Budget Trip ke Mabul, Sabah (Part 2)

Okay! Bersambung sekali lagi untuk ceritera bercuti ke Mabul yang sungguh memabukkan ini.Oh! Bukan mabuk negative ye… No…no… Ini mabuk kemaruk rindu gitu. And now aku dah paham kenapa ramai yang pernah pergi sana selalu cakap dorang sangatlah rindu kat si Mabul nie. Kekdahnya, aku pun rindu dengan suasana Mabul yang memang awesome! Tak caya? Apa kata korang layan cerita aku dulu…Joms!

Aku tersentak dari tido selepas letrik terpadam gitu sajok tepat jam 6am. Tupppp! Memang ‘potong’ segala mimpi indah meks di Mabul. Dush! Al-maklumlah bila dah terbukak je mata tu, memang sangatlah susah nak pejam balik. Ada jugak aku try nak golek-golek atas tilam yang dah mendak di tengah-tengah tu, tapi for sure kalau sambung tido and bila bangun je berpeluh macam buat yoga dalam tido gitu. Lebih baik aku bangun and lepak-lepak kat dining hall. Tapi before that, let’s mandi dulu yuk.

Harinie, aku dah decide nak buat discovery diving. Macamane sekali pun, aku memang nak try apa yang orang selalu katakan diving ini adalah antara aktiviti paling best kat dunia. Iye ke? Ha…disebabkan persoalan gitulah yang menarik minat aku untuk try benda-benda camni. Dannnn yang paling best, kat Arung Hayat nie aku sorang je pagi tu yang ada persoalan gitu hokeyyyyy! Kak Mah memang awal-awal dah surrender. Die rasa bersalah sebab dah janji nak buat, tapi takpolah Kak Mah. Yang penting uols tahu setakat mana your limit kan. Jadi, nak tak nak, tinggallah Cik Pora seorang diri mendengar discovery briefing oleh insturctor Awan Nano, Tony. Kenapa Awan Nano uols? Rambut die Hermantino habis yeeee 🙂

Elok tengah kusyuk dengar briefing tu, tetiba ada geng yang baru tiba dari KL pun decided to join me go diving. Yayyy! Ada geng lah. Takdelah fefeling VVIP sangat uols. Baru semangat sikit nak buat. So berempat lah kami in total untuk diving pagi itu. And kenapalah aku nak sangat buat diving kat Mabul ni ha? Sebenarnya, aku teringin nak buat discovery kat Bali. Murah tau uols kat sana. Tapi kan, time tu, ongkos pon tak berapa nak cantik untuk sapu segala aktiviti. Then, aku terpaksa let go diving for seawalking. I’m glad I did it. Sebab laut Bali biasa-biasa sajok.

Geng baru saya di sebelah kanan. Sementara tunggu re-briefing start, kite posing dulu


Dan kenapa di Mabul? Ada satu article kat Facebook pasal Best Islands in zeee World tau. Mabul, Sipadan Island segala masuk dalam list yeeee…. Bangga tak? Woi giler tak bangga, negara kite tu… Dan bila dah pergi, aku admit, Mabul memang cantik hawau. Even aku pergi time Monsoon season, aku dapat rasa yang tempat die tetap cantik. Kalau tempat lain tu, non hadonya boleh turun ke bawah kan? Elok pulak, sepanjang kat sana, memang hujan langsung tak turun. Syukur Ya Allah. Kau mempermudahkan segalanya. Dan memberi aku peluang untuk menerokai bumi Mabul yang indah 🙂

Since aku dah dapat geng baru, briefing terpaksa repeat balik. Bestnya pagi tu, ramai pulak yang join dengar briefing fefeling nak bagi support kat aku. Supporter pertama haruslah Kak Mah. 2-3 orang beach boys lain pun join sekali dengar sambil buat-buat lawak. Even kene concentrate dengar apa yang di bagitahu, elok jugak ada supporters nie, at least takdoklah nervous sangat kan. Terima kasih Cik Pora FC *nangis*

Before diving, please sign borang ini dulu


Alatan gue


Muka stress. Cuak. Apo?


Instructor saya kasi sep sikit


No.1 supporter tau


Okay! Cuak balik


Tas, budak ni baik dan tabah layan customer kat sini


Geng diving iols menuntut ilmu kekdahnya


Boat pagi tu memang penuh habis. Semuanya dorang letak dalam 1 boat. Dari yang nak buat lesen, fefeling nak ambik lesen (aku lah tu) sampailah yang nak bersnorkeling. Memang fully utilized kekdahnya. Nasiblah muat. Asalnya Kak Mah taknak snorkeling. Katanya nak lepak atas boat je. Sekali die pun dapat geng baru, so die join sekali bebudak tu snorkeling. Kekdahnya, kiteorang terpisah lah ni.


Antara yang memenuhkan boat pagi itu

Here we go

Dalam 10 minit boat trip, kiteorang pun sampailah di lokasi aktiviti air ktieorang beramai-ramai. Kak Mah and geng gadis 6 orang tu dibawa pergi ke Borneo Jetty untuk snorkeling kat sana. Manakala, geng open water license turun sejurus kemudian. Yang tinggal bebudak discovery. Nervous semakin memuncak uols. Bila nervous gini, mulalah 50-50 thinking pun wujud. Nak teruskan or nak duduk tersadai dalam boat nie? Deep breath Cik Pora. You can do it. You know you can. No more second thoughts. Phewwww!

Boat yang berhenti di tengah-tengah laut, membuatkan aku makin nervous. Ombak hari ni memang jahat sikit. Kuat giler. So, kene cepat-cepat turun dari boat uols. Aku bersiap-siap memakai segala alatan seperti tangki oksigen, BCD jacket, sediakan mask and disebabkan berat gile BCD tu, aku memang tak boleh nak tunduk pakai fin. Nasiblah abang boat ada tolong sarungkan fin tu. Fefeling Cinderella sekejap lah weh. Itu temanya gembirakan hati yang bercelaru uols *jangan muntah please*

So, bile semua dah ready, tetiba dorang kata aku kene turun dulu. Haaa? Alamak, kenapa tetiba jadi lucky no.1 nie? Okay, even dalam cuak tahap gaban, semua itu harus disembunyikan dengan senyuman paling manis kat Mabul. Okay, meks redha jadi orang mula-mula turun boat. Wey, turun dari boat je tau. Bukannya terus kene turun dasar laut. Kan?

Memang terasa berat tau uols tangki oksigen nie. Tapi bile terjun dalam air. Tak rasa macam bawak tong gas pon. Cecah je air, Tony suruh aku bernafas gune oksigen tu. First time, memang aku rasa tak boleh. Even atas laut pun, aku try jelumkan muka dalam air and bernafas bersandarkan oksigen tu, aku memang kalut terok. Aku naikkan muka aku untuk sedut seberapa banyak udara normal. Weyyyy, camna nie? Kalau panic habis lah aku.

Konsepnya, aku kena slow and steady. Don’t kalut. Kalau duk kalut, memang tak jadi semua benda. Actually buat semua benda pun jangan duk kelam kabut. Betul kan? So, kami dibahagikan kepada 2 group. Aku and Shafiq (kenalan discovery aku), ikut Tony. Lagi 2 orang, ikut Anip. Before turun ke bawah, sempat jugak Tony pesan yang kiteorang jangan sentuh apa-apa and ikut sajok arahan die. Senang je katanya.

Disebabkan aku dah turun dulu dari boat, so tiada istilah ladies first yaaaaa untuk turun ke dasar laut…(itu pun kene kira tau bila dah panic). Jadi, Shafiq turun dulu secara perlahan-lahan sedalam 12meter. Aku kat atas, still try my best to adapt with new oxigen nie. Wey kenapa oxigen nie pelik weh? Udara die sejuk lahhh. Boleh buat kering tekak owh. Ha, nampak tak, betapa banyaknya alasan bila cik pong nak buat diving. Wat malu kaum je kan?

Dan bila Tony naik semula untuk ambil aku, aku sebolehnya ambil masa yang agak lama untuk turun. Bila mask dah pakai semua, aku cakap kat die, sekejap tau. Die memang tabah lah dapat slowest student cam aku ni. Dah nak turun je, aku mesti cakap kejap. Bila dah yakin tu, aku turun perlahan-lahan. Nasiblah ilmu seawalking di Bali tu aku gunakan iaitu ear equalization. Penting tau. Nanti tak sakit telinga.

Fuh! Akhirnya sampai jugak aku kat dasar laut. Hijau eh kaler air die. Bila sampai bawah tu, kenelah cam duduk berlututkan pasir laut kat bawah tu. So duduk diam-diam ye. Jangan nak lawan cakap cikgu. Namun, aku asyik bergerak je. Die macam menarik badan aku ke atas. Ala-ala ikut arus air pulak kan. Bila Tony check balik, die tengok belt yang aku pakai tu, tak cukup pemberat. Nasiblah Tony ni memang pro sikit. So die transfer pemberat die kat aku. Aku? Mampu tengok jelah. Dah die cakap jangan usik apa-apa kan? Lol!

So kat bawah tu, kiteorang kene ikut segala benda yang die ajar. Basic knowledge macam : control your BCD, inflate, deflate dan yang terkahir on how to clear your mask. Okay yang ni aku fail. Aku patutnya hembus, tapi aku tak buat. Aku biarkan je air masuk. And the best part, mask aku tak bergerak pon. Mungkin terlalu ketat. Lama gak Tony nak tunggu aku untuk clear mask tu. Sebab aku jadi fobia pulak bila air tu dah masuk. Sekali lagi aku try, memang terus bertakung teruk air dalam mask. Segala-galanya kelabu, terus Tony bawak aku perlahan-lahan naik atas.

Die terus check mask aku yang bermasalah tu. Bila habis check, die cakap, no wonder lah. Mask aku ketat giler. So aku tak boleh nak buat apa. Die tukarkan mask die kat aku. Die siap cakap, kalau kau sudah pakai mask ni, confirm kau akan sukaaaa…Konsepnya, hampir semua main equipment Tony dah transfer bagi kat aku. Kalau aku fail jugak, memang aku adalah produk yang gagal TEROOKKKKK!!!

Bila aku dah adjust segala benda bagi selesa, aku turun semula ke bawah. So aku try buat balik routine tu. And ni lagi terookkkk eh. Mask tu besar sangat. Bukan setakat hidung je die tutup, sekali ngan mulut aku die kaut tutup sekali. Ini lagi hawau temanya. So aku buat sign nak naik atas. Even mask yang aku pakai tu masuk air kaw-kaw, aku gigih ye naik ke atas. Temanya, dah macam angkut akuarium kat mata. Naik je atas, aku tukar balik mask. Tony sempat cakap, aku suka ajar kau, kau slow jeee…Takde kelam kabut nak buat semua benda cepat-cepat. Ini perli ke apa nie wey? CHING!

Die gak cakap, aku dah okay semua benda except mask ni, so lepas ni confirm boleh terus pergi ‘shopping’. Shopping tu ala-ala fefeling kat Pavi la kot. Tapi nie semua natural gitu. Time aku naik tu, aku cam ternampak geng Anip duk atas boat. Terus terdetik, aik, cepatnya dorang settle. Aku ni tak pass lagi apa-apa. Ikan pun non hado nampak lagi. Cepatnya. Aku cakap kat Tony, eh dorang dah tunggu la. Tony siap jawab, biar aje. Kite jalan-jalan dulu. Oh gitcheewwww ye. Ikut sajok. Jangan lawan sifuuu.

Dan turun semula aku ke bawah untuk last routine yang tak settle-settle. Selepas percubaan yang entah ke berapa kali, aku akhirnya berjaya tauuu. Barulah aku tahu, bile kau dah jumpe tune buat tu, confirm senang. Nasiblah geng discovery aku, Shafiq memang tabah. Kalau tak, memang kene empuk ngan tong oksigen. Pengsan meks di bahu penyu.

Ha speaking of penyu, bila kiteorang start jalan-jalan tu, terus nampak 4 ekor penyu tersadai atas wrecking ship. Weyyyy, besar hawau ehhh. Manja teruk penyu nie. Duduk je atas ship tu sambil pejam-pejam mata. Fefeling supermodel sangat kau eh…Nasib tak buat posing Wrecking Ball *aiyooo* Aku berpaut pada batang besi ship tu sambil tengok-tengok keadaan sekeliling. Tony datang menghampiri penyu tu and die cium kepala penyu tu. Aku? Mampu tengok je weh. Dah die kata tengok je, so jangan nak ngada-ngada gi hug penyu tu macam jumpa kawan lama lak.

So kiteorang ber’shopping’ sakan lah kat bawah laut tu. Semuanya tenang-tenang sajok. Barulah aku paham kenapa orang suke gi diving. Sebab feeling die hanya diver je yang dapat tahu. Even aku ala-ala pre-diver gitu, dapat jugakla meks merasa serpihan ‘fun’ yang diver-diver selalu perkatakan. Not bad dolls!

Sekali lagi kiteorang lepak di shipwreck lain dan kali nie Tony bagi sign macam tunjuk ada sesuatu kat belakang aku. Okay, don’t panic uols. Takkan ada shark pulak kan? Tak mungkin lah! So aku tak toleh pun. Tak kuasa nak layan panic-panic. Aku sekadar jeling-jeling malas nak ambil port je kekdahnya. Rupanya, seekor penyu yang besar meja makan datang berenang ke arah aku. Alahai uolssss! Kalau aku tahu, penyu nak datang, dah lama mek ‘sep’ sikit tangan die. Haluuuu bro! Where have you been? Gitcheewww!

Konsep kali nie ialah, tak bawak pun GoPro camera aku masuk air. Tema diving nie jugak adalah segala-galanya tersemat di dalam hati. Memang priceless ye pengalaman gini. Susah nak explain bagaimana cantiknyaaaa dasar laut Mabul nie. Orang yang pernah datang je tahu betapa anggun nye tempat ni. Sepanjang aku travel kat pulau-pulau femes, memang berani aku katakan yang Mabul sangat cantik.

***My GoPro memory card get corrupted 🙁  All underwater photos gone! Nasiblah my diving team : Shafiq sudi share gambar underwater die, dapat jugak iols tempek untuk tontonan ramai dalam membuktikan betapa gorgeous-nya Mabul Island ni. Credit to Shafiq 🙂



Kalau kat tempat lain, nak tengok penyu tu, umpama nak carik duyung tau. Kat sini, penyu datang serah diri. Banyak pulak tu. And dasar laut nye lebih terpelihara dari tempat lain. Corals pun banyak yang hidup segar bugar. So, kalau korang memang jenis suka travel tengok beach, island segala, this is the perfect place for you. Worth every penny you spent though.

Dalam duk bershopping kat bawah nun jauh di sana, tibalah masa untuk kembali ke pangkuan rakan-rakan kat atas. Terus aku cabut mask and bernafas macam bertahun tak guna natural air wehhhhh! Punyalah rindu hahhaha *motif?* Naik sahaja ke boat, dorang akan tolong korang angkat badan yang berat macam tong dram. Naik je atas boat, aku rasa cam culture shock weh. Betul ke hidup lagi nie?

Orang duk sibuk tanya aku best ke tak, lawa ke tak? Tapi aku boleh diam seribu bahasa. Then, aku tengok sekeliling kan, eh betul ke aku gi diving tadi? Aku terus grab botol air sebab terasa kering tekak pulak. Aku terus berpeluk tubuh. Tundukkan kepala and tunggu geng-geng divers naik. Dorang tanya aku, camane semua? Aku mampu senyum ajelah. Diva sangat ke tuh? Culture shock kekdahnya. Jangan salah sangka tau.

Dan boat pun berlalu menuju ke geng-geng hadik pulak ahhahah! Amiklah Kak Mah yang aku rasa sangat perfecto dengan geng baru die. Bising teruk Kak Mah cam geng PATI yang terpisah beberapa saat gitu. Aku hanya mampu gelak je lah. Kepala still lagi cam terkejut. Orang tanya-tanya pun, aku tak berapa nak mesra pengguna sangat. Akhirnya, aku mampu duduk diam sajok. This is not me tau.

Sampailah ke jetty Arung Hayat, barulah aku cam okay sikit. Naik je terus bilas badan and masuk bilik. Bila dah rasa fresh water, barulah kepala yang masuk air tadi okay semula. Yay!!! Terus sembang riuh macam Arung Hayat tu, kiteorang yang punya. Macam-macam nak cerita kat Kak Mah. Siap pesan, nasiblah Kak Mah tak ikut, kalau tak, memang penyu yang pakai contact lense Kak Mah!

Balik vervasah-vasahan, kite posing dulu

All of us. Meriah kalau boleh buat girls trip cam ni


Since time kiteorang balik tu pun dah tiba masa untuk weols lunch, kami terus menuju ke dining hall sebab perut pun dah lapar hawau. Tengah-tengah lunch tu, ada jugak plan nak masuk kampung orang sini. Yelah, nak jugak experience camne kehidupan dorang kat sini. Tapi, tak berani pulak nak masuk 2 orang je. Kampung orang uols.

Nasiblah geng gadis 6 orang tu nak join sekali. So semangat terus nak gi. Tapi, kiteorang plan cam nak gi petang-petang. Kalau pergi time-time gini, memang boleh terbakar kulit. Tak sanggup nak ber’tan-tan’ yeeee. Sunburn Bali pun tak hilang lagi. Tak sanggup meks.

Lepas lunch, kiteorang terus lepak ngan Tony layan budak-budak beach boy main gitar. Nak tido pun takleh. Panas hangat semua ada. So, melepaklah kiteorang layan video Kudia Popo yang bapaklah lawak. Budak nie, seriously kalau jumpe, meks nak peluk die. Kau kenapa talented sangat nie? hahahahha!

Dalam duk lepak-lepak tu, jam pun dah menunjukkan pukul 2.30pm, geng discovery aku tadi ada ajak buat diving lagi. Tapi aku taknak pun. So geng Anip yang duduk atas boat tadi sebenarnya,dorang tak buat pun diving. Sebab one of them tak boleh nak mengharungi ombak yang menggila. So, dorang quit terus naik boat. Aku mati-matilah ingat dorang dah settle. Kuang kuang! Salah percaturan pulak.

So sebelum dorang turun tu, sempat jugak aku bagi nasihat-nasihat beginner gitu. Aku hanya mampu bagi kata-kata semangat kat dorang ajok sebenarnya. Advice lain? Tak cukup layak untuk aku berikan sebab aku pun non-hado kot!

Bila yang lain nak gi diving, gadis berenam tu pun nak g snorkeling. Tinggallah kiteorang berdua. Alaaaaaa, sapa nak teman kiteorang masuk kampung nie? Semua dah takdo. Tetiba Tony cakap, tunggulah die. Lagi sejam die balik. Then die teman kiteorang. Deal! So tunggulah kiteorang sampai sunset, baru die balik. Hado? Nampaknya kene redah kampung time malam la nie.

Petang in Mabul


Layan sunset kat Big John


Budak ni gigih datang kat kiteorang


Me as sunset


Dan malam pun tiba! Kiteorang berdua + geng 6 gadis + Anip + Tony + Tas, masuk ke dalam kampung dorang yang samar-samar gitu. Yelah lampu jalan non hado sangat tau. Lepaklah kami sampai ke Sipadan Water Village. Layan view chalet yang mahal dan terbaek itu. Dalam lepak-lepak tu, tetiba nampak pulak penyu. Menjeritlah bebudak ni. Then, terus tak nampak penyu sampai sudah. Penyu pun terkejut uols!

Penyu my baby

Kak Mah and Tas, teman snorkeling, muntah, heret Kak Mah


Kami dan gadis berenam


Cantik resort nie


Yoga version Mabul


Must visit this place but bukan waktu malam please


Lama gak kiteorang duk melayan view kat situ. Bintang-bintang pun banyak bertaburan kat atas langit. Moment camnie tak tahu lah bila lagi boleh experience. Best tau! Dapat pulak geng baru, macam-macamlah nak borak kan? Bila dah settle segala benda, kiteorang terus pulang semula ke Arung Hayat. Tony + Anip siap pesan, yang dorang nak ajak kiteorang lepak layan lagu dulu, jangan tido lagi. Tapi, mood nak busking takde pulak. So end up kiteorang masuk bilik and tido terus. Malam tu, malam last geng baru kiteorang tau. So kiteorang pun try hiburkan jugak la. Fefeling host pulak kan.

Busking sambil baring pun boleh


Takpe, kawan-kawan baru uols. Kenelah kita happy-happy before tido. Esok kene bangun awal and relax-relax sebab kiteorang ada lagi satu snorkeling session. Katanya nak ke Kapalai. Tapi, kiteorang sebenarnya keneeeee….Nantikan!

0 thoughts to “Budget Trip ke Mabul, Sabah (Part 2)”

  1. bestnyaa baca experience diving. saspen pun ada bila baca part awal2 diving. minat tapi macam tak berani je. and… subhanallah cantik sungguh hidupan laut. 🙂

  2. Haippp..my first visit here hehe seriously ngah hangattt sgt sbb mmber xjd ikut pi mabul n nmpk gaya iolls sorg degil nk pi early april nati..tp slmt k sorg2..ongkos pon msti mhal adoiii stress sgt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *