Trip ke Santorini Park, Cha Am-Bangkok, Thailand

Selamat Tahun Baru 2014 uols! Patutnya aku kena hupdate yeeeee suka-duka 2013 meks….Tapi busy betul dengan macam-macam benda sebelum masuknya tahun 2014. Pejam celik pejam celik, tak sedar pun dah masuk 2014. Punyalah aku gigih nak karang post 2013, tapi tak sempat jugak nak post. Takpeeee, kite habiskan dulu apa yang tertunggak and lepas nie weols sambung next post….Let’s enjoice!

———————————————————————————————————————————-

Untuk hari ke-2 aku di Bangkok, seharian aku habiskan sisa masa aku di Chatuchak. Memang heaven habis aku berjalan dan shopping kat sini. Semuanya murah-murah and best! Untuk ke Chatuchak dari hotel aku (Pratunam City Inn), kami mengambil taxi sahaja. Charge yang dikenakan hanyalah RM11/per way untuk 4 orang. Kalau naik train pon lebih kurang rate camni je. So malas nak turun naik train bagai-bagai, aku rasa ini paling convenient and reasonable. 

Lepas ke Chatuchak, kami bergerak pulang ke hotel kerana capek giler. Habis berehat, sambung lagi kat area-area Pratunam. Kiranya, hari ke-2 memang aku peruntukkan untuk shopping sahaja. Rambang mata, rabak poket! Tapi tetap puas hati 🙂 Apa yang aku suka tentang hotel kami ni, jarak untuk ke Pratunam takdelah jauh sangat-sangat. Cuma, korang kena lah berjalan dalam 10 minit (kalau berlenggang-lah). Ada jugak yang dekat betul dengan shopping mall nie. But harganya a bit expensive lah. 

Kalau korang nak yang super okay instead of Pratunam City Inn, aku nak suggestkan korang book dekat Shadie Home. Die macam boutique hotel tau. Murah jugak. Siap ada breakfast halal lagi. Memang awesome lah. Tempat nie aku tak pernah try. Cuma time kat sana, aku terserempak dengan kawan aku. Die duk sini and die cakap hotel nie bagus sebab location die tip top. Sebelah 7E lagik. Tak payah pening-pening nak pikir beli air kat mana semua kan. Kawasan die pon tidaklah quiet macam hotel yang aku duduk. Kalau nak further info, gi Google Shadie Home tu. *tapi membe aku cakap cam ada benda je kat hotel nie*

All right, macam aku cakap tadi, balik aje dari ber-shopping kaki serious dah tak rasa macam kaki. Lenguh terroookkk! Nak jalan panaskan air pon, terjengket-jengket. Inilah dikatakan penangan Chatuchak tau. Hahahah! Nak shopping punye pasal. Jadi, penyelesaian-nya, kiteorang pergi massage-massage kaki kat bawah hotel. Phewww! Memang da bomb. Murah and power giler. Kalah urutan Siem Reap tu. Kali nie barulah terasa bahawa massage nie sebenarnya best (aku adalah manusia yang tak pernah suka massage, tapi this time, aku kena suka). 

Sambil-sambil massage tu, aku duklah berborak dengan tukang urut tu tentang Cha-Am. Untuk pengetahuan korang, Cha-Am nie adalah sebuah tempat yang terletak 2 jam dari bandar Bangkok. Die ada satu pantai yang femes. Kat sini jugak merupakan sebuah tempat di mana ianya dimajukan untuk industri pelancongan. So, banyak tempat-tempat yang baru disini, dibuka untuk menambah lagi list of attractions di Thailand. Disebabkan tak ramai yang tahu tentang tempat nie, Cik Pora pon teringin lah nak buat site visit. Apa lah yang ada kat sini kan?

Sebelum gi site visit, kite kenalah tanya local dulu. Worth it ke pergi sana jauh-jauh tu? Jawapan yang diberikan pada aku adalah, “Beautipoolll plate..but bery hot”. Ahaaa…How to go there pulak? “Oh, it’s bery par…But yu can take car, 2 hours ony”. Menerusi hasil Googling aku, untuk ke sini memang ada pelbagai cara. Bila di Malaysia, aku dah inform awal-awal kat kakak aku yang kite akan naik minivan di Victory Monument (hanya 160BHT ajok) dan sampailah. Itu antara yang murah dan senang jika dibandingkan dengan transportation lain.

Sambil die duk urut tu, aku boleh pulak Google (versi Thai punya) pasal minivan ke Cha-Am. Elok je keluar result, aku terus ternganga. ‘Kemalangan van di Cha-Am, seorang cedera’. Then keluar lagi, benda yang sama iaitu accident, van terbalik dalam perjalanan menuju ke sana. Katanya jugak, banyak dah berlaku accident tentang van ke Cha-Am dan sekarang ni polis sedang giat melakukan siasatan. Dush! Tombokan itu mengingatkan aku tentang van maut semalam la. Takkan nak repeat kot? Cepatnya aku rindu nak naik van cam gitu lagi? Aduhai! 

Habis saja sesi urutan, aku dan yang lain terus menuju ke lobi dan plan nak bangun kul berapa untuk ke Victory Monument. Aku terus cakap dengan kakak aku, boleh tak kita hire taxi? Mungkin mahal but we can ask right? Nasiblah Pratunam City Inn nie ada ofis untuk pelbagai tour. So, aku terus je deal ngan lobby kat situ. Harga yang dikenakan untuk kami adalah RM300. Kiranya RM75 seorang lah. Memang mahal bagi aku yang sangat cheapskate ini. Tetapi, aku rasa this is better. That’s it. Esok pagi, 7am, pemandu taxi akan datang jemput kami kat lobby bawah.

Tips : Korang boleh jugak ambil train, minivan, car or taxi. Boleh google je how to go to Cha-Am from Bangkok –

Minivan-
Depart from the minibus depot at Victory Monument, not far from the BTS Skytrain station. The minibuses can accommodate 14 people and cost about 160Baht, taking just over 2 and half hours to get to Cha Am. The minibuses run frequently throughout the day, between the hours of 5am and 8pm.

Train-
There are ten south bound trains that leave Bangkok’s Hualamphong station everyday between the hours of 8.05am and 10.50pm. However, the vast majority of these trains only stop in Hua Hin, and there are in fact, only two trains that stop at Cha Am, the 9.20am and 3.35pm, which arrive at Cha Am station at 1.30pm and 7.42pm, respectively.

If you end up getting a train to Hua Hin you will need to take a taxi or minibus back to Cha Am.

You can also get one of three trains from that leave Bangkok’s Thonburi station at 7.25am, 1.05pm and 7.15pm, which arrive in Cha Am at 11.16pm, 17.20pm and 10.09pm respectively.


The train station in Cha Am is about 2 kilometres from the beach so you will probably need to get a taxi or motorcycle taxi to take you to the beachfront or directly to your hotel or guesthouse. If you don’t mind walking then come out of the train station and keeping walking straight, along Narathip Road, through the crossroads, a continue straight until you see the beachfront.

Bus-
You can get a bus to Cha Am from the south terminal station (Sai Ta) Talling Chan, which is just outside Bangkok. The bus station, which opened in 2007, has a wide range of different shops, restaurants and other facilities available.

Although the buses hardly ever leave on time they are actually quite comfortable and have air conditioning. Some even have televisions, free drinks and snacks available to passengers. Some of the really new buses even have massage chairs in VIP class but these are normally only available when travelling long distances such as Bangkok to Phuket.

Buses depart Sai Tai bus station for Cha Am approximately every hour between 5am and 10pm. The journey normally takes between 3 and 4 hours, depending on traffic leaving Bangkok.

Buses from Bangkok’s Sai Tai bus station to Cha Am cost 140Baht.

Buses stop in Cha Am at the bus stop which is located just past the main set of traffic lights at junction of Narathip Road and Phet Kasem Road. From here you might want to get a motorcycle taxi to the beachfront or to your hotel. This will normally cost you between 20 and 40Baht.

Jadi, tepat 7am, kami turun untuk bertemu pemandu taxi tu. Umur dalam lingkungan 50-an. Orang kata, lagi tua, lagi banyak sikit tahu tentang jalan-jalan kat sini kan. Die ni banyak menghiburkan kiteorang sebab slang Thai-English die yang very the lawak. Aku duklah gelak saja. Even, taxi nie memang muat-muat 4 orang, tapi aku rasa cam selesa je. At least aku sampai dengan selamat, itu sahaja. Perjalanan ke Cha-Am takde pon dijamu dengan pemandangan yang luar biasa.

Kami hanya nampak deretan rumah dan sama je lah macam kawasan perumahan kat Malaysia. Disebabkan boring, aku layan tido je. Lepas sejam lebih, tak jugak sampai-sampai destinasi idaman nie. Bilalah meks nak sampai Greece ni woi? Dalam duk ngelamun tu, tetiba taxi diperlahankan kerana ada roadblock. Untunglah driver baru nak pakai seat belt kan. Aku pon tak pahamlah. Bila giliran taxi kami lalu, kami ditahan untuk ke tepi jalan. Dalam hati, macamana lah kalau pakcik ni kene tahan sebab tak pakai seat belt. Itu je aku nak tengok. Bila tingkap diturunkan, beliau meminta pengenalan diri driver tersebut.

Polis mengalihkan perhatian kepada kami pulak. Dan beliau meminta kami keluar dari taxi sambil menyerahkan passport. Bila dah serahkan, die boleh main selak je eh baju abang ipar aku slumber tanpa mintak izin. Siap bahan-bahan nama kiteorang and cakap, oh Selangor, Malaysia. Mungkin die target kiteorang bawak barang-barang terlarang. Siap check satu taxi bagai. Sekali pandang macam betul-betul nak carik kesalahan kiteorang. Syukurlah, semua benda pon lengkap. Jadi, kami lepas.

Masuk je kereta, driver tu cakap, nasib baik bawak passport, kalau tak die suruh settle dekat balai tau and kemungkinan besar masuk jail sampailah ada orang boleh tolong. Katanya jugak, takutlah kiteorang ni seludup dadah. Aku terus cammmmm…errr….Nasib baik betul bawak passport untuk ke sini. Kalau tak, memang susah jugak uols. Aku tak dapat nak imagine possibility gitu. Kite kat negara orang. kita tak tahu kan macamane sistem perundangan dorang nie. Jadi, make sure korang well-prepared tau. 

**terus teringat kes orang Malaysia kat Airport Bangkok tu, ada tak korang baca?**

Since masing-masing masih lagi dalam keadaan terkujat, tiada siapa pon yang tido ataupun terlelap sehinggalah kami sampai di satu pantai di Cha-Am. Elok je depan pantai, uncle tu terus parking and die siap cakap, “Okay, we’re here”. Eh, macam salah je uncle nie. Nasib baiklah die pun tengah merenyeh dengan sorang perempuan kat situ. Jadi, aku terus cakap kat die yang kami sebenarnya nak pergi Santorini Park and Swiss Sheep Farm la. Die terus blur. Die kata mana ade tempat tu. Nasiblah perempuan tu tolong explain kan kat uncle yang katanya dah 30 tahun memandu di Bangkok ini. Kalau tak, kenalah aku bercanda di tepi pantai yang saling tak tumpah macam Port Dickson.

Bila uncle tu dah paham di manakah letaknya Santorini and Swiss tu, die terus cakap yang masa aku booking aku cakap nak pergi Cha-Am. Takde pulak dalam receipt cakap Santorini or Swiss tu. So, kesimpulannya aku pon salah jugak uols. Nak bermain kata dengan orang yang dah experience 30 tahun…Memang Cik Pora angkat tangan sambil pegang bendera putih. 

Maka dengan itu, kami pun tiba lah di depan pintu Swiss Farm Valley yang rekabentuknya hampir sebijik macam di Swiss. Gitewww! Kat sini, memang semuanya hampir sama kecuali…sudah semestinya CUACA yang panas membahang.

Kesian jugaklah aku tengok kuda and sheep yang duk tengah-tengah bahang matahari nie kan. Tak tahulah if sheep kene duduk bawah aircond or bawah matahari. Tapi aku imagine kalau aku kena pakai bebulu berat macam tu duk tengah-tengah panas. Memang rinsaaa satu badan. Agaknya camtulah kot!

Tapi, memang Siam berjaya create mood macam nie. Seriously aku sukaaaa! Tak payah ye korang nak fefeling jauh-jauh. Kat Cha-Am je boleh dah merasa macam kat Europe.Memang lehtoppp!

Kalau nak masuk sini, korang perlu bayar 120BHT seorang. Dan pintu masuk hanya dibuka pada pukul 10pagi. Kami hanya berminat untuk ambik gambar kat luar je. Sumpah panas sangat. Terasa berkicap kalau aku nak masuk dalam nie. Dah la padang rumput semata. Mau keluar nanti becak habisssss!


Swiss Farm pun ado Swiss Shop
Kuda kuda menghiasi padang Swiss Valley
Jangan pandang area jalan sana…Nanti boleh kill mood tau
Cantik betul!
Jejagung ditanam 
Decorations yang menarik
How creative?
Ticket counter
Posto..posto
My favorite
Restaurant uols
Cute toilet
Baru pukul 10am, bahang cam pukul 1pm

So kami ambil keputusan untuk mencari driver kami di tempat parking. Tapi, beliau tidak berada dalam kereta. Elok je kami duduk belakang taxi tu, die pun datang bagitahu kalau nak beli apa-apa bolehlah ke arah 7E tu. Isi perut dulu kekdahnya…

Since perut pun terasa lapar hawau, kami pun menuju ke 7E. Dalam kami berjalan-jalan tu, tetiba ternampak kedai makan Muslim betul-betul di tepi Swiss Farm tu. Walawehhhh!Ini sudah bagus…Memang kena singgah ni.

Melangkah je kami ke kedai makan tu, kami terus disapa mesra oleh orang kat situ. Die pon boleh detect yang kami ni orang Malaysia. Maka, pilihlah lauk-pauk yang ada di situ. Keles nasi campur die. Lauk simple ajok tapi marveles! Harga untuk 4 orang=250BHT *mahal*.

Pilih lauk anda


Bila perut dah kenyang, hati meks pun senang lenang. Dengan itu, bergerak pulak kami ke Santorini Park. Inilah tempat yang ditunggu-tunggu uols.Semuanya putih-biru sajok. Sangat cantik! Sampaikan driver yang hampir 30 tahun drive ni pon tak pernah ye sampai sini. Die pon nak survey jugak sebab tak pernah sampai ke sini uols.

Bayaran yang dikenakan hanyalah RM5 untuk seorang. So bila dah bayar tu, kami semua diberikan satu pas masuk dan bila dah ade pas tu….Apa lagi uols! Berjimba sakanlah dalam tu.

Tapi ada apa dalam nie? Ha…Meh Cik Pora nak habaq maiiii sikit. Melangkah sahaja masuk ke sini, korang akan nampak bangunan putih dikontrakan dengan biru, orange dan macam-macam lagi. Terdapat jugak pelbagai kedai-kedai seperti Converse, Clarks, Levi’s dan local brands pon hadooooo…. Dalam ni jugak ada taman tema uols. Ada rumah hantu, ferris wheel pon hadooo jugak ye. Kalau nak taman tema air, korang boleh checkidaut kat opposite main entrance. Situ pon ado. 

Kesimpulannya, tempat nie memang ada semua benda yang membuatkan korang fefeling berada kat Greece even dengan budget seciput mungkin. Tak kisah lah kan. Segala-galanya bermula dengan angan-angan, fefeling sikit dan Insyallah, realiti akan menyusul. Gitchewww!

Maka berjalanlah kami dalam kawasan yang agak luas, lapang, tak bersesak-sesak tapi bahangnyaaaaa, Tuhan saja yang tahu. Panasssss! Nasiblah ada kain-kain yang menghiasi bangunan-bangunan nie….

Tips : Setiap bangunan ada cam tangga yang boleh korang naik tau. Try explore and korang rasa macam di awang-awangan tau 🙂

Masa yang kami ambil untuk berjalan satu kawasan kat sini hanyalah 1jam 30 mins. Tak kuasa dah nak buat acara berkicap beramai-ramai dalam Santorini Park ni. Jadi, apa lagi…Kami pon bergerak keluar dari Santorini dan mencari driver kami yang parking betul-betul di hadapan pintu masuk Santorini Park.

Oh my Santorini Park
Bought fridge magnet kat sini

They plant this 

Kawasan kedai-kedai

Awesome tak?

Ini Cik Pora dan tingkapnya

Propa-BEAR

Are you?

Verangan Skinny

Amacam?

Rumah Hantu pon hado

Stairs to…
Boleh naik atas tauuu

  

Hellooo, ada orang tak?

Orange nie kelessss

Imagine korang dapat beli rumah sebijik camni

Adios Santorini Park

Personally, aku rasa tempat nie memang boleh jadi satu pusat pelancongan yang popular suatu hari nanti. Yelah, pastinya golongan marhaen macam aku ni, memasang angan-angan Mat Yo nak pergi ke Greece satu hari nanti. Tapi non mampu yeee nak ke sana. So, dengan fefeling ada tempat gini, at least tercapai jugak uols! Dan yang paling penting murah giler hokey. Kalau kat negara sendiri, tak dapatlah harga murah gini yeee…

Okay. Let’s make a move to new place. Kami meminta driver kami turunkan weols kat Chinatown. Sampai je di depan pintu gerbang Chinatown, kami terus mencari Sampeng Lane yang dikatakan amat popular dengan perniagaan wholesale. Tak banyak pon yang menarik minat aku sebenarnya. Semuanya kena beli dalam kuantiti yang banyak. So,kalau nak datang sini, make sure ada geng yang seiya sekata…Beli sesama!

Tak sampai 30 minit pun kat sini, kami terus tahan Tuk Tuk untuk ke Pratunam Complex. Okay! Aku suka giler shopping kat sini. Awesomenesss murah! Kalau beli banyak boleh dapat lagi murah. Bayangkan sweater kait-kait tu baru RM20! Best hawauuuu…

Dan kami teruskan lagi aktiviti shopping sampai ke Pratunam Mall dan sekutu-kutu kawasan shopping di area situ. Kekdahnya, nak habiskan BAHT yang masih ada dalam dompet. Banyak jugak benda yang aku grab. Ternyata Bangkok masih lagi my favorite shopping heaven!

Kami bergerak menuju ke hotel lewat malam dan berkemas-kemas sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Taxi dah siap-siap book dengan pakcik driver tadi. Katanya kalau book kat die lagi murah dari ambil thru hotel. Dapatlah dalam RM20 untuk ke Dong Mueang tu haaaa…Yeeha!

Dengan ini tamat sudah travelog aku from Siem Reap to Bangkok! Akhirnyaaaa…phew! Banyak suka-duka dengan trip kali nie, but so far aku enjoy every moment. Priceless! Okay, till we meet again for next trip. Daaa…

2 thoughts to “Trip ke Santorini Park, Cha Am-Bangkok, Thailand”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *