Overland Trip : Siem Reap to Bangkok 2013

Seperti yang dijanjikan, post kali nie penuh dengan drama-rina. Kalau sempat tu, korang bolehlah pergi sambar biskut or popcorn buat kudap-kudapan sebelum layan telenovela yang aku bawakkan ehsan dari siaran tertunggak Siem Reap ke Bangkok gituuu hahahah! Dah-dah, don’t mengaruts-ngaruts yaaaa. Let’s sambung :

Even, aku dah berkali-kali research kat dalam Internet tentang jalan yang benar untuk ke Thailand dari Siem Reap, namun ternyata ianya sama jugak dengan cerita yang dilaporkan dalam Tripadvisor sebelum ni. Mungkin segala info yang ada hanya cuba membantu anda dalam memahami cara untuk melintasi border dan few tips untuk elakkan scams dari authority. Tapi, terlalu sedikit yang cuba menceritakan tentang journey sebenar yang perlu seseorang itu lalui .

Ada beberapa yang aku jumpa kebanyakkan nya dilaporkan pada tahun-tahun sebelum ini sahaja. Aku berani untuk menarik nafas lega bila membaca review-review tersebut hanyalah disebabkan ianya tidak mungkin berlaku pada tahun 2013. Akan tetapi, sangkaan aku tu SALAH sekali. Inilah yang membuatkan aku nekad untuk ceritakan pengalaman aku secara detail. Mungkin pengalaman aku dengan yang lain agak berbeza (MUNGKIN-lah). Tapi tak kire, meks nak gak kepoh-kepoh heheheh…

Tepat jam 1.20am, aku bangun menggosok-gosok mata yang tak pernah puas tido. Weyyy! Dah kenapa kena bangun awal-awal gini? Dahlah Tanei Guesthouse ni bilik die best, luas siap boleh buat Yoga class lagik. Aircond pulak memang terbaik ditambah dengan lampu yang redup redup gitu. Memang lagi liatlah aku nak bangun. Tapi, janji Cik Pora takkan pernah tidak ditepati. Katanya van Vikram nak ambil kiteorang di hotel pada pukul 2.00am…So, kena harus cergas dan pantas bersiap-siap nie.

Bila semuanya dah siap, kami turun ke bawah dengan membawa semua barang dan menuju ke lobby untuk serahkan kunci. Hari sememangnya masih gelap uols. Kalau time-time camni di Malaysia, aku memang sedang lena dibuai mimpi. Tapi di Siem Reap, aku terpaksa pulak menunggu Vikram yang tak kunjung tiba nie. Aku dan yang lain lepak di pintu utama guesthouse bertemankan Pak Cik Guard yang sepatah haram die cakap aku tak paham.

Jam dah pun menunjukkan tepat 2.00am, namun usahkan kelibat van, bunyi van pun aku tak dengar. Nasiblah kiteorang ada beli sim card Cambodia, so aku try hubungi ofis si Vikram ni. 1st time call, memang takde sapa angkat. 2nd time call, ada sorang yang angkat and bagitahu dalam 10 minit mereka akan tiba. Okaylah, 10 minit.

Lepas 20 minit ye….Angin seluruh badan dah naik. Rasa nak maki je si Vikram ni. Janji apooooo? Takpe, Cik Pora kena tabah ye. Kang tak sampai Bangkok, nangis pulak aku kat tepi Angkor Wat. Aku cuba hubungi ofis Vikram sekali lagi. Orang yang sama angkat phone dan bagitahu aku van akan tiba dalam masa 5 minit. Oooo 5 minit pulak. Die ni memang suka kot sifir 5 ngan 10. Tu agaknya suka hati je nak main time ngan meks!

Namun selepas 10 minit, van yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Van kosong. Hanya kami sahaja yang naik bersama dengan 2 orang pekerja Vikram. Journey ke ofis Vikram ni memang tak jauh mana pon! Hanya 5 minit je dah sampai kot. Tapi kenapalah dorang ni tak punctual langsung ye? Kenapa dorang amik kiteorang lambat? Padahal dah janji pukul 2.00am kan? Ish ish…

Pelbagai persoalan yang bermain dalam pikiran aku. Namun, semuanya aku diamkan aje. Bila sampai di depan ofis Vikram, hanya kami berempat sahaja yang ada di situ. Kelibat orang lain memang takde tau. Ofis tutup. Lampu pun takde. So kami perlu tunggu di luar. Terasa asing habis aku duk tunggu kat luar ofis die camni. Nasiblah ada kerusi plastik, boleh gak aku bersandar sambil fefeling tido-tido ayam.

Beberapa minit kemudian, datang sepasang suami isteri Khmer dengan membawa kotak-kotak, duduk di sebelah kami. Dalam kepala otak aku sekarang, aku takut kalau-kalau terlepas bas je. Yelah, katanya bas bergerak 2.30am kan…Ish, tak sedap hati pulak. Dan disebabkan itu, aku terus pergi menuju ke suami isteri nie untuk bertanya pada mereka.

Are you going to Poipet?“. Die yang seakan-akan blur mungkin hanya notice perkataan Poipet je terus menjawab…

Poipet…bus…ya…“. Ringkas je jawapan makcik nie.

Aku pun mengagguk dan terus ucapkan terima kasih. Nasiblah ada jugak benda yang die paham. So, aku rumuskan, kiranya kami harus menunggu sehingga bas tiba lah kekdahnya. Takde isu terlepas bas la ni. Okay, harapnya begitulah.

Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi sekarang. Namun kelibat bas tak jugak kelihatan. Yang lalu di hadapan kami hanyalah tuk tuk yang membawa orang-orang mabuk ajok. Itu jelah yang jadi hiburan kiteorang. Dalam beberapa puluh minit kemudian, datang lagi seorang lelaki untuk join kiteorang tunggu bas.

Siotlah bas ni, takkan stuck kat traffic jam kot. Celah manaaaaaa…Adoi! Hati memang dah panas. Tapi apa kata aku pergi toilet dulu. Relax-relax kan hati yang dah sehangat api nie… Masuk ke dalam ofis, aku terus ternampak pekerja-pekerja dorang yang tengah membongkang tido. Aku pun jalan slow-slow sebab lampu memang tak adooo tau. So, masuklah aku ke dalam toilet.

Bila keluar je, aku tengok ramai pulak beratur kat luar. Dari mana datangnya dorang nie weyyy… Tadi, sorang pun non hado. Ni tetiba ade je orang. Pelik pulak aku tengok keadaan macamni.

So, aku cepat-cepat keluar dari ofis tersebut dan akhirnya, BUS yang dinanti-nantikan sekarang dah tiba di hadapan aku. Sikit punya besar bas nie. Aku cepat-cepat angkat bag untuk naik bas. Tapiiii, tak boleh naik lagi sebabnya, dorang nak unload barang dulu. Temanya : Bas 2 tingkat. Atas untuk penumpang. Bawah duk letak sayur lah, guni lah siap motorsikal sekali boleh masuk. Apoooo nie???

Pening aku duk pikirkan tentang bas nie. Tapi, tak lama lepas tu, aku pun naik ke atas untuk mencari tempat. Aku sangkakan bila dah ade bus nie, dapatlah tempat duduk terus nak tido. TAPIIIIII, bila naik tu…Takde tempat kosong weh! Aku cuba check sampai ke belakang, yang ade pun hanya 3 seats berasingan. Sedangkan kiteorang 4 orang tau…Ha sudah, camno ni?

Aku terus masuk dalam opis, slumber kejutkan yang tengah sedap tido tu. Lantak kau lah beb! Aku datang sini bukan selalu, so lepas ni aku dah tak kejutkan kau dah tau. Die memang liat giler nak bangun, siap aku goncang-goncang badan die pun, die boleh layan menggeliat lagi. Dalam hati, nak je amik air simbah kat muka die. Geram nokkkk! Aku dah la bangun awal sebab bas ni, satgi kau dah jual tiket takde seat. Sabariah tidak kesabaran lagi kekdahnya.

Since die pun dah macam duduk, aku terus berlalu menuju ke bus. Die pun terus naik ke atas untuk check sesorang punya tiket. Takut-takutlah, ada yang naik senyap-senyap tak beli tiket. Aku harap macamtulah. Kalau duk seat sorang-sorang, takkan aku nak tido sebelah orang lain pulak kan? Journey dahlah 4 jam! Macam-macam boleh jadi tau. Rinsa aku.

Lepas beberapa minit, die turun dan terus buat panggilan telepon. Sempat jugak aku bertanyakan pada dirver tu, katanya semua full. Siot lah!!! Aku cam terus push giler-giler kat mamat check tiket tu. Die pun serabut hokey. Abis kami nie? Tak serabut kah? Dah lah bangun paling awal. Sampai sini paling awal. Last2 kami yang takde tempat. Memang dah takde plan B tau! Kena jugak naik bas nie tak kire.

Mamat tu habis je bercakap, aku terus terjah. Mana boleh lepas gitu je. Die naik balik untuk buat apa pun gua tak tahu. Last-last bile die turun, die cakap, one of us kena duduk sebelah driver bus. And WHAT??? Itu je solution die bagi.

Oh myyyyyy… Kiteorang terus cam errr. Tapi nasib baik brother in law aku die yang volunteer untuk duduk sebelah driver. Pheww! Kiranya cam solution die nie boleh diterima lah even rasa nak sepak je muka dorang nie…Memang serious rasa sepak je. Tak bertanggungjawab langsung korang nie. Namun, bila pikir balik…Kite kan negara orang Cik Pora oi…

Okaylah! Kiteorang pun cukup redha dengan dugaan camni. Cukuplah 1 bas pandang kiteorang pelik. Mana taknya, journey jadi delay duk nak settlekan seat tak cukup. Memang dugaan pagi-pagi buta sungguh! Jadi tugas aku dan kakak aku adalah menyimpan semua barang-barang berharga since kiteorang je yang tak duduk asing-asing kan…Sebagai langkah keselamatan uols!

So bermulalah journey dalam sleeper bus yang KATANYAAA VIP. Driver pon bawak very the mematuhi undang-undang. Bagus laaa, takde lah cam terjaga-jaga aku tido, nyenyak la jugak. Sampailah di luar dah terang baru aku terjaga. Dah kata tido sebelah cermin tingkap bas. Bila terang tu, baru aku nampak cermin tingkap tu retak. Subhanallah, nasiblah aku tak tercampak keluar uols! Kalau tak, memang tragedi November la jawabnya.

Bas yang membawa kami berhenti, apabila ada penumpang-penumpang yang ingin turun ke sesuatu tempat. Mungkin dah nak sampai ke Poipet kot. Tu yang die duk berhenti ikut pada penumpang nye pitstop. Aku hanya relax sajok dalam bas. Ada jugak aku tanyakan pada jiran sebelah, dah sampai ke blom Poipet? Mereka sekadar balas dengan senyuman, tak paham lettewwwww…

Beberapa minit lepas tu, kami semua diminta turun apabila driver umumkan yang kami dah pon tiba di Poipet. Bila turun, cam terus blur-blur. Eh nak g mana pulak ni kan? Nasib baik lah ada sorang mamat ni terus tanya kat kiteorang, Bangkok? Oh yes, Bangkok, jawab aku! Die terus serahkan tag nama syarikat die untuk tanda kiteorang ni. Nasiblah dah buat research sikit-sikit pasal overland trip ke Bangkok di Tripadvisor. So agak membantu di situ.


Bus yang No.2 itulah yang membawa kami ke sini

 

Tiada specific bus stop. Berhenti tengah-tengah jalan sudah

 

My tag

 

Lai lai…Sapa nak kerja, meh tengok kat sini

 

Local turut berniaga di tepi sempadan


Kami diminta menuju ke immigration Cambodia untuk chop departure. Macamane nak tahu tu immigration die? Senang je, bangunan kaler biru and ramai orang beratur. Memang oldskool habis ye tempat nie. sekali pandang macam tempat tunggu bus ajok. Disebabkan tidak terlalu yakin dengan tempat nie, aku terus bertanyakan pada kastam di situ. (Semuanya dah ditranslatekan) :

Aku : Kat mana saya boleh chop keluar untuk ke Aranyaphratet?
Dia : Passport apa awak nie?
Aku : Malaysia
Dia : Oh kena beratur di sini. Tapi kalau taknak beratur, saya boleh tolong buat bagi express…
Aku : Oh betul ke? Macamane tu?
Dia : Hanya perlu bayar 20USD utk satu passport. Tak payah beratur pun
Aku : Hmmm…takpelah, saya beratur aje. Thanks!

Begitulah jawapan yang die bagi. Aku tahu, itu semua antara unsur-unsur rasuah. Cuma, diri kite sahajalah yang boleh decide. Dari sekecil-kecil benda pon sebenarnya boleh buat kite terjebak. Mungkin kami berempat buat keputusan untuk decline, but bukan kiteorang je tau yang melawat ke sini. Cuma, aku harap, janganlah Malaysiaku jadi macamni. Itu sajok. Kerana yang menderita, generasi akan datang jugak, betul tak?

Haaa…  dah katanya taknak bayar kan? So beraturlah kami lebih kurang 30 minit semata-mata untuk dapatkan chop departure tu ha…Yang paling tak best, kami sampai cam kol 8am tau. So, kebanyakkan dari mereka nie, nak pergi keje kat seberang sana. Memang confirm ramai. Dahlah international and local passport kene beratur sama lane. Memang lahawau ye slow nya. Rasa nak nangissssss kot! Tapi, jangan lah nangis dulu. Simpan tuk cerita berikutnya…eh? Hahahha!

Masa berlalu macamtu je apabila kami siap dengan proses passport di border. Dan lepas je dari situ, kenalah berjalan menuju ke border di Thailand pulak. Semua nie, takde sapa yang akan bawak korang tau. Sebab mamat yang tag kami tadi pon, die hanya akan tunggu di Aranyaprathet. So, better korang mantapkan ilmu sebelum buat overland trip ni. Serious penting kene prepare awal-awal.

Bila dah sampai di imigresen Aranyaprathet, kami dikehendaki isi borang arrival/departure Thailand pulak. Di sini, dekat 1 jam ya aku beratur. Die punya pegawai quite strict uols. Aku dapatlah jugak tengok 2 group kena halau dari  imigresen sebab tak lepas. Paling sedeh, ada 3 orang Filipino nie, siap pegawai tu kire duit depan-depan kaunter.

And then kawan die sorang je lepas. Lagi 2 orang kena halau cam tu je. Kawan die yang lepas tu, tak tahu tau yang lagi 2 orang kena halau since dorang takleh tunggu dalam tempat tu. Kena keluar bila dah settle dengan process immigration. Fuh! Camnelah nasib dorang tu kan? Aku harap baik-baik sajok!

1 jam berlalu apabila kesemua dari kami lepas di imigresen. Syukur! Dan destinasi seterusnya ialah menuju ke kedai tour untuk naik van. Rasa cam masuk Amazing Race tau. Semua nak kena buat sendiri uols! Sampai ajok di kedai, kami serahkan tag tadi dan dapat sticker. So, dapatlah tengok beberapa orang di situ yang beli tiket untuk ke Bangkok. Bila ditanya kol bapa nak gerak ke Bangkok ni? Katanya 9.30am. Wah ada lagi 20 minit, bolehlah lalalalala dulu.

Pintu gerbang di Cambodia

 

Border pass sila lalu sebelah sana

 

Angkutan barang

 

Ramai yang membeli tiket kat dalam kedai nie


Siap segala bekalan dan sempat gak aku gi toilet, aku duduk balik dalam kedai tour tu. Kata kol 10.40am boleh sampai Bangkok. Ini, kol 9.30 dah, tapi tak gerak-gerak. Naik Kancil Turbo ke apa ni gi Bangkok? Suke buat Cik Pora berteka-teki camni tau. Dan jam pun dah pukul 10am. Bukan kata bontot dah kematu, hati ni pun dah boleh jadi batu duk tunggu tak jugak gerak-gerak ke Bangkok.

Bila ditanya lagi, katanya tunggu lagi 10minit. Kakak aku dah buat muka dah. Die bengang giler ngan orang yang duduk kat kaunter tu. Duduk main Candy Crush ya. Paling yakin buat muka tak bersalah. Then masuk sorang mat saleh lelaki yang katanya dah kena tipu. Die macam tinggikan suara mintak duit die balik since die bayar lebih dah, sekali orang van tu mintak duit lagi untuk cas baggage die. Bila aku dengar pun, aku panas hati. Apa kau ingat van kau tu airbus380 ke apa? Melampau giler!

Then, dorang ajak settle kat luar. Aku kalau bab drama Lestary ni, aku memang suka. Aku pon followlah keluar, apa lagi kan…. Nak tengok apa jadi. Mat saleh tu provoke budak tag tadi and budak tu kata, ini memang rate untuk ke Bangkok. Walaweh! Itu je kau jawab. Then dorang pon dibawa ke hujung kedai sana. Aku dengar takat tu je, sebab tak berani pulak nak pergi sampai ke hujung sana tu. Pada aku, memang kesian kot kalau sampai baggage pun kau nak charge. Apooooo semua nie?

Aku masuk balik ke dalam kedai since semuanya berlalu camtu je. Bila masuk, terdetik pulak dalam hati, hai… dah siap satu drama pun, tak jalan-jalan lagi. Memang binawe betullah dorang ni! Elok aku masuk, datang 3 sekawan mat saleh yang keluar statement sambil tunjuk sticker dorang, “This is the most expensive sticker I’ve ever paid”. Dan aku dapat simpulkan kat sini, dorang memang ketuk traveler Caucasian nie kaw-kaw nya. Memang nasib kite serupa uols! Fefeling muka Caucasian sungguh.

Jam menunjukkan 10.30am apabila mereka memanggil semuanya masuk ke dalam van. Since kami 4 orang, seat yang tinggal hanyalah di row belakang sahaja. Full house ye van ni. Bag pon tindih-tindih je die letak. So, dimulakan dengan bismillah dan rasa syukur, kami memulakan perjalanan yang ku sangkakan akan memberikan ruang untuk aku bernafas setelah berdepan dengan macam-macam pancaroba…rupanya tercekik jugakkkk!

Susah betul nak bagi van ni bergerak
 
Suasana dalam van maut


Tercekik kenapa uols? Dari pagi tadi, tak habis-habis ke dramanyaaa? Ha meh nak cite sikit…Dengar betul-betul tau :

Hanya beberapa minit lepas van mulakan perjalanan, kami berhenti di sebuah kedai kereta untuk ‘teman’ van tu tukar minyak hitam. Korang rasa??? Ha, memang bayar tiket ni siap pakej temankan die settlekan masalah van die. Okay takpelah, dah tukar tu, kiteorang teruskan balik journey tu. Dan harus diingatkan, van ini jugak berhenti pada pit-stop2 di mana anda perlu tunjukkan passport anda. Takut ada yang seludup orang kot.

Okay, takpe. Lepas tu, berhenti lagi! Baru 20 minit jalan, nak berhenti lagi. Yang ni pulak nak isi diesel die. Oh, baru teringat nak isi diesel kot. Then, sempatlah aku beli chocolate drink before naik semula ke dalam van. Okay, dah siap-siap minum nie, bolehlah tido kan. Yelah, dah dapat air lemak-lemak camnie, tido memang terbaik! Baru nak lelap mata, tetiba sekali lagi van membelok ke arah stesen minyak dan memberhentikan van. Aik, nak isi apa pulak lagi woi? Aduiiii…

Beli air coklat dulu


Rupanya, yang ini adalah R&R dorang. So 30minit lah berhenti di sini untuk driver recharge tenaga. Tenaga die digunakan untuk berhenti-henti uols. Aku pon cam dah penat duk keluar masuk van. Membazir segala tenaga dan duit duk beli belah barang kat sini. Kalau inilah strategi nak bagi ekonomi R&R die meletop, aku sumpah taknak repeat dah. Haaa..statement Kak Pora, nangis kalau orang sana baca.

R&R versi Siam

 

Depan mart dorang

 

Heaven for junk food lovers?

 

10BHT only


Bila semua dah ready untuk chow, van pon bergerak semula. Kali ni, die dah kurang berhenti. Akan tetapi, pemandu nie bawak seriously laju giler. Laju takpe dolls! Masalahnya, die siap potong kenderaan lain sedangkan die sikit punya tahu yang jalan nie 1 lane aje. Even kereta depan bagi high beam, die tetap potong. Ada sekali, yang aku perasan die potong lori trailer tau…Sikit punya panjang, tapi die slumber je potong.

Dah lah laju, potong suke suki hati die je…Dan paling sakit hati die ni jugak suke main redah lubang ke lopak ke, apa ke..sume die duk langgar. Dahlah kiteorang ni duduk kat tayar weyyy. Ada sekali, aku terlena tau sebab penat kot. Then, aku terus terjaga, yang stock bukak mata besar punya disebabkan aku terkejut die terlanggar bapak besar punya lubang. Aku terus rasa cam komputer kena restart. Blur-blur gitu. Keadaan aku dalam van tu, kalah naik kereta langgar. Takde sesaat pun badan aku statik. Ha, macamtulah aku nak gambarkan keadaan time tu.

Yang ada member kiteorang nie, siap tengah minum air lagi…Kekdanya dahaga tau. Baru nak suakan muncung botol tu kat mulut, satgi driver boleh layan langgar lubang, habis basah terus baju die. Air tumpah kot. Dah macam mandi dalam van disebabkan yang tukang drive tu dah menggila!

Kakak aku siap observe lagi driver tu… Katanya, die bukan sahaja suka bawak laju tau. Tapi die tengah drive pon, most of the time, on the phone sajok. Korang rasa? Dan, bukan tu je, die nie jugak duk lah main-main rambut (rambut die boleh tahan panjang), then gigit-gigit kuku. Kiteorang suspect die nie nak hilangkan mengantuk tau. Korang rasa camne kah perasaan time tu? Kiranya macam kiteorang serahkan nyawa kami semua pada driver yang paling tak bertanggungjawab di alam semesta nie. Apalah nasib 16USD nie kan?

Kami berhenti sekali lagi sebelum meneruskan perjalanan. Kali nie, bila naik je van, terus rasa panas membahang. Dah lah duduk berhimpit-himpit kan, confirm lah cepat je rasa panas. Then, barulah kiteorang sedar yang aircond takde. Alahai, dugaan apa pulak ni. 12 jam ye meks berjaga duk melayan masalah untuk ke Bangkok ni ha…Ni apa pulak? Aduhai Siti Saleha!

Since semua baru sedar yang aircond memang tak berfungsi, kami terus suruh mat saleh depan ni bukak tingkap. Ha, barulah angin masuk uols. Takkan nak berkuap beramai-ramai cam ikan kering lak dalam van nie Even, aircond takde, van ni tetap menggila ye. Makin laju die bawak tanpa hiraukan orang. Entah apa yang die pikir dalam hotak die nie.

Van tetap dibawa dengan laju seolah-olah bapak die tolong tambangkan kiteorang nye trip nie. Memang taknak slow langsung….Sampailah, die terpaksa break maut apabila ada 1 motor yang bawak slow and van ini seakan-akan cuba melanggar motor tersebut. Akibatnya, die break kaw-kawnya last minute. Sampaikan aku siap pandang belakang takut ada lorry yang tak sempat nak break jugak.Time nie, serious aku cuak and memang dapat rasa, nie mesti accident!

Bila aku pandang ke belakang…Apa yang aku nampak hanyalah debu pasir disebabkan break die tu. Semua penumpang terus ke depan sambil pegang kerusi hadapan masing-masing untuk menahan badan dari tercampak ke depan. Jerit-jerit tu tak yah cerita. Yang solo traveler kat depan tu pon menjerit terkejut. Inikan pulak aku kan?

Driver terus berhentikan van serta merta di tengah jalan dan berundur…Eh, die ni takkan nak langgar lari kot? Takkan taknak tolong kalau motor tu jatuh? Die berundur pulak terus ke bahu jalan…Bila aku tengok ke depan, memang takde motor tu. Kiranya confirm die tak langgar motor tadi. Cuma die teruskan berundur (even 1 lane je jalan tu), dan beliau membelok ke kiri melalui deretan kedai.

Rupa-rupanya, sebab die break tadi adalah kerana beliau ternampak kedai aircond di tepi jalan. Ya Tuhan…Dalam laju-laju macam pelesit ni pun, die boleh perasan tau ada kedai aircond. Dats why lah die berhenti mengejut. Aiyooo…

Memang kau driver paling epic pernah aku jumpa. Kalau kau orang Malaysia, macam-macam peluang berlakon kau dapat wey. Silap-silap kau boleh buat filem Aranyapratet Drift with Love. Phuiii! Memang meks phui kau kaw-kaw hahahah!

Dah katanya tema journey to Bangkok ni adalah menyelesaikan masalah van nie, jadi kiteorang pun terpaksa lah sekali lagi, ‘teman’ die isi gas aircond pulak. Walaweh! 20 minit ye kiteorang dikehendaki keluar dari van dan lepak kat kedai isi gas aircond.

Deretan kedai yang die duk singgah untuk betulkan aircond die


Macam-macam masalah van nie


Sempat jugak aku berborak dengan 3 sekawan mat saleh tu. Dorang sebenarnya dari Poland. Dah banyak kali turun naik Thailand untuk travel. Bila die tahu aku travel jugak, die terus cakap, it’s very good when you travel at very young age. And selepas nie, die nak pergi Koh Lipe. Katanya, hidden gems, so die nak merasa la jugak. Bila aku cakap, aku dah pergi ke sana, die terus tanya pendapat aku. Aku cakaplah okay sajok. But sempat gak aku promote Langkawi. Itu harus ye. Negara meks pon cantik jugak kan?

Habis sahaja die isi gas hawau die tu, kami meneruskan perjalanan kembali. Kali nie die duk on the phone je. Tak kesah pon, kalau-kalau ade polis tahan ke. Kau paling yakin yeeee…

Tak sampai beberapa minit, berhenti lagi, duk tengok tayar pulak. Aiyoooo! Bapaklah aku hangin giler. Nak je aku tanya, diri kau tu taknak pergi check pulak ke? Bawaklah kiteorang gi clinic teman kau ke kan… Boleh aku tolong cakap kat doctor tu, sila beri ubat hilangkan masalah-masalah jiwa die nie. Dah terok sangat kot!

Again…But this time tayar pulak


Lepas check segala benda kat van die nie, kami mula memasuki highway. Ingatkan bila dah masuk highway, dah perfect lah condition van die. Al-maklumlah, dari Aranyapratet kiteorang realisasikan impian die buat macam-macam nak bagi van dielah yang paling tip-top bila sampai Bangkok nanti. 

Tapi, van ini sekali lagi berhenti kerana ada bau hangit keluar dari enjin depan. Ha sudahhhhhh….Habis semua geng duduk depan kena keluar sebab die nak check something kat enjin tu. Last aku nampak, ada keluar asap. Ya Allah, kalau van nie nak meletop sekali pun, biarlah aku turun dulu dari sini. Tolong lah…Itu sahaja doa yang mampu aku panjatkan.

Confirm-cconfirm temperature van naik nie. So, solution-nya ialah : Bawak lagi laju dari tadi and sampailah jugak kat Bangkok nie ha. AKHIRNYAAAAAAAAA! SAFURA SAMPAI DENGAN SELAMATNYA di Bangkok! SYUKUR YA ALLAH. Setelah hampir lebih dari 12 jam, kami selamat tiba jugak di Bangkok pada pukul 4.20pm. Pong pang katanya akan sampai pada pukul 10.40am itu hanyalah scam yang tak sudah-sudah since review tahun 2011.

Aku dah tak tahu nak cakap apa dengan servis van ke Bangkok nie. Memang speechless habis. Even aku dah cuba sebaik mungkin untuk gambarkan pengalaman aku pada korang, namun fobia die still ada kot. Kalau boleh ulang balik masa, aku lebih rela spend more untuk naik flight ke Bangkok. Tak sanggup rasanya meletakkan nyawa aku hanya pada 16USD tu. ***Dan aku ade dengar, katanya lagi teruk journey kalau dari Bangkok ke Poipet wey…Okay, tak nak imagine heheh!***

Namun, ada jugak yang mengatakan pada aku. Dugaan travel di negara yang kurang maju nie sebenarnya lebih hebat dari di negara maju. Yelah, semuanya kena buat sendiri. Pepandai lah korang nak survive. Potensi nak kena tipu tu memang tinggi yolls. Kalau negara maju nie, semua benda memang bulat-bulat according to apa travel guide dah tulis. But di negara-negara camni, hanya experience korang lah yang akan jadi best guide for others. 

Cuma korang perlu kuatkan minda dan rohani je untuk travel ke tempat-tempat macamni. Kalau korang give up pun tak guna sebab kite die negara orang tau. This is not our comfort zone. We need to stay calm and think positive. Dan percayalah, even benda nie antara journey paling mencabar beyond my control…Setiap kali aku nak tido, mesti aku teringat setiap detik aku naik van tu.

Mula-mula tu mesti aku akan pikir, kalaulah accident. Let’s say, aku je survive, apalah jadi kat aku? Then aku pikir jugak, kalau aku tak beli tiket journey pukul 2.30pm, tapi beli yang sampai Bangkok malam pulak. Entah apa lah jadi time die bawak laju-laju ikut jalan 1 lane tu. Dibuatnya, die bawak ke tempat lain dan rompak kiteorang satu van? Haa…semua tu aku pikir tau. But, Alhamdulillah aku selamat. Kata orang, kalau boleh survive jalan di negara camni, dah boleh dah gi Europe…Eh? hahahah!

Okay jom sambung pulak time aku dah selamat sampai di Bangkok. Van tadi turunkan kami di Pratunam Street dan dari situ kiteorang naik tuk tuk untuk ke Pratunam City Inn Hotel (aku spent dalam RM165++ for 4 nights/pax). Hotel ni aku pernah stay pada tahun 2012 ketika trip bersama gegirls weols. Bagi aku, hotel ni hotel budget yang agak strategik. So, aku memang suka stay sini. Yang bestnya, die dah renovate sikit bilik die kasi lagi cantik uols. Sampai je di hotel, aku terus landing baik punya. Seriously, setiap inci badan ni dah sakit. Rasa macam masuk training askar pulak. Damn you van maut!

Good enough for me 🙂


Oh Bangkok! My favorite city…I’m back. Ha fefeling retis kat Instagram tak, statement gitu? Naklah jugakkkkk kan… Tapi serious, Bangkok memang bandar favorite aku selepas KL (motif?) Ini adalah sebab aku suka orang-orang kat sini yang friendly dan helpful. Barang-barang shopping kat sini best kot. Semuanya murah. So memang meks suke terroookkk Bangkok!

Habis landing atas katil, kiteorang terus keluar hotel untuk carik makanan yang proper. Proper di sini adalah main dish iaitu nasi, ayam/ikan/daging dan sayur. Al-kisahnya, dari 1.30am, kami hanya makan benda yang berkudap-kudah saje tau. So, perut memang lapar habis. Nasiblah, aku masih ingat yang ada makanan halal di Food Court Siam Paragon. Jadi, berjalanlah kami ke sana.

Semuanya masih sama seperti dulu. Even kedudukan kedai pun tak berubah. Memang senang kerja nak mencari benda-benda yang aku ingat. Bak kata akak aku, dah macam balik kampung semua benda aku ingat kat sini. Yeehaaaa! Haruslahh kan… Time makan pun, semua dah senyap macam takde mood nak berjalan ke mana-mana. Memang kalau orang yang happy go lucky camne pon, kena penangan ‘van maut’, boleh jadi trauma owhhh. So, aku jenis layankan aje, sebab aku jenis tak kisah pun.

Depan mall besar die, aku lupa dah

 

Halal Food di food court Siam Paragon

 

Nasi Ayam Kuning Color – Sedappp!


Balik dari early dinner, kiteorang just jalan-jalan kat Night Market. Lepas beli belah barang sikit-sikit, kiteorang terus balik menuju ke hotel. Bagi aku, better balik awal untuk berehat kat bilik. Esok nak guna banyak tenaga untuk shopping di Chatuchak pulak. So, better simpan sikit sebelum 0% ahhahah! Untuk next date kite kat sini, weols akan ceritakan tentang tempat yang cantik macam kat Greece dan bila kena selak baju time ditahan oleh polis Thailand. So, stay tuned ya 🙂

Pratunam Night Market

 

Japan Expo pon hado

 

0 thoughts to “Overland Trip : Siem Reap to Bangkok 2013”

  1. Mak datuk…mmg gilos lah! Tabik spring la u guys survived…;-)..B-).. tp…despite all those obstacles..mmg klakor gile so i have to laugh my heart out!. Hehehehe…sorry doll, it is a little funny…B-)..:-P..;-)..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *