Cara Apply Visa USA for Malaysians

Assalammualaikum semua! Apa khabar? Adakah anda sudah ready dengan GST? Lagi berapa hari sajok ni. Tapi, apa-apa pun time date GST akan dilaksanakan 1 April 2015 ini, Cik Pora takde kat Malaysia tau. Ahaksss…Saja propa sikit nak bagitahu la kan. Okay, apa-apa pun kite doakan lah yang terbaek untuk negara kita paling tercinta, Malaysia.

Okay, meh kite kembali semula ke topic yang nak aku bincangkan hari ini. Untuk pengetahuan semua, pernah jugak beberapa kali kawan-kawan aku bertanya, tak berminat ke nak pergi America? Ahaa…. Jawapan aku simple sajok – belom lagi terdetik. Tak tahu kenapa, tapi aku memang tak pernah research pun apa yang ade di sana. Mungkin lagi terdetik nak ke Eropah dulu kot. Tapi, kalau dah peluang datang depan mata macamni, ke Timor Leste pun aku sanggup tau, ahaks!

Dan seperti yang sedia maklum, aku harus terbang ke Los Angeles bersama dengan rakan aku, Norzi. Untuk ke US, rakyat Malaysia haruslah memiliki visa yang valid sebelum beli flight ticket. Jadi, for less than 20 days before departure date, memang segalanya perlu aku siapkan segera. Dari tak pernah terdetik nak ambil tahu, terus aku tahu segala benda. Itulah orang tua-tua kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

So, mari kita lihat step by step dalam mencapai impian untuk mendapatkan visa ke USA :

1. Make sure korang ada gambar berukuran passport and time nak amik gambar tu, korang kene mention kat photographer yang korang nak amik gambar untuk visa USA. Criteria, background putih and sometimes kalau baju uols pakai tak sesuai, harus pakai blazer tu. Perlu nampak cantis dan manis. So, be prepared. Dapatkan soft copy and hard copy sebab korang nak upload kat dalam website dorang later.

2. Dah settle dengan gambar segala, tibalah masa untuk isi benda paling neves sekali. Sumpah cam nak mintak keje dengan company bapak besar punyeeeee. To start, please click here : https://ceac.state.gov/genniv/

So, you will go through all questions but most important things you should record/keep, is Application ID and remember your security question. Untuk orang yang pelupa macam aku, aku screenshot sajok Application ID tu as for sure ade je benda yang buatkan korang save dulu application ni before proceed dengan next question yang diaorang akan tanya. Dan antara soklan-soklan yang aku stuck ialah tentang hotel yang kami akan stay. Sebab time tu, kami tak dapat apa-apa lagi confirmation pasal hotel. So, terpaksalah kami hold dulu dan sambung semula isi segala details lain later.

Di sini jugak, korang perlu upload gambar yang berukuran passport. Korang akan dibawa ke photo tool yang sangat berguna untuk dapatkan gambar paling menarik dan perfecto dengan ukuran yang ditetapkan. Make sure gambar korang kemas dan cantik eh. Ada jugak aku dengar dorang reject sebab gambar tak letops. Kau rasa? Please pergi kedai gambar and bagitahu betul-betul yang korang nak ambil gambar untuk apply VISA US.

Ada pelbagai jenis visa yang korang boleh apply. Untuk nak cuti sambil berjalan sakan, sila lah amik Business/ Tourist = B1/B2 – Nonmigrant Visa.

 

Visa USA1
Select negara kita yang tercinta dulu ya


Visa USA2Application ID itu sangat penting untuk reference korang (Please keep)


Visa USA3
Start lah isi segala benda ikut turutan seperti di sebelah kiri itu
 
 

3. Setelah selesai siapkan application ini dengan jayanya, korang akan dibawa ke page confirmation di mana ianya akan berbentuk begini :

Visa USA5
Cukuplah dagu sajok


Okay, nak habaq sikit, in case lah korang tak dapat nak completekan application ni atas sebab hotel tak confirm ke, details tak de ke…Korang boleh je tau proceed untuk pergi bayar visa fee yang sangatlah mahal. RM592 (ikut rate time aku nak bayar). Just proceed first. Jap aku habaq kat next step.

4. Segala pembayaran (as of date aku applied), adalah dengan bank Standard Chartered sahaja. Kalau yang ade akaun dengan Standard Chartered, korang boleh bayar online. Akan tetapi yang non-hado, better pergi sajok bayar kat kaunter bank. Jangan risau, so far bank ni sangat mudah dan pantas dalam memproses segala pembayaran. Dan aku memang prefer pergi pagi, isi borang bayar terus di kaunter. Senang cerita. kat situ nak tanya segala benda semua boleh. Document yang perlu ada sebelum buat pembayaran :

i- Deposit slip : Go here, http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-visapay.asp and select deposit slip ikut apa jenis visa yang korang apply. Macam aku, select sajok yang Deposit $160 dan korang kene print slip ni sebab die ada harga dan juga date yang sangat penting untuk bank reference.

ii- IC (original)
iii- If tak bawak passport, please ingat number passport and check yang semuanya lengkap okay!
iv- Duit cash
v- Simpan receipt sebab kat situ nanti ade receipt number yang akan digunakan untuk appointment temuduga

5. Once settled dengan payment, tibalah masa untuk korang schedule for interview. This part only available after 4 hours upon successful payment. So, lek lek dulu lepas balik bank, then barulah korang click sini : https://cgifederal.secure.force.com/?language=English&country=Malaysia

Register and isikan segala payment details before schedule for appointment. Details as photo snap below :

Visa USA7
Get your deposit slip here


Visa USA9
Choose your visa type


Visa USA8
Print this out


Visa USA1
Login to website yang aku bagi kat atas


Visa USA10 Visa USA11 Visa USA12
Select your visa type and click Continue, semua details akan diisi secara automatik
 
Visa USA13
Sila tick mana yang mudah untuk anda dapatkan visa yang dah siap


Visa USA13
Semua details akan automatic keluar and kat tepi sebelah kiri tu korang akan nampak first available appointment date 


Visa USA14
Kat sini, click cash payment if korang bayar kat bank counter then korang perlu isi receipt number. If Online payment, please follow next instructions ya
 
 
Dalam form ini jugak, korang perlu isikan masa yang anda semua nak. Tak silap aku, paling awal 7am till 10am. Korang kene choose slot yang korang nak between that period. And then, korang perlu hadir ke 


6. Attend interview, embassy address :

U.S. Embassy, Kuala Lumpur
376 Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

This part memang paling lemah. Ramai dapat bad experience di mana visa application mereka kene reject dan duit RM592 itu burn gitu sajok. Namun, ada jugak yang cakap, interview mudah sajok. Takde benda yang perlu korang risau. Tapi speaking English la eh. Jangan korang ingat orang Malaysia yang interview tu. Orang merekaaaaa jugak yang akan tanya macam-macam. Ikut mood interviewer. But don’t worry.

Antara dokumen wajib yang perlu anda bawa untuk menghadiri interview :-

i- Appointment letter
ii- Passport
iii- IC original
iv- Fee receipt (Standard Chartered)
v- DS-160 confirmation page
vi- Photo ID yang korang ambil tu, please bawak soft and hard copy jugak

Supporting documents yang perlu ada :-
i- Untuk kes aku, bawak confirmation letter (from organizer) yang mengatakan aku menang, hotel confirmation.

ii- Student : Sila bawak transkrip Diploma, Degree korang, bank statement or any other evidence tentang financial korang

iii- Working adult : Employment letter, bank statement and etc.  If pergi training, sila bawak surat training tu

iv- Parents yang apply untuk anak bawah umur : Birth certificate

Sila make sure korang punctual sebab embassy ni terletak betul-betul dekat jalan yang paling jam kat Kuala Lumpur. So gerak awal sikit dan korang kene park dekat Bangunan Mah Sing tu. Macam aku and Norzi, kiteorang gi park kat bangunan Hua Wei. Bayar dalam RM6 sajok. Jalan jauh sikit je.

Tentang interview attire, ada yang bagitahu kene formal habis. Bila aku pergi haritu, sebenarnya tak perlu lah pakai baju yang kemas dan presentable. Jeans koyak-koyak toksah la pakai. Macam aku, aku pakai sajok blouse and seluar slack. Yang penting selesa sudah. 

Sampai sajok, akan ade security yang tolong aturkan korang ikut appointment time korang. Bila dorang dah group kan korang according to time yang korang apply, dorang akan bagi korang sticker dan lekatkan pada kulit passport korang. Sila beratur dan anda perlu letak IC untuk dapatkan tag.

Once dah masuk, bag korang akan di-scan. Make sure, bawak apa yang patut je. Handphone kene switch off and dorang akan simpankan, amik sajok nombor yang dorang bagi. Then, you are good to go. Jalan gigih masuk ke dalam. Beratur dan tunggu giliran anda untuk thumb print segala. Then, anda akan diberikan nombor giliran. Tunggu sampai nombor anda dipanggil dan anda akan di-interview dengan menjawab soalan wajib, “Kenapa nak pergi USA?”

Get ready to answer each and every question dengan muka paling confident ye. Insyallah semuanya okay sajok. Macam kami berdua, Norzi masuk dulu and die dah cerita tujuan nak pergi USA. Mamat tu excited gile sebab die tengok semua cerita Fast & Furious, tapi die cam jeles bila kiteorang dapat tengok dulu Fast & Furious 7. Bila tiba giliran aku, die terus tanya is that your friend? Aku pun jawab YES. Die sambung soklan, video apa yang aku buat, pasal apa, sapa judge, macamane boleh menang segala. Die suka teruk…And paling menawan bila die cakap, because of that, you can go home now 🙂

Time Norzi keluar dari kaunter interview tu, die ada buat muka krik krik sebab die kata orang tu amik passport die. Sebenarnya bila die amik passport kite tu, tandanya visa korang approved la tu. So, balik sajok. Tunggu sehari camtu, korang dah boleh collect and pada yang home delivery, make sure ade orang kat rumah ye. Sebab dorang akan courier kan sajok ke rumah anda.  dMacam aku, aku prefer pick up kat Jalan Tandang, Petaling Jaya. Senang cerita. Dan pada 23 April 2015, aku dah dapat pun visa yang diorang lekat kat dalam passport aku. Yeeehaaaaaa! L.A kami datang, tunggu weols okay!

Will keep you posted for the entire trip, Insyallah. Doakan perjalanan kami selamat sampai dan selamat tiba ye. Heart all of you big time!

4 thoughts to “Cara Apply Visa USA for Malaysians”

  1. Baru je rasa pengalaman apply visa kat US embassy, tadi. This post help me a lot! Yang penting, kita berdua share satu perkara, a Britney fan! Hahahah. I'm going to her concert this upcoming October in Las Vegas. Nak wat blog camni gak ler, cuz this inspire me. Thanks PooBritney! ;D

  2. Assalam.. apa nak type jika kt form tu tanya ‘what is the given name of your father’s father’.. t/kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *