Bercuti ke Koh Samui – Koh Tao Part 3 (Birthday Trip)

Okay, post kali nie agak pendek sikit sebab perjalanan dari Koh Tao ke Koh Samui banyak makan masa kat transfer sajok. Apa-apa pun aku tetap sediakan sajian stori mori menariks untuk anda semuaaaaa!

Pagi tu, kami bangun dan bersiap untuk jalan-jalan dan misi mencarik makanan di sekitar Sairee Beach. Katanya ada kedai makan Indian kat situ. So, mungkin kiteorang dapatlah makanan yang proper meal. Dari semalam wey, tak makan main dish yang sempurnaaaaa…Rindu Bihun Goreng tau 🙂


Siap segala benda, keluar bilik dan berjalan gigih ke Sairee Beach yang bagi aku quite fun area. Along the way tu kami singgah jugak di beberapa tempat sebelum kami sampai di Sairee Beach. Jauh jugaklah temanyaaaa tapi paling takleh blah bila sampai di Indian restaurant itu, kedainyaaaa TUTUPPPP. Hanya bukak pukul 2pm. Sedih. Tapi, nak buat camne kan? Tahan je lah kelaparan gini. Keciwaaa tahap gaban!


Tips : Tiada kedai makanan halal di Koh Tao (time aku berada di Koh Tao la), jadi please bawak segala benda bekalan before sampai di Koh Tao. Ada jugak kami carik kedai vegetarian, tetapi memang non HADO!

On the way ke Sairee Beach tu, sempat jugak aku snap few pictures untuk tatapan pembaca tercinta. Ayuh, biarkan saja gambar berbicara membawa anda ke Koh Tao bersama Aura Dora Sapora :

Kedai makan di hadapan Ananda Villa


On the way to Sairee Beach dan spot this Malay style house


Resort ni cantiks


Laidback Village – salah satu tempat untuk korang stay


Balai polis Koh Tao


Nak brekafast kat sini tetapi….

Handmade souvenirs made in Koh Tao


Chalet ni cantik tapi rasanya belom bukak time aku datang. Biru atapnya kawwww


View dari Sairee Beach


Awak, saya nak tanya, kat mana restoran India itu? Nah, amik penyapuuu! *takdelah, mamat ni pun krik krik tak tahu temanya*


Kalau nak version duduk ala-ala in Terengganu, boleh la duduk sini *sorry tak capture nama tempat ni*

Underneath pokok kelapakkkk, I will wait for you


Kalau bosan, gym ado okay!


Akhirnya sampai jugak di Shalimar Indian Cuisine, tapi bukak pukul 2pm sajok


Pekan Koh Tao


Pulang kembali ke pantai dan singgah kat resort ni. Ramai sungguh mat saleh amik diving license kat sini. Meriah!


Boyan laju laju sampai pokok sena, apa dalam….Tetttttt!


Berjemur jugak temanyaaaa


My favorite – Kalau pergi lah negara mana pun, masuk convenient store dorang and survey harga semua barang. Sometimes benda-benda gini murah dari Malaysia


Meowww misai putih


Time on the way ke Sairee Beach, dorang nie tegur kiteorang and ajak breakfast sekali, tapi kami jual mahal uols. Time on the way balik, terserempak sekali lagi, dorang nak kene balik ade benda nak buat. So, sempatlah kenal-kenalan sambil ajak selfie muka gangster. Kak Zee tak cukup gangster!


Letak tepi dulu, kite rehat sat

Lepak by the beach layan coconut shake + lime shake + fries

Sambil tengok view gini

Dan view gini jugak – Tongkang penuh dengan mat saleh weyyy! Dorang memang yakin boleh

Me and coconut. Even after coconut shake, sumbat pulak coconut ice cream

Tapi takpe hidup perlu diteruskan, walau onak duri, harus ditempuhi…ha drama tak? So, pulang ke bilik dan siap-siap sebelum bergerak ke jetty pada pukul 2pm. Perjalanan dalam ferry memang agak adventure sebab terhuyung hayang ferry kami. Aku terus memegang erat tangan Norzi sebab takut giler tau. Kat cermin ferry memang nampak ombak hempas ferry kiteorang. Cuak jugak temanyaaaa. Nasiblah sampai Koh Samui okay sikit.

Me and Kak Zee while waiting for ferry. Sticker untuk Koh Samui kaler biru


Jam menunjukkan 5pm sewaktu kami tiba di jetty Samui. Korang kene bagitahu awal-awal kat mana nak suruh travel company ni hantar korang. Hotel mana yang korang stay, sebab time aku beli tiket ni, aku memang dah siap-siap bagitahu yang aku akan stay di Nantra Chaweng Beach Hotel. Time on the way ke hotel, aku dan Norzi bekerjasama untuk spot kedai makan halal sebab malam ni nak sewa motor (tak kire) and makan besar bersama-sama. Itu aje lah cara aku kalau nak hafal jalan di tempat baru. Let driver shows you indirectly, start hafal dan turn kite pulak untuk berjalan sendiri. Takde menonong aje kan?


Hasil pemerhatian, nampaklah dua tiga kedai yang best daebak teruk. Memang berlambak jugak temanyaaa, banyak choice la. Tapi, semuanya bukan di kawasan Chaweng Beach. (Aku akan cuba buat 1 post untuk senaraikan kedai Halal di Koh Samui soon). So sampai sahaja di hotel, check in, masuk bilik and pinjam terus motor yang ade di hotel. Bayar rm15 untuk satu hari cukup. Senang cerita!


Tips : If taknak kene scam bagi-bagi passport, silalah pinjam dari hotel. Senang kire. Ini ajelah choice untuk aku dan Norzi. Even motor taklah meletop mana, tapi kami bersyukur. At least, boleh jugak explore pelbagai tempat dengan motor tu.


Since location kedai pun kami dah hafal, naik je motor terus gi carik tempat isi minyak and check in kedai Halal pertama. Location kedai ni dekat je dengan hotel kami. Disebabkan hampir sehari kami tak makan, kiteorang order ikut nafsu terus. Malas pikir dah. Yang tahu sekarang, nak nganga mulut then makan je. Lepas order, aku ajak Norzi gi carik kedai ayam goreng yang terletak 5 minit dari kedai Halal ni. Sajaaaaaa nak tambah meriah lauk pauk atas pinggan temanyaaaa…Ini semua NAFSUUUUU!


Wajah-wajah sunburn dah keluar

Isi minyak sat naaaa


Sampai semula di kedai tu, terus nasi dan lauk pauk dihidangkan bersama air teh ais. Ternyataaaaa, tak rugi kiteorang berlapar seharian disebabkan masakan makcik ni memang sedap kaw kaw nyeww. Ditambah pulak dengan ayam goreng makcik kedai lain nie, aku rasa memang HEAVEN in Koh Samui betul lah. Bersandar habis lepas settle makan. Harga pun tak mahal mana, standard kat Malaysia sajok. 


Kedai nie tepi jalan sajok, ayam makan ngan pulut RM6. Tapi aku nak ayam goreng je



Makanan time!


Habis makan, kiteorang sambung round naik motor sekitar Chaweng pulak. Takde la besar mana pon tapi seronok gak since ada motor ni. Nak gi mana-mana takde hal punya. Name the place babeyh. Let’s vroom and conquer Samuiiii. Dalam duk hingke aku sembang atas motor ngn Kak Zee, tetiba kami disapa oleh mamat motor kat sebelah, aku yang terkejut ni terus lah keluar bahasa melayu kebanggaan semua. Terus kantoi kiteorang orang Malaysia bila mamat tu cakap, “Laaaaa ingatkan orang Siam tadi”. Bistu, ingat kalau terkejut boleh pilih language dulu ke? Then baru terkejut? Eeeee choy!

Dan satu lagi, sepanjang aku naik motor kat Siam ni, tak penah lagi tau orang Siam cam buat adegan KL menjerit ngorat-ngorat naik motor beriya. Dorang ni memang jenis tak kacau even kiteorang ade persis kacuk Siam (aceh!). Kebanyakkannya cam abaikan sajok. Lantak pi laahhhh temanyaaa….Tapi yang suka buat perangai kacau-kacau camni selalunyaaaaa orang kitewww je…Ha itulah, takyah meks cite panjang lebeh. Jangan marah ye bang! Gegirl cakap jeeeee…Anyway, terima kasih sudi tegur gegirl atas motor tadikkkk (okay, gediks gile, larik fefeling Ayu KL Menjerit jom).

Kiteorang bertegur sapa sajok since atas motor kat sini, nak kene jugak focus jalan mana kiteorang masuk. Kang kalau salah masuk jalan, nayaaa uols. Siap dorang tunjukkan kedai FarEast Halal yang femes itu. Katanya sini pun best jugak kalau nak makan-makan. Ade jugak dorang ajak lepak sekali kat situ tapi takpelaaah kiteorang baru lepas makan temanya. Tak kuasa nak lepak-lepak lagi. Baik aku gi jejalan kat area sini. Ada jugak hasil kan?

Kami hanya berhenti kat situ and tukar contact number sebab nak konvoi esok ke Lamai dan satu Samui. Bagi aku, kalau ramai-ramai cam best sikit kan. Lagipun, kiteorang berdua je perempuan, kalau apa-apa jadik kat motor yang sendu itu, at least ade back up dari abang-abang sado made in Sungai Koyan katanyaaa, eh? Ahaakkksss! Takde la gitu, cumanyaaa seronok kalau pergi ramai-ramai sikit. Barulah nampak sikit semangat sepasukan dari Malaysia uols.


So, malam tu kami sambung round pusing town and terus pulang ke bilik yang memang marvellous even harga die murah gile. Tema malam tu duk dalam bilik sambil layan wifi laju gile. Apa yang paling aku suka pasal Koh Samui ni. Kedai cam bawah pokok pun ada wifi, ko ghase? Dan bukan selaju broadband hawuk ye…Semuanya stock-stock  Unifi. So semuanya live update sajok sepanjang kat sana. Tiada istilah edit dulu simpan (korang camtu tak?)

Malam tu sambung tido sahaja and golek-golek ayam daging atas katil sebab kenyang giler tau. Syukur rezeki di Koh Samui malam itu. Kite sambung lagik!

Recommendation – Kalau korang nak budget and stay kat hotel yang yang aku stay, korang bolehlah try duduk kat Nantra Chaweng Beach. Die cam jauh sikit tapi kalau ade motor, memang takde masalah. Die nie ala-ala hujung Chaweng town tu (tapi consider okay lagi), dan dekat ngan kedai Halal yang aku suka tu. Die menghala ke jalan menuju ke Lamai Beach. Quite okay bagi aku. Breakfast disediakan even simple teruk but okay laaaaa…Takde pool. WiFi laju kalah 4G Malaysia. If nak, please place your booking here – Nantra Chaweng Beach Hotel

0 thoughts to “Bercuti ke Koh Samui – Koh Tao Part 3 (Birthday Trip)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *