Bercuti Budget ke Boracay – Part 1

Lamanku BERSAWANG! Oh itu sahaja yang mampu aku gambarkan betapa lamanya tidak meng-hupdate segala stori-mori yang berlaku dalam arena hidup ineyyyy! Apa khabar uols semua? *point mic sikit* Diharapkan sihat-sihat belaka hendaknya. Okaylah, ni nak lah jugak update cerita tertunggak. Pada May yang lepas, aku telah pun melancong ke among the most beautiful island in ze world iaitu Boracay! Dan memang lepas je berpijak di bumi Boracay aku rasakan ia memang layak dapat title gitewww…Sebab apa ni Cik Pora hoi? Ahaaa…meh sini kita mulakan cerita Trip Saya ke BORAKAI! *sebut betul-betul eh, jangan nak slang sangat*

Aku dimaklumkan tentang promosi tiket murah ke Boracay melalui emel yang dihantar AirAsia. Mula-mula tu cam jual mahal malas nak layan. Tapi, kalau seingat korang, Boracay nie merupakan wishlist aku for 2014! Dan bila die bagitahu, tiket nie serendah RM77 sajok! Uols rasa? So, tanpa pikir panjang even time tu tengah duk sibuk plan untuk NZ, aku pun terus beli tiket sehala tanpa pikir pepanjang. Lepas beli, kite peram ajok itinerary tu dalam inbox. Malas pikir, semua duk focus kat NZ.


A month before bertolak, aku survey-survey gak hotel yang ado. Memang banyak pilihan. Kekadang tu rasa cam pening kepala nak pilih yang mana. Tapi lagi sakit hati, bila dah pilih semuanya fully booked. Maybe cuti panjang kot, tu yang ramai manusia pergi Boracay. Nak walk in pun takleh sangat. So apa aku plan, at least book sehari or 2 hari kat memana dulu dan nanti pepandai lah cari (which is turned out to be bad idea). Dalam duk survey tu, tetiba aku terjumpa travel agent :- BoracayBestDeals.com!  Die ni bukan cam TA yang uruskan korang punya itinerary tapi die more to hotel. Sebab kebanyakkan orang sana, dorang tak prefer credit card untuk secure booking. Kalau boleh, dorang nak korang bank in terus. Untuk aku yang sememangnya tak berurusan dengan bank Filipino, agak susah jugaklah nak settle kes booking hotel ni.


Jadi, apa kiteorang buat adalah, emel BoracayBestDeals.com! and choose nak buat payment via Western Union. Mesti tertanya, why don’t we use booking.com or Agoda? Answer = Fully booked and aku yang degil ni tetap nak usaha jugak push orang sana untuk book hotel yang aku rasa berbaloi-baloi iaitu La Carmela. Even mula-mula aku tanya pun die cakap dah full. Tapi tak tahulah kenapa bila die check ada pulak. Rezeki namanya. So Kak Mah lah yang settlekan segala payment kat bank untuk 3h 2m kami di La Carmela.


Ha yakin ke tidak book hotel 3h 2m tapi tiket balik ke KL tak beli? Inilah namanya trip ‘Kasi redah, malas nak kesah’. Lepas settle hotel, kami beralih pulak ke tiket flight yang tak pernah turun-turun harganyaaa. Rasa nak marah! Time pergi memang murah gile, tapi time balik kami kene RM500/pax. Tambah sikit, memang boleh aku ber-ARASOH di Korea sekali lagi. Tapi, takpelah, yang penting segalanya berbaloi dan selamat .


Jadi, pada 30 May 2014, aku, Shima dan Norzi bergeraklah ke Kalibo di mana letaknya Pulau Boracay ini. 2 jam perjalanan memang rasa bosan. Takleh tido. Dengan bunyi gergaji dalam flight time nak take off membuatkan aku gu*ndah gulana. Ceh! Tapi bila dah landing aje di Kalibo Airport, semuanya gelak sebab sumpah gergaji teruk bunyi flight nie. Time dah selamat ramai berani gelaklah kekdahnya!


Okay, keluar je dari pintu kapal terbang, apa yang aku perhatikan kawasan sekeliling adalah kampung-kampung sahaja. Airport kecik gile. Hanya ade 3 airplanes sajok. Kekdahnya, kalau landing, terus kene amik orang yang nak balik KL pulak and take off balik. Takleh parking lama-lama. Nak masuk dalam airport, satu lagi masalah. Airport kecik uols. So, beraturlah panjang giler. Semuanya manual sahaja. Takde autopass ke hape ke. Hindekkkkk! *ha tetiba seru Tagalog dah muncul*. Even, isi borang visa tu pon die pass ala-ala bagi tiket naik bas mini je, time aku dah dalam barisan nak cop immigration. Memang terpaksa tulis laju-laju dan aku tak dapat imagine kalau yang jenis tak aware dengan segala benda, especially kes gini di mana, kalau orang pass visa form tu nampak uols and uols pun jenis suka tanya, die bagi lah. Kalau tidak, so sorrry!


Isi dulu borang dalam plane. Nanti kat airport isi lain punya pulak.
 

Now every Cik Pong can fly


Tiger pun fly jugak ke sini
 

Tips : Ada sesetengah blog cakap yang kite takleh hand carry MONOPOD sebab besi katanyaaaa. Kalau tak korang kene bayar denda bila time scan. Akan tetapi, takde scan apa pon! Ke time kiteorang tu memang tak kene? Kekdahnya, bawak sajoklah MONOPOD tu. Aku rasa lepas je!

Lepas sahaja dari kaunter immigration, terus aku menuju ke booth Southwest yang terletak di tepi pintu airport. Sampai je kene beratur. Dorang ni akan utamakan mereka yang dah buat online booking. So, yang walk in kenelah tengok kalau ada kosong dan dorang akan muatkan. Harga walk in and online sama sahaja. Cuma layanan di kaunter sahaja membezakan kasta uols. Anyway, dapat sahaja tiket, terus kami menuju ke tempat bas yang akan membawa kami ke Boracay. 2 more hours to go!


Tips : Untuk tidak peningkan kepala, ambil sajok transfer dengan Southwest. Bayaran yang dikenakan dah cover semua benda termasuk, airport transfer ke hotel, jetty, bus, boat dan segala island fee yang akan dikenakan. So tak yah rinsa sana sini, bayar dan enjoy sajok!

 


Beli tiket from Southwest


Macam-macam adeeee
 
Simpan segala tiket yang die bagi hokey
 
Ikut arah sini diknun
 

Bus memang selesa. Tak perlulah nak imagine bas metro segala. Ianya more to bus pelancong. Aircond pun nyaman. Tiada istilah lekit or lengit. Cuaca di luar panas giler. Tapi bila bus mula masuk ke kawasan kampung, mata jadi redup je. Pokok menghijau, daun-daun, bukit semua korang akan tengok sepanjang perjalanan ke Caticlan Jetty. Kampung dorang macam orang Melayu. Sebijik. Even ada lagi atap nipah uols. Cuma satu yang aku puji, BERSIH! Laman dorang even banyak daun-daun kering tapi dorang akan bersihkan. Kat sawah pun nampak tak serabut. Pandai gile they ols jaga kecantikkan negara kan?

Tips : Bagi first timer, korang mesti akan tertanya kenapa nama tempat-tempat ni banyak sangat bila nak sampai ke Boracay nie? Okay, letme explain : Kalau naik AirAsia dari KL, korang harus turun di Kalibo airport iaitu airport yang dekat dengan pulau. Sampai di Kalibo, kene pulak naik bus ke jetty yang diberi nama Caticlan (2jam). Dari jetty, boat akan bawak korang ke Boracay (10minit). Ha barulah selesai!

Bus pendek sajok


Suka gile bila tengok setiap negara ade tuk-tuk dengan cara tersendiri


Petron 


Bas memang akan berhenti di hentian Southwest sendiri. Kat sini, kami beli air dan kudap-kudapan sebab perjalanan yang happening harus ada junk food. Wah! Ideologi sendiri. Dalam duk sembang-sembang tu, akhirnya sampai jugak di destinasi seterusnya iaitu jetty. Kat sini, barulah nampak ramai orang yang membuatkan aku excited giler kot. Tapi, time tu dah nak Maghrib tau. Dan tandanya, energy untuk meredah lautan manusia pun dah malas! Dari pagi tak sampai-sampai. Rinssaaaa!

Lake view yang sempat aku snap

 

Kedai-kedai di kampung

 

Hentian Southwest

 

Sawah padi terbentang indah

 

Dah nak sampai jetty

 

Inilah die yang kami nanti-nantikan – Jetty Caticlan

 

Tiket ni semua memang dah diberi time korang beli kat kaunter tadi. So jangan hilangkan!

 

Yang menanti untuk naik boat


Bila pekerja Southwest duk panggil kiteorang untuk naik boat, aku rasa sangatlah bersyukur! Oh akhirnyaaaaaa. Masuk je, campak bag kat depan dan carik tempat duduk. Journey to Boracay from jetty tak jauh mana pon. Only 10 minutes. Even dalam boat dan nampak orang duk buat paragliding. Tandanya nak dekat lah tu. Dalam boat, mata duk tatap kat sunset jeee…Cantik, tapi kejap je. Suasana terus gelap dan sedang elok kami pun tiba di jetty BORACAYYYYYY! Syukur! Rasa nak jerit je. Tapi tak larat. Penat woi!

 
Special lane ke tidak tu?
Peringatan untuk semua
Ingatkan naik ferry tau. Baru fefeling nak berdiri kat deck paling atas!
 
Rupanya ini sajok! Boat kecil.
Last check!
 

Oh beautiful sunset


Kami naik ke jetty dan terus menuju ke kawasan yang diberitahu oleh pekerja Southwest. Jangan risau. Dorang sentiasa adooo. Communication? Don’t worry! Dorang memang tip top in English. Tiada istilah Oh My English gitu… Tapi berlainan issue dengan kiteorang. Sejak dari jetty semua duk speaking Tagalog kat kiteorang. Bukan sorang dua, merata. Cakap yakin teruk! Last-last muka blur dari weols bertiga yang dorang dapat. Katanya, kami persis orang Filipina. Tapi yang belah mana meks tak tahu. Sebabnya sepanjang pemerhatian, orang Filipina memang cantik-cantik uols! Tapi kiteorang, ahaks! Kalau letak celebrity kite dengan receptionist dorang je…Aku tetap rasakan dorang lagi cantik. Dan tak lupa jugak pada abang-abang Filipino yeeee…. Memang indah wajah-wajah mereka, ewah!

Lama jugak kekdahnya nak tunggu transfer service ke hotel nie. Hati dah panas. Badan dah lekit. Perut lapar pulak. Yang nama hotel kiteorang tak sebut-sebut kenapa dah? Lepas dah lama dok nunggu tu, baru lah nama hotel kami dipanggil. Rupanya, kiteorang punya hotel adalah batch yang last. Dorang bagi yang duduk Station 1. Oh ya, hotel kami iaitu La Carmela terletak kat Station 2. Memang sengaja aku pilih yang tengah-tengah sikit. Senang nak berjalan! Tapi jauh hawau kalau nak ke Station 1. Bukan setakat cik keti berkicap, siap kering balik pun boleh! Jauh hokey! Aku tak tahu lah sapa yang cakap dekat tu. Memang ahli marathon kot!

Sampai di hotel, kami terus buat urusan check in dan masuk ke dalam bilik. Nampak je katil, terus aku rehatkan segala otot-otot yang dah longlai tak hengat punya. Memang sehari suntuk duk kisahkan untuk sampai di Boracay nie. Memang perjalanan yang jauh dah penat. Kalau sapa-sapa yang duk sakit pinggang tu, better korang prepare segala ubat-ubatan kalau nak ke sini. Okaylah, buat aku, first night in Boracay, meks duduk lepak-lepak dalam bilik untuk pagi esok yang pastinya awesome gile.

Kami dah sampai hotel dan siap-siap untuk check in

 

Katil yang cukup selesa even bilik nampak gelap sajok

 

Toilet adalah yang terpenting


Time kiteorang sampai di Boracay, barulah aku tahu yang banyak giler party best-best kat sini. Semua activity adalah yang ala-ala Future Music Festival gitu. Mana taknya Steve Aoki siap turun padang meriahkan cuti panjang di Filipino. Katanya, dalam bulan 4-5-6 memang penuh dengan local people yang datang untuk berpartayyyyyy! Baiklah, nanti aku cite lagi di next post yeee!

3 thoughts to “Bercuti Budget ke Boracay – Part 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *