Trip ke Banda Aceh : Part 3 (Special part) #Tsunami10

Pagi tu kiteorang rasa dah bangun agak awal jugak, tapi tetap lambat bila mana kami keluar bilik lewat 10 minit dari waktu yang dijanjikan. Siap pekerja Freddies ketuk pintu bagitahu van dah sampai dan sedang tunggu kami. So berkejar kejaran la berlari bagi percepatkan apa yang boleh cepat. Nasiblah mat saleh yang naik sekali tu tak amput kiteorang sebab lambat, kalau tak malu je pagi-pagi dah kene cerca.

Sampai di jetty kami terus masuk ke dalam disebabkan masa berlabuh dah makin hampir. Tengah nak check tiket, terserempak pulak dengan geng Medan kami. Memang aku dah tahu yang dorang akan naik ferry sekali tapi dorang amik seat VIP tau, kiteorang amik normal seat je. Harga tak beza banyak tapi memang kiteorang malas nak pikir la temanya, amik je lah janji sampai. Nak selesa naik cruise la kan.


We are ready for Banda Aceh


Perjalanan ke Banda aceh agak full pada hari tersebut. Takde maknanya nak bolot 4 seats sekaligus untuk kami berdua. Mungkin weekend kan, waktu untuk berlibur di Banda Aceh pulak lah kot. Sampai saja di jetty Ulee Lhee, kami tunggu semua geng-geng Medan kami sebab nak say goodbye kat dorang. Salam-salam skit then bergeraklah kami mencari supir yang memang dah janji nak amik kami di jetty. Tak perlu mengagau mencari, memang dah kenal dah πŸ™‚


Kami disambut ceria oleh supir yang sama semasa kami tiba di Banda Aceh. Baik orangnya, sopan kalau bercakap dan enggak lokek langsung dalam berkongsi informasi dan bawa kami ke mana-mana tempat yang patut kami lawati. Sedangkan kami hanya book airport transfer je. So benda pertama die tanya, nak singgah memana tak?  Kami cam tak tahu sangat nak gi mana, die yang suggest mengikut tempat yang satu jalur ke Hotel Medan.


Antara tempat yang kami sempat pergi adalah kapal PLTD Apung (sebuah kapal elektrik) yang terdampar di kawasan kampung Desa Punge Blang Cut. Fuh besar gile kapal ni. Ianya diheret sejauh 5km terus ke kampung dan ianya memang betul-betul berlabuh dalam kawasan rumah orang. Even kalau korang nak masuk pon, kene lalu jalan yang sangat kecil, then barulah jumpa tempat tu. Menurut supir kami, semasa Tsunami, kapal ni hanyut terus ke tengah kampung dan membawa seramai 59 anak kapal dan Alhamdulillah kesemuanya selamat. Aku memang tergamam sebentar kalau pikirkan macamane kapal sebesar ni boleh sampai ke sini kan. Semuanya kuasa Allah.


Untuk masuk ke kapal PLTD ni, tiada bayaran tiket akan dikenakan tetapi terdapat tabung sumbangan untuk anda menderma. Ianya dibuka pada jam 9.00-1pm dan 2-5pm. Anda juga boleh letakkan nama anda


Nak baca pasal stori kapal PLTD ni, korang boleh tengok kat sini :


“PLTD Apung 1 is an electric generator ship in Banda Aceh, Sumatra, Indonesia that has become a tourist attraction. The 2,600 ton vessel had been in the sea and was flung 2 to 3 km inland by the 2004 Indian Ocean earthquake and tsunami.[1][2] It was owned by PLN, the local power generating company, and crashed upon two homes when it landed, killing those inside.[1] Visitors can climb to the top of the ship. This boat was given to Aceh during the Aceh conflict between the government and GAM (Gerakan Aceh Merdeka). In 2012-2013 this boat was renovated and now has 2 towers, a monument, a flying walk & jogging area and a fountain.”


Selamat datang ke Kapal PLTD Apung


Sila patuhi undang-undang kat sini

Tembok yang dibina untuk menggambarkan pukulan Tsunami


Supir kami dan Shima


Detik keramat 

Dari sudut bawah kapal

Antara yang mereka kekalkan


Go up

Pandangan sisi kapal tersebut


Telefon yang menghubungkan mereka di dalam kapal


Bendera Indonesia


Pandangan dari atas kapal


Me and Kak Mah

Lihatlah laut jauh nun kat sana

Kapal yang masuk ke kawasan kampung

Semuanya pemandangan rumah orang 

Kami tak lama kat situ, hari semakin membahang. Sempat jugak supir tu tanya pada kami, round-round Banda Aceh nanti naik apa, then aku cakap, maybe pinjam motor kot atau pon naik taxi. Terus die bilang, guna saja motor die sebab die pon tak guna motor tu. Terus kiteorang cam okayyyyyy, boleh aja dong, rezeki jangan ditolak kan? Sampai di Hotel Medan, kami terus check in dan bila tengok pada dinding reception dorang, terpampang gambar semasa Tsunami di mana hotel ni pon kene jugak. Hanya lantai 3 sahaja yang tak terjejas. Agak teruk jugak kawasan Tsunami kat sini. Namun, semuanya dah kembali seperti sedia kala. Alhamdulillah.

Bagi aku Hotel Medan ni memang okay bagi mereka yang berkeluarga ataupun budget traveler. Sebab harga sangat berpatutan. Siap dengan breakfast, in terms of location pon strategic dan senang kalau korang nak makan-makan kalau time malam sebab depan hotel port makan sedap marvellous terbentang luas untuk korang. Jadi, aku memang recommend sangat hotel ni untuk anda yang memang pasang impian nak jejakkan kaki kat sini.


Hotel Medan…Yeehaa!

Lobby area

Check in

Our room for 1 night

Berkemas kemis dalam bilik, aku dan Kak Mah terus turun ke bawah hotel dan mencari supir kami. Namun, tak pulak kelihatan. Kami yang seakan blur terus disapa seorang lelaki bertanyakan kami carik supir tadi ke? Terus angguk and die kata ni ha kunci motor and geran sekali untuk kami. Wahhhh, memang betul-betul dapat motor tau. So, mintak sikit tips-tips before mulakan pengembaraan Aceh Menjerit dan sempat gak tanya kat ne nak isi bensin? Motor yang die bagi memang minyak non hado bebbbbb…Apa-apa pun kami memang bersyukur sebab supir ni main bagi je motor kat kami. Disebabkan kepercayaan itulah, kiteorang memang jaga motor die ibarat jaga diri sendiri.

Abang Wahyu tolong pass kunci

Kunci dan geran motor

Motor dah dapat. Yuk kiteee!

Maka, bergeraklah kami menelusuri Banda Aceh yang saling tak tumpah macam Bandung dan Jakarta… Berpinar mata aku duk nak paham jalan kat sini dengan minyak dah krik-krik gini. Bagi aku memang agak berbeza bawak motor kat sini compared to Pulau Weh. Especially signboard yang sangat limited. Oh my HAWAU! Itu memang antara faktor yang membuatkan aku fening duk pikir…Dan lagi satu, pam minyak. Memang bapaklah susah nak carik weyyy. Rasa nak je aku isi pakai air. Tanya kat orang pon, susah nak tunjuk since jalan die berpusing pusing. Pengsan meks!

Selepas beberapa kali berhenti dan bertanya beberapa orang tempatan, akhirnya aku jumpe jugak satu roundabout and terus jumpa station minyak. Isi ikut kemampuan tangki dan baru aku perasan yang Muzium Tsunami hanyalah terletak di belakang station minyak ni jewwwww…So, carik parking bawah pokok, bayar Rp2000 and terus masuk ke dalam kawasan muzium. Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi bagasi anda tidak dibenarkan dibawa ke dalam muzium. Hanya dompet, camera dan handphone sahaja boleh dibawak. Korang kene simpan dekat kaunter bag yang disediakan. Simpan number yang diberi yuk. Itu penting!


Pam minyak paling susah nak jumpa


Masuk je ke dalam muzium, kami terus berjalan menuju ke bilik demi bilik mengikut tapak kaki yang ade di lantai (mereka gunakan tapak kaki sebagai signage). Dapatlah korang lihat bagaimana keadaan sebelum, semasa dan selepas Tsunami. Tidak lupa jugak pada negara-negara yang tersenarai dalam membantu dalam pembaikpulihan Aceh. Banyak perubahan yang berlaku selepas Tsunami. Antara yang paling jelas ialah pembinaan muzium yang bagi aku sangat cantik. Sebenarnya untuk membina muzium ni pun, dorang ada buat contest dan setiap senibina yang dicadangkan by contestants ade rationale disebaliknya. Bukan suka-suka nak design ya. Korang boleh baca setiap penceritaan di sebalik pembinaan muzium ini.


Dan akhirnya senibina yang dibina oleh sedara Ridwan Kamil dpilih sebagai pemenang. Terbaek! Aku teruskan berjalan sampailah tak tahu nak gi mana dah. Tapi aku teringat yang kat muzium ni ade satu tempat yang ade bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan laluannya sangat gelap. Aku keluar dan terus bertanyakan pada kaunter informasi. Die tunjukkan jalan dan kami terus lalu di laluan gelap itu. Disebabkan aku ni memang semacam fobia ngan gelap, aku suh Kak Mah tunggu orang lain masuk jugak so that kite masuklah sekali ramai-ramai. Takdelah aku peluk Kak Mah beriya sangat nanti. Ahaksss!


Masuk je ke dalam laluan Tsunami tu, suasana jadi gelap dan ade semacam air terjun yang turun tapi takde lah korang basah pon dalam tu. Cuma yang meninggalkan kesan ialah bacaan ayat Quran yang sangat sayu dan menginsafkan. Ini merupakan gambaran yang terbaek dalam memberikan suasana yang berlaku semasa Tsunami. Laluan gelap berdindingkan air itu memang memberikan satu perasaan takut kepada pelawat dan lorong ini memang sesuatu yang patut anda experience bila berkesempatan ke sini nanti.


Kami terus dibawa ke kawasan TV pulak untuk melihat kesan-kesan Tsunami yang ditinggalkan. Seterusnya kami pergi pulak di sebuah bilik penuh dengan nama-nama mangsa yang terkorban ketika bencana tersebut. Namun, yang paling indah pada pandangan mata pengunjung pastinya apabila anda mendongak ke atas, hanya SATU sahaja yang anda akan lihat iaitu tulisan nama Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani. Segala yang terjadi di Aceh memang ade hikmahnya.

Parking motor. Snap sekeping untuk ingat motor kami


Nak beli tapi hari panas. Takde tempat nak duduk berteduh

Mari kita masuk dulu

Pintu masuk utama


Bahan sejarah Tsunami yang pertama – Helikopter

Model bangunan muzium 

Dinding muzium


Malaysia – spotted!


Jumlah korban Tsunami termasuk negara yang terlibat


Post tsunami

Kanak-kanak yang kehilangan orang tua tersayang πŸ™

Jam yang berhenti berdetik

Explanation on this artifact

Tsunami impact


Pusat gempa bumi 

Architects for Tsunami museum


Antara paparan gambar sebagai info

Model Kapal PLTD Apung


Motorsikal yang juga terlibat dalam bencana Tsunami


Satu-satunya bangunan yang terselamat dari Tsunami – Masjid Ulee Uhueu


 Rajin student membaca *wayang*

Hotel weols

Selepas Tsunami

Antara senibina di dalam muzium yang sangat menarik

Bendera negara-negara yang terlibat

Bilik yang penuh dengan nama-nama mangsa. Sayu nya bila baca

Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali

Laluan gelap Tsunami

Okay before balik, terimalahhhh cover novel – Seteguh Kasih Sg. Gadut

Kami keluar dari muzium dan terus mencari kedai makan sebab perut dah mintak bakso je ni. Memang penangan bakso di Aceh buatkan aku seakan lupa akan penyet ke, gado-gado ke, ikan terbang ke…Semua meks dah lupa! Hanya satu je Bakso di dalam hati, Bakso Aceh okay! Dah jangan propa. Maka, destinasi cinta seterusnya ialah Pasar Aceh, di mana korang boleh beli souvenirs, kain batik, pelekat ela segala semua ade kat sini. Camne Cik Pora boleh tahu jalan nak ke pasar tu? Ahaaaaa…konsep kat sini, berhenti tanya orang je. Tak kuasa la nak bukak bukak map. Lagipun kawasan muzium dengan pasar nie dekat sajok. Senang jewww. Nampak bangunan pasar, terus aku park motor dan bayar parking fee kemudian bila korang nak balik nanti. Semua parking adalah outdoor yeee. Ade pakcik baik akan jaga, dorang sangat jujur ye.Meks suke sangat.

Masuk je dalam bangunan terus rasa nikmat sebab dapat aircond uols. Punyalah panas membahang kat luar sana. Naik motor bukanlah cara terbaek untuk explore Banda Aceh especially dalam keadaan tak tahu mana nak tuju. So, kalau yang tak suka berpanas-panas, sewa sajok van tu ha. Senang cite, toksah nak berpeluh sakan cam kami. Setiba saja di dalam pasar tersebut, benda pertama kiteorang carik ialah kedai makan. Abis semua penjual dalam tu aku tanya, nasiblah dorang tunjuk jalan yang betul. Kalau pinar-pinar jugak, mau meks seret je badan yang penat ni.


Pelbagai pesyen jilbab

Dress dan jubah yang dijual Pasar Aceh


Kedai makan. Adalah. Diluar pasar. So, sampai je di kedai makan, terus order bakso dan air watermelon. Sempat gak die tanya nak susu ke tak? Oh mungkin watermelon juice kat sini letak susu kot. Abaikan je lah. Meks tak pernah minum air pelik-pelik kat negara orang. So no susu please. Sampai je bakso terus makan sakan. Tapi aku terletak banyak cili plak. Pedas hawau la jawabnya. Nasib lah air sampai tepat pada waktunyaaa. Cuma, air yang sampai air lain. Air carrot weyyy! Takde susu, plain sajok. Aku minum je lah, dah pedas kan? Rinsek pelik semua ada tapi abaikan. Mungkin kat sini watermelon tu dorang gelarkan carrot kot.Tapi dorang panggil tembikai tu apa? Nanti kita tanya eh.


Kedai pilihan kami untuk lunch

Baksoooooo – favorite!


Air carrotmelon


Lepas makan, kiteorang terus berjalan mencari telekung kiriman orang kampung dan juga beli sikit kain ela untuk diri sendiri. Macam-macam kedai dan layanan kami terima dari orang sini. Cuma ade satu kedai yang memang menarik perhatian dan memberikan aku memori ‘palin maneh’ sekali sepanjang perjalanan di Aceh ni. Kami masuk ke dalam satu kedai yang. Diberi nama Anugerah Ilahi. Pakcik ini menyambut kami dengan salam dan terus cakap “Masuklah, kalau tak jadi, enggak apa-apa rezeki semuanya datang dari Allah”. Aku memang setuju dengan apa yang pakcik ni cakap. Terlalu deep tapi memang tepat!


Maka, kami pun masuk dan terus tanya telekung berapa, kain segala berapa….semua kiteorang tanya. Die pon jawab dengan tenang. Sambil tu dihulurkan jugak air mineral cup kepada kami. Kami cuba menolak, tetapi die cakap minumlah ini rezeki dari Allah dan kalau tak jadi tak apa, saya tidak kecil hati apa pon, minumlah yaaaa. Okay pak,terima kasih. Murah rezeki bapak. Aku letakkan dulu air tu dan sambung balik survey-survey kain ela. Temanya banyak kain lace je kat sini tapi harga boleh tahan mampu milik. So aku pun beriya nak beli macam-macam fefeling nak pakai time raya kelak.


Sambil pakcik tu ukur-ukur kain dan sembang ngan aku,  si Kak Mah tunggu di tepi dan mungkin time tu die boring kot, so die pun bukaklah air mineral pakcik tadi dan terus minum. Pakcik tu yang tengah rancak sembang ngan aku terus macam pause and cakap, “Mintak maaf ya, tadi lupa baca bismillah sebelum minum”. Terbeliak terus bijik mata aku and Kak Mah pulak, spontan stop minum then baca bismillah terus tunduk sengih. Aku terus gelak dan sempat gak aku cakap, “Betul tu pakcik,die ni… memang hahahaha…”, saja nasi tambah kawan-kawan. Pakcik tu berkali kali cakap maafin maafin, sebab die hanya bertegur bukan niat apa apa.


Kemudian, bila hal aku semua dah settle, tibalah giliran Kak Mah pulak nak membeli-belah. Die ade tanyakan harga kebaya merah tu kat pakcik tadi, yelah dah die je jaga kedai sesorang, so kene la amik giliran kan….tiba tiba pakciktu cakap, “Maafin ya…tapi saya sudah berkahwin dan isteri saya cantik berada di rumah. Aku yang tengah duk minum air (dah baca bismillah sebelum minum), tercengang jugaklaaaa… Rasanya soklan Kak Mah tadi pasal harga baju kebaya, bukan tanya abang single ke tak?


Then aku pandang muka pakcik tu and pandang pulak Kak Mah, masing-masing krik krik tak tahu apa yang terjadi. Ade yang slack ke kat minah ni, terdetik hatiku. Pakcik tu maasih menyambung ayat beliau, “Adik pun cantik juga tetapi alangkah bagusnya jika tidak dinampakkan lengan yang putih bersih itu” oh baru aku dapat tangkap apa yang die cuba nak sampaikan. Ahaaa, kan panas bangat di sana so Kak Mah buat lah style makcik PPRT nak carik gaduh dengan menyinsingkan lengan baju. Yang pakcik ni sangatlah sopan santun untuk menegur sampai di bawaknya isteri die sekali dalam teguran itu.


Terus aku cakap, woi lengan tu cover sikit. Nasib Kak Mah pun paham cepat dan kami memang tak amik hati dengan teguran itu. Bagi kiteorang khususnya Kak Mah la kan yang kene one shot gitu, kiteorang semakin respect pada orang-orang sini yang sangat bersantun santin dalam menegur. Dua dua tak sakit hati dan tak rasa segan untuk menegur antara satu sama lain dalam menjadikan kita insan yang lebih baik. Cara dorang ni buat aku rasa yang kite tak perlu malu untuk menegur sesama kita. Yang paling penting ialah cara kita menegur. Betul ke tidak?


Time aku nak bayar kan…Pakcik tu terus bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih bagi pihak warga Aceh kepada orang Malaysia kerana banyak sangat membantu mereka khususnya semasa bencana Tsunami 10 tahun lalu. Kata pakcik tu, hanya Tuhan saja yang bisa membalas jasa seluruh manusia yang membantu mereka di sini. Die jugak sempat bagitahu yang Upin dan Ipin tu banyak pengajarannya buat anak-anak di Indonesia. Dan beliau sangat sukakan cerita tersebut sampaikan beliau boleh belajar Bahasa Malaysia melalui cerita tersebut.


Kami teruskan perjalanan mencari barang-barang lain yang dapat kami beli sebelum pulang ke hotel. Memang give up la nak gi tempat lain naik motor dalam cuaca yang panas camni. Kalau kene sunburn lagi, aku memang serik dah nak gi tempat cuaca panas ni. Tapi, nasiblah takde uols. So, bergeraklah pulang ke bilik, park motor n terus tido sakan. Lagi best duk dalam aircond weyyyy.


Petang tu, kami turun fefeling nak jalan kaki pulak. Tapi terserempak dengan supir kami yang bagi pinjam motor tu. Kami pun terus pulangkan kunci dan geran kat die. Die cakap kenapa pinjam kejap je. Haaaa…laju teruk aku jawab! Tak tahu jalan, sesat, panas dan tak paham nak bawak motor kat sini. Itu je…. dats why kami tak sempat nak gi memane kecuali beberapa tempat sajok. Die terus tanya, nak die bawakkan kami naik van secara percuma? Wowwww, itu sudah bagus, rezeki jangan sesekali ditolak uols. Bersyukur dengan semua ini, yups.


Pada waktu tersebut, jam telah menunjukkan tepat jam 5 petang dan kami pun terus bergegas menaiki van yang disediakan. Sebenarnya lagi better if korang sewa je van + supir or mintak orang sini sajok yang bawakkan korang. Selesa dan tak yah pikir pikir pasal sesat jalan. So cakap je nak gi mana, insyallah selamat sampai la korang. Dan untuk petang yang tenang ini, kami dibawa ke rumah yang ade boat nelayan. Apakah itu kengkawan sekalian? Aku pon tak penah amik port tau pasal bot nelayan sangkut atas rumah penduduk kampung ni…sampailah supir kami bawak kami ke sini.


Tips : Jikalau korang nak jugak naik motor, aku boleh suggest local people yang aku kenal di Pulau Weh untuk bawak korang jalan-jalan. Pada asalnya, aku nak upah dorang je bawak kami round naik motor. Kirenya 2 motor, aku+ Kak Mah and dorang naik lagi satu motor. Akan tetapi, time tu kami takde WiFi nak contact die. Call pun tak dapat, so kami pergi je sendiri. At last, bila dah petang-petang baru dapat contact die. Takde rezeki, but if korang nak guna service gitu, nanti PM sajok bila kau mauuuuuu!


Tiba sahaja di kawasan yang dinanti, kami turun dahulu kerana jalan die memang sempit dan supir kami terus mencari parking. Jalan kampung orang sebenarnya nie. Bila sampai sahaja di kawasan rumah tersebut, kami disambut oleh bebeapa penduduk di situ yang duduk bersembang di depan kawasan rumah tersebut. Aku terus memandang ke arah rumah tersebut dan memang ade bot nelayan la atas rumah die. Panjang bot tersebut ialah 25 meter panjang dan 5.5 meter lebar. Kiranya, gelombang Tsunami lah yang membawa boat tu sampai ke atas rumah nie…betul tak?


Dan memang tepat sekali sangkaan aku apabila kami membaca papan tanda yang penuh dengan cerita detail peristiwa tu. Bila aku gigih membaca sampai habis, kami dibawa supir untuk round-round kawasan rumah tu. Dapat dilihat senarai nama mangsa dari Kampung Lampulo yang terkorban, rata-ratanya mereka yang tinggal di kampung nie. Rumah milik Pak Misbah ini adalah 2 tingkat dan agak luas jugak. So di tingkat atas terlihat lah gallery Tsunami yang melanda kampung ini. Rumah 2 tingkat ini sendiri dijadikan muzium peringatan oleh kerajaan Aceh. Mereka telah pun membayar pampasan kepada owner rumah untuk dijadikan bahan sejarah.


Kami naik ke bahagian paling atas untuk melihat boat tersebut. Apa yang aku dapat simpulkan, kerajaan memang menjaga kawasan ini dan dorang ade renovate boat dan rumah supaya tak luput dek zaman. So ianya akan kekal menjadi kawasan peringatan penduduk kampung dan tidak lupa juga untuk mereka yang datang dari setiap pelosok dunia untuk melihat sendiri apa yang berlaku. Agak sayu sedikit bila cuba menggambarkan betapa hebat bencana Tsunami yang berlaku kira-kira 10 tahun lepas.


Kapal di atas rumah Lampulo

Pandangan dari bawah kapal


Sejurus masuk ke dalam rumah yang pernah dilanda Tsunami

Papan tanda


Aku dan Kak Mah turun ke bawah untuk membaca sekali lagi cerita di board tu. Terlihat di sebelah aku ialah seorang makcik yang cuba mendekati kami berdua. Tanpa segan silu, aku bertanya adakah makcik orang kampung sini. Die pon ramah menjawab dan memulakan cerita beliau semasa Tsunami berlaku. Beliau jugak sempat bercerita tentang kediaman yang sekarang menjadi tanda ingatan peristiwa hitam itu.


Nama penduduk yang terkorban

Kapal di atas rumah

Hujung kapal

Pemeliharaan kapal tersebut dijaga dengan rapi


Di dalam rumah juga terdapat galeri 

Bentuk asal kapal yang berlabuh di atas rumah penduduk Lampulo

Menurut beliau, pada pagi 26 Disember sejurus selepas gempa bumi, beliau ada terdengar bunyi yang amat kuat seolah-olah bunyi ngauman ombak yang besar datang ke arah mereka. Pada ketika itu, beliau hanya berlari selaju yang mampu menuju ke arah rumah teres 2 tingkat iniapabila terlihat seakan ‘benda’ putih yang sangat tinggi. Tak ramai yang ade di dalam rumah tersebut dan pada ketika itu, apa yang dapat beliau lihat bahagian bawah rumah sudah pun dinaiki air. Mereka lari ke tingkat 2 dan ada jugak yang bertahan pada pokok sebelum boat nelayan ini tiba. Mereka lihat boat ni seakan akan meronda di sekeliling rumah dan akhirnya berhenti betul-betul di hadapan beranda tingkat 2 rumah ini. Mereka terus menuju ke dalam boat kerana takut pula rumah akan tenggelam. Hanya tangisan dan lafaz doa kepada Yang Esa sahaja dapat didengar sewaktu itu.

Makcik yang sudi berkongsi cerita ketika kami berada di situ


Leka mendengar cerita makcik tu tanpa aku sedar ramai pulak visitor lain datang dan berdiri di belakang aku. Mereka pun turut peka mendengar citer ikhlas makcik tu. Aku memang kagum melihat ketabahan makcik ini dan beliau sangat tenang bercerita tentang sesuatu yang sangat berat kalau digalas oleh diri aku sendiri. Sejujurnya, aku memang tak mampu untuk mendengar kesedihan makcik ini ketika beliau bercerita. Namun, setiap penceritaan beliau pasti diselit dengan senyuman paling manis yang membuatkan aku seakan faham yang beliau redha dengan apa yang berlaku. Aku mempelawa makcik tersebut untuk bergambar bagi mengabadikan kenangan kami bersama.



Makcik yang tudung purple tu panjat pokok untuk selamatkan diri beliau πŸ™


Dalam duk bergambar tu, datang seorang lagi makcik dan duduk di sebelah aku. Melihatkan karakter makcik ini yang agak friendly, aku semakin teruja untuk berkenalan dan bertanya tentang pengalaman beliau ketika Tsunami berlaku? Dengan soalan yang ringkas itu, ianya telah membuka satu lagi kisah yang sangat meninggalkan kesan kepada aku dan Kak Mah. Meh sini aku cuba gambarkan cerita makcik ni pulak :


Pada pagi tersebut, makcik ni tengah berniaga kuih dan nasi. Sedang beliau berniaga, tiba-tiba gempa bumi yang teramat dasyat yang belum pernah beliau rasakan sepanjang hidup beliau terjadi. Sejurus selepas itu, beliau terus berlari ke arah rumah jiran yang paling hampir iaitu rumah teres 2 tingkat ini. Selepas 5 minit berlakunya gempa bumi tersebut,beliau terus kedengaran bunyi macam ngauman yang sangat kuat dan nampak seperti air setinggi gunung seolah-olah bergulung dari arah laut. Di dalam fikiran beliau, selain menyelamatkan diri, beliau ada juga terfikir tentang keluarga namun keadaan terlalu panik . Jadi apa yang beliau buat ialah naik terus ke tingkat atas rumah tersebut. Sewaktu  beliau berada di bahagian atas rumah, beberapa jiran jugak dapat dilihat berada di dalam rumah itu. Dan mereka sedang menyaksikan sesuatu yang belum mereka lihat sebelum ini. Ia adalah bencana TSUNAMI.


Tidak putus putus berdoa dan hanya kepada Allah sahaja mereka mampu mengadu. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat membayangkan betapa dahsyatnya bencana ini. Hanya mereka sahaja dapat menjadi penonton kepada siaran langsung kejadian ini. Di sekeliling hanyalah seluas lautan air yang menghanyutkan harta benda dunia termasuklah sebuah boat yang seakan berlegar-legar di sekitar rumah teres itu. Melihatkan boat nelayan tersebut seakan mencari tempat untuk berlabuh, mereka melaungkan azan sebanyak 7 kali bermohon pertolongan kepada Allah Yang Maha Esa.


Keajaiban berlaku apabila boat tersebut berhenti betul-betul di hadapan beranda rumah tersebut. Seakan memahami akan tujuan boat yang berlabuh dihadapan mata mereka, mereka terus berpidah ke dalam boat tersebut. Sewaktu kejadian itu, isteri kepada tuan rumah baru sahaja melahirkan bayi dan ibu mana yang tidak pernah berkorban untuk anak mereka sendiri. Jadi, apabila ibu tersebut melihat kehadiran boat itu, beliau terus berniat untuk meletakkan bayi itu ke dalam tempat pemandu boat. Tetapi apabila mereka membuka bahagian hadapan tersebut, terlihat seorang lelaki sedang tidur. Sangkaan mereka bahawa lelaki itu adalah pemandu boat tersebut adalah salah kerana lelaki itu sebenarnya tumpang tidur di dalam boat yang sebenarnya tidak boleh digunakan lagi. Beliau yang seakan mamai, bertanya apakah yang sedang berlaku. Sememangnya lelaki itu tidak sedar dengan apa yang berlaku. Dan melihatkan keadaan sekeliling, beliau sebenarnya hampir terlepas kejadian yang telah menghancurkan hampir keseluruhan kawasan kampung dibidas Tsunami.


Makcik yang sedang bercerita ini turut menambah, sewaktu berada di dalam boat, mereka seakan redha andai kata mereka akan pergi selamanya kerana sudah tidak mampu lagi untuk menangis meratapi apa yang berlaku di hadapan mata mereka sendiri. Hilang keluarga, hilang harta benda, hilang segala-galanya dalam masa yang terlalu pantas. Mungkin baru semalam sahaja bergurau bersama keluarga, bersolat jemaah bersama pada Subuh tadi ataupun bersalaman sebelum keluar mencari rezeki. Namun, itu sudah pun jadi sejarah manis apabila realitinya pada ketika ini, mereka sedang berada di dalam sebuah boat, bertarung nyawa dan berserah kepada ILAHI.


Turut bercerita akan pengalaman di mana mereka terlihat seekor buaya yang berada betul-betul di bawah boat mereka. Keadaan amat sukar kerana mereka juga takut diancam ketika itu. Dalam kesangsian itu, mereka tetap tidak putus-putus melaungkan nama YANG MAHA ESA. Ada juga aku bertanya, adakah makcik tahu yang itu adalah kejadian Tsunami? Jujur makcik itu jawab, yang beliau langsung tidak pernah dengar perkataan Tsunami sewaktu itu. Sehinggalah selepas berakhirnya kejadian itu, barulah mereka tahu yang Banda Aceh baru sahaja dilanda Tsunami. Tsunami dipanggil buat mereka yang masih selamat. Namun bagi mereka yang telah pergi selamanya, mungkin mereka menganggap bencana ini adalah kiamat.


Sesugguhnya setiap mereka yang diuji akan terus kuat dalam menghadapinya. Sepahit mana sekalipun ujian itu, kita harus redha dan tetap harungi walaupun pada mulanya pasti terasa sukar. Dan makcik ini tidak pernah terkecuali kerana beliau mengakui selama bertahun-tahun jugak beliau pasti menangis apabila mengingatkan apa yang telah pun berlaku. Trauma yang teramat sangat. Akan tetapi, apabila masa semakin berlalu, beliau melihat kejadian ini dari sudut yang sangat cantik iaitu, HIKMAH disebalik semua ini. Masih aku ingat bait-bait kata makcik tersebut, kalau tiada Tsuanmi, mungkin kita tidak akan bertemu kan….Dan sehingga bila-bila kita tidak akan kenal antara satu sama lain. Bukan apa, sebelum kejadian ini berlaku, tidak ramai yang kenal akan bumi Aceh ini. Kini, semua orang dari segenap pelosok dunia sudah kenal akan Aceh. Terlalu dalam apa yang diperkatakan oleh makcik itu.


Kusyuk tau muka Cik Pora, makcik nie sangat ikhlas bercerita

Hanya die sahaja yang tahu perasaan ketika menyaksikan sendiri bencana Tsunami di hadapan mata

Aku memang terlupa nak tanya nama makcik nie


Biarpun beliau leka bercerita, namun aku lihat tangan beliau tetap memegang tasbih. Memang sangat mendalam kesan yang ditinggalkan oleh Tsunami ini. Berat mata aku memandang tetapi berat lagi segala yang digalas oleh makcik ini. Sebelum aku meminta diri, sempat juga beliau bertanya apakah pekerjaan aku di Malaysia, doctor kah? Aku tersenyum. Terus terdetik, memang muka budak Medic sangat, dari dulu orang ingat meks doctor ye, walaopoonnnnn, sendu sajok. Beliau jugak sempat mendoakan supaya aku berjumpa jodoh yang baik dan beriman apabila ditanya tentang status aku. Masuk nie dah 3 orang Aceh mendoakan jodoh aku. Ecehhh…


Kami berlalu pergi setelah mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal pada kesemua makcik yang berada di sini. Bagi aku, petang itu adalah petang yang sangat bermakna. Melihat kembali wajah mereka melalui gambar yang aku rakamkan, mereka inilah yang patut aku gelar wanita-wanita tabah kerana segala yang mereka lalui belum tentu boleh dilalui oleh orang lain. Walaupun sudah 10 tahun berlalu, namun mereka pasti tidak lupa dengan bencana yang meragut beratus ribu nyawa itu. Aku amat bersyukur kerana diberikan kesempatan dan jodoh untuk bertemu dengan mereka. Hanya satu doa dariku, semoga Allah sentiasa merahmati kehidupan warga Aceh.


Pulang sahaja dari kawasan kampung tersebut, kami masuk semula ke dalam bilik selepas mengucapkan terima kasih kepada supir kami. Baik pekerti die ni. Moga Tuhan balas jasa beliau kerana banyak membantu kami dengan seikhlasnya. Malam tu, kami hanya lepak di hadapan hotel sajok. Berderet kedai makan yang ade dan semuanya sedap gile tak tipuuuu. Satay sapi paling fevret, siap nasi, kuah kacang and satay. Terbaek gile wehhhh! Harga pun berbaloi. Memang sampai sekarang mek duk ingat lagi betapa enaknyaaaa rasa makanan kat Aceh ni. Marvellous tau!


Kedai souvenirs

Frame keris


Me + Satay Sapi for dinner


Segala satay pun adee


Dekat KL, satay padang ni sedap tau. Tapi kat sini agak masin


Kerang bakar besar punyeeeee

Esok pagi kami check out hotel dalam pukul 10am selepas breakfast. Bukan nak cakap apa lah, breakfast kat hotel pon sedap. Sampaikan aku tambah nasi goreng banyak kali. Jarang ye even di negara sendiri aku duk tambah maknanan especially kat hotel. Ini tandanya betul-betul sedap okay. Kami bergerak keluar dari hotel selepas menaiki van yang dipandu supir kami. Sebenarnya pagi tu kami akan ke makam Alim Ulama di aceh iaitu – Syeich Abdurrauf bin Ali Alfansuri/ Syiah Kuala.


Keadaan di bandar Aceh


Last #selfie dalam van


Perjalanan ke makam

First glance


Dah tiba di makam


Surau yang juga terletak di tepi pantai

Kalau nak ke sana, please pakai kain ye. Kalau tak ada, nanti korang kene naik kat surau and pakai kain yang disediakan. Kene lah hormat sedikit please. Kemudian, kami juga ada singgah di Masjid Ulee Uheue dan Masjid Baiturrahman yang sangat cantik senibinanya. Untuk Masjid Ulee Uheue sendiri, ianya memang memilik satu keajaiban di mana ianya tidak musnah dihempas bencana Tsunami. Malah menurut supir kami, ada seorang bangsa Cina yang turut berlindung di dalam masjid melihat keajaiban tersebut, turut bersama-sama melaungkan nama Allah untuk diberi perlindungan. *speechless*

Masjid yang terselamat ketika Tsunami melanda


Let’s read

My favorite picture

Masjid Raya Baiturrahman

Seterusnya, kami terus bergerak ke airport dan buat urusan check in segala. Bayar duit Rp100,000 sebagai tax itu jangan dilupain.  Sebelum pintu bukak, kami singgah minum di kedai dalam airport dulu. Yuk habiskan rupiah yang bersepah dalam purse, wah gitewwww….

Mintak supir berhentikan kat tepi sawah untuk bergambar

Yeehaaa #ootd


Anak kecil di Aceh


Dalam flight balik, our friendly pilot siap buat announcement cute giler weh. Terkejut aku sebab sepanjang naik flight tak penah pulak dapat pilot yang cool gini, dia cakap ala ala : Heyllloooooooo everyone. meliuk liuk hello die. Meriahuols. Terus aku nak gelak dengar. Kalau dapat pilot happening camni mesti riang je perjalanan balik kampung Key Ell kite kan? Dan as expected, journey balik memang smooth sajok. Itu meks suke!


Sampai di Malaysia, terus rasa cam jerebu teruks. Bak kata makcik di sebelah aku, ade hutan terbakar di Sumatera, tu yang teruk sangat dah. Die takde effect Aceh pon. So clear saja di sana. Takpela, ujian untuk orang Malaysia. Apa-apa pon, trip ke Aceh ni memang banyak membuka mata dan sangat-sangat memberi makna yang mendalam buat aku. Orangnya terlalu puitis uols, kalau bercakap dengan mereka, terasa seperti berada dalam filem P.Ramlee. Dorang sangat bersantun kata, kite pulak yang malu cakap terjerit jerit.


Dan mereka sangat suka dengan orang malaysia. Die ala ala korang masuk Malaysian Idol and paling banyak dapat vote. Suka no dorang. Impian kebanyakkan mereka nak bisnes di malaysia. Mungkin ade yang dah kaya raya berpengalaman bisnes kat sini, tu yang semua pon feeling jugak. Apa apa pon, rezeki dari Allah. Kat mana mana pon, asalkan halal, okay sajok. Anyway, sebelum aku tarik langsir untuk tutup kisah Aceh ni, meh sini meks listkan budget sepanjang berada di sana…enjoy!


BUDGET

Ferry  (banda aceh – sabang) Rp 75,000 per pax
Taxi : Rp 25,00 per pax
Motor : Rp 100,000
Petrol : Rp 20,000
Junk food  : Rp 30,000
Parking waterfall : Rp 2,000
Lunch : Rp 20,000 per pax
FM : Rp 70,000 (7pcs)
Bakso : Rp5,000
Air + Ice Pop : Rp 17,000
Hotel sumur tiga : Rp 290,000 per nite
Dinner sumur tiga : Rp 65,00 per pax
Taxi : Rp 20,000 per pax
Ferry : Rp 75,000

Banda aceh
Hotel & transportatiom : Rp 610,000
Minyak : Rp15,000
Kain ela : Rp100,000
Telekung : Rp250,000
Telekung travel : Rp50,000
Lunch bakso n melon : Rp50,000
Scrub : Rp10,000
Dinnner sate matang : Rp48,000
Dinner sate padang n kerang : Rp22,000


7 thoughts to “Trip ke Banda Aceh : Part 3 (Special part) #Tsunami10”

  1. Salam…kak pora. nk tnya ada contact details supir hotel medan tu tak? andd masa naik motor dkt sabang tu mmg nk kena ada lesen motor ke gamble je bawak? so trip akak ni kira 4d3n ye?

    1. Wasalam.
      Sebenrnya nama supir tu pon saya dah lupa. Sorry ya.
      Time sewa motor tu, takyah tunjuk lesen pon. Kiteorang pinjam dari orang kampung situ je.
      Yang penting pakai helmet πŸ™‚

  2. Waaah best nyeee nak baca story korang punya niπŸ‘πŸ˜πŸ˜πŸ˜πŸ˜
    Salam kenal..
    Saya Rezka, asal Banda Aceh.
    Dan saya punya BF orang Malaysia.
    That’s why selama ni saya excited sangat dgn Malaysia dan very welcome to Malaysian people who comes to Aceh.
    Bila saya baca kisah korang ni rasa senang jerr sebab korang juga cintakan Aceh.
    Hehehe terimakasih dah datang ke Aceh ye. Lain kali, datang lagi.. Bagitahu tau..☺️
    Contact me WA +6285359800193
    Mana tahu boleh jadi kawan kan.πŸ˜‡

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *