A Dream Come True : Trip to Hollywood, Los Angeles – Part 2

Untuk hari kedua kami di Hollywood, Los Angeles, kami bangun pagi dan bersiap untuk keluar dari bilik around 8.30am. Itu pun sebab call time pukul 8.30am. Kalau tak, memang sambung tido sampai tengahari. Lantaklah orang nak cerca datang Los Angeles nak tido sokmo kan? Tapi serious mengantuk. Pagi tu tenang sangat sebab hari masih muda-mudi lagi. Semua kedai pun tak bukak. KPI hari nie, nak gi serbu kedai Hollywood tour yang ada kami survey malam semalam.

Kedai Hollywood tour ni memang berlambak giler tau. Semua orang kat sini semangat nak bawak korang round satu Hollywood. Harga memang berbeza-beza. Ikut luck bargain korang. Ada jugak Reymy tanyakan pada hotel, tapi harga mahal gile weyyy… Semalam tu pun, kami saja borak-borak dengan uncle tempat kami beli mineral water. Tetiba die offer harga lagi murah daripada harga yang hotel kami bagi. So, misi hari ini ialah nak rembat sahaja tiket dan buat tour yang hanya ambil masa around 2 hours. Kejap sajok.

4 Malaysian in Ell-Yay


Pagi yang tenang bangat


Sempoi. Event kiteorang punya signboard
 
Camera dah ready

 

Di mana-mana pasti ada pokok itu


Jalan tutup untuk event khas malam ini


Susah betul nak nampak awan kat Ell-Yay ni


Bangunan yang menghiasi bumi L.A


Kereta putih tu


Tema datang L.A memang dongak sajok. Tu semua gambar camni *nganga wey tengok pencakar langit*


Wall art
 
Postcode memang mahal la 


Setiap tempat yang ada sejarah pasti akan diletakkan tanda cam gitu
 

Sebelum kedai uncle tu bukak, kami singgah lepak Mc’Donalds untuk minum juice breakfast. Cara order kat sini memang sama macam korang order kat Chatime. Korang akan diberikan number pada receipt dan gi duduk tepi sana untuk tunggu number anda dipanggil. Pekerja dorang semuanya orang Mexico. Mungkin orang Los Angeles tak keje Mc’Donalds kot. Tapi majoriti kat memana pun…Memang aku nampak Mexican ajok. Dorang ni muka macam Melayu tau. Melayu yang hot dan handsome gitu. So, duduklah kami sampai pukul 9am.

Jangan ingat tu pekerja Mc’D yang duduk untuk welcome korang. Itu adalah gelandangan di LA yang banyak sangat



Ini Mc’D dorang tau. Ahaks!
 
Bil hitu bil hini


Sementara kami berjalan menuju ke kedai uncle tour itu, sempat jugak kami merekodkan beberapa footage menarik untuk crew TV9. Yang penting semua happy yippie gitchew… Kami sampai di depan kedai uncle tersebut dan terus Reymy uruskan segala ticket untuk trip pukul 10.30am. Sementara tunggu tu, kiteorang gi jalan-jalan dan posing kaw-kaw dulu. Di Hollywood, setiap sudut pun akan membuatkan korang rasa macam Britney Spears, even dalam hati hawukkk sajok. Feeling kene win!

 

Sign yang kedua- tak sempat kubaca


Bila tengok bangunan ni, semua feeling nak duduk sini


Restaurant di LA


Bila jam dah menunjukkan pukul 10.30am, kami pun terus jump masuk dalam van yang tiada bumbung dan van tersebut boleh muatkan dalam 10 pax. Nasiblah cuaca memang marvellous habis sepanjang kami berada di Los Angeles. Syukur! So, kami pun apa lagi feeling tadah muka kat mentari + windy dengan harapan seri wajah Marilyn Monroe tempias sikit kat muka pan asian kami ini. Wah aching teruk dah!

Uncle ni share same interest dengan Talha. Yang tengah posing Kak Pajura
 

Okay, disebabkan aku sayang giler kat korang semua, meh sini aku ceritakan sedetail yang aku mampu untuk gambarkan apakah itu Hollywood Tour yang di-gahkan itewwwwwww! All set, go. Bila korang naik ajok van tersebut, korang akan feeling cam naik kereta Camaro takda bumbung. Barulah Hollywood temanyaaaa… Time naik tu, akan ada seorang driver dan seorang guide yang akan bebel sepanjang 2 jam. Bila die lalu je satu-satu kawasan, die akan bagitahu ni apa, tu apa, ni apa…. Serba serbi. Dan apa yang die bagitahu itu?

Okay, untuk dalam kawasan Hollywood, kebanyakkan-nya dorang akan cerita ni cafe Eva Longoria punya. Cafe ni Elvis Presley pernah minum, hotel ni Justin Bieber punya, bilik air dalam restoran tu, Ayda Jebat pernah guna….Ha, yang Ayda tu aku ching je. Tapi, macam itu jelah explanation die. Time die tunjuk tu pulak, die just suh pandang kiri kanan tanpa memberentikan van tersebut. So, kalau kau nak amik gambar tu, kene peka dan cepat. Kalau terlepas, jangan kau suruh die reverse pulak. Memang tak dilayan. So, redha kan sajok.

Bila dah berjalan jauh sikit ke arah signboard Hollywood itu, ingatkan dapatlah kiteorang bergambar betul-betul berlatarbelakangkan Hollywood. Dapat ‘H’ or ‘O’ pun takpela. Yang penting adoooo… No yeeeeeee! Jangan verangan. Die hanya stop kat kawasan perumahan dan amik gambar signboard tu dari jauh, simpan dalam camera masing-masing. And what about our face with the signboard. Oh, itu kau kene daki berjam-jam ye. Naik ke bukit tu haaaa… Menganga jugaklah dengar. Nak je caruts – Oh well, from our hotel room also, we can see this signage. Tapi tak baik showoff, nanti Tuhan marah kan?

Kami teruskan lagi tour dengan singgah pulak kat kawasan perumahan paling glamor dalam dunia – Beverly Hills. Kat signboard Beverly Hills pun kiteorang takleh nak turun dan amik gambar. Semuanya duk dalam van, zoom skit and snap. Nak jugak aku sound, hey you, kalau setakat amik gambar camni, baik saya Google sajok, ngerti? Nampak tak ketidakpuasanhati di situ? Die punyalah semangat tunjuk satu-satu punya rumah. Termasuklah Jackie Chan, Jennifer Lopez, Adam Sandler, Suamiku Encik Besi (Tony Stark), Chris Brown, Britney Spears, Christina Aguilera, Michael Jackson dan ramai lagi. Memang berpinau jugaklah mata duk pandang kiri kanan tengok rumah artis. Tengok, simpan dalam hati je tema Hollywood tour ni. Nak bergambar depan rumah tu, sila tanam sajok impian itu.

Selamat datang ke Beverly Hills
 
Rumah PR1MA pertama kita harini ialah — sumpah aku lupa ni rumah siapa weyyy
 
Lorong-lorong di area Beverly Hills


Ni rumah jugak, bukan kebun bunga


Ha ni pintu die


Tak silap aku ni rumah Adam Sandler


Rumah ni pernah masuk dalam cite Jackie Chan


Mamat ni pun Hollywood ching gak
 
Aku lupa jugak rumah sapa


Rumah Jackie Chan rasanya nie


Ini pun rumah celebrity jugak


Kirenya, semua artis-artis kat sini berjiran tau


Paling fevret


Ni rumah J.Lo if tak silap


Map pun dorang jual


Ni rumah artis lelama
Finally keluar dari kawasan rumah-rumah tu. Kite tengok bangunan tinggi pulak


Kedai memahal ni


Kalau pernah tengok Pretty Woman, kat sinilah yang Julia Roberts kene carut sebab nak beli baju tu. Kedai ni ignore and halau die.


Everyone’s dream katanya
 
Meow as billboard


Selepas berjalan di Beverly Hills, kami masuk pulak ke Rodeo Drive. Kat sini, kalau nak jalan, semua kedai-kedai mahal sajok. Cantik tempat die. Kami sempat lalu sajok. Nak posing pun tak dapatlah. Concept tolong amik gambar untuk Google je. Lepas lalu situ, kiteorang pulang semula ke Hollywood. Time on the way nak balik Hollywood tu, jalan depan TCL Chinese Theatre memang dah tutup tau. Semuanya adalah untuk Premiere Fast and Furious 7. Weh time tu, punyalah ramai umat bersidai macam kalau korang tengok kat Times Square New York tu.

Elok kami lalu tu, tetiba van berhenti sebab ada traffic light. So kiteorang pun fokus la dekat orang yang melintas. Okay, kali ni yang melintas bukan golongan migrant ke, tourist ke, marhaen ke….Kali nie Luke Evans and Sung Kang ye yang lintas ditemani dengan beberapa bodyguard (google sekarang if tak kenal). Uishh time tu, memang terus jadi ummah PPRT. Jerit tak hengat. Tapi jerit satu nama je lah. Sebab aku tahu nama Han Rue tu je. Itu pun nama watak orang tu hahaha! Sempat snap due tiga keping. Yang penting time lambai kat die, die lambai balik. Waaaa waaaaa!

Kembali semula ke Hollywood Highland – Truck semua dah ready


Orang pun dah ramai bersidai


Artis Hollywood lintas jalan tau


Relax je jalan depan public


Hannnnnnnn…..Itu yang aku jerit tak hengat. Nasib die angkat tangan


Then, guide kami pun join aku jadi ummah PPRT cawangan Hollywood pulak. Sambil jerit-jerit die kata dalam theater ada Vin Diesel. Oh my…. terus aku pandang kiri pulak. Ha, kali nie betul-betul nampak celebrity tau. Dari tadi duk pompang rumah celebrity, tapi yang nampak pagar ngan orang gaji, kalau cafe tu pulak, nampaklah kerusi kosong kat luar cafe. Tapi yang ini, live hokeyyyyy! Nampak la sikit-sikit. Kiteorang buat biasa-biasa je. Kalau si tour guide ni tahu malam ni kiteorang nak jumpa secara live. Mau die royan sikit lah. Meks nak jumpa Vin Diesel uolssss… Tapi malam karang lah #peristiwa

Grand-nya setup diorang. Meks salute!


Yeahhhhh! Dalam tu ada Vin Diesel and pelakon yang lain jugak
 
Orang ramai yang turut excited nak tengok abang Diesel kite


Turun sajok dari van tu, kiteorang pun bawak haluan masing-masing di mana Reymy + Talha sambung kerja. Manakala aku dan Norzi pulang terus ke hotel untuk berehat. Al-maklumlah, badan tak pulih lagi dari 24 hours flight and malam nie adalah malam yang paling indah dalam hidup pulak. Uish macam nak kene pinang dengan bismillah lah pulak nak indah-indah feelingnyaaa. Tapi, memang pun tau. Indah. Terasa indah. Ini malam kite nak jumpa abang diesel dengan abang batu tau. Malam yang takkan berulang gitu. Haaaa…blues untuk aku sangat.

Hotel kami dari jauh


Kereta idaman semua 


Hard Rock Cafe hanyalah sekangkang kera sajok dari hotel

Okay, sampai je hotel. Pakai masker, tido and bangun dengan harapan wajah halus mulus seri wajah Pan Pacific kiteorang naik berseri-seri. Harapan je lah kan. Realitinya…Berjam-jam jugak duk make up, touch up sana sini,  kelepek-kelepek rambut fesyen Saloma. Ha kauuu…. Rambut pun siap sendirik yeeee. Fesyen yang ditampilkan pada malam itu ialah : Rambut Kelepek-Kelepek Pishang Cheese. Ahaaaa… Saja je nak bawak fesyen rambut zaman-zaman gitu ke Los Angeles ni. Mana lah tahu, bila orang Hollywood tengok rambut kelepek-kelepek kiteorang, terus jadi trending ke kan. Verangan!

Sebenarnya kiteorang turun agak lambat 5 minit disebabkan gam bulu mata Kak Zee tak lekat dengan betul. Mohon ampun lah kat mereka yang menanti kami di lobby. Bukan nak diva sakan, tapi taknak lah bawak kawan turun dah kalau bulu mata die pakai sebelah je. Tak pernah lagi orang pakai bulu mata sebelah je. Kalau nak jadi trendsetter pun, meks takkan biarkan Vin Diesel tengok trend terbaru tu woi. Buat malu orang Sungai Koyan je kan Kak Zee *carut kawan*

Kesemua winner dan wakil dari United International Pictures memang dah siap-siap tunggu kat lobby untuk memperkenalkan diri. Kami disambut dengan senyuman dan pihak UIP terus menyerahkan 2 tiket untuk ke premiere dan jugak 2 tiket after party. Wah beberapa jam sahaja lagi, kami akan berjumpa dengan kesemua pelakon Fast 7. Perasaan time tu? Kalau ikutkan hati, nak lari hujung sana ke hujung sini sambil jerit “Tak caya, tak caya”. Tapi, biarku simpan sahaja perasaan itewwwwwwwww!

Selepas memperkenalkan diri dan negara kepada barisan pemenang dari negara lain (persis gaya Miss World – cawangan Mozambique), kami sempat beramah mesra dengan mereka yang lain. Bila berborak, ternyata kami sahaja wakil dari Asia. Yang lain semua dari Europe, Israel dan Australia. Ada 7 negara in total. Memang haritu, kami hanya akan bergaul dengan mat saleh je uols. Nasib baiklah aku dah praktis accent meriah aku kat Lombok. So, time cakap tu, memang takde slang Asian langsung. Masing-masing pun taknak tunjuk ‘Manglish’ ye. Memang lupa daratan sekejap. Aching je okay. Meks tetap bangga jadi wakil anak Melayu di sana. Takkan Melayu hilang di dunia, pasti ada merata-rata. Ahaaa Undi Kak Pora jom, eceh!

Selepas semua dah bersedia untuk berglamor bagai di red carpet, kami bergerak dalam group menuju ke TCL Chinese Theatre yang terletak berhampiran dengan shopping mall – Hollywood Blvd. Jalan kaki sajok ke tempat tu. Wakil dari UIP yang tolong lead kami. Setiap moment dari hotel sehingga kami masuk ke dalam sempat dirakamkan oleh cameraman tersohor kami – Talha. Memang moment-moment gitu, kalau dalam reality show, meriah habis. Kalau ada live, boleh lah meks sampaikan ucapan untuk kaum keluarga dan rakan2 – “Pora harap dapat kongsi moment begini bersama ummah Sungai Gadut”. Memang perasan. Jangan muntah naaaa…

Bila dah sampai di red carpet, kami diletakkan corner betul-betul tepi pintu masuk ke TCL Chinese Theatre itu. Talha dan Reymy tidak dibenarkan masuk. So, mereka dapat record sekejap sahaja. Tak apa, at least ada kan. Apa-apa pun bila dah berada dekat red carpet, aura terus keluar. Wey glamor betul. Tak pernah aku impikan moment macamni tau, especially di Hollywood. Dulu berangan paling jauh pun, nak tengok concert Britney duduk tingkat paling atas sebab aku tahu, kalau berdiri bawah-bawah tu nanti kene percikkan air liur Kak Brit. So itu je paling jauh aku verangan. Ini lebih daripada angan-angan ye.


The invitation to money-cant-buy-experience
 
Kat sini dorang park kereta best ni
 
Temubual dengan pelakon pertama


Gegirl tu memang berdiri je tau keje dorang dari mula sampai habis majlis. Keraas!
Orang semakin membanjiri

 

Ramai tetamu pun dah sibuk masuk dalam teater

 

Berdiri se-sentimeter sahaja dengan semua artis. Ini betul-betul dekat woi. Kalau Vin ada jerawat pun, boleh nampak tau. Even kene berdiri agak lama dari pukul 6.30pm sampailah pukul 9.00pm, tapi kau tak terasa sangat sebab people keep walking and time tu lah kau nak tengok orang-orang Hollywood yang kalau dalam TV semuanya perfect gitu. Masing-masing dengan fashion dorang yang sangat meletops. Bagi aku, dorang ni tak semuanya sexy. Masih ada lagi yang bersopan santun dalam berfesyen di red carpet. Itu yang aku nak puji. Bak kata pepatah : Biar fesyen sama taraf dengan bakat yang ada. Barulah Hollywood! Tak gitu artis-artis kiteww?

Kalau ada anugerah pelakon yang paling sporting harus aku berikan kepada Luke Evans. Tarik napas kejap. Ahaksss… Die nie memang paling aku suka. Dah lah aku memang suka die berlakon. Elok pulak pekertinya. Sekali aku panggil nama die, die terus datang kat aku. Selfie 2 keping. Kau rasa? Nasiblah Tuhan kurniakan suara memang kuat sikit dari yang lain, so bila sekali aku jerit tu, even winner yang lain mungkin agak annoyed dengan aku, tapi aku kesah pulak. Yang penting die je datang kat area kiteorang. Masih terngiang-ngiang quote yang pemenang dari Belgium cakap kat aku : Just a little dare, you get what you want. So jangan takut!

Luke Evans dari belakang
 
Oh so classy
Close up

 


Lepas dapat Luke Evans, jadi gian nak amik selfie dengan semua. Cuma, dorang kejar masa sebab movie dah nak start kan. Pelakon macam Jason, Tyrese, The Rock, Jordana dan lain-lain semua dah masuk. Yang tak sampai-sampai haruslah Vin Diesel. Die datang paling last sekali and datang hanya untuk selfie dengan kiteorang sahaja. Syukurlah. Ada jugak selfie dengan pelakon utama. Boleh lah tunjuk kat mak and nenek kat kampong tu hahah! Apa-apa pun, itu moment paling klimaks. Muah Vin, muah Vin!

Adik frozen nun di sana


Mingle-mingle dulu


Yeahhh abang Ludacris sudah datang


One more for Ludacris


Sementara tunggu yang lain tiba di red carpet, kite tengok balik model-model emas ni
Kellie – hadik Kim Kardashians


Awas yang belakang itu PA die


Awak siapa eh? Saya snap sajok


Ni pun aku tak kenal sangat
 
My favorite cast – Helena


Sung Kang pulak di atas sana


New character – Natalie


Oh abang Jason and Tyrese


Sweet Jordana – die ni memang in person sangat sweet je


Tyrese dari kejauhan
 
The Rock weyyy!


Geng-geng die pun semua sadong-sadong


Akhirnyaaaa…yang dinanti-nanti, VIN DIESEL in the house


Get ready for selfie
 
From official photographer


Kesemua winner dikehendaki masuk terus ke dalam theatre dan menuju ke tempat masing-masing. Wayang die bapaklah besar woi. Kalah Istana Budaya pun. Memang nak turun tu, aku rasa cam dewan PICC pun ada. Besar gile. Dah la semua orang dah duduk tempat masing-masing. Tinggal kami je yang last group masuk ke dalam. Time catwalk turun tangga carik seat elok pulak mata bertentang mata dengan Jason Statham, apa lagi terus cakap hi kat die. Die pun reply weyyyy. Hati gelora. Terus tak rasa kaki. Hahaha over!

Seat kami paling depan kat bawah sana. 1st row kau. Bersyukur yang tetap. Bila lagi nak tengok wayang dengan semua pelakon Fast 7 kan? Ini jelah pun. Sebelum movie start, producer bagi speech dan diikuti dengan Vin Diesel. Agak #cedeh ciked speech die yang banyak cerita pasal Paul Walker. Yelah, kalau kite yang tengok pun #cedeh, inikan die yang berlakon bersama since 13 years ago. Pasti akan tersentuh hati abang Vin kan? Saya paham perasaan abang Vin. Habis berucap, movie start, maka bermulalah acara dongak ke langit kami. Nasiblah seat die memang boleh adjust. So, dongak-dongak manjeww gitu.


Ucapan yang sangat-sangat bermakna


Apa yang best bile menonton bersama dengan orang-orang penting nie, setiap scene yang boleh dikatakan gempak, akan ada yang memberikan tepukan. Kalau aku involve dalam pembikinan filem nie, even tukang lap peluh kat muscle The Rock pun, aku akan bangga gile tau. Inikan pulak pelakon dan krew yang banyak memberikan komitmen penuh bagi menjayakan sekuel yang agak mencabar especially halfway cite ni, Paul Walker dah takde…. Pasti tersenyum gembira jugaklah temanyaaaa. Good job everyone!

Selepas keluar sahaja dari wayang, kami semua berpecah. Aku dan Norzi ikut sahaja crowd yang ado. Terserempak jugak dengan Jordana Brewster yang dilihat menangis sambil berpimpinan tangan dengan husband-nya. Mungkin agak sebak bila tengok scene last bersama Paul Walker. I feel you girl 🙁  Kami teruskan berjalan menuju ke Cynna Hotel yang terletak bertentangan sahaja dengan cinema tadi. Lintas jalan bersama dengan artis-artis yang lain.

Orang kat tepi jalan ramai yang berhenti sambil jerit-jerit. Time tu, feeling sajok gaya artis Hollywood. Pedulik lah kalau dorang tengok aku and Norzi, then pikir, ni artis mana ni? Hahaha…Yang penting gaya masuk hotel tu kene ada fefeling sikit. Barulah menang gaya…. Bila sampai sahaja dalam hotel kami perlu bergerak ke tingkat atas di mana venue after party berlangsung.

When we said after party, kawasan ni open tau (outdoor). Semua celebrity, VIP dan by invitation sahaja yang boleh masuk. Korang boleh menari, mingle around, makan, minum sesuka hati tanpa rasa segan silu. Elok je aku sampai, ada meja kosong. So aku dan Norzi lepak sajok kat situ. Sempat jugak ajak geng Portugal kami lepak sekali. Yelah, dah alang-alang dorang berdiri kat situ, baik duduk dengan kiteorang. Nak ajak Luke Evans lepak sekali, apa pulak nanti orang cakap. Ahaksss!

Turkey style – makan buah sajok lah


Zee and Sung Kang

 

Tak lama pun kami lepak kat situ. Lepas carik-carik artis yang boleh ambil gambar, kiteorang pun berlalu pulang ke hotel. Nak kacau Vin Diesel, die memang tengah busy. Lagipun kite kasi chance abang Vin party dulu ye. Kiteorang adik-adik nak balik bilik. Kami berempat berjalan menuju ke hotel yang tak jauh mana itu. Sambil jalan, sambil belajar bahasa Portugal. Mana lah tahu, ada rezeki aku ke sana pulak. We never know kan? Okaylah, till next update, see ya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *