Bercuti Budget ke Boracay – Part 2

Bangun pagi…gosok gigi…cuci muka segalaaaa untukmu wahai Boracay. Pagi tu, kami turun breakfast untuk mulakan hari yang indah tapi breakfast die sangatlah tak best! Aku yang non hado ni pun lagi pandai buat scrambled egg. Lepas bersiap semuanya, aku dan yang lain bergerak berjalan ke Station 1. Tujuan kami adalah untuk mencari hotel bagi hari terakhir kami. Al-maklumlah, semasa book hotel di La Carmella, kami hanya book 3h 2m sahaja. So, hari yang last tu, memang kene cari tempat lain. On the way mencari hotel tu, kami singgah-singgah jugak di beberapa hotel di Station 2 dan 1. Wahhhh! Memang happening giler kat sini. Sepanjang pantai ada sahaja aktiviti yang dorang buat.

Kalau korang event organizer, memang korang cammmm terus nak tiru segala idea yang ada kat sini bawak ke Malaysia. Siap ada sunblock FREE lagi die bagi kat semua orang. Kalau malam-malam boleh lah dapat kondom FREE. Hahahah! Memang segala nya possible di Boracay. Dalam duk mencari hotel tu, apa yang aku perhatikan memang orang-orang Filipino nie friendly. Tak tahu la kalau muka kiteorang ni ada rupa cam kawan-kawan dorang ke yang buatkan dorang senyum macam kenal khennnnnn! Tapi dorang memang tak sombong pun. Sentiasa membantu even muka kacak and cantik habis persis model Mangga, tetap ramah tamah!


Pagi yang terang di Boracay

Eh…eh…Ada photoshoot Mangga ke japgi?

 

Kalau nak breakfast kat tempat lain pun ado
 
Deal jangan tak deal


Antara barangan yang dijual kat tepi pantai


Pelbagai kudapan yang ado


Anak-anak Boracay memang sempoi


Antara tempat yang boleh korang stay

 

Antara gegadis di Boracay


Dan tidak lupa pada view yang indah


Jom rendam-rendam badan


Pokok kelapa, laut membiru, pasir putih memang bukan hanya ada dalam lukisan. It’s real!


Puas dah sebenarnya duk mencari hotel, tapi semuanya full siot. Kami teruskan jugak berjalan even mentari betul-betul di atas kepala. Tetiba aku teringat akan satu kedai Fruit Shake di Station 1 yang katanya famous tahap dewa tau. Kedai nie diberi nama Jonah’s Fruit Shake. Jumpa je kedai nie, alahai penuh giler tau. Dah lah panas, bersesak-sesak dengan semua orang yang tengah duk lunch. PAstu bile nak order Fruit Shake, kene pulak tunggu 25 minit. Memang berlengas-lengas lah muka Cik Bedah duk tunggu di Joyah ni buat air.

Dapat je air yang aku order, Mango Shake, terus ku sedut sampai separuh botol. Pastu terus terasa cam pekat likat manis pulak. Alaaaaa…dah la panas, air pulak camnie, memang meragau lah aku mencari air mineral. Okay, bagi peminat benda-benda manis mungkin korang suke kot air Jonah nie. Harga dalam 8900php ajok. Takde lah mahal sangat-sangat. Masih mampu milik. Cuma bagi aku, aku tidak berapa gemar air yang manis cam gini. Bagi aku, Coconut Shake tetap dihati. Wah, fefeling rindu Malaysia ke tidak?

Topi yang dibeli untuk perlindungan cahaya matahari


Station 1


Signboards yang cool
 
Setelah penat lelah menelusuri segala pancaroba, akhirnya Kedai Kak Jonahhhhhhhh!
 
Ordered this, MANGO Fruitshake *pekat likat melekat* Tak sesuai untuk cuaca panas membahang, air sejuk cukup bagi aku.


Tapi view kat Station 1 memang takleh lawan la
 
Sapa-sapa nak mandi gi dulu eh
 
Kalau korang perasan, pesisir laut die adalah kaler hijau.Ala yang macam garisan tu…Ha itu cam lumut-lumut tau.
 
Time nie, toksah cakap lah panas die camne weyyyy! *Pejam mata, jari gigih snap picture*
 
Tetap cantik


Batu agama dorang
 
Ramai yang mandi even panas die berpeluh-peluh. Dah biasa kot
 
Servis letak sunblock 
 
Mereka yang masih gigih berjalan


Makin pekat pulak kaler lumut tu dalam gambar


Kakak-kakak berjalan


Habang-habang pun


Ini malam kita party 


Memang setup sahaja PEMENANG
 
Okay jom pulang!


Setel bermanis-manisan di Jonah’s Fruit Shake, kami menelusuri pasir putih di Station 1. Pasir memang halus malus, cumanya cuaca sangatlah panas sampaikan aku tak mampu nak berdiri pun. Tetapi, satu je persoalan, pulau manooo yang tak panas uols? Kan? Berlengas habis seluruh badan. Patutlah dorang duk pakai bikini. At least  sikit je kekain yang menjadi penyebab lengasan nie haaaa… Untuk kami, badan tak siap lagi uols. Tapi temanya, dah sampai Boracay. So sapa-sapa yang nak datang Boracay, gi pasang siap dulu badan yang ada hahahahah!

Since misi mencari hotel punah semuanya,jadi kami pulang semula ke Station 2 dan sambil tu duk singgah D’Mall. Jangan tak tahu uols…Kat pulau nie pun ada mall jugak ye. Kecik tapi semua benda adoo. Kalau korang berjalan di sekitar D’Mall nie, korang akan jumpe cam kedai nama Budget Mart. Dia ala-ala 99 Speedmart gitew. Tapi aku suka paperbag die dan kat sinilah korang nak tengok orang shopping pakai bikini. Memang korang akan fefeling I’m in MIAMI beach!


Mall paling meriah kat Boracay


Asalnya aku curik-curik snap picture mamat tu sebab muka die macam Nomad! Then baru perasan nie kedai Hobbit
 
Semua staff die Hobbit *tak tipu*


Wall climbing


Jalan sepanjang D’Mall


Banyak jugak baju-baju dijual kat sini tapi not cheap ya


Mana RM?


Berselerak manusia


Tricycle


Pemandangan depan Budget Mart


Love this paper bag


Favorite shoes 🙂
 
ShareTea anyone? Elok untuk hilangkan dahaga


Keluar dari D’Mall, kami duk jugak tengok-tengok apa aktiviti yang boleh kiteorang buat petang nie. Aku memang ada plan nak ber’sailing’ sambil tengok sunset tau. Impian kekdahnya! Temanya memang nak try jugak benda-benda yang takde kat pulau lain. So, apabila kami disapa oleh abang-abang tepi pantai (memang sepanjang beach ado sajok dorang ni), kami terus bargain harga. Nak kata murah, bagi aku okay ajok! Sebab aku dah malas nak mencari yang lain. So, proceed sahaja lah! Bayar deposit then terus bagitahu tunggu kat mana semua, kami terus berjalan menuju ke hotel dan lepak dalam bilik sambil makan Maggie. Memang heaven sungguh bila dapat aircond. Rehat kaw-kaw punya.

This is cool man! Ala-ala UNO Stacko
 
Ferris wheel pun ade tau


Nak berumba pun boleh
 
Hotel ni sangat sesuai untuk pencinta Art tapi sayangnya FULLY BOOKED!
 
Macam-macam jenis hotel dah masuk tapi semuanya FULL


Lunch time tapi kat sini semua non-HALAL
 
Ramai orang local yang lepak ngan kawan-kawan


 
 
Ayuh kite pulang hotel


Sementara tu snap apa yang kite nampak dulu


Converse tuuuuu…
 
Kakak-kakak Braid


On our way to Station 2
 
Di tengah bandar Boracay sudah


Nestea Party di depan hotel weols….Tapi yang banner ni kat tempat lain 🙂


Air dah nak naik


Awan dan laut


Duk sat bawah pokok, redupppp hoi!
 

Kami dah berjanji dengan BOY (abang pantai yang jual activity) untuk jumpe kat area D’Mall dalam pukul 5.30pm. Siap-siap semua terus berjalan mencari batang hidung si Jerry. Nasiblah jumpa! So, kami pun ikut lah die menuju pulak ke persisir pantai. Time tu matahari dah memang nak turun gitu. Naik je atas kapal tu, terus terasa diri cam nak buat video clip Pitbull. Ha, feeeling terok kan? Tapi, memang best giler tau… Kapal ni akan ikut arah angin dan apa yang kite perlu buat…baring sahaja atas jaring-jaring yang ado. Kuat ke tidak jaring tu nak tampong sado-sado ney? Yang itu aku tak jamin!

Chatime baru je launching time kiteorang sampai. VVIP ke tidak tu?


PULISSSSS! 
 
Kite sambung misi carik hotel balik


Massage petang-petang di tepi laut. YAY or NAY?


Petang di Boracay memang indah tau


Lihatlah, ditambah dengan deko-deko meriah


Laut membiru


Orang-orang yang friendly habis


Abang ice cream


Imagine PD gini?


FULLY Booked jugak eh even gituuu je


Give up dah. Baik gi sailing
 
Hotel ni ada signature tersendiri – Boracay Mandalay Hotel


Tadaaaaa
 
Nesvita bagi free tester…Jom queue
This is illegal! Napa pulak? Later meks cite!


Setiap hotel dah prepare untuk dinner. So discipline!
 
Oh dah nak sunset
 
Bola pantai versi Boracay Girls
 
Kanak-kanak di Boracay yang meminta sedekah 🙁
 
3 shadows

Tapi yang aku pasti, memang sailing merupakan pengalaman yang terbaek! Tenang je duduk atas tu sambil tu duk layan sunset. Bila dah nak sampai ke tengah-tengah tu, tetiba je kapal layar kiteorang macam buat u-turn… Tapi, sunset kat depan! Kita tak sampai lagi. Sebenarnya, trip nie sangatlah kejap gile. No wonder lah murah hanj! Aku ingatkan die akan tunggu sampai matahari tu tenggelam baru kiteorang balik. Rupanya tidak uols. Sebab die memang ikut arah angin. Tahu-tahu je aku dah balik semula ke darat dan disambut Jerry. Pastu Jerry cakap cepat tengok sunset.Matahari die laju gile turun dan hilang. Aku cam nganga terus….Subahanallah, kuasa Allah.

Dorang kene tolak dulu
Fefeling anak horang KAYO


Air TERBAEK!
 
Hello jiran


Abang yang bawak 


This is very nice kan?
 
Hampir dah ke sunset


Tetiba datang lagi satu kapal layar


Dan….Nice ke tak?


Dalam duk pakai balik flip flop tu, aku complaint terus lah kat Jerry, apsal kejap no? Ingatkan lama sebab tadi cakap dalam 40 minit. Ini 4 minit je. Ke aku yang tak paham die cakap? Tapi terasa cam tak puas hati jugak. Then die pun keluar lah ayat-ayat marketing CHING die tu yang aku rasa cam…MALAS NAK KESAH. Biasalah tu, kite bayar pun murah, so aku cam malas nak complaint lama-lama. Matahari pun non hado dah. So bila die duk nak promote segala macam activities lain, memang jawapan ikhlas meks adalah NO-NO. Bukanlah rasa kene tipu ke hape, tapi aku memang nak try book dengan orang lain pulak. Biarlah kite bagi orang lain bisnes pulak kannnnn!

So pada malam tu, kami berjalan lagi di sekitar pantai untuk carik restoran halal dan tak lupa jugak pada hotel yang sentiasa full gilos. Kiteorang pun dah malas nak pikir sangat. Baik kite makan dulu kan. So, untuk mencarik makanan halal bukan lah satu masalah di sini. Dulu maybe but now banyak jugak. Sebab ada 1 kedai Arab di station 1. Kena lalu lorong-lorong sikitlah. Then, baru sampai. Akan tetapi, time kami pergi tu, cam tak de lah teringin pun nak makan Arab. Nak makan ala light-light ajok. So, nampak pulak Nachos! Walawehhhhh! Terus beli dan amik yang paling JUMBO. Sedap weyyyy! Kongsi 3 orang, memang berbaloi. Sambil makan Nachos tu, elok pulak ada Fire Dance. “Habang-habang” pulak tu yang perform, memang perfect combo betul.

Ni ha kedai ARAB yang aku jumpe siang tadi


Bagi aku, dorang nie memang talented sangat. Even, kata orang menari dengan api, kat Perhentian pun hado…. Tapi, dorang buat sungguh-sungguh hokey. Siap dengan attitude. Expression muka toksah nak cakaplah… Beyonce pun tak mampu ye. Dorang tetap PEMENANG! Pakai bikini hokey! Yang paling yakin di antara dewa YAKIN! Aku memang terhibur gitu. Kekdahnya, kalau ada geng jerit, memang aku jerit, “WE WANT MORE”. Marvelles! Kalau korang datang sini, try carik port kat depan hotel kiteorang – La Carmella. Serious tak kisah if tengok hari-hari pun. At least ada jugak benda yang boleh buat kalau bosan malam-malam.

Since harinie temanya, PENAT BERJALAN. So, memang sedang eloklah if dapat katil dan tilam. Tak plan apa-apa pon untuk the next day. But kiteorang pikir-pikir nak go with the flow aje. Takpe, nantikan next post aku untuk ketahui apa yang buatkan kiteorang rasa Boracay is the best pulau in Southeast Asia.

 


***To be continued***

0 thoughts to “Bercuti Budget ke Boracay – Part 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *