Bercuti Budget ke Boracay – Part 3

Bersambung kembali stori Boracay setelah sekian lama tidak bersiaran….

Even aku rasakan cuti di Boracay hanyalah untuk rehat-rehat dan lepak bersama rakan-rakan (motif ke tak, lepak ajak gi Boracay?)….Tapi aku cam tak nak lepaskan peluang untuk betul-betul menikmati keindahan pulau ni. Wishlist nie beb! Takkan nak take things for granted je, kan? Jadi, untuk hari ke 3, kiteorang memang bangun tido, mandi, breakfast, lepak tepi pantai, tengok-tengok orang, bila rasa bosan, bargain dengan penjual sikit, bayar, siap segala terus gi snorkeling. NON HADO PLAN langsung tapi tetiba rasa bosan gi je tanya abang jual activities untuk membuang masa sikit! Itulah die kalau dah namanya malas nak pikir. But honestly, kalau korang buat benda tak plan and menjadi, feeling tu akan jadi lagi awesome! Korang try dulu then baru dapat rasa apa yang aku rasa.


Good morning La Carmela



Berjalan di sekitar hotel


Warga-warga Boracay dah sibuk mencari rezeki


Bila kami semua dah siap, tepat jam 10am, kami hanya perlu tunggu depan hotel dan abang tadi akan terus bawak kami ke Station 3. Itulah kali pertama aku dan yang lain menjejakkan kaki kat Station 3. Less crowded but tetap meriah untuk mereka yang nak kan privacy. Apabila sampai di tempat boat-boat yang akan membawa kami ke pulau-pulau kecil, kami perlu sign segala resit dan yang paling best, boat tu kami yang punya hokey!!! Kami bertiga dan 2 beach boys. Trip Datin Paduka ke tidak tu? Ha, only in Boracay. Kami dibawa melihat Crocodile Island dan satu lagi pulau yang ada cave kekdahnya- Crystal Cove Caves. Itu memang destinasi idaman selepas aku tengok satu rancangan “CINTA” yang ada shoot kat sini. Sejak dari tue lah, aku duk pasang impian nak jugak jejak kaki kat tempat nie.


Station 3, cantiks!
 
Station 3 – port untuk orang buat segala activities
 
Port amik orang je tau dah gini. Bagi dorang, biasa-biasa je view camni *ceh!*
 
Inilah boat yang membawa kami berkeliaran pada hari tu
 
Boy ni dah ready nak hangkut kami semua 
 

Dan kami pun tiba di Cove Resort yang jaraknya takde lah jauh mana pun dari Station 3 tadi. So, parking je boat, kami terus ikut Boy (beach boy) untuk masuk ke dalam tempat nie. Okay, time korang nak bargain tu, please siap-siap tanya dah masuk sekali ke dengan entrance fee segala kejadah tu? Kalau ada takpelah…Kalau takde, jadilah macam ada geng-geng ARASOHHHH Kpop yang bertekak tak paham kenapa kene bayar. Aku pun tak berapa nak paham sebab miscommunication diorang sangat complex. Kekdahnya, bila Pangako Sa Yo dengan Winter Sonata bergabung, paling sedeh lah jadi citenya. Kiteorang pun berlalu fefeling Aiman tak kesah.

Melangkah sahaja masuk ke dalam tempat nie, terus terasa cam dalam filem pengembaraan mencari harta karun gitu. Semuanya dihias bersih tau. Kalau nak props untuk berlakon, tempat nie perfect. Tapi itu baru entrance nak masuk yer, kalau dibawa lagi ke atas sedikit dan nampak pulak view laut. Terus rasa diri cam tak caya yang wujud jugak tempat cam gini. Die ala-ala bukit yang ke atas tapi disebabkan orang sini jaga tempat nie cantik-cantik, siapkan segala ukiran semua, die jadi macam special.


Langit dan laut – Stunning!


Mari kita ambil tiket kita dulu


Kiteorang ada Boy hokey, bodyguard tunjuk muka je, terus weols dapat masuk
 
Mini ticket
 

Personally aku rasa korang patut amik package yang ade include sekali tempat nie. Tooooo nice weyyy! Even kalau korang cakap James Bond, Maya Bay tu cantik, sebenarnya tempat nie lagi cantik sebab dorang jaga kaw-kaw kot. Macam tak tercemar lagi. Memang die ala-ala tourist spot but takde lagi orang yang puji meracau-racau. Yang puji semua ikhlas. So no wonder lah Boracay antara pulau tercantik di dunia. No doubt hokey!

Aku rasa biarlah gambar sahaja yang berkata-kata bagi membuktikan betapa nice-nya Boracay ini. Ayuh kita!


Selamat datang orang kampung!
 
Perasan tak kat dalam gambar tu ada abang tukang check tiket tau


Lantern sebagai hiasan


Map yang menunjukkan bentuk Crystal Cove Island


Wajib posing sini


Dan yang ini sangatlah 18sx
 
Signboards semua meletop, jangan feeling nak sesat
 
Oh so nice!
 
Kawan baru Kak Mah
 
Imagine honeymoon kat sini 2 orang je. Imagine kalau die tak panas sekali la kan.
 
Ini kalau buat video clip lagu Pangako Sayo 2014, memang meletops cantek!
 
The view
Signboard pun meriah deco nyewww!
 
Jom kita jelajah apa yang ada kat bawah. Mulakan dengan Kak Zee
 
Dan turn Kak Mah pulak
 
Bila turn aku, ini yang dapat dilihat uols!
 
Emerald habis. Tapi, ramai orang jugak kat bawah ni. So take turn la eh.
 
Moh kite ke destinasi seterusnya, Yna Macaspac *ajak Boy Rosales* #ching
 
Kami bertiga still kat belakang menikmati view, yang Boy dah kat depan 
 
Makin laju pulak die jalan. Abaikan! Hehe
 
Sebab this view is too marvelous
 
Indiana Jones dah jumpa pulau baru #ching
 
Baca dulu benda nie kalau nak snorkeling
 
Tempat bersandar bahu
 
Nice kan?
 
Geng-geng Pinoy lambai sikit kat bawah tu ha
 
Aaaaaaa… Boracay memang lawa
 
Air membiru natural 
 
Okay,lalu hutan-hutan pulak. Gigih die bawak bag berat kiteorang tu
 
Okay kembali semula ke pangkuan jalan 
 
Mampu..keluar penat-penat, private boat tunggu dengan view gitu? Tapi, pilot die Hazama and Boy la uols!
 
Habis membuat lawatan sambil terkesima di sekitar Boracay, sudah tibalah masanya untuk kami bersnorkeling pulak. Kami dibawa ke tengah-tengah laut di mana banyak jugak boat yang lain berhenti. Dan kat sini korang kene bayar fee ye… Camna nak bayar fee tengah-tengah laut ni? Janganlah korang rinsek. Nanti akan ada pakcik bawak sampan kecik gigih sekali mintak duit. Time tu, korang hulur sajok. Then, beliau akan berlalu pergi ke boat lain pulak. 
 
Bila semuanya dah tenang dan aman, tibalah masa untuk mengintai corals di alam lautan Boracay. Apo yang ade kat sini eh? Air deras sekali, itu yang pasti. Nasiblah senibina boat dorang ni ala-ala kayu terlebih di kiri dan kanan (actually buluh tu memang dorang buat untuk balance kot). So, berpautlah kami bertiga kat buluh boat itu. Harapkan Boy turun, die duk kat atas buat kelas Tagalog je kejenya. Macam-macam bahasa duk ajar. Tapi semua epic fail ye. Ada ke ajar kiteorang cakap terima kasih – SALAMAT PANGITKA, habis si budak 2 orang duk Salamat Pangitka kat semua orang. Padahal maksud die : Terima kasih si hodoh! Nasib takde yang baling sampah kat muka kawan-kawan aku weyyyy! Haremmm…
 
Kesahnya, lama jugak duk bersidai sambil duk gelak-gelakkan si Pangitka pembawa boat tu. Muka dah la macam Hazama. Rasa nak je aku bawak die datang Malaysia jadi artist instead. Aku sempat jugak complaint, apa bendo nak tengok dah kalau kau campak kiteorang tengah laut nie. Satu coral pun tak nampak. Yang nampak pun muka dorang berdua je lah kot. Then, die try bawak aku ke tempat lain untuk snorkeling. Tapi GAGAL. Time tu ombak boleh tahan jugak ye. Nak lawan arus memang perenang Boracay pun tewas. Pastu die salahkan aku sebab berat sangat. Lawyer buruk betul orang-orang Filipino ni! *sorry aku memang takde gambar time snorkeling, dun worry, tak cantik pun hehe*
 
Aku pun give up gak, so celup-celup je lah muka at least merasa air laut Boracay kan. Dalam duk celup sambil borak tu, sempat gak si muka Hazama ni cakap, “Safura, let’s see Blue Snake” Aku cam, Blue whattt? Tak sempat tahu jawapan die tarik aku ajak tengok kat dalam laut. Aku pakai goggle then terus swimming fefeling tengok Blue apa entah…. Dan bila aku tengok kat bawah tu, Tuhan sahaja yang tahu betapa aku cuak giler. Rupanya, ular laut tau wey! Memang aku terus berenang naik ke boat tak sempat nak bagitahu kat kawan-kawan aku. Nampak selfish tapi aku cuak giler tau weh. Bila dah naik boat baru aku cakap kat Shima and Norzi, naik uols….ada ular laut tau kat bawah nie.
 
Mungkin cara aku nak naik boat tu + muka cuak teruk membuatkan si Hazama + Boy gelak tak hengat. Padahal Shima and Norzi dah menjerit-jerit mintak tolong. Memang nampak lawak, tapi paling tak lawak, bila dorang gelak je tau tak tolong pun kawan-kawan aku naik atas boat. Bersidai lah kaki dorang kene air jugak, walaupun Si Biru bebas berenang. Yang Hazama tu paling terbaek bila die cakap, blue snake memang dangerous. Die boleh buat mati. Terus aku tertanya, dorang ni memang suka tak takut mati ke apa? Kalau korang tak takut sekali pun, kawan aku lagi 2 still kat bawah boat tu tau. Nak tak nak, capai sajok tangan aku ni sebagai pertolongan ikhlas aku. Wah drama!
 
Bila semua dah naik atas boat, terus ajak 2 orang tu balik ke Station 3 balik. Tak kuasa eh nak snorkeling dengan ular bagai wey. Kalau apa-apa jadi pun, tak berbaloi tau. Kalau nak gelak-gelak sebab aku lari cam Mr Bean, aku nak gak tahu, korang kenelah jaga customer kan. Yang ular biru tu pun, takkan lah dorang tak check dulu kan tempat tu selamat or tak untuk tourist. Kalau si 2 orang ni tak tahu, yang pakcik bawak sampan duk kutip duit tu, apa je tugas die? Ha, ahli parlimen DUN Boracay dah bersuara! Sapa nak jawab ni wey?
 
Balik je ke hotel, kami mintak dorang datang jemput kiteorang balik pada jam 3petang untuk next activity. Better kami makan and rehat-rehat dulu. Satgi nak ber-ATV pulak. Simpan dulu tenaga kan! Baru fresh nak bawak kenderaan seberat gajah itu. Jadi. tido lah kami bertiga sampai jam 3pm. LEGAAAA…
 
Ini kes bila servis di hotel sangat lembs! Mintak towel dekat 20minit tak datang-datang. Bila kiteorang dah push kaw-kaw, sampai 10 helai datang! Uols rasa dorang perli ke ni?
 
Bangun sahaja terus bersiap bagai. Janji Filipino memang tepat. Maka, bergeraklah kami berjalan ke D’Talipapa. Tapi yang mangkuknya, kiteorang nya van nak bawak ke tempat ATV dah kunjung tiba. Peluh, panas, lekit semua cukup sebab menunggu van dalam cuaca pantai yang panas. Hawau sekali, namun apa kan daya, tunggu sajok. Still, tak sampai-sampai. Akhirnya, kami amik cam Tuk-tuk untuk ke tempat ATV tersebut.
 
Ayuh kita tunggu van transfer pulak
 
Tapi tak jugak kelihatan
 
Mana neyyyy? Last-last naik taxi ‘loncat’
 
Nak yang mana satu punya trip?


Sampai sahaja, kami diberikan taklimat tentang cara membawa kenderaan tersebut. Die jugak ade tunjukkan trek yang perlu kami lalu. Senang je bawak ATV ni, cuma berat weyyy! Rasa cam nak jatuh tapi kena pikir logik, die kan 4 tayar. Mestilah stabil kan? Since Norzi takleh jugak bawak, so die dapat special treatment sikit di mana, abang jaga trek terpaksa bawakkan ATV die. So, die duk fefeling jadi penunggang sajok. Kelessss Kak Jah!
 
Sign apa yang patut dulu

 

Hepppp! Korang kena dengar betul-betul taklimat kerjaya nie, jangan bising!

 

My ride
 
Bila semuanya dah okay, baru lah die bawak kite ke jalanraya yang menuju ke viewpoint. Sebenarnya lagi senang bawak atas jalanraya compared to jalan tanah liat tu wey! Smooth sajok. So, sampailah kami ke atas viewpoint yang sangat menariks tercantiks. Fuh, park ATV kiteorang and bayar entrance fee untuk naik ke viewpoint. Kene hiking sikit ye uols. Then, baru sampai ke viewpoint untuk lihat Boracay dari atas bukit pulaks. Cantiks! Rasa macam kat Australia pun hado tau. Posing-posing sikit and terus turun balik ke bawah. Toksah lama-lama lah nak posing. Kite buat style mat saleh sikit. *krik krik*
 
On the way ke viewpoint dengan ATV
Macam adik-adik transformers beratur nak perang kan?
 
Sampai sudah

 

Sila bayar dahulu

 

Pertunjukkan haiwan

 

Ayam pun nak racist kan

 

Bibir Angie sangat hayam-hayam ni

 

Meow sleep tite ya


Fruit shake di mana-mana
 
Hanya 20 orang sahaja
 
Naik untuk this view
 
This one clear sikit
 
Mount Luho View Point
 
Kak Zee abadikan kenangan
 
Tengok gambar nie, terasa macam kat Blue Mountain, Sydney
 
Thanks to abang Pinoy yang sudi layan kiteorang


Dan jadi unofficial photographer kami
 
Jom PULANG!
 
Ni hakak-hakak baru nak up ingin mengundur diri *gelap*


BumbleBEE


Decepticon


Kancil Turbo


Okay, before balik, sekali lagi #selfie
 
Turun sajok dari bukit, kite terus return balik ATV. Wah penat duk throttle benda alah nie. Tips sebelum bawak benda ni – please minum segala kacip *okay tu tipu*. Mungkin saya first time kot, tu jadi gini kan? Cik pong katanyaaa, tak reti nak adventure sangat. Naik sajok van, kami terus menuju ke D’Talipapa. Dah petang nampaknya. Takkan nak balik bilik kan. So, sebelum tu, ayuh layan sunset yang memang cantik giler kat sini. Macam-macam orang yang lepak kat sini. Sempat gak aku bukak kuaci bagi memantapkan lagi moment sunset kami. Gitewww!
 
Macam ayah dan anak bersembang *pakcik nie lah yang jual segala jenis activity hari ini kat kami*
 
Back to D’Talipapa
 
Mampu tuk tuk tunggu minah tu gi ATM
 
Bila hari dah gelap, kami teruskan berjalan-jalan sambil melihat ragam manusia di sini. Bila tekak teringin nak makan dessert, singgahlah kami ke kiosk ice cream Mc’Donalds. Aku order ice cream with choco top as topping, Shima and Norzi – Float. Okay, dua-dua sedap giler. Memang lain rasa. Sebab chocolate die lagi pekat. Memang favorite kiteorang time kat sana. *ke sebab dekat pantai, so semua sedap* 
 
Habis beli belah, jalan pulak ke Station 2 untuk carik port makan ice cream. Temanya nak merasa semua port kat Boracay ni tau. Barulah terbaek! Time nak duduk tu, kami ada lihat orang buat sandcastle berukiran nama Boracay dan macam-macam lagi. Bila pasir tu dah siap, die akan letak candle untuk hiasan kasi cantiks sikit. Tapi if korang nak amik gambar, korang kene bayar ye. Hado? Okay takpe, nanti owner die dah tak nak, aku pergi lah amik gambar. Punyalah cheapskate gile. Taknak bayar, tapi sanggup tunggu tau. Dalam duk tunggu tu, tetiba kan… Owner die lari macam ada DBKL buat serbuan sebab takde lesen niaga. Tapi, ni bukan KL tau. Plus, niaga ke dorang pasir-pasir ni? Tak jugak!
 
Then, yang sebelah sana tu pun owner die lari. Pegawai yang datang tu terus carik owner tersebut, tapi mana nak jumpa gelap-gelita ni ha. Dalam duk makan ice cream, aku tetap Kepochi. Kenapa dorang lari? Rupanya, baru ku tahu, pasir-pasir ni adalah illegal di Boracay. Mencemarkan alam kekdahnyaaaa…Ooooo, tapi kenapa eh? Okay, soklan tu tak sempat aku nak tanya sebab pegawai kat situ dah sibuk hancurkan pasir tadi. Siap budak-budak yang duk mintak sedekah, main-main tepi pantai pun tolong runtuhkan sekali pasir-pasir kat situ. Alahai, cubalah bagi aku #selfie sekeping. Tak sempat hokey. Pijak-pijak gitu je. Okay sedih!
 
Pasar basah


Borong lah untuk sesiapa yang minat makan seafood


D’Talipap info


Sexy sunset is here


People still lepak in pantai


Bye-bye sunset


Cotton candy 


Anak-anak Pinoy tunjuk something


My SUPER favorite ice cream. Sedap giler!


Kemas. Tapi illegal
 
Takpe, ayuh kite berlalu pergi dari Station 2 ini. Wah ching! Okay, kami teruskan perjalanan menuju ke Station 3 untuk usaha mencari hotel bagi hari terakhir kami. Oh perit sungguh bila hotel semua full ni. Masuk waiting list pun tak guna dah. Akhirnya, kami bersandar di satu kerusi di sebuah resort. Owner die sangatlah friendly siap bagi kiteorang FREE Wifi okay! Die try check bilik kosong. Murah tau sini. Dalam RM60 pon boleh dapt bilik dah. Siap die tunjukkan bilik kat kiteorang. Cuma, takde kosong pulak. Owner tu jugak bagitahu, anak saudara die pandai cakap Sabah uols. So lagi senang kami nak berkomunikasi tau. Itu sudah bagus. Jadi, berkenalanlah kami dengan Amy di Casa Pillar Beach Resort Boracay. 
 
Sempat jugak bertanya, kat mana boleh dapat Halal food. Perut dah rindu lauk pauk tau. Tapi jawapan Amy memang epic tahap gaban. Die cakap kat sini orang semua kene makan babi. Kalau tak makan, semua akan mati. Sebab food halal susah dapat. Disebabkan darurat, babi tu boleh makan. Kau yakin keluar statement cam gitu? Terus rasa panas je tekak…Tapi terpikir terus satu soklan, takkanlah kene makan babi pulak kat sini? Kesiannya Muslim people nak datang sini kalau nak makan. But, mesti ada vegetarian kan? Errrrrr… don’t overthink. Stock makanan banyak lagi hokey.
 
Disebabkan masih lagi terkesima, aku pun terus amik number phone si Amie ni untuk tanya kalau-kalau bilik ada kosong. Bukan apa, aku lagi risaukan bilik untuk last day dari kes makan babi itu. Aku memang tak berminat cuma yakinnya die tu, aku tak tahu lah nak cakap camne. Sebab aku mati-mati ingat die tu Islam yang dah main makan segala benda. Okay, meks salah! Habis sembang pong pang ngan die, kami mintak diri and beransur pulang ke bilik. Malam tu, tido lena habis. Al-maklumlah penat sangat uols.
 
Esoknya, kami hanya lepak by the beach sambil jejalan di sekitar pantai dan guess what? Kami jumpa retis Filipino okay. Nanti meks stori mori okay!

One thought to “Bercuti Budget ke Boracay – Part 3”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *