Trip ke Banda Aceh : Part 1 (Pulau Weh)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaaaaa wahai #blogreader #urbanpeople dan juga #villagepeople. Diharapkan anda semua sihat belaka ye. Jangan ade benci, busuk hati, dengki mendengki di antara satu sama lain. Nanti camana nak nampak muda kan? #ehkesitu pulak. Anyway, tibalah masa untuk penceritaan kembara saya baru-baru ini. Kemanakah? Hokey hokey hokey, usah biarkan penantian itu jadi satu penyeksaan! Yuk kite ngomong ngomonggggg 🙂

Banda Aceh, mungkin ramai yang tak pernah terpikir untuk datang ke sini. Tapi mungkin ada segelintir yang nak tahu apa yang menarik sangat di Aceh. Segelintir itu termasuklah aku sendiri yang terdetik untuk ke sini sejak bumi ini dilanda bencana Tsunami pada tahun 2004. Bila ditanya kenapa Aceh, tempat Tsunami tu? Ahaa…something yang aku cam rinsek dengan orang kita, once sesuatu jadik kat sesuatu tempat atau benda, akan diingat-nya benda negatif tu sampai lah bila-bila.

Bukanlah meks nak raise issue pasal benda nie, tapi takkanlah tak leh pikir setiap sesuatu yang terjadi itu ade hikmahnya. Macam Tsunami, takkan lah dah sepuluh tahun pun ade lagi Tsunami setiap hari right? Look into bright side, semuanya dah maju. Mungkin itu salah satu hikmah atas segala yang terjadik. Allahualam. Kuat bebel pulak Cik Pora kali ni.

Okay apa-apa pon bagi aku, since Tsunami terjadik, hati memang teringin giler nak ke Aceh. Tak tahu lah kenapa, mengapa dan apa? Mungkin ada sesuatu yang menarik memanggil aku ke sana. Dan akhirnya aku berjaya secure tiket yang ditempah 6 bulan sebelum terbang pada harga RM194. Dan haruslah naik AirAsia uols. Ini je kot yang offer direct flight ke Banda Aceh. Yippieee!

Oh ya, nie kite nak bagitahu sikitlah pasal Banda Aceh ni. Time aku decide untuk gi sini, ada jugak aku bertanyakan tentang tatacara berpakaian kat sana. Yelah, sedia maklum yang Aceh adalah sangat berbeza dengan daerah Indonesia yang lain. Ianya pernah digelar Serambi Mekah pada suatu masa dahulu. So, research tentang Aceh adalah sagat penting buat aku. Bila aku dah survey, siap ade yang suh pakai stokin, armsock dan sebagainya…. Aku terus decide yang aku perlu memakai tudung semasa berada di sana.

Dan terus aku kumbah semua baju yang ada untuk mencari yang lebih sopan dan palin manih. Rupanya aku ade banyak baju yang bersopan santun. Cuma mana lah die menyorok selama ni. Ahaaaa…kalau nak tahu, mostly baju baju zaman aku kat hostel dulu lah aku gi kutip balik. Semuanya kena lengan panjang kan. So inilah masa yang sesuai nak buat #ootd #throwback asrama penuh!

Jadi, untuk entry Banda Aceh kali ni, korang akan lihat aku berjilbab semasa di sana. Dan aku jugak sangat beruntung kerana pergi bersama dengan ratu hijabista yang sangat membantu dalam menggayakan fesyen-fesyen tudung terbaru. Memang macam-macam style die buat untuk meks. Kalau aku yang gayakan, memang fesyen tudung bawal tahun 2004 sajok yang meks pandai. Hujung tudung tu meks tindihkan kat atas kepala, pin dan siap! Nasiblah Kak Mah gigih jadi kakak wardrobe tak bergaji. Shayaaangggg Kak Mah.

Yang membawa kami ke Banda Aceh 9 October lalu


Flight penuh yaaaa dengan akak-akak dan abang-abang Aceh. Kirenya aku dan Kak Mah saja orang Malaysia dan dilihat beberapa mat saleh yang ada sekali bersama kami. Sememangnya destinasi Aceh ni dilihat sebagai opportunity buat orang local pergi balik kampung la. Bukannya sebagai tumpuan pelancong sangat. Itu dari hasil pemerhatian aku dalam flight bila aku nampak ade yg duk hangkut kipas, siap hand carry kawwwww. Memang berkualiti kipas Malaysia.

Perjalanan hanya memakan masa selama satu jam dan apabila kami nampak bukit bukau laut dan darat, terus hati rasa girang yang amat. Cuaca pulak panas. Wah makin best ni. Excited teruks nak mulakan langkah di tanah Aceh yang sekian lama menjadi idaman hati. Alhamdulillah, sampai jugak hajat aku.

Turun sajok di airport, kami dikehendaki mengisi borang visa sementara sebelum ke imigresen. Ini yang aku agak cam hmmmm sikit. Tadi dalam kapal terbang tanya kat FA die kata takyah isi, now dah terpaksa beratur untuk isi benda ni semua. Nasiblah kiteorang tak rushing pon tau. Kirenya trip ni relax relax sudah.

Habis settle urusan di imigresen, kami melangkah keluar dari airport dan mencari supir yang telah Kak Mah arrange. Actually, segala urusan hotel di Banda Aceh, Kak Mah yang uruskan termasuk dengan transfer bagai. Harga pun sangatlah berpatutan. So, book sajok dengan Hotel Medan yang aku rasakan terbaek jugak servis nya.


Sampai sudah di Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda


Van transfer Hotel Medan yang jemput kami


Toilet dorang bersih hokey


Keles Kak Mah ada supir


Me + Kak Mah dalam 1 van je. Layanan VVIP ke tidak tu?


Untuk hari pertama, kami hanya amik transfer untuk ke jetty dengan harga Rp100,000. Kirenya tak gi pon hotel tu lagi sebab kami akan terus ke Pulau Weh. Duduk selama 2 hari 1 malam dan pulang semula ke Banda aceh. Time ni barulah kiteorang akan check in Hotel Medan.

Nampak sahaja nama Mr/Mrs Shima, terus kiteorang berlari lari anak. Supir tu memberikan salam kepada kami dan menyuruh kami tunggu di tepi sebab die nak amik van. So tunggu lah kami di tepi airport menanti van transfer kami. Sambil-sambil tu, kite lihat keadaan sekeliling especially people yang ada di situ.Macam-macam yang dapat dilihat dari segi style, cara bercakap dan fashion.

Okay, kat sini meks nak bagitahu hasil pemerhatian tentang cara berpakaian. Ade yang sekali naik flight ngan aku siap tuck in baju then lengan pendek, tapi pakai tudung. Siap ade yang pakai legging tapi baju labuh bagai. Takde lah yang berstoking semua, kiranya masih okay  Mungkin dorang terus balik rumah kan, so tak lalu bandar, jadi tiada masalah. Detik hati seorang fashion police kekdahnya. Ha itu dia,  Sekian laporan fesyen di Aceh. Eceh eceh…

Dalam perjalanan kami dapat lihat even cuaca panas gile tapi ade tempat yang redup gitu. So tenang nyaaa bile tengok kawasan sekeliling. Bukit bukau yang terhidang depan mata mengingatkan aku dengan New Zealand. Bersih sangat aceh ni. Aku sukaaaaa…..Kak Mah tak lepas peluang bertanyakan tentang kemusykilan yang melanda kami iaitu tentang cara berpakaian di sini.

Jawab supir kami, memang perlu menutup aurat di Aceh. Di bandar,akan ade kawasan di mana polis wanita akan berikan warning atau saman kepada yang tidak menutup aurat. Tentang stoking tu pon betul jugak. Tapi selalunya untuk tourist dorang advise untuk berpakaian sopan lah kalau boleh. Sebab mat saleh pon kene pakai yang tertutup. Inikan pulak yang terang-terang….Pikir sendiri. So, janganlah kite ambil sambil lewa sahaja segala yang telah diberitahu.

Segala persoalan kini dah clear yeee….So, jangan lah kita ingat Aceh ni terlalu strict sampai tak benarkan kite untuk berfesyen. Dah kalau korang pergi Yogjakarta, Bali segala boleh je ikut rule pakai sarong tu,takkanlah sesekali bersopan di sini sebabkan korang terus taknak visit right?

So sepanjang perjalanan, kami hanya menikmati permandangan dan tanya je segala persoalan kepada supir kami. Supir ni bagus sangat sebab die jugak tunjukkan tempat tempat yang menjadi main attraction di Aceh seperti Kubur Tsunami yang menjadi tempat mangsa dikuburkan beramai-ramai tanpa mengira bangsa dan agama. Terasa sayu melihat kawasan tersebut. Hanya Al-Fatihah sahaja yang mampu aku sedekahkan. Semoga kaum muslimin dan muslimat ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin.

Cotton candy – Refer kepada awan ituuu


Al-Fatihah 🙁


Kami teruskan perjalanan sambil mendengar pelbagai kisah-kisah menarik di sini. Supir kami ada jugak tunjukkan tempat di mana air naik sampai atas pokok setinggi 8 meter.  Macam-macam cerita yang beliau bagitahu sampaikan kami terdiam sebab macam tak percaya uols. Dalam duk sedap layan citer tu, baru tersedar yang kami dah pun sampai di jetty. Cuaca semakin panas ye sebab dah dekat sangat dengan pantai kan. Aku dah mula rasa kurang selesa, tapi abaikan sjaok. Mungkin penat kot.

Kami terus menuju ke kaunter tiket dan supir kami siap tolong belikan tiket segala dengan harga Rp75,0000. Tiket kami biasa-biasa sajok. Malas nak VIP sangatlah. Last last kene amput ngan Kak Mah sebab VIp dapat duk atas dan ade sorang yang helok duduk di barisan ViP itu ahhaha! So, masuk je dalam ferry aku dah memang tak larat sangat. Badan lemah uols. So seat 4 orang tu kami conquer letak bag dan tido. Sempat gak sebelum naik ferry aku beli panadol sebab terasa memang tak sedap badan neyy.

Jetty Ulee Lheue

Kami amik yang ini

Boleh baca kat sini pada yang ingin datang Pulau Weh. Sila lihat timetable untuk amik ferry

Tiket kami – Rp75,000


Pelancong yang akan sama-sama lepak di Pulau Weh

Dapat tiket, ayuh kite tunggu di pelabuhan

Hari yang bagus untuk naik ferry

Gadis Aceh

Buat gapo troli bawak barang tu


Oh untuk bawak bag orang yang turun dari ferry

Mat Salleh and Minah Salleh jadi femes giler sebab gegadis Aceh ajak dorang bergambar

2 jam perjalanan memang aku tido je. Lantakla korang nak meniaga nasi bungkus ke mee ke, kuih ke, meks dah memang kusut dengan badan ni. Rasa lemass semacam tau. Tolonglah jangan nak sakit sakit uols. Baru sampai tau. Tak sempat lagi nak explore apa-apa.

Lantaklah, meks nak tido


Bila sampai je di jetty Pulau Weh, aku memang takde book apa apa pon. Semuanya pandai-pandai lah carik sendiri. So samada nak naik motor ataupon nak naik beca, terpulang. Bayaran varies. So great bargaining skill itu penting. Macam kami, terus aku pilih taxi sapu sajok. Memang dah tak larat nak jalan dan malas nak dengar orang bebel panjang. Kepala dah berat, so kalau tegur sikit je boleh gaduh ni hahahah!

Melihatkan keadaan aku yang dah macam tak sihat, Kak Mah suggest aku untuk bukak je pin tudung tu dalam taxi. So that, ade ruang udara sikit. Aku yang menurut perintah, terasa lega la jugak. Mungkin cuaca panas ni weh. Actually sebelum naik kereta tu, korang kenalah bagitahu ke manakah destinasi korang. Kalau macam kami, kami dah book siap-siap kat Sumur Tiga. Jadi, sila bagitahu awal-awal duduk kat mana segala. Lain jalurnyaaaa uols!

Tips : Kalau korang stay di Freddies Sumur Tiga, boleh jugak ambil transfer from them. Lagi senang tak yah nak carik-carik merata. Semuanya dah siap sedia kan? But but but, kalau korang nak lagi adventure, naiklah beca uols. Fun je aku tengok tau 🙂

Dalam kereta pakcik tu, beliau ada tanya kenapa kami duduk kat Sumur Tiga, katanya di Iboih lagi cantik sebab pantai die lawa. Aku tengok cam Sumur Tiga lagi lawa. Itu dari pandangan mata aku lah. Mungkin die yang duduk berpoloh tahun kat sini, lain pulak pemandangan beliau. Die jugak pengaruh kami untuk duduk di Iboih sebab katanya Sumur Tiga susah sikit. Aku ni tak berapa sihat tau. Malas dah nak pikir jawapan semua. Boleh tak bawak je gi chalet kami. Dan die ni pon tak abis abis nak promote suh guna service taxi die untuk round-round Pulau Weh. Harga Rp400,000. Memang lah murah tapi aku dah plan nak bawak motor tau.

Cumanya,dengan keadaan badan aku camni, aku takut jugak segala plan tukar jadi agenda lepak dalam bilik sajok. Aaaaaa…tanak pikir. Tapi dah sampai tau…dan esok pagi tu, beberapa jam sajok dari sekarang. At least ada la back up plan right? Ahaaaa….So sebagai Plan B-nyeee, kami ambil je number pakcik ni in case kalau aku tak larat sangat, aku guna je service die. Dari duk bawak motor, memang ke laut la destinasinyaaaaa…. Better than nothing kan?

Sampai di depan Freddies Sumur Tiga, kami turun dan pakcik tu pon ikut sekali nak tahu bilik mana kami duduk. Aku ni dah la separuh lalok, pening, nak pengsan, muntah tau, pakcik ni buatkan aku lagi rimas. Lek lek la pakcik, saya tahu pakcik nak bisnes tapi takkan nak masuk sampai bilik saya? Takut lah uols!

Nasiblah ade Kak Mah, die yang tolong control sikit semangat pakcik tu. Beliau jugaklah yang uruskan check in kami. Aku memang duduk diam je. Dapat kunci, bilik kami hujung sekali uols. Macam tak best. So Kak Mah try tanya kalau dapat tukar bilik, last-last kiteorang dapat family room untuk 4 orang dengan view yang awesome sikit. Ditambah pulak, bilik tu hanya terletak ditingkat atas reception dan kitchen. So takde la takut sangat kalau nak keluar malam.

Sekian terima kasih

Oh Sumur Tigaaaaa – my favoriteeee 🙂


Bilik tidur kami – tapi tukar ke bilik lagi besar


Nice kan? Tapi hujung noooo

Yeehaaaaa….Dapat tukar room dengan harga yang sama. Ada 4 katil lagi

Yang paling best, harga sama, tiada charge tambahan yang dikenakan. So berpindah randah gaklah kami. Tapi Kak Mah baik giler, die paham keadaan aku, so die yang tolong angkatkan segala bag. Aku memang dah tak larat giler. Masuk je bilik, dapat katil terus pejam mata and tarik selimut. Confirm memang aku demam! Sepanjang aku berjalan-jalan ni, aku tak penah lagi kene camni. Sampai-sampai je demam. Kak mah pun cakap yang aku nampak tak larat sangat.

Die siap cakap,nmpaknya duduk kat bilik je lah kite ni beb. Dah kalau macamni keadaan kan. Tapi aku cakaplah, aku dah telan 2 panadol, Insyallah okay kot. Cuma kene rehat.Die terus keluar statement, takkan pakai tudung terus demam nyah? Untunglah Kak Mah propa sound setepet kene dush!

So activity haritu ialah lepak bilik sajok sampailah ke malam. Okay, bagi yang duduk di sini, korang kene bagitahu siap-siap kalau korang nak breakfast and dinner sebab bayaran die lain ye. Dan dorang akan sediakan ikut berapa ramai yang guest request sajok. If korang nak, please request in advance. Nasiblah kiteorang sempat buat request sebelum waktu dinner. So malam tu, dinner di hotel sajok.

Paling special, dorang akan ketuk satu bilik ke satu bilik untuk inform jika dinner dah ready. Wwner hotel ni mat saleh dari France bernama Freddie. So pekerja die sume nya orang Aceh. Yang tukang masak tu semua lelaki. Cara hidangan di sini pon agak special. Ia akan bermula dengan hidangan appertizer and air (air order asing). Dan Uncle Freddie akan memulakan speech bagi mengalu-alukan kedatangan guest baru. Seterusnya die akan explain pulak pasal menu beliau pada malam tersebut. Dan akhirnya boleh la jamu selera. Yeeehaaa!

Ayuh kite, turun bawah untuk dinner

Kak Mah nak tukar air, bukan peminat air kosong 


Uncle Freddie tengah buat intro speech on menu and guests

Tadaaaaa….Menu malam ini, boleh la makan


Lepas dinner bertemankan bulan penuh, sendiri pasang lagu Talking to the Moon,  kami lepak lepak dulu berdessert session bagai. Nampaknya demam semakin kebah. Syukur… Mungkin sebab aku terlalu penat dan cuaca pulak panas giler, memang la akan demam. Kami sempat jugak bagitahu receptionist yang kami nak sewa motor esok pagi. Dalam 7.30 am kami akan turun dan amik motor. Bayaran hanyalah Rp100,000 sajok untuk satu hari. Minyak sendirian berhad.

Dessert ice cream tapi tak sejuk ice cream nya


Settle urusan motor, kiteorang naik bilik dan masing masing sibuk berwhatsapp family tersayang. Wifi memang laju giler tau. Free pulak tu. So apa lagi. Semua lagu meks download untuk aplikasi streaming aku. Kalau travel, memang aku akan download semua lagu best best kat sini. Senang kalau nanti nak meriahkan suasana. Toksah sibuk nak pikir pasal storage dan jugak wifi. Sebab die boleh play offline. Keles tak promotion?

Okaylah, kiteorang nak tido dulu bertemankan ombak yang menghempas pantai. Kuat giler okay bunyi. Serious tenang je malam tu even though kekadang volume ombak rindu tu terkuat sikit, tapi layankan sajok. Till then, nantikan citer seterusnyaaa….daaa

Spoiler alert : Kalau nak tahu camne kiteorang gigih redah hutan belantara naik motor scooter dengan tiada seorang manusia pun, korang mesti kene nantikan next post. Debar ke tidak tu?

7 thoughts to “Trip ke Banda Aceh : Part 1 (Pulau Weh)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *