Budget Trip ke New Zealand (via Melbourne) Part 1

Helloooooo! Lamanyaaaaa tak hupdate cite-cite travel kat sini. Rindu sungguh nak menaip soseh-soseh untuk anda. Tapi apakan daya masa sangat men-jeles-kan kite semua uols. Okaylah, mana yang ada follow aku kat Instagram, tiada rahsia lagi ke manakah meks terbang baru-baru ini. Namun, tak payah nak sign up group rahsia sangat. Kalau korang yang baca tajuk atas tu pun dah boleh tahu kot hikhik! Dan yups, pada 3 April 2014 yang lalu, aku telah pun terbang ke Australia dan seterusnya pada hari esoknya, aku sambung pulak terbang lagi ke New Zealand. Dang!

Oh New Zealand *tarik napas*! Itu merupakan my dream country since I was a kid. Mungkin ramai yang memasang angan-angan nak gi Cik Paris lah, London Boy lah, Goyang Bali lah, tapi aku, tetap dari kecik sampailah dah besar panjang ni pun, masih dengan dream destination yang 1 – New Zealand. Dah kenapa nyah? Apo yang membuatkan uols eksaited nooooo dengan negara itu? Ahaaa, DAN SEBENARNYA (fefeling Yuna sikit), time kecik-kecik aku minum susu Fernleaf. Then dalam iklan tu, suka portray lembu kat ladang hijau, udara segar dan happy je makan rumput (mana tahu die happy nie?). So, aku jadi WAHHHH! bukanlah nak jadi lembu tu jugak, tapi nak lah experience view and environment yang mempesonakan gituuuu. And that’s it! Since then, New Zealand is always on my bucket list.


As I grew up, I tend to research more about New Zealand. Sampaikan dah naik hafal map die uols. Punyalah lama aku peram itinerary dan segala plan kat sana. Akhirnya 2014, tercapai jugak hasrat bile sekali lagi aku+Kak Mah dapat beli tiket ke Melbourne selama 10 hari. Before beli tu, ada lagi 3 orang patutnya akan ikut, ye lah takkanlah kami nak drive di NZ 2 orang je uols. Mau sedeh tau kehidupan. So, ajaklah ramai sikit bagi memeriahkan majlis. But, last minute dorang cancel. Alahai! Kiteorang dah beli tiket, takkan nak biarkan itinerary yang dah jadi jeruk tu basi gitu je kan. Ini takleh jadi!


Sampailah aku open the trip to 1 Forum. After few months, aku dapat reply dari 2 orang insan yang sudi follow kiteorang ke sana jugak. Jeng…Jeng…Mereka ialah Shaz and Kak Mas yang bersetuju untuk join trip kali ni. Yay!!!! So, barulah rasa syiok gile nak beli tiket NZ pulak. Oh ya, pasal flight kan. Memang aku saje je pilih cara yang orang kata cam hassle jugak. Which is memang pun. Dah lah nak masuk Aussie tu, kene buat ETA. Airport transfer semua bapaklah mahal. Namun, nak jimat kat flight punya pasal. Meks rela! Lagipun, rindu pulak nak kembalikan memori daun pisang meks tahun lepas kat Melbourne, eh? Ha itu kite cite kejap lagi-lah uols.


Dan untuk mulakan stori-mori Mak Jemah kali nie, meh duk dekat-dekat sikit. *drumroll* Buat julung-julung kalinya, meks nak persembahkan, The Journey of Cik Pora to New Zealand. Ha panjang tak aku punya montage kat atas tadi? Jangan marah naaaa… Ni semua excited kebabom punya pasal. But don’t worry, iols akan sentiasa menyajikan cerita yang awesome blossom tak tipu punya. Baiklah, jom kite layannnnnnzzzzzz!


KUALA LUMPUR – MELBOURNE – CHRISTCHURCH


Kapal terbang yang membawa kami ke Australia bertolak pukul 10.30pm tanpa sebarang delay gitu. Apa yang aku perasan, selepas kejadian yang terjadi pada 8 March yang lepas, iaitu tragedi pesawat MH370, keadaan di LCCT telah pun berubah. Mungkin inilah hikmah di atas segala kejadian, detik hati aku. Tak perlu lah kot aku cerita apa yang berubahnya, kalau korang ada chance naik flight soon, korang pun akan perasan! Okay, flight malam tu sangatlah full. Kami ditempatkan kat bahagian belakang-belakang gitu. Aku ngan Kak Mah duduk asing uols. Die depan, aku belakang, Shaz pulak belakang aku. Kak Mas nun jauh di depan. Perjalanan 30 minit pertama sangatlah nyaman until satu flight jerit sebab experience a quick drop in the air or what we called, Air Pocket.


Aku ni cik pong sikit. Benda-benda berkaitan dengan airplane ni, aku kurang tahu weyyyy… Jadi, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya aku time tu. Aku seriously rasa nak patah balik pun ada. Yelah, aku first time experience benda ni. Dah lah time jadi tu, seat belt sign baru je dipadamkan. Mau melambung orang kat depan tu. Namun, semuanya selamat sudah. Syukur Ya Allah. Bila dah balik Malaysia, baru gigih aku Google pasal Air Pocket ni. Dan buat mereka yang se-group ngan aku (kekdahnya tak tahu pasal benda alah ni) korang boleh baca kat sini 


p/s : Sentiasa berdoa akan tragedi #MH370 supaya selamat semuanya *always*


8 jam yang aku lalui itu adalah antara 8 jam yang paling meks rinsa tak habis! Sampai sahaja di Tullamarine Airport, hanya Tuhan yang tahu betapa aku bersyukur dengan perjalanan kami. Sesudah urusan dengan kastam di sini, kiteorang terus ke kaunter Smart Carte untuk simpan segala barang kiteorang kat airport. Kekdahnya, for today, kiteorang hanya stay sampai 10pm je kat Melbourne. Then, terus fly ke Christchurch. Habis bersusun barang, kami pun terus keluar dari perut airport untuk jumpa dengan Melbourne Most Wanted Malaysian Chef – PakNil! Memang dah berjanji dengan beliau untuk lepak together since kat Malaysia lagi. Al-maklumlah, dah setahun tau tak lepak sama-sama. So, untuk ke Melbourne CBD, kiteorang kene amik StarBus.


Simpan number nie elok-elok untuk redeem the luggage


Tips : Smart Carte ni terletak betul-betul selepas pintu korang keluar. Die berdekatan dengan toilet di tingkat 2. Korang boleh simpan barang-barang in case malas nak angkut merata-rata. Ini mungkin untuk mereka yang buat trip transit macam kiteorang kot 🙂


Tapi, recently Starbus ni dah tukar tempat pick up pulak. Terpaksalah kiteorang tanya orang kat situ, kat mana lah tempat tunggu ni ha. And personally, aku agak kecewa dengan servis Starbus yang semakin terookkksss! Lambat gile. Bila dah sampai, die siap cakap kene tunggu lagi. Almost an hour jugak tunggu benda ni datang jemput ye. Nasiblah cuaca tak berkicap sangat. Kalau tak, memang amukan Melbourne lah jadinya. Bayaran yang dikenakan ialah 18AUD seorang/one way. Kalau ramai better amik taxi ajooooooo! Nanti meks cite eh pasal taxi yang hado kat sana.


Tunggu StarBus kat sini

Tak muncul-muncul jugak


Penat dah rombongan Cik Kiah tunggu tauu

After an hour, dapat sudah naik bus


Tips : Kena tunggu depan Park Royal Hotel, nampak van Biru or Orange, nanti nampaklah korang StarBus tu.


Janji dengan PakNil nak jumpa kat Lord Of Fries, tapi dah lama gile kot die tunggu kiteorang tak sampai-sampai sebab StarBus ni. Dah la phone tak roaming, makin susahlah nak contact. Nasiblah bila sampai je kat CBD, kiteorang pinjam telepon orang kat McD yang baik gilossss! So, ber-reunion lah kami kat Federation Square. Excited kot bila jumpa PakNil yang kiteorang baru kenal last year. Kalau yang ada baca kisah Melbourne kiteorang, mesti tahu punya pasal PakNil ni. Konsepnya, bila jumpe orang kampung sendiri ni, macam-macam nak story tauuuu. Elok pulak, kami diraikan dengan homecooked Nasi Lemak, gile tak hebatttt?  


Oh sipi-sipi Flinders Station


Oh ini gambar wajib even dah 2x repeat


Favorite lorong Melbourne


Terubat sudah rindu di Melbourne

Inilah die Abang Aznil selepas setahun tak jumpa

Happy faces dapat Nasi Lemak Power

Oh lagi satu nak cerita kat uols ni haaa…Time kat sana, kiteorang jadi fenomena ‘pelik’ tau dikalangan orang-orang Melbourne. Ini semua disebabkan kiteorang duk angkut monopod selfie tu ke mana aje. Agaknya dorang ingat tu tongkat besi mana kutip then letak camera bagai. Pastu paling yakin, duk depan Flinders Station, snap picture selfie. Malu tu memang ada tapi weols kan fefeling ade mak kesah pulak kan? Kat negara orang lah pun nak buat perangai pelik-pelik sikit. Dorang pun gelak-gelak, tunjuk-tunjuk bagai kat kiteorang. 

Siap ada sorang tu, snap picture kiteorang yang tengah bersakan duk selfie sendiri. Punyalah gigih nak jadikan bukti bahan umpatan. Eh? Hahahha…PakNil siap cakap memang kiteorang femes sekejap kat bandar Melbourne ni. Maybe dorang tak pernah tengok kot hadik-hadik Malaysia beraksi gituuuu. Tapi, yang paling best, siap ada tanya mana kiteorang beli benda alah ni. Aisey man! Kalau tahu, memang bawak stock banyak-banyak and jual kat sini. Haruslah jual dalam DOLLAR kan? Balik Malaysia naik Business Class la Cik Pora siap 30kg guni Cadbury chocolate meks angkut yaaa. Oh melepasss! Dah jangan duk angan-angan Mat Yo. Jomlah layan dulu gambar #selfie kiteorang kat Melbourne *suremuntah*



Keluar je dari airport terus posing maut dengan tongkat sakti

Tunggu StarBus yang hawau tu pun sempat lagi hokey

Time duk sibuk coverina selfie dengan PakNil, tetiba pakcik datang warning weols. Hey, marah meks ke? AWASSSS uols!

Pakcik tak kasi kat dalam, weols boleh je snap-snap kat luar kan?


All of us depan Federation Square pulak


Effect tepi tu katanya wide lense – macam-macam teknologi dah bawak. Cantik ke tidak, terserah gituuu


Yang belakang jangan duk interframe jugak hokey


Me and Tengku Albaniah Muhaya Sakusen dari Kuala Namu yang sudi join trip Mak Jemah


On the way to catch tram uols


Masa sungguh menceburui weols di Melbourne. Jadi, untuk next activities – Victoria Market and DFO. Shopping sakan gile hokey. Memang awesome sale! Elok pulak nak dekat Easter, meks memang heaven teroks! Lepas shopping, terus sesat. Tak reti nak balik Malaysian Hall (MH) uols. Nasiblah orang Melbourne ni sejak azali dah suka membantu orang-orang yang yakin sesat macam kiteorang ni ha. Lama jugak ye. Ini semua sebab tak pernah amik jalan local kekdahnya. Salunya, duk hafal dari Flinders Station je. Ha ni, terus semua carca marba. Akhirnya, sampai jugaklah kami kat MH yang semestinya ada sentimental value sikit bagi aku. Rindu siot tempat ni. Memang sesuatu sangat bila mengenangkan semua memori last year kiteorang kat sini. Ching kuat neyyyy!


4 of us dalam tram to Victoria Market


Suka suki depan Victoria Market


Fresh vege


Murah ke tidak tu?

Aksi orang Melbourne tak?

4 of us beraksi pulak


Crown Melbourne

Ayuh berjalan ke DFO yang meletop-letop sale die


Berjalan di sekitar wharf

Bestnya boot camp kat tepi tasik di tengah bandar


This nice restaurant makes me cray cray

Sampai je di MH, kami disambut oleh PakNil since tadi die balik after Victoria Market untuk selesaikan urusan kerja beliau. Malam tu, Roasted Chicken Rice menjadi santapan makan malam. Memang letopssss! Rasa homey gitu. Tepat 8.30pm, PakNil dah tolong call-kan taxi untuk pick up kat MH. Katanya lagi senang sebab amount yang kami bayar kat Starbus sebenarnya sama sajok macam bayaran taxi tu. Siap jemput depan MH lagi. Punctual hokey? Bayaran 70AUD per van.

Tips : Anda boleh call Maan at 61423046377 for booking/ enquiries


Berlalunya kami naik taxi, maka bersiap-sedialah untuk ke airport pulak. Terima kasih sangat-sangat kat PakNil yang jadi host kiteorang for this trip. Jasamu ku kenang sampai bila-bila. Jangan lupa, if balik KL, kiteorang pulak fefeling jadi host. Wah gituuuu! Sampai di airport, kami terus claim luggage kat Smart Carte. Semuanya selamat sajok. Mari siap-siap check in pulak kat kaunter Jetstar. Staf friendly sangat even penat duk melayan request macam-macam from kiteorang. Dapatlah kami duduk dekat-dekat since staff Jetstar yang memang bagus gile service, tolong arrangekan untuk kiteorang. Even budget airline, but it’s not excuse for you to ‘mesra duit pengguna’ instead of mesra pengguna.


Waiting lounge


Check in dulu

Ini muka nak tido dalam flight


Dan flight malam tu slightly better compared to last night. Take off and landing, both smooth. Ha motif tak duk cite cam gitu. Fobia uols! Tepat jam 5.00am, kami bersyukur ke hadrat Ilahi. Akhirnya, berpijak jugak Safura di bumi New Zealand. Konsepnya, impian tercapaaaaiiiiiii! Yay! Tapi, jangan nak happy sangatlah uols. Ni baru airport ye, yang kastam tu apa pulak ceritanya. Memang rata-rata yang pernah visit NZ ada cakap, kat sini die akan check thoroughly tau. Let’s say korang declare something, confirm die akan check kaw-kaw. And kiteorang memang dah bersedia uols. Main key- Declare sajok! Settle. Memang macam-macam yang die akan tanya. Sampai makanan ruji meks, KUACI pun jadi persoalan tau. But, dorang tanya polite giler. So, nothing to worry 🙂


Lepas je segala benda, kiteorang terus amik satu port untuk bersiap-siap pulak. Yelah, kekdahnya, nak meneroka bumi New Zealand kan. Kenelah berwangi-wangian sikit. Oh ya, before that, NZ nie terbahagi kepada 2 bahagian. North and South. Aku memang nak sangat pergi South. So takde la nak sangat ke North pun. Jadi, route untuk hari nie ialah :


CHRISTCHURCH-GERALDINE


Since sampai awal, aku called-lah Cameron (ShoeString Rental Car Owner) around 6.30am. Nervous tau nak tengok kete apa die bagi weols tauuu. Kiteorang pun tunggu lah kat tempat yang dijanjikan and die drive kiteorang ke office die. Macam-macam die explain kat kiteorang termasuklah full insurance coverage pun sekali kiteorang beli. Malas nak pikir. Itu paling penting ye. Selesai segala-gala urusan, kiteorang pun set GPS. Terus drive ke Geraldine. Pilot of the day, haruslah Shima (Kak Mah). Aku sebagai navigator memang berpinor mata duk jaga speed limit die kat situ.


Yay!!!! Sampai sudah di favorite place in ze world


Bersiap-sedialah kita untuk ber-roadtrip


Ala-ala public phone yang meletop teknologi-nya. Nasiblah call Cameron tu, toll free number


Wajah sesuci Subuh di New Zealand


Cameron dah sampai hantar kereta keluarga sangat


First destination = Geraldine Top 10 Holiday Park


Tips : Penting tau korang take down all the accommodation address korang. Buatlah satu document untuk alamat semata if korang guna GPS or Waze di NZ ye 🙂


Nasiblah, driving in NZ slightly better than OZ. Speed limit might varies but relevant gile. Highway-100km/h and city- 50km/h (lowest). Dan cuaca untuk hari tu, memang mendung tak berlagu tau… Hujan gerimis tak sudah sampaikan non hado awan pun. Mungkin takde rezeki lagi nak tengok clear sky ni. Tapi, keep on praying. Mana tahu kan…Dan first stop kami pada hari tue ialah pam minyak. Kalau kat ShoeString, memang die hanya bagi half je. So pulangkan pun half jugak. Minyak yang kami kene isi Premium kaler merah. Mahal la sikit dari ’91’ punya. Time nak isi minyak, korang haruslah ingat yang caranya a bit different from our beloved country. Ha guano tu deh? Caranya, korang kene isi dulu then baru bayar. Jangan nak terus serang kaunter bagai macam kat Malaysia ya 🙂


Tips : Mobil pun murah jugak kalau compared to others. Pak N Save selalunya ada diskaun jugak. Dan time isi minyak tu, aku sempat jugak membeli simcard 2 Degrees kat station tu. Harga dalam 5NZD. Topup 20NZD dah boleh dapat 1GB data. Tapi kena call 233 dulu, hokey!


Jadi, bermulalah kisah road-trip kami di South Island New Zealand. Kami cuba find correct tune untuk driving kat sini. Bukan apa, kite kan masuk kandang sheep, kenalah belajar jadi sheep gitu. Sebenarnya, aku lupa terus untuk singgah kat supermarket tau. Patutnya, singgahlah dulu kat Pak N Save tu. Then, baru start our journey. Tapi apakan daya, dah almost 2 days berjaga, (kalau ikutkan journey KL-MEL-CHC) so everyone dah macam nampak katil je instead. Zombieee terookkk time tu.


Less traffic road to Geraldine


Oh moo-moo! Terus meks ingat lagu, Ibu…Ibu…Engkaulah ratu hatiku


Kami singgah di satu tempat berhenti yang terletak di Riccarton untuk bergambar. Cuaca yang agak gloomy tak pernah membantutkan semangat weols yang sentiasa berkobar-kobar nie. Al-maklumlah, pergi NZ ni pun bukannya hari-hari ye dak? So, setiap tempat yang cantik itu haruslah kite STOP kekdahnya. Habis berposing, kiteorang pon chow pulak ke next destination. Along the way to Geraldine tu, memang berlambak ladang-ladang lembu dan kambing yang terbentang luas.


Kita #selfie dulu kat Riccarton


Sudikah awak jadi anak ikan saya? #ching


Playground kayu ajok tapi terjaga rapi yaaaa


Let’s take a group #selfie


Masing-masing dengan posing New Zealand


Oh ya, bercakap pasal Geraldine, kenapakah aku nak stay kat sini? Sedangkan boleh je if nak stay kat Christchurch tu kan. Lagi dekat dengan airport. Betul tak? Namun, setelah ditatap map yang aku kutip kat Matta Fair last year (gigih ke tidok?), kedudukan Geraldine ni memang dekat dengan Mount Cook, iaitu our next destination. From Christchurch pun, takdelah jauh mana. Bila aku pikirkan balik, baik kiteorang duduk kat tempat yang hampir dekat instead of bazir masa nak drive half day lagi from Christchurch to Mount Cook *too far*. Biarlah kami stay kat Geraldine yang bagi aku merupakan stopover paling tepat!


Okay, bila dah sampai je Geraldine, kiteorang terus diguide oleh Mr.GPS untuk ke Top 10 Holiday Park Geraldine. Kiranya, hidup ber-roadtrip ni paling mudah sebab segalanya berpandukan pada GPS sajok. Since kiteorang sampai 2 hours awal from expected arrival, kiteorang terus ke reception counter untuk confirmkan tentang early check in. Alhamdullilah, elok je kiteorang sampai tu, the cleaner baru je selesai menyiapkan bilik weols. Oh katil, akhirnya kite bersama jua. Letak barang, salin baju, baring and tido terus. So heaven 🙂


Motel kami yang small and sweet


Step in terus nampak katil. Macam paham-paham aje

Kitchen and dining area

Bukak aje tingkap kitchen, nampak view nie


Okay back to katil empok-empok nie *tidooooo*


Few hours later, kiteorang pun bangun untuk activity jalan-jalan dalam Holiday Park and riadah petang kiteorang. Wey, seriously macam duk asrama Bentong gitu siap riadah sakan. Padahal dulu, aku lah yang paling pemalas nak buat segala benda time petang-petang. Tapi, berlainan pulak bila ada fefeling New Zealand ni. Laju sungguh siap-siap untuk berbasikal kononnya. Segala urusan sewa menyewa kami refer kat reception. Hanya 5NZD sahaja dikenakan untuk seorang selama 1 jam. Paling murah hokey! Dan sesuai lah dengan keadaan basikal die yang membuatkan kiteorang terasa macam Azizul Awang sangat petang tu *pocket rocket woman katanyaaa*


Jiran kiteorang warga emas yang travel ala-ala double date gitu. Dorang naik kereta nie tau. Suweeetttt ke tidak?


Cute playground


Caravan area


Vintage car and this motel adalah PURFECTTTT combo!


Meks fefeling jejalan menuju puncak


Ha pilih je mana satu idaman kalbu


Dan bermulalah kayuhan pertama kami berempat di Geraldine. Sememangnya tempat ni adalah town yang agak kecil di mana kalau ada 1/2 jam tu, korang dah boleh cover jugak town die siap masuk 1-1 kedai lagi. Time kiteorang keluar petang tu, banyak kedai-kedai kecil dah pun tutup. Nasiblah ada Fresh Choice kat situ. Ni ala-ala Carrefour la jugak. Habis je round town. Kiteorang return basikal and terus jalan kaki untuk beli barang dapur kat Fresh Choice. Chef kiteorang untuk malam tu ialah Kak Mas. Sementara Kak Mas dan Shaz memasak, aku dan Kak Mah menjalankan tugas sebagai Minah Laundry. Baru aku tahu yang laundry ni adalah benda paling bosan kalau korang kene duk tunggu je kat bilik tu. Agak jauh jugak if nak jalan ke bilik in between tu. Ditambah pulak dengan kegelapan malam. Meks rela berbosanova kat situ!


Masuk bengkel dulu sebab tayar tak cukup nak menampung lemak orang Malaysia. Eh?

Naik beskal siap pakai helmet, mafla, sweater? Ha, only in New Zealand ajok


Kite posing sikit before speed ala-ala Abang Rocket

Paling meriah-uols kalau nampak pokok berkaler-kaler


Ada gaya Kak Hezlynn pergi cycling ke tidak tu? *jangan marah ye Hi Hi Bye Bye*


Stop kat rumah local untuk amik gambar & sambung our journey jejalan

Jumpa friendly locals and #selfie jugak. Tema trip kali nie memang “Let’s take a #selfie”


Jumpa this autumn-est place in Geraldine. Orang kat sini buat dek je ngan view gini. Weols? Menggilaaa weyyyy! Non-stop snap snap


Rumah FOR SALE, interested? Call Hartanah Cik Pora


Waste place for caravan a.k.a baby gajah


Return our bikes and jalan kaki pulak


Susahnya nak nampak manusia in Geraldine nie

Fresh Choice Geraldine

Ha pilih barang apa nak beli


Read instruction before do the laundry


Dryer kat sini kurang kering uols. Baju kena jemur manual ala-ala rumah kongsi tau

Bosan.Boleh.Tertido.


What I love about New Zealand, FREE Maps everywhere


Kat sini ada orang letak novel Melayu tau. Bangga meks ramai orang Malaysia sampai sini


Our dinner

FREE Susu for me before tido. Bangun-bangun nasib tak lembu


Habis laundry dan dinner, tibalah masa untuk kemas segala barang. Masukkan apa-apa yang patut dalam bag especially segala bekalan yang ado. Phewww! Susah jugak hidup pindah randah kalau jenis macam aku yang mengangkut segala macam benda dari Malaysia. Memang tak layak langsung masuk category backpacker. Kan?


Malam tue, kami tido dengan lena selepas beberapa hari tak jumpa katil yang empuk. Dan sepanjang kiteorang kat NZ, tak kirelah motel ke, hostel non hado ke… Semua katil empuk sokmo. Terus malam tu fefeling Nee-lo-pak, jurucakap King Koil segala tau. Tido nyenyak sekali di New Zealand, oh so awesome! Esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke Mount Cook pulak. Kalau korang pernah tengok movie Walter Mitty, korang mesti akan suka gile area sini, sebab saling tak tumpah dengan Iceland….And katanya, jumpa Mat Salleh pandai cakap Melayu and muka ala-ala Sexiest Man Alive, Adam Levine okay. Nak tahu cerita lanjut, silalah tunggu next entry. Daaaaa!

29 thoughts to “Budget Trip ke New Zealand (via Melbourne) Part 1”

  1. Omg cik pora bestnya ur trip..yg mount cook tu wishlist ayu jugak tapi xde bajet nak pi hahaha..ok cpt2 hupdate nk nengok mount cook n kembor adam levine 😉

  2. alaaaa awak dah sampai NZ..! jelesss! haha! bape bajet ni? alamat takleh fokus tgh kat office, nnt kite nak bace balik, best best! ^_^

  3. Hi…

    Bestnya NZ!! Berapa hari awak kat NZ ek? Saya ada jugak nak plan pegi NZ ni…tp tula x tahu la lagi tahun bila.. kalau dah macam ni gayanya seronoknya…boleh la saya start for my next trip next year!..hehehe

  4. Hi babe. sangat excited baca your entry pasal NZ n OZ. hujung bulan ni sy ke sana. tapi transit lama di melbourne.. so ada byk persoalan ni. how can i contact u? ur help is really appreciate. : nancy , sabah

  5. hi..

    sorry tumpang iklan. me n my 2 other female frens are looking for another 1 or 2 pax (female of course) to join our nz trip march 2015. we are planning to tour south island by motorhome. ada yg minat x? blh ctc via email another.estella@gmail.com.

  6. Hi there 🙂
    Rasanya guna debit card jugak. Saya guna yang Tune Money tak silap. Try je guna. For itinerary sebenarnya saya takde yg in proper format. Semuanya compile dalam story kt blog je 🙂

  7. hi saya nak tnya.. custom check time arrival tu lama tak? sbb dengar cerita complicated.. sbb saya kene catch domestic flight after that, takot tak sempat je..you buat list of declared goods tu untuk makanan je ke or semua barang you bawak? kalau buat list tu mmg dia tak check our bags ke?.. thank you

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *