Budget Euro Trip (Part 11) – Venice & Burano

Nampaknya ramai yang sudah ‘PM sis’ untuk budget aku ke Europe. Hehehe! Okay-okay, aku memang dalam proses menghabiskan jugak cerita pasal Europe ni dan lepas je aku settle semua stori, aku promise akan tepek jugak budget aku. Ahaa.. bukanlah taknak tepek sekarang, cuma kalau boleh aku taknak campuq adukkan entry pasal budget dengan stori-stori aku. Nanti mudah untuk anda semua refer bila dah sampai masa untuk ke Europe one day. Mana tahu, rezeki dan peluang anda pulak untuk ke Europe bersama Tawakal Travel and Tours Cik Pora. Kau hado gitu? Doakan mana tahu ade rezeki aku bukak budget travel tour. Boleh kite travel sesama kan kan kan… Baiklah, jom kite sambung cerita di Italy jom. 

Untuk hari kedua di Venezia, kami bangun awal dan aku siapkan breakfast before kami keluar. Sempat jugak ade breakfast session bersama roomie kami dari Austria. Nama je orang Austria tapi wajah die saling tak tumpah macam orang Melayu. Time die masuk dalam bilik kami, nak je tegur die. Orang Malaysia ke? Nasib tak tanya tau. Bila disoal siasat background keluarga beliau, rupanya die ni anak Pinoy uols. Mak bapak die dah migrate ke Austria puloh-puloh tahun yang lalu. Keles kau jah. Pindah takde dekat-dekat. Terus langkau jauh kan. But, pandai lah parent die, pindah tempat yang indah gitewww.



Bila di Italy, concept breakfast pun harus sama juga

Lepas dah sakan minum pagi, kami pun bersiap-siap dan keluar menuju ke station Fondamenta Nuove dan terus ke Burano menaiki waterbus bernombor 12. Ahaaaa… Ini hari kite keluar sikit dari Venice dan jenguk-jenguk pulau yang berhampiran pulak. Dan kenapa aku choose Burano? Bila first time aku nampak rumah color-color, terus aku carik and research kaw-kaw pasal tempat ni. And once dapat tahu yang ianya terletak area Venice je, terus allocate one more day untuk discover this place. Woot-woot, I made excellent decision! Hew hew… 

Since dah sepakat membawa berkat nak jugak ke Burano, kami beli pass sehari yang berharga €20 untuk jalan- jalan sampai lebam cover semua tempat yang mampu.  Cuaca time kami pergi sama macam cuaca di Malaysia and hari memang cerah, no hujan hujan. So, memang seronoklah berjalan di sekitar Burano ni dengan cuaca gitu. Cuma bila dah tengahari tu, panas die memang kaw-kaw tau. Mulalah time tu aku duk carik tempat berteduh untuk elakkan dari terkena sunburn. Harus diingatkan Burano adalah sejenis island ye. Sunburn itu tidak mustahil. So, before datang tu, please check weather. Kalau yang memang datang kene time summer, uishhh gigihlah ber-becak-becak. 


Tips : Untuk ke Burano dari hostel kami, kene berjalan menuju ke waterbus Fondamenta Nuove dan take waterbus platform 12 terus ke Burano. Jangan duk confuse dengan Murano tau. Boleh jugak if nak turun situ, korang memang boleh explore Murano, Burano and Torcello. Aku hanya pergi Burano je. Once beli tiket, please validate dulu before masuk kat platform okay. Kalau tak, kene bayar denda.

Bonjorno from Venezia!


To the station


Sunyi je pagi in Venezia


Abang Gondol pun tak bangun lagi nie

Kite beli tiket dulu


Day pass


Vaporetta is approaching


Duduk diam-diam

Dari tingkap waterbus


In case nak singgah


Teruskan lagi perjalanan


Jambatan Tamparuli kah?


Burano sudah


Cuaca cerah benoo


Journey dari station Fondamenta Nuove ke Burano  amik masa less than 1 hour. Bila sampai tu, korang terus lah berjalan ke dalam kawasan perumahan dorang yang berwarna-warni. Memang unik dan berseri-seri tempat nie. Untuk pengetahuan korang, time kami sampai tu, suasana die sangat peace. Tak crowded macam Venice. Mostly yang lepak area lorong-lorong pun, kebanyakkannya adalah orang kampung situ jugak. Dan yang aku perasan, kebanyakkan dari mereka adalah golongan warga emas. Dorang takde pun nak ‘daring tajam’ pandang kami yang ternyata orang luar. Pakcik-pakcik ni wat lek wat peace je. 

Kami menelusuri setiap lorong-lorong yang ada di Burano yang sangat tenang dan seakan Burano ni kami yang punya. Tidak kelihatan pun wajah-wajah tourist lain. So, tempat ni sangat aman dan sentosa. Bila dilihat rumah-rumah mereka ni, memang sangat terjaga dan terpelihara. Warna dorang uishhhh, bukan jenis cat grade D wey. Kalau setakat cat brand cikai, memang takdoklah chance nak guna. Aku suspect ni kating-kating Nippon Paint cat kilat kaw-kaw nya. Jenis warna takyah citer la wey. Semua stock color block. Menarik tertarik habislah.


Sudahlaaahhhh, aku nak royannnn! – Ini macam pun hado hahaha


Early bird, so tenang sajok yang menyambut ketibaan kami


Nama tempat I guess


Mana semua orang ni oiii?


Eh eh birthday saya ade di wall Burano


Saja-saja terjah lorong rumah orang


Panas jugak cuaca time early summer ni


Small island but everything is perfect for me


See the colors… WALAWEHHH! 


Letops kaler rumah uols semua


Pandai dorang plan kaler apa yang blend antara jiran-jiran kan?


The view – LOVELY!


Kebanyakkannya local people je yang berjalan pepagi gini


Ini kalau buat salam perantauan pakai baju sedondon ngan rumah, kau lah paling Glam Raya tau. Kalah semua orang punya gambar. Ahaks!


Suit dengan kaler payung


Ini memang favorite gile


Senang nak amik gambar, orang pun takde


Photographer heaven ni


Merah dengan window hitam – Memang paling mewah!




Macam color boria lak


Kalau nak lepak restaurant, boleh lah pergi tepi-tepi situ



Syukur for great weather

One of the corners


Cantiknya pintu die


Siap langsir pintu lagi


Postcard photo


Jemur kain plain best dengan cuaca gini


PINK! Sapa suka? 


Kering kontang kain di jemuran


Flowers and window – Always my fav element


Belakang rumah ni ada church, apa yang menarik, clock tower die senget

Deco pun letops


Senget sedikit


Angle aku kasi tower ni nampak lurus


Lorong lain pulak


Boat merupakan pengangkutan utama mereka


Meluru anjing mamat tu serang anjing auntie tu. Gaduhlah kome!


Another colorful shot


Color ni pun menarik tertarik


Sometimes I wonder, if we can adopt this idea in Malaysia, mesti fun giler area rumah tu kan?

Ciao Burano


Menurut hasil pemerhatian, kalau macam 1 row kejiranan tu, memang warna cat dorang takkan sama punya. Semuanya warna yang berlainan. Ade jugak aku duk research tentang pemilihan warna cat dorang ni. Rupanya, jika mereka nak warnakan rumah mereka, dorang diharuskan menulis surat kepada government untuk approval. Dan government yang akan bagitahu warna apa yang mereka boleh warnakan. 


Sampai gitu sekali dorang jaga tempat ni. Padahal, cat je pun. Tapi process tetap. Kalaulah benda ni ada kat kawasan Sg Gadut, buatnya mak budak yang dalam video mak kau hijau nak kalerkan rumah die hijau, datang pulak aku suka hijau, memang sekali lagi dak tu ajak gaduh kat padang. Takde hal lah dik, jom kite tengok mak sapa lagi hijau! Ahaks.

Ada juga yang mengatakan bahawa sejarah warna cat ni adalah berasal dari para nelayan yang juga penduduk kampung kat sini, suka warnakan rumah mereka dengan warna-warna terang untuk mereka nampak rumah mereka dari jauh uols. Ha, ala-ala skrip, can you see my house from far? But, this is totally good idea to attract people around the world to come to Burano. 


Very nice and peaceful place. Apart from rumah kaler-kaler, Burano jugak terkenal dengan industri lace mereka. Kalau korang jalan-jalan di area Burano, bersepah barang-barang bertemakan lace. Aku tertarik dengan payung dorang yang diperbuat dari lace. Tapi tertarik je lah. Beli nye idok. Kalau hujan or panas, tiada guna-nya uols. Betul khennn?

Lacey lacey


Setiap sudut di Burano memang boleh menjanjikan pesonanya tersendiri. Haaaa… dah keluar dah ayat-ayat majalah aku. Ahaksss! But personally, kalau korang nak lari sebentar dari hiruk-pikuk di Venice, mungkin Burano boleh berikan anda satu kelainan pulak. Kalau korang jenis suka amik gambar, ohhhhh myy…. This is your heaven on earth gitu. Mesti korang cammm sukaaaaa sangat. Nak snap gambar tak yah nak tunggu line clear bagai. Snap je anytime, mesti gambar korang turn out to be oh-some! Itu time aku pergi lah hahahaha! Kalau time korang pergi, tetiba rombongan Cik Kiah Propa turun padang, jangan salahkan meksssss….


Tips : Selain Burano, korang boleh je nak jalan-jalan di pulau lain seperti Murano dan Torcello. Kalau dah ke Burano, might as well you guys drop by those islands. Sebab memang satu jalur je pun.


Even though Burano ni hanyalah small island, berjam-jam jugaklah kami spent time kat sini. Bila dah penat, kami decide untuk balik terus ke Venice. Tapi kami tak turun di Cadoro. Sebaliknya, kami turun di Piazza De Roma untuk jalan-jalan kat sana. Rupanya tempat ni lagi best kalau waktu siang.

Moh kite pulang


Sila tap dulu before masuk

Suka snap wording dorang ni

Hello again Venezia!
Yang tetap panas terik
Monument yang kiteorang lalu time dalam waterbus

Ambulance pakai boat tau. Ade sekali tu, police dorang lalu sebelah kiteorang. Bunyi dari jauh dah dengar. And one more thing, jangan ingat atas jalanraya je ade had laju, dorang pun hado. Sometimes, atas waterbus, tetiba dorang akan perlahankan kelajuan.

Almost there

Best as in ramainyaaaa manusia di sini. Meriah dengan gondola dan para pelancong yang ado. Ahaaa… Kalau dah sampai Venice, mesti ramai yang nak tunaikan angan-angan untuk bergondola sakan kan? Ni nak bagitahu, price range untuk naik adalah around €80 satu gondola. Bolehlah if nak kongsi reramai ngan orang lain. Tapi, aku tak naik pun. Aku prefer tengok orang lain naik and then enjoy from there je. Jimat and enjoyable!

View yang sangat sinonim dengan Venice

Gondole yeee
Photographer favorite

And my favorite too
Letops Venice

Kami ke Piazza De Roma untuk mencari Hard Rock Cafe. Saja nak cari keychain buat kenang-kenangan. Aching sangat. Dalam duk sakan carik tu, tetiba aku terjumpa bridge yang memang aku teringin sangat nak pergi, iaitu Bridge of Sigh yang sangat femes kat Venice ni. Why so femes? Okay meh nak sembang ciked, ahaks! Bridge ni cantik hokey kalau compared dengan bridge lain. 

Rekabentuk die sangat classy dan ade small windows kat sepanjang jambatan. Di samping tu, ada cerita di sebalik jambatan ni, ianya dikenali sebagai Bridge of Sigh adalah kerana jambatan ni adalah penghubung antara Rio di Palazzo dan penjara. Setiap pesalah yang akan dijatuhkan hukuman akan lalu di atas jambatan ni dan akan lihat keindahan Venice buat kali terakhir dibalik tingkap jambatan tersebut sambil ‘SIGH’. 


Ahaaaa, tu dia bridge nye
Sangat redup dan sejuk je mata memandang

Last photo for all of you

But, memang best pun suasana kat sini especially bila setiap gondola lalu bawah jambatan tu. Time aku duk snap-snap gambar tu, kedengaran suara pembawa gondola menyanyi sekuat hati tanpa mic lah of course kan. Lagu yang dorang nyanyi pada masa tu ialah Ciao Venezia. Bila aku dengar je lagu tu sambil menikmati view Venice, rasa macam sayu sangat. It was lovely place. 

Best uols. Korang memang kene layan dengar lagu tu. Kalau asyuk sikit, naiklah gondola yang ade pemuzik sekali. Elok pulak naik dengan yang tersayang, mau touching habis. it’s okay, nanti aku memang akan repeat jugak Venice ni, lantaklah orang cakap too mainstream pon. Sebabnya  aku memang jatuh cinta terok dengan keindahan bumi Venice ni.

Semalam datang malam, harini kite repeat time siang pulak

Luas tempat ni
Dak dak course lukisan ni
Dari jambatan di Venice

Setiap lorong di Venice menyajikan view yang awesome
So classy

Balik dari Piazza, kami terus berjalan menuju ke Cadoro sambil singgah jugak di beberapa kedai untuk beli ice cream, seafood, souvenirs semua… Kirenya, segala benda pun beli in Venice. Takutlah tempat lain lagi mahal dari Venice. And sangkaan aku memang tepat pun. Hanya Venice je yang menawarkan harga berpatutan in terms of barang-barang yang aku nak beli. Borong sakan lah temanya. Kami juga turut menghabiskan sisa-sisa waktu di Venice dengan layan view-view berunsurkan bridge, air dan gondola. 

Terlalu banyak kenangan manis yang kami peroleh di sini. Orang-orang kat sini pun tak sekekwat negara sebelum ini. Aku rasa cam seronok pulak bila berada kat Venice. Mungkin ade yang tak berapa suka Venice, tapi aku suka teruk Venice. Aku suka jalan die yang sangat vintage style, lorong-lorong yang akan memberikan anda surprise-surprise, cara hidup dorang yang ade gaya tersendiri dan barang-barang dorang yang sangat affordable untuk aku. So, everything about Venice is lovely. Oh Venice, I promise I will come back and spend more time. Please don’t sink. Love love love.


Tak kirelah siang or malam, ice cream is a must in Italy. They have the best GELATOOOO 

One thought to “Budget Euro Trip (Part 11) – Venice & Burano”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *