Trip ke Banda Aceh : Part 2 (Pulau Weh)

Orait. Seru update stori dah mareyyyyy! Maka jemari ini rajin menaip laju untuk sambungan cerita Aceh yang tertunggak. Kali nie memang panjang giler, tapi Insyallah berilmu tau, ahaks! Moh pakat-pakat duk rapat-rapat, jangan pegang-pegang meh! Citer nak start dah ni. Yuk kite!

Pada hari ke-2, aku bangun awal pagi dan terus bersiap untuk layan sunrise. Slumber pakai baju tido dan turun ke persisir pantai. Camera tetap bawak even tho muka tak berapa nak siap pepagi ni. Time kami sampai di pantai kami disapa oleh sekumpulan dak dak Indo yang turut berada di situ untuk ambil gambar sunrise. Bertegur sapa sekejap sekejap je. Tak tahu nak cakap apa hehe…Nampaknya demam semakin surut dan aku kini bersedia untuk menjadi Pora The Explorer.


Bukak pintu then nampak this view


Mentari menerangai Sumur Tiga

Terbaek betul view


Turun ke bawah dan kami lepak sebentar

Wah matahari hampir muncul sepenuhnyaa


Sunrise…sunrise…


Bebatu yang ada 

Selesai bergambar sakan di bawah sana, kami naik bilik dan terus siapkan diri untuk keluar bersiar-siar. Sepanjang di sini, tugas Kak Mah adalah siapkan tudung aku dulu dan kemudian dia pulak yang akan berhias. Memang mak mak sangat kan? Uols memang calon isteri terbaek, eh?

Siap breakfast dalam bilik dan pack segala barang untuk dibawa, kami pun turun ke lobby untuk menunggu motor yang non-muncul. Lama gak kekdahnya kiteorang lepak situ di dalam kepanasan berpeluh peluh. Tapi kami abaikan sajok. Sampailah abang reception tu panggil kiteorang cakap motor dah ade and boleh ikut pakcik yang berdiri tegak di tepi beliau.


Dapat Tripadvisor award

Ruang makan

Meow Freddies

Me + Kak Mah berselfie before ambil motor


Bila sampai di tempat parking, apa yang kami dapat hanyalah motor scooter lama uols. Tak tahu la performance die ni camne kan. Siap meter minyak die pon rosak. So korang kene bukak tank minyak tengok sendiri kuantiti yang ade. Huishhh ini temanya redah ajoklah. Siap dengan helmet bunga-bunga cinta sangat noks tapi paling  sedeh takde wiser. Memang tu paling tak suka. Nasiblah bawak sunglass, kalau tak mau berdebu-debu rindu pulak mata balik KL nanti.


Kami akan jaga motor pakcik seperti kami jaga passport kami, eh?

Orang belakang takyah pakai helmet


So, siap segala urusan motor, mulakan dengan Bismillah, start and panaskan enjin terus ku sarungkan helmet Samiha Omar-ku itu dikepala. Memang hawau betul helmet ni, dah macam angkasawan hijabista dah aku tengok kepala aku. Besar teruks. Oh tabah! Takpelah, untukmu Pulau Weh, aku relakan jugak diri nie menjadi fashion disaster. Takde hal 🙂


Plan harini nak redah setiap inci Pulau Weh yang merangkumi (ayat merangkumi kawww), Iboih, Titik Kilometer 0, Pria Laut dan sekitar kawasannya. Jadi, benda pertama yang kiteorang perlu carik adalah kedai gasolin. Isi penuh penuh sebab perjalanan akan mengambil masa selama 1 jam tau. Memang kebas la montot duk atas motor ye dak? Okay abaikan. Mari kite fokus pada perjalanan yang sememangnyaaa Ah-mazing!


Pompuan paling eksaited dapat naik motor #gopro


Yeahhh, jumpa jugak kedai bensin (bukan bersin)

Minyak diletakkan dalam botol sajok


Kami isi dalam 2 botol sajok

Viper-girl dah bosan tunggu lama nooo

Yeah, bergerak jom kite

Insider note : Pulau Weh ini lebih dikenali sebagai Sabang di kalangan local people. Cuma pelancong sahaja yang memanggil Pulau Weh. So, jangan lah krik krik kalau dorang cakap Sabang. Sabang merupakan main place for Pulau Weh 🙂

Mesti korang tertanya jugak kan, camne aku tahu jalan untuk ke sesuatu tempat di sini? Kalau main sebut nak pergi sana sini sinun, memang lah OKAY SAJOK. Tapi camne lah boleh tahu, jalan untuk ke sana sini sinun tu?


Ahaaa…temanya aku memang tak pakai maps, waze segala la. Semuanya depend on signboards and tanya la orang di situ kalau korang tak confident. Orang orang Aceh memang peramah sakan weyy… Dorang tak penah nya sombong especially kalau die tahu kau orang Malaysia. So, usah takut untuk bertanya giteww. Insyallah, tidak akan sesat ya kawan-kawan.


On the go photo ni, gegar sedikit!


Kampung sangat, ini yang kita mahu


Untuk destinasi pertama kami iaitu Titik Kilometer Nol, kami ambil jalan yang menuju ke Iboih. Kawasan ni terletak di hujung map. Dan untuk yang nak tahu apakah titik kilometer ni, ianya adalah titik 0 yang menjadi permulaan negara indonesia. Kalau nak baca lebih lanjut, bolehlah tgk kat bawah ni :


Right at the northern tip of Pulau Weh is a famous Indonesia memorial for the very start of Indonesia. Called Kilometer 0 Indonesia it is actually not the true starting point of Indonesia. The best time to visit Kilometer 0 is during the weekdays. On weekends especially on Sunday there are many local tourists from the island and Banda Aceh who do day trips to the island.


Oh ya, untuk pengetahuan anda, hari Jumaat adalah hari yang agak sunyi di Aceh kerana kebanyakkan kedai akan tutup bagi menghormati solat Jumaat. Even segala activiti air pon hanya akan bermula selepas pukul 2pm. Jadi, sepanjang perjalanan, amatlah susah nak jumpe manusia yang membawa motor, lori, van atau kereta pada pagi jumaat begini. Tapi aku dan Kak Mah gigihkan jugak.


Ada sesekali tu, terserempak dengan geng motor budak budak indo yang menyapa kami di Sumur Tiga tadi. Try jugak aku kejar dorang, tapi apakan daya, motor ni performance macam Honda C70 weh. Terus aku keluarkan bendera putih tanda kalah sebelum berlumba. Takleh nak buat filem Aceh Menjerit sangatlah kali nie. Habis throttle pon, sumpah jalan kaki lagi laju. Apa bendoooo lah ni.  Sabar lah sabariah.


Tidak tercapai performance motor ini untuk racing sikit-sikit 


Jalan di Pulau Weh ade yang berbukit bukau, ada yang rata dan bersimpang siur korner maut semua ade. Ni kalau ajak racing kat sini,memang aku tergolek dulu. So, aku cuba bawak berhati hati, belakang aku ni dah la ustazah, ade jugak kene ceramah hari Jumaat di Aceh if laju laju. Lebih baik aku berhati-hati sambil tu boleh nikmati pemandangan indah di sepanjang jalan.


Makcik pun lagi laju dari kami tau


Teruskan jugak walaopun kura-kura


Jalan terus untuk ke KM0

Sampai di Lumba Lumba diving place

Wanita-wanita gigih dalam pengembaraan ke KM0

Dalam duk press-press motor tu, akhirnya kami tiba juga di Iboih sejurus kami nampak pemandangan pulau yang santek sangat! Kami tak masuk pun ke dalam, hanya pass by sajok sambil tu kerling-kerling dari atas motor. Memang indah ye, tetapi mana orang weyyy? Sepi, sepi dan sepi. Terdetik jugak dalam hati, kalau makin ke dalam aku bawak motor ni, mungkinkah lagi sepi? Oh, please be positive sikit.

Pintu gerbang Iboih menyambut kehadiran kami


Tidak mungkin kami salah jalan. Sebabnya kat pulau ni, jalan die sehala dan yang bijaknyaaa, kami takde pulak bawa map uols. Nak tak nak, kami tetap teruskan jugak perjalanan sampailah nampak kawasan perumahan dan ade pulak budak bersepah kat tepi situ. Kami perlahankan motor dan terus tanya, mana tempat titik nol ni dik, die jawab lagi 8menit sampai. Okay terima kasih hadik hadik. Akan ku teruskan perjalanan yang sungguh mendebarkan ini.


Berpegang pada kepercayaan 8menit adik tadi, aku teruskan lagi perjalanan dan menelusuri kawasan yang semakin sunyi. Sebenarnya, dari tadi lagi kami dah kene lalu kawasan hutan yang berliku-liku tanpa ada seorang manusia pun. Tipulah kata aku tak cuak, nervous jugak uols. Bukan apa, kami ni dah la berdua gegadis suci gitewww. Kalau lah motor ni buat hal, memang aku sanggup tolak sambil berlari. Tak sanggup rasanya nak imagine benda-benda negative gitu. Nauzubillah.


Dan untuk pengetahuan korang, selepas pit stop jumpe budak tadi tu, kawasan hutan dia jadi lagi gelap dan jalan semakin kecil macam 1 lane sajok. Kali nie, memang pokok besar besar siap bercantum. Bila dongak ke atas, ianya seakan menutup awan dan menjadikan jalan tu lagi gloomy dan suram weyyy. Permukaan jalan pulak lubang lubang segala ditambah pulak dengan lopak air. So, aku tak boleh nak pecut sangat dan itu yang semakin merinsekkan ye.


Kalau aku bawak perlahan, memang lagi terasa seram wehhh sebab kiri kanan hutan banat tau. Aku memang tak bercakap dah ngan Kak Mah kat belakang. Paham-paham sendiri gitu. Dalam hati, keep whispering, rasanya betul jalan ni, rasanya betul jalan ni. Dan sesekali tu terpikir jugak, yang kat belakang aku ni Kak Mah kan? Tapi napa die tak borak-borak dengan aku eh? Side mirror pulak tak ada. So kalau nak kerling-kerling pun, kau kene toleh terus. Bukan apaaaaa…takut kalau kalau yang kat belakang ni bukan lagi Kak Mah, itu paling scary tau *propa giler*


Nak bagi masuk ke tak ni? 


Satu jalur sahaja, dilitupi hutan di kiri dan kanan. Sepi.


Semakin sepi tiada penghuni


Kesimpulannya, jalan ni menjadi semakin gelap dan macam sudah hampir di penghujungnya apabila kami jumpa pondok askar dan signboard tidak boleh menceroboh terpampang di pintu pagar. Dilihat ada seorang manusia yang bertugas. Tapi die sorang je tau. Aku mulalah jerit buat buat riuh sikit. “Betul ke ni jalan gi titik nol?” Die tak balas kuat cam aku, tapi die tunjukkan arah ke kiri tanda kami harus teruskan lagi. Paham paham sendiri sudah la kan.


Makanyaaaaa, kite press lagi dan kalau lepas ni tak jumpe jugak, alamatnya redah sampai lah kite jumpe titik apa-apa je pon. Aku tetap nekad taknak patah balik. Rugidowww. Pening tau duk atas motor sambil pikir bila nak sampai ni. Hahahah! Dekat 5 minit gaklah menelusuri hutan yang semakin menebal tu. Terus terpikir camne nak balik ni? Seram lahai. Takpe itu kite pikir kemudian.


Dalam duk mengelamun tu, tetiba aku ternampak signboard dan jugak pondok-pondok kecil yang menggantung baju tertulis Sabang dan titik kilometer. Syukur, ade jugak manusia. Aku dah tak kisah tau kalau salah tempat ke apa ke. Yang penting ade orang. Itu yg membuatkan aku rasa cam lega sikit. Dari kosong semata, mau bulu roma naik mencanak temanya.


Aku berhentikan motor sejurus terlihat kelibat papan tanda yang besar menandakan kami sudah tiba di tempat yang diidamkan. Syukur! Finally weyyyyy! Penat lelah kami berdua, sampai jugak. Elok pulak time kat situ, kami terserempak dengan geng Indo yang ade berselisih ngan kami ajak racing tadi. Aku terus kenalkan diri and berborak ngan dorang. Jadi kawan terus sampailah sekarang hehe!



Pintu masuk menandakan anda hampir tiba


Kedai-kedai yang berbisnes


Park motor sat


Muka berjaya redah kasi sampai

Lihatlah pemandangan laut di sana

Pakcik berani laaaaa…Hati hati tau

By the cliff gitewww

Mengabadikan kenangan bersama monument Kilometer 0 Indonesia

Posing sekali jewww

#wefie jugak walauponnnn penat


Dorang ni semua asal dari Medan dan bercuti beramai ramai sebab ade kursus di Banda Aceh. So keesempatan yang ade, digunakan untuk berlibur. Seronok pulak aku tengok bila geng-geng dorang ni sepakat gile jaga sorang wanita dalam geng dorang. Semangat setiakawan betul. Kagum!


Since kiteorang pun dah jadi kawan, aku terus bertanya, ke manakah destinasi dorang selepas ini? Yang moleknya, dorang ni takde plan lagi nak ke mana, so dorang more to free and easy. Aku pon apa lagi, jadi seronok gile tau sebabnyaaa kiteorang bolehlah join dorang convoy sesamaa. Takdela sunyi berdua duk harung jugak jalan seram tu. At least meriah sikit kan.


Dorang ni memang havoc! Boleh satu kepala. So senang sikit nak kamching. Habis bergambar di Kilometer Nol, kami berkonvoi pulak ke Iboih. Sampai di Iboih, park motor kat tepi dan terus terpegun teroks aku dengan pemandangan yang sangat cantik. Memang tak sangka aku, ade jugak tempat yang sangat menarik kat sini. Ni paling cantik tau.Elok pulak hari kami tiba di sana, cuaca memang panas, ahaaaa…sangatlah elok molek untuk snorkeling.


Konvoi bersama


Yeeehaaaaa… KL + Medan menjerit di Pulau Weh

Group photo bersama geng motorbike weols

Selamat datang ke Pantai Iboih

Baca elok-elok sikit

Untuk panduan bersama


Kawan-kawan Medan kiteorang memang ada plan nak buat snorkeling. Akan tetapi segala aktiviti air pada hari Jumaat hanya akan bermula pada jam 2pm. Sesiapa pon tak dibenarkan untuk melakukan aktiviti air sebelum solat Jumaat pada hari Jumaat di Iboih.


Namun, ada sahaja warga-warga mat saleh yang degil ketegak tak mau amik kesah. Tak semua tapi segelintir dari mereka memang tak hiraukan segala peraturan di sini. Since tiada boat yang akan ke Pulau Rubiah sebelum jam 2pm, mereka akan berenang sendiri ke sana. Memang lah pulau tu dengan Iboih tu tak jauh (if dari pandangan mata lah), tapi kalau kau suruh berenang, boleh dikira jauh jugak! Dan permukaan air kat sini ada yang berombak di tengah. Itu yang membuatkan ianya bahaya kepada mereka yang tidak berpengalaman. Sebenarnya, menyusahkan orang jugak kaum-kaum gini. Mana taknya, jika ada sesuatu berlaku, penduduk kampung jugak yang kene membantu. Tak gitu?


Jadi, kami terpaksalah lepak sebentar di tepi pantai sambil layan view dan bergambar. Ade jugak mereka ajak kami, tapi memang takde pon plan nak berlegam legam sekali lagi selepas Koh Samui. Kak mah pulak memang sejak azali tak sukakan pulau. So, tugas kami kat situ hanyalah bagi moral support sajok, tak kuasa dah nak jadi Nicki Minaj weyyy.


Menawan sungguh, di hadapan kami itu ialah Pulau Rubiah


Kak Mah tak lepas peluang selfie jugak

Tenang sungguh di hari Jumaat


This place is magnificent!


Tempting untuk berenang-renang tak?


Biru habis. Bersih sangat


Last view giteewwwww

Betulkan jilbab dulu, feeling retis ke tidak tu?

Time kami lepak mengambil gambar di situ, ade seorang pakcik datang lepak sekali bersama kami. Aku tak tahulah nak describe guano cara percakapan orang Aceh ni, dorang sangatlah berbeda dengan orang Indon yang lain tau. Die punya pertuturan ala ala zaman P.Ramlee. Cakap berlapik lapik tapi halus. Kalau tengah borak tu, mau pending few seconds then later baru dapat tangkap hokey. Kalau yang jenis krik krik blur tu, aku rasa gelak je lah sebagai cover line kan?

Kau bayangkanlah if nak add Facebook pun, ayat die ala ala gini : Jika tidak keberatan ingin memanjangkan sillaturrahim sesama kite, bolehlah cari di Facebook, **** Langkat. Kau hado orang bertutur sopan mintak nak add Facebook? Paling sopan tau. Dari taknak add, terus hati nurani ini gigih mencari jugak nama beliau kerana ayat-ayat sebegitu. Paling menusuk kalbu tapi cam aku cakap la, first few seconds, pending dulu then baru process.


Suka cara pakcik ni bertutur. Buatkan aku rasa tenang je bila dengar bahasa die. British accent, move aside!


Lama jugak temanya berborak dengan pakcik nie. Aku dan Kak Mah mulalah duk ajak geng big bike Awie kiteorang (katakauuuu) untuk bergerak ke tempat lain pulak. Teringin uols nak gi tengok air terjun yang santek sangat di Pulau Weh ni, katanya laaa. Mana taknya, sebelum sampai di sini, aku ade ternampak orang update gambar pasal air terjun kat sini. Nampak cantik tau. Terus rasa nak pergi sangat untuk checkitdaut. Maka dengan semua impian yang kutanamkan dari Malaysia tercapai apabila mereka setuju untuk ke Pria Laut, iaitu air terjun yang ade di Pulau Weh.


Sesampainya di sana, geng Medan ni bayarkan parking motor dan terus berjalan kaki untuk trekking ke kawasan hutan seterusnya sampai ke air terjun. Penat peloh kepam semua toksah duk cakaplah….complete set berbau teroks nya. Tapi tabahkan jugak lah demi nak tengok view yang dalam gambar katanyaaaa lah meletops. Kami semua tolong menolong antara satu sama lain macam dah kenal lama hokey. Memang penangan wahai si Pria Laut, kekdahnyaaa!


Ambil giliran jika bawak motor, jalan agak sempit

Turun motor and carik port redup sikit

Parking hanya Rp2,000


Akan tetapi, sebaik sahaja kaki ini berpijak di atas batu menandakan kami sudah tiba di kawasan air terjun, aku rasa Sungai Gabai lagi lawa weyyy. Hamik kau pengakuan ikhlas dari wanita yang sentiasa jujur dan bersuara besar….boleh giteww? Tapi ini serious beb! Tak ku sangka ini berlaku. Tengok dalam gambar, fuh, kelihatan sempurna kau wahai si pria. Adakah kau guna Camera 360 sampaikan flawless teruk ni, eh? Terpengaruh dan sebenarnya agak ke’malu’an sedikit weyyyy!


Kita trekking sikit


Masuk hutan dulu

Wajah gigih masuk hutan trekking di tengah panas, mampu?

Sampai sudah

Awak ni Pria Laut ke? Ahaaaaaaa…Saya Cewek Lauk!


Geng Medan kami gigih #selfie

Budak ni adalah yang tadi jaga parking. Die trekking ikut hutan atas sana dan muncul bila kami dah sampai kat sini. 


Die gigih kau terjun dari atas ke bawah tu. Meks salute uols!

Last but not least, group photo

Yang di belakang seakan pancit time turun nampaknyaaaa….


Giler meks tak malu. Dari awal aku lah paling eksaited nak gi Pria Laut, duk merengek nak gi jugak, tak kire. Pastu kau siap angkut semua budak budak Medan ni ikut sekali. Siap dibawak trekking sampai peloh bapak pria pun terkeluar. Last-last view gini…Sedangkan dorang siap cakap lagi, kalau di Medan, air terjun tukar tukar kaler pon ade. Pink la, hijau la…(seakan carut kat aku tu hehe) Walaoponnnn begitu, dorang tetap enjoy dan layan je kehendak aku. Nasiblah baru kenal kan, kalau dah lama…mau bertahun meks kene cerca. Tapi, apa-apa pon dorang memang best gile. Sporting lahaiiii….


Disebabkan hati ini telah pun dikecewakan oleh sang pria Sungai Gabai, kami beransur pulang kembali ke kawasan parking motor. Bukak segala bekal dan air yang ade bagi merehatkan fizikal dan topup balik energy yang telah dikerah selama berminit-minit untuk berjungle trekking. Sempat jugak kami bergurau senda dan berbincang pelbagai topic sampaikan lupa yang mereka kena pergi semula ke Iboih untuk snorkeling.


Lepak-lepak hilangkan penat

Since kiteorang tak nak gi snorkeling, kami pun meminta diri untuk pulang ke Sumur Tiga. Tapi sempat hokey janji nak jumpe lepak malam ni sebab nak transfer gambar segala. Nasiblah dorang duduk dekat je ngan tempat kami nginap. So, malam ini kite ronggeng bersama, all right! Lepas say bye-bye muah muah kat dorang, kami berdua meneruskan perjalanan dengan scooter ‘tua’ kami dan sempat jugak berhenti di beberapa port yang kami dah target sewaktu perjalanan pergi tadi.

Catchy signboard spotted


Masjid yang kami jumpa

Kedai tutup, hormati solat Jumaat


Berhenti sebentar melihat alam

Aku memang ada aim satu tempat yang aku rasa sangatlah cantik. So, bila aku tiba di tempat tersebut, aku pon terus perlahankan motor dan berhenti kat tepi sebuah kedai yang berada di bawah pokok. Nampak macam tutup, yelah hari Jumaat kan… Tapi kelihatan ade 3 orang pelancong sedang minum ( nampak tak die punya feeling macam die orang local, eceh)… So aku turun motor and tanya, buke ke ni (kite kene le cakap macam orang Key Ell sikit)… Kakak tu cakap, bukak…. So apa lagi, amik port bawah pokok, order air kelapa and bakso. Tema tengahari Jumaat ketika kaum pria bersolat adalah makan bakso dan air kelapa di bawah pokok sambil lihat view 5 star.

Bagi aku ini adalah moment di mana kau tak yah nak spend berpuluh puluh ringgit semata untuk makan menghadap laut yang sangat indah. Subhanallah, memang sangat indah. Ternganga sikit aku. Jilbab pon time tu dah longgar sikit, nasib baik Kak Mah rajin betulkan sementara menunggu Bakso siap. Untunglah ade kawan setia gini uols.


Air kelapa yang dihidangkan pada kiteorang pon marvellous weyyy. Terasa lega setelah seharian menunggang kawwww… Hilang segala penat lelah jadi minah biker ni ‘feeling’… Beberapa minit lepas tu, bakso pulak sampai. Yang dapat aku lihat, kuah sangat cair tapi sekali hirup, memang sedap bak ang. Sedap gile. Kalah bakso Malaysia. Ternyata makanan sini sangat kena dengan tekak aku. Dan aku siap tambah lagi semangkuk sebab sangat tasty yeeee. Meks sukaa teroks!


Berhenti sat untuk makan-makan


Kak Mah terus reserved first class area kawwww


First viewwwww – So in love 🙂

Food sampai dan yuk kite, bismillah


Air kelapa pulak sampai, heaven nooooo.

Nikmati keindahan dunia


Kelihatan jetty-jetty kecil nun jauh di sana


Laut membiru + langit membiru

Too marvellous

Bergerak sedikit untuk lihat view yang lain pulak


Pokok-pokok kelapakk

Kekdahnya, lama jugak kiteorang lepak kat situ. Ada jugak mat saleh lelaki 2 orang yang duduk depan kami sambil minum ayoq kelapa tapi tak bercakap cakap wey. Tenang je dalam menikmati permandangan tu. Aku ngan Kak Mah nak jugk tegur tapi takut kacau dorang tengah mengelamun, so biar kan jelah. Mungkin lain orang lain kot cara menikmati sesuatu.


Bila badan terasa cam nak balik bilik, kami pon terus berlalu pergi meninggalkan tempat yang aku rasa sangat special tu. Lupa pulak aku nak tanya, apakah nama tempat ni in specific. Tapi, kalau takde nama, aku plan nak letak sendiri nama die. Kalau boleh, aku nak namakan ia sebagai, ‘Indah’. Simple je tapi memang mampu describe everything kat sini. Termasuklah Bakso kakak tu, indah sangat rasanyaaaa…Ahaks! Kau yakin sangat kenapa ni Pora oiiii?

Adios ‘Indah’

Mee Bakso yang sempat aku snap before start motor

Tapi takpelah, kalau korang nak ke sini, jalan nak gi tempat ni senang je. Takde masalah pon nak carik nnti. Kami teruskan perjlanan balik ke Fredies dan sememangnya sunyi teruks di sini pda hari Jumaat. Tenang dan rasa seperti berada di kampung sendiri gituuu… Oh memang sampai sekarang aku rindu kat ‘Indah’ tu. Cantik sangat tempatnyaaaa! Korang mesti datang sini tau, janji?

Petang tu, lepas balik dari Indah, kiteorang bantai tido sampailah pukul 4pm. Lena betul aku and Kak Mah tido kat situ. Bila hari dah petang, baru kami keluar dari bilik untuk sambung pulak perjalanan ke next destination. Try jugak whatsapp wechat line segala ngan kawan Medan kami tapi nampaknya takde reply. So, kiteraong teruskan jugak perjalanan ke kawasan pantai hitam yang diberi nama Anoi Itam. Tempat ni adalah berlainan arah dengan Iboih semua tu tetapi sangat dekat dengan Sumur Tiga (hotel weols). Temanya kalau nak gi sini, korang kene lalu jugak Sumur Tiga then trus lagi baru jumpa tempat ni.


Stadium di area Sumur Tiga


Before kami sampai di bilik, sempat aku snap view ni dari atas motor je. 

Di bawah itu ada surau. Setiap kali azan, kami pasti akan dengar laungan azan dari bilik kami


Cantik kan?


Because it’s too tempting, bawak je motor masuk ke dalam kawasan ni. Then snap few photos, lawa tau.

Beberapa pondok disediakan untuk lepak together


Petang tu cuaca memang cantik. So kami berdua teruskan jugak plan untuk ke sana even tak dapat hubungi teman-teman Medan kami. Time kiteorang keluar dari Freddie tu, kami disapa oleh abang yang duduk di hadapan hotel tersebut. Die cam cakap kasar kasar ngan aku since first day lagi. Aku ade amik gambar presiden dorang kat billboard time election, pastu die cam marah. Pastu yang ni pon cakap kasar ngan aku. Die cam tanya pasaipa parking situ. Aku pon taknak kalah wey.



Billboard di area hotel kami


Nak gaduh sangat, jomlah, aku takde hal. Kalau kau nak tengok muka kau pakai jilbab aku ni, moh la kite, dari first day duk carik pasal sangat kan. Bila aku jawab habis tu nak parking mane? Terus die cakap, bukan orang indon ke? Bukan, kami dari malaysia, jawabku dengan muka paling kerek aku boleh buat. Oh orang malaysia, ingatkan orang indonesia. Haa…kenapa ngan orang Indon? Die terus jawab, kami tak suka orang Indon. Oh yeke? Terkejut meks. Die cakap, orang Indon lain dengan orang Aceh.


Aku iyakan je lah. Malas aku nak layan benda benda negative camni. Even aku tahu dorang ni memang ade issue, tapi tak kuasalah nak tanya banyak. Pastu dah nampak aku diam, dia tukar lak topic, die cakap, kenapa duduk Freddies, situ ade makan babi. Tertelan wey air liur aku. Apa benda pulak babi kat sini. Padahal aku dah tanya, sini memang halal sebab tukang masak pon orang Aceh tau. Sampai hati die tuduh camtu. Die memang tak suka mat saleh tu, katanya tempat tu banyak maksiat. Terus aku teringat yang pakcik taxi sapu tu, patutlah dorang sungguh sungguh nak suh aku duk iboih dan kutuk sumur tiga. Padahl aku selesa di Sumur Tiga. Now semuanya sudah terjawab.


Aku mampu anggukkan kepala dan senyum sahaja. Try ubah topic kepada Malaysia dan dorang sangat suka dengan orang Malaysia katanya. Aku pon tak lepas peluang pong pang pasal keunikkan Malaysia weyy. Itu perkara wajib aku buat, meks kan patriotik sikit. So, kami mintak undur diri secara baik dan terus berlalu pergi bersama scooter setia weols.


Perjalanan ke sana agak sunyi jugak even korang akan masuk kawssan kampung orang. Tak tahu lah nak cakap macamane, tapi bila aku lalu kat area sini, die macam flashback time aku kecik di tempat aku membesar dulu. Memang area sini nampak sangat Malaysia zaman zaman 90an.



Pondok-pondok macamni buatkan aku teringat zaman kanak-kanak dulu. Suka sangat duduk kat bangsal time petang then main masak-masak. Oh memories!


Bersih tenang tiada kereta yang berlambak, orang orang muda mengembala kambing (okay yg ni macam zaman P.Ramlee). Lembu kambing duduk tengah jalan, siap aku pejam mata bila lalu tengah-tengah dorang sebab takut kene terkam. Memang suasana die cam zaman aku kecik-kecik dulu. Tenang dan suka hati kau lah nak buat apa, yang penting kalau jatuh bangun sendiri. Sememangnya Pulau Weh menyajikan suasana yang unik untuk aku. I love you Weh!


Ku sangkakan sudah sampai, tapi budak ni cakap jalan lagi ke depan


Motor yang setia menemani kami


Pondok politik Aceh


Sampai di pasir hitam tu, Kak Mah terus cakap, tempat ni macam PD je pok. Hahahah! Rasa nak tampor je tau, penat ye naik flight bagai, last last gi PD. Siap Kak Mah kata, kenapa pasir sini hitam? Tumpah minyak ke….itu lagi hawau. Tergelak gak aku ngan die ni….suka potong mood. So yang dapat aku sum up kan kat sini, tempat ni memang cantik gila dalam gambar, tapi biasa biasa sajok di hadapan mata. Tapi, itu pandangan mata aku, mungkin korang lain, haaaaaa…kena experience sendiri la kan?


Anoi Itam


Pasir hitam yang menghiasi pantai di sini


Sepi tiada penghuni. Mudah untuk mengambil gambar. Toksah rebut sakan


Kami bergegas balik sebab tengok macam dah nak gelap. Kiteorang ada lagi tempat last nak gi before malam. Tempat ni katanya cantik untuk tengok sunset. Ianya digelar Sumur Fair. Kat sini tempatnya ala-ala Dataran Merdeka tapi tepi laut. Yang paling best, macam-macam jenis barang dorang jual. Oh, ini sudah heaven. Especially ada makanan uolssss! Itu best.


Round-round bandar dulu before ke Sabang Fair


Sapa yang gemuk weh?


Kedai souvenirs


Sabang Fair – yuk jimba


Round-round time petang. Tenang.


Aku berhentikan motor untuk beli bakso bakar. Korannggg kene try makanan ni, memang ala-ala satay ikan yang kecik kecik tu tapi ni version bakso. Sedapppp gile. Cili sos die pedas, so sapa yang tak kuat pedas tak yah la amik. Pastu gi pulak beli es pop flavour grape. Ni pon sedap gile. Murah lak tu. Memang semua sedap la kat Aceh ni. Lain sikit ngan daerah Indon lain yang aku pernah singgah. Ha keles tak aku promote? Tapi ni jujur punya review.


Abang bakso bakar, tahu goreng

Kami beli RM2 ye bang


Sedapppp tau


Bergambar bersama adik yang palin manih di Sabang Fair

Ini pun sedap tauuuu – Ice pop

Abang Ice Pop ni suke betul bila kami bagitahu yang kami dari Malaysia. Die pernah keje di Malaysia, tu yang paling happy dapat jumpa kami. Siap ejek cara kite bercakap yeeeeeee….

Me + Kak Mah sambil duk layan Ice Pop

Start our day with sunrise earlier and sekarang sunset pulak.

Before kite naik motor, sekali lagi Kak Wardrobe tolong betulkan tudung Pora

Since aku tengok ramai orang carik port kat tepi laut, aku pon park motor and gi ke arah dataran yang menghadap laut tu. Lepaklah aku ngan Kak Mah kat situ. Makan, gelak, perhatikan orang dan nikmati hari terakhir kami di Pulau Weh. Memang nikmat giler suasana kat sini especially untuk kiteorang yang dah lama giler tak cuti together. Macam macam stori la dikemukakan. Terbaek wehhhh!

Kami pulang semula ke Sumur Tiga untuk dinner dan bayar segala payment yang masih pending kepada Freddies. Untuk yang nak beli tiket ferry pon boleh jugak uols. Beli je kat Freddies ni, die akan aturkan semuanya termasuk jetty transfer. Sediakan ajok duit, settle. Habis segala urusan, kami naik bilik dan lepak dengar lagu bertemankan ombak menghempas pantai. Dan kiteorang pon layan sampailah dah nak tido.



Ayah Freddie buat ucapan dinner


Tetapi tiba tiba pintu kami diketuk. Suara lelaki dapat kami dengar. Dah lah mamai mamai gini. Nasiblah Kak Mah rajin sahut. Die bagitahu kiteorang ade teman carik. Siapa lagi kalau tak lain tak bukan, kawan Medan kiteorang. Kami turun and lepak di dining hall sambil dorang plan ajak lepak kat town. Town kawwww, jangan main-main tau. So kiteorang pon ons je. Tapi kami dah takde motor, sendu jee rasa…


Tapi geng Medan kiteorang ni jenis sempoi. Die cakap jom je naik motor 3 orang sekali. Kalau di kampung dorang, 4 orang pon takde hal. Itu kalau badan size 0 or 2 boleh la uols. Kalau sebesar anak gajah ni macamne pulak kan? Memang tak muat uols. Tapi dorang tetap gigih jugak cakap boleh punya. So kiteorang pon takde hal, okay sajok. Kirenya memang kene laaa sekarang aku jadi Bunga Citra Lestari sebab naik motor ngan geng Medan United ecehhhh!


Suasana malam di Aceh memang gelap gulita. Hanya lampu motor sahaja yang berjaya menerangi jalan. Kalau harapkan aku ngan kak mah memang takde nya aku nak redah, tak mampu kot nak lihat kegelapan malam gini. So dorang ni je gigih bawka kiteorang. Sampai di kedai, kami pilih port yang paling tepi. Sebabnya kalau suara aku campur pulak geng batak ni, mau kene amput je jawabnya.


Restoran ni havoc malam-malam


Ada bran ke geng-geng rempit tengok motor Aceh ni?


Layar perak – Diana nyahhhh! Tak main la sinetron, eh?


Kiteorang hanya minum and dorang yang makan. Bila dah duduk tu, berboraklah kiteorang tentang aktiviti kami time petang. Irene tak dapat hubungi kiteorang sebab battery die habis, dats y la kiteorang pon tak dapat call dorang. Dorang jugak sempat tunjuk gambar gambar yang dorang capture time snorkeling, cantik hawua okay. Palin manis. Dan aktiviti malam tu adalah transfer segala gambar yang ade dorang. Meriah kauuu…


Kedai ni ade wifi, so lagi mudah urusan kiteorang nak transfer segala benda. Abang amik order ni paling ceria bila aku cakap kami dari malaysia. Terus tarik kerusi duduk sebelah aku. Mungkin die ade dengar berita yang enak enak pasal malaysia kot. Sampaikan tengok aku je, dah nampak map malaysia, ching sangat. Yang si Irene duk lah cakap nama aku and Shima, Kak Ros. Puaslah aku pikir Kak Ros tu siapa, rupanya kakak si upin ipin. Paling suka dorang dnegan cite tu. At least we have something to proud of kan? Good job Les Copaque!


Berborak serious habis

Menara jam katanyaaaa – our memories together


All of us – From Kuala Lumpur and Medan with love


Bye bye Sabang


Malam tu kami terus tido sejurus sampai di bilik. Kak Mah masih lagi tak percaya yang kiteorang naik motor 3 orang ngan membe endon kami. Memang aku pon nak tergelak tapi new experience tu. Seronok. Esok kena bangun pagi sebab pakcik transfer akan get ready nak angkut kiteorang balik ke jetty sebab ferry pukul 830am.


Tips : kalau nak carik souvenirs di pulau weh, sila jalan jalan di town dan korang akan jumpe 2 kedai. Harga not bad. Tapi selection wise, biasa sjaok. Menurut kata tuam empunya kedai, die bukak 23 jam, tenrganga jugak aku time die cakap gitu. Mana taknya, kalau die bukak 24 jam, die dikire kedai souvenirs pertama di asia bukak 24 jam wehh..



12 thoughts to “Trip ke Banda Aceh : Part 2 (Pulau Weh)”

  1. Hi Cik Pora, salam kenal 🙂 tak sangka ada pantai yg cantik di Aceh ya… btw, i found ur blog time nak cari info for Phuket, and since then, I love read ur blog 🙂

  2. Hi! Nice blog! Love your pictures.

    Saya sekarang tengah merancang nak ke Aceh and Pulau Weh. Kebetulan terjumpa your blog so I was wondering, kalau you tak keberatan lah, boleh tak you share your itinerary for this trip?

    Anyways, great blog 🙂

  3. KERETA SEWA BANDA ACEH

    Salam… Kepakaran Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Banda Aceh, Sabang,Airport & lain2 tempat. Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa kereta dgn pemandu ke tempat shopping, melancong dan sebagainya sekitar Banda Aceh. Utk booking call@whatsapp 081263979828

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *