Sabah Trip 2014

Haluuuuuu semua! Rindukan saya tak? Sebenarnya memang lama gile aku ‘hang’ dekat post Boracay. Apalah yang lama nooooo aku bertapa sampai lupa nak hupdate-hupdate stori terbaru ni? Alasan busy adalah sangat cliche pulak tu, betul tak? Ahakssss! Alahai, tak tahu lah kenapa liat betul tak ngabiskan citer Boracay tu ha. Tapi berjaya jugak tau! Dan kini saya kembali dengan pengembaraan Dora bersama keluarga pulak. Ahaaaaa….Pengembaraan kali nie adalah menjadi tourist guide untuk family ter-SHAYANG-sangat! Okay, taknak potpet beriya, ayuh rakan-rakan :

Sabah, my favorite place in Malaysia, no doubt! Meks memang sayang sangat dengan awak nie Sabah. Disebabkan cinta pandang pertama itulah, aku duk hangkut family semua gi Kota Kinabalu buat kali ke-2. Harga tiket kiteorang hanyalah RM52 per pax. Cuma aku upgrade-kan tiket aku dan Opah ke Hot Seat untuk bagi keselesaan pada baby kiteorang nie ha…Al-maklumlah, baby aku dah berusia 87 tahun tapi tetap rock chic tau. So, nak lah bagi rock chic kiteorang VIP treatment sikit.


Oh ya, untuk post Sabah kali ni, kalau boleh aku taknak la repeat segala tips disebabkan aku dah penah post pon sedetail yang mungkin pada entry yang lepas. Cuma aku nak share kan sikitlah aktiviti yang aku buat sepanjang lawatan Cik Kiah ke Sabah nie. Mungkin ada yang fefeling nak repeat jugak, haaaaa…bolehlah refer apa yang patut kannn!

Ini adalah kali pertama aku landing di Terminal 2 sebab last year aku landing kat Terminal 1. So yang ni dekat sikit dengan town temanyaaa… Sampai sajok di Kota Kinabalu airport, aku terus hubungi van yang kami sewa dengan harga RM220/ day. Dapatlah Hiace yang aku rasa sangat selesa. Muat-muat sajok kekdahnya. Diesel in total for the whole trip ialah RM100 sahaja. Kongsi 10 orang, tak ke RM10 sorang? Berbaloi-baloi!

Tips : Aku suka sangat dengan pakcik van ni yang jujur bagitahu ada van tak berapa nak elok, so die nak bagi aku van yang okay sikit sementara die servis. Untuk yang berminat nak gunakan servis Azam nie, try call his number : 0198509825

Hello bah!


Van tiba sebaik kami keluar dari airport
 

Settle semua pembayaran, aku on Waze dan terus carik hotel & tempat untuk makan tengahari. Untuk trip kali ni aku stay di De Galleria, Kampung Air di mana harga untuk 1 bilik hanyalah RM88 sahaja. Aku dah siap-siap book sebelum raya lagi. Bagi aku hotel nie murah dan sangat dekat dengan semua attractions. Cuma parking hawau sikit sebab tu kan tapak pasar malam uols. Itu sajalah yang buatkan kiteorang rinsek especially kene carik parking kat ceruk-ceruk sikit. Dengan van lagi, ha kauuuu, pikirlah macamane nak muatkan tempat yang sempit nie.

Bilik too sempit, so gambar toilet je yang cam menariks
 

Sampai di hotel, check in segala (tak dapat bilik dekat2 even dah request), kemas sikit-sikit and turun bawah untuk lunch. Nasiblah ade kedai mamak uols. Dapatlah alas perut yang kelaparan sangat. Harga pun murah. So sesedap rasa. Habis bersantap, kami terus menuju ke Likas. Ha nak carik apa kat situ? Actually aku takde nak buat apa-apa pon kat Likas cuma aku nak mencarik tempat yang diberi nama Salut. Unik tau nama die, macam ada mix mat saleh sikit- SALUTE. Cheh!  Ha…nak lah jugak tahu, ada apo kat sini? Ha, meh sini nak habaq sikit, kalau korang pergi KK and tak makan lokan, bagi aku tak lengkap la trip korang.

Temanya trip last year tak lengkap la eh? Uishhhh! Nasiblah Baiyya Tony bagi jualan tiket murah sikit, dapatlah meks lengkapkan kisah lokan di Kota Kinabalu ini. Dan apa yang sedap no pasal lokan ni weyyy? Aku sebenarnya tak tahu sangat tapi saja nak try. Lagipon tak tahu nak bawak family aku gi mana lagi. Kalau jalan sendiri, bab makan ni aku letak tepi, so feeling bile balik KL je, harus muka cengkung sikit.

Tapi bila bersama keluarga ni, takkanlah aku nak suruh Opah aku jadi Kate Moss jugak kan? Paling salah tema tau. So, inilah the best plan yang aku propose kat family aku supaya mereka happy dengan servis rombongan cik Pora ke Salut. Salute sikit boleh? Hahaha!

Tips : Salut ni terletak satu jalur dengan jalan yang menuju ke Politeknik. Kau orang jangan risau ye. Cuma perlu ambil jalan dengan signboard ke Likas then Salut, then semua yang menuju ke Politeknik (if dari KK town). Bila nampak je Politeknik sebelah kiri, teruskan perjalanan, usah risau mencari dimanakah roundabout. Ini kerana, depan sedikit dari Politeknik, korang akan nampak rondabout dan silalah bagi signal ke kiri. Just right after that, tadaaaaa…deretan kedai Lokan di hadapan anda.

Memang berlambak kedai lokan, jelly kelapa, kelapa bakar semua ada weyyy. Semua berderet dan mesti korang tanya mana satu nak gi ni? Aku pon sebenarnya tanya soklan yang sama tau. Tapi aku ade baca dalam forum, yang 2nd last sebelah kanan adalah yang terbaek! So berhentilah kami kat situ dan terus amik tempat. 

Harga lokan adalah dikira based on size. Amiklah yang sedang sajok sizenyaaa…which is RM12. Sebab katanya kecik sangat or besar sangat tak berapa best. Orang kataaaa….So, pak turut je lah kan? Kiteorang sempat gak order jelly kelapa yang gile besar kongsi 3 org sudah. Ni memang terbaek. Panas-panas dapat jelly kelapa memang heaven in Sabah. Jelly kelapa dalam kelapa ori eh, tak mainlah bekas plastic. hado? Paling terbaek only RM4. Errr….nak duduk Sabah please!

Okay gediks! Dan untuk bakar lokan tu, korang kenelah tunggu seketika ye…bual2 lah aku sekeluarga riang melihat anak2 kecil peniaga tu main segala mangkuk yang die duk hidang kat pelanggan. Main2 masak guna segala mangkuk yang dijamu. Kau rasa? Bab hygiene, kedai ni memang takleh dapat A. Memang confirm cannot. Akan tetapi, lokan yang tiba di atas meja kami mengaburi segala iklan Dettol tadi. Abaikan seketika! Sebab sumpah sedap gile lokan yang die masak ni. Marinate die marvellous. Akak memang champion.

Cuma yang tak bestnya, Ibu aku taknak jamah pon, sebab die sangat particular dengan kebersihan especially makanan. Agak terbantut gak time aku tengah kunyah, ibu terus buat muka. Kakak aku tengah jilat jemari, mak aku ketap gigi tanda jom beransur. Hint dah banyak kali bagi so jawapannya, sila jangan tambah order kat sini. Moh le kita yob, gi kedai lain pulak.

Settle segala bayaran, kiteorang carik kedai yang ade presentation menarik skit lah. So, bergeraklah kami ke kedai lain. Time ni ibu paling excited order, sampaikan kelapa bakar pon die layan gak. Lokan sampai 2 bekas kiteorang amik. Bila siap berhidang, kiteorang pon sambung makan lokan edisi ke 2. Sadly, tak sedap… Tetap kakak tu buat jugak terbaek. Rasa nak je lari pergi kedai akak tu and belikan anak die mainan masak-masak, Nah dik, boleh tak jangan main pinggan mangkuk betul. Sister Pora nak makan lokan mummy uols masak and lagi satu hingus tu gi lap dulu. Okay, paham dah napa Ibu aku rinsek gitu?

Kedai sebelah pakcik ni yang marvellous

 

Pilih mana satu yang anda mahu
Tadaaaa…marinate baik punya!

 

Kelapa bakar yang errrr

 

Kedai lokan ke-2 kami
 
Jelly kelapa yang memang meks SALUTE giler. SEDAAAAPPPP!

 

Model kerepek saya
Maka, kami pun beransur selepas settle makan segala benda. Kenyang dan sendat perut. Ayuh, pulang dan menuju ke my favorite sunset place- Tanjung Aru. Even jam sikit, tapi kitoerang manage to reach there on time. Yippie! Balik tengok sunset, kiteorang balik ke hotel dan dinner. Nothing much for first day. Rest and relax sebab esok nak ke Kundasang pulak.


Hi favorite! I miss you. Yums!
 
Oh favorite sunset, you still gorgeous!
 
Sunset baby


Kalau ke Kundasang, lagu wajib aku pasang ialah- Tinggi tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamuuuuuu… Barulah naik feel wey! Pagi tu check out hotel and teruskan perjalanan ke Kundasang, my mini New Zealand. Perjalanan semuanya baik-baik sajok. View tetap awesome seperti dulu. Sampai je terus singgah ke Dairy Farm, pasar pagi (Borong ikan bilis murah dari pasar Filipina, tak tipu), Ranau, hot spring, canopy walk, Fish Spa and last sekali balik semula ke Kundasang untuk check in J Residence.

Pilot kami

 

Dairy farm – Lembu bersidai kat sini

 

Chocolate pekat likat
 
Baby pun buat posing tengok tepi siot!
 
 
Dania and kambing-kambingnya
 
Kundasang!
Durian gajah

 

Mahal sikit kat sini

 

Poring Hot Spring
 
Tiket masuk Fish Spa
 
Tadaaa, ikan segebu-gebu nya

 

Fara tunjuk pro nampaknyaaa

Macam last year, aku stay kat Kiram Village. Tapi aku rasa Kiram jauh sangat ke dalam, jadi aku nak yang kalau boleh dekat sahaja. Lagipon family aku tak kisah sangat samada bukak je mata nampak gunung ke tidak. Sebabnya bagi dorang yang penting weather macam kat Switzerland, itu je. Satu family pun feeling jugak kekadang.

Dan apa yang best, J Residence ni sangatlah murah ye, bilik besar cam boleh muat 5 orang tapi harga RM99 je. Memang best teruk. Siap kiteorang dapat connecting room hokey. Bilik view hutan2 yang letops. Memang takde gunung ye. Sebab die opposite Kinabalu Park nya area. Toilet paling aku suka. Ala-ala separuh terbuka. Terasa seperti mandi dikelilingi flora fauna. Barulah natural beauty. *Muntah*

Ada DVD untuk yang bosan-bosan tu. Boleh mengisi masa lapang. Cumanya kedudukan guesthouse ni agak curam ke bawah apabila korang tiba di gate utama. Bila korang drive, turun ke kawasan bilik tu, scary sikit. Steep habis yeeeee… Memang kiteorang turun semua tinggal Opah je dalam van, tapi tak bahaya pun. Guna gear yang betul sudah. So don’t worry hokey if nak drive ke sini.


Sampai sudah!
 

In case susah nak dapat contact number dorang, here you go!
 
Bilik kiteorang

 

FREE Wifi
 
 Full view


Jom golek-golek jom

 

Parking di J Residence

 

Bathroom meletop weyyy!

 

Bersih dan kemas


Malam tu, duduklah kiteoang di J Residence dan sempat gak celebrate birthday adik aku kat situ.  Keles tiup lilin kat Kundasang yeeee… Sambil makan kek, sambil bual-bual kosong. Meriah dengan gelagat masing-masing di samping dengan pelbagai jenis kerenah dan style berpakaian aku tengok. Memang saling tak tumpah macam buat fashion show edisi Winter in Kundasang. Ada yang seluar katok, stoking tinggi tapi sweater melabuh, berjubah selendang lilit leher macam amik Master pon dapat dilihat, ada jugak yang berlapis-lapis balut dan tak lupa jugak yang macam orang Nepal antar barang kat Everest lilit kepala dengan shawl. Semua feeling teroks punyaaaa…Matilah caruts family!

Sister’s birthday
 

Pagi tu kiteorang paling kalut sekali ye bersiap. Bising gile duk kemas barang, nasiblah mat saleh sebelah bilik aku pagi-pagi dah cabut nak tengok gunung kot. So takde la rasa bersalah sangat dengan pencemaran bunyi dari rombongan aku ni. Pagi tu hujan gerimis sedang-sedang elok sajok. Kami mulakan perjalanan dengan mencari port untuk tengok Mount Kinabalu. Since malas nak patah balik ke Kundasang, kami teruskan ke Pekan Nabalu. So in between tu cam ada lookout point, kiteorang berhenti and amik je gambar #wefie. Settle!

Hello Mount Kinabalu!

 

My baby enjoying the view

 

Okay nak gi Pekan Nabalu pulaks


Sampai di Pekan Nabalu, kakak aku iaitu AJK pusat souvenirs, paling gembira bila nampak  fridge magnet. Pergi la memane pon, sampai je kat airport dah sibuk duk carik fridge magnet. Aku tak tahulah die kenan sapa dalam family aku sampai teruk no penyakit fridge magnet yang menghantui die. Bila tengok die happy ngan fridge magnet die, aku lega uols. Aku tinggalkan die kat kedai tu sambil jalan-jalan tengok kedai lain dan breakfast dulu apa- apa yang patut.

View point Pekan Nabalu


Habis berjimbaran di Nabalu, kami teruskan ke Tamparuli. Naiklah jambatan tamparuli yang diidamkan. Since kat situ kan ada pasar, so kami ni pon duk lah sibuk tanya2 barang makanan, harga mahal sikit Kundasang. katanya time kami datang, ada pesta durian di Tuaran. Tapi malas nak stop kat sana. So plan nak makan je kat Tamparuli. Ibu pulak mula bukak cerita yang durian kecik-kecik duri tajam gile tu paling sedap katanya. Dan ia hanya ada di Borneo. Dorang panggil durian gajah makan.

Dah kenapa nama begitu? Adakah hanya yang bersaiz gajah seperti meks sahaja boleh makan? Okay tidak yeee! Die sebenarnya adalah durian hutan di mana mereka akan biarkan gajah makan and diperam dalam perut gajah. Kemudian, gajah akan keluarkan balik durian tu, lepas kuarkan balik which is dari sumber yang yucksssss! Time tu adalah paling perfect untuk makan sebab durian akan rasa seriously sedap gile.

Bila dengar cite tu, kiteorang semua cam amaze gile dan nak lah try. So, kakak aku open table and beli sekali dengan durian biasa. Bukak je, isi dah kaler orange. Kunyit ke ni, terdetik dalam hati. Bila disuapkan dalam mulut, subhanallah…. Rasanya amatlah pelik di dunia. Teruk gile tau. Macam durian + cempedak goreng. Tapi sejenis buah dan bukan kuih. Semua buat muka cam apa bendaaa ni weyyyyy…siap ada pakcik kPop ni die ingat kedai tu jual bagi kiteorang rasa, die terus panggil anjuma die.

Kiteorang pon ajak anjuma join sekali. Temanya anjuma pon terkena gak. Tapi uols tahu lah orang korea ni die nya expression tak banyak jenis sangat berbanding orang kite. So time die makan tu, aku duk tunggu gak die nya muka rinsek tu, tapi tak keluar. Confused kot. Yang keluar dari mulut die ialah goooodddd. Ahaaaa… Uols memang target audience sangat kan! Meks salute

Naik je van semua duk diam sebab terasa cam pening makan durian gajah. Semua dah terkena prank la ni kekdahnyaaa… Ibu paling legend, die kata ha lepas ni kite takyah rasa dah durian tu. at least kalau orang tanya, dah makan ke durian tu, kite jawablah dah hokay! Masalahnya… Takde siapa tau yang tahu pasal durian gajah tu. Sepanjang aku hidup, itu first time aku dengar, so rasa-rasa ade ke orang nak tanya ney? Nak lah gak ready ngan jawapan aku haahah!

Gigih makcik ni bukakkan durian

 

Inilah durian gajah yang pelik pelik pelik

 

Yeah itu die peserta dari Korea yang berpeluang merasai ke-sedapan durian gajah

Sampai sahaja di KK. Jam dah menunjukkan pukul 12pm. Actually, kami dah janji ngan Encik Aman nak gi island hopping -2 islands cukuplah (RM25).  Takyah banyak-banyak sebab dah tengahari dah pon. Nanti kang, petang baru balik, haruslah taknak kan. So, bergeraklah kami ke Pasar Filipina untuk jumpe Encik Aman, dan naik boat terus ke Manukan dan Mamutik. Before that, kite tapau nasik dulu buatnya lapar kan. At least takde yang merengek nanti.

Cuaca memang the best. So, bersnorkeling la adik-adik kecik meks. Sampai berdarah kaki terkena corals. Nasiblah abang life guard ado spray. So cover la sikit tempat luka tu. Sejam setengah pastu, gi pulak ke Mamutik. Ni memang favorite island aku. Suka tau sini. Tenang and banyak ikan. Takyah duk bawah jambatan sampai luka beriya… Sini terbaek! Tapi, tak lama lepas kiteorang berendam, hujan pulak, so naiklah kiteorang terus ke jetty untuk pulang ke Pasar Filipina.


Pasar Filipina di waktu tengahari

 

Dalam boat penuh dengan keluarga je

 

Abang peace!
 
 Anak ayah neyyy!
 
Sampai sudah Manukan bah!

 

Air hijau bah!
 
Jom kita masuk dulu 
 
Sini biru-biru keruh gitu
 
Eh Cik Pora pun snorkeling, padahal paling malas nak berbasah-basahan

 

Makcik-makcik excited dapat tengok ikan

 

Cik Peace

Terus balik ke hotel untuk mandi dan gi amik Opah untuk dinner di Pasar Filipina. Makan seafood kau bah! Biasa-biasa sajok rasanyaaa… Then, sambung shopping sikit-sikit, terus pulang ke hotel. Hujan saja malam tu. before tido, Opah ajak shopping accesories di Pasar Malam bawah hotel. Even penat gigihkan jugak. Baby I tu uols. Ikut sajok kehendak die sedangkan yang lain dah lena diulit mimpi. Habis memborong balik bilik and tido.


Esok pagi bangun paling awal dan terus ke airport, parking van di area airport seperti yang diarahkan. Check in dan tepat jam 7.10, kapal terbang berlepas ke Kuala Lumpur. What a bumpy ride I had. Seriau satu muka sebab 2 jam melalui cuaca yang tak best langsung. Siap gigih tanya steward, kenapa flight gini? Takutlah… ha ngaku pon takut. Diorang senyum je sambil jawab, cuaca hujan ni, tu yang tak berapa smooth sangat. Okay duduk balik tempat sendiri and peluk Opah.

Dan after 2 hours, sampai sudah di KLIA2 dan aku mampu menarik nafas lega kerana berjaya jugak kendalikan rombongan keluarga yang memang dinanti2kan. phewwwww! Syukur semuanya berjalan lancar. Siap ade yang dah rindu Kundasang tau… Nak repeat lagi lettewwww. Anyway, Sabah memang terbaik bah kalaukauuuuu! Okay see ya next post!

 

6 thoughts to “Sabah Trip 2014”

  1. nice entry cikpora!hehehe tapi takleh bayang camne durian tu leh keluar balik dari gajah tu?tak luka ke montot gajah?hahahahaha

  2. Hi.. Good tips la u bg. Detail btl. I like. Neway, nk tye la psl en.aman tu. Utk island hopping tu. Rm25 tu per person ke cne? Blh sy dptkn ctct no dia x? Tq ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *