tunggu kat tempat beli tiket. Lepak-lepak makan kuaci sambil gossip-gossip sikit kan.

Tips : Kalau nak ke Angkor Wat, better beli tiket a day before yang dibuka bermula pada 4.40pm. Better buat camni sebabnya korang boleh tengok sunset pada hari nie dan sunrise pada esoknya. After sunrise, apa lagi, jalan-jalan kat semua Angkor lah

Please read this

 

Angkor Map *besar giler*

 

Something you need to know
All close

Pass Angkor Wat boleh dikatakan agak pricey disebabkan dalam USD gamaknya. But untuk lihat World Heritage yang sangat unik bagi aku, tak salah kalau korang spend sikit kan. Nie aku ada letakkan sedikit info tentang harga-harga pass yang dijual untuk visitors :
1 day ($20)
2 or 3 days ($40)
1 week ($60)

20USD each

Untuk aku, hanya 1 day pass dah cukup untuk berjalan-jalan, explore-explore and cuci mata dengan view dalam tu. Bukan apa, aku nie hanya nak tengok-tengok je. Kalau untuk menghayati tempat ni memang bukan aku sangat. Aku lebih suka masuk dalam tue and imagine diri aku berada kat situ ketika zaman dulu-dulu. Let’s say time mula-mula pembinaan Angkor Wat itu sendiri. Mesti aku lah yang gigih lari-lari kalau Raja suruh sampaikan berita from satu tempat ke satu tempat.

Then ada kuda, gajah lalu lalang. Ada pedagang-pedagang datang dari jauh bagai. Then rakyat jelata semua berkumpul setiap kali ada pengumuman tentang satu-satu peristiwa penting. Wah, kalau aku verangan aku mestilah ada kat atas tengok rakyat-rakyat bersorak. Dah kata verangan.com kan? So mestilah nak best-best.

Tapi, nak berangan pun takleh sangatlah! Time tu, tiket pun tak beli lagi. So back to my not-so-favorite-reality, jangan mengada nak verangan over-over. Bila kami sampai di kaunter tiket, sememangnya keadaan kat situ tersangatlah lengang. Al-maklumlah, hari pun dah petang dan jualan tiket untuk tranasaction next day pun masih belum dibuka lagi. Jadi, melepak la kami sambil mendengar macam-macam pengalaman dari Salim. Yelah, beliau nie dah bertahun-tahun kerja sebagai tour guide. So die dah masak sangat dengan macam-macam perangai pelanggan.

Cuma yang bagusnya die nie, memahami sangat dengan macam-macam perangai manusia yang datang melancong ke sini. Especially customer macam kiteorang yang pergi satu tempat kejap-kejap je. Sampaikan die tak tahu nak bawak pergi mana lagi dah hahaha! Takpela, nak buat camno kan? Dah kiteorang pun memang macamtu, tol tak?

Lama jugak kiteorang lepak dalam tuk tuk sambil menghadap kaunter tiket tu. Sampailah jam menunjukkan tepat 4.40pm di mana waktu yang dijangka untuk mereka buka kaunter jualan tiket tersebut. Time waktu nak bukak tu, ramai betul tuk-tuk yang membawa tourist datang untuk beli tiket. Kiranya ramai yang prefer to buy 1 day in advance. Jimat!

So beraturlah kami dengan bayaran 20USD untuk diberi kepada cashier kat situ. Ingat tau. Time bagi passport tu, sila pose siap-siap sebab dalam tiket ade gambar korang yang diprint sekali. Dapat je pass tu, kami terus bergegas untuk menuju ke Angkor Wat. Elok je aku simpan elok-elok pass tu dalam purse, terus ade 1st check point untuk check pass sebelum korang proceed terus ke Angkor Wat. Berhentilah kami untuk pemeriksaan tersebut.

Habis check-check segala, terus Salim vroom laju-laju menuju ke kawasan Angkor Wat sebab takutlah kalau-kalau kiteorang terlepas sunset. Tapi kan, kalau korang nak tengok sunset, tempat die ni agak ke depan sikit dari Angkor Wat tu. So, bila lalu di hadapan Angkor Wat, Salim perlahankan sedikit tuk tuk beliau untuk bagitahu yang kami kena lalu sini pada esok hari untuk  masuk ke Angkor Wat melalui pintu nie.

Ooooooo, begitulah kekdahnya. Aku ingatkan semua angkor-angkor ni hanya perlu lalu satu pintu sahaja. Then, bila tembus satu pintu tu, kite boleh jalan sampai penat untuk melawat ke semua angkor kat sini. Rupanya tidak ye! Salah sama sekali. Dan ianya terus buat aku terpikir, bapaklah besar kawasan nie. Kalau kat Malaysia, dah lama kite runtuhkan kawasan-kawasan nie semua. Sebabnya nak buat shopping malls, senang nanti. Barulah maju sikit dari negara-negara lain. Betul tak? Oops! Terpolitik sudah…

Tomorrow kiteorang kena masuk ikut sini for Angkor Wat trip

 

Heading to sunset area

Sedar tak sedar aku pun dah sampai di hadapan kawasan yang kami perlu daki untuk menyaksikan sunset tersesak di seantero Asia. Aik, kenapa tersesak pulak nie? Okay, kalau korang nak tengok sunset ni, korang kenalah hiking sikit dalam 30 minit camtu. Tengoklah tahap ke-fit-tan korang tu. Kalau sendu, boleh lah gerak awal sikit. Then bile dah sampai kat atas tu, korang jangan ingat boleh terus tengok ye…

Kakak nie tengah kejar kiteorang untuk jual air sejuk

 

Let’s hike

 

Kat atas tu ada cam musician tengah main muzik lagu-lagu dorang
You need to queue…Jangan ingat dah hiking peluh-peluh korang boleh terus tengok sunset ye
Tengok apa tu makcik? Relax-relax, lembu belakang pun beratur jugak
Kena baca nie jugak

Di sini pun ada traffic jam jugak. Tapi bukan sebab ada kete rosak or benda-benda tak elok yang jadi. Cuma, limit untuk naik ke atas tu hanyalah seramai 300 orang pada satu-satu masa. Aku rasa maybe sebab tempat tu pon tak cukup kukuh untuk tampung orang ramai-ramai.Sebab situ pon kawasan angkor-angkor yang lama jugak. So, memang lah tak leh nak bagi naik sekaligus. Lagipon bahaya hokey,duk ramai-ramai atas tu, bukan ada penghadang pun.

Akhirnya, berbaloi sungguh setiap pepeluhan yang keluar selepas mendaki apabila beberapa minit kemudian, kami dibenarkan untuk naik ke atas. Walawehh! Ngeri jugak naik tangga nie haaa. Mau nangis kalau ada penyakit gayat benda tinggi. Curam uols! Tapi, nasib baiklah semuanya okay untuk aku. Berjaya jugak weols sampai kat atas ni, penat tauuuuuu! Pijak je kaki kat atas tu, terus rasa cam, weyyyyyy! Ada concert Jom Heboh version Cambodia ke apa kat atas nie?

Punyalah ramai manusia duk lepak atas tu sambil pegang camera. Dah macam masuk kelas fotografi pun ada. Dah semua duk mengadap camera, ubah-ubah setting sikit then snap sana sini. Fuh! Ini bukan ramai biasa-biasa, ini dah jadi luar biasa. Aku pun jadi pening duk tengok orang ramai-ramai sangat nie. Macam-macam jenis uols!

Takpelah, dorang pun sama jugak cam aku. Nak saksikan sunset yang ala-ala segan gitu nak keluar. Memang segan habis sunset kat sini. Kalau yang datang jauh-jauh tu, mesti a bit hampa bile tengok sunset macamtu. Macamlah aku ni tak hampa jugak kan?

Bila dah reramai jemaah kat atas tu, ada saja yang nak amik beautiful shot dengan berdiri di tepi tebing. Memang marahlah penjaga angkor tu dah kalau dah korang mengada-ngada nak cross border. Lagi pun, tebing tu takde penghadang, harapkan orang kat situ herdik, baru semua nak bergerak ke tengah balik. Bahaya tahu tak dik nun?

Bila penjaga angkor tu berpaling ke tempat lain, ada sahaja yang cuba untuk ambil gambar kat situ balik. Nasiblah takde sapa yang jatuh time tu. Kalau dah jatuh, aiyok, sapa susah? Mek jugak yang terkujat tauuuu!

Aku cuba untuk mencari port yang lebih tenang tanpa sebarang gangguan. Tapi semuanya penuh giler kot. Sampai ceruk-ceruk pun dorang conquer, kiranya dah memang hardcore dorang nie. Aku pun cam give up gak nak snap sunset picture kalau dah semua pun tak bagi chance. So yang tinggal kosong hanyalah bangunan-bangunan nie jelah.

Takde siapa pun nak bergambar uols. Habis tu, apa tunggu lagi. Di kesempatan yang ada nilah aku rebut untuk hamik sehabis banyak gambar batu-batu nie semua. Kalau lambat-lambat, kang tutup pulak tempat nie. Dahlah aku sentap tak dapat nak telek sunset puas-puas. So, peluang yang ada hanyalah untuk bermesra dengan batu-batan yang ada…

Takpela, memang dah rezeki weols duk menghadap batu-bata nie ha. Yang penting kite enjoy kan. Menurut pemerhatian aku, tempat nie kene selalu buat maintenance tau. Yelah, tangga untuk naik ke atas ni sangatlah curam. Mungkin ramai yang ingat nak tengok sunset ni mudah kan? Haaa…itulah yang korang tak tahu, betul tak? Takpe, inilah tujuan weols buat coretan pot pet namanya.

Tak lama lepas bercanda kat atas tu, kami pun diarahkan untuk turun ke bawah. Pak guard kat sini semuanya garang-garang. Kalau die suruh turun, janganlah korang mengada nak hentak-hentak kaki taknak turun ye. Kang ada yang kene sebat. Ceh…ceh gurau je lah!

Kami dikehendaki turun dan ramai lagi di atas tu pun diarahkan untuk cepat-cepat beredar dari kawasan nie. Time aku jalan turun tangga, hari pun dah hampir gelap. Korang jangan verangan la if ada lampu jalan yang menemani jalan turun korang tu. Tapi jangan pulak takut ye. Korang memang akan jalan dalam keadaan secara berjemaah uols. Ha bila lagi nak jalan ramai-ramai dalam gelap kan. Sini je buleh!

My turn is next

 

Naik sikit-sikit dulu
Dan bila sampai kat atas, walawehhhhh manusia…
Korang datang dari pukul berapa woi?
Abang ni pun kena marah jugak dengan akak guard
After tolak-tolak sikit, this is enough for me
Jom lah layan batu-bata pulak

 

 

Ni sebelah lain pulak
Tak dibenarkan masuk
Okay bye shy-shy sunset

Tips : Better pakai kasut yang sesuai and selesa untuk berjalan ke kawasan sunset. Kalau tak, menyosalllllll den cakap tak donga.

Sampai di bawah, kami terus mencari Salim. Hanya lampu tuk-tuk sahaja yang menerangi jalan kat situ. Suluhan tuk-tuk yanga da di situ pun hanya sekejap-sekejap aje. Itu ajelah yang dapat kami gunakan untuk cuba mencari kelibat Salim. Sambil tunggu-tunggu tu, dapat jugak aku perhatikan ramai mat saleh yang menaiki basikal sewa sahaja untuk ke sini.

Kalau cakap pasal kayuhan berbatu-batu tu dah macam biasa pulak kan…Tapi, paling aku salute bila dorang sanggup kayuh dalam keadaan jalan yang gelap (exit ke town from Angkor tu) ditemani suasana sunyi hutan di kiri dan kanan. Serious tak tipu. Jalan kat sini tak sama macam jalan kat Dataran Merdeka ye. Terang benderang dan bergemelapan gitu. Kat sini, kiri kanan gelap gulita, istilah lampu jalan tu memang takde. Hanya lampu-lampu kenderaan lain yang dapat bantu dalam menyuluh jalan kat sini. Dah gelap-gelap camtu, memang semua tuk-tuk memecut habislah kat situ. Al-maklumlah, sapa nak buat AES kat area cenggitu?

Aku terus imagine kalau time turun dari sunset, pergi kat basikal and then tengok tayar basikal dah pancit ke apa ke? Mau nangis uols tepi pokok-pokok kat sini. Itu okay lagi, buatnya tengah-tengah jalan, tetiba tayar meletop…Dahlah hutan kiri kanan. Nak mintak tolong pon, kalau ada yang sudi lah nak membantu meks dalam keadaan susah tu. Kalau tak…tak nak pikir woi.

Jadi, kalau ada memasang bucketlist untuk naik basikal di Siem Reap, at least carilah yang sudi teman. Kiranya ada back up if something happens. Sebab menurut orang di sini, kebanyakkan yang bawak tuk tuk ni, dorang suka dajalkan geng-geng beskal nie. Alasannya- Sebab dorang taknak guna servis tuk-tuk they ols. Boleh gitu?

Kalau dajalkan pancit-mancit tu kirenya bolehlah consider lagi. Dah kalau yang curi terus tu camne pulak? Kesianlah kat pelancong yang menyewa basikal tu beb! Dahlah bayaran untuk sewa 1USD sehari, tapi kalau hilang, korang kena bayar 50USD. Denda apakah ini? So, memang unfair kan? Jadi, sila jaga basikal sewa anda elok-elok ye.

Beberapa minit kemudian, aku pun sampai di area Night Market. Sebelum kami naik tuk tuk tadi, memang dah pesan awal-awal pada Salim yang beliau perlu turunkan kami di Night Market. Sebab agenda malam nie ialah nak pergi layan Apsara Dance (tarian tradisional orang Khmer) di salah satu bar yang agak terkenal di sini iaitu : Temple Club.

Kami memilih untuk berada di tingkat atas bagi menonton persembahan yang akan diadakan. Sebenarnya aku ni dah terawal pulak datang kat sini. Aiyoooo! Lama kot baru start! Apo nak buat 2 jam kat sini sementara menunggu penari-penari tiba? Dalam duk layan borak nak cepatkan masa berlalu, kami terdengar suara pekik-pekik kat bawah sana.

For real ke crocodile weyyy?

Ramai pulak yang berarak kat bawah sambil berpakaian pelik. Eh, harini Halloween kot…Dalam meneka-neka tu, barulah aku teringat yang malam tu adalah malam sambutan Halloween uols. Patutlah semuanya duk pakai cam sundalbolong. Aku ingatkan memang tema pekerja bar kat sini suka hodohkan muka ke kan…Serammm meks!

Dah kalau kat bawah duk jerit-jerit, aku pun apa lagi, turun tangga, then join sekali Halloween Parade tu. Sambil mengkancilkan diri untuk bersempit-sempit tu, aku terus terjoin group budak-budak local yang ala-ala Anti Pavilion Kids gitu… Terus aku cam errr…Kenapa aku rasa cam budak-budak kat KL je ney? Dalam ketidakyakinan tu, aku keluar balik dari parade tu.

Duduk aje kat tepi, tengok-tengok sudah. Sambil tu, aku panggil gak 2-3 orang yang sporting untuk bergambar. Dorang ni memang sempoi. Even calit-calit muka sikit dengan eye-shadow, tapi dorang tetap yakin dalam memeriahkan pub street nie. Itu belom lagi bila mat saleh join, lagilah meriah habis. Costume dorang tetap awesome dan gah gitu. Paling gempak pakai baju Flinstone. Meks hadap lamaaa sangat keyakinan mu itu. Wah Wah!
Sedar tak sedar, persembahan yang ditunggu-tunggu dah pun tiba. Aku pun naik semula ke atas bar dan start layan dancing-dancing tu semua. Bagi aku, kalau korang memang pencinta cultural things. Inilah cara paling murah nak layan. Sebab korang bayar je ha air Coke dalam 2USD. Non hado 6% ke 10% tax sume tu. Kire murahlah jugak betul tak? Kalau nak compare bar kat negara kite yang pakai RM…lu pikirlah sendiri bak kata Nabil.

Apsara Dance

Habis performance, jam pun dah makin lewat. Aku rasa kami memang kena balik ke hotel nie. Kalau tak, memang esok terlepas lah sunrise jawabnya…So, untuk pulang ke guesthouse kami, semuanya dah sepakat untuk malas berjalan kaki. Jadi, kami pun terus tanya tuk-tuk yang sudi hantar dengan bayaran 2USD. Pada awalnya, ramai yang tak nak. Dorang nak at least 3USD. Even journey sekangkang cucu kera pun, janganlah over sangat kan.

Bukan lah kekwat sangat nak berkira 1USD tu pon, cuma Salim dah pesan yang itu rate kalau ke guesthouse kami. Nasiblah, orang kuat Siem Reap dah pesan awal-awal kan. Tu yang kami gagahkan diri nak bargain rate 2USD. Bila orang tu cakap taknak, kami pun terus blah dari situ, tak sampai 3 langkah, die terus panggil balik cakap okay sir, 2USD! Yay!!! Dapat jugak. Jimat tenaga dan lemak kemak meks nak walkathon ke hotel tu ha…

Fuh! Sampai guesthouse, terus naik, buat apa-apa yang patut. Booom, tido terus. Rancangan TV yang mendodoikan aku sepanjang malam ialah RTM1. Dapat ye siaran kat sini, jangan tak tahu. Habis semua rancangan TV1 aku layan malam tu. Hilang homesick aku tau *motif sangatkan*

7 thoughts to “Overland Trip : Siem Reap Part 1”

  1. lol…memang terasa panjang jugak tuuu…
    Salim memang fasih bahasa melayu, sebab die penah keje 5 tahun kat Malaysia.

    So dun worry kalau nak guna service die 🙂

  2. Salam.. hye Missy, it's been a while..;-) wow..u read my train of thoughts!! Only last year me & my buddies've planned what we called "Trans-Indo China Expedition" ; myanmar >< vietnam or smthg/smwhr..when one of us got back frm post-democratic Myanmar for some sort of business trip… but the tension between myanmar & thailand borders arisen security issue for inland travel, tht time. I think thgs r gettin better now, i guess. So this is definatey we can relate to..tq doll..;-)

  3. Entah la ble trlaksananya tu..:-P.. but i keep up ur blog most of the time…Suka bca cra u brcerita ttg satu2 plot tu..make ur story even more interesting to read!…klakar, sedih, gerump all-in-one makes it feel real… keep up ur great writing…B-)

  4. slm,
    nak tanya Apsara Dance tu pkul brape ek? boleh mintak contact no Salim? Kalau amik service dia sehari setengah agak2 berapa USD ek? eh..byk tny plak..hehe
    nice entry 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *