Budget Euro Trip (Part 15) – Sarajevo and Mostar

Pagi kedua di Sarajevo. Since semalam before balik hostel after dinner, aku sempat singgah kedai jual roti (in Bosnia ianya dipanggil PEKARA). Kedai roti di Bosnia ni memang merata-rata. Kat mana-mana sahaja mesti ada jual roti yang memang fresh dari oven. Kalau korang berpeluang berada di Sarajevo, bau roti ini macam jadi satu signature buat Sarajevo. Dan harganya murah sangat-sangat. Kalau roti buku besar giler dalam 1-2KM sahaja. Memang kalau nak buat makan dengan serunding ke telor ke… Adalah sangat mengenyangkan. Memang bau PEKARA ni membuatkan aku rindu sangat pada Sarajevo. Rindu serindunya.

Harinie kami akan ke Mostar yang terletak 2 jam dari Sarajevo. Untuk pengangkutan menuju ke Mostar, korang boleh naik bus atau train. Jika anda ingin menggunakan train, hanya ade 1 trip sahaja iaitu pada pukul 7.15 am. Beli sajok di train station. Dan untuk ke Sarajevo train station dari hostel kami, kami perlu menaiki tram. Alangkah tak bestnya pada hari tersebut bila tiada tram nombor 1 yang tiba even dah sejam duk melanguk kat tram station Cathedral. Aiyoooo… Mana lah pulak tram ni kan. Disebabkan tak mahu ambil risiko tertinggal train untuk ke Mostar, kami pun tahan taxi di hadapan tram station Cathedral.



Satu je tips kalau nak naik taxi kat sini, kalau boleh mintak hostel korang yang tolong recommend which company paling okay. Macam hostel kiteorang, die recommend Holland Taxi. Ada dalam website recommend Sarajevo taxi. Yang lain jangan naik. Mek konpius. Kalau aku punya recommendation pulak, since dua-dua pun aku dah naik… Better korang tanya dulu rate untuk ke destinasi anda before korang naik taxi tu. Sebab sometimes dorang tak pakai meter tau. Main sebut harga suka hati je.Ahaaaa. Penting ni untuk korang tahu pasal taxi kat sana.

Macam yang jadi kat aku, kami tahan taxi and terus bagitahu nak gi train station. Die ketuk kami 7KM terus. Padahal, journey pergi airport yang lagi jauh pun kalau ikut meter baru 11KM wey. Tapi bagi aku, dah itu memang rezeki die kan. Kite ikhlas je. Ahaaa… Bila dah sampai kat Sarajevo train station, kami terus beli tiket ke Mostar. Penjaga tiket pagi tu ade unsur-unsur jiwa kacau sikit. Emo tak tentu pasal. Nasiblah aku jenis malas nak layan, aku diamkan jelah. Lantak kau lah jahhhh! Yang penting meks nak gi Mostar.

Semasa kami duk mencari platform (Peron in Bosnia), kami terserempak dengan 2 wanita Pinoy yang turut travel menuju ke Mostar. Nasiblah ade dorang ni tau. Sebabnya, bila kami naik train tu, sumpah rasa macam aching-achig pengacara Auntie Seekers. Suasana train station memang dah seram, kami pulak antara yang terawal naik train, memang melangkah je masuk terasa macam kau tengah nak tulis pengalaman untuk majalah Mastika. Gelap dan sepi. Interior train pun persis train tinggal. Tinggal bulu roma je tak naik meninggi.

Kalau ikutkan hati, memang aku tak naik tau train tu. Rela tunggu kat luar, lepak tepi station je sampailah orang ramai. Haaaa… Tapi kekuatan untuk naik ku sandarkan pada geng Pinoy tadi. Diorang memang relax je. Duduk dua orang makan breakfast dalam gelap. Ni orang ke apa ni? Tapi, dont worry dorang memang orang laaaa… Sempat jugak borak-borak. Actually, dorang ni dari Germany and Denmark, keje sana okay. Siap cakap, breakfast dorang, hotel siapkan. Aku terus segan nak bukak bekalan cucur ikan bilis. Kite mampu breakfast cucur jewwww. Kalau die tanya sapa siapkan? Aku cakap jelah cucur ni sendiri buatkan untuk aku. Sebab aku bawak die all the way from Malaysia. Ahaaaa… Terusku buat acara kunyah cucur secara senyap. #cedeh

Temanya, nak tunggu train ni gerak boleh buatkan aku tertido tau. Time tersedar tetiba orang dah ramai je. Siap ade yang berdiri sebab tak dapat duduk. Gigihlah korang… Journey 2 hours tau. Meriah kakiuols. Anyway, menurut pemerhatian aku, train dorang ni berbeza jenis dari satu gerabak ke gerabak yang lain. Untuk gerabak yang aku duduk ni, die memang ala-ala first class gitu. Dan dapat juga aku lihat ianya adalah pemberian ikhlas dari negara German dan Austria. No wonder ade unsur-unsur European sikit kan.

Sepanjang perjalanan ke Mostar, view kat luar memang cantik. Tasik berwarna emerald green dikelilingi gunung ganang meriah. Sometimes aku tertido jugak sebab duk mengelamun melayan view gini. Memang berbeza dari Sarajevo. Itu dari pemerhatian aku lah. Dalam duk mengelamun, train pun tiba di station Mostar. Kami turun dan terus pergi ke station beli tiket. Nak check kol bapa train balik Sarajevo. Tapi nampaknya, kalau nak balik kene malam laaaa… Tak sangguplah sampai Sarajevo memalam. Then tunggu tram bagai untuk ke hostel. Better naik bus. More flexible. So, kami terus check bus schedule and tengok mana yang possible kann…

Setelah beberapa minit keretapi melepasi Sarajevo, inilah view yang terbentang indah

 

Sepanjang view, aku rasa ade lah dalam berbelas tunnel yang kiteorang redah. Dan setiap kali lepas je tunnel, mesti dapat tengok view cantik bumi Bosnia. 

 

Berbukit bukau kan?
 
Mirror lake kah?

 

Ada rumah seketul
 
Masjid depan rumah 
 
Just lovely 🙂
 
Jom kita keluar 

 

Train station Mostar

 

Lintas sajok. Usah gusar akan keretapi yang lalu. Sebab ini last station gamaknya

 

Either one


Sementara kawan aku duk checkkan tiket bus, aku sempat bertanya pada seorang perempuan berusia 20-an yang sedang menunggu teman beliau di train station tersebut. Aku hanya tanya bagaimanakah cara nak ke Old Bridge tu. Tapi die susah gile nak explain sebab English die tak berapa bagus. Dah lama tak cakap. Die bilang kalau aku boleh cakap Turkey, die memang terer la. Sebab die study sana. Tapi, aku try jugak cakap English dengan dia even agak challenging jugak tau. Bistu? Takkan nak cakap bahasa Bachok? Tak reti kaweeee….

Anyway, disebabkan aku memang tak paham sangat direction yang die bagi. Die terus tawarkan diri untuk hantar kami ke sana. Ikut jalan shortcut lagi tau… Punyalah baik giler walaopon die ada hal dengan kawan dia. But she said, benda tu boleh tunggu. Later pun takpe. Baik tau gadis nie. Dia pun sempat perkenalkan diri beliau sebagai Adina. Sepanjang perjalanan tu, aku duk borak je dengan die. Banyak benda jugaklah kiteorang duk sembang. Soalan wajib haruslah pasal perang la kan. Tapi katanya dorang tak effect sangat sebab dorang sempat protect Mostar.

Pekan Mostar

 

Pelbagai barang di situ. Rokok je tidak dijual walaupun

 

Eh awak ni, feeling?
 

Sambil duk jejalan tu, aku perhatikan ramai kanak-kanak yang meminta sedekah di tepi jalan. Kulit mereka aku lihat agak coklat sedikit berbanding orang Bosnia. Aku sempat tanyakan pada Adina tentang siapakah mereka ni? Anak-anak Bosnia ke? Terus die bagitahu yang mereka ini ialah pelarian dari Romania yang datang ke Bosnia untuk meminta sedekah. Dan die cakap jangan pity them sebab dorang ade sindiket. Semua duit yang kite bagi, agen die yang akan dapat and they will never stop doing that.

Sadly, government tak pernah buat apa-apa pun dengan semua pendatang ni. Bila dengar camtu, aku terus teringat pada negara aku yang aku tahu pada ketika ini, kami juga sedang mengalami benda yang sama. Hampir sama. Kebanyakkan pendatang yang berhijrah ke negara kita juga turut melakukan perkara yang sama. Lebih buruk sewaktu di traffic light Batu Tiga Shah Alam, ada segelintir yang datang dari kereta ke kereta yang lain. Aduhai, sedihnya bila begitu. Dan mahjoritinya menggunakan agama sebagai elemen untuk meminta-minta. Bagi aku, tak sepatutnya benda camtu terjadi kan? Oh Bosnia, too many things we are lookalike. *deep*

Dalam duk berborak tu, die juga ada beritahu yang puak Romania ini semakin hari semakin berlambak dan dorang memang tak makan saman punya. Alahai, sayangnya if no action taken untuk menjaga tempat ni kan. Mostar is very nice place tau. Majoriti yang datang pun tourist. Tapi what to do? Takpela, harap yang baik-baik sahaja. Nak cakap banyak pun, kite tak tahu keadaan asal kan. Dalam duk nyembang pong pang tu, sampailah kami di Old Town yang diimpi-impikan selama nie. Jauh gak nak jalan ni. Dalam 10 minit. Dengan cuaca panas, aduhai, peloh jantan habis keluaq.

Adina ucapkan goodbye pada kami dan kiteorang ucapkan terima kasih. Ada jugak offer nak belikan air untuk beliau tapi die memang taknak. Terus aku teringat pada cite Luke semalam yang dorang ni memang taknak langsung tips or balasan atas segala kebaikan yang dorang buat. Ikhlas. Which is something yang aku rasa sangat kagum pada jiwa mereka. Kami berlalu dan sempat bertukar alamat email bagai tau.

Kalau dia orang Malaysia, mesti dah artis habis dah kan?


Tips : Untuk mereka yang mencari penginapan di Mostar, aku nak suggest korang tinggal sahaja di rumah Adina ni. Dia memang ada buat service Couchsurfing di Mostar. Korang boleh contact her – zuhric.adina@hotmail.com

Bila kami sampai di situ, terus kami mulakan program jejalan sekitar Old Town and sempat jugak melintas di Old Bridge yang selama ni aku tengok dalam National Geographic sajok. Kini dah ade depan mata tau. Tak tahu nak rasa apa. Yang aku pasti, cuaca time tu panas bangat. Dan kesimpulannya, aku main redah je explore area bridge tu. Pandang kiri kanan pun semuanya view cantik. So, tak berenti lah lensa kamera beraksi bagi merakamkan segala memori terindah di bumi Mostar ini. Apa kata, kita layan gambar yang sempat aku rakamkan sepanjang aku di sana :

Postcard sungguh
 
Overlooking Old Town Bridge

 

One more

 

I still remember time kat pekan Sarajevo, tour guide tu ada mention, zaman dolu-dolu, inilah permukaan yang dorang gunakan di Sarajevo. Disebabkan ramai orang complaint die punya surface agak uneven, so goverrment terus tukar. But di Mostar, dorang masih kekalkan surface gini
 
Panas bangat!

 

Plaque untuk pembacaan umum
 
Ada banyak lagi kedai kat atas sana nun


Hati-hati agak licin


View from the bridge


Mereka yang turut melawat


Atas bridge dapat view cenggini


Dan ini jugak


Okay die ni bukan ‘jiwa kacau’ nak ugut bunuh diri ke apa tau. Let me tell you : Jambatan ni sangat popular untuk diver tau. Dorang siap ade diver club lagi. Sesiapa yang nak jump into the river, need to pay 25 EURO. But it doesn’t go to the club. Duit-duit tu akan dikumpul untuk penambahbaikkan jambatan tersebut. Dan untuk mereka yang memang power giler untuk terjun setinggi 22m ke dalam air sungai yang katanya sejuk giler, dipersilakan!


Di bawah sana pun boleh lepak


Masjid ada di sana


Mamat ni acah-acah nak terjun sejak 10 minit yang lepas tau. Aching teruk. Bila orang dah ramai, die tetap tak terjun. Last-last die mintak duit if nak tengok die terjun. Ching!


Nampak dalam giler bawah sana tu


Since diver tu memang feeling nak tayang swimming trunk die, kita pun malas lah nak hadap sangat. Baik kita explore Mostar dari tengok xxx trunk die tu. Apa daaa. Lagi indah


Cantik senibina kat sini


Old Town ni macam tempat untuk beli souvenirs dan lepak makan-makan. But yang paling menarik ialah suasana die. Memang takkan dapat kat tempat lain. Umpama berada pada zaman dolu-dolu sangat


Sudu tu palin banyak dijual 



If lapar, boleh singgah
 
Mostly, fridge magnet 1 EURO je


Kedai diorang pun vintage style
 
Tourist place
 
Tapi takde orang
Seriously macam masuk dalam dunia baru
Eh eh Kak Erma Fatima ada bukak kedai ke?
No one will forget
Carpet pun ado
Postcards for me
Pelbagai souvenirs yang ado
Pinggan mangkuk pun
Kembali semula ke jambatan
Different angle pulak
Panas tau time ni
Hijau sajok
Sekali pandang macam kat Scotland
 
Window photography


Lepas jejalan, kami have lunch di kedai makan yang ada Burek. Cuaca sangat panas. So, kene rehat-rehat dulu before teruskan perjalanan. And then barulah kami terus pulang semula ke station bus untuk beli tiket pukul 3pm. Rasa sayang pulak nak tinggalkan Mostar ni tapi…. Hidup perlu diteruskan. Ahaaaa, mampu gitchew? Tapi rindu jugak tau

Air ni sedap giler. Orang kedai recommend.

 

Ini pun sedap giler. Start with capital ‘M’. Tapi aku lupa nama full die.

 

Burek. Macam murtabak sajok

 

Yes best view 🙂

 

Masjid

 

Di sebelah masjid ada viewpoint

 

Turun tangga jom untuk lihat best view itu

 

And here I am. But you need to pay ya. I’m not paying 

 

Teringin nak ke bawah sana pulak

 

So kita pergi je. This is your time to explore. Pergi je segenap sudut pun

 

Subhanallah, air sungai tau

 

Bridge ni memang unique. Even macam-macam angle aku dah try, tetapi menarik di mata aku
 
Ada air terjun kecil di sebelah kiri

 

Too hot to handle. A scoop of ice cream jom!


Sebenarnya, Mostar adalah kawasan yang paling teruk dibom sepanjang peperangan berlaku. Jambatan (The Old Bridge) yang membahagikan antara Western and Eastern side juga turut terkesan dan pembinaan semula memakan masa hampir 11 tahun. For me, it was lovely view bila the bridge bergabung dengan air sungai Neretva yang sangat jernih biru crystal clear. Subhanallah, indah sungguh pemandangan dan ketenangan di sini. Semuanya sangat priceless. I once dream to go to Mostar and I walk the talk. Alhamdulillah, sampai juga di Mostar.

Kami berjalan pulang menuju ke station bus. Nak pulang ke Sarajevo katanya. Naik je bus, aku terus tertido. Penat. Kekadang tersedar bila nampak view marvellous. Memang view bila naik bus lagi awesome berbanding naik train. Itu bagi aku. Dan jalan die simpang siur okay. Memang terasa yang Bosnia ni bumi indah dan cantik habis. No wonder oh no wonder, ada pihak yang cuba untuk meluaskan kuasa mereka menakluki Bosnia. Akan tetapi Allah Maha Kaya, sekuat mana pun pihak lawan, itu bukanlah satu alasan untuk Bosnia mengalah. Kami tiba di station bus selepas 1 jam 30 minit dalam bus.

Snap untuk anda yang mungkin nak bermalam di Mostar

 

Heading to train station

 

Tiket bas balik Sarajevo
 

Kami diturunkan di area train station Sarajevo juga sebenarnya. Jalan sikit je untuk ke  tram station. Tiket tram yang kami beli semalam masih lagi tidak digunakan. So, feeling nak guna untuk tunggu tram menuju ke station Cathedral (untuk ke hostel kami). Dan duduk tunggu tram berjam-jam macam peristiwa pagi tadi. Manalah perginya tram-tram ni semua. Hari makin nak gelak, jadi, nak tak nak decidelah kami untuk jalan kaki sajok.

Aku suspect tram memang tak lalu kat city centre sebab ade perlawanan bola besar-besaran. So, memang semua tram dibatalkan. Dan disebabkan tu, kenelah aku berjalan kaki weyyy.. Tak jauh mana. 20 minit sampai dah di city centre. Sempat jugak terserempak dengan penyokong-penyokomg bola serta pasukan keselamatan yang cuba mengawal keadaan. Memang ramai weyy… Dalam hati takut jugak kalau ade gaduh ke apa ke kan…. Tapi, alhamdulillah semuanya okay.

Sampai je di hostel, aku terus prepare dinner untuk mengisi perut dan menghabiskan stock-stock makanan yang masih ada. Penat bak ang weyy… Before tido, sempat book taxi dekat reception untuk airport transfer esok pagi. Final-final night in Sarajevo. Esok kami akan ke negara baru…. Ahaaaa, manakah ia? Kalau sapa-sapa yang tahu tu :

MEH SINI CIK PORA nak buat giveaway kepada 5 orang pertama yang teka and comment negara manakah yang CIK PORA pergi selepas Sarajevo. And ianya adalah negara penutup untuk EUROTRIP nie. Pantas! Hadiah yang bakal menanti anda = Souvenir dari negara tersebut. Ayuhhhh, komen cecepat yeee 🙂


Hint – xxxxx aku datang!

27 thoughts to “Budget Euro Trip (Part 15) – Sarajevo and Mostar”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *