A Dream Come True : Trip to Hollywood, Los Angeles – Part 4

Kami bergerak agak lewat pagi tu untuk ke Citadel Factory Outlet. Bukan kes bangun lambat, tapi pagi tu crew TV9 akan berlepas pulang ke Malaysia, bumi bertuah dan nak lah lambai-lambai ciked kat dorang. Mana taknya, bile dah duduk berhari-hari di negara orang ni, kami dah macam satu keluarga dah.

Semasa kami di Los Angeles, tak kire gi mana pun, mesti nak contact-contact. Rinduuuu… Ahaksss…Anyway, lepas babai-babai tu, kiteorang terus naik bilik, sarapan nasi lemak Brahims dulu and barulah bergerak ke Citadel Outlet yang terletak sejam dari Hollywood. Untuk ke sana, kami sempat tanya pada concierge tentang camna nak gi sana ney… Memang membantu ye dorang ni. So, let me share :

  • Naik train dari Hollywood Highland terus ke Union Station (last station) – Hanya $1.75 pakai TAP card
  • Dari Union station, please cari bus station bernombor 7. 
  • Citadel Shuttle selalunya akan muncul 30 minit sekali. Korang boleh refer kat jadual FREE shuttle dorang
  • So tunggulah shuttle ni dan yang paling best, tiada bayaran dikenakan. FREEEEE sajok.
  • Citadel ni bukak dari pukul 10am to 9pm everyday


Perjalanan hanya mengambil masa satu jam sahaja dari Union Station dan terus ke Citadel Factory Outlet. Sampai di Citadel outlet, driver bus ada pass kami bus schedule so kami boleh plan pukul berapa kami nak chiow dari situ. Bila korang masuk je outlet tu, korang register la kat customer service untuk dapat diskaun lagi – VIP card.

Lepas tu, korang shopping lah  bagai nak giler kat situ. Dari 12.30pm sampailah 7.45pm woi. Memang boleh aku katakan murah kaw-kaw. Antara outlet yang memang mampu menggegar dompet anda ialah – Guess, GAP, Old Navy, Michael Kors, Nike, Fossil, Kate Spade dan macam-macam lagi. Paling favorite haruslah Fossil, Kate Spade and GAP. Bayangkan sweater GAP hanya $9.90 sajok. Seluar die $16 je. Memang murah sangat bagi aku. Untuk barang Kate Spade and Fossil semuanya ada 50% discount from normal price. *tunduk terus*

Sememangnya berbaloi-baloi kalau spend banyak duit kat sini sebab barang yang korang dapat tu bukanlah Made In China yang pasti. Mostly from South America. Apa-apa pun, selepas kami dah sakan duk shopping, baru nak tengok jam ye. Nak gi toilet pun tak sempat. So time nak balik ke bus tu, berlari eh. Sebab kiteorang nak catch bus pukul 7.45pm and kalau boleh taknak catch last bus as cuak giler hokey. Dahlah kiteorang bawak barang yang agak berharga. Tak berani lah jugak nak jalan malam-malam camni kan. Memang kurang yakin nak berjalan memalam sebab homeless segala memang ramai wey. So, better balik awal sikit dari Citadel.

Memang mengah ye berlari sebab taknak tertinggal bus dengan bawak bag berderet-deret nya. Naik je bus terus duduk belakang sekali sebab nak campak je barang-barang tu kat kerusi. Malas nak pikir dah. Time kami dah duduk tu, driver bus terus datang kat kami and tanya yang kiteorang nak turun kat Union Station ke? Dalam keadaan mengah giler aku jawab yups. Then, uncle tu cakap yang station itu agak sunyi sebab nya tepi die ade jail. Meks ngan Kak Zee terus cam what??? Oh okay.

And uncle tu sambung lagi, memang not recommended for ladies and bila korang bawak pulak barang-barang fancy gini. Lagi lah bahaya nak tunggu train kat situ. Then, uncle tu cakap die akan tolong dropkan kami kat station yang ramai orang sikit. Kalau Union Station, memang sunyi gile time malam-malam. So, if kiteorang agree, die akan turunkan kami kat station lain yang lagi dekat dengan Hollywood Highland.

Disebabkan naluri hati kata uncle ni jujur sangat, aku and Kak Zee pun setuju jelah ikut apa yang die suggest. Selain kami, memang die tolong orang lain jugak sebab bagi beliau Hollywood is Hollywood but with 37 years experience as a driver in Hollywood, he thinks it’s better to make everyone feel safe. Setiap penumpang dalam bus die akan tolong and bagi advice untuk mudahkan perjalanan dorang.

Waktu menunggu
 
Platform 7
Lapang betul kawasan kat sini

 

To Union Station jom!

 

Something to capture – unique

 

Jalan sesak

 

Langit sekali lagi, awan halus-halus gitu

 

Savings card yang sebenarnya aku tak guna pun. It depends on brands yang korang nak, kalau ade murah, just guna card ni tau

 

Butik-butik half price gitewww

 

Kate Spade die paling letops

 

H&M die biasa-biasa sajok harga nya

 

Lacoste

 

Untung orang ramai
 

Untuk Malaysia (uncle tu panggil kiteorang Malaysia je), kami turun di 7th Station dan uncle tu ajar camne nak lintas jalan segala. Sebelum kami turun tu, die ade serahkan kad die kat kami. Die ade website tentang Los Angeles. Nama website die The Transportation General. Bila aku baca kad die tu, aku rasa memang aku ada baca web die untuk godek-godek info pasal public transport. Die memang bagus gile sebab web die sangat informative. Die jugak available on Viber and Whatsapp in case kalau korang nak tahu more info on Ell-Yay!

Kami memang bersyukur sangat jumpa uncle ni sebab seperti yang dijanjikan station tu memang ramai orang sikit compared to station lain. So, naiklah kami train terus ke Hollywood Highland. Even barang berderet, tetap catwalk kat Hollywood Walk of Fame sebelum balik terus ke hotel. Letak barang, basuh kaki and terus landing atas katil. Penat gile weh kaki. Kalau kaya ciked, memang aku nak request orang urut kaki tau. Tema kali ini, kalah shopping kat Bandung weyyy. Ha keles ke tidak, shopping kat US time currency tengah mencanak giler? Nangis kalau orang tahu ye.

Anyway, ni semua kan barang orang kirim, so doranglah yang kayaaaa…Ahaks! Dalam duk relax-relax tu pun, baru tersedar yang bekalan makanan hampir habis ye. So, aku dan Kak Zee gigih berjalan carik groceries – Fresh & Easy yang slighly murah dari kedai runcit tepi-tepi jalan tu. Kedai ni bukak 24 jam.

Die ade sediakan microwave segala tau. Memang mudah kalau korang beli barang and nak panaskan apa-apa. Macam kiteorang, kami beli instant rice. Panaskan je then terus boleh makan. Segala benda memang murah kat sini. Aku suka gile bile tengok ice cream dorang yang meriah gile, macam-macam perasa ado. Dan harga murah hanj. Haagen Dazs kat sana $3.99….Sedap pulak tu wey. Memang duduk atas katil, bukak langsir, pandang Hollywood sign yang takkan korang nampak (tema = feeling), pejam mata sebab nak ingat moment makan ice cream yang sedap ala-ala nikmat dunia nie.

Apa-apa pun, kiteorang memang enjoy gile harini. Mana taknya selalu dengar retis je yang shopping bagai nak giler kat overseas. Tapi, korang kene tahu ye yang everybody can shop till drop. No matter who you are. Kalau dah rezeki korang ada, di mana-mana pun pasti akan merasa. Yes, tanam angan-angan tu tak salah, sometimes bila kite berangan, kite akan berkata-kata. Dan pernah tak dengar yang kata-kata itu satu doa? Okaylah, Prof. Sapora nak rehat-rehat.

Esok kami nak lepak pantai pulak. Saja nak tan-kan kulit tema-nyaaaa. Dengan balance masa yang ade, kami ke Santa Monica pulak uols. Untuk ke Santa Monica, mode of transportation yang aku gunakan adalah bus. Actually, segala instruction untuk ke sana, kawan Portugal kami yang ajar sebab die dah pergi ke sana semalam. So beliau permudahkan lagi journey kami untuk ke sana. Die ajar step-by-step. Siap buat kelas tutor lagi kat lobby semata-mata tak nak kami sesat. Cuwit angat.

Bila segala tunjuk ajar dah masuk dalam brain, aku dan Norzi ditemani beliau berjalan dari hotel terus ke station bus Hollywood Highland yang sebenarnya berdekatan dengan subway station. So, pagi-pagi lagi dah naik bus bernombor 704 dengan geng-geng Hollywood. Macam-macam gaya dapat kami amati sepanjang perjalanan ke sana. Malkumlah perjalanan makan masa sejam jugak dan kami perlu tukar bus sebanyak 2 kali. Kawan Portugal kami, Luis dan pesan awal-awal yang kiteorang kene turun kat satu station nama Fairfax Venice…Aku ingatkan itulah satu-satunya nama station start dengan Fairfax. Rupanya sepanjang jalan tu memang dekat 10 station start dengan Fairfax. Memang kene dengar betul-betul ye. Kalau tak, haukkkkk!

Tips : Untuk naik bus, adalah bagus kalau korang beli sajok TAP Card yang berharga valid for 1 day = $7. Tapi kalau korang rasa cam takde nye nak guna sampai $7 tu, korang bayar ikut one way trip = $1.75 sajok. Beli kad tu pada driver bus. Mudah!


Dalam kegusaran, kami tukar tempat duduk dekat dengan pintu keluar sebab takut terlepas station. Rasa cam dah lama dah dalam bus tapi tak jugak muncul nama station ni. Muka memang habis risau dah. Mungkin sebab over sangat expression risau tu, sampai uncle from Bombay kat sebelah kami hulurkan bantuan dan bagitahu yang beliau pun akan turun di station yang sama. Legaaaaa den! Kalau tak, memang sampai bila-bila akan rinsek tak tahu hala tuju

Pakcik tu berasal dari Mumbai, India dan telah berhijrah beberapa tahun yang lepas ke Hollywood. Beliau memang dah ade family yang bukak restaurant kat sini so lagi mudah lah untuk dorang pindah randah. Tapi menurut beliau, Los Angeles bukanlah se-gah nama yang diberi. Dari segi keselamatan, kos hidup dan kepuasan hidup agak susah untuk dikecapi especially bagi mereka yang baru berhijrah ke sini. Sempat jugak gossip-gossip dengan uncle ni, tapi tak perlulah aku cerita kat sini kan. Nanti jadi blog gossip : Pora The Propa Girl pulekkkssss!

Dalam duk sakan berborak, bus yang akan membawa kami ke Venice Beach pun tiba. Actually, kiteorang boleh je nak turun kat Santa Monica or Venice Beach. Memana pun okay. So, kami turun sajok di Venice Beach itu pun dah salah station time kami turun. Patutnya, kami kene turun awal sikit. Nasib baik driver bus sudi tunjukkan jalan kebenaran, kalau tak sesat sokmo! Time turun tu, tenangnya rasa bila berjalan dalam cuaca redup di bawah pohon cemaraaaaa *high note cam Kak Jaclyn sikit*… Tapi ni bawah pohon kelapakkkk!

Anyway, bila dah mula nak masuk ke kawasan pantai tu, bahang die, walawehhhh! Keluar pepelohan wanita kami. Even ada angin but still, I feel like summer in Kuala Lumpur you know! Aching sikit lah. Tapi panas tauuu… Teringat pulak kat Luis, di mana bila dorang balik dari Santa Monica semalam, dorang terus kena sunburn tau. Sempat jugak die tunjukkan sunburn kat leher die, merah menyala hokey. Terus aku and Zee cammm errrr….Tak nak dah tau ulang peristiwa sunburn kat Koh Samui. Memang serik giler.

So, apa kiteorang buat ialah kami jalan tepi-tepi kedai dengan harapan dapatlah ku berteduh dari pancaran matahari. Kalau taknak kasi nampak obvious sangat, kenelah cam fefeling nak beli barang kat kedai tu, padahal memang nak berteduh tau. Tak mampu bile sampai Malaysia nanti, ada pulak yang ber-molot laser duk tanya, baru balik Perhentian ke babe? Haaa…. Sentap ke tidak? Awas ye! Hahahah…

Ada jugak simpan hasrat nak berbasikal ataupun main roller blade tapi bile pikirkan balik, memang cancel je lah impian tu. Kiteorang jalan sajok. Lagi better. Dan nak jugak cerita kat korang semua, kat sini korang akan bau ganja bersepah-sepah. Memang konsep suka ati nak isap kot. So, abaikan sajok bau-bauan begitu.

Kami berlalu meninggalkan Venice Beach dan terus berjalan ke Santa Monica yang slightly further up. Time jalan-jalan tu, korang bolehlah cuci mata tengok dorang buat activity pantai yang walaweh seperti : Volleyball, Frisbies, Roller Blade, Cycling, Topless, Bersidai semua cukuplah kat sana. Tapi, feeling untuk tengok tu lain sangat kalau aku cuba compare dengan feeling time aku ke Sydney suatu ketika dulu. Ahaaaaa… Kat sana, view die lagi indah kot. Kalau di sini, air laut dan langit macam sama sahaja. Sebab langit dorang takde awan kan? Itu mengikut pemerhatian aku lah. Korag boleh layan gambar kat bawah :

 
 
 



Selepas beberapa minit berjalan, kami pun tiba di Santa Monica yang bagi aku memang unik. Siap dengan taman tema yang comelz gituuu… Kami sempat amik few pictures, beli fridge magnet and bersiar-siar tengok street performance kat sini. Berbakat habis lah dorang kat sini. Dorang buat lawak pun sempoi je. Kiranya lawak yang boleh paham la kan… Semua orang gelak je aku tengok. Kebanyakkan dorang ni adalah Niaga and Mexican. Dorang lah yang sebenarnya memeriahkan suasana di sini.Gigih mencari rezeki walau dimana-mana pun. Aku salute!

Kami berlalu meninggalkan Santa Monica dengan hati yang blur. Die macam ada sesuatu yang membuatkan aku rasa cam Santa Monica hanyalah pantai yang biasa-biasa sajok. Bila duk sakan berjalan bawah mentari menambahkan lagi asam garam perasaan aku terhadap Santa Monica. Mungkin kalau korang suruh aku compare, aku lagi rasa best kat Boracay. Aku memang kureng sikit dengan suasana kat sini. Bila kami sampai di Hollywood and malam tu dinner dengan dak-dak Portugal tu, dorang pun berpendapat yang sama macam aku.

Siap Luis cakap kat aku, yang pagi tadi die ade bagi hint kat aku pasal Santa Monica tapi die taknak lah kiteorang cam tak jadi pergi sebab die pulak. Dan ternyata sangkaan beliau betul. Yang kiteorang pun tak suka dengan suasana kat sana. Mungkin sebab kami dah pernah pergi Thailand kot, tu yang feeling die gitu. Itu borak-borak kosong kami. Actually, malam tu kami dinner berempat di Japanese Restaurant. Teringin nak makan sushi gamaknyaaaa. Salah konsep rindu Japan kat Hollywood. Apa-apa pun, malam tu kiteorang sambung borak lagi kat lobby hotel sampai tengah malam.

Dorang pun kene balik hotel awal sebab flight balik Portugal dorang pepagi. Yang agak cedeh-nya pasal flight dorang ialah, American Airlines takde food. Semua kene beli. So bertahanlah dorang 7 jam each flight (ada transit kat Pennsylvania) tak makan apa-apa sebab semua benda kene bayar. Duduk pun straight je. Macam sanding dalam flight. Terus aku dan Zee rasa bersyukur sangat sebab AirFrance tu gempak ciked lah.

Untuk hari terakhir kami sebelum ke airport, kami check out bilik awal-awal pagi and terus berjalan menuju ke area Hollywood Walk of Fame untuk borong barang Hard Rock Cafe and shopping lah apa2 yang patut. Memang plan nak beli semua tu last day so that kiteorang boleh layan tempat lain dulu. Anyway, takde lah banyak sangat barang yang kami beli pon. Cukuplah untuk kaum keluarga, sahabat handai dan mereka-mereka yang buat kiriman khas. Itu sajok.

Sempat jugak post semua postcards untuk diri sendiri + family dan rakan-rakan


Lepas ronda-ronda di bandar Hollywood buat kali terakhir, kami pulang ke hotel untuk susun barang and tunggu shuttle yang tak kunjung tiba uols. Kak Zee dah risau dah. Yang aku duk relax je. Malas nak pikir. Tapi kalau die betul-betul tak datang memang masaklah jugak. Duit dah habis duk borong souvenirs nie. Takkan nak jual balik semua barang-barang ni semata nak bayar duit airport transfer? Mahal tau. Tak mampu mak!

Since hati rasa tak keruan, aku dan Zee decide untuk keluar dari pintu hotel and tunggu transfer tu di luar sajok. Jangan lah nak buat hal tak datang pulak kan. Sedang duk risau tak tentu pasal tu, tetiba handphone aku berdering, nombor yang dipaparkan adalah number overseas ni. Aku angkat je, tetiba suara orang hotel yang bercakap. Dalam hati, aku ada terambil TV hotel ke apa? Janganlah macam-macam kan…. Rupanya die nak bagitahu yang airport transfer kiteoang dah sampai and duk mencarik kami dari tadi.

Pastu aku pun kelam kelibut la duk carik orang yang mencarik kami. Selalunya kan bila kite nak jumpa orang, die macam ada instinct sikit. Orang tu mesti cam yakin itu kite, dan kite pun yakin itu adalah die. Bila dah rasa itu adalah abang airport transfer, kami pun tegur lah. Die tunjukkan kertas di tangan beliau and barulah aku tahu apa masalah kat situ….. Die tulis nama bapak kiteorang tauuu, bukan nama kiteorang. So, memang takdelah pulak nak perasan yang airport transfer sudah pun tiba. Nampak kan ke-cik-pong-an kami? Tu lah, dulu zaman sekolah, orang ejek nama bapak kite, kite marah kan. Sensitip! Tapi sebenarnya itu adalah praktis untuk mereka yang memasang angan-angan ke overseas. Dorang kan main last name je. So pasni tak mau emo-emo ye. Barulah US style *bangga no, kite melayu lah*

Semua dah ready untuk pulang ke kampung halaman
 
Nama bapak-bapak di situ

 

Kereta yang tiba mengambil kami – ada gaya ke tidak?
 

Bye Loews Hollywood Hotel
 

Naik je kereta, haruslah kereta mewah, ada air mineral, gula-gula mint, USB port segala siap. Time tu, terus cam ngintai-ngintai muka kat cermin driver, masih lagi muka dak-dak Sg Gadut kan? Mana lah tahu, bertukar ke Angelina Jolie ke kan. Neves tau. Tak pernah seumur hidup naik kete camni, dilayan cam celebrity even dalam purse time tu ada $20 je. Memang time tu, duit dah takde tau. Cedeh! Kalau lah die mintak tips memang aku bayar pakai ringgit je. Kalau die tanya, ni matawang mana? Aku cakaplah, mahal ni kalau tukar and please sila bersyukur ye, at least ni bukan duit saidina *larikkkk*

Sampai di Tom Bradley airport memang debaran bermula. Ha, bukan debaran Akademi Fantasi. Tapi debaran nak handle luggage kami dengan standard baggage allowance by AirFrance. Only 1 bag with maximum of 23 kg sahaja dibenarkan and hand carry pun die duk buat ukuran size sekali dengan berat maximum 12 kg. Drama bermula apabila luggage aku lepas, hand carry pon lepas, so die process bag aku dulu. Akan tetapi sahabat saya, Kak Zee sangkut punah di tengah jalan. Bag silang X ada 2, luggage ada 2 and hand carry 1. Total 5 bag nak sumbat segala dalam AirFrance nya maximum bag yang dibenarkan. Tapi muka aku and Kak Zee paling yakin, lantaklah, kalau Malaysia boleh, apa entah lagi kami kan?

Disebabkan yakin teramat sangat, Kak Zee kene repacking. Tak tahu lah mana lagi nak letak segala barang yang ada dalam bag die. Rasa cam dah nak termuntah dah bag die kami duk susun. Sampaikan winter coat die pun aku terpaksa pakai. Tetiba muat je. Hahahha! Terus kurus wey bila dah kene camni. Tak sampai beberapa minit, kami pun terus terpacul kat depan kaunter tadi untuk timbang balik bag Kak Zee. Namun, clerk tadi tu dah bertukar shift, so orang lain pulak yang jaga kaunter tu. Bila die tengok bag Kak Zee, terus die macam tak benarkan jugak, sebab banyak sangat. So, aku pun terus grab handbag die, bagitahu yang ni aku punya.

Tetiba die keluar kaunter nak tengok hand carry aku tadi and terus bagitahu  even less than 12kg but still size bag die besar. What the…. Time tu, aku terus lah cakap, the other woman already checked in my luggage and verified my hand carry. No problem at all. Only my friend need to repack and now everything okay dah….Oh die pun nak gaduh jugak. Tak bagi walau camne pon. Bag Kak Zee dah selamat, bag aku pulak die tak kasi lepas. Abis si gajah hijau ni aku nak campak letak mana? Lekat segala fridge magnet ni kat badan? Handbag and T-Shirt ni sarung kat kepala? Janganlah caruts gitu. Kegusaran terpancar kat muka meks. Walaupunnnn…

Ini tak boleh jadi, kalau die suh check in jugak 1kg = $100. Aku ade $20. Memang takde apa-apa dah tau. Nangis jugaklah tepi kaunter. So, nak taknak, kene jugak keluarkan roh PPRT ni. Terus lancar je aku cakap yang aku punya bag memang dah okay earlier. Kakak sebelum ni baik je lepaskan…Bla…Bla… Padahal ulang balik citer tadi. Die pun agaknya malas kot nak layan, die terus keluarkan statement. Okay I’m gonna check in your luggage no matter what…. but FOR FREE. Time tu, aku cam what??? Kau biar betul? Bersyukur sangat Ya Allah. Aku memang tak tunggu lama untuk ucapkan terima kasih pada perempuan tersebut. Terus aku ajak die selfie sekali. Aku memang happy sangat-sangat. Time tu, muka aku paling ceria lah dalam airport tu. Hahahah!

Thanks!


Settle satu masalah, berlalu kami terus ke ruang menunggu. Flight kami akan berlepas ke Paris dari LAX pada jam 9.50pm. Sepanjang perjalanan aku dan Norzi tidor sajok. Sampai di Paris pun dah petang selepas 12 jam perjalanan. 2 jam sahaja transit kali nie. Sempatlah menyopping Laduree kauuu. Kami memang ada tukar Euro sikit sebab feeling nak minum Kopi Cap Paris kan… Padahal, kopi pun tak minum. Apo Cik Pora?

USB port di LAX – suker
 

Kami naik flight untuk ke Malaysia pulak pada jam 7petang. Dapatlah tengok view Europe waktu malam. Oh indahnya, lampu-lampu kerlipan bagai. Soon baby soon. Cuaca malam tu herlok-herlok sahaja dan flight memang smooth giler. Berapa kerat je pun orang Malaysia dalam flight tu, terus kami dilayan baik sebab steward tu die first time datang Malaysia. Memang baik sangat. Selepas 12 jam, alhamdulillah, kami touched down in Kualalala Lumpur pada jam 2petang. Dengan itu, tamatlah sudah percutian #mewahkeLosAngeles kami.

Berat jugak hati nak keluar dari airport. Dah kenapa? Bukan apa, kite ni kalau pergi memana pun, if layanan yang diberi memang tip top habis. Ternyata korang akan rasa happy sangat. Dan aku rasa sangat-sangat bersyukur kerana sepanjang 5 hari kami di sana, ia merupakan moment yang tak pernah aku bayangkan/ impikan seumur hidup aku. Sometimes, aku terpikir sendiri, adakah segala yang terjadi merupakan satu ganjaran untuk aku di pentas dunia ini? Mungkinkah sebab aku bersabar dengan apa yang terjadi sebelum nie? Tapi aku tanya balik sendiri, kenapa perlu aku persoalkan benda-benda gitu? Kenapa tak enjoy sahaja dengan apa yang diberi dan bersyukur. Itu kan lebih bagus?

Apa-apa pun, aku memang berterima kasih banyak-banyak kepada semua yang sentiasa memberi sokongan kepada aku. Tak kirelah siapa diri anda. Terima kasih yang tak terhingga. Aku mungkin telah direzekikan untuk kenal dengan insan seperti anda semua. Kepada geng TV9 yang sporting melayan kerenah kami berdua sepanjang kat sana. Best lah! Dan tak lupa jugak, pada orang-orang di LA yang banyak membantu dari segi tunjuk jalan, ajar kami cara nak turun naik bus, letak kami kat train station yang ramai orang instead of sunyi sepi, time duit aku cicir, siap kejar bagi balik, staff AirFrance yang sweet sangat. Oh my, what have I’ve done sampai baik sangat dorang pada aku? Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana menghantar mereka untuk membantu.

p/s : Untuk trip kali nie, kebanyakkan duit kami hanya spent kat shopping sajok. Makan pun tak sangat sebab banyak dari tajaan Kak Zee + brahims sajok. Semua kalau  boleh jimat, kami try jimat, cuma naik subway/ bus sajok – cost around $1.70.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *