A Dream Come True : Trip to Hollywood, Los Angeles – Part 1

Syukur ke hadrat Ilahi. Tiada apa lagi yang boleh dapat menggambarkan perasaan aku pada ketika ini. Memang sudah tertulis journey hidup aku begini agaknya…Dan aku hanya mampu bersyukur dan tersenyum akan laluan hidup yang telah diaturkan untuk seorang insan bernama Safura. Ahaaaaaa…. Ini bukan aching-aching tau, tapi ini kenyataan.

Saat aku tulis post nie, memang aku rasa nak nangis wey. Lantaklah orang nak kata meks jiwang karatzzz pun, tapi memang touching habis bila aku flashback balik apa yang telah berlaku beberapa bulan lepas right after aku balik Osaka tu, memang mimpi ngeri sangat. Dan mungkin ramai yang rapat dengan aku memang sedia maklum dengan apa yang terjadi. Biarlah mereka dan keluarga mereka bahagia, asalkan aku decide untuk SABAR.

As for me, past is past. Let’s forgive but I will never forget. Hidup tak selalu indah, kalau indah je, mungkinkah kita akan ingat pada Maha Pencipta? Tanya pada hati sekarang. Okay, selepas apa yang terjadi itu, aku sentiasa ingat padapesanan keluarga tercinta : Sabar itu separuh iman, biar Tuhan sahaja yang tentukan segalanya… Alhamdulillah, aku berjaya jugak meredah zaman ‘tidur tak tenang’ itu dengan penuh dedikasi.

Dan nak dijadikan cerita, right after aku decide untuk quit my job, rezeki datang seperti membuka satu lagi pintu yang lebih indah selepas satu lagi ditutup. Syukur Ya Allah. Aku menang pulak tiket menyaksikan Premiere Fast and Furious 7 di Los Angeles hokey. *pejam mata, tarik nafas*. Yes, I’m going to ELL- YAYYYY for FREEEEEEEEEE! Dan tarikh keramat ala-ala #peristiwa itu ialah pada 30 March 2015, jam 11.55pm.

Yabedaaabedooooo, aku bertolak ke airport pada pukul 8.00pm dan tiba around 9.15pm. Segala urusan check in semuanya okay sajok. Dan untuk maklumat mereka yang akan mengambil penerbangan AirFrance, please take note yang 1 bag sahaja dibenarkan untuk check in ya. Even maximum weight ialah 23kg, tapi hanya 1 bag sahaja. Hand carry boleh sampai 12kg. Pun 1 bag sahaja. In total 2 bags. Kedek ke? Okay-okay lah tu. So make sure, bawak je bag yang nak check in tu paling besar muat-muat 23kg, or else rugi!

Aku dan Norzi amat bertuah sebab ditemani oleh best fren kami Shamin yang turut serta buat acara hantar kawan-kawan ke airport. Keles VIP treatment yang beliau terima dari orang besar KLIA. Tempias jugaklah VIP treatment tu kat kami apabila kami ditawarkan untuk pertukaran seat Business Class. Terngaga weyyyy!


Ready to flyyyy


Seumur hidup, tak pernah lagi naik Premium Economy *jujur cakap*, dan bila dapat treatment gini, terus pejam mata, bukak balik, pejam lagik… Okay rambut masih lagi hitam, tak tukar jadi princess Cinderella, okay tu tipu. Tapi, memang aku naik je flight terus pandang kiri kanan cari seat, betul ke ni? Memang betul nok. Dapat seat baik punyaaaaa… Kirenya kiteorang je lah orang Melayu yang dapat naik Premioum Economy persis Business Class dikelilingi orang Eropah *okay, over*

Rezeki


The menu


My favorite – Apple juice and warm water wajib ade


Journey dalam flight memang awesome. 12 hours tu rasa memang lama, tapi kalau kau dah bantai tido macam-macam pose, kejap je pun rasa. Itu baru Kuala Lumpur to Paris. Satgi transit kat Paris 4 hours, then terus naik flight 12 hours from Paris to Los Angeles pulak. Sehari suntuk duk dalam flight tau. Lemau habis badan. For me, kalau nak ke Los Angeles, janganlah amik route gini, mau royan beramai-ramai dalam flight. Tapi untuk kami, route memane pun, kami syukur, tiket free kan. Jangan banyak complaint.

Terima kasih bawak kami elok-elok


Waiting and waiting


Gate kami


Kapal kami
 
Tengah loading barang


Kalau bosan, jom main PS4


Layan pastries
 
Naik dah 
 

Nothing much in Charles De Gaulle airport. 4 hours tu terasa kejap sajok. Flight kami ke LAX untuk hari tersebut menaiki A380 *ehem ehem*… Mega ke tidak tu? Memang meletop sekali ye flight ni. Besar gile. 2 tingkat. Tapi nasib tak berapa cuns, dapat duduk kat tail sajok. Senang nak gi toilet and layan food and beverages kat free flow section. Itu sajok. Tapi paling jakun, bila ada camera ala-ala live streaming capture moment time flight landing. Siap bila dah sampai LAX tu, semua orang tepuk tangan, macam tengok konsert. Moment daebak.

 
12 hours woii
 
Landing in LAX


Sampai di airport USA, proses immigration memang agak lama dan macam-macam document dorang nak tengok. Biasa la tu. Tapi bila dah selesai segala urusan, lega bangat. Keluar pulak dari airport kami disambut oleh 2 orang crew dari TV9 – Talha dan Reymy. Uishhh, dorang pun dah standby camera segala untuk record moment paling berharga. Time tu, terus cam… Ahaksss, seganlah. Kita tak basuh muka lagi. Ni muka baru bangun tido tau. Apa-apa pun, nasiblah crew TV9 memang sporting je layankan wajah-wajah lemau flight 24 hours ++ kami.

Right after keluar immigration

 

Keluar sahaja dari airport, sudah ada driver ber-tuxedo menunggu kami dengan signage nama bapak. Kereta yang memacu kami ke Hollywood ialah sedan Suburban. Ini kalau travel sendiri, sumpah tak mampu nak hire driver jemput dari airport. Memang sepanjang gi travel, kat Indon je aku mampu weyyy. Kalau nak hire kat sini, memang taklah. Dah la time aku pergi Amerika ni, duit dollar naik menggila. Nak tukar tu, memang bawak tebal-tebal, last-last keping-keping je yang aku dapat. Tabah sajok!

Thank you abang! Wah gitchewwww


Jom ke hotel
 
Dalam kereta … Krew tengah bekerja
Gula-gula
 

Sepanjang perjalanan menuju ke hotel, kami sempat perhatikan jalanraya di Los Angeles, kereta-kereta yang dipandu oleh penduduk sana…Wey semuanya mewah giler. Apa lah sangat kalau bawak jenama Audi tu…Aku rasa itu kereta dorang gi market je kot. Jenama paling banyak pakai ialah Camaro. Uish, ni memang favorite tau. Kalau nampak tu, rasa nak peluk kereta tu tak mau lepas. Anyway, persamaan antara Kuala Lumpur dan Los Angeles? Haruslah pada traffic jam nyewww. Sama sahaja okay! So plan your journey carefully.

Jalan Tun Razak ke?


Rumah yang meletop-letop hebat
 
Hard Rock Cafe Hollywood

 

Dolby theatre yang besar gils


Hollywood BI
 

Sampai sahaja di Loews Hollywood Hotel, kami seret baggage yang memberat itu ke dalam lobby. Oh manis sekali moment ini apabila kami turut disambut oleh wakil dari United International Pictures di sana, Andrea. Urusan check in kami berjalan lancar. Harus diingat jika nak duduk hotel nie, kene ada deposit $50 untuk credit card. Buatnya kalau terminum air mineral die, terkunyah kekacang dalam bilik, so die akan deduct saja dari credit itu. Dalam bilik non hado peti ais ye. Kalau nak, tambah la $25. Even nak air panas pun, takde kettle. Semua kene call and die akan hantarkan ke bilik. Part tu memang tak manis langsung.

Berjalan menuju ke bilik kami yang terletak di tingkat 13 diiringi oleh crew TV9 membuatkan hati lagi berdebar woi. Bukak je pintu bilik, letak segala bag kat tepi, terus selak langsir. Aaaaaaaaaaa, time tu rasa nak call satu Sungai Gadut, nak bagitau yang selak langsir nampak HOLLYWOOD sign. Yelah, selama ni selak langsir nampak tembok je. Yang ini lain tau. Real punya. Kami berikan laluan kepada crew TV9 untuk record segala moment indah ini untuk mereka masukkan dalam footage di TV nanti.


Loews Hollywood Hotel saksi segalanya



Too many photos dalam hotel, so this is solution-nya
 

HOLLYWOOD ke IPOH tu? Baca betul-betul


Selepas semua kerja selesai, kami dibenarkan untuk berehat di bilik untuk recharge energy sebelum keluar semula pada jam 7.30 malam. Akan tetapi, kami berdua terlajak tido sampai 8.30 malam ye. Nasiblah Remy baik giler ketuk pintu bilik. Kalau tak, ke laut tak sedar apa pun. Gigihlah dorang tunggu kiteorang kat lobby. Kami turun di lobby dan malam tu mereka berdua tunjukkan semua attractions yang ada di sekitar hotel. Sebenarnya mereka dah sampai awal sehari dari kami. Flight lain-lain tema-nya. So, hari dorang sampai, dorang dah round-round tengok kawasan dulu. Ahaaaa… abang-abang kawasan angat. Apa-apa pun, mereka banyak bagi tips tentang kawasan area situ. So, mereka memudahkan lagi kami di sana. Terima kasih 🙂


Keluar pintu hotel, nampak ini


Shopping mall yang memang sekangkang kera sajok


Cak! Belakang itu hotel kami


Macam-macam


Kedai souvenirs – Mahal ciked!
 
Seiring sejalan 
 
Everyone has their own Hollywood story
 
Talha in action


El Capitas
 

Sememangnya Loews Hollywood Hotel ni amatlah terbaek. Untuk most attractions yang ada kat Hollywood, korang boleh jalan kaki sajok dari hotel. Even harga die mahal giler, tapi berbaloi jugaklah kalau celik mata, turun hotel, terus boleh pijak kaki kat bintang-bintang yang ada nama artis Hollywood itu – Hollywood Walk of Fame. Sampai sajok kat Hollywood Walk of Fame tu, kiteorang memang duk feeling carik nama semua artis femes.

Untuk aku? Cukuplah jumpa nama Britney Spears. Itu pun dah sakan aku jerit, posing baik punyaaaa. Kirenya impian tercapai lah. Takmau carik yang lain dah. Setia pada kak Britney saya. Kat area situ, semua nama artis yang femes ada terpampang kat lantai jalan. So, kalau korang memang dah ada aim memane artis Hollywood, silalah rajin berjalan area Hollywood Walk of Fame. Pasti jumpa. Tapi ada satu je bintang Hollywood yang taknak nama beliau di’pijak’. Beliau adalah Muhammad Ali. Respect! Biarlah nama tu tersemat dalam hati instead of pijak-pijak sajok.


Macam-macam nama ado


Gelek sikit!
 
Baby sayaaaaa
 
 
Kak Britneyyyyyyyyyyy!


Bila kiteorang jalan, nampak benda nie, excited!


Ready kah?
 
Signboard ni mahal hokay. Postcode pon sama. Kite nye 57000 jew


Kereta Elvis
 
Kedai nie best giler

 

Suasana malam di Hollywood


“Takleh cari makan, jom kite carik port lain” Ahaks
 
Kak Marilyn sebagai patung lilin
Theatre hari ini
 

Nak cucuk langit? Pon ade
 
Kemanakahkitew? #cikpora


Selepas penat berjalan, kami berempat decide nak lepak kat kedai Halal – Yogi Dog. Ha…jangan ingat kiteorang nak makan anjing masak lemak pulak. Yogi tu nama anak owner yang berasal dari Egypt. Dog tu pulak singkatan kepada hotdog/sausage yang die jual. Hebat owner nie, kedai betul-betul kat Hollywood jual burger, hotdog, pretzel and macam-macam lagi. Kecik je kedai die. Tapi ramai je tukang beli. Especially yang memang kaki makan. Kat sini, itu je kedai Halal yang walking distance dari hotel kami. Price range around $6-10. *takyah nak convert sangat*


Kat sini pon masih ada walk of fame


Yogi Dog anyone?


Halal – bukak sampai jam 4 pagi katenyewww
 
Peter selaku pelayan kami pada malam itu
 
Makan besar ini malam
 

Selepas habis makan, kami semua beransur pulang ke bilik masing-masing. Bersiap-siap untuk tido, tapi apakan daya, kami memang tak boleh nak tido langsung. Habis semua orang kat Malaysia kiteorang kacau. Al-maklumlah, Wifi kat hotel kalah Unifi pulak. Memang kenduri video call dengan kaum keluarga lah temanyaaa… Macam-macam aktiviti kiteorang buat dalam bilik duk melayankan masalah jetlag ni. Sampailah jam 4 pagi,  baru kiteorang boleh tido. #cedeh

10 thoughts to “A Dream Come True : Trip to Hollywood, Los Angeles – Part 1”

  1. Bestkan tiket freeee! Sy pernah rasa masa menang ke London itu hari.Aall expense trip pulak tuuuu. rasa dunia ni milik kita gittew 😛

    p/s tak sabar nak baca part 2,3,4,5,6 trip ke LA niiiiii!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *