Budget Trip New Zealand : Finale! (Tips dan Budget ke New Zealand)

Oh finally! My last entry for New Zealand trip. Cepatnya masa berlalu kan? Macam tu jugaklah masa aku kat sana, macam baru je landed in NZ…tup tup, nak balik dah? Aiyooo, meks tak ready ney! Jangan ngada temanyaaaa…Dah, jom kite sambung menyambung ceritaaa weols :

Kami bergerak agak lewat pada pagi tersebut sebabnyaa takde apa pon yang nak dikejar di Franz Josef. Kami hanya akan lepak satu malam sahaja di Top 10 Holiday Park. Jadi, kami akan berehat-rehat fefeling anak orang kayopppp sajok! Oh di Franz Josef tu ada apa pulak? Okay, kat sini memang sesuai untuk orang yang nak buat aktiviti Glaciers Walk, naik helikopter tengok glaciers dan sebagainya. Untuk kami pulak? Senang sajok, no money no talk. Mahal sangat pun. Lagipun, dah puas kan tengok iceberg time kat Mount Cook?


Perjalanan dari Wanaka ke Franz Josef mengambil masa 4 jam sahaja. Selesai urusan check out, kami terus masuk ke highway dan sepanjang perjalanan kami ditemani macam-macam view wakkkk! Macam taknak tido even sesaat sebab kami melalui view yang berlainan untuk setiap tempat. Inilah uniknyaaa kalau buat roadtrip di negara orang. Mulalah perasaan compare-mengompare tu berlaku. Oh negara kite gini, negara ni gitu. Apa-apa pon, negara Malaysia tetap di hati, lantaklah nak cakap apa kan?


View sepanjang ke Franz Josef



Nie kalau kat Malaysia dah ramai memancing nie ha


Berbukit bukau di sana sini


Tapi air tetap biru meletops!

 

Tidak lupa jugak pada rumput menghijau
 

4 jam berlalu dan kami akhirnya sampai dalam pukul 2 petang di hotel terakhir kami di NZ iaitu Top 10 Holiday Park Franz Josef. Keadaan di sini agak sunyi berbanding holiday park yang lain. Tak semeriah di Te Anau. Pekerja yang sudi melayan kerenah kami berasal dari Italy. memang orang Italy suka betul NZ ni kan? Aku agak sajookk! Bilik yang kami booked memang besar giler kot. Dah macam boleh buat 6 orang. Selesaaaaa habis uols.

 


Katil kami di Franz Josef


Holiday Park yang sunyi sepi


Playground untuk kanak-kanak riang
 

Lepas bersidai-sidai di dalam bilik, kami teruskan pulak dengan projek SYAWAL kami. Ha, itu nanti meks post kat sini tau. Tunggu jangan tak tunggu yeee… As for now, kite surprise dulu tau.

Kami ada juugak berjalan-jalan di pekan Franz Josef yang agak jauh dari holiday park. Tapi di seini memang takde apa yang menarik pun. Temanyaaaa, sini memang pekan mati. Pasaraya paling gah yang ada pun FourSquare, which is bukan application check in merata tempat nak bagitahu orang tu yeee… This one memang nama pasaraya they ols! Disebabkan kebosanan yang melampau, kami pulang sahaja ke holiday park untuk rehat dan makan malam.


Kat sini banyak gak activity yang korang boleh buat. Namun, bila mengenangkan budget yang ciput, kami rela bersidai-sidai ajok!


Hotel di sekitar town Franz Josef


Since barang pun dah nak habis, kami hanya buat mushroom soup sahaja sebagai dinner and cicah dengan roti. Kenyang siot! Then, aktiviti seterusnyaaaaa adalah, kemas bag! okay, ni paling aku tak suka yaa. Aku memang choy dalam nak minimize kan segala berat yang dipikul, apatah lagi dijinjingggg. Memang hawau! Tapi, apakan daya, kite naik flight marhaen ajok. Baggage pun kene bayar sendiri kan, so redha itu harus!


Fefeling omputeh, supper buah-buahan atas katil


Kami hanya bermalam di Franz Josef seperti di tempat lain jugak iaitu 1 malam. So, keesokkan harinya, kami bergegas pulak memandu pulang ke Christchurch. Ianya merupakan bandar yang tidak sempat kami jelajah pada hari pertama kami tiba. Jadi, kesempatan yang ada kami gunakan sebelum pulangkan kereta pada Cameron. Dari Franz Josef ke Christchurch, perjalanan adalah 4 jam ++.


Tetapi, sekali lagi, Mr. GPS buat hal gi bawak masuk jalan lama yang seriously seriau kiri kanan hutan. Apooolaaaaa? Ni mesti kes takut rindu kami sebab weols nak balik Malaysia dah? Memang hawau! Tak payah pakai GPS pun takpelah kat NZ ni bagi aku. Sebabnya, signboard dorang lagi perfect kot. Sengsara jugak nak keluar dari jalan lama ke highway. Bukan apa, jalan tu agak seram dari jalan sebelum nie. Jangan orang, kambing pun non hado. namun, alhamdulillah, we managed to get out from that road.


In between Haast to Christchurch, you all akan lalu Arthurs Pass tau. Okay, jalan kat sini sangat meletops! Gunung ganang besar-besar bagak di kiri kanan korang. Jalan pulak smooth je. Memang rasa cam dalam movie gitu. Cumanya kat sini, kurang view point die. itu baru jalan menuju ke situ. Dengarnyaa… Arthur’s Pass National Park lagi bombastic! Mungkin untuk yang suka hiking, you all should check this out 🙂


Kena berhenti dulu untuk bagi laluan kepada moo-moo


Moo-moo ni cepat sikit boleh tak?


50km/j sajok. Toksah nak lebeh sangat


Sila perlahankan kenderaan anda


I love this view…Die ala-ala cam nak ke bukit sana kan?
 
Bak kata Kak Pah, kudaku lari gagah beraniiii….


Kami sampai di Christchurch pada jam 2petang camtu. Bila dah masuk bandar ni, jalan agak sesak yang seolah-olah membawa kami semua ke alam reality di Kuala Lumpur. Apabila dah sampai je Christchurch, banyak pulak jalan yang ditutup membuatkan kiteorang sesat sendiri dalam town ni. Mungkin aku terlupa yang kebanyakkan jalan di sini dah runtuh disebabkan earthquake suatu ketika dulu. Sedeh wey tengok keadaan yang gini. Seriously, tak dapat imagine kan time jadi tu camner. Yang pastinya, dorang memang tak buat apa-apa pon untuk proses pemeliharaan semula.


Katanya, bandar nie memang berpotensi tinggi untuk kene earthquake lagi. So, ini adalah salah satu sebab dorang taknak buat apa-apa pon. Dan paling sedeh bila time kami sampai, cuaca pun gloomy sajok. Seakan mensempurnakan lagi suasana kat sini. Touching uols! Apa yang kami lakukan di sini ialah park kereta bapak jauh giler. Then baru tahu yang hari Ahad, parking adalah PERCUMA even di mana-mana sajok. Tujuan kami berjalan-jalan di Christchurch adalah sebab nak carik souvenirs. Benda ni bukanlah penting sangat tapi sebagai kenang-kenangan sudah.


nak carik DF souvenirs nie punyalah susah sebab jalan banyak tutup. Memang kene jalan kaki then korang masuk town die. Bila dah masuk tu, korang akan nampak satu kawasan yang macam Central Market. Kat sini korang memang akan nampak WOW! Kedai-kedai dalam kontena berwarna warni tau. So, this is real Christchurch. Terasa lain betul dengan jalan-jalan lain di Christchurch. Tapi kat sini choice die agak limited compared to Queenstown. Aku pun tak sure sangat tentang benda ni as ade yang cakap Queenstown lagi mahal. But bagi aku, sama sajok.


 


Lagi sikit je nak sampai Chrishchurch tapi kene slow sikit


Finalllyyyyyyyyyy!


Bila masuk town barulah rasa traffic jam


Banyak jalan tutup…Stress meks!


Sedeh bile jejak sajok kaki di Christchurch. Terdetik dalam hati, bilakah ianya akan kembali macam dulu? *fefeling local people tak?*


Time jalan-jalan kat bangunan runtuh tu, tetiba ada pulak lorong bangunan yang terpelihara


Graffiti yang sangat kena dengan mood Christchurch


Starbucks Coffee pon…


Jentera sana-sini 


Kami sesat! Tolong kami please


Famous spot yang juga afffected 


Still there


Tak sure batu apa nie


Macam dekat Dataran Merdeka sangat


Lambang kemegahan di situ


Habis membeli buah tangan, kiteorang berjalan pulak ke Pak N Save untuk habiskan dollar yang hado. Tambah lagi chocolate. Then pulang semula ke parking. Jauh hokey jalan! Bila dah masuk ke area church tu, aku terus rasa cam berada dalam set film Terminators tau. Sangat sebijik. Tengok bangunan runtuh sana-sini. Suram bagai. Kalau malam-malam nie, mau tak keluar rumah kekdahnya. Tapi menurut member aku punya kawan punya brother yang keje sini, katanya setiap malam memang dorang ada rasa gegar lagi tau. That’s why kebanyakkan muda-mudi yang asal dari sini, pindah ke Queenstown. Yang tinggal hanya senior citizens sajok.


Diam tak diam, jam pun dah pukul 4pm. Kami janji akan pulangkan kereta pada pukul 5pm. So, time nak pulang tu, 2 orang kene tunggu kat airport, lagi 2 orang kene jalan kaki lepas park kereta die kat office yang terletak dalam 300meter sajok dari airport. Kami turunkan Shaz, Kak Mas dan bag-bag gajah kami di airport. Terus memandu ke arah office Cameron dan drop sajok kunci dalam box. Al maklumlah, hari Ahad, cuti kan? Maka, berjalan kaki lah kami sambil sedut udara NZ for last day.


Alahai, nak say bye bye kat NZ nie wey. Syahdu, sayu dan sendu dalam hati, hanya meks je yang tahu! Flight kami ke Melbourne bertolak pada pukul 8pm. Jetstar memang awesome. Smooth landing and staff dalam tu friendly giler. Kami duduk di bahagian belakang dan mintak seat together-gether gitu. Senang sikit apa-apa hal kan. Oh ya, sebelum sampai di Melbourne, kami memang dah book siap-siap taxi untuk ambil kami di airport. Harus diingatkan, patutnya korang jangan buat camtu. Let’s say flight korang delay, then taxi sana tunggu korang, die akan extra charge. In our case, kiteorang suruh the taxi ambil pukul 12 terus. Even akan sampai kat Melbourne around 10.30pm.


Biasalah, urusan imigresen harus korang ambil kire kan. Untuk barang yang dibawa ke dalam NZ seperti coklat tak perlu dSampai je di eclare. So, takyah la buang masa sangat. Keluar je dari airport, aku dapat SMS dari Maan Taxi. Die cakap die hanya akan gerak if aku dah lepas imigresen. So, aku text die, cakap dah tunggu luar airport. Die terus bergegas sambil tu bagi arahan tunggu kat mana. Naik je taxi, kami tak bayar sajok ikut last charge yang Maan bagi. Tak ikut meter kekdahnhya. Rezeki weols kot.


Untuk di Melbourne, kami duduk di Ibis Budget Melbourne (CBD area) uols. Kecik hawau bilik nie. Tapi selesa la untuk tido 1 malam sajok. Kalau korang brilliant, tak payah datang CBD balik pun. Kat hotel itself ada je hotel. So takyah membazir duit airport transfer wey. Mahal tau! Check in hotel and terus campak bag sambil rehat-rehat. Oh ya, malam ni kami ada date ngan Pak Nil, sebab nak ambil barang-barang yang kiteorang park sementara kat die. Malam tue, die datang bawak Tom Yam kaw-kaw. Fuh! Memang murah rezeki Pak Nil. Dah lah lapar hawau tau. Nasib ngan bekas-bekas tu kiteorang tak makan hehehe…


Pak Nil jugak tunjukkan kami kedai trip ke GOR untuk Shaz dan Kak Mas. Kami berempat naik flight asing-asing. Dorang berdua akan pulang ke Malaysia lewat sehari dari kami. So, kesempatan yang hado digunakan untuk menerokai Great Ocean Road pulak. Oh ya, trip yang Pak Nil bagi tu harga die 69 dollar per person. Kedai die terletak di CBD area sajok, Swanson Street.


Okay for airport transfer ke Melbourne airport esok harinya pulak, kami dah siap-siap call Starbus meletop-letop tu. Weyyy! Service dorang sangat worse eh. Janji dah macam janji yenna yenni macaroni. Lembab! Aku dan Kak Mah tunggu depan Novotel Hotel dari jam 5.45am. Katanya pukul 6am akan sampai. Tapi 6.35am baru nak terjah depan Novotel. Apoooo? Dah lah nak masuk airport pagi tu sangat jem. Memang choy kiteorang pagi tu. DItambah pulak berat bag terlebeh time kat airport. Aduhai! Sampai tercicir lah bantal aku kat airport. Nasiblah ada yang jumpa kan?


Ni barang kiteorang berdua tau…. If anyone can teach me how to travel light, I will definitely reward you!
 

Kami sampai di kaunter sharp before pintu AirAsia dibuka. Naik je flight terus layan tido. Aku bersyukur sangat dapat flight siang. At least, dapatlah hilangkan perasaan trauma meks! Before landing, ada orang celebrate Birthday tau. Terus terpikir, kalau mintak pasang lagu Happy Birthday nie, kene bayar tak? Just curious!

Berpijak je di bumi bertuah Malaysia, saya rasa bersyukur sangat. Impian tercapai. Diri selamat! Yeehaaaa...bucketlist since kecik dah boleh tandakan besar. Thanks to Kak Mah, Kak Mas dan Shaz yang sudi join trip terlajak laris meks ni. Diharapkan segala tips yang aku bagi pada entry sebelum nie dapatlah membantu korang yang mungkin tanam impian macam aku. Ingat wey, dream.believe and make it happens. Insyallah, korang pun akan ada peluang untuk lawat NZ yang bagi aku sangat sweet. Molek sajok uols!


Nie nak share sikit cost kiteorang di sana :



p/s : Aku terlupa masukkan cost untuk activities aku di Queenstown – Paragliding and luge+gondola. Here you go – Paragliding (RM600++) dan gondola + 3 luge rides (NZD45).
 
Budget kami di Melbourne (Kak Mas and Shaz kan stay extra 1 night + ikut tour pergi Great Ocean Road, so aku masukkan sekali sebagai reference) : 

Sedikit tips untuk panduan rakan-rakan yang ‘memasang angan-angan akan jadi kenyataan’ ke New Zealand :-

  • Kalau masuk NZ and bawak foods and ubat-ubatan, please declare. Tak rugi pun declare. Because dorang memang akan check betul-betul. Even kasut yang ada mud pun dorang akan masukkan dalam plastic then check macam dalam makmal hokey. But dorang very nice. Tak de pun marah-marah ke apa ke. Don’t worry!
Sampai sajok di Christchurch Airport
  • Dulu Milo 3 in 1 takleh masuk kan? Time aku tanya kat orang Malaysia yang bawak dari sana, die kata lepas. Sebab pagi tu, die breakfast minum Milo from Malaysia.
  • Print siap-siap tiket balik korang ye. Sebab time kami kat airport, die mintak untuk reference. Takutlah tu, meks nak tinggal sana terus!
  • If masuk NZ from Melbourne, memang kene isi form visa tu over and over again. Keluar masuuk, 2x isi. 
  • Driving kat sana slightly better than Australia. Max speed limit – 100km/ j kat highway. Lowest in town is 30km/j but in average 50km/ j. Lebih 3km/j dari had laju yang ditetapkan, terimalah surat layang from abang polisi.
  • Untuk pilot and co-pilot, bila tengok jalan kat NZ, uols confirm rasa nak speeding or mengantuk (even worst). Jadi, silalah bawak segala macam CD ke sana. Or check dengan car rental dulu, ada tak tempat sumbat MP3…So takde lah korang melilau ngantuk. Ini kalau co-pilot pun tumbang lena dibuai mimpi, pilot tu cane pulak?
 
Music streaming itu harus ada sebagai peneman saya untuk hiburkan Kak Mah & rakan-rakan
  • Untuk bridge signboard, selalunya korang kene belajar tolak ansur sikit. Tengok signboard mana satu jalan dulu dan tunggu turn korang ye.
Signboard yang senang jeewwww…eceh!
  • Kalau perlahan, please bagi signal ke kiri and himpit sikit ke kiri untuk bagi laluan pada kereta di belakang. Sebabnya, di NZ korang takleh drive teralu perlahan dan terlalu laju. Mula-mula cam pelik gaklah, but bile korang dah drive and tengok ada kereta slow giler kat depan, korang akan rasa apa yang mereka rasa. Chewah!
  • Beribu kilometer driving di South Island, tetapi tiada istilah toll wujud di sana 🙂
  • Untuk hotel, kalau nak selamat, book siap-siap from Malaysia. Nak walk in memang boleh, tapi tengok pada time korang visit. Kalau Summer, memang non hado ye.
  • Dan untuk yang nak sewa GPS, silalah siap sedia dengan segala alamat hotel ye. Sebab macam holiday park, macam-macam jenis ada, hotel pun nama ada yang hampir sama pulak tu. Better buat satu file untuk alamat hotel sajok. Easy!
  • 2Degrees simcard is the most recommended sebab murah hokey. Kalau beli siap-siap topup and need to dial satu number for Internet package. Jangan on dulu data. Subscribe dulu tau.
  • For activities, selalunya ia depends pada weather tu sendiri. So, before beli, check dulu weather time tu. Normally beli on the spot lagi better.
  • Untuk Milford Sound, korang kene selalu check  online tentang jalan ke Hommer Tunnel tu. Sometimes, ianya akan ditutup due to bad weather or other things. So tak dapat fefeling Kate Winslet dalam Titanic pulak nanti.
  • Lake yang wajib singgah : Pukaki as my no.1 choice. Tekapo, Wakatipu, Wanaka and Te Anau.
Oh Pukakiiii!
  • Recommended route for South Island : 
  • Christchurch-Geraldine-Lake Tekapo-Mount Cook-Queenstown-Milford Sound-Queenstown-Wanaka-Lake Tekapo-Christchurch (free and easy)
  • Kalau yang nak hiking ke…boleh lah kot from Christchurch tu lalu ikut Franz Josef then turun sampai ke Queenstown – Wanaka-Mount Cook-Lake Tekapo-Christchurch
  • For car rental, aku suggest korang try dulu survey cam Apex Car Rental, Jucy dan lain-lain dulu before tanya pasal ShoeString. Amik fully covered insurance please. Dan kalau boleh ambil yang pakai minyak murah-murah sudah. Bukannya korang nak pecut mana pon kat sana. Bak kata Joyah, jaga-jaga ada yang memerhati.
  • My favorite scenic drive, haruslah Crown Range Highway. Please lalu sini. But during winter season hati-hati sikit. Sebab nak kene pasang chain segala bagai. 
Cantik highway ni
  • Spend more time in Queenstown.Too many things to explore. Town nearby pon too cantik. So make it worth okay 🙂
  • Kedai souvenirs yang agak murah DF sajok. Yang lain ade jugak cuma tak dapatlah price yang awesome.
  • Chocolate from NZ tak yah declare if nak masuk Australia. Honey tu aku tak sure. Cuma yang aku confirm tahu, die takleh hand carry. Kene check in.
  • Antara pasaraya yang femes : Pak N Save, New World, First Choice, Foursquare, Countdown dan lain-lain. Semakin kecik town tu, semakin sendu lah pasaraya nya. Harga tengok tempat. Sebab Pak N Save pun takdelah terlalu murah bagi aku. New World Wanaka tetap no.1
New World Wanaka
  • Harga minyak di sana berubah-ubah tengok pada brand. Selalunya aku isi Caltex, Mobil dan kalau dah takde sangat nampak je, isi terus. Kalau ke Milford and Mount Cook, pleaselah isi full terus. Jangan ambil risiko!
Sekian sajok cerita aku di New Zealand pada April 2014 yang lepas. Jika ada apa-apa yang dapat meks tolong, aku akan tolong jawabkan. Sila tinggalkan komen di bawah ya 🙂
 
 

18 thoughts on “Budget Trip New Zealand : Finale! (Tips dan Budget ke New Zealand)

  1. Nice blog
    Memang jadi rujukan utama saya utk gi NZ 🙂
    Emm… peralatan memasak macam mana ye
    Cth: nak masa nasi ok tak kalau bawak periuk nasi letrik kecik dari sini..
    Pisau bagai depa dah sedia lah kut sana
    Takut pulak nak bawak pisau hiris buah2 etc masuk beg naik flight – cam x lepas jer

    Emm… saya pegi 1 – 8 jun
    Dah snow ke
    Leceh pulak nak pasang snow chain bagai tu nak lalu ikut crowne range
    Ni lah 1st time dengar snow chain 🙁

  2. tips for saving on flight dari KL naik Airasia X to Melbourne and from Melbourne naik jetstar to NZ..but always book early during promotion/sale period…total for all flights can get RM1500

  3. Wah! Terubat rindu pada NZ.

    Dulu masa pergi tahun 2012 naik flight Air Asia X – Kuala Lumpur – Christchurch Tapi sekarang dah takde sayang la pulak.

    Masa tu travel 2 orang backpacking dari South Island start dari Christchurch, turun ke Dunedin, Queenstown & naik flight ke North Island di Auckland, Taupo, Rotorua, Wellington & back to South Island naik ferry. Kos pun RM7k including duit belanja.

  4. Hi cik pora.nice blog! im coming to nz next week.excited!!
    mmg ur blog jd itinerary rujukan la.hehe
    Juz wonder, how u guys cook?
    nk kene bwk periuk bagai ke. if motel provide takut plak la kan nk gune.

  5. Hi, nak tanya. U beli simcard 2 degrees tu utk subscribe internet ke utk phone call? And kat mana nak dpt ye? Airport chc ada kiosk dia ke? Thanks in adv 🙂

  6. Aw, this was an exceptionally nice post. Finding the time and actual effort to create a top notch article… but what can I say… I put things off a lot and don’t seem to get anything done.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *