Overland Trip : Siem Reap Part 2

Continue from previous post : Part 1

Pagi tu aku terbangun disebabkan lagu alarm handphone kakak aku yang menjadi ‘kebencian’ satu rumah berkumandang memenuhi segenap ruang bilik di tanei Guesthouse. Memang terganggu mimpi-mimpi indah aku. Cis! Tak sangka pulak die boleh pakai lagi lagu nie time kat Cambodia. Memang dari mimpi indah boleh jadi mimpi ngeri bila dengar alarm die nie. Tapi serious weh, sejak akak aku jadikan lagu Shakira..Shakira, Beyonce.. Beyonce, sumpah benci tahap gaban dengan lagu nie. Annoying gile disebabkan lagu ni non-stop playing even dah snooze pun.

Tapi bila pikir balik memang lagu annoying la yang perlu dijadikan sound untuk alarm. Confirm bangun punya! Dah lah kiteorang kena bangun awal gilerr hokey. Pukul 4am uols. Mampu ke? Ha, kalau kat umah sendiri, takde maknanya nak bangun pagi-pagi buta gini. Tapi bila kat sini, aku jadi disiplin habis sebab nak layan sunrise yang paling letops kat Siem Reap ni ha. Mana lagi kalau bukan di Angkor Wat. So tadah la mata tu supaya jangan nak lena sangat time tido…

Dipendekkan citer, aku dan lain-lain bersiap bagai untuk bergegas ke lobi utama. Di situ, Salim setia menanti weols ye…Bagus betul abang Jep Sepah nie. Janji Khmer tak sama dengan janji KITA. So memang punctual!

Disebabkan Salim dah pesan awal-awal kat kiteorang supaya  bawak makanan untuk kunyah-kunyah, so pagi tu memang peti ais kakak aku tu yang naik tuk tuk dulu. Semuanya penuh dengan bahan kudap-kudapan. Bak kata Salim, kat sana memang takde jual makanan halal pun.

Tips : Jikalau anda semua malas nak angkut peti makanan untuk ke Angkor Wat, bagi yang Muslim, korang boleh pesan Nasi Ayam pada Salim. Nanti beliau tolong belikan siap-siap. Nanti korang boleh je bayar kat die. Tak silap aku dalam 4-5USD saje.

Perjalanan kami dimulakan apabila Salim mula start enjin tuk tuk beliau. Aku memang chop awal-awal port biasa aku untuk landing baik punyaaaa…Kiri kanan pun gelap uols, so toksah la gi gatal nak duk menghayati permandangan sangat. Satgi mau terpandang lain, mau haru jadinya. So baik aku pejamkan mata untuk berehat seketika.

Journey die takdelah jauh mana sebenarnya. Ada lah dalam 10 minit. Tapi dalam duk nak lelap tu, aku terjaga jugak sebab terdengar kayuhan basikal di tepi tuk tuk kiteorang. Alahai mat saleh ni. Korang memang champion habislah duk kayuh dalam gelap-gelap ni. Such a great experience. Awesome kot. Nanti boleh lah habaq mai kat anak cucu. Ranggi tak grandma and granddaddy time muda mudi dulu? Duk kayuh pepagi sebelum Subuh ke Angkor Wat?

Bila kami sampai di depan pintu Angkor Wat, kedengaran bunyi-bunyi bising geng tour duk bagi briefing kat ahli-ahli mereka. Aku abaikan saje sebab time aku sampai tu pun dah nak terang kot. Dorang ni kalau duk bagi briefing duk tepi-tepi takpo, ini tidak ye. Duklah tengah-tengah dunia ni ha. Dengan bendera dorang lagi, dengan hingar bingar dorang lagi…Pheww mau hilang mood Angkor aku.

Takpe..takpe…kite abaikan orang-orang ni. Aku rasa mana-mana aku pergikan kaum China mainland ni memang selalu bising-bising. Paling riuh sekampung, tak ingat nye teriak bagai. Kalau bergambar tu, dorang je conquer habis. Kalau nak bagi chance orang lain…Tunggu sampai yang tukang bawak bendera tu nak tinggalkan dorang, confirm mencicit lari (based on true story ye).

So, bila dah diturunkan tu, Salim sempat pass phone number die. Katanya, bila kami dah habis, bolehlah call die and die akan tunggu kat depan pintu Angkor Wat. Lepas die pergi, kiteorang pun terus berjalan ke arah Angkor Wat yang sudah gah di mata aku. Ha… dalam gah-gah tu jangan lupa ye, berhenti, tunjukkan yang anda sudah beli tiket 20USD bukan RM20 kat pekerja di situ. Barulah betul cara camtu.

Ha nak posing pon, harus ingat, jangan duk landing atas batu tu

Dan akhirnya, aku sekarang berada betul-betul di hadapan arca yang paling agung suatu ketika dulu iaitu bangunan Angkor Wat. Wey, I’m in Angkor Wat tau…Sekali lagi, what…what…what…(remix Macklemore sikit)….Hey orang kampung sekalian, ni nak canang sikit, sekarang ni meks ada kat Angkor Wat. Bukanlah nak ‘jom heboh’, tapi serious cam tak caya. Dah berdiri betul-betul memandang bangunan ni.

Tapi dalam hati, kenapa bentuk die ada ala-ala KLCC eh? Okay, listen. Aku selalu spoil semua benda yang aku tengok. Hahahah! Penat tau travel jauh-jauh, itu je benda pertama yang keluar dari hati nurani nie? Choy sgt! Anyway, lupakan itu semua. Meh sini nak citer sikit sambil bagi gambaran kat korang…

Mula je masuk ke dalam, benda yang korang akan perasan…1st, batu-batu nie berwarna kelabu dan confirm akan nampak cantik apabila hari sudah terang…2nd, jauh jugak nak jalan ke dalam nie, sunrise tu rasanya tepi tasik, mungkin jalan terus lagi nampakla tasik….dan 3rd things pulak, korang terus tertanya….Weyyyy apahal ramai sangat orang nie! Korang ni tido sini ke hape? Aku ingatkan aku paling awal bangun semata-mata nak tengok sunrise tau…tapi ternyata anggapanmu by Kak Ziana, salah sekali ye…

Aku memang dah hagak yang orang akan ramai tak kiralah subuh ke, syuruk ke kan…tapi ini ramai yang macam menggila tau. Semuanya dah standby tepi tasik kecik tu sambil pegang camera. Sama je macam tragedi sunset semalam. Cuma kat sini lagi ramai teroookkkkk! Adakah hari-hari pun macamni eh? Terus aku terpikir, kalaulah aku dapat jual nasi lemak ke kuih ke kan, kat tepi tasik ni, sambil dorang duk tunggu sunrise kuar, meh breakfast Nasi Lemak cik Pora dulu…CONFIRM, aku paling kaya kat situ. Dah lah USD lagi…Hado?


Ramai dah siap-siap nak capture the best moment

 

Bersidai lah orang ramai di tepi tasik

Duk berangan pun bukanlah boleh bawak ke mana. Paling jauh pun, aku duk jugak kene tolak-tolak sikit dorang yang kat depan ni ha. Kalau sapa tinggi, memang advantage untuk korang. Tak yah nak kena tarik muka ke, tolak-tolak ke. Duk je belakang mana pun, still boleh nampak. Tapi aku pendek yollsss! So, memang dugaan betul especially bila sunrise dah memancar di belakang tower Angkor Wat ni. Eh, matahari dah keluar lah…Time tu semua click,click,click!

Dan sambil aku pun join dorang click…click…, terus aku macam terpegun, seriously cantik habis beb. Dalam gambar lagi awesome. Takyah lah nak guna filter Instagram bagai. Sekali snap, upload je. Confirm dapat banyak ‘likes’ tau. Dalam beberapa jam jugak ye aku duk terpacak kat situ hanya untukmu wahai sinar sang suria versi Siem Reap.

And here you go…my first click click click

 

As the sun goes out
KLCC tak?

 

Macamane lah orang dulu-dulu tengok tempat nie kan?

 

People still there even matahari dah keluar

Sememangnya kalau warga-warga emas yang tak larat tu, tak payah la duk tunggu kat sini. Maybe this is not suitable place to visit. Untuk budak-budak yang suke teriak sakan tu lagilah, mesti bosan giler and duk tertanya-tanya apa benda la mak aku ni tak gerak-gerak statik kat situ je kan…Dah keras ke apa lepas tengok sunrise nie? Heheh…jadi untuk elakkan benda-benda camtu berlaku, korang better pikir untuk bawa siapa sebelum berlepas ke sini.

Habis jadi pak pacak kat situ, aku meneruskan explorasi untuk menjelajahi kawasan di dalam Angkor Wat pulak. Sememangnya kawasan di sini terlalu luas. Banyak jugak aktiviti restoration yang dijalankan bagi memelihara semula batu-batu yang terhakis dek cuaca kat sini. Yang aku observe, kebanyakkan modal untuk restoration ini datangnya dari negara-negara seperti German, Italy,Japan dan macam-macam lagi. Bagusnya kesedaran mereka ni. Takpela, ini pun untuk tatapan generasi akan datang kan.

Tak banyak yang aku nak gambarkan tentang Angkor Wat nie. Aku hanya berjalan aje kat dalam and tak sewa pon audio tour tu. So aku kalau nak dengar pon, aku duk lah tumpang tour orang yang berdekatan. Kat situ, aku dengarlah dorang duk cite pasal raja, perang dan macam-macam lagi. So, kalau korang memang ada crush kat Angkor Wat, better sewa audio tour or guna servis tour guide lah. Confirm bermakna habis!

Pora The Explorer is ready!

 

Hello there, I snap you!

 

Salah satu laluan yang korang akan nampak sejurus masuk ke dalam Angkor Wat

 

Lihat di atas sana

 

Ukiran macam penari tarian Khmer

 

Construction berjalan seperti biasa
Inilah ukiran yang menceritakan tentang perang, raja dan macam-macam lagi

 

Ukiran nie kalau letak kat rumah, mahal hokey

 

So creative!

 

Imagine malam-malam kena main hide and seek (clap clap clap)
From one window we went, boleh nampak tempat lain jugak

 

Dikatakan inilah tangga yang digunakan orang zaman dahulu untuk naik ke atas. Ini 1 jari je muat kot

Jam pun baru menunjukkan pukul 9pagi. Banyak lagi tempat yang kami tak visit nie.Better kiteorang make a move to next place. Sampai di pintu yang kami masuk tadi, kami terus menghubungi Salim yang sebenarnya lepak berdekatan sahaja dengan pintu utama. Kami menaiki tuk tuk dan terus ke destinasi seterusnya iaitu Bayon, yang lebih dikenali sebagai temple of faces (bukan kuil bermuka-muka ye).

Temple nie boleh dikatakan unik jugak sebab pembinaan setiap tower mesti ade bentuk macam muka orang. Muka pulak, muka senyum dan mata pejam uols! Bila tatap muka-muka kat situ, aku tengok macam lain-lain bentuk tau. Tapi tetap maintain pose pejam mata dan senyum. Sebelum masuk tu, Salim berhenti kat tepi jalan sebab die kata, bolehlah ambil gambar kat pintu gerbang tau. So, berposing lah kami sebelum meneruskan kembali siri jelajah vroom vroom ke Bayon.


Hati-hati, ada rusa melintas

Tuk tuk yang lazimnya membawa pelancong untuk meneroka setiap angkor

Pintu gerbang Bayon Temple
Sembah ratu dulu
Gebu gebu patung kat sini
Ha….Inilah Bayon yang dinanti-nantikan

 

Tiada pintu utama kat Bayon ni, you can access from any entrance pun

 

Hanya yang tinggal batu-bata sahaja
Naik tangga kalau nak ke atas, tapi kiteorang prefer duk bawah aje
Ha, nampak tak muka-muka tu?

 

4-muka berpandang-pandangan
Bumbung yang menghubungkan satu muka ke satu muka

 

This is another side

 

It’s not the same but you will find this temple memang banyak giler muka-muka
Kita layan aje lah!

 

Close up for the face
Kat sini kurang sikit nampak muka-muka tu
I still adore their design. So creative and it’s unbelievable to create something like this in the past

Apabila melewati kawasan di Bayon Temple, aku perhatikan di sini lebih redup sedikit sebab banyak ye pokok-pokok yang gagah tegak berdiri. Kalau bab banyak-banyak pokok ni memang meks suke. Kawasan jadi redup so takde panas membahang sangat. Kami masuk ke dalam temple tersebut dan berlalu meninggalkan 30 minit selepas tu. Yelah nak buat apa lagi kan, ambil gambar sajok. Then chiaowww lah!

Kemudiannya, kami singgah pulak di area Terrace of the Elephants. Tapi aku hanya berhenti sekejap sebab nak snap gambar aje. Then aku teruskan lagi perjalanan. Ada jugak beberapa temple yang kiteorang skip sekadar tengok aje. Nothing interest me yolls. Sampailah kami berhenti di satu kawasan jalanraya di mana terletaknya satu pokok besar giler…Akar-akar pokok ni tumbuh menjalar kaw-kaw nya. Habis batu pon tak nampak sebab akar-akar ni seakan ‘memakan’ batu-batu tersebut.

Ni pattern gajah-gajah pulak
Jangan langkah terus ke tangga tu tau sebab ada lopak air yang luas jugak
Pokok tumbuh atas batu? Everything possible in here!

 

Akar membiak-biak gitewww!

Menurut Salim, pokok ni dah berusia beratus tahun tau. That’s why lah ianya tumbuh menjalar-jalar tak kisah batu pon di ngappp sekali. Tapi Salim cakap, nanti kat Ta Prohm lagi besar-besar pokok die. Wahhhhhh! Seriously itu yang paling aku nantikan. Tak sabar kot nak jejak kaki kat sana. Aku suka habis nak tengok tempat tu. Sebabnya aku ade nampak gambar dalam Facebook, dorang pose kat situ…LETOPS ye! Even badan tak macam Angelina Jolie, takpe, gorgon mana pon badan tu, meks tetap nampak ‘petite’ apabila berlatarbelakangkan pokok gergasi. Itulah tema-nya hehehe!

Sampai sahaja di depan Ta Prohm, kami terpaku dengan kedai-kedai berhadapan dengan kawasan nie. Banyak betul  orang meniaga kat sini jika dibandingkan dengan temple-temple sebelumnya nie. Tapi, sempat jugak Salim berpesan-pesan, yang kalau nak beli kat sini, mintak bargain sikit. Nanti mesti die bagi. Okay boss, roger that!

Deretan kedai di Ta Prohm

 

Pintu masuk Ta Prohm, kami disambut dengan arca ini pulak

 

Ada lagi bentuk muka orang yaaa

Dan lagi satu pesanan, (haaa ada lagi tau pesanan, nampak tak betapa caring nya Salim terhadap customer beliau), die akan jumpe kami di sebelah sana. Sebelah mana tu Salim? Ha…sebenarnya temple ni die ada cam pintu masuk dan pintu keluar. So kalau dah habis tour tu, tak payah la korang nak patah balik. Salim akan tunggu kat sebelah sana untuk pick up korang ye…Okay, since tiada lagi pesanan, aku pon melangkah masuk dengan hati yang, Hip hip hoorey gitu!


India is taking care of this


The map for your reference

Bila masuk sahaja di situ, kami perlu berjalan di atas pasir yang ala-ala pasir pantai gitu…Tidak seperti temple yang lain, feeling berjalan atas pasit nie memang berlainan dengan berjalan di temple-temple sebelum ni iaitu, batu semata ye. Sambil berjalan tu, kami ditemani alunan alat muzik dendangan lagu Khmer. So, die memang hidupkan mood Siem Reap gitu. Takdelah macam berjalan atas pasir PD ye dak…

Bila berjalan tu, mesti ada je benda yang aku perhatikan. Yelah bukan selalu jejalan kat sini kan. Dan menurut pemerhatian aku, kebanyakkan peniaga kat sini terdiri daripada kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 6-8 tahun. Tak tahulah pulak aku if dorang nie gi sekolah ke tak, cumanya aku cam salute gak dorang can speak English very well. Mungkin dah diajar bertutur language in business ke kan. But quite good man.

Yang paling mantop, marketing plan dorang. Attack sume mat saleh yang melawat kawasan tu. Memang macam-macam rayuan lah yang budak-budak ni keluarkan untuk paksa dorang beli jugak. Even mat saleh tu dah cakap taknak pun, dorang still begging they-ols untuk beli belah dengan dorang. Temanya, kalau dah beli kat sorang budak nie, mesti ramai lagi budak-budak yang datang serbu mat saleh tu. Haiyooo! Nasiblah meks ni persis orang Thailand, kalau tak, habis dorang duk kerumun duit USD yang berhabok-habok nie.

Market jangan tak market. Bini mat saleh ni dah bengang tengok laki die kena beli macam-macam

 

Nak buku apa? Pilih sajok

 

This lady baru pegang je barang, kawan die nun kat sana nak datang terjah

 

“Lady, fridge magnet for you”

Dalam duk buat edisi siasat tu, akhirnya aku sampai jugak di kawasan yang aku nantikan selama ini. Yay! Akhirnya depan mata ni ha…Ta Phrohm uols! Teruja meks. Jadi, jomlah kite bergambar sakan yeeee….

Bila dah masuk ke dalam kawasan tu, terus terasa aura-aura Angelina Jolie yolls! Memang kuat betul pengaruh filem tu sampaikan orang sanggup datang ke sini dan menamakan tempat ni sebagai Tomb Raider temple. Hado gitu? Hanya kerana Kak Angie tauuu…

Di sini, kalau korang terserempak dengan geng China Mainland, mohon korang tabah sikit tau. Aku pun tak pahamlah dorang ni. Merata aku gi mesti ade je…Dari Angkor Wat pagi tadi sampailah ke tempat paling last aku nak visit. Tak sudah-sudah kacau meks nak verangan berposing bagai. Kalau bab berebut lepas dia..dia…Memang dorang winner ya. Korang kenelah tunggu dari orang pertama dalam group dorang till yang bongsu tu habis posing.

Ha…Time tu barulah turn korang tau! Kekdahnya, korang jangan nak tabah sangat. Buat je muka ketat habis + excited over sikit ala-ala nak interframe jugak dalam gambar dorang. Lol! Please abaikan nasihat aku tu. Tapi, aku dah test jadi tabah tau, dorang memang tak ambik kesah ye…Tu yang aku experiment pulak jadi extreme, ha barulah menjadi. Betullah orang dulu-dulu kata, masuk kandang kambing ngembek, masuk kandang lembu kuak jom!

Tips : Maybe korang boleh visit here during lunch hour. Time tu gang-gang tour mesti tengah lunch kan?

Alkisahnya, lama jugak aku lepak kat dalam tu. Sebabnya kat sini lebih banyak benda-benda unik dan natural kiteorang jumpa. Dan yang paling best bila dapat bertentang mata dengan giant tree tu! Weh cannot imagine tau camne akar-akar die tu duk tumbuh kat atas temple. Dah macam akar-akar cair pulak atas batu-bata tu. Unik habis uols!

 

Oh finally! I’m here

 

Memanjat-manjat akar pokok nie…Awat takleh duduk je kat bawah?

 

So unique, kan?
Ayuh masuk ke dalam lagi

 

Pokok nie tinggi giler eh

 

Salah satu tembok kat sini

 

Ayuh! Jalan ke sana pulak

 

Ha tengok tu akar dia nak tumbuh jugak kat atas tau!

 

Aiyoo ah so, lepas u…u…Habis kiteorang datang sini, memang nak tengok korang je ambil gambar kan?

 

Pintu ni kecik giler
Tembok ni tak mampu nak tampung pokok yang gedabak
Banyak kerja-kerja pemuliharaan untuk ganti balik mana yang runtuh

 

Batu bergelimpangan
Kalau bagi gaji 10k pon tak nak weyyy

 

Nak lukisan tak? Korang boleh beli kat die nie ha

 

Yang ini pon duk pandai melukis

 

Batu belah batu bertangkup…
Pokok ni sian kena tebang kepala

So, lepas dah habis bergambar. Kami pun pulanglah ke tempat yang dijanjikan. Aku berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu keluar. Tiba sahaja kat sana, kami dikerumuni pulak peniaga-peniaga yang cuba menjual pelbagai barang. Terus tertanya, takkan lepas keluar dari tempat ni, muka ada ala-ala Angelina Jolie? Tengok kat side mirror, still lagi muka Siam. So, aku rasa pintu keluar ni memang attack semua orang tak kire mat saleh ke, Malaysia ke apa ke…They want you! Gituuu..

Even dikerumun camtu pun, Salim sempat bagitahu yang die dah belikan fridge magnet 10pcs/3 USD. Murah giler tak? Memang susah nak dapat harga camtu tau. Ada sorang budak kat situ jual. Since Salim dah beli, aku suh kakak aku tambah lagi. Yelah dah murah, so apa lagi, borong lah. Tapinya, aku sarankan kalau nak beli, better beli yang takde gambar kepala-kepala Buddha tu. Tak gitu?


Terasa cam zaman dolu-dolu sangat

Okaylah, since perut pun dah lapar giler…Kiteorang decide untuk makan tengahari di Restoran Haji Musa. Bukan nak cakaplah, restoran ni memang popular giler di kalangan orang Malaysia khususnya. Menurut mereka yang pernah datang ke sini, makanan yang disediakan memang menepati citarasa orang kita ya. So, dengan word of mouth itulah aku pon apa lagi, terpengaruh uols! Terus ajak semua ke sana.

Lokasi restoran ini adalah di belakang masjid yang kiteorang melawat semalam. Berhenti je tuk tuk Salim, kami pun masuk ke dalam restoran yang pintunya menggunakan sliding door. Ahaa… Kalau lapar pun, jangan sesekali lupa cabut kasut korang dulu sebelum terjah masuk restoran ini ye…

So beradalah kami di dalam restoran yang dinanti-nantikan sejak dari hari pertama. Time kami sampai, ada sekumpulan geng dari Thailand pon yang turut sekali makan kat situ. Mungkin di Thailand pun dah femes kot Haji Musa nie. Bagus tuuuuu. Rezeki ya… Anyway, time kami nak order budak tu datang-datang terus bawak pen…

Aku dan yang lain terus cam blur. Nak jugak tanya kat dorang, muka kiteorang nie macam selalu datang sini ke? Manalah meks nak tahu makanan apa yang ada jual kat sini…Kang order Nasi Goreng New Zealand baru tahu kan! Nasiblah aku ada survey-survey jugak apa menu yang berbaloi-baloi untuk dimakan kat sini.

Elok aku nak order, Salim pun cakap kat kakak aku, “Kakak boleh try Lembu Naik Bukit dan amik nasi putih, telur dadar and sup.” Phewww! Memang bertuah sungguh dapat tour guide camnie. Tak payah nak kusut-kusut pikir makanan kat kedai nie. Menu pon non hado kekdahnya. So memang payah sikit nak decide uols!

Bila dah order tu, kiteorang jadi cam excited nak tahu macamane lah agaknya menu lembu naik bukit nie. Kalau first time dengar tu, macam sebelum lembu ini dilapah, dorang semua harus naik satu bukit then bila dah sampai terus disembelih. Bunyi cam kejam pulak. Choy!

Namun, setelah hampir sejam menanti sampaikan ada yang tertido-tido atas meja, ada jugak yang nak buat menu baru lagik iaitu lembu naik angin….Ha ini betul-betul dah lapar nie. Dan akhirnya sampai jugak makanan kami. A bit slow but apa yang boleh buat kan, redha sajok! Pekerja di situ pun menghantar periuk yang berbentuk pelik untuk menu utama kami iaitu Lembu Naik Bukit.

Sebenarnya, takde lah sampai ambik daging lembu atas bukit ponn yollls! Cuma cara masak daging ni adalah di atas satu periuk berbentuk seakan bukit ajeeee. Dengan kreativiti macamnilah menyebabkan nama menu ini lebih istimewa berbanding dengan yang lain.  Ia juga merupakan tarikan buat pelancong yang datang nak mencuba ya Lembu Naik Bukit ni ha…

Ini ha, periuk naik bukit

 

Abang Jep baik tau. Tolong masakkan untuk kiteorang

 

Marinate pakai telur je

Salim membantu kami untuk menyediakan daging tersebut. Bila dah siap, kami makan la semua menu yang ada. Yelah, tunggu sejam hokey. Lapar pun dah jadi kebolor! Ternyata tak rugi ye nak try Lembu Naik Bukit nie. Sedap tauuuu! Memang terbaik dari Bukit Tabur giteeeew. Kalau korang berkesempatan untuk melawat Restoran Haji Musa nie, jangan lupa try menu special kat sini. Sure teringat-ingat nanti. Anyway RM60 for 4 of us membuatkan kiteorang rasa macam makan kat Chilis Malaysia gitu.

Tadaaaa…Dah siap dah menu terbaik kebabom!

 

Elok keluar dari Haji Musa, nampak lembu nak naik bukit pulak

Aktiviti seterusnya ialah kami perlu kembali semula ke kedai- Virak Buntham yang menjual tiket untuk kami ke Bangkok pulak. Al-maklumlah, hari ini adalah hari terakhir kami di Siem Reap. So everything kene settle jugak by today. Sebab kami akan berlepas pulang ke KL adalah dari Bangkok.

Sampai di kedai tersebut, Salim menjadi perantara kami di antara salesman kat situ. Harga yang ditawarkan semalam ialah 16USD. So bila mintak bargain die tak bagi pon. Katanya ini yang paling murah uols. Kami pun tak kisah sangat sebabnya, before pergi, aku dah allocate at least 20USD untuk transportation from Siem Reap to Bangkok.

Cumanya, aku bengang giler dengan salesman ni. Die punya busy tu sampaikan baru bercakap dalam 10 minit, dah bertalu-talu orang call die weyyyyy! Bayangkan handphone atas table die ada dalam 7pcs. Semuanya berbunyi tau. Nampak sangat servis die ni memang most wanted…eh? Betul ke? Takpe next post aku ceritakan kat korang, surprise surprise…


VIP sleeping bus katanyaaaa

Selepas hampir 20 minit kat situ, akhirnya kami book untuk sleeper bus yang katanya akan berlepas pada jam 2.30am dan sampai di Bangkok pada jam 10.40am ye…Kiranya, bus tu macam ala-ala separa katil dan separa kerusi uols. Bolehlah kiteorang tido dengan NYENYAKnyaaaa sebelum sampai ke Bangkok, I guess….

16USD x 4pax aku serahkan kepada salesman tersebut. Even dah banyak kali aku tanya, pukul bapa korang nak ambik kiteorang kat hotel, aku tetap tanya die lagi sebelum aku keluar dari kedai die ni…He still answered, 2.00am standby in front of Tanei Guesthouse okay? ROGER! Itu yang aku ingat sampai bile-bile. 2.00am yeeee!

Habis ber-drama swasta dalam kedai tu, Salim sempat memberikan nombor beliau kepada salesman tersebut jika apa-apa berlaku…So, orang tu bolehlah contact Salim dan Salim akan maklumkan pada kami. Nasiblah Bahasa Melayu Salim nie tip top. Memang die jelah yang boleh jadi jurubahasa Khmer kiteorang uols!

Since dah tak tahu nak pergi mana, kami pun berlalu meninggalkan kedai tiket tersebut menuju ke Tanei Guesthouse. Kami pun takde plan nak kembali semula ke Angkor Wat…Jadi, no more activities after this. Servis Salim pun tamat di situ sahaja. Bayaran yang dipersetujui pada awalnya kami serahkan pada Salim – 15USD/ day for 4 pax.

Namun, kiteorang ada special request iaitu nak suruh beliau hantarkan kami ke Night Market pada pukul 6pm. Alkisahnya, warga emas yang turut serta dalam trip ni tak boleh berjalan uols. So Salim pon dengan baik hatinya, setuju untuk menjemput kami walaupun pada masa itu, beliau ada tetamu yang baru tiba untuk disambut.

Jadi, kami ada beberapa jam sebelum pukul 6pm untuk TIDOOOOOORRRR! Yeehaaa…Bestnya, finally boleh rehat-rehat okay. Even tak dapat rehat pun, still kena jugak sebabnya nanti nak kena bangun pukul 1.30 am untuk catch bus at 2.30am pulak. Haiyooooo! Tiring sungguh semua aktiviti nya. Namun, kena cekal dan tabah. Barulah ada kenangan terindah kan?

Pukul 6pm, aku dan yang lain turun untuk jumpa Salim di lobby. Jadi, berlalulah kami naik tuk tuk Salim ke Night Market. Turun je, kami bersalam-salaman sambil bertukar-tukar kad untuk keep in touch. Rasa sedih pulak bila berpisah-pisah nie kan…Yelah, lepas ni bukannya tahu samada kite jumpa die lagi ke tak kan? Bye Salim. Jangan risau, saya memang recommend servis Salim nie kat semua bakal-bakal pengembara yang akan ke Siem Reap.

Tips : Sapa-sapa yang nak guna servis Salim, please email him – limangkor@yahoo.com

Maka, malam-malam terakhir di Siem Reap kami habiskan dengan melawat Night Market dari hujung sini sampailah ke hujung sana yeeeee… Memang harga kat sini a bit murah compared to Old Market. So kalau korang memang tak banyak masa, better terjah sajok Night Market ni. Bargain hard tetap wajib ye….

T-Shirt sini murah woi!

 

Dorang recycle guni segala and jual buat bag, passport cover. Nak beli, but tak beli pon at last

Bila dah penat berjalan, kami pun terus bergerak menuju ke tempat massage-massage pulak. Full body hanya 6USD sajok. Tapi, kat aku tak tahulah nak cakap camne, dorang ni macam tak reti urut je. Ke aku terkena tempat yang memang tak pro dalam urut-urutan nie? Bukan lenguh yang hilang, tapi sakit yang dapat. Hadap sajoklah. Malam tu, kami kena balik awal. Pagi-pagi buta esoknya nak naik bas ke Poipet dan menuju ke Aranyaprathet dan seterusnya Bangkok. Nak tahu macamane kami survive dengan perjalanan paling adventure and dangerous nie? Korang memang kena nantikan post yang seterusnya pulak. Jangan lupa next date kite hokey!

0 thoughts to “Overland Trip : Siem Reap Part 2”

  1. Gorgeous! Very very nice… really want to go ths place since Lara Croft! Yeah..could't agree with u more, pengalaman encountered makcik-makcik mainland tu.. they seems to be everywhere around this planet, gamaknya..:-P & dont even get started wth groups frm their neighbouring "curry origin" country.. "complaining freaks"..tp kdg2 klakarkn gelagat dorg..;-)..B-).. oh ur lovely story, brilliant..keep 'em coming doll…;-)

  2. LOL 🙂 So true kan… Kelam kabut nya dorang tu kekadang buatkan kite rimas + lemas. Even mana-mana pergi dorang ada je. Memang lawak kalau ingatkan balik perangai mainland+curry yang kekadang tu pelik-pelik. Anyway, thanks for reading ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *