Bercuti ke Koh Samui – Koh Tao Trip Part 2 (Birthday Trip)

Sawadeekap kung krap! Bersambung semula siaran kita untuk entry Bercuti ke Koh Samui Part 2. Moh kite, layan citer part 2 pulak ye. Layanzzzz!

Pagi tu, kiteorang bangun quite awal sebab dah janji dengan auntie semalam yang van akan kutip kami di hotel jam 6.30am. Selalunya kalau janji ngan orang Siam ni, dorang memang punctual. Tak tahulah kalau certain kawasan je yang punctual kan. Baru nak try ngan orang Samui pulak kekdahnya. Lepas bersiap-siap bagai, kami cuba jugak habiskan kek birthday yang kiteorang simpan dalam fridge hotel. Walaopun susah, tapi tetap jugak usaha untuk jadikan perut ala-ala orang putih, makan kek pagi-pagi. 


Lihatlah hasil turun naik segala transport yang ada untuk sampai ke Koh Samui
 

Selesai semua urusan, kiteorang check out. Sebelum dapat balik duit deposit hotel, die akan pergi check dulu bilik tu, then baru boleh die bagi duit deposit korang. Mampu gitu? Van transfer datang jemput kiteorang kat hotel dan terus ke jetty untuk urusan check in ferry segala. Trip kiteorang ni akan singgah di Koh Phangan sebelum teruskan perjalanan ke Koh Nang Yuan and final destination – Koh Tao. 2 jam perjalanan tu aku penuhkan dengan sesi tidor berganti-ganti. Penat kot. Dari semalam tak rehat-rehat, so inilah masa yang sesuai uols!


Check in dulu
 
Ini kaunter kami
 
Ferry dah tunggu, ayuh kita 
 
Tickets kaler pink lagi tau, siap ngan sticker bag korang


Bangkrak Pier 


Bon Voyage okay!
 
View dari ferry


Dalam ferry yang akan membawa kami ke Koh Tao


Akhirnya orang dah masuk


Around 10am, kami pun tiba di jetty Koh Tao. Excited sangat bila nampak air laut jernih giler. Ala-ala crystal clear gitewww! Dan, apa lagi, check in la Koh Tao, pulau yang menjadi idaman mat saleh di serata dunia. Memang bila sampai je situ, confirm korang akan tengok mat saleh sajok merata-rata. Dah macam kampung dorang dah nie. Mana pergi orang Malaysia, terdetik jugak aku. Memang orang Malaysia tak suka ke datang sini? Ke dah datang cumanya, bila sampai sini semua tukar gaya ala-ala mat saleh ke kan? Mana lah kita tahu ye dak…Dah jangan nak jadi Kiah Pora sangatlah. Mari kite keluar dari jetyy neyyy!


Koh Nang Yuan jetty


Okay kite gi Koh Tao


View yang marvellous


Boat boat ikan menyambut ketibaan kami


Macam Semporna pun ade sikit, mirip la


View dari belakang ferry, kekdahnya tak sabar nak keluar


Okay semakin hampir, yeehaaa!
 
Sampai sudah. Pijak kaki kat jetty sikit


Tengok kiri sikit
 
And tengok depan, dongak sikit, nampaklaaaaaaaa


From jetty, just jalan kaki sajok ke hotel. Sebabnya, hotel yang kami book tu memang sangatlah dekat dengan jetty. Jalan kaki lenggang kangkung 3 minit gitu je. Hotel yang aku book diberi nama Ananda Villa uols. Ianya bukan lah terletak di main beach tapi bagi aku, dah cukup bagus dah untuk kiteorang relax-relax. Since kiteorang sampai awal, elok pulak bilik dah siap, terus boleh check in  ye. Rezeki kiteorang. Selesai urusan check in, happy gile bila bukak je pintu, bilik luas terokssssss…. Katil die uols, boleh buat kuak lentang wey. Nak set kelas yoga pon boleh. Memang luas jugaklah untuk kiteorang berdua. Siap ada DVD segala kalau bosan-bosan lahhhhhh! Puas hati yeeee dengan bayaran RM180/night.

 
Hello kitty cat, why got lipstick on your cheek?


Urusan check in di Ananda Villa


Blacky…bersidai selesa nampak?


Our room for 1 night only babeyh


Bilik luas and selesa sangat
 
TV DVD segala semua lengkap
 
Toilet die ade kura kura kat hujung sana, check jugak kalau kalau ade camera tersembunyi..Oh tidak!


Laman depan tu ade pasir. So nak buat main teng teng boleh dah tu


Kami bersiap-siap untuk keluar berjimba-jimba di pulau yang aku rasakan agak sunyi gaklah. Mana orang weyyy? Takpela, kite mulakan langkah keluar dari bilik dulu, mungkin ade orang di luar sana. Ahaaaaa, moh kite! Keluar saja dari kawasan villa kami tu, terasa macam nak sewa motor, tapi still dorang nak passport jugak. Aduhai, memang paling pemalas aku nak bagi passport kat strangers nie. So, apa kami buat, berjalanlah ke arah jetty. 


Temanya, tak tahu nak gi mana. Tiada arah tujuan! Tetapi, dalam kesunyian Koh Tao tu, tetiba aku terdengar sahutan seorang lelaki dalam bahasa Thai. Setahu aku, memang takde lagi aku sedara orang Koh Tao. So abaikan je lah, lagipon sepatah haram aku tak paham apa dia cakap. Jalan depan sikit, kami terus di-approach oleh seorang pakcik. Sempat jugak die buat marketing kalau-kalau kami berminat nak snorkeling. Aku pun tak lepas peluang tanya berapa harga yang die nak charge kalau kami nak gi ke Koh Nang Yuan untuk beriadah? Usah beriyalah nak charge mahal-mahal even minyak sini gile hanj! Pulau Nang Yuan tu sekangkang kera je pon


Pakcik tu terus suruh kami tunggu dan pergi ke arah pantai untuk jumpa kawan-kawan die yang ade gak duk longgok depan beach tu. Tetiba sorang kawan die datang ke arah kami. Yang datang pulak memang suara speaker masjid pulak. Habis semua yang lalu lalang kat area situ dah tahu dah kiteorang nak gi mana. Over tau die nie! Kekdahnya, lama juga aku nak bargain dengan die nie, sebab kiteorang pun berdua je kan, so kalau die nak letak harga rendah sangat kang, apa die nak makan uols. Paling aku tak tahan bila die cakap die nak bawak tempat bagi ikan makan. Tapi bagi ikan makan banana ye, bukan roti. Katanya roti no goood, hado? Berminyak, tak elok dengan diet ikan. Tercengang gak aku. Ikan sini ade sign up plan kurus dengan Herbalife ke hape?Aku memang rasa nak gelak, tapi still rinsek nak tahu, betul ke tidak nie? 


Inilah Ed. Die kalau kau tanya pasal harga, mesti menganga sikit ahhaha
 


Tapi bab tunggu duit, lihatlah muka dia, macam abang-abang gangster. Die ni muka Melayu habis


Kawasan kedai di sekitar Koh Tao


Chillin’ by the beach
 

Disebabkan persoalan yang gitulah, terus aku setuju dan kawtim dengan die pada harga RM35 seorang untuk 2 pulau dan 1 boat ni kiteorang punya, takde kongsi dengan sesiapa. Okay? Die pun setuju siap cakap die boleh jadi photographer bagai. Apaaa lagi, meks setuju sajok! Die siap cakap, die akan belikan banana tapi kiteorang kene bagi kat die RM4. Die yang akan gi belikan. Dan kiteorang mintak diri dulu untuk siap-siap pakai baju mandi then tunggu dalam masa 10 minit kat tempat yang kiteorang kawtim tadi. 

Tak lama lepas tu, kiteorang pun berkumpul kat tempat tadi dan terus si speaker masjid tu atau nama glamer kat Koh Tao, Ed, untuk bawak kami ke longtail beliau yang boleh dikatakan bising macam tuan die jugak. Perjalanan dari Koh Tao dihidangkan dengan permandangan yang sangat cantik dan tenang gitu. Memang tempat ni tidak serabut jika dibandingkan dengan pulau yang lain macam Krabi, Phuket, Lipe dan lain-lain. Meks suka teroks sini. Kalau serabut-serabut, boleh lah datang ke sini. Insyallah, bukan sahaja permandangan malah Ed sorang je yang korang jumpa, mampu memberikan keriangan bermaknaaaa. Ching!


Tengah intai mana boat si Ed ni ha


Akhirnyaaa, sampai jugak and berlayarlah kami bertiga
 
View dari atas boat


Batu-batu di sekitar pantai


Di tengah laut


Tempat ni menurut Ed adalah port paling best untuk tengok sunset. Kalau nak tengok kene tambah RM60. Malas nak tambah dah!


Berselisih dengan boat ikan


Air membiru + chalet tepi cliff


Pit stop pertama kami adalah Mango Bay. Tempat nie memang tersorok dan ala-ala exclusive bay untuk mereka yang suka diving dan lepak-lepak tan-kan kulit di bawah pancaran matahari. Meletops ye view kat sini. Memang mampu memberikan ketenangan yang bermakna tau. Sampai je kat situ, terus kami berjalan ke persisir pantai. Dapat diperhatikan beberapa boat yang ada. Namun, semuanya orang putih. Terus mulut bertanya kat Ed, memang tak ramai ke orang Malaysia ke sini? Jawapannya YA, memang tak ramai uols. Sebab sini tempat orang diving. So, ramailah mat saleh yang nak diving murah datang sini instead. Oh gitu!


Hello, Mango Bay!
 


Atas ni ade restaurant tapi tutup, so naik je atas tu untuk tengok view


Parking boat tepi pantai dulu and kite naik ke atas sat naaa


Gigih ke tidak nak panjat Batu Caves ni?


Tapi view die gini haaaaaa….
 
Awesome bay!
 
Feels like we own the bay


Tepi sana pun cantiks jugak
 
Tak silap aku, tempat ni boleh access ikut jalan darat. Tapi aku baca kat TripAdvisor cam siksa je nak get thru
 
Ada chalet jugak atas nie


Norzi pun nak posing sakan jugak tau


Dan untuk pengetahuan mereka yang ingin merancang percutian ke Koh Tao, musim yang paling cantik untuk bertandang ke sini adalah bulan June-September, iaitu time yang aku datang tu lah. Sebabnya, Koh Tao ni die opposite dengan Phuket, Krabi segala which is belah sana tengah monsoon. So bear in mind, kalau Phuket hujan, pulau di sebelah Teluk Siam ni tengah cantik cerah menawan. Gitu nasihat Ed kepada kami berdua.


Bagi aku, Mango Bay ni sangat cantik. Untuk yang sukakan pulau, silalah datang sini. Korang boleh jugak naik tangga untuk lihat lookout point yang ade di samping lihat permandangan di sekitar kawasan. Memang kalau ada private yacht, kan ku berlayar sampai ke sini dan feeling menari macam Pitbull tau. Feeling jelah kan temanya. Habis jamah mata dari look-out point, kami turun ke boat untuk sesi bagi ikan makan banana.


Nak bagi makan ikan pon kena ade style. Memang tak sah lagi cakap si Ed yang ikan sini takyah korang gi tengah-tengah laut, die datang tepi boat kiteorang je semata nak makan banana. Banyak gile yang datang di persisir pantai tu ajok wey. Toksah beriya nak pakai google bagai duk panggil dorang. Dorang memang dapat hidu bau banana kot. Tu yang semangat jugak datang kan. Memang kenduri pisang la gamaknyaaaa…


Bagi makan ikan ikut Ed’s style

Habis beramas mesra dengan ikan, tibalah masa untuk kami bersnorkeling pulak untuk lihat corals dan ikan-ikan di bawah laut. Temanya, 2-2 tak reti sangat nak swimming, so mengagau jugak si Ed duk bawak kami berdua. Yang sorang bolehlah dikatakan bertubuh kancil, yang lagi sorang dah sama size ngan Ed dah. Memang extra baggage la die duk angkut semata nak tengok ikan ngan corals. Gigih Ed nie ha.

Bagi aku, corals kat sini memang puas hati laaa. Laut pun bersih dan clear gitewww. Ikan, corals segala masih lagi terpelihara compared to other places yang too mainstream itu. Takyah kiteorang nak gi jauh-jauh pun, duk tepi batu cukup untuk dapat tengok view yang awesome. Jadi, pada sesiapa yang suka no untuk snorkeling diving segala, ini merupakan tempat anda bersosial. Tak caya? Try lah datang, serious korang akan berterima kasih.


Bagi aku, corals kat sini memang puas hati laaa. Laut pun bersih dan clear gitewww. Ikan, corals segala masih lagi terpelihara compared to other places yang too mainstream itu. Takyah kiteorang nak gi jauh-jauh pun, duk tepi batu cukup untuk dapat tengok view yang awesome. Jadi, pada sesiapa yang suka no untuk snorkeling diving segala, ini merupakan tempat anda bersosial. Tak caya? Try lah datang, serious korang akan berterima kasih.

Habis bersnorkeling,kami menuju ke port kedua untuk snorkeling pulak. Dah naik atas boat, si Ed gi boat mat saleh sebelah. Aku and Norzi tengok sajok weyyy. Apa benda laaa dorang buat kan. Bila si petir ni dah balik boat kiteorang, tanya je die jawab jujur. Die gi isap weeds. Cara die sebut weeds kan, jadi weeezzzzz. Aku terus paham-paham sendiri and terdiam terus. Okay lantak die. Jangan sasau sampai bawak aku gi Phuket sudahlah.

Inilah boat tempat layan WEEEZZZZ!
 

Next port ialah Japanese Garden di Koh Nang Yuan, since norzi dah pancit macam die pulak yang layan weeez tu, aku gi je dengan Ed. Tadah je muka dalam air….terus cam menganga jap. Apa lawa sangat tempat ni. Siap ade corals purple ala-ala bonsai. Aaaaaaaaa cantik, palin manih kat sini. Then, aku teruskan berenang untuk tengok view lain sampai lah aku penat. Sini lagi awesome la temanya. Memang rasa taknak naik. Sebenarnya ini port orang diving, that’s why la cantiks teruk tempat ni. Please datang!

Get ready to jump tapi pakai jacket

 

Seterusnya, Ed gi park boat die untuk bagi kiteorang masuk Koh Nang Yuan, akhirnyaaaaa…Kami turun boat dan berjalan masuk ke pintu utama. Korang kene bayar entrance fee 100 baht. Kiteorang berjalan-jalan di sekitar pantai dan trus naik ke viewpoint yang katanya adalah experience paling best. Ini adalah kerana korang boleh lihat view Nang Yuan dari atas bukit.

Dekat je nak gi Koh Nang Yuan tu, cuma better naik boat lah


Welcome to Koh Nang Yuan


Parking untuk boat yang sangat teratur
 
Another shot


Batu-batu memang icon pulau kat sini kot
 
Yang bentuk nie….pepandai la guess sendiri


Pulau ni memang terjaga sikit 


Pintal pintal, sapa paham?


Signboards in Koh Nang Yuan


Korang kene lalu ikut titi nie


Die macam bagi direction ke mana korang kene pergi semua


Port untuk lepak di sana


Persisir pantai – kiri kanan pantai, pasir kat tengah


Tapi takde pulak orang bagitahu, yang kalau nak naik tu, korang kene trekking sikit. In the end, kiteorang gile penat berpeluh dalam kepanasan…oh tidak selesa sekali rasanya. Kalau nak tahu, time aku datang tu, siap ade batu berdarah and kami berselisih  dengan mat saleh yang mana seluar beliau koyak dan berdarah kaki die. Maybe jatuh kot. Terus kiteorang cam errrr…takut jugak temanya sampai jatuh-jatuh sakan.


Viewpoint ke arah sana


The map


Kaho Naa Pyaar Hai


Bersidai lah minah saleh di bawah pancaran matahari


To the viewpoint
 
I will see you bukit, from the top


Ayuh kite berjalan kakeeyyyyy!


What a cute signboard


Ahaaaa, trekking hutan jom


Nasiblah trekking path die okay
 

Tapi kami teruskan jugak dengan penuh berhati-hati, especially bila dah sampai tempat batu-batu besar. Bila dah hampir ke puncak kejayaan itu, kami semua dikehendaki tunggu sekejap sebab nak kene panjat satu batu then terus nampak view tu. Aku nak naik dulu dan kemudian Norzi pulak, so aku suruh die pegangkan kamera.

Ada couple ni, die duk berposing bikini body ngan bf die kat atas tu. So, kiteorang ni tunggu die lah temanya. Bila die dah settle dengan photoshoot hawuk tu, aku try untuk panjat jugak without pertolongan orang lah. Tapi tak berjaya. Mungkin minah tu tengok, kesian jugak si perempuan gigih ni, meh lah meks tolong die. So die hulurkan pertolongan dengan huluq tangan die kat aku. Aku pon sambut dengan hati yang girang. Terima kasih aku ucapkan pada beliau.


Then aku tolong pulak Norzi. Sebenarnya ada je orang lain kat situ tapi dorang jauh sikit dari aku. Then, tetiba minah ni complain pasal panasnya Samui ni dan ada lagi mat saleh atas tu reply, I bet yizzzraelxxx lagi panas. And minah tu pun terus iyakan sambil tersengih. Ha kauuuuuu! Tersentak aku bila dengar nama negara yang hari hari keluar berita duk nak musnahkan sedara Islam kite.


Aku terus cam tercengang blur tak tahu nak cakap apa. Kenapa dorang ni ada kat sini eh? Rasa cam nak basuh tangan nie. Taknak laaa…Die cam ada semacam perasaan tak best la temanya. So aku ajak Norzi berteduh bawah batu besar while waiting for our turn nak posing beriya. Temanya, taknak pun tengok muka couple yizzzraelxxx tu. 


Mat Saleh pun nak bersidai jugak


Akhirnyaaa the viewwww
 
Close up sikit


Sememangnya tempat ni awesome giler, tapi panas die memang susah nak describe. Berpeluh dan rasa mandi air peluh teruk punya. Dah la pakai baju material memang nak celop badan punya. Terus kaauuuuu, rimas rinsek betul.


Pulang dari Koh Nang Yuan, kami terus mandi dan rehat. Layan sunset time petang and round round area villa untuk cari makanan Halal. Tapi memang sini non hado okay! Only Indian foods sajok yang ado. Nasiblah Maggie ade kan, so dapatlah cover perut yang kruk krak nie.
 
Sunset in Ananda Villa
 
Bye byeeeee sunset
 
Crepe Resturant
 
Pancake tapaw 
 
Mango sticky rice
 

 

10 thoughts to “Bercuti ke Koh Samui – Koh Tao Trip Part 2 (Birthday Trip)”

  1. Wowww bestnya…ed pon cute kan
    ..hehe..

    Awk jom g macau-zhuhai-guangzhou-guilin nak x

    Below 1k budget
    *beraninya ajak org xkenal kan…huhu..xde geng tp jiwa membuak2 nak pegi

  2. Taa : hehe ena baru smpai kl semalam. Tp x jadi amik route tu sebab masa nak beli tix dh mahal. So ena pegi guilin – yangshuo – nanning je. Tukar 1k jugak. Tp ada balance rm200

  3. Plan kat nanning 2 hari sebab nak g qinxiu mountain atau waterfall dorg tu depends cuaca masatu sebab jauh. Tapi tiket train dr guilin ke nanning sold untuk date ena nak. So terpaksa extend hari di guilin dan batalkan hasrat kat sightseeing kat nanning. So balance tu utk attraction yg xjadi pegi.

  4. Salam kak. Total trip ke Koh Samui. If it isn't troubling, boleh tak listkan apa yang perlu dibayar. Sebab saya student and budget tak banyak sangat 😅 Kalau tak, nak tau total berapa je. Thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *