Euro Trip – Prague to Salzburg Part 6

Selamat pagi dari Prague. Gitchewww! Time hari kedua di Prague, cuaca tak begitu awesome sangat. Hanya hujan sahaja yang mengiringi perjalanan kami. Pagi tu, cuaca sangat sejuk. Kami takde map. So, keluar sajok dari rumah, feeling carik castle and then kalau tak tahu tanya saja orang. Jauh jugak kami jalan pagi tu semata untuk carik castle yang boleh tengok view dari atas bukit. Sempat jugak before aku keluar dari rumah, Google-google apa yang patut. Wifi pulak laju, so apa lagi. Lepas Google, kiteorang terus keluar rumah. Tema – Redah sajok!

View pagi di Prague


Cafe pun belum bukak lagi time kami terjah pekan Prague ini


Kat mana-mana pun semuanya ada interior cantik gini


Yuk kite menongkak langit


Pintu ni palin grand. Kalau letak kat rumah, memang aku tido kat pintu pun takpe


In case, korang carik Vegetarian restaurant


Yeah itu dia kedai yang kite carik


Korang tengok lah bandar die, macam dalam filem kan?


Untuk pengetahuan korang, dessert paling sedap and must try kat Prague ni ialah roti diorang golek dengan almond, cinnamon and brown sugar. Harga around 60Kc. Kiteorang beli 1 sebab nak rasa. Size roti die besar giler. Sebenarnya aku ada Google pasal ingredients benda alah ni before aku decide nak beli. Aku tengok cara dorang buat pun, wow…Melazatkan uols.


Kami jalan-jalan town die buat kali terakhir dan sempat jugak aku kirim postcard, beli souvenirs and tukar duit dekat satu kedai on the way nak ke subway station. Kedai die ada signboard No Commission. Owner kedai orang Turkey. Die paling excited bila tahu kiteorang orang Malaysia. Siap tanya macam-macam pasal Malaysia. Apa tempat yang best ada kat Malaysia. Selaku duta pelancongan tidak berhemah, kite harus ye promote and bagitahu in detail semua tempat yang aku boleh ingat. Selalunya aku mulakan dengan ayat gini : Malaysia, bumi bertuah, kepelbagaian ekonomi…. Okay tipu je 🙂


Trdelnik satu bang!


Kemanakah kite semua?


Diambil dari atas

Tangga ni palin susah nak tunggu orang takde #achievementunlocked


Jom berjalan untuk lihat castle di atas


Rooftop di area castle yang boleh lihat sekitar bandar Prague


Lagi dan lagi


Tower ni macam Eiffel Tower celops


Pagi tu cuaca agak wet wet gitu


Bagi aku Prague nye view memang awesome


Jom kite survey-survey apa yang ada kat castle atas tu


Starbucks die rooftop kawwww


Ha ini view nye


Sekitar castle tadi

Bila ada dorang ni, ianya seakan-akan memberikan mood-mood Europe tu. Tak caya, kalau korang datang, tunggu je bila muzik dimainkan…Aduhai, cair tau


Tugu mereka


Bila aku perhatikan 


Inilah die dessert yang ku seru-seru itu.


Ha orang Malaysia palin suka tempat cenggini


Kalau semalam, takde lagi customer. This time, sudah ade tau


Kedai buku yang alahai, rasa nak rempuh masuk sajok


Bar


Kite beli setem dulu. First time aku beli setem besar cenggini


Kami pulang semula ke rumah tempat kami menginap untuk mengemas barang-barang sebelum kami check out. Petang ni kami akan naik train dari Praha main station terus ke Salzburg HBF. Train akan bertolak pada jam 3.33pm. So, kami perlu check out around pukul 1.30pm. Al-maklumlah, bag nak kene seret segala bukan makin ringan, tapi makin berat pulak rasanya. Untuk kali nie, kami dah try kurangkan number of bags yang ado, in case nak lari-lari kejar train nanti senang uols. Dan itu adalah benda paling bagus yang kiteorang buat. Yeehaaaa!


Bila kami tiba di Praha main station, kami terus cari information pasal Salzburg train tapi tak kelihatan pulak apa-apa info pasal train tersebut. So, kami tunggu jelah kat situ. Aku dan yang lain rehat-rehat sambil tengok gelagat orang Prague nie. Macam-macam uols. Macamtulah agaknya dorang ni tengok kiteorang kan. Agak lama jugak kami tunggu sampailah bila kat board tu, dah keluar info pasal number train, tapi tak pulak keluar platform berapa. Adoi. Suka compilcated kan diri kan?


Beberapa minit lagi nak naik train, tapi info non hado


Kedai cikpora ade di mana-mana nampaknya


Disebabkan takut terlepas train, aku buat acara jalan laju-laju pergi ke kaunter information kat bawah untuk tanyakan info pasal train kami. Bila dah tanya, die cakap kejap lagi nombor platform akan keluar. Apa yang aku perasan pasal train kat sini, dorang akan tunggu depan information board tu and then dalam masa 10-15 minit dorang akan berlari menuju ke platform keretapi. No wonder lah, tak keluar awal-awal tau. So, bila keluar je number platform, aku pun ikut jugak berlari terus ke platform yang diberitahu. Phewwww! Capek bangat.


Tips : Untuk tiket dari Prague to Salzburg HBF, aku beli siap-siap dari Malaysia. Saje malas nak pikir-pikir nanti. Korang boleh je beli walk in gitu. But belilah at least 1 day in advance. For ticket website, please visit – https://www.cd.cz/eshop/ . Semua urusniaga adalah dalam matawang Czech Republic.


Harga tiket untuk per person – 2010Kr

Okay-okay, ni nak citer bab palin penting sekali ye. Ha BM aku…Nangis cikgu BM baca ye…Ahakss! Anyway, train tu, korang boleh je duduk kalau takde reservation. Kami pilih yang paling dekat dengan pintu keluar. Sebab senang nanti nak keluar masuk bagai. Kami duduk dengan sorang student Prague. Die borak-borak dengan kiteorang and route die lebih kurang sama dengan kami. Cuma die akan turun kat Linz HBF. Manakala, kami pulak akan ke Salzburg HBF, cuma kami perlu tukar train di Linz HBF sebelum terus direct ke Salzburg. Tema-nyew ialah setiap transit stop kami hampir sama sajok.

When talked about tukar train ni, bila aku ingat balik, memang aku nak nangis ye. Dari Praha tu, kami akan turun di Ceske Budejovice. Bila tengok balik tiket, memang takde platform number and paling cedeh bila time allocation untuk tukar platform tu adalah 5 minit. Korang kene tahu, 5 minit dorang ni umpama 5 saat saja tau. Sangat-sangat kejap! Nasiblah bila turun, minah Prague tu, die turun cepat-cepat and bagitahu platform yang mana segala. Die pon duk berlari jugak tau. Sambil tu, die pandang-pandang kami. Memang kabut giler keadaan time tu. Duk kejar-kejar train cam tak cukup langkah pun ade. Nasiblah sempat naik. Tak sempat nak betulkan bag, train dah jalan menuju ke Linz HBF. Hampeh betul!


Perjalanan bersambung lagi selama 2 jam. Time tu, permandangan memang dah marvelous gile. Mungkin dah masuk negara Austria. Rumput menghijau tu, buatkan aku geram gile nak berlari-lari sambil pakai kebaya kauuu. Pakai sari kang orang kata aku feeling Hindustan. Tapi pakai kebaya, mau berkali-kali pulak jatuh. Kain ketat uols. Ahaksss… Apa-apa pun, memang taknak tido, even dah petang pun, aku tetap tadah mata duk nak tengok view yang sangat priceless.


Train berhenti di Linz HBF, namun sebelum berhenti, kami dah siap-siap tunggu depan pintu and terus exit platform tersebut. Sambil duk exit ada jugak pandang-pandang kalau ada board yang bagitahu tentang info pasal platform number segala. But na-daaaa! transit kali ini adalah 10 minit. Time kami turun, tetiba kami lihat ada satu couple ni berlari ke arah platform nombor 5. betul-betul di depan kami. Laju giler dorang lari. Aku time tu cuak. Alaaaaa, mana pulak platform ni?


Nasib baik depan kami ada screen kecil and terus carik Salzburg HBF dan platform kami adalah sama dengan platform yang couple tadi larik. Weh macam nak sesak nafas weh. Aku dan yang lain mulakan aktiviti lari laju-laju, jerit kasi semangat sesama sendiri dan seret je bag tu dengan harapan please jangan roboh lagi wey. Bila dah nampak pekerja train tu, kiteorang jerit royan-royan, Wait wait wait. Minah tu muka paling kerek eh. Siap geleng kepala. Tapi, die tetap tunggu kiteorang. Masuk je train terus, terus jalan tau. Tak sempat nak lap peluh-peluh wanita i.


Bila mengenangkan nasib turun naik train gini, memanglah time tu korang akan rasa, sedehnya hidup. Tapi bila korang dah balik, korang akan rasa, walawehhhhh! Best gile experience gini. Kirenya, selama aku tengok movie yang portray pasal punctuality train dorang ni, buatkan aku sendiri rasa macam berlakon dalam movie tu. Sesungguhnya aku bersyukur yang tiada kecederaan berlaku time kejar train tu. 2 je tips dari aku untuk turun naik train : Tengok betul-betul transit time dorang, kalau boleh 30minit is minimum, better and 2nd tips – Please be fit before going for Euro trip. Insyallah everything will be okay.


Ceske Budejovice ke kitew?


Berada di sempadan Praha dan Austria


Indah sungguh


Kerusi train yang selesa habis


Aaaaaa…. Nak lari lari please


Teman kami yang baik membantu


Yayyy Austria!


Hazab turun naik train untuk ke Salburg HBF akhirnya berakhir bila kami tiba di main station Salzburg HBF. Woot-woot! Kami akhirnya tiba di negara yang train station die agak proper sikit. Modern look hokey. Time kami sampai tu, hari dah gelap. Penginapan untuk kat sini pulak ialah di Yoho Hostel Salzburg. Dalam duk carik location Yoho pada map yang ade, tetiba kami disapa oleh pekerja train tersebut. May I help you? Oh well, haruslah nyah. I’m more than happy kalau uols dapat tunjukkan manakah lokasi hostel kami. Ahaaaa, gitulah!


Beliau memang look happy giler dapat tunjukkan kami lokasi hostel tu. Dorang memang friendly giler tau. Even they speak ‘kecik-kecik’ saja Englishnya. But still dorang sangat friendly. Oh ya, kat sini pun, 1st language dorang ialah  Deustch. Most of signboards dorang pun dalam German lagik. Mudah untuk dipahami. And orang-orang dorang pun friendly macam orang German. Sukaaaaaaa sangat. Cik Pora sukalah attitude orang-orang yang sangat welcome kite datang ke negara mereka. Yelah, kite bukan kumpul duit semalam then terus decide nak pergi kan. Pastu bila dapat layanan camni, kite akan jatuh cinta terus pada negara mereka. Simply because of the people. Kan?


Beberapa minit berjalan, kami pun tiba di Yoho Hostel tersebut. Kami booked 4 bedrooms 1 bilik tapi rezeki kami bila 2 malam di situ hanya kami bertiga sajok yang ada dalam bilik tu. Best! Mandi sajok terus rehat-rehat feeling diva kat Salzburg sebab malas nak pikir apa dah. Peristiwa turun naik train tu memang buatkan badan ni capek bangat. Jadi, rehat itu perlu ye.


Oh katil, kau lah yang aku idamkan almost sehari

3 thoughts to “Euro Trip – Prague to Salzburg Part 6”

  1. Takde adegan kejar mengejar train/flight tak sah,tu yg buat lagi drama,sempat kejar alhamdullilah xsempat mmg menangis tepi tiang..xsbr nk pi europe jgk,kuis2 tabung =(

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *