Euro Trip – Salzburg to Hallstatt to Interlaken OST Part 7

Ramadan tiba, ramadan tiba… Alhamdulillah, sekali lagi kite bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan ini. So, rutin untuk sebulan janganlah korang ‘jamah’ mata 24/jam shopping kat bazaar ramadan, shopping raya (online or shopping mall) dan duk languk je weyyy. Kalau boleh, penuhkanlah dengan aktiviti berfaedah yang boleh meningkatkan rohani mahupun jasmani. Ha, ingatan untuk Cik Pora jugak uols! Semoga Ramadan kali ini menjadi Ramadan yang bermakna untuk semua okay!

Untuk post kali ini akan aku terbangkan anda semua ke negara yang hampir sama macam Australia. Sama as in sebutan lah. Mungkin ramai yang conpius. Tapi jangan risau, kat sini non hado kangaroo nye uols. Lagipun, aku akan janjikan yang negara ni memang menawan tertawan habis. Because of that aku akan combinekan story ni dalam 1 post sajok. At least takdelah anda semua tertunggu-tunggu dan nampak macam ‘potong’ je kan if asing-asingkan. Ahakssss… Takdelah aku ching je. Sebenarnya aku saja nak mudahkan korang untuk refer nanti. Semua tempat yang aku pergi, aku akan cuba listdownkan jugak hokey, enjoy!


Sepanjang berada di Salzburg, kami hanya menginap di satu hostel sahaja iaitu Yoho Hostel.For this trip, aku memang jadikan Salzburg tu main base kami. Better like that. Takyah nak pindah randah sangat uols. Dannnn… untuk first full day in Austria, aku akan bawakan korang ke satu perkampungan paling tua sekali di Austria iaitu Hallstatt. Korang dah ready ke nak tengok keindahan kampung yang femes dengan pemandangan kampung dan tasik ini? Ahaaaa.. Let’s do this together coz I’m in love with Hallstatt! And I miss you Hallstatt!


Untuk plan ke Hallstatt memang aku hanya peruntukkan satu hari suntuk kene berjalan explore Hallstatt. Kire cukup sahaja daytrip untuk Hallstatt ni. Lagipun public transport die memang awesome blossom sangat. So, aku rasa doable je nak buat daytrip. Tak rushing tak too long… Just nice! Untuk explore Hallstatt dalam masa sehari, adalah disarankan untuk korang bangun awal dan catch the earliest bus, so you have ample time to lepak-lepak in Hallstatt. Trust me, if weather nice, korang cam nak je lepak lelama.


Ini konsep bermalas-malasan. Tapi sebenarnya, aku suka bila sampai satu-satu tempat baru tu time malam then bila bangun pagi cam aaaaaaaaaaa…. Why oh why ini bukan rumah aku? Haa gitu ye feeling-nyewww!

Old-skool habis neyy

Sejak minat kereta, banyak pulak shot ade gambar kereta. Safura Toretto ke?

Segar bugar. Sometimes aku jeles dengan negara orang 🙁


Untuk ke Salzburg dari Hallstatt, anda perlu mengambil bus di main station (Salzburg HBF)  ke Bad Iscl dengan harga €10.40 sajok (Journey 1 hour). Dari Bad Iscl, anda akan diturunkan di station utama yang merangkumi bus dan jugak train. Lepas dah turun, pergi amik pulak train terus ke last station Hallstatt dengan harga €4.10 (one way – journey less than 20 mins). Lepas dah turun train, naik pulak ferry yang ado dengan harga €2.50 (one way – every 15 mins). Semua harga yang dinyatakan adalah per person ye. Ahaaa… Banyak jugak transport yang kite akan naik kan? Biasalah, kalau nak pergi tempat yang indah giler, journey die agak complicated sikit. 


Tips : Dont’ worry about time untuk catch bus, train, boat segala. Sebab timing dorang align with each other. So, korang tak perlu tunggu terlalu lama ataupun too tight. Semuanya okay sajok. Just take note on the time for each transport, korang plan journey sendiri. Okay?



Bandar Salzburg di waktu pagi. Di hujung sana ade snowcapped mountain. Tapi aku cam tak dapat nak close-up

Ambil bus 150 untuk ke Bad Ischl

Beratur bersama geng K-Pop

Take note on the stops

Tiket yang akan membawa kami terus ke Bad Ischl

The view sepanjang dalam bus RapidSalzburg (aching je)

Signboard diorg unik habis

Rumah diorang seketul-seketul je tau

Alam terbentang luas, hijau permandangan di Austria

Even tanah besar, rumah tetap meninggi instead of melebar

Cable car

Bus stop kat tepi bukit. Rasa-rasa?

Postbus letakkan kami kat station Bad Ischl

Beli tiket train direct to Hallstatt

Perangai : Amik gambar timetable train, senang nak refer later

Train station

Tiket train kami bertiga

Naik je train, ini ‘makanan’ kami


Hari yang kami pergi adalah sangat cerah tapi agak panas & kering. So, matahari memang terpacak sajok atas kepala tu. Sometimes carik jugak tempat untuk berteduh sebab panas dorang terlalu tegak nooo atas kepala. Mau kontang aku duk berjalan bawah mentari Austria nie. Bila tiba di Hallstatt, rata-rata yang datang ke sini, mostly Korean. Aku duk pandang kiri kanan memang sah, golongan dorang je paling ramai datang. Mungkin ada cerita Korea yang shooting kat sini kot. Mungkin sebab tu dorang cam ter-inspired dengan drama K-pop itu…But dorang ni bagus sikit, dorang buat hal sendiri sajok. Tak kacau orang pun. Dan golongan kedua yang ramai di sini ialah geng Tomyam. Sawadeeee!

Bukit dah nampak sesikit

PPRT ke ni?

Sebelah tu bukan bag baby saya. Masih single. #caruts

Bersusun kereta kasi chance train jalan

A++ View

Stop. Jom kita keluar


Bila dah sampai di Hallstatt tu, kami mulakan perjalanan di Hallstatt sambil duk enjoy pemandangan yang sangat unik. Memang cantik sungguh Hallstatt ni. Berbeza dengan tempat lain. View memang meletops cecantik tauu… Time kat sana tu, rasa nak bergambar di setiap sudut yang ado. Eventhough, Hallstatt ni tak besar mana, tapi banyak aje tempat dan attractions yang korang boleh jenguk-jenguk bagai. Yang palin best, cost untuk ke sini masih mampu milik lagi. No GST yang pasti. Ditambah pulak Orang-orang die, alahai friendly tau. Cik Pora memang melting bagai yeeeee dengan Austria ini.


Last stop. Tepi gunung-ganang

Hallstatt, here we are!

Jom menuju ke boat

Selamat datang Epok ucapkan

Jetty yang comel menghadap gunung bertopikan salji *mampu*

Yuk semakin hampir

Untuk tatapan anda semua jugak

Harga tiket boat

Aaaaaaaa… Bawah-bawah gunung tu rumah

Austria flag

Jemur towel?

Ferry boat dah tiba. Mari beratur

Aku dah naik, lihatlah queue di sana tuuuu 

Tiket kami, beli return trip terus

Senyum palin lebar di situ

View marvelous

Kita belanja satu panorama

Ferry nak bawak kami ke sana

Langir biru gunung hijau #bukanmakkauhijau

Memang tak jemu mata memandang

New Zealand sangat

Passenger lain

Comel betul

Pemandangan yang lain

What do you think?

Wake up to this view, rumah cikpong tepi tasik

Rumah bertingkek-tingkek – Itu style dorang

Markt 1 – Jetty untuk boat

Saja nak snap-snap gini

Seronok tengok penduduk Hallstatt ni, view dorang mahal habis

Moh kite geng!

Souvenirs – tempat idaman warga jemah dari Malaysia

European style

Posing ciked!

Dari zaman batu hokey

Handmade postcard – mahal

Kalau nak duduk tepi gunung, boleh daaah!

Semua dari garam 

Because it’s too cute

My favorite view

Ada persamaan dengan negara jiran yang akan saya kunjungi lepas ni

Macam rumah Melayu pun hado

Life camni…. Memang idaman aku

Bosan-bosan naik boat

Kalau tetap bosan, naik swan pulak

Jetty kayu hadap sangat gunung

Setiap beberapa meter, akan ade tangga gini, so dilarang berebut untuk posing

Bangsal orang kampong

Nak masuk salt mine? Aktiviti femes kat sana

Abang Awieeeeee

Masuk Tourist info punya office, agaknya ade ke perkataan stress dalam kehidupan dorang ni?

Jom kita ke cable car

Restaurant

Indah sekali

Kami tak masuk pun, harga tiket 19EURO. So, lepak tepi je

To the left, to the left

Jenguk sikit laman orang sebelah, nanti boleh copy paste dieorang punye style

Apron unik

Kalau turun dengan rail gitu, mau kecut segala perut

Kayu api

Di tepian tasik

Always my favorite jetty

Ber ‘lalalala’ di Hallstatt

Ferry dah tunggu kah?


We went back to Salzburg around 4pm. Time tunggu train di Hallstatt, kami disapa oleh seorang auntie Malaysia yang sangka kami orang Indonesia (sekali lagi persis Bunga Citra kot). Sometimes aku rasa macam orang Malaysia ni tak suke travel ke sampai susah sangat nak cakap orang Malaysia kah? Ahaaa… Giteww luahan anak Malaya yang rasa cam nak tampal flag Malaysia kat setiap baju yang aku pakai macam lencana sekolah. Boleh ke? 



You treat us good Hallstatt

Postcard shot

Bye bye beautiful Hallstatt

Apa-apa pun back to story, auntie tu die travel gi London sesorang dan jumpa dengan kawan baik die yang dah migrate kat London selama 15 tahun. Anak kawan die baru berapa tahun keje dah ada 2 rumah kat Malaysia. Umur 26 tahun. Profession kat London, potong bawang gaji 1600 POUND. Pakai kereta mahal sebab murah sangat. Dan paling best, kos hidup kat sana murah gile. So, tak luak pun gaji bawang die tu. Kalau setakat syampoo baru 2POUND, kau rasa?

Terus auntie tu kate, our country is difficult. Syampoo also RM30 sudah. Silap-silap yang ade masalah rambut kejung bagai, mau beratus duit syampoo. Gaji krik-krik. Dan kalau korang rasa gaji korang tak cukup, masih ada lagi anak Malaysia tulen yang bergaji RM1100 siap ada anak sorang. Bila aku dengar cerita makcik ini, aku rasa ade betul jugak yang die ni cakap. Beras pun dah berapa wey. Barang-barang nak hidup bila ditambah GST, cedeh. RM1100 tu, kalau pikir balik seminggu tak sampai. 


Die jugak cakap, ramai orang Malaysia dah migrate ke London. Sebab kos hidup terlalu tinggi dan takkan pernah turun di negara sendiri. Aku tekop muka! Memang apa die cakap tu, betul sangat-sangat. Aku rasa apa yang dia rasa. Bukanlah cakap tak bersyukur, tapi bila aku compare dengan European country, bayangkan barang dorang semua murah. 20 Euro tu macam-macam kau boleh beli siap penuh bag bagai tau. Kalau di negara sendiri, beras pun takleh dapat RM20. Walaopun, Malaysia kaya dengan kepelbagaian ekologi dan biologi… Aku dah rasa apa yang auntie ni bincangkan dan aku rasa macam sayang sangat nak berbelanja kat negara sendiri. Terasa macam negara Europe tu, even mahal dari segi mata wang, but if I compare Apple to Apple, I would rather spend more in Europe. 


Selepas berbahas pembentangan Budget 2016, kami pun bersurai di bandar Salzburg. Sempat jugak kenal-kenal dengan kawan die yang dah bermastautin di London tu. Memang inspired aku untuk jadi macam kawan die. Siapa tahu boleh bukak restoran kat sana ke kan. Jual lauk pauk orang Malaysia – Restoran Ayam Dara Cik Pora. Kau mampu? Tapi kalau nak translate dalam bahasa London, nangislah mat salleh sana baca. Silap-silap beratur ingat aku jual mendeee… 



Dalam train heading to Bad Ischl

Petang tu, kami sampai sajok di Salzburg, terus balik hostel, siap-siap dinner and terus bersiap untuk tido. Awal kan? Biasalah, simpan ciked tenaga yang ada sebab next day kami di Austria, duklah berjalan keliling bandar Austria. Kami hanya jalan kaki sajok. In case nak naik public transport kan, korang boleh beli day pass dengan harga 25UERO. But, for us semuanya in walking distance sajok dari hostel. So, kami berjalan kaki sajok. Ke mana saja. Cuma pagi itu, cuaca mungkin tidak menyebelahi kami. Hujan rintis-rintis dan nasiblah ada payung yang boleh kami pinjam dari hostel.

Tips : Kalau di Yoho Hostel, kene check out awal pukul 10am, so kami siap-siap check out and letak barang kat locker bagai. 1EURO untuk bag kecik, 2 EURO untuk bag gajah kami. 


Time jalan kat bandar Salzburg tu, banyak jugak tempat yang kami cover even hujan macamtu. Redah sajok temanya. Hujan memang tak berhenti-henti. Sampaikan aku rasa macam nak demam. Ha, cepat ke tidak effect hujan di Salzburg? Memang terus rasa nak demam tau. Tekak pun dah start krik-krik. So, aku cepat-cepat carik Apotek (pharmacy) untuk beli apa-apa yang patut. Disebabkan tak paham satu apa pun kecuali vitamin, aku beli Vitamin C versi rendam sajok. Then minum. Harga – 0.89EURO umpama macam kau beli cikedi 89 sen kat Malaysia. Kau rasa?


Dan alhamdulillah, tekak aku bertambah pulih. Disebabkan aku jadi testimoni berjaya, terus pakat-pakat carik benda alah ni kat train station. Tapi, harga mahal sikit dan berharap di Swiss akan jadi murah. Akan tetapi, Swiss adalah negara yang persis Malaysia, barang-barang semua mahal. So, memang nyesal gak tak beli banyak kat Salzburg. In case korang pergi sana, belilah vitamin nie. Elok uols. Aku borong kat Ljubljana banyak giler. Buat geng jemah yang tak dapat memborong katanyaaaa…


Mirabell Garden

Hujan yang turun di pagi hari

Keukenhof PERCUMA di Salzburg #caruts

Best for photoshoot

Taman bunga

Die je berani posing gini sambil vogel

Jangan ingat ade kat Paris sajok, merata tempat ado

Dalam hujan, yang tetappp!

Payung tak cukup sebab ada satu je, so Kak Mah pakai map

Yang guna kunci beskal tu, doakan cinta korang paling agung sekalllll

Salzburg, bandar dia macam photoshoot studio

Bangunan lama

Market dorang

Rumah Mozart – sempat jugak tengok tengok, Tapi tu lah dalam hujan, memang agak limited sikit pergerakan ke sana ke mari


Nak masuk, sila bayar

Kosong kan? Sebab semua duk berteduh sebelah aku hahaha

Restaurant pun ade gaya

Ini perkara wajib

Kami collect baggages segala dan terus berjalan menuju ke Salzburg HBF train station awal 2 jam. Memang dari semalam lagi duk perasan ade pengumuman tentang strike di German, adalah sangat kacau sebenarnnya if ade strike ni, sbb die akan effect korang punya jadual public transport tau. Akan tetapi, takde pulak nak kesah beriya pasal strike nie. Ingatkan takdelah impact train kami sampailah ade tulis pasal Munchen. Terus buatkan aku cam terpikir yang kami akan berhenti di Munchen sebelum terus ke Zurich. So, baiklah aku sahkan kegusaran yang melanda ini. 

Memang tidah sahih lagi yang train kami juga affected apabila aku terus bertanya di kaunter DB Bahn.  Memang konsep kat Europe ni, paling rajin bertanya dibandingkan kalau aku kat negara sendiri. Tak kire lah dalam apa situasi apa sekalipun. Dan bila aku tanya, memang betul sekali sangkaan aku. Nasiblah kami tiba awal, so arrangement tu mudah sikit. Syukur.




Bye bye Salzburg

Susun bag herlok-herlok



Disebabkan tiada direct train from Munchen to Zurich so terpaksalah kami naik local train dari Munchen to Lindau to Bregenz. Kalau korang nak tengok route kami yang baru adalah seperti berikut :

Salzburg – Munchen HBF – Lindau HBF – Bregenz – Zurich HB – Bern – Interlaken OST


Total journey : 10 hours ++


Journey asal kami patutnya hanya 8 hours sajok. Tapi, kalau ikutkan, kami takde lah rushing ke apa ke kan. Cuma, nasib baik aku jenis aware dengan segala announcement, kalau jenis busy duk nak carik fridge magnet bagai, memang takkan ade orang pun nak bagitahu pasal benda tu. Sadis kan? Itulah realiti di sini. Korang kene alert dengan semua benda. Takdenya geng-geng Mak Jemah nak tolong sampaikan kat korang. Percayalah. 


Rasa bersyukur sangat yang train memang ade. Cuma journey jauh sikit. So bergeraklah kami cepat-cepat meninggalkan Salzburg dan menuju pula ke Munchen. Dari Munchen kami naik train lama untuk ke Lindau kau. Lindau ni memang cantik sangat. Baru aku tahu yang German sebenarnya ada banyak tempat menarik persis Austria jugak. So, kalau aku diberi peluang, aku memang nak sangat buat backpacking ke German. Who knows? Lagi cheaper kan.


Yeahhhh! Kami dah sampai


Train di Munchen HBF


Platform 27 yuk

Rumah dorang kerdil-kerdil

Seat dorang cenggini, so cepat-cepat chop yang takde orang, boleh bikin macam kite yang punya

Remind me of jalan nak ke Paradise yang tak kesampaian sewaktu kat New Zealand itu

Dah sampai Lindau

Apabila sampai di Bregenz, view die lagi awesome sebab die menghadap tasik ye. Memang cantik jugak. Kami turun di sini untuk amik train ke Zurich. Transit time agak lama, around 20 minutes. Satu nak habaq mai sikit, if korang nak book tiket tu, super please tengok transit time die, bagi aku kalau transit more than  30 minutes tu adalah time palin terbaik untuk korang lenggang kangkung versi orang Jepun. 

Berkali-kali duk tanya mamat keje kat Lindau tu, betul ke nak gi Bregenz ni?


Ini kalau nak jalan bersepah sini sana, duk coverina lagi, lupakan sajok. Memang payah. Semua number platform memang dah tertulis dalam kertas tiket. Siap aku double check dengan orang DB Bahn dan katanya semua ikut sajok. Namun, tak semua manusia sempurna kawwwwww!  Itulah yang berlaku di German nak ke Zurich, train dah tunggu lama. Tapi kiteorang hanya berpandukan pada tiket kami sajok. Tak sangka, tiket pun boleh salah hokey. So, siapa yang perlu anda sandarkan kepercayaan itu? Dan backpacking in Europe ni bukanlah seindah yang korang dari kecil idamkan. Tell you the truth. 


Kami tiba di Bregenz tu dan berhenti betul-betul di platform yang kami kene amik train untuk ke Zurich. Kirenya, tunggu sajok train kat platform yang sama. Dapatlah relax-relax sikit. Yang dapat kami lihat, hanya satu train berwarna merah di platform number 2 sahaja yang ada di sekitar train station tersebut. Mungkin train tu tunggu passengers la kan. So, kami relax-relax duduk sambil gelak-gelak duk tunggu train. Sempat jugak recall previous experience naik train lari-lari bagai. Memang lawak sakan lah duk nonong borak beriya. Sambil tu terdengar jugak few announcement dalam bahasa German dan ade sebut Zurich banyak kali. Mungkin nak bagitau train is approaching kot. Tapi non muncul jugak.


Jam dah menunjukkan pukul 9.00pm. Train nak jalan pukul 9.06pm. Tak jugak muncul-muncul. Dalam duk pikir tu, tengok jam dah 9.05pm. Haih mana ni? Disebabkan jantung dup dap dup dap, kami tanya orang sebelah yang duduk lepak tu. Die cakap yang rasanya train ke Zurich bukan kat platform ni tau. Kat platform lain. Maybe number 2. OMG OMG OMG! Time tu terus berdesup aku ajak geng jemah aku duk pergi tinjau kat paltform sebelah sana tu. Naiklah kami tangga untuk carik LCD board pasal platform train.


Memang sah, train tu kat platform number 2. Rasa nak nangis eh. Elok pulak escalator tengah renovate, so terpaksa turun tangga jenis bersilang buat bulatan. Dalam duk lari cepat-cepat tu, aku terus terpikir, sepanjang kat Europe turun naik train bus segala, nilah first time aku jumpe tangga berpusing gini. Kot ye pun, janganlah berpusing kat sini. Ujian sangat. Nasiblah Kak Mah tu, die ubah pikiran last minute untuk bawak 1 bagpack sajok. While aku dan kakak aku bawak luggage. So, bersepah masing-masing duk lari sakan semata nak kejar train yang aku rasa less than 30 seconds akan bergerak.


Aku memang bersyukur dapat kawan suara acik acik PPRT riuh habis, memang menjerit lah Kak Mah, wait wait wait, is this train going to zurich? Ya ya… Jawab pakcik baik hati penjaga wisel dengan suit smart beliau. Terus Kak Mah tune cakap melayu translate balik bagi semangat untuk pelari kedua iaitu aku – Safura, pembawa luggage dan bag 50l yang dengan harapan dapat jugak naik train tu. Masa tu, hanya muka Kak Mah and pakcik wisel tu je yang ada kat situ untuk memberi semangat kepada aku yang sedang berlari berserta dengan kata-kata semangat “Hurry Up”!


Aku memang guna kuasa kuda teruk dah, nasib laju jugak aku berlari. Dapat je paut kat pintu train, barulah aku pandang belakang pulak untuk bagi semangat kepada pelari Tempat ketiga yang sedang gigih berlari bersama peti ais lagi berat dari kiteorang. So, bila giliran die pulak untuk masuk ke dalam train, terus die lepaskan penat lelah itu sampai terlupa yang pakcik wisel adalah orang keempat yang masuk dalam train. Ingat bertiga aje? Ahhaha! Terus kene sound baru lah masuk ke dalam train memasing. Carik tempat and then ade pulak pekerja die yg duk gelak kan kiteorang. Kuang asam betul tau… Aku memang gelak je lah balik, konsep gelak itik dan ayam.


Perjalanan ke Zurich mengambil masa dalam sejam. So nanti dlm train diorang akan buat announcement yg korang dah masuk negara Switzerland bagai. Time tu, korang macam aaaaaaa…. Excited habis tau Cik Pora. Rasa nak jerit tapi Tuhan sahaja yang tahu betapa penat giler berlari tadi. Ahaaa… Train akan berhenti di beberapa stop sebelum ke Interlaken OST. Sempat jugak tinjau bapa kerat je orang yg turun kat Interlaken middle of the night ni. Memang sikit gile tau. Siap Kak Mah tanya, betul ke Interlaken Ost ni? Ke Interlaken West. Ha mulalah ‘was was’ tu wujud. Tapi ni dah last train tau. Takkan nak tido pulak tepi train station. Taknak please!


Apa apa pun, disebabkan kami sampai lewat malam camni (1pagi), aku memang dah siap siap book hostel di Interlaken yang betul-betul terletak tepi train. Untuk late check in, memang tiada reception langsung. So, semuanya berpandukan pada instructions dalam email yang die bagi termasuklah password main entrance. Bila kami masuk je dan terus ke meja reception, meamng ade sampul bersama dengan kunci, akan tetapi sampul itu bukan nama aku tauu.. Nama Pung mana entah yang ade and memang paling choy bile hanya sampul itu sahaja yang ade atas meja.


Penat gak carik tapi memang takde, takkan nak geledah satu reception semata nk carik kunci kami kan. Elok pulak time aku tengok kat sampul tu, die tulis Swiss Hostel which aku rasa cam salah je ni. Even time kmi masuk tadi, ade korean tentah isap rokok and die cakap inilah youth hostel tu and bila aku masukkan password memang betul tau. Errrr cuma kunci bukan nama aku. And camane ni? Cam bukan hostel yang aku book je.


Dalam duk pikir tu, aku ajak geng geng jemah keluar dari hostel and seret lah kami bag meredah kegelapan and kesejukkan malam menuju jauh sikit dengan doa supaya ade lah at least ada sorang manusia bersidai tepi jalan. Di Interlaken ni, memang susah jugak nak tengok orang duk lepak tengah tengah malam. Memang sunyi sepi habis woooo… Tapi doa kami seakan dimakbulkan bila ade seorang security di satu bar duduk main handphone kat luar and inilah peluang terakhir untuk tanya manalah sebenarnya lokasi sebenar hostel kami.


Nasiblah english education die ni not bad, mudah untuk kami paham jugaklah. Die terus tengok gambar pada kertas booking.com and bagitahu yang hostel kami masuk tadi adalah hostel kami. Kalau tak caya, cuba compare gambar dalam kertas and in real (even dah lewat malam, bolehlah nampak persamaan tu). Kami ucapkan terima kasih pada abang guard tadi and terus berpatah balik masuk semula ke dalam hostel tersebut.


Kali nie semua dah blur, tapi aku nekad walau camne pun ini malam aku taknak tido kat sofa lobby tau. Sekali lagi aku ke reception area and ku belek nama yang tertulis pada sampul itu. Memang nama die Pung Tai…. apa jadah entah. Mungkin reception nie nak main acah-acah bagi nama baru kat kiteorang kot. Mungkin jugak die nak bagi nama Swiss kat kami. Mungkin die tahu kot yang kami adalah Ultimate Cik Pung yang berjaya redah sunyi gelap Interlaken, so die bagi la aku nama Pung Tai Pora kan….


And because of that, aku amik je kad tu, terus naik ke bilik kami and bukak bukak je, memang bilik untuk 4 orang yang kami tempah. Kemas lagi ni. Siap dengan ensuite bathroom bagai. Mungkin ni hotel baru kot, tu yang meriah sakan cantik bilik ni. Jam pun dah menunjukkan pukul 1.40pagi, memang siap siap, charge apa yang patut dan terus tido woi. Penat gile hariini duk main turun naik train. Syukurlah Tuhan berikan keupayaan untuk bertahan dengan keadaan yang memenatkan camni.



7 thoughts to “Euro Trip – Salzburg to Hallstatt to Interlaken OST Part 7”

  1. Baca cerita kali ni asyik berdebar ajer…hehehe. Welll, i really enjoy reading your stories… Boleh la nanti nak plan trip camni jugak.. Tp…kena cuti sebulan tuu…huhuhu. InsyaAllah…pasang niat awal-awal…semua boleh jadi..:) 🙂

  2. Bab spend duit beli brg asas tu mmg betullll sgt. Negara maju tp brg asas sgt murah. Just imagine beli satu tshirt ni.. kt aussie aud5 je.. skali kt klcc jual rm75. Choiiii sgt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *