Budget Trip ke Mabul, Sabah (Part 1)

First trip in 2014. Ho ho ho….Kiranya membuka tirai 2014 dengan trip ke tempat baru la kan? Dan, tempat yang bertuah itu ialah = TAWAUUUUUUUU. Yes, I went to Tawau last month for 6 days and I love it. Persiapan ke sana kiteorang buat slow and easy sajok. Takde rushing-rushing pun. And end up, kiteorang dapat booking satu-satunya accomodation yang tak fully book di Mabul. Yang lain semuanya non hado dah. Ahaaa… Inilah akibatnya kannnnnn… Nak sangat relax-relax katanya.

Jadi, 16hb Januari 2014, bergeraklah kami ke Tawau dengan menaiki Air Asia. Perjalanan hanya mengambil masa 2 jam sahaja. Sampai di Tawau Airport, kiteorang terus blur. Ingatkan ada lah orang nak jemput kami, sekali kena CHING. So, kenelah kami bertungkus lumus cari transport untuk ke Semporna.

And before kite sambung cite, Tawau Airport nie terletak tengah-tengah di antara pekan Tawau dan Semporna. So kebanyakkannya akan advise pergi ke Tawau dulu dari airport and baru boleh ke Semporna dari Tawau. Sebenarnya, lagi jauh tauuuu. Buat kerja 2x. Tapi, kat Tawau je yang ada bus direct to Semporna. Haiyoooo! Taknak lah gitu kan.

‘A’ adalah lokasi Tawau Airport


Nasiblah Cik Pora sempat jugak Google2x apa yang patut beberapa minit sebelum departure. Dapatlah number sorang abang ni yang ada sediakan direct transfer ke Semporna. Kalau ada budget lebih, korang naiklah airport taxi ke sana dengan harga RM90. Bagi aku yang budget non-hado and travel 2 orang ni, aku rasa mahal sangat. Better naik transfer terus ke Semporna -RM30/person.

Tips : Call Abang Rosman untuk transfer ke Semporna 0178202866 if hotel korang tak sediakan transfer macam kiteorang. Kekdahnya, kalau korang ni more than 4 pax, korang akan dapatlah FREE transfer. *pon boleh*

Perjalanan ke Semporna mengambil masa tepat-tepat 1 jam. Dieorang akan hantar korang direct to hotel. Kiteorang dah book siap-siap hotel in Semporna iaitu Sipadan Inn. RM110/night with RM50 deposit. Sampai hotel, do all the wajib things, keluar balik sebab nak carik hotel untuk last day kiteorang kat Semporna. Malas nak book sebab nak carik yang murah. Itu sebabnya kene jugak keluar even MALASSSS.

Abang Rosman mintak tolong kawan die Rizal untuk tumpangkan kiteorang. Inilah kerja orang last minute cam kiteorang

Nasiblah muat-muat sajok


Sampailah sudah di hadapan pintu Sipadan Inn

Di tepi-tepian


View Sipadan Inn

So berjumpalah kami dengan Holiday Dive Inn (better duduk sini dari tempat lain) yang terletak betul-betul di hadapan Sipadan Inn. Wey, sini lagi strategik tau. Belakang hotel terus jetty boleh makan-makan tepi laut. Keles kan? Kiteorang pun tak lepaskan peluang, terus book tapi taknak bayar lagi. Kiteorang promise kat staff die yang kiteorang akan datang on 21st Jan dan bayar duit hotel tu…Settle hal hotel, kiteorang berjalan-jalan ke bandar Semporna.

Tips : Kalau kat Holiday Dive Inn, bilik paling murah adalah RM86. Kalau 2 orang, bilik ni pun cukup dah. Luas giler hokey. For booking : 08-9781883

Bandar Semporna agak kecil tau. Hanya pasaraya Giant je yang paling gah kat sini. Barang-barang memang mahal hawau. Rugi pulak aku tak beli barang siap-siap dari KL. Tema trip kali nie, Don’t know, Don’t care and regret later. Inilah jadinya bile take things for granted kan. Even dalam Malaysia pun…At least research and buat early preparation yo!

Malam di Semporna hanya kami bazirkan dengan makan kat tepi laut dan tengok-tengok kawasan sekitar sajok. Banyak jugak dive centre kat sini. Sapa yang memang dah pasang angan-angan nak berdiving, korang please datang Mabul. Cantik tau. Even a bit pricey, takpe tau. You won’t regret. Trust me 🙂


Kerabu udang – RM7 


Keesokkan paginya, kami bangun around 7am sebab boat akan berjalan pukul 9am. So kiteorang kenelah siap-siap apa yang patut : Mandi, kemas, check out and walk to Arung Hayat jetty. Sepanjang kami di Mabul, kami tinggal di Arung Hayat. Harga yang dikenakan ialah RM450/person 3days 2nights. Ianya termasuk : Boat transfer, meals, 3x snorkeling, accomodation (private bathroom).

Jetty Arung Hayat adalah berlainan dari normal Semporna jetty. Korang perlu cross the road and tunggu je kat area boat police marine. Kekdahnya Arung Hayat ni special sikitlah.Tu yang die lain sikit dari yang lain. So, tepat jam 9am, kami pun bertolaklah ke Mabul Island. Pagi tu, kiteorang naik boat sekali dengan owner Arung Hayat. Kisahnya, macam-macam story lah kiteorang dig and dapat tahu. Meriah boat!



Balai polis marin Semporna



Jambatan Causeway – Keles namaaa!


Jetty Arung Hayat


Anak owner Arung Hayat tengah unloading barang untuk dibawa ke pulau

Speed boat yang bawak kami memang power gile dalam mengharung ombak-ombak kuat ni. Sesuai sungguh dengan nama chalet ni, Arung Hayat. Kalau yang ada sakit-sakit belakang tu, korang kene bertabahlah weyyyy. Memang kasi empuk kaw-kaw nya… And sapa yang pregnant, please bagitahu awal-awal kat boatman tu. At least, dorang boleh elak ombak kan…Temanya, jangan pendam-pendam ye.



Bag dan sayur-sayur dalam boat


Orang di sebalik kejayaan Arung Hayat

Fokus habis kan abang boat nie? Steady pok!

Penumpang bertuah pada hari tu


Permandangan sekitar Semporna

1 jam berlalu dan kami pun tiba di perkarangan Mabul. Kami melalui beberapa chalet terkenal seperti Uncle Chang, Scuba Jeff dan lain-lain. Sampai sajok di Arung Hayat, kami terus check in dan bayaran hanyalah perlu diperjelaskan pada last day korang kat sini. Naik je jetty tu, kami disambut oleh pekerja Arung Hayat. Semuanya friendly sahaja. Sukaaaa!

Scuba centre


Dah masuk laluan kampung yang superb

Hijau je kan?

RM70/ per night in Scuba Jeff-ramai jugak duduk sini tau (shared bathroom)


Oh Billabong


Nak duduk sini one day please *Billabong Mabul*

Dan tibalah di hadapan Arung Hayat


Bila dah settle urusan bilik kami, terus amik kunci and masuk bilik. Panasssss hawau tau. Nampak je kipas dalam bilik, berlari nak turn on kan. Sekali, kipas tak nyalaaaa. Lupakah? Kat sini, letrik takdok dari 6am till 2.30pm. Hado?? Kicaplah cik keti time kat sini. Tapi, non kisah pun, sebab barulah island style, tak gitu? So, apa kiteorang buat, baring sambil bukak pintu. Tapi, orang lalu lalang mesti intai bilik kiteorang. Sebab bilik kami ni memang laluan utama guest ke Big John. Ala-ala connecting hotel gitu. Aiyoo tak seronok pulak kan?

Adik receptionist yang friendly


Nun di bawah tengah buat test diving


Bilik saya selama beberapa hari


Tandas weols


Big John hanya beberapa langkah sahaja

Depan chalet kiteorang


Dive centre in the making

Nak tak nak, biar aje pintu tingkap terbukak. Barulah angin masuk uols. Duk tengah baring-baring sambil gelak-gelak ngan Kak Mah, tetiba je ade orang nak masuk bilik kiteorang. Main tolak je pintu ala-ala kawan lama pulak. Terus terkesima aku and Kak Mah. Freeze ala-ala cite Frozen gitu. Terus orang tu blah sebab die salah bilik sebenarnya. Not even sorry? Kiteorang? Berdekah lah gelak. Nasib baik tak buat posing Victoria Secret atas katil tu. Kalau tak, memang tragedi Mabul sungguh.

Dalam duduk bertemankan angin bayu panas.panas.panas Mabul nie, jam pun dah menunjukkan tepat 12.30 tengahari. Staff Arung Hayat akan datang bilik ke bilik and bagitahu : Makanan dah siap! Ha, sila-silalah berjalan ke dining area yang terletak di lobby hotel. Jangan ingat ada orang nak hantar makanan pulak tau. Maka, berjalanlah kami terkedek-kedek ke dining hall chalet ni.

Wey, bila masuk je, terus terasa yang angin kat sini lagi sejuk dari lepak dalam bilik. Kalau ada toto lebeh nie, dah lama aku angkut letak kat dining ni. Baring-baring best wooo. Sebab angin die memang bayu habis compared to dalam bilik yang terperap tu. Patutlah dorang lebih prefer duduk kat luar dari dalam bilik. Kiranya, inilah cara dorang handle masalah panas kat pulau hini.

Sambil-sambil mengagumi pemandangan yang cantik kat situ, aku pun ambillah makanan yang terhidang. Memang semuanya fresh uols. Sedap ke tak? So far kene je dengan tekak aku. Asam garam semua cukup. So, Pora bagi 3 bintang.

Menu for lunch


Sedap weyyyy


Layan view sambil makan ye


View rumah-rumah orang kampung di sini

Tenang je


Habis je makan, kiteorang dapat tahu yang akan ada 1 trip gi snorkeling at 2.30pm sekali ngan budak-budak buat diving. Satu aku nak ingatkan untuk mereka yang nak stay sini, korang kene selalu tanya-tanya. Jangan takut emas kat dalam mulut tu tercicir sangat. Rajin-rajinlah bertanya. Dorang ni semuanya akan membantu korang. Don’t worry ya.

So, untuk trip snorkeling, kiteorang yang tanya-tanya pukul berapa semua. Kalau tak, memang blur-blur la meks kat sana. Jadi, tema kat sini, kenelah rajin bertanya yeeeeeee…

Balik je bilik, kami terus bersiap-siap untuk gi snorkeling pulak. Bergerak sajok boat, kami pergi ke diving port yang digelar P1. Bila 1 boat dengan orang-orang yang nak ambil diving license nie, terasa hadik-hadik sangat gi snorkeling kat Mabul. Yelah, salunya, orang datang sini terus gi diving. Baru berbaloi. Sebab underwater view die boleh buat pulau-pulau kat Thailand and tempat lain surrender tau. Memang puas hati kalau korang dah ada license.


Get ready for diving and snorkeling




Dalam boat on the way pergi snorkeling

Dalam boat kiteorang petang itu


Chalet ni ada aircond laaa 🙂


Lautan Mabul


Hadik-hadik snorkeling duduk tepi gitu *ehem ehem*


Turun je ke laut, aku jalan dulu sebab tak larat dah nak duduk atas boat. Terhuyung-hayang tu yang boleh membuatkan kite mabuk laut uols. Nasiblah aku okay lagi. Yang Kak Mah dah pening sakan kat atas boat tu. So, aku tinggalkan Kak Mah yang dah mabuk laut atas tu. Die turun jugak akhirnya tapi macam biasalah, ‘ke langit’ lah disorong abang pantai.


Saya dah turun ke laut

Perempuan tabah Mabul dah mencemar duli

Aku yang memang dah berada jauh sikit terus mengagumi taman laut Mabul nie. Weyyy, cantik tau. Meks terharu tauuu. Bayangkan, dorang siap buat pagar kayu untuk coral-coral tu tumbuh dalam keadaan terpelihara kan. So, betul-betul nampak macam taman tau. Taman laut lah tapinya. But, still aku kagum!

Bila dah penat snorkeling, kiteorang berehat di jetty Sipadan Water Village yang betul-betul grand uols. Terasa nak duduk jugaklah kat sini 1 day. Sebab view awesome tau. Nak snorkeling pun senang sikit. Bangun tido, terus terjun. Dush! Berangan tak habis. Sila back to reality.

Happy fins


Me and Kak Mah selangit-selangit


Sipadan Water Village view yang awesome


Bila dah lama lepak-lepak di tangga jetty tu, terus aku terasa yang air di sini agak sejuk. Kan selalu air laut cam panas-panas sikit. Tapi, air die lagi sejuk compared to bila korang dah naik ke darat. Tak caya? Korang try datang sini and mesti korang akan setuju dengan aku! Try la nanti tau.

Beberapa minit kemudian, kiteorang mintak abang boat datang amik kiteorang kat jetty tu je. Memang pemalas habis nak berenang ke tempat yang kami turun tadi. Nasiblah dorang ni memang flexible tau. So, jimat lelemak badan nak swimming. Naik sajok boat, kami terus balik ke jetty Arung Hayat yang hanya terletak dalam 5 minit sahaja dari Sipadan Water Village. Dekat sajok temanya.

Muka penat!


Lihatlah suasana kampung air Mabul


Sampai di Arung Hayat, kami terus ke bilik untuk bersihkan badan. Nasiblah time kami sampai, dah ade letrik. So charge la segala benda yang ada. Susah jugak kalau takde letrik ni. At least korang kene ada powerbank sebagai back up untuk proses mengecas segala benda. Settle segala urusan bersih-membersih, kami keluar bilik and lepak kat lobby Big John untuk layan sunset. Kiteorang ni memang slumber main lepak je kat sini. Sebabnya kiteorang sampai today tak paham konsep Arung Hayat dengan Big John.

Pulang ke pangkuan Arung Hayat

Early sunset


Ramai yang bermandi-mandian


Complicated jugak nak paham konsep kat sini. Ini adalah kerana sebaris bilik kiteorang tu, ada je guest Big John yang duduk. And ada guests Arung Hayat yang duduk kat sebelah Big John sano. Disebabkan open concept ginilah, kiteorang pakai redah je lah. Takde yang marah pun kan. So layan laaaaa sunset di Mabul yang terindah so far. Sempat jugak berborak dengan group photographer yang ada sekali kat situ. Katanya, ini malam terakhir dorang kat sini. So ini malam ada pesta lahhh. So, bolehlah kiteorang tengok-tengok apa yang patut kan.


Layan sunset yang awesome 


Pose wajib kalau di Mabul


Kanak-kanak Mabul tengah swimming dekat natural pool tau. Kanak-kanak KL? 

Memancar gituuu


3 beranak pulang ke rumah


Boat pun pulang jugak


And only me and sunset


This is what we called natural beauty. Keles tak?


Eh eh…Ada lagi yang pulang lambat? Haippp…

Malam pun tiba sejurus matahari berlabuhkan tirainya. Kiteorang bergerak ke dining hall untuk dinner time. Habis je dinner, kiteorang lepak kat luar sebab nak bagi laluan kepada pesta anjuran group tu. Segan uols nak join dorang kan… Elok je kiteorang lepak kat luar, datang beberapa orang beach boys yang tengah layan gitar kapuk. So, apa lagi, ber-live band la kiteorang.

Tengah-tengah layan tu, datang tukang masak chalet ni bawak nasi ngan lauk berkicap. Dorang terus berhenti nyanyi and makan. Terkejut meks tengok. Ingatkan apoo laaaa… Dorang makan sotong yang dorang baru tangkap beberapa minit yang lepas. Memang aku jeles ngan kehidupan korang ye. Segalanya fresh kan?

Bila pesta dah officially start, live band pun tak dengar apa. So, beach boys ajak kiteorang tengok tarian tradisional kat dalam dining hall tu. First time tengok, terus rasa best pulak. Salunya, kalau ada dance-dance gini, penari akan senyum dan yakin teruk kan… Tapi kat sini, penari akan tunduk malu and tak senyum pun. Unik uols! Aku gelak teroookkkkkkk!

Itu satu hal. Yang paling best, jari jemari dorang akan ditegakkan sebab yang tukang tengok semuanya kene bagi duit. Itu culture dorang. So, korang selit-selit lah duit dekat alur jari dorang tu ha. Malam tu je, memang banyak penari-penari tu dapat duit. And penari-penari tu pun sebenarnya adalah tukang masak Arung Hayat tu sendiri. Konsepnya, all-in-one. Hado?

Tarian pun bermula


Ewahhhhh!


Bila pesta tari menari dah habis, kekdahnya lepas tu ada sesi berkaraoke pulak. Sebelum aku dipaksa menyanyi, baik aku blah masuk bilik terus. Yelah, meks ada lagi beberapa hari ye kat sini. Memalukan diri pun, kenelah tunggu last day ke kan. Ini 1st day dah terus kene ahahahahha!

Kalau dah masuk bilik tu, memang aku lah paling pemalas nak keluar balik uols. So tido lah kami dalam bilik bertemankan suara-suara karaoke kat dining hall itu. Yang penting Nyenyak uolsssss! Terpekik ke, sumbang ke, meks tak heran dah. Ngantukkk terok ni. And for next post, aku nak cerita camne pengalaman buat discovery diving yang very the…..dush dush. And nak jugak stori mori macamana panic-nya aku. Stay tuned!


18 thoughts to “Budget Trip ke Mabul, Sabah (Part 1)”

  1. Ada je Zura… Kalau yang kat area kampung tu, memang banyak sampah.
    Sometimes, tengah-tengah snorkeling pun, ada je sampah. Cuma tak lah terlalu banyak 🙂

  2. Just came back from Mabul..btw it's an awesome experience, and kami pun stay di arung hayat..mknn dia not bad kan?…despite of diving n snookle, we add another activity which is hiking at Bohey Dulang Island n mandi manda di Maiga Island..next time u pergi semporna, u kena hike bohey dulang, it's worth it!! 🙂 – Jay

  3. hi..i pun baru balik dari mabul dan rupanya cept je berubah bila tgk all your pics
    skrg dive centre arung dah siap..billabong pun almost siap yg tambah dekt depan n mabul divers dah tambah bilik
    sama la kita stay dekat arung tp i xde pun tarian tu semua cuma food dia mmg sedap ! 😀

  4. last week i ke mabul i spent rm700 3 hari 2 mlm siap island hoping ke bohey dulang sibuan and maiga

  5. malaysia kan mmg kaya dgn sampah..but tmpt mmg kurang lah..dn mgkin tiada sma skli dlm stu msa trtentu..coz..they have cleaner..cleaner yg ala2x mcm saiful apek dlm filem duyung tue..hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *