Bercuti Budget ke Boracay – Final!

Masih ingatkah anda dengan seorang kakak bernama Amy yang ada aku ceritakan dalam previous entry? Ala…yang kerja dekat Casa Pillar Beach Resort Boracay tu! Kalau tak hengat sila click older post, kalau ingat meh kita sambung stori-mori hokey! Untuk hari seterusnya di Boracay, kami datang semula ke Casa Pillar Beach Resort untuk mencuba nasib. Manalah tahu ada bilik kosong seperti yang dijanjikan. Catwalk berlengas-lengas di Boracay tu dah biasa sebab cuaca memang cantik panas membahang. 

Walaupon Station 3 nie hanya sebelah je dengan hotel weols, namun bila jejalan dalam hangat-hangat begini, buatkan kite akan cepat sangat penat. Tapi gigih je lah kekdahnya. Nak carik hotel tempat berlindung punya pasal kan. Akhirnya sampai jugak di depan reception counter Casa Pillar dan terus carik owner die Shirley. Staff die suruh kiteorang lepak-lepak dulu kat kerusi sebab die nak panggilkan boss die jap. Before duduk tu, silalah intai-intai dulu apa yang patut. Kekadang ada je si hanjeng yang baring buat sunbathing kat atas kerusi lobby die. Dah lah kaler hitam sama ngan kerusi, memang kalau terduduk, mau hilang sebelah bump Kim Kardashian masing-masing.

On the way to Casa Pillar


Station 3 nie sebenarnya cantik and relax compared to station lain


Lihatlah, tenang dan cantik kan?

Lepas ni kalau datang Boracay, memang aku nak duduk Station 3 sajok


Sambil minum air kelapa kat sini. Amacam? Next trip jom!


Hotel ni memang cantik gile tau

Rakyat jelata buat bisnes

Owner keluar dengan senyuman pagi yang paling manis. Dia ni memang ranggi sangat. Genit sajok orangnya. Ha…even aku puji banyak-banyak pun, ianya tidak menjamin bilik untuk kami tau. Hancurnya hati bila die bagitahu guest die still tak confirm pasal bilik tu lagi. So die cannot release it to us. Alahai nasib 3 dara pinggitan seperti kami. Tunduk sedih je lah mampu. Tapi, Shirley tetap bagi harapan suruh kami tunggu sampai petang or malam nie. Die akan inform melalui Amy. 

Eh, cakap pasal Amy, mana wanita itu? Shirley seakan paham je yang kiteorang tengah carik Amy dan die pun terus gi panggilkan Amy untuk kiteorang. Ha kau…Sekali Amy keluar habis bahasa ‘BAH’ keluar terok punya. Macam jumpa orang kampung. Die punyalah risau pasal kiteorang dah makan ke belum. Tapi kiteorang lagi risau pasal hotel tau Amy, hehehe! Die siap tanya ada tak jumpa makanan halal semalam. Kiteorang just bagitahu yang weols jumpa but taknak lah makan situ. Gediks!

Mungkin agaknya muka kiteorang nie ada chop LAPAR SANGAT kot. Die pun terus ajak kiteorang duduk kat restoran die and ajak lunch. Bila dengar je die ajak makan tu, terus tanya, “Kau nak bagi kami makan apa ni bah?” Die pun mungkin paham kot apa yang aku maksudkan, HALAL tetap uols. Die terus jawab yang die nak serve kiteorang seafood je, masak guna olive oil. Actually die ni memang tukang masak pun kat sini and die nak lah bagi kiteorang rasa masakkan die. So, die nak lah jamu kiteorang yang datang dari jauh. Macam sedara wey! Tapi, die siap cakap, korang takyah bayar ye. Okay time tu rasa cam adik beradik terus!

Time tu, memang aku Kak Mah and Norzi rasa bersyukur sangat. Memang aku fefeling macam host rancangan ‘Jalan-jalan Makan FREE’ tau. Ceh! Sebenarnya dalam hati segan sangat nak terima pelawaan Amy yang baik sangat tu. Yelah, kiteorang baru je kenal semalam. Tetiba die jadi so generous to us sampai macam tu sekali. Rasa macam nak peluk je kuat-kuat sebab kau memang terbaek Amy. Kalau Ibu aku kenal kau, mesti Ibu jadikan uols anak angkat sebab uols bagi aku makan kat Boracay tau. Okay, jangan propa nooooo!

Betapa bersyukurnya aku bila Amy hidangkan sotong goreng berkuah olive oil, sayur dan udang tepung yang marvelous. Siap dengan pinggan air segala tau. Ala-ala datang sebagai tetamu sajok. Seriously, kalau time tu Amy suruh aku suapkan die pun, aku rela tau. Appreciate punya pasal! Dah jangan nak duk ‘ching’ sana sini. Ayuh, bersantap kita. Yang penting, lauk-pauk die sedap uols. Kami bertiga memang buat gaya ala-ala Chef Jo, Chef Adu dan Chef Zubir (chop! nak jadi Chef Adu) time rasa hidangan Amy. Rasa sana sini and komen. Tapi takde lah komen rasa nak campak kuali ke kan. Semuanya yang manis-manis belaka! Sebab seriously sedap. Yang penting, kiteorang siap mintak resipi bagai. Which is tak tahu bila lah nak masak tu kannn….

Kiri sekali adalah wanita paling mulia di Boracay #ching. Itulah Amy weyyyy. Baik orangnya!


Sebelah kanan aku tu (dalam gambar) ialah Shirley, owner Casa pillar yang sangat humble


Kolam meletops luas eh. Lawa lagi sini dari hotel kiteorang

Tips : Kalau korang tak tahu nak stay mana and rela untuk jalan jauh sikit, aku sarankan korang stay je kat sini, sebabnya, sini murah and luas gile. Then, dorang ni friendly giler. WiFi pun laju tak macam hotel yang aku duduk. Ada bilik yang berharga RM60, RM150 dan banyak lagi pilihan. So berbaloi tau duduk sini. 

Habis makan, kami offer nak basuh pinggan. Kau mampu datang restoran orang offer nak basuh pinggan tau. Memang Amy tak bagi lah uols. Die kasi layanan tip top punya. Kiteorang siap tukar duit ngan die ye. Yelah duit peso dah habis tau nak shopping souvenirs. Nak tukar RM kat sini umpama kau carik nilai tukaran wang negara Rwanda tau. Punyalah susah. Nasiblah Amy ni ada. Kalau tak mau tak dapat nak membeli apa-apa untuk mereka yang menanti souvenirs seperti biasa.

Habis makan, kami ajak Amy ke D’Talipapa. Rupanya, D’Talipapa ni ada 2 uols. Satu di area Station 1/2 dan lagi satu kat Station 3. Belakang hotel Amy sajok. Die pun sudi temankan kiteorang bertiga ke sana. Tapi, kiteorang hanya beli fridge magnet je kat situ. Sebab yang lain cam tak menariks. Still yang terbaek di Station 1/2. Cumanya, kat sini banyak orang Muslim Pinoy yang meniaga. So, dorang akan friendly bila die tahu kami Muslim jugak. But, korang memang kene explain ye kenapa tak pakai tudung. Ha, itu memang soalan wajib dorang.Get ready!


D’Talipapa Station 3


Bar yang ado


Okay focus balik kat souvenirs
Amy ajak kiteorang lepak kedai Fruit Shake – 101 Shake yang katanya lagi sedap dari Jonah. Wah ini sudah bagus. Maka bergeraklah kami ke kedai yang terletak tak jauh pun dari D’Talipapa. Akhirnya ada jugak kedai aircond yang boleh lepak-lepak. Kami order Watermelon and Mango Shake. Harga sama sahaja dengan Jonah tu. Tapi sini lagi proper. Amy siap cakap, kedai ni local je selalu pergi ye. 

Memang sedap weyyyy! Adakah sebab cuaca yang semakin membahang ataupun kedai ni selesa? Abaikan, tapi aku prefer shake kat sini sebab die kurang manis. Just sesedap rasa sudah. Amy makan ice cream and die belanja kiteorang Brownie Ice Cream. Alaaaaa, Amy ni sweeeet sangat tau. Melting sudah! Tapi die memang baik gile suh kiteorang try ice cream yang yummy gilos kat sini. So, kalau korang rasa Jonah too mainstream, ha apa lagi, mai mai!

Tadaaa….kedai tema Orange


Brownies ice cream yang sedap hawau!


My Mango Shake

Tips : Korang boleh carik kedai nie kat Station 3 sebelah hotel…Warna orange. Sebelah hotel Sands. Nama kedia 101 Shakes!

Habis bersidai, kiteorang mintak diri nak balik bilik even sekarang kami berada di pulau tercantik di dunia. Boleh gitu? Hahahah! Tapi penat uols. Bersidai di bawah pancaran matahari bukanlah sesuatu yang sesuai untuk gadis berasal dari Sungai Gadut seperti aku. Apa tah lagi untuk Kak Mah dari Paroi dan Norzi dari Sungai Koyan…Jadinya, kami rela duduk di bilik untuk berehat di bawah aircond. Petang satgi boleh keluar balik kan.

Kami berehat tak lama pun. Keluar semula untuk carik balance souvenirs kat D’Talipapa. So, sesi tawar menawar tu dah jadi tugas utama Kak Mah kalau travel sekali. So aku tumpang sekaki sajok. Dah beli apa-apa yang patut tu, aku pun merayap tengok-tengok barang lain. Dalam duk survey-survey tu, tetiba orang jerit-jerit cam happy giler. Dah memang sejak azali perangai Cik Pong tu tersemat di hati, aku terus mencari weyyyy!

Tengok-tengok semua kakak Pinoy duk bergambar ramai-ramai ngan seorang mamat botak. Siapakah mamat nie wey? Tapi macam celebrity lah, takkan penceramah MLM kot yang dorang duk semangat nak bergambar sakan pulak. Aku terus berlari menuju crowd tu. Semua duk beratur amik gambar. Mamat ni berjalan ngan girlfriend die. Muka biasa-biasa sajok. Mungkin dah terbiasa tengok yang kacak-kacak, santek-santek kat sini, so celebrity pun dah macam orang biasa sajok.

Aku nak amik gambar jugak ngan die ni even aku memang tak kenal siapa die. Mungkin aku boleh tanya Amy later. Mesti die kenal kot. Artis kan? Haruslah semua kakak Pinoy kenal kan. Tapi, kawan-kawan aku tengah duk sibuk ‘tawar-menawar makcik Langkawi’. Sapa nak tolong. Okay, chill Kak Pora. Since takde sapa nak tolong, aku ada strategi. Aku kene berdiri sebelah mamat ni and pretend aku manager die. Ha, muka pun ala-ala Pinoy mix sikit *verangan*.

Bila aku berdiri sebelah die, kekdahnya semua gambar peminat die ni ada muka aku tau. Memang dari mula sampai habis aku duk sebelah die. Bila pikir balik, kesian jugak kat dorang nie. Mana taknya, mamat tu dah lah ngan girlfriend die, then peminat, ditambah pulak dengan manager ‘gorgon’ kat sebelah. Memang muat-muat jelah gambar tu. Kalau aku jadi artis ni, mesti pelik, siapalah minah sebelah aku ni? Dah lah senyap je, tak cakap sepatah haram pun.

Padahal, Pinoy kat depan kiteorang nie semua kepoh-kepoh wey. Dah macam carnival Jom Kepoh bagai. Namun, segala kekepohan tu aku tepis ye. Aku tetap maintain senyum sebelah die supaya takde lah candid ‘hawau’ akan menjelma di setiap gambar peminat beliau. Semua ini adalah dengan harapan bila dorang upload kat Instagram ada lah muka aku kot. Tapi hampeh, orang Pinoy tak upload pun kat Insta, mungkin di Facebook kot. Hahah! Setelah research sikit-sikit, mamat ni datang untuk wedding #echokim di Station 1. Nama die Jay-R. Instagram die @rnbjayr. Cer lah tengok-tengok.

Habis jadi manager Jay R *propa*, kami terus menuju pulang ke bilik. Barang dah banyak ni wey. Tapi semuanya cantik-cantik. Nak beli lagi, namun ‘peso’ tidak mengizinkan. Akan tetapi, aku tetap nak beli satu benda yang aku memang nak dari hari first sampai sini, iaitu FLOATER ataupun pelampung. Nak jugak tak kire. So, aku jumpa satu kedai ni, tawar punya tawar dapatlah dalam RM35. Pink color lagi. Lantaklah, gegirl sikit di Boracay. 



Jay R dan girlfriend – yang aku dengar, gf die penat, ngadu kat Jay R


Geng-geng Pinoy yang amik gambar berkali-kali. Time nie aku tak interprem lagi

Tips : *Larik topik Jay R jap* Untuk souvenirs DTalipapa Station 1/2, kami beli fridge magnet 5-7 dapatlah dalam RM15. Murah ke tidak? Tak sure sebab die nya magnet besar-besar.

Borong fridge magnet sini memang berbaloi sebab besar bagak


Ni baju untuk anak-anak kecil

Oh ya lupa nak cerita, sebenarnya kami terus check out dari hotel La Carmella pada hari tersebut. Kekdahnya, kiteorang dapat hotel jugak di Station 3. Phewww! Walaupunnnn ye. Harga not bad. Luas jugak temanya. So, bergeraklah kami petang itu ke hotel baru kami. Nampaknya tiada rezeki nak duduk di Casa Pillar. Sejurus lepas kami check in, Amy message cakap ada bilik tau. Tapi apakan daya, kami dah bayar dah kat hotel tu. RM180/night for 3 pax. Not bad. Luas siap Internet laju. So better duk sini dari La Carmella. 

Dengan itu, kami check in je terus letak barang and tukar baju mandi. Nak rasmikan pelampung diva katanyaaa. Bukan Diva AA ye, tapi Diva Borakai sajok. Kak Mah dan Norzi layankan saja perangai aku. Nak buat camne kan, time kecik tak dapat pelampung gini wey. So, inilah masa untuk aku merasa sesuatu yang baru. Bermandi-manda kami di sini sambil posing sakan. Time tu tak kisah dah, nak tan ke, nak ton ke. Yang penting tempat ni tenang. Itu je aku pikir! Balik je dari pantai, kami sambung mandi kolam pulak. Then, baru naik bilik untuk dinner. 

Awal-awal dah janji dengan Amy nak try Paluto. Paluto tu bukan makanan tau. Die ala-ala servis, beli barang kat pasar then datang kedai tu suh die masak. So, dengan adanya Amy, confident sikit nak beli segala ikan, udang, sotong semua. Kalau harapkan kiteorang, memang krik-krik je. Kami tunggu die kat Casa Pillar and bergerak menuju ke tempat naik tuk tuk. Motor die nampak kecik tapi muat ye untuk kami berempat. Memang seronok la travel ada local people gini. Terasa macam duduk lama kat overseas then balik kampung je orang tunjukkan tempat-tempat yang perlu korang visit. Kalau nak berangan tu, mesti nak yang letop je Cik Pora ni. Over!

Turun dari tuk-tuk tu, kami terus berjalan menuju ke D’Talipapa. Nasiblah Amy ada, kalau suh kiteorang gi sendiri, memang aku jalan kaki gigih tau. So, kalau boleh, korang naik je tuk-tuk semua ni. Korang kene bayar time nak turun. Bagitahu dulu nak gi mana, kang die bawak terus ke rumah die, jangan salahkan meks! Sampai di pasar, Amy terus bergegas beli barang-barang. Kami pass duit dan bagitahu yang mana okay je. Yelah, aku memang tak tahu nak makan apa. Aku tahu ikan je, tapi ikan mana kalau ditanya, aku surrender. Tak sempat nak khatam buku Dummies for Fish. Nasiblah, kami ada orang kuat kat sini. Kalau tak, mau dinner Landak Laut Sweet Sour.

Pada malam tu, kami serahkan jugak pada Amy untuk pilih kedai Paluto yang beliau rasakan okay. So, die beli udang dan ikan 2 ekor (saiz besar). Bungkus je segala barang, kiteorang terus bergerak menuju ke kedai kawan Amy. Katanya, kawan die masak bersih dan sedap. So, kiteorang follow sajok. Lama jugak temanya nak tunggu die masak. Sambil tu duk lah berborak sakan ngan Amy. Macam-macam die tanya kiteorang and kiteorang pulak banyak tanya pasal sedara mara die yang kacak-kacak haha! Motif sangat kan? 

Tapi, memang betul pun tau. Sedara-mara die memang handsome gile kot. Semua muka pelakon drama habis. Teruja bila tengok. Tapi tulah, bak kata Amy, kalau nak die boleh kenenkan kat sedara die yang hado-hado tu, cuma kene convert agama die. Siot sungguh! Terus weols tukar topic. Die pun ade jugak cakap, memang kebanyakkan Pinoy nie cantik sebab dah kacuk ngan mat salleh bagai. Tu yang dorang semua ado rupa. Yelah, agama dorang pun Katolik kan? So apa ada hal…


Dalam duk nyembang tu, akhirnya sampai sudah dinner kami. Memang cedok je rasa, masuk mulut, terbaek uols! Rasa semua cukup sifat. Even sedap giler pun, kiteorang tetap tak habis sebab aku rasa macam banyak pulak lauk die, padahal 3 je kan? Maybe sebab besar sangat kot ikan die. So, dah takde sapa larat nak habiskan, kiteorang pun mengundur diri selepas buat pembayaran. Tak silap aku, harga dalam PHP600 after discount uols. Kongsi 3 orang settle semua!


Amoi mau beli ikan apa? *takut betul tengok tattoo die*


Sporting habis mamat nie even aku cakap awal-awal aku taknak beli tau. Nak amik gambar je. Jangan ingat tattoo berlingkaran cam ubat nyamuk tu ganas ye.


Udang pilihan kami


Masalah dunia yang dibincangkan macam Prime Minister dah


Food sampai! 2 ekor ikan 


Dan sepinggan udang yang sedap gils!


Kiteorang berjalan menuju ke pantai untuk carik port lepak-lepak. Tapi, Amy cakap die nak balik hotel sebab esok die nak ke Manila. So, die nak packing apa yang patut then nak gi club, joget-joget. Takpelah uols, pergilah dulu buat apa-apa yang uols nak buat. Kiteorang nak bersiar-siar sekejap untuk habiskan sisa-sisa masa di Boracay. Ah…gitu! Anyway, kami sempat salam-salam Pinoy dengan Amy dan ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kat die yang banyak giler membantu kami. Memang jodoh jumpa die nie. Britney doakan rezeki Amy murah sokmo deyh!

Kami teruskan berjalan-jalan di sekitar pantai and sempat gak singgah tengok acara tari-menari warga Boracay. Hip-hop, Kpop dan tarian tradisional pun hado tepi pantai nie. Temanya, masing-masing berlumba menonjolkan bakat tersendiri dalam suasana yang sihat. Memang tergamam tengok yang menari pakai short main api segala. Buatnya terbakar peha sado itu, tak sayang keeee? Ha, yang itu untuk penari berbadan sado yang pandai bermain api. Aku kagum dengan choreography dorang. SALUTE!


Yang ini aku bergambar dengan abang-abang chef. Dorang habis je shif terus menari sakan. TERBAEK! Nanti aku ada masa aku upload video untuk korang eh.


Live band 

Habis tengok orang berjoget, kiteorang balik menuju ke Oro Hotel dan singgah pulak ke kedai Shake yang Amy tunjukkan tadi. Minum Watermelon shake and lepak tengok-tengok orang. Dah settle hilangkan dahaga, kiteorang pulang ke bilik untuk kemas barang-barang pulak. Anyway, tiket airport transfer telah pun kami beli di ofis Southwest yang terletak tak jauh dari tempat kiteorang tunggu tuk-tuk untuk ke ATV haritu. Ianya terletak die Station 2. Korang jangan risau, kalau tak jumpa, tanya sahaja orang kat situ. Confirm dorang tahu punya. 


Ini office Southwest



Balik hotel. Kemas barang. Tutup lampu and tido. Pagi esoknya, bangun and terus tunggu depan lobby Oro Hotel. Tapi, orang Southwest ni lambat pulak. Risau gile kiteorang takut die tak jumpa hotel. Puas gak aku desak budak lobby berwajah lembut itu duk call ofis Southwest. Akhirnya, selepas beberapa kali die call, orang Southwest muncul jugak di depan mata kiteorang. LEGA habisss eh. Meks taknak tau extend walau sehari lagi kat Boracay even best teruk kat sini. Bukan apa, duit dah takde tau….Jangan nak macam-macam hahaha! Memang trip kali nie, aku namakan trip tercekik. Tu lah ngada sangat, baru balik trip guna dollar, dah gediks nak guna peso pulak. Duk rumah diam-diam je sudah kan?


Segala jenis transportation kiteorang naik, akhirnya sampai jugak di airport yang sendat mendat itu. Memang kaw-kaw nye pack. Ramai sangat manusia. And flight AirAsia memang full gile. Aku dan yang lain tak makan tau dari pagi. Feeling naik flight nak beli Nasi Lemak lah. Last-last hampeh! Nasi semua habis, tinggal Maggie je. Nak tak nak, beli aje lah. Siap stewardess tanya Kak Mah, kenapa ramai jugak orang nak membeli food in-flight ni? Memang die tanya orang yang betul kot. Siap Kak Mah suh AA lain kali bawak makanan banyak-banyak sikit sebab kat Boracay ni makanan halal susah nak jumpa. Tak gitu?


Tiket ni simpan elok-elok please


Bye bye Boracay


Ini tips untuk rakyat jelata Malaysia = Please jangan suruh orang bawakkan baggage korang eh. Sebab nanti dorang mintak tips tau. Jangan korang ingat itu orang boat yang rajin no nak tolong. It’s all about money money money ya.


Naik bas pulak kite jom!


Kalibo airport pulak kite


Tak ready lagi. Sila masuk beratur kat dalam


Mana nak duduk nie? Walaupun penat giler tau


Akhirnya selamat jugak landing di Malaysia tercinta dengan perut yang separuh lapar. Sempat jugak alas perut kat LCCT. Dan itu adalah flight terakhir kiteorang kat LCCT. Memang petang tu bila kiteorang sampai, aircond pun dah non ado. Macam gudang tinggal pun ade gak aku tengok. After this, memang dah takde tau datang sini dah. Semuanya di KLIA2 yang baharu dan sangat convenient. Okaylah, till next trip. Xoxo!


5 thoughts to “Bercuti Budget ke Boracay – Final!”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *