KANSAI Trip : Budget ke Kyoto – Takayama Part 3

Bersambung dari post yang lepas…Untuk post yang ini, aku compilekan trip Takayama dalam satu post terus. Maka-nya, bersiap-sedialah untuk tengok gambar yang puloh-pulohan dalam nie. Mari kite!

————————————————————————————————————————–

Ho ho last day in Kyoto! And we are heading to Takayama. Yayerssss…But where on earth is Takayama nie?  Oh ya, meh sini ahkak nak stori sikit, asalnya kami plan nak ber-nomad ke Nara and Kobe for the next day. Akan tetapi, plan berubah di saat-saat akhir selepas rasa cam tak best je nak stay kat Nara or Kobe. Better buat day trip later….dan selepas tu, aku pun utarakan pendapat untuk melangkau jauh sedikit dari map dan menuju ke tempat yang dikatakan agak unik ini.


Maka terkeluarlah idea untuk ke Takayama since bila ditatap map yang ado, itu sahaja tempat yang do-able untuk mengembara from Kyoto dan kelihatan santek sekali. Setelah dipersetujui oleh ahli jemaah #shizukatrip, aku dengan pantas, terus beli tiket bus Willer Express dari Kyoto – Takayama – Osaka. So just nice dengan plan kami untuk tiba di Osaka next day nyaaa… Okay, taknak buang masa lagi, jom aku sambung cerita journey kami berempat yeee 🙂

Pagi tu, kami breakfast beli roti kat kedai bakery and then makan je dengn tuna. Mudah sungguh nak carik kedai makan di tempat yang kami stay ni. Tiada masalah kelaparan melampau lah temanyaaa… habis bersarapan pagi, dalam pukul 9.10am, kami berempat bergerak ke Kyoto Station untuk mencari bus stop Willer Express. Okay, untuk mencari bus stop Willer Express memang agak mencabar okay. Memang tak ramai yang ke Takayama ni so kiteorang mengagau jugak la mencarik sampai dah pergi kat depan Ibis Style Hotel untuk tunggu bus ke Tokyo. 

Kedai bakery yang berhampiran hostel kami
 
Kereta mewah sempat beli belah


Beskal meriah

 

Paling manis punya tuan rumah

 

Signboard – Shchijo Dori

 

Selamat pagi Kyoto
Tapi itu bukan uols. Masa pulak semakin suntuk dan membuatkan kiteorg cuak gile. Dalam tiket ada dinyatakan yang kami perlu menunggu di Hichojyo station berdekatan dengan west gate exit (Exit through the west gates of JR Kyoto Station, and follow the overhead direction boards to the left, looking for “Hachijo West Gate”). Kami sangkakan yang hanya ada satu boarding place sahaja di Kyoto Station untuk Willer Express ini.

Mana satu kah anda? Temanya tak tiba lagi

 

Tunggu kat mana ni hai?


Dan dengan yakinnya, kiteorang pon look for pink signboard. Setelah tanya pada orang ramai, diorang suruh kami cross the road and boarding place tu terletak opposite Kyoto Station (west gate). Fuh lega jugak rasa. Tetapi, bila dah tanya kat mereka yang tengah beratur tu, katanya itu bus stop untuk ke Tokyo. Pulak. Meks pengsan bila dengar! Kami ada tunjukkan tiket yang kami print pada they ols. Akan tetapi, gelengan krik krik yang kami terima. Kekdahnya, semua penumpang yang beratur untuk ke Tokyo tu pon memang tak dapat nak bantu. 

Okay breathe in breathe out. Since this is not the right place, think baby think. Then, kami cuba melintas, tanyakan pada polis bantuan, pak guard, orang ramai, pelancong… semua kiteorang sapu bersih. Namun, concrete answer still unclear. Uwaaaaa… Menangis gak peluh berlari sana sinun. Kami berpecah untuk tanya jugak pada orang lain. Aku siap lintas balik jalan untuk tanya pada driver bus Willer express ke Tokyo (at that time, bus ke Tokyo dah sampai). So aku tanyakan jugak kat orang tu, but die cakap no no no, this bus go Tokyo. Okay patah balik. Terasa tumbuh crown WANITA GIGIH atas kepala.


Aku kembali semula ke area Kyoto station dan time tu Shamin dan adik die ade tanyakan beberapa orang kat situ. Katanya kami hanya kene tunggu kat Willer Express signboard yang di terletak betul-betul di hadapan Kyoto station, tak perlu melintas. Untuk lebih kepastian, me and Norzi gi tanya Tourist information, puas jugak aku hadam berbutir-butir perkataan keluar dari mulut auntie ni untuk paham jugak. But we managed to understand once she explained using map. Die cakap keluar je dari station ni, nampak terus signboard. Dah itulah tempatnyaaaa ya nak. Okay, kami yakin dengan auntie. Terus kami berlari ke arah signboard pink tertulis Willer Express itu. Nampaknya kami menunggu di tempat yang betul apabila bus tiba tepat pada waktu. Phewww, lega sungguh rasa. Syukur!


Tips : If nak book tiket bus, please go here – http://willerexpress.com/en/

 
Okay, done. Jumpa. Now kena beratur okay

 

Ingat tau no.2 ye untuk ke Takayama
 
Kalau tak sure, cer tengok map ini

Kami serahkan tiket kepada driver bus dan beliau akan buat kiraan berapa passenger yang akan masuk bus die. Bus kosong. So sorang satu seat. Selesa. Siap ade plug untuk cas phones and toilet dilengkapi air dan towel. Temanya lengkap walau dari luar nampak traditional sangat bus nya (Tak pink pon bus nya). Perjalanan memakan masa selama 4 jam dan akan berhenti di beberapa tempat yang santek untuk toilet break. Suka lah kami everytime die berhenti sebab convenient store die memang menarik tertarik dengan pelbagai jenis makanan dan minuman Jepun. Rambang mata nak amik semua tapi jangan lupa baca ingredient die okay.

Bus kosong

 

Laluan toll

 

Gamo mano?

 

The view – sepanjang highway. Cantik tau sebenarnya Japan nie

 

First stop, sila naik bus tepat pada pukul 11.25am. Manual but convenient
 
On the way to Takayama, sila lah berhenti sini

 

Anjing saja boleh jalan kah?

 

Pepokok
 
Belakang ada stream. Tak nampak sangat sebab hutan totop

 

Bunga mewah  tumbuh 
 
Next stop – Sila naik pada pukul 1.05pm
 
Light lunch for me *Air Lohas tu, make sure korang beli yang mineral tau. Sebab die ade 2 jenis which is mineral and sparkling

 

Ni cantik habis weyyy
 
Hutan-hutan

 

Refleksi tingkap bus, tapi aku gigih jugak nak snap untuk kenang-kenangan

 

Hampir masuk ke kawasan kampung


Kami tiba di Takayama pada jam 2.10pm di station Sukyoumahikarisouhonzan-mae, iaitu station yang berdekatan dengan guesthouse kami – Sakura Guesthouse. Harga yang aku book di Sakura Guesthouse ialah RM150 untuk 2 malam. Agak murah jika dibandingkan dengan penginapan di bandar Kyoto. Namun, antara cabaran kami semasa tiba di sini ialah untuk mencari hostel. Dah lah takde signboard, orang pulak takde tau. Memang agak payah untuk bertanyakan arah guesthouse nie. Sampaikan kami ada tanya pada pakcik tu, samada die tahu atau tak. Die memang krik krik English uols, tapi gigih nak bantu. Since die pon makin krik krik, kami cakap pada die, it’s okay uncle, arigato. Die pon berat hati gak nak berlalu pergi mungkin sebab tak dapat nak bantu kami. Ada jugak aku try tanya beberapa orang, tapi jawapannya tetap buntu. Sampailah kami jumpa station minyak, then kat situ ade mamat kenji tolong.

Die tunjukkan jalan yang betul di mana kami kene jalan jauh gile weh. Nangis la tepi bag peti ais. Kami teruskan berjalan tak kire berapa jauh lagi kami patut harung segala benda nie. Berdasarkan direction yang mamat tadi bagi, apa yang aku mampu…seret sajok luggage ni. Tengah duk seret segala, tetiba pakcik tadi datang semula sambil naik basikal die untuk bagitahu yang die dah tahu kat mana lokasi guesthouse kami. Rupanya die tak putus asa jugak nak tolong kami. Sanggup die kayuh basikal and jadikan masalah kami, masalah die jugak. Terima kasih Allah kerana menghantar semula pakcik baik ni kepada kami walaupun bahasa yang dituturkan sepatah pun aku tak paham, namun, guna sign tangan pun dah cukup untuk kami jumpa Sakura Guesthouse. 

 
Bus berhentikan kami di sini

 

Kaum hawa gigih tarik bag nampak

 

Kacau je restoran ‘kilauan emas’ tengah karaoke semata untuk tahu kat mana letaknya Sakura Guesthouse.

 

Signboards, pun tak dapat nak bantu sangat

 

Akhirnyaaaaa.. Simpang inilah yang dapat bantu

 

Pelapis warga Japan *tetap peace*

 

Naik bukit
 

Kesimpulannya, kalau sesiapa nak bercuti ke Takayama dan stay di Sakura Guesthouse, korang hanya perlu look for Hida No Sato sajok. Then, guesthouse ini hanyalah di tepi jalan sahaja. Phewwwww, naik sedikit bukit dan akhirnya kami sampai di Sakura Guesthouse. Rasa nak jerit tau. Nama guesthouse ada persis nama kak Pora, tapi hawau sungguh nak jumpa kan. It’s okay Sakura, pengalaman je semua ini. Barulah syiok khennnnnn!

Urusan check in memang mudah. Uncle yang uruskan tempat ni pun sangat friendly dan caring gitu. Buatkan kiteorang rasa macam stay kat kampung sendiri. Bilik yang kami dapat adalah 8 Bedrooms Female. So kami berkongsi lah bersama yang lain. Tak de hal. New experience buat rakan-rakan kesayangan saya. Habis berkemas, kami terus berehat sebelum keluar mencari supermarket. Malam ni Chef Min nak sediakan dinner letops-letops bagi menghilangkan rasa rindu kami pada Malaysia. Tema malam tu ialah, lauk-pauk Brahims tajaan Puan Sri Norzi. Wah ching! 


 
Hida No Sato atas lagi

 

Phewww! Sakura Guesthouse, tak susah carik, cuma jauh la nak menapak

 

Pernah ada shooting kot kat sini

 

Pelbagai anugerah diterima *chewah*

 

For your reference

 

Rezeki kami untuk menikmati Takayama yang terindah

 

Nasib ada abang receptionist yang baik angat

 

Locker kat luar
 
Katil siap blanket ada heater lagi

 

Kawasan luar guesthouse


Untuk memudahkan kami pergi sana sini, basikal adalah yang paling convenient. Tak perlu pikir nak isi minyak segala, guna kaki, kayuh sajok. Dan paling fevret ialah basikal kat Jepun ni memang advance even nampak je old-skool. Tapi gear meletops. Tukar je, fuh die punya pergiiiiii….Mau kalah Azizul Awang weyyy. Pocket Pokemon Pora tauuuu… Okay ngarut dah.


Sebelum keluar, sila lah amik map dan mintak nasihat receptionist untuk tahu kat mana tempat-tempat menariks. Macam kami, kami hanya perlukan supermarket je. Dan kenal-kenalan sikit dengan kawasan Takayama ini. Habis membeli belah, kami balik dan terus main masak-masak. Untunglah kat sini ada kitchen, so malam tu, memang Chef Min sajok monopoli dapur tu. Sempat jugak berkenalan dengan orang-orang Jepun yang bercuti kat situ. Ramah tamah okay. Sukeeee!


Kayuh lah wahai beskal

 

Berhenti sat untuk snap sekeping. Korang boleh je sewa basikal ni per hour/ per day dengan Sakura Guesthouse. Harga memang mampu milik

 

Rakan-rakan saya 

 

Pisang kaki adalah benda paling sedap untuk makan

 

Tenang

 

Cashier
 
Our peti ais. Sila labelkan yaaa. Sebab letak kat dapur sajok
 
Menu dinner kami malam itu


Habis makan, kawasan Takayama pun senyap sunyi. Tapi, takkan nak duduk guesthouse je kan. Jom lah kite carik tempat lepak minum coffee sikit. Jadi, turunlah kami ke receptionist untuk tanya kat mana tempat nak lepak-lepak isapkok dulu? Ceh, cite pong pang betul! Ada jugak kami tanya tentang kedai souvenirs, die terus sarankan pada kami untuk singgah di Green Hotel sebab ada discount coupon untuk ….. ??? Memang tanda soal habis tau. Sebab pakcik receptionist ni die tak tahu dalam English apa kah nama aktiviti tersebut. Bila aku tengok coupon tu, memang takde sepatah pon bahasa universal dan gambar. So biarlah tanda tanyaaaaaa jadi jawapan.

 

Cuma yang die cakap, kalau aku amik kupon ni, kiteorang semua akan happy habis. Hisap weed ke apa ni? Rinsek sungguh aku nak tahu tau. Disebabkan nak tahu sangat, kami berempat gigih meredah malam gelap dan dingin di Takayama. Gelap teruks. Tapi fokus depan je lah, usah pandang kiri kanan. Nanti takut kan… Sampai sahaja di Green Hotel, aku ingatkan tepi hotel tu ada kedai souvenirs. Since tak nampak bangunan lain selain bangunan gah hotel ni, aku pon parking basikal kat tepi. Sedeh tau, datang hotel mega naik beskal merah sajok. Namun, gagahkan jugak masuk ke dalam hotel. Gunakan advantage sebagai tourist gitu. Buat apa pun orang tetap pandang. Bila ditanya pada receptionist kat hotel tu, die cakap kedai souvenirs belok kiri. Okay. Then aku tunjukkan lah kat abang tu, ni kupon untuk apa?

Die terus cakap ini untuk hot spring spa Japanese style iaitu Onsen. Untunglaaaaa nak ber-onsen bagai memalam buta ni. Dahlah naik beskal beb. Takpelah, kami pun berlalu. Kedai souvenirs pun aku tengok-tengok gitu je. Tak kuasa nak tatap beriya. Terus kami kayuh beskal ke arah Mc’Donalds. Pekan Takayama ni sangat kerdil sajok kalau dibandingkan dengan tempat lain. Memang tak meriah. Sangat krik-krik bila malam tiba. Tapi bagi aku, aku suka kan suasana yang macamni sebab kami bebas bergerak ke mana sahaja yang kami rasakan selesa. Inilah dinamakan journey ikut hati, baru puas hati. 


Lepak after dinner. Mengopi ajok


Lama jugak duk lepak Mc’Donalds sebelum kami teruskan perjalanan pulang ke guesthouse. Malam semakin sejuk. So, bila part naik bukit tu, memang agak semput, tapi takleh stop, nanti lagi susah nak start kayuh balik. Sampaikan bila Ezan sampai je guesthouse die terus muntah tau. Aku terus bawak air sebab nak kasi die relax. Bila receptionist tu dengar bunyi gitu, rinsek die keluar dan tengok keadaan Ezan. Sampaikan die tanya, nak bawak pergi hospital ke? Min dengan aku cam nak gelak jugak la. Terus Min jawab, it’s okay. Die jarang exercise je. Dapat kakak mulut laser disc punya. Tersenyum pakcik caring itu. Good to know yang dorang ni ada perangai macamni kan. 

Lepas balik kayuh, lepak dengan uncle Japan + kawan die then kami terus bersihkan diri sebelum tido. Nyenyak tau tido malam tu. Simpan tenaga untuk esok. Yeehaaa! 


Jemput minum Asahi, takpe laaa…Kami tak minum alcohol. Sempat jugak bertukar email dengan kawan abang ni, seorang uncle yang banyak bertanya dan terus ‘bow’ kat aku bila dapat tahu Opah aku suka tengok cite Oshin. Die jugak ada cakap yang die dah banyak mengembara. Boleh kata, satu dunia dah pergi. Tapi yang paling die suke ialah, Iraq. Sebab katanya, Iraq memang cantik dan orang Muslim adalah orang yang baik. Syukur to hear that. But itu mungkin zaman pakcik tu, now Iraq dah lain 🙁


Bersambung di pagi seterusnyaa….Kami berempat bersiap-siap untuk keluar dari guesthouse dan apa lagi….Kita ronda satu Takayama ini hari. Before keluar, sempat jugak amik segala map dan kami berkesempatan lepak bersama rakan bilik kami dari Hokkaido bernama Sizuka. Ha kau, semperna nama trip, terus jumpa Sizuka yang betul-betul. Hado? Die ni solo traveler yang sangat peramah dan banyak jugak bagi tips pasal Japan. She’s from Hokkaido kekdahnya – dream destination Cik Pora tu. Sebelum kami keluar, die sempat bagitahu suh amik brochure yang ado discount untuk masuk Hida No Sato nanti. Dapat lah potongan harga sikit.


Selamat pagi dari tingkap bilik. Ini betul-betul udara segar.


Selepas siap segala dengan bekal nasi goreng yang disediakan oleh rakan kami, Chef Min, kami pun meneruskan kayuhan. Mesti korang tertanya, apa lah yang istimewanya Takayama nie? Ahaaa… Die sebenarnya hanyalah sebuah bandar kecil sahaja. Ianya terletak di Gifu prefecture – tak jauh dari Nagoya dan jugak Kyoto. Tengah-tengah kot. Dan setelah aku check dekat Tripadvisor, banyak jugak attractions yang cantik ada di Takayama. Oleh itu, mari lah bersama-sama kita tengok gambar yang sempat aku snap untuk trip kali ini :

 
Morning morning in Takayama
On the way to Old Town

 

Adik manis no. 2 selepas Cik Pora

 

Okay, kite bagi adik manis kayuh dulu

 

On our way to market. Nak jadi mak mak sat

 

Singgah jengah-jengah sikit

 

Pasar Jinya-mae (Morning market in Takayama)

 

Subur sekali 

 

Okay, this is must try. Amik sajok tester yang ado

 

Harga memang pejam mata sajok
 
Mari adik, makan apple. Terbaek dari ladang

 

Temple yang ada di depan market

 

Sapa nak masuk sila bayar dulu

 

National history, elok untuk pencinta sejarah

 

Salah satu pintu temple
 

 

Terjumpa ‘studio’ amik gambar pulak
Di mana-mana ada sahaja, especially berdekatan temple

 

Kereta mewah masuk bandar Takayama

 

Lepak sat tengok apa yang ada di sana

 

Cantik rumah ini. Rumahkah?

 

The view is stunning. Kalau rajin, park je basikal, jejalan. Memang terbaek bandar nie

 

Rickshaw in Takayama

 

Signboard kat sini, memang tiada masalah. Cuma kayuh sahaja 

 

Old Town yang memang wajib dilawati. Memang lawa

 

Baca lah 

 

Asahi ke?

 

Kau ingat baby je naik stroller?
 
Too magnificent

 

Aku target nie tong arak

 

Bunga-bunga kasut

 

Air longkang yang meletops jernih

 

Posto posto, old skool je pakcik yang bawak nie

 

Meine Kak Zee

 

Arigato haik!

 

Wanita pun gigih okay. Sadong-sadong
 
Cuaca yang terang, tapi dingin

 

Perfect combo

 

Sanai hand made shop
 
Pelbagai jenis pun ado

 

Chef Min membeli sakan

 

Rickshaws beratur tunggu customer

 

Memang berkenan habis dengan penutup **** dorang ini
 
Kedai kuroneko yang somel

 

Motor abang Awieeeeee

 

Kedai arak lagi

 

7-Eleven pun traditional style. Malaysia please buat macamni

 

My favorite ice cream. Memang favorite best best best

 

Sarubobo – good luck baby monkey. Macam-macam kaler yang memberi pelbagai meaning. Dan souvenirs nie hanya ada di Takayama

 

Batu Miyagawa River

 

Dan inilah Miyagawa River

 

Sarubobo lagik – dijual di tepi sungai

 

Sungai bersih okay
 
Anjing ni penuh stroller

 

Anak Jepun makan ice cream

 

Dekorasi
 
Marah kakak kedai ni sebab tak semua order makanan
 
Ada kenal dengan syarikat ini?

 

Old style. I’m in love

 

Jalan kosong sajok
 
View from the bridge

 

Pokok unik

 

On the way to the park, berhenti tanya posto sekejap

 

Naik bukit dulu

 

Bangunan yang ado semasa nak daki bukit

 

Tadaaaaa…. Ini view kami

 

Naik lagi ke atas untuk makan bekalan

 

Redah hutan sikit

 

Yuhuuu…Bukak bekal

 

Port kami makan

 

Wajah keletihan bawak beskal

 

View kat atas park nie
 
Turun ke bawah selepas berhibur sakan
 
Last view
 
Kat tempat parking basikal saya, ada bunga Daisy lah

 

Another temple

 

Train

 

Basikal dan GoPro.Balik guesthouse untuk rehat
 
Sampai guesthouse. Snap sekeping view awesome ini

 

Berjalan menuju Hida No Sato. Ada Bear Shop

 

Kami hanya berjalan kaki sajok untuk ke Hida No Sato dari guesthouse. So ini adalah view yang kami jumpa lah

 

Banyak cafe kat area sini

 

Abang motor besar turut buat short trip

 

Ada craft center lagi

 

Yeehaaa…Pokok dah mula menguning

 

Kami dapat discount price – 650 YEN

 

Nak bagi makan, sila beli roti kat sini
 
Dengar cakap orang

 

Dan ini lahhhhhh….Cantik!
 
EH ni macam kawan kiteorang je? Dah kenapa Kak Zee?

 

Pokok meletop tukar color

 

 

On the way to rumah tiga segi

 

Tadaaaaa

 

Air yang keluar dari pondok kecil

 

Ada museum yang tunjukkan cara buat paper zaman dolu-dolu

 

Baca untuk informasi anda
 
Pokok dah turned to red. Autumn is coming 🙂

 

Toilet please

 

Tenang if dapat duduk sini

 

This is the most beautiful tree ever

 

You and ? Insyallah one day ada lah tu Cik Pora

 

Kayu yang disusun

 

Macam-macam bentuk rumah ado
 
Calling all photographers, this is your favorite place. Confirm!
 

 

Berjalan pulang kembali ke tasik

 

Window to beautiful place

 

Tong sampah sajok
 
 
Dan untuk pagi seterusnya, aku dan Norzee bangun awal untuk pergi beli barang dapur. Telur semua dah habis, so terpaksalah berkayuh-kayuhan untuk pergi carik. Pagi yang sangat tenang di Takayama temanyaaaa. Siap-siap makan, kami kemas barang and berjalan last round sebelum pulangkan basikal.

 

Habis beli belah, aku siap naik basikal check apa yang ada kat sebelah guesthouse kami nie? Wey memang ada attractions, yang tenang takde orang langsung. Best!

 

Bersih.Kemas.Macam tadika kemas

 

Rumah ini macam takde orang, tapi terbukak je. Mungkin hiasan kot

 

Bukan tipu. Tapi ori punyaaaa. Just lovely!

 

Ke Museum Store kita

 

Cantik habis tempat nie

 

Kedai ice cream tepi jalan. Senang nak notice

 

Kedai Pak Maunnn

 

Memang geram lah if tengok pokok tukar-tukar color gini

 

Lepak sat kat cafe

 

Blue sky and red leaves

 

Bus kami ke Osaka bertolak dalam pukul 2.45pm dari station bus yang mula-mula kami tiba. Receptionist tu bagi service free hantar kami ke station bus. Legaaaaa, takyah hiking 🙂
Mari tunggu bus ke Osaka. Bus yang tiba full pulak. Mungkin ramai yang nak ke Osaka
 
 
Nohi Bus yang membawa kami ke Namba station

 

Keluar dari perut bus dan terus carik pintu keluar

 

Naik taxi sajok. Kongsi 4 orang. Mudah.

 

Apartment kami di Osaka. Cari from Airbnb

 

Rumah yang memuatkan 4 orang. Owner takde, just bagi direction sajok
 
Susun bag siap siap

 

Bilik saya dan Norzee

 

To be continued with what we did in Nara, Kobe and Osaka. Yuk sambung kemudian 🙂

5 thoughts to “KANSAI Trip : Budget ke Kyoto – Takayama Part 3”

  1. cantik gmbr!

    weols pon baru balik dari japan trip and just nak gtau la ada member duk sana 5 tahun study. Ktrg tnya dia roti ape boleh makan kat Japan? Dia ckp sume takleh apetah lagi kat bakery bagai. kat family mart pon ada unsur2 cik bab. yang halal dia gtau yg jual kat aeon. just my sharing tak blame sape2 pon.

  2. Hi, nak tanya, bila nak singgah mana2 tempat tu kan, nak park basikal tu, kat mana2 je ke? atau setiap tempat ada tempat park basikal?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *