Euro Trip – Travel ke Lauterbrunnen, Switzerland Part 9

Hari kedua di Lauterbrunnen, kami bangun, siap siap buat breakfast and terus menelusuri jalan di Lauterbrunnen yang sangat cantik dan indah. Cuaca haritu memang panas dan sangat bercahaya mentari nyaaa.. Anyway, dalam duk hangat-hangat asrama itu, sempat jugak kami singgah di Stubbachfall. Yelah, memang satu jalan je pun air terjun yang menghiasi pemandangan dari balkoni bilik kami. So, alang-alang, moh kite kenal air terjun ni dengan lebih dekat. Memang meriah.

Di sepanjang jalan, hanya hijau rumput, bunga lalang, lembu dan pemandangan indah yang tak pernah aku lihat sebegitu cantik begini. Even haritu, agak panas sedikit, tapi angin die agak sejuk, so takdelah peloh jantan segala keluar dari badan ni ha. Dalam duk ngelamun melayan pemandangan indah gini, baru perasan yang jauh jugak kami berjalan, siap stop untuk makan pasta bagai. Lunch bawak bekal, punyalah nak jimat. Memang jimat pon. And takde kedai halal pun kat area sini. So no-no berangan nak picnic nasi lemak bawah air terjun. Ingat Ulu yam?

 Ni bangunan yang baru

 

Kedai pisau di Lauterbrunnen. Banyak gile kedai jual pisau nie

 

Kemasnya ladang Tulip kerdil ini

 

Awwww…. rumput with kuning-kuning

 

Jom menuju ke air terjun di sana itewww

 

Hi moo-moo

 

Mentari pagi tu memang awesome

 

Caravan pon ade?

 

Kelessss rumah kau sebelah air terjun. Iamsojeles!

 

Almost there

 

Memang takde orang tau kat sini

 

So 100 keping hanya gambar Kak Mah je lah. Kau posing lah guano pun, no rebut-rebut with others

 

Konsep : Segan di Lauterbrunnen

 

Geng Cik Pora Travel & Tour

 

Air dari gunung. If nak minum, boleh ajok

 

Wahhhhhhhhh! Impian tu… Nak buat paragliding, landing atas air, boleh?
 
Kite posing ciked

 

Jom jalan lagi

 

Stop for memory

 

Air terjun lain pulak

 

Rumah dorang kayu sajok

 

Kalau cuaca redup sikit, mesti sampai hujung aku jalan

 

Tong sampah

 

If nak rehat-rehat, dipersilakan

 


Kalau penat, lepak-lepak lah kat sini
 
Bangsal di kaki gunung

 

Camping di bawah kaki Jungfrau

 

Rumah ni paling legend, lengkap segala

 

Kawasan camping

 

Rumah dorang kalau sekali imbas cam rumah melayu je

 


Jambatan kecil. Ada sungai untuk diseberang
 
Moo moo pun ade air terjun woi

 

Dalam pikiran, kalau hari-hari pandang view gini tapi duit berkepuk, Insyallah berjaya lah ada perasaan happy #boleh

 

Tapi view belah sini nampak Jungfrau, aiyooo ngancam habis

 

Kemanakah kita?

 

Kalau aku pandai lukis, aku nak lukis gambar ni

 


Yuk kita menuju puncak…
 
Arah mana kita?

 

Air terjun memang merata-rata kat area Lauterbrunnen nie

 

Teringat cerita Dilwale Dulhania Le Jayenge time lagu Tujhe Dekha To – kalau aku pun nak lari-lari camtu jugak. Dan jangan terkejut kalau kaum mereka jugak ramai di sini. Memang concept dorang honeymoon datang sini. Siap ade Bollywood restaurant okay!

 

Memang view die expensive. Cantik. Cam tak percaya aku dah redah bumi Lauterbrunnen ni

 

Lembu, satu je aku nak cakap. Kau memang bertuah!

 

Ber-air terjun tengok gambar ni? #merecik

 

I have so many photos, tapi nak upload semua, memang stori jadi berat

 

Bagi chance tuan punya gambar posing jugak

 

Too cantik hari di Swiss

 

Kalau summer, memang aku terjah hiking sampai atas. Lagi dekat dengan air terjun. Serious gempak!

 

Tapi kite panjat sikit je. Tak silap aku, petang esoknya aku pergi tempat ni balik, diorang letak double reminder jangan panjat.

 

Di sebalik gambar ini – Penuh debunga kuning kat leather jacket aku. Hawau sungguh. Anyway, jacket nilah yang aku beli kat Primark. Serious murah je. 25EURO. Berbaloi uols.


Okay, sekiranya anda dah habis tawaf Lauterbrunnen and terpikir untuk explore kawasan lain yang berjiran dengan Lauterbrunnen ini, korang boleh jugak pergi ke Murren, Grindelwald or Wengen. Kiteorang decide untuk gi Wengen je sebab untuk ke Murren, cable car die tutup pulak. Kene naik bus and then barulah boleh naik ke Schilthorn. Untuk kami, cukuplah ke Wengen yang aku rasa memang tak worth it sangat untuk korang pergi kalau bukan summer time. Memang sunyi gile tau. Takde orang. Kedai semua tutup. Sunyi sepi macam kampung kene tinggal woi. 

Tertanya jugak kami, orang-orang die ni cuti solat Jumaat ke apa? Itu memang tak mungkin. Even time kami datang tu adalah hari Jumaat. Memang peliks. Kalau dah kedai pun tutup, time lalu kat kawasan rumah dorang, rumah pun kosong. Motif sangat kampung Wengen ni. Dalam sibuk tertanya-tanya ni, kami sempat jugak lah singgah di satu kedai souvenirs yang baru bukak. Asalnya die memang taknak entertain customers langsung sebab die memang tak bukak dah berbulan-bulan. Aiyooo, ini macam pun ade ke apa? Tapi die tengok kiteorang macam teruja nak tengok apa ade dalam kedai die, die pun bagilah kami masuk. Cik pong haruslah nak tahu macam-macam kan? Terus tanya mana semua penduduk? Dan dan aku nak datang, takkan main nyorok nyorok pulak. Ahaaa… Haruslah tidak kan…

Actually menurut pakcik yang meniaga kat situ, Wengen ni adalah perkampungan untuk mereka yang gemarkan sukan ski. So, di sinilah mereka akan bermain ski kaw kaw nya. Dan musim main ski selalu during summer sahaja. Musim lain, orang taknak main diknun.Terus aku terpikir, kalau bukak kedai time satu musim je, camne nak untung and survive? Kita kalau tak keje sebulan pun, rasa macam end of the world woi. Berbeza betul cara dorang ni. Kalau kat Malaysia, tutup sehari pun ade yang dah duk muncung kire untung rugi bagai. But not in Wengen lah.

Kirenya kalau nak nampak kemeriahan Wengen ni, korang kenelah pergi time dorang duk sakan ber-ski or else hanya sepi-nyepi sahaja yang bakal menyambut kedatangan anda itewwwww…. Since nyepi gitu, lepas jejalan and amik gambar sikit, kami pun terus pulang semula ke Lauterbrunnen dan sambung journey ke Interlaken. Kalau tanya kenapa nak gi Interlaken? Haaaa…jawapan aku adalah untuk cari barang dapur. Korang rasa??

Macam mengong jugak alasan aku berikan tapi itulah hakikatnya. Time aku tanya kat tiket kaunter pun, benda yang aku tanya adalah tentang supermarket. Haiyooo…nangis ye shopping barang kat Interlaken. Beli cili, sayur, teloq segala wey…apa lah nak jadi dengan kiteorg ni. Kemaruk nooooo nak main masak masak sampai lupa terus tujuan untuk jalan-jalan di Interlaken. Apa-apa pun settle beli barang dulu then baru pikir nak ke mana pulak.

Dah memang takde rezeki gamaknya untuk berjimba di Interlaken, elok je kami keluar dari Coop, hujan pun turun dan kami terus cancel kan plan untuk jejalan di sana sebaliknya pulang sajok ke Lauterbrunnen yang kami rasa palin palin indah dalam ramai-ramai. Wah! Siap masak, makan smua, masing masing. Mula melayan jiwa dan phone sendirik. Wifi laju hawau, memang makin anti social la dalam hostel. Nak keluar pun memang takde apa sgt tema- nya. So lepak bilik jelah.

Dalam train ke Wengen

 

Pokok pelik in Wengen

 

Helloooo Wengen

 

Berbisik bahasa German di situ

 

 

 

Bermain di laman belakang rumah orang Wengen

 


Jalan yang sunyi
 
View dari atas Wengen

 

Coop Interlaken
 

Next day, kami keluar agak lewat selepas menyediakan breakfast. Actually tak sangka yang journey untuk ke satu lagi bandar popular die Swiss iaitu Lucerne amik masa agak lama. Tambang around CHF19.80 sehala dan train akan berlepas sejam sekali. View memang marvellous tau. So, kalau nak enjoy view letops, carilah seat tepi tingkap memang berbaloi. Macam train kami, tak full uols. Dengan itu, sesuka hatilah kalau nak pindah randah buat perangai.

Sampai di sana, kami berjalan di sekitar Chapel Bridge sambil menikmati panorama bandar Swiss yang agak berbeza sedikit. Barulah aku rasa ada jiwa sikit bumi Swiss ni. Kalau duk pandang gunung ganang berjam-jam pun, boleh haru hiduppp.. Ahaksss. Untuk penggemar souvenirs, korang kalau nak beli, better beli kat kedai yang jual macam suratkhabar tu. Dorang jual murah sikit berbanding official kedai souvenirs, sebab selalunya official souvenirs shop akan ade 8% tax hokey. Bila aku amati kembali dalam banyak banyak negara, In terms of barang, Swiss memang ade persamaan sedikit dengan Malaysia especially selepas pelaksanaan GST. Sama teruk dari price wise. So, jangan nak culture shock sangat if tengok barang dekat Swiss. Sekian.

Dapatkan tiket anda

 

Cik Pora tunggu train

 

Roti-roti

 

Ada zumba performance

 

Imagine kalau dalam RM, sama je uols harganya

 

Suka bangunan die
 
Chapel Bridge in Lucerne

 

Souvenirs

 

Bangunan-bangunan Europe

 

Captured harga die. Paling murah aku dapat. Beli kat Coop Lucerne


Cuma satu yang aku nak bagitahu kalau duk beli barang kat sana, korang janganlah convert duit RM ke CHF or vice versa, just guna nilai harga berdasarkan number, memang sama tau. Contoh sayur, seikat around CHF2, sama je lah dengan harga sayur kat Malaysia. Memang agak terasa jugaklah bila beli barang kat sini, amik gak penuh troli tapi kene dekat CHF90. Kau rasa? Cuma yang aku puji ialah work life balance dorang yang lebih munasabah. Kalau hari Ahad, rata rata kedai runcit banyak yang tutup. Jadi, siap sedialah stock makanan yaaaa.

Kami tak lama pun di Lucerne, time nak balik ke Lauterbrunnen tu, hari hujan so berlarilah duk carik tempat berteduh. Nasiblah tak  terlepas train yang dikejar. Oh ya, untuk beli tiket balik, korang kene beli kat kaunter. Kalau boleh, if korang takde Swiss Pass tu, meaning on Half Fare, belilah siap-siap return trip. Toksah beriya nak rushing-rushing. Lagi better that way tau. So, take note ye.

Sampai di Lauterbrunnen, aku excited bangat sebab ini adalah hari last kami di Switzerland. Dan ini bermakna, first batch of my Europe trip dah towards the end. Now, batch 2 pulak akan bersambung terus ke Venice. Aik, kenapa duk split begini eh? Actually, kakak aku akan pulang semula ke Malaysia dan hanya aku dan rakan sahaja yang akan menyambung trip ini untuk cukupkan 1 month. Ahaaaa… So, bagi 1st batch nye trip, tibalah masa untuk pulang semula ke Paris dan kemudian ke Malaysia. Untunglah dapat makan nasi lemak dulu. Kita sambung lagi nak makan pasta pulak #eh

Malam tu, kami makan bsar sikit sebab banyak jugak stock makanan yang dihabiskan. Taknak dah memberatkan bag dengan segala stock makanan. Memang persis peti ais bergerak. Anyway, malam tu, dapat jugak lepak dengan ade sorang abang+ family die yang datang dari Malaysia. Gigih sesama kongsi cerita turun naik kejar train, tapi die lagi tabah sebab ade baby tau. Aku memang salute sungguh sapa buat euro trip bawak baby ni. Aku yang tak de baby pun dah gundah gulana duk pikir pasal train dorang yang over punctual ni.

Malam tu, kami tido awal and siap siap segala packing untuk esok. Kami akan berpisah dengan dorang kat Lauterbrunnen. Kakak aku akan teruskan perjalanan ke Zurich dan ke Paris terus ke Kuala lumpur, manakala aku dan rakan aku akan bersambung menuju ke Venice. Perjalanan kami akan bermula di Lauterbrunnen-Interlaken-Spiez- Brig and terus ke Venezia Santa Lucia. Perjalanan amik masa lebih kurang 7 jam turun naik train. Disebabkan aku tak beli Swiss pass so journey lagi pendek sikit, cuma mahal la. But still jimat masa so I can lepak lebih lama di Venice, my favorite.

Perjalanan harus diteruskan 

 

Ambil train palin awal untuk ke Spiez dari Interlaken OST sebab menurut tiket schedule kami, transit kejap-kejap je. So, better aku plan sendiri masa aku

 

2 thoughts to “Euro Trip – Travel ke Lauterbrunnen, Switzerland Part 9”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *