Euro Trip : Amsterdam Part 4

Untuk hari ketiga di Amsterdam (2 May 2015), sebelum kami keluar dari rumah untuk sambung edisi jelajah pekan Amsterdam, aku dan yang lain siap-siap kemas barang and buang sampah segala ke dalam tong yang disediakan di bawah apartment. Harinie kami nak check out dah. Patutnya check out pukul 1pm. Tapi aku salah tengok, slumber balik rumah tu, feeling check out pukul 2pm. Takpelah nyah, nasiblah semua barang memang dah siap-siap pack kan.

Selepas sarapan and pack segala makanan, kami terus naik tram untuk ke Central. Tapi sebelum terus ke Central kami turun di station untuk ke Anne Frank House (Tram yang lalu di Anne Frank House ialah – 13,14, and 17). Nasiblah tram kami tu memang lalu di station untuk ke Anne Frank tu. Time kami sampai di situ, baru pukul 7.30am tau. Orang beratur gile panjang hokey. Serious panjang sangat. Boleh buat pusingan siap. Hanya untuk membeli tiket. Aku hanya mampu berjalan and tengok sajok lah. Nak masuk rasanya tak sempat. Lagipon, aku takde intention pun untuk masuk jahhh!


Anne Frank House queue


Boathouse – Idaman sangat nak stay kat sini. Next time akan try

Pintu masuk pun – Letops!


Bandar basikal


Bandar Amsterdam punya view memang kebanyakkannya macamni


Wajib posing kitew

Lepas dah singgah sebentar di Anne Frank House, kami naik semula tram terus ke Central. Dari situ kami terus naik tram untuk ke Rijksmuseum kerana kat situlah terletaknya alphabets iAmsterdam itu. Tapi sebelum kami teruskan ke museum, singgah pulak kat Bloemarkt. Itulah adalah disebabkan bila dalam tram, kami ternampak pasar bunga terapung tu. Terus aku dengan Kak Mah decide turun je sini, kite visit sajok pasar ni dolu. Pagi-pagi mesti cam fresh gitu tengok bunga. Itulah perangai kiteorang kalau travel berdua. Semuanya unplan. Sesetengah orang mesti cam nak ikut plan je kan. But kalau aku, better letak sajok map kat tepi bag and just go with the flow. *bebel*

Masuk saja ke dalam Bloemarkt tu, sekali lagi mood ‘mewangi’ sampai. Memang dorang ni negara bunga ke hape? Penuh bunga tau. Segala benih pun ada jual. But yang aku suka pasal pasar ni, dorang sangat tersusun. Ditambah pulak weather yang sejuk camni, nak jalan pun, rasa cam tenang sajok. Bila duk jalan-jalan tu, pasar ni bukan sahaja jual bunga-bunga, tapi die ada jugak jual kepelbagaian souvenirs. Sempat jugak beli postcard untuk aku hantar kat orang kampung. Al-maklumlah, orang Sungai Gadut mesti merindui kemeriahan Cik Pora kan? So, kene lah tanya khabar sesikit. Ahaks!


Kami turun di station ni untuk ke Bloemarkt. Rujuk pada Line tram yang lalu sini – 1,2 dan 5


Welcome to Bloemarkt


Banyak betul jualan tulips kat sini


Bayangkan berapa belas Euro sajok untuk bunga gini


Bekas benih Tulips pun cantik

Ahaaa… Bukan tanaman bunga-bunga sajok yang ade

Ni memang pemenang la. Siap props die basikal lagi


The view from one bridge – overlooking the markt

Kami berjalan dalam pasar ni sambil perhatikan orang. Kalau korang perasan, kebanyakkan restaurant kat Europe (kalau tak pernah sampai lagi, korang cer recall balik movie yang shooting kat sana), dorang mesti letak kerusi tu sebaris sajok. Macam judges dalam American Idol. Hobi mereka ni adalah people watching. Bila aku pikir balik, sebenarnya bagus jugak konsep gini. Kalau kat Malaysia kan, lepak mengadap kawan-kawan, tapi kalau salah sorang nampak awek cun ke, laki encem ke, semua kene amik nombor bagai. Kalau yang tak reti sabor tu, selalunya pandang je. Dah orang tu perasan macam kite caruts die kan? Tulah salah konsep namanya. Next time kalau pergi KLCC, aku praktiskan konsep gini. Okay?


Lepas dah habis tawaf Bloemarkt, kami pun bergerak semula ke tram station untuk catch next tram. Di hadapan tram station, ada Albert Heinj, so aku singgah nak beli air and chocolate. Bagi aku, barang-barang dorang ni murah especially fresh items cam fruits and vegetables. Menangis eh kalau aku duk sini, hari-hari mesti singgah. Duit cam tak luak-luak pun. Bukanlah nak cakap bawak beribu euro. But kalau fruits pun harga 1.99 EURO, chocolate 1.25 EURO, memang aku bawak 10 EURO pun, still boleh pakai trolley. Ha itulah bezanya negara kite dan negara Eropah. Bukanlah nak compare beriya, but itu yang aku rasa gap paling jelas antara negara maju dan negara kemajuan. Thanks!



My favorite! Murah sajok – 2.98 EURO



Yuk teruskan perjalanan


Tram sampai dan terus membawa kami ke station Rijksmuseum yang memang femes gitu. Time turun dari tram, jelas nampak kemeriahan di sini. Penuh dengan geng-geng tour segala. Kami pun jejalan terus ke iAmsterdam itu. Memang sorang satu dah chop huruf mana dorang nak. Aku amik je gambar. Nak dapat kau sorang je kat situ, kene tunggu subuh pagi kot. Sebab orang memang ramai kan. Macam-macam posing pun hado. Takpela, yang penting masing-masing enjoy. Disebabkan dah tengahari, kami pun duduk di bangku yang ada disediakan kat area park di situ dan makan sajok chocolate yang aku beli tadi. Lepak-lepak tengok orang and terus gerak ke Central semula. Time ni, last shopping before balik semula ke apartment.


Amstel ni …. Merata ade


Tersnap basikal time die naik basikal ni. Cantik kaler basikal die


Perfect day for walking and snap snap snap

Tingkap paling unique



Nak bumbung gitu jugak

Bandar yang tak serabut 


Menuju ke Rijksmuseum

Kalau aku duduk sini, ha…inilah basikal aku


Tadaaaaa… Penggemar sejarah dan fakta menariks – Ini port anda

Kreatif ke tidak tu?
Orang belakang duk pikir strategi tau


Bike and Amsterdam building always my favorite props

Iklan – mamat tu macam Remy tak?


Halal Food yang aku jumpa kat Damrak


To Red Light District


View from one restaurant


Wahhhh waffle die. Dayummm!


Terang-terangan

Take note – HEMA in Damrak

Lepak cafe HEMA sat. Saja buat port tulis postcard


Waktu dalam tram, aku dapat SMS dari tuan rumah tanya bile nak check out? Sebab die kata aku kene check out patutnya pukul 1pm. Nasib baik time tu memang terdetik nak balik awal. So aku pun reply cakap on the way. Bila sampai sajok di apartment, die pun tengah mengemas sebab ade guest yang akan masuk petang tu. Kami tak berborak sangat sebab die memang kurang berbahasa Inggeris. Lepas dah cakap bye bye, aku pun keluar dari pintu rumah die and die terus slam door. OMG, rude-nya kau. Awas ye review kau di AirBnb. Ha gitcheww!


Kami teruskan perjalanan dengan menaiki tram ke Central. Next destination kami adalah ke Prague. Train yang akan membawa kami ke Prague akan tiba pada pukul 4.38pm. Journey pada hari tersebut ialah Amsterdam Centraal – Oberhausen HBF – Prague Hlavni. Sementara menunggu train, kami lepak dulu dalam station sebab kalau tunggu kat platform, kejung lah kiteorang. Memang sejuk. So, lepak duduk kat bawah tu sambil duk tengok kemeriahan Amsterdam. Macam-macam ragam. Aku rasa ramai yang buat bachelor party bagai kat Amsterdam. Sebab ada sesetengah geng lelaki yang akan pakai wedding dress. Memang kelakar aku duk tengok perangai dorang. But fun lah!


Bila jam dah menunjukkan pukul 4pm, kami terus naik ke atas dan tunggu train. Train akan tiba awal dan kami cepat-cepat naik dan cari seat yang tiada reservation. Duduk senyap-senyap sambil lelapkan mata. Around 6++ pm, kami siap-siap turunkan semua bag untuk get ready turun di station Oberhausen HBF. Satu benda penting, korang janganlah lambat-lambat nak turun tu, sometimes train akan blah je. And kalau korang duduk jauh pulak dengan pintu keluar, mau nangis if tak sempat. Anyway, better get ready siap-siap okay.


Here we go


Before turun, siap-siap bawak baggage dah


Train laju sangat. Gambar terus gegar


Tips : Untuk tiket dari Amsterdam ke Praha ini, aku beli di website berikut – http://www.bahn.com/i/view/GBR/en/about/booking-timetable.shtml . Dan kalau boleh korang refer kat website – http://www.seat61.com/ . Website ni paling banyak info berguna untuk travel by train. In  case, ada yang nak ikut route ni, for the tickets, aku beli asing-asing tau. From Amsterdam Centraal – Oberhausen HBF (1 transaction) then baru beli Oberhausen HBF – Praha 
(1 transaction)

Bila keluar dari train tu, rasa cam….Alahai, sampai jugak di German. Yelah, Oberhausen ni terletak dalam negara German. So, start dari sini, dah boleh keluarkan bahasa German yang aku belajar time zaman baru nak up dulu. Nervous tau hahah! Feeling je. But, bila sampai di station tu, satu feeling yang kau macam nak dengar je dorang cakap. Tapi takkanlah nak dengar sambil duk pacak kat station je kan. Next train to Prague adalah pada pukul 9pm. Apa-apa pun, kami kene jugak carik tempat untuk lepak.


Mujurlah kat station tu, ada Mc’Donalds siap pakej dengan wifi sekali. So, aku pun apa lagi, ajak geng jemaah lepak dalam tu sambil makan fries. Kat situ jugak ada beberapa kedai yang korang boleh beli belah. Memang murah compared to tempat lain. Nak beli body wash pun palin murah. Untuk aku? Aku terus duk carik postcard and elok pulak machine jual stamp pun ade kat situ. Apa lagi…. Kirim postcard la. Anyway, orang-orang kat sini sangat friendly. Even tho dorang krik krik English, tetapi dorang kalau nak tolong kau, sanggup berhenti jap buat keje semata nak tolong.’


Terus ada rasa nak explore German tau. Bayangkanlah, bila aku tanya pasal stamp, 2-3 orang ligat duk bawak aku pergi machine tu. Siap offer nak amikkan gambar. Even staff McD dorang pun, sangat baik. Muda atau tua sama je. No prejudice gitu. Oh German, one day kite jumpa lagi, I promise akan explore negara uols herlok-herlok okay. One fine day. For sure.


Yuhuuuuuu! German


Menu in Deustch


Layan je lah


Stamp machine. Masuk duit and terus die printkan stamp untuk uols. Harus ingat, kalau ada balance die bagi dalam bentuk stamp jugak ye


My postcard

Online ticket kami disertakan dengan barcode. So train attendant akan scan sajok. Harus diingatkan dorang akan mintak credit card jugak ye. So kalau dah beli tiket dengan credit card tu, please bring along. Dorang memang akan buat verifications.

Bila jam dah pukul 8.30pm, kami siap-siap tunggu kat platform menunggu di tingkat atas. Biarlah aku tunggu train dari train terlepas bagai. Itu harus dielakkan okay. Anyway, untuk malam ni, kami naik City Night line dan akan tido dalam train buat pertama kali dalam hidup. Wah wah wah. Excited okay. Even nampak macam tak selesa, tapi aku sukeeeee! Bagi aku, inilah part yang paling bersyukur sebab experience gini, even boleh je dapat kat memana, but for first timer, aku cam still ingat moment pergi gosok gigi, salin baju tido and panjat katil 3 tingkat dalam train. Lena sungguh aku tido malam tu.

And yang membuatkan aku rasa best gile bile aku dapat cakap – Good night in German, good morning in Prague. Hado? Ala, bukan selalu kan camtu. Sometimes nak jugak. Anyway, untuk tiket ni, memang aku dah siap-siap beli in advance from Malaysia. And aku memang saja plan tido dalam train sebab nak saving duit untuk accomodation. Lagipon, bukan selalu buat gini. Tak silap aku, tiket ni berharga 79 EURO. But okaylah untuk satu malam kan?



Dah confirm gerabak kami, baru naik tapi tetap dalam keadaan pantas


Hello roomie!


Ajet-ajet mengantuk

Tips : Please check atau baca info pada pintu train (nombor train, gerabak nye code) sebab kekadang train yang sama platform, tapi gerabak diorang lain-lain destination. Macam malam tu, gerabak depan pergi Poland, yang belakang pergi Prague. Jangan salah naik ye uols. Mesti tanya orang and always double check even macamane sekali pun. Ingat tiket bukan murah. Semuanya harus darab berganda.

Aku dan geng jemaah berkongsi 6 berth bersama dengan seorang mak dan anak yang sangat behave. Ada time aku dah tido, Kak Mah cakap bila orang buat bising kat gerabak sebelah, die pergi sound sambil duk cakap anak die nak tido tau. Bagusnya. Kebajikan kami dalam train terpelihara gitchewww! Patutlah nyenyak semacam time tido. Ahaksss. Even 6 berth ni agak sempit tapi bagi aku inilah beauty of travel. Lagipon, apa salahnya bersempit-sempit di dunia kan?

2 thoughts to “Euro Trip : Amsterdam Part 4”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *