Budget Trip New Zealand : Part 6

Call me drama queen but seriously I left part of my heart in Queenstown. Wah gituuuuuu! Wey, rindu giler dengan Queenstown yang aku rasakan macam rumah sendiri bila aku berada di sana. Cuma mak bapak je lah yang takde bagi melengkapkan lagi suasana. But, Queenstown sangat unik bagi aku. Environment yang friendly, view yang…toksah nak habaq mai lah uols. Memang all the time je menawan tertawan kau memang Chef Wan. Boleh kah?

Bagi aku, kalaulah korang memang ada limited time in South Island New Zealand, super please terus datang sini. Kat sini even die macam big city jugak, tapi korang tetap akan nampak view yang cantik macam dah hampir buat road trip around South Island. Bombastic tau! Itu aku cakap kalau tak cukup masa. Tapi, ruginya lah hai. Datang jauh-jauh and kejap je spend time kat sini. At least 10 days hokey. Then, you will fall in love all over again with my baby NZ.


Okay, cukup cukup sudah berdrama swasta kat sini. Marilah kite sambung kembali soseh-soseh di Queenstown. Dengarnya, Cik Pora terbang bersama Mr. Italiano? Wah, taste International sangat. Baiklah, let’s layan :


Pagi tu seperti biasa, aku akan bangun awal dan terus menuju ke dapur. Biasalah, bila hidup berkongsi dapur nie, kenelah pandai buat strategi. Sementara dapur tu kosong, takde orang guna, kite pun apa lagi, Chef Alexander lah. Ting tang..ting tang duk memasak breakfast. Partner aku pagi tu, Kak Mah yang sudi potong-potong bawang dan bahan lain untuk masak Hey Nasi Goreng… Sambil-sambil tu, buat jugak Toasted Egg sandwich sebagai menu tambahan. Ahaa…barulah East meet West gitu.


Elok tengah nak mula masak nasi goreng, chef asal kami, Kak Mas masuk ke dapur. Jadi, lebih afdal aku serahkan semula task memasak tu pada beliau. Even campak je bahan yang tersedia tu dalam kuali, tapi aku tak yakin. Kang campak-campak, ada pulak yang tak jadi terbang and lompat ke bawah…Eh?


Siap semua, kami terus amik port kat luar yang memang dah tersedia kerusi dan meja menghadap view tasik Wakatipu! Subhanallah, even perut lapar tapi bila tengok view ginie, korang rasa, acane? Kunyah roti pun rasa cam tak kunyah tau. Cantik sangat. Elok pulak si Jimmy the Cat tu datang duk ngendeng makanan weols, memang terbaeklah aku shot sekali die masuk dalam gambar. Die pun posing takmau kalah. Persis model plus size gitu.

 



Jimmy, what are you looking at? Our food kah?

Kalaulah setiap hari dapat breakfast tengok view camnie, what do ya think?
 
My favorite bread there, Vogel Vogel Vogel 🙂



Settle ber-breakfast, kami masuk ke bilik dan mandi untuk keluar berjalan ke bandar. Semalam Luis dah pesan yang kiteorang perlu berada around 10am kat depan office SkyTrek. So kenelah ada at least 15 minutes before departure. Even hanya aku dan Kak Mas sahaja yang akan ber-paragliding, tapi Shima dan Shaz pun ikut sekali untuk bagi moral support kekdahnya.


Sampai di kedai tersebut, kami pass all receipts dan dorang akan timbang berat badan kite sebagai rekod. Habis ber-timbang-timbangan, kami perlu tunggu van yang akan bawak kami ke tempat untuk terbang. Time kat kaunter, sempat jugak kiteorang tanya yang boleh ke Shima dan Shaz ikut sekali? Tapi, menurut kakak kaunter tu, van tu dah tak muat untuk sumbat extra people. Alahai, terpaksalah Shima and Shaz tunggu kiteorang kat kedai tu je. Takpelah uols, even tak ikut pun, doa uols tetap mengiringi kami. Wah, feeling habis!

Berjalan from our hotel ke town
Sambil menikmati The Remarkables
 
Tasik Wakatipu
 


Van tiba tepat pada masa yang dijanjikan. Kami pun terus menuju ke lokasi yang diberi nama Coronet Peak? Familiar ke tidak tu? Yang penting bukan Cornetto ice cream tu ya. Ahaaa.. tempat ni merupakan tempat untuk bermain ski yang famous di sekitar Otago. Ketinggian tempat nie ialah 1,649. Untuk naik ke atas nie, ada certain kereta sahaja yang boleh dapat access masuk. Mungkin jalan yang penuh curam di tambah pulak dengan permukaan non rata. Haiyoo, gayat sungguh rasanya especially bila van nie duk belok sana sini.


Skytrek Van dah ready nak angkot kami
 
Berhenti sebentar untuk amik paragliders
 
Coronet Peak view
 
Sudah sampai di atas. Yang kuning itu adalah cerun bukit
 

Namun, itu bukanlah alasan utama untuk terus aku rasa rinsa tak sudah. Sebenarnya, aku tetiba je rasa risau nak buat paragliding nie. Semua pilots dalam tu memang nampak yakin and happy je nak bawak kiteorang terbang nie. Tapi aku? Even sempat berbalas senyuman dan bergelak sakan dalam duk layan lawak-lawak dorang, dalam hati nie, hanya Tuhan aje yang tahu. Haish, apa lah Sapoora nie, chillax dah lah wey. Dah bayar tauuuu! Jangan sesekali nak berundur sebelum bermula. Ha nampak ke tak ayat-ayat motivasi pagi meks dah keluar?

Turun sahaja dari van, kami semua terus menuju ke satu padang yang seakan bukit. Hujung bukit tu adalah cerun yang terus jatuh ke bawah tau. Time tu, setiap pilot akan mula berjalan bersama passenger dorang. Kak Mas time tu dah ada pilot yang agak berusia tapi friendly habis. Dalam duk mencari pilot aku, elok pulak seorang lelaki tall, sweet and kacak bersuara, who is my passenger sambil duk mencari-cari. Since aku je yang takde pilot lagi, aku pun berjalan menuju ke arah beliau.


Die senyum kat aku seakan paham yang tinggal aku sorang ajok still takde pilot lagi. Jadi, die pun terus kenalkan diri sambil bukak payung terjun die tu. Aku memang tak kisah lah die ni macamane sekali pun, yang penting die ni tinggi dari aku. Kekdahnya, bila tinggi and gagah sikit dari aku, kire die cam abang-abang yang mampu menjaga hadek-hadek cam aku ni ha. Motif ke tidak tu?


Sambil duk buat sesi berkenalan, die mintak aku be patient sementara die siap sediakan paragliding equipment die. Nama beliau ialah Andrea dan die ni asal dari Italy hokey. Die memang akan datang ke New Zealand setiap 6 bulan sekali untuk bawak orang terbang especially time winter di negara beliau. Weyyy, bestnyaaa! Mek terus tanya macam-macam pasal Italy dan kenapalah die suka sangat NZ which is, sapa yang tak suka kan?


Dalam duk berborak tu, aku sempat jugak tengok beberapa customer yang sudah pun terbang. Aku cam..eh? Baru je sampai kan? Kenapa cepat betul dorang ni terbang? Ke itu demo je…tapi tak naik-naik balik pulak. Aku pun terus tanya kat Andrea untuk confirmkan balik. Dan die pun jawab yang they ols tu dah terbang betul-betul. Oh myyyy…Camne dorang boleh pro giler? Padahal dalam van tadi, mostly cakap, dorang adalah first timer.


Mungkin muka nervous aku ni tak pernah boleh sorok kot…. Terus Andrea cakap don’t worry Safura. I will show you and we practice first before take off. Okay, now aku relieve sikit. So temanya, process untuk korang naik paragliding nie adalah sama macam kapal terbang. Ianya perlu ada dalam kelajuan maksimum dan kemudian sedar-sedar je korang dah kat atas!


Jadi, untuk kes paragliding, korang perlulah ala-ala jalan dulu dan run…run…run… semaksima yang mungkin and bila korang sedar je, tahu-tahu kaki dah tak berpijak pada tanah. Magik tak? Ahaaa…itu baru practice. Before nak mula terbang tu, hati yang nervous semakin memuncak. Aku adalah peserta 2nd last manakala Kak Mas pulak paling last. Keadaan semakin sunyi dan kami pulak kene tunggu angin berhenti untuk mulakan penerbangan.


Sambil duk tunggu tu, Andrea sempat berpesan kat aku dalam nada paling syahdu pernah aku dengar. Safura, please run fast or else you will put us in trouble. Okay, fully noted but tahu tak pesanan gitu memang tak membantu tau uols. Belum sempat digest setiap word yang die bagi tu, terus Andrea bersuara untuk bagitahu yang we’re ready to take off. OMG OMG OMG! Nevesnyaaaa…


Sebenarnya, kiteorang takleh pun terbang lagi sebab angin yang sesuai tak kunjung tiba. Tapi Andrea mintak tolong pilot Kak Mas untuk bantu beliau. So, kiteorang kenelah buat manual untuk teruskan terbang. Time nak terbang tu, die bagi queue untuk jalan dulu dan terus die shout suruh lari. Time aku lari tu, aku dapat rasakan yang larian aku tak selaju Watson Nyambek. Sebabnya kedudukan badan Andrea dekat gile dengan aku, so memang die lah yang lari beriyaaaa…


Before kaki aku tak jejak tanah, lutut aku sempat jugak bersentuhan dengan cerun bukit tu. Ala-ala terjatuh gitu. Takde lah sakit pun cuma terkejut lah seakan nak bersila lah pulak lagaknyaaa. Tapi itu semua kite tolak tepi. Yang penting sekarang, I’M FLYINGGGGGG!!! Depan mata aku sekarang ialah satu view dari atas yang sangat indah. Terlalu indah tau. Tak dapat nak ungkapkan betapa aku bersyukur berpeluang menikmati keindahan Queenstown nie.


Waktu yang diperuntukkan untuk terbang setinggi 4,100ft ialah lebih kurang 10-15 minit. Bila Andrea dah mula adjust segala payung terjun tu, die sempat cakap sorry about my knee and what I’ve done before take off totally correcto. Wahhh! Nasib betul. Jadi, untuk merancakkan lagi penerbangan aku, ayuh imagine ada lagu Parachute by Cheryl Cole sebagai background activity aku ni ha. Ala-ala, I don’t need a parachute, baby if I got you….La…laaa. Fefeling terokkk aku!


Time berada di atas, die sempat tunjukkan permandangan di sekitar Queenstown dari atas. From my view, we can see The Remarkables, Queenstown, Lake Wakatipu and Arrowtown. Die sempat cakap yang kiteorang kene visit Arrowtown yang agak comel dengan bangunan-bangunan lama dan pokok-pokok kat situ. Kemudian, Andrea bagi cue to record our video pulak. Alahai, terus cover-cover muka kat atas. Dan lah mata tak berhenti menangis sebab kuat betul angin kat atas tu. Patutnya pakai transperant glasses macam Skydiving tu. Barulah tak nampak macam aku touching lebeh dalam gambar.


Selepas process record and snap segala moment kat atas, Andrea memperbetulkan tempat duduk aku yang seakan stroller baby dah. Dan die jugak suruh aku pegang monopod GoPro betul-betul sebabnyaaa die nak buat surprise sikit. Surprise apa pon aku tak sure. Tapi, yang aku nampak kami semakin hampir ke arah bawah dan menuju ke tempat landing. Sempat jugak die tunjukkan rumput yang berbentuk SMILEY. Wah, ini memang sweet lah. Kekdahnya macam sambut ketibaan meks turun ke bawah lah neyy. Teheee…


Okay, back to surprise yang Andrea bagitahu tu. Sebenarnya, lepas je die bagi aku pegang monopod, die terus suruh aku pegang betul-betul sebabnyaaaa…Die nak buat aksi acrobatik uols. Die macam turun naik kan parachute tu and aku macam tunggang terbalik kat atas tu. Kalau dah ada dalam keadaan begitu, apa yang mampu aku buat adalah jerit kaw-kaw sambil pejam mata sikit. Seriau tauuuu…Tapi bila dah lama-lama tu rasa cam best uols. Ala-ala naik roller coaster pun hado.


First shot gitu!


And here we are….Muka nevessss terooookkk!


X-X-X pose


Ayuh senyum kepada camera!


Look at the view…I still can’t believe, I did it!


View from the back


Dan inilah yang saya lihat sepanjang ber-paragliding. Indah ke tidokkk?


Okay, last pose 🙂
 
 

This video created for you 🙂
 

Andrea mula bagi aku cue untuk landing ke bawah apabila kami semakin hampir turun sedikit demi sedikit. Padang tu rata habis dan aku dapat lihat bangunan office dorang dari atas. Untuk landing, aku memang dah bagitahu Andrea awal-awal yang aku taknak turun kan kaki langsung. Sebab aku takut injured. Kalau salah letak kaki boleh patah uols. Itu paling meks takut lah. Dats why aku bagitahu je Andrea macamtu, so die boleh get ready untuk landing kan sekali untuk aku.

As expected, landing memang smooth. Sedar-sedar je aku dah kat bawah sambil terduduk terus. Walawehhhh! Pejam and celik mata balik, akhirnya aku memang dah terbang sebentar tadi. Ini real punyaaaa. Lepak kejap ngan Andrea and die bagitahu suruh aku rehat dalam van sebab I might feel a bit dizzy. Tapi, kalau dah dalam hati happy giler, memang takdenya aku nak dengar cakap Andrea tu. Duklah berjalan-jalan, snap few pictures and berlari ke arah Kak Mas yang baru je landing.


Berjaya landing dengan selamat, but let me take a selfie!
 
 
Kak Mas dah landing


Now semua kene kemas segala perkakas dapur


5 minutes later, terus aku pening. Itulah, degil lagi tak nak dengar cakap orang yang lagi expert. Now, terus aku pejam mata and masuk dalam van dan semua passengers bersama pilot akan dihantar pulang ke kedai tadi semula. Dalam van, Andrea  ada tanya samada aku nak beli atau tak memory card yang ada gambar and video aku? Pok…haruslah aku nak beli kannnnn! Gile tak beli tu. Penting hokey. Macam-macam aku duk merapu kat atas sana tadi.


 
Wah, cam tak percaya saya jadi burung apa? Burung apa? Ha, jawab sendiri. Tapi tengoklah terbang dari atas nun di sana
 
Okay, mari rehat dalam van


Traffic jammmmm 🙁


Becos of these gebus-gebus nak melintas


Sampai semula di kedai, kami reunited dengan Shima dan Shaz. Wahhhhh, excited gile cerita kat orang kampung pasal experience buat paragliding. Memang untuk pencinta stunning and spectacular views, silalah datang ke sini dan buat paragliding nieeeeee. Serious tak rugi pun tau. Memang korang akan berterima kasih kat aku lepas korang buat, chewahhhh!


From Skytrek shop, kami terus melangkah pergi ke kawasan cable car pulak. Ahaa, untuk ke sini, korang perlu tanya kat orang-orang di sekitar bandar Queenstown. Sebab die ada satu tangga yang membawa korang naik ke kaunter Skyline nie. Tapi dun worry, jalan die lurus ke atas sajok. Bila dah sampai kat station cable car, kami menyerahkan receipt pembelian untuk redeem tiket. Sebenarnya, if korang nak beli direct from counter pun boleh. Takde masalah hokey. Harga sama sajok.


Dapat tiket, kami berempat beratur dan tunggu turn untuk naik cable car. Yeehaaaa! Masuk sudah ke dalam cable car and melayan la kami view yang selalu kami tengok dalam akaun Instagram orang lain with hashtag #Queenstown. Memang sama yeee. Cantik giler! Tujuan kami naik ke atas nie adalah untuk bermain LUGE dan teman rakan-rakan hardcore kami buat BUNGY JUMPING. Untuk company AJ Hackett, mereka mempunyai 2 main spots for this activity. 1. Kawarau River yang terletak agak jauh dari Queenstown dan 2. Di area bandar Queenstown itself, nearby cable car yang merupakan spot untuk Kak Mah dan Shaz.


Redeem our cable car tickets


For this view
 
And this too


And finally this one jugak


Kalau anda terbang dengan G-Force, korang kene naik dari sini. Even view tak seindah Skytrek but untuk pencinta city, sesuailah di sini. Saya pencinta mountains. Tapi, paragliders kat sini elook-elook orangnya 🙂


Kalau perasan, ada payung terjun di situ


Naked cable car


Dah kite layan view dulu
 
Bila tengok nie, aku selalu imagine, rumah aku kat bawah sana tau. Tepi tasik menghadap The Remarkables.
 
Tadaaaaaa…Cantik kan?


Mungkin hotel kami di area sini kot


Full view 🙂


Mula-mula dorang tengok tempat tu, terus cakap, eh kenapa terjun kat pokok-pokok ni? Alah, mula-mula je nampak gitu. Tapi sebenarnya bila tengok balik, ianya akan menghadap ke The Remarkables. Muka masing-masing dah rinsa bagai, resah tak tentu pasal dibuatnya, nak tergelak jugak aku tengok. Hahaha! Tapi takpe, untuk mengubati kegusaran yang melanda, ayuh kite main dulu permainan popular di sini iaitu LUGE.


Sebelum bermain tu, korang kenelah naik dulu ke bahagian paling atas iaitu di puncak bukit untuk beratur. Dan untuk ke atas tu, korang kene naik lagi satu version cable car yang tiada penghadang cermin gitu. Kirenya bolehlah korang hanya bergantung pada penghadang besi ajok. Before naik tu, sila ambil helmet yang sesuai dengan size kepala dulu. Then baru naik ye. Bila sampai saje di atas, untuk yang baru nak bermain luge macam kami, sila ke platform First Timer.


Nanti dorang akan cop tangan anda dan tandakan pada tiket anda. Harus diingat ye, trek untuk yang first time and second time berbeza. So better ikut sajok arahan yang diberi. Untuk kami, kiteorang memang dah beli siap-siap untuk 3x ber-luge sakan. So mainlah korang sampai puas hateyyy… Sebenarnya senang sajok untuk handle benda alah ni. Takde yang complicated pun. Ala-ala bawak go kart sikitla. And jangan risau, dorang akan ajar korang. Itu yang pasti.


Heading to Luge and Ledge Bungy
 
Wah! Terjun di sini


Ha pokok-pokok kekdahnyaaa
 
Kak Mah in da house
 
Naik cable car nie sila pakai helmet
 
View di belakang kami
 
Tak lama pun naik benda alah nie. Sementara nak sampai, korang boleh lihat view-view yang awesome cam gini
 


Lorong hadek-hadek baru belajar

 

Garisan permulaan
 
 
Meks jadi wakil Malaysia racing kat sini
 
Garisan penghujung

Habis kiteorang fefeling New Zealand drift, kami terus ke kedai bungy jumping. Elok pulak time terjah kedai tu, ada pulak yang tengah ready nak terjun. Sempat gaklah kiteorang tengok dorang terjun. Bukanlah nak berlagak, tapi aku terus terpikir, lohhhh, camni je ke terjun die? Takkan lari sikit then terjun gitu? At least kenelah ada something yang lain sikit selain terjun gini.

Terus aku bagitahu Kak Mah yang memang tak senang duduk dek penangan orang terjun tadi tu ha. Aku pun suggest kat die, cer lah buat Swing Jump yang memang diidamkan sejak dari Malaysia lagi. Elok pulak bila tanya harga, ada pakej murah sikit untuk buat 2-2 jump tu. Terus die say okay dan bayar. ahahahha!  Gile lah jadi paling kaya bila main dengan Dollar nie. Slumber je bayar without think twice. Yeahhh itu die Saudagar Kaya Tengku Muhaya Hasimah dari Paroi.


Kekdahnya, bila nak buat bungy jumping nie, dorang akan tandakan tangan korang dengan marker. Aku pun ade jugak time before buat paragliding tapi dorang tulis berat badan. Yang dorang nie nombor giliran. Bukan main besar macam lembu nak amik turn gi korban pun ado. Aku dan Kak Mas perlu standby di satu tempat yang aku panggil view point. So, dari situ, bolehlah kiteorang record video dorang.


AJ Hackett office
 
Check dulu kalau-kalau anda ada salah satu penyakit kat sini


Sijil penghargaan kekdahnya
 
The platform


Facing this view
 
Kak Mah dah ready dengan 2 lompatan beliau


Information board

 

Perfect location to jump!


Turn dorang tiba dan terjunlah dengan selamat. Mula-mula Shaz yang terjun. Paling excited and happy je meks tengok. Tapi, dalam hati tetap berdoa agar dorang ni selamat lah. Kiteorang paling riuh seperti biasa. Tapi, paling takleh blah bila Shima buat Swing jump di mana ramai pulak penonton yang join sekaki tengok die duk terjun berlainan gaya. Yelah, yang ado semua duk buat Ledge, tetiba ada pulak wakil wanita dari Paroi duk sibuk buat Swing, haruslah semua excited nak tengok. Kecuakkan wajah tetap tergambar even dah habis selamat terjun pun. Jerit takyah cerita lah, paling kuat dalam kawasan. Tapi takpe, kite kene bagi die chance jerit puas-puas. Sebabnya jeritan kali ini bernilai RM1000+++… Mampu ke tidak tu?  *gurau jah Kak Mah*


Nampak aje rendah dari jauh kan?


Tapi kalau dah gayat tu, tetap tak mampu nak buat


Gambar dorang melompat semua facing this view


Yeahhhh! Nampak tak kerdilnya lompatan Kak Mah?


Acara naik semula


Hanya tali ajok! Berani ke tidak tu?
 
Lai…lai…beli cepat segala memori manis anda
 

Kami bersurai selepas Shima + Shaz collect gambar dan video yang dibeli untuk dijadikan bukti kat orang kampung nanti. Kami pun berlalu pulang semula ke town untuk ke kedai Happy Travel. Sebabnya nak cite lah balik experience kiteorang kat Luis tu. Motif kan nak datang semata nak kongsi cerita, ala-ala nak cite kat Abah pulak. Bukan apa, kat kedai die, kiteorang nak guna WiFi FREE sebab nak tambah luggage Jetstar kami. Sebab aku tak yakin kot 20kg hanya untuk aku dan Kak Mah. Coklat je dah 20kg, camne tu? So better tambah je.

Kami settlekan urusan luggage dan terus menuju ke kedai Kathmandu untuk beli backpack. Murah gile kot time tu. Semuanya sale 60%. bayangkan microfibre towel tu beli 2 FREE 1 =3pcs? Bag pulak 50%? Gile ke tidak tu? harus ye beli sebab kat tempat lain, jangan haraplah dapat harga awesome gitu.


Restoran nie penuh dengan orang tau
Awieeee? Kenapa sampai sini dah?

 

Sekitar bandar yang sangat cantik bagi aku


Merah kan daun-daun pokok itu?


Banyak jugak bus-bus persiaran di sini. Tumpuan pelancong katanya


Haaa….Ada yang mampu kalerkan kereta gini?


Beli segala barang, kami teruskan berjalan-jalan sekitar bandar. Tapi, Shaz dan Kak Mas memilih untuk pulang ke bilik untuk berehat setelah enjoy full hectic day in Queenstown. Aku dan Kak Mah pulak plan untuk sambung je lenjan satu hari nie sementara hari masih muda gitu. Kami berjalan berdua dan singgah di beberapa kedai souvenirs. Pada waktu yang sama kami berada di NZ, Prince William and Kate pun datang untuk buat tour di sini jugak. Jadi, kesempatan yang ada tu,ada jugak kedai yang menawarkan souvenirs gambar dorang berdua. Tapi tak beli pun, nak buat apa kan?


Time kami berhenti di satu tempat tu, tetiba je kami disapa oleh geng-geng Anjuma dari Korea uols. Dorang perasan yang ada tanda number di tangan Kak Mah, then dorang terus kerumun Kak Mah tanyakan pasal Bungy Jumping. Dorang cam impress gile tau. Aku pun nak jugak show off ching-ching sikit. Apa lagi, tayang jugak tanda nombor berat badan meks time buat paragliding. Dorang terus cam arasoohhh dengan aku pulak. Aku pun arasoh balik kat diorang. Punyalah bangga macam kiteorang baru lepas graduate Medic tau.


Bila ditanya, kami dari mana..terus laju je jawab, We are from Malaysia. Die pun tunjuk thumbs up sambil buat muka Wahh! dorang tu. Ye lah nak cakap lebeh-lebeh kang, tak tahu pulak aku nak jawab dalam bahasa Korea they-ols. Dorang mampu balas Malaysia good. Haruslah Malaysia good, kan?


Anjumaaaa di situ
 
View ini diambil oleh Shaz sewaktu pulang ke hotel. Wahhhh!


Mewah sekali permandangan di sini kan?
 
Ayuh layankan alunan piano di tepi tasik
 
Sumbangan ikhlas anda amatlah dihargai


Suasana di tasik


Pemain piano

 

Our favorite cookie shop


Kami teruskan berjalan dan singgah di beberapa kedai sebelum ke tasik. Hari sudah mulai gelap. Kami sempat bergambar kat tepi tasik yang sangat romantik ditemani seorang pemain piano. Alahai, Queenstown, kenapalah uols ni too syahdu? Memang kalau honeymoon, sangatlah sesuai datang sini. Sesuaikah? Ala…Eiffel Tower is too mainstream dah. Why not we go different way pulak?


Since perut pun dah lapar, kami mula mengatur langkah pulang ke Butterfli Lodge. Mengharapkan lauk pauk terhidang di atas meja makan itu merupakan satu angan-angan kosong sajok. Ingat apa? Ini rumah ke? Ahaa…so sampai je bilik, tiada orang kat dapur. Aku tukar baju terus mulakan sesi jadi Chef Ismail pulak malam tu. Kak Mah yang memang setia membantu malam tu tunjuk skill Chef Joe die masak sayur salmon. Kau hado? Siap masak, kami memanggil Kak Mas dan Shaz yang sudah lama berada di dalam bilik untuk makan bersama-sama. Licin uols. Tandanya, tak kire lah sedap atau tak, yang penting ikhlas dalam menyediakan makan malam.


Habis dinner, kami terus ke kamar mandi dan kemas bag sebab esok pagi-pagi kami akan ke Glenorchy, seterusnya check out. Malam tu, kami dah siap-siap berpesan pada chef asal kami untuk plan time so that she can have extra time nak prepare breakfast. Dan yang paling aku suka pasal Butterfli nie, kite boleh letak sajok barang dapur tu kat luar instead of dalam bilik. Jadi, kami biarkan saja barang dapur di luar dan kemas aje baju-baju dalam bag. Esok, habis masak, terus campak je barang dapur tu dalam kereta. Toksah risau mana pun.


Esok kami akan menuju ke Paradise as next destination before Glenorchy. Apakah itu Paradise? Sampaikah kami ke situ? Atauuuu… Wait till next entry 🙂

 

2 thoughts to “Budget Trip New Zealand : Part 6”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *