Budget Euro Trip (Part 16) – Istanbul to Cappadocia 1

Oh my lovely readers! Thank you thank you thank you so much sebab sudi join giveaway contest yang saya buat untuk previous post. And to those yang menang itu… Jeng jeng, akan saya postkan hadiah untuk anda sedikit masa sahaja lagi. Hadiah cilik itu saya bawa dari Istanbul untuk kalian. Harap kalian sukeeeee! Buat yang tak sempat jadi Top 5, it’s okay, saya akan buat lagi giveaway nie dari masa ke masa. Don’t worry ada banyak lagi hadiah yang boleh anda menangi.

Tahniah!


Anyway, teka-teki tentang negara yang aku tuju selepas Bosnia telah pun diketahui. Siapa tak tahu tentang Turkey, khususnya Istanbul dan Cappadocia? Ahaaa… Pasti ramai dikalangan orang kita memang selalu impikan untuk datang ke sini. What about you Miss Sapora? Oh! Speaking habis… Bagi aku yang memang plan segala trip ni from A-Z, Turkey bukanlah negara dalam wishlist sebenarnya. Namun, dah alang-alang berada di continent Europe. Apa salahnya negara penutup #eurodarling kali ini, aku berikan ruang dalam hatiku kepada Turkey. Ecehhh!

Jadi, untuk transportation dari Bosnia ke Istanbul, aku memilih untuk menaiki kapal terbang sahaja. Dan itulah satu-satunya mode of transportation yang convenient. Harga tiket pun taklah mahal mana. So, dari hostel kami di Sarajevo, kami menaiki taxi dan dikenakan charge sebanyak 11KM sajok. Journey 15 minit pun tak sampai. So, check in segala bag and lepak kat airport untuk membuang masa menunggu. Sempat jugak aku tukar duit lira (matawang Turkey) daripada lebihan duit Bosnia yang kami ade. Senang nanti nak beli tiket bus untuk ke Taksim sebentar nanti. Better korang tukar sikit lira dekat Bosnia if korang buat route macam aku ye.



Airport Sarajevo hanyalah kerdil dan tak silap aku dalam 3-4 gates sahaja yang ada. Tak besar mana pun. Tetapi dari segi process, staff mereka sangat pantas dan senyum sajok bila buat keje. Flight yang aku pilih haruslah palin jimat iaitu Pegasus Airlines. Harga tiket yang aku dapat sebab last minute book ialah (EURO 125.99). Baggage 20kg dan tiada meal yang aku pre-book. Journey pun hanya 1jam 25 minit sahaja. Tak lama mana. Airport untuk Pegasus Airlines bila di Istanbul adalah Sabiha Gocken (SAW) yang terletak di sebelah Asia (Turkey adalah negara yang terletak antara 2 benua – Asia & Eropah). So jangan verangan naik Pegasus turun kat Atarturk ye.

Untuk pengalaman pertama kali naik Pegasus Airlines, aku suka gile safety announcement diorang. Comel dan sangat menghiburkan. Semua talent dalam tu ialah kanak-kanak yang tolong buat demo in video format. Terhibur la jugak. Time dalam flight, ade beberapa kali terserempak dengan kapal terbang lain yang turut melintasi awan yang sama. Alahai, laju betul kapal terbang ni sebenarnya. Baru perasan tau. Ahahah…. New experience to me. CikPong kan, biasalah!

Ke Istanbul kitewww


Sejam lebih selepas terbang tunduk beriya, kami pun tiba di Istanbul. Hati masih lagi di Bosnia tema-nyaaaa. Alahai, aching sangat ni dah kenapa? Settel segala urusan imigresen, kami sempat singgah di surau airport semasa kami tiba, dah masuk waktu Zuhur. Kemudian, kami berlalu keluar dari airport dan cepat-cepat cari bus untuk ke Taksim (betul-betul di hadapan pintu keluar airport, anda akan nampak kaunter Havatas). Tema hari ini ialah lenjan badan naik pengangkutan macam-macam. Ini adalah kerana, kami akan terus bergerak menuju ke Cappadocia. So dari airport sila amik bus bernombor 13 (company Havatas) dan terus ke Taksim dengan harga 14lira sahaja.

Sejam kemudian, kami pun tiba di Taksim. Kat sini, kalau nak tukar duit and apa-apa pun, buat jelah kat sini. Rate sama je dengan tempat lain and carik yang no commission. Actually, lepas je aku tukar duit, terus tanya kat mana nak amik bus untuk ke Buyuk Otogar (station bus untuk ke Cappadocia). Tapi ramai pemandu taxi yang kami tanya semua cakap : tiada bus yang akan ke sana. Dorang ni dah la cakap English krik krik. Siap tanya banyak kali pun tapi dorang tetap cakap takde bus. Alahai, dah tak tahu nak tanya sapa sebab aku baru tahu yang orang Turkey tak berapa sangat dalam berbahasa Inggeris. Selama ni puas aku pikir yang negara Turkey ni mesti meletop-letop English deme. Rupanyaaa,dasat!

Money changer in Taksim
 
Rate untuk hari tersebut
 

Disebabkan semua pun tak paham apa kami cakap, aku terus cam krik krik tahap cengkerik lapar segala. Apa nak buat ni? Nombor bus dah ade aku screencapture tapi aku cuma nak pastikan kat mana je nak amik bus ni. Semua pun tak nak membantu kat sini. Sampailah kami bertanya pada seorang pakcik taxi ni dia kata die boleh hantar kami ke bus station. Dan selepas discuss bagai, kami pun setuju je dengan pakcik tu dan bayaran yang dikenakan adalah 40lira. Bila convert sumpah rasa mahal.


*facepalm*
 

Dan buat pertama dan terakhir kalinya, aku naik taxi di Istanbul. Psstt.. Sumpah tak hingin nak naik dah. Memang serik seriau sangat wey. Eh eh apa yang terjadi ni Cik Pora? ahaaaa…. Meh sini kite nak bagitau kat awak-awak semua *sambil sinsing lengan baju kita*, pakcik ni bawak kereta macam Vin diesel dalam Fast and Furious tauuu. Lagi satu, semua orang pun die nak potong. Sampaikan semua pun bengang gile dengan die. Nak potong die, die himpit balik, then die jalan ke depan sikit. Tinggalkan kami yang duduk seat belakang ni ha duk tayang muka kat pemandu lain tadi. Malu habis ye. Kalau dibukak tingkap maki kami, memang aku tutup muka tau.

Cuaca time petang tu toksah cakaplah, boleh buat basah cik keti, die pulak boleh taknak pasang aircond. Aiyoooo, panas badan boleh la fefeling kipas pakai tangan tapi kalau panas hati ni sapa nak kipaskan woi? Die tetap dengan kelajuan yang maksimum, selit, cilok segala even dalam keadaan traffic yang tak ubah macam kat Jalan Tun Razak after office hour. Kau kemut aircond + minyak tapi  nyawa penumpang kau??? Haih die ni memang bikin panas je. Namun die tetap teruskan pemanduan gila-gila die itu. Seakan tak kisah pun tentang kami semua di belakang ni.

Tapi yang paling aku takleh lupa ialah bila dekat area IKEA (dah nak sampai kat bus station), die boleh drive opposite way (bertentangan) semata nak potong jalan. Jalan tu memang jalan one way dari arah lain. Banyak pulak kereta and die slumber je langgar lampu isyarat and ikut jalan tu padahal kereta yang di jalan betul terpaksa beralah bagi laluan kat die. Serious macam kau tengah tengok filem lumba kereta dah. But bila jadi betul-betul in reality depan mata, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kecut perutnya if something happen. Memang orang kate accident bertembung kereta adalah paling mengerikan. Tapi, nie memang cari nahas tau. Apa-apa pun, Alhamdulillah aku selamat.

Bila dah sampai di Buyuk, aku hulurkan je duit 40 lira seperti dijanjikan tapi die cakap tak cukup. Die nak lagi 10lira. Reason – bayar parking. Oh myyyyyyy…. Ini memang bikin wap-wap marah aku naik habis. Gewammm. Ingat duit lira tu macam duit Saidina? Main petik je, terus dapat. Hagak-hagak sikit bro. Roh roh Pora Lambong cawangan Sungai Gadut dah memanggil, kang ade jugak yang kau takkan lupa kat mana Sungai Gadut tu. Memang menyebut jelah sampai bebila nama tempat tu. Hati dah makin membara je ni. Seru-seru semangat anak Sungai Gadut dah kelihatan. Geram!

Konsepnya, aku suruh kawan-kawan aku keluar dulu untuk selamatkan baggage kami kat belakang tu. At least kalau die nak lari, aku je yang tinggal dalam tu. Bag-bag tu kasi turun dulu. Tapi kawan-kawan aku tak rasa tu idea yang bernas. Dalam duk bertikam lidah dengan driver taxi tu, aku tetap dengan pendirian buat-buat tak paham apa die cakap. Syukurlah, Bahasa Melayu terlalu asing buat mereka berbanding Bahasa Inggeris. So, inilah masa aku tadahkan telinga kau dengan perkataan Bahasa Melayu yang sungguh merdu didengar.

Sepanjang duk gaduh taknak bayar tu, aku jawab segala dalam Bahasa Melayu je. Lantak kau… Kau ingat kau sorang je ade bahasa jiwa bangsa? Come on lah. Lama jugak temanya die insist untuk kami bayar additional 10lira. Akhirnya aku cakap, aku hanya ade 5 lira je… Dah la baru tukar duit. Ingat aku nak bukak segala duit depan mung? Sudah-sudahlah pakcik… Drama mu sampai sini je… Ini drama queen dari Sungai Gadut dah turun. Nasiblah memang dipermudahkan urusan untuk lepaskan diri dari pakcik ni, akhirnya die setuju untuk amik 5lira je. Bila die setuju, aku bagi signal suh kawan aku turunkan jugak bag-bag tu and pelan-pelan aku keluar dari taxi. In case kalau die bawak akuaku lari, memang aku yakin satu benda je aku nak buat, aku nak siku kehelkan kepala die dari belakang. Gerammmm giler hati kite ni wak.

Nasiblah die bijak sikit tak buat macam-macam. Cuma dalam hati agak terkilan dengan treatment yang kami dapat setibanya di Istanbul. Kenapa lah eh… Banyak-banyak negara yang aku pergi tetiba benda ni jadi kat Istanbul? Negara yang aku memang tak pernah expect jadi begini. Dan aku memang bersetuju dengan kata hati aku yang tak berapa nak masukkan negara ini dalam bucketlist. Alahai, tiada rasa regret pun, cuma berharap selepas ni aku sentiasa dilindungi. Dan satu yang aku baru tahu, orang Istanbul tak berapa fluent bercakap dalam Bahasa Inggeris ye. So, kau jangan feeling la nak gilap tahap petah-nya bahasa anda tu depan dorang. Yang akan dijawab hanyalah dalam bahasa Isketanbul mereka.  Memang tak sangka sungguh Istanbul buat kite camni, tapi semangat kite takkan luntur atau terpalit walau sedikit. Hidup perlu diteruskan uols, yeahh!

 
Jalan sesak. No aircond. Kita bang bang siikit


Taxi tadi berlalu meninggalkan kami, aku pandang jelah. Tercegat di situ. Tapi sumpah kalau aku jenis tak heran la apa nak jadi, memang aku sepak bontot taxi die kuat-kuat then lari macam Aaron Aziz dalam Xfactor. Ha nampak tak dendam di situ? Anyway, malas nak ingat pakcik krik krik tu dah. Kite seret bag, terus carik Suha Travel untuk beli tiket pergi Cappadocia ini malam jugak. Tak kire! Tapi tiket sold out. So yang tinggal hanyalah tiket dari company Metro. Oh ya, sebenarnya banyak je company yang jual tiket untuk ke Cappadocia itu. Depends pada time and harga dan servis. So far Metro okay jugak. Kamilkoc pon okay. Beli kat sana je. Takyah beriya nau nak book bagai dari Malaysia.

Semasa di counter Metro, bila kami hulurkan passport, pekerja di situ paling suke sejurus dapat tahu yang kami ni orang Malaysia. Walaweh, suka betul dorang. Siap bawakkan bag and bagi port letak bag khas… Katanya die suka betul orang Malaysia, orang Muslim. Alhamdulillah. Since jam pun awal lagi, kami pon tanyalah kedai makan yang best katne? Dibawaknya kami makan kat tepi station bus. Die bagitahu kedai tu paling sedap tapi kami order satu je sebab aku rasa mahal gile hokey. RM14 sepinggan. Apo tu?? Itulah kami, culture shock di Istanbul setelah bersakan di Bosnia. Ahaaa… Jangan sangka kat sini murah. Harga standard makan kat kedai Arab Malaysia je.

Station bus untuk company Metro

 

Teringat mamak bila datang kedai nie

 

Roti adalah wajib

 

Nasi and lamb


Anyway, lepas makan, kami decide nak jalan-jalan masuk Ikea dan Forum Istanbul. Nak carik makanan kat food court diorang. Manalah tahu ade yang murah ke kan. Bila masuk dalam tu, shopping mall ni tak jauh beza dengan The Curve and Ikano. Pergi food court die lagilah weyy… Krik-krik. Aku makan kebab and pizza. Harga persis foodcourt KLCC. So, pepandailah timbang tara gitu. Sempat jugak beli bekalan apa yang patut untuk bawak naik dalam bus.  Around 830pm kami sampai di station bus and ajet ajet nak jejalan… Tapi orang bus tadi cakap, bus kami dah sampai, boleh je if nak check in barang terus.

Ada subway

 

Inilah bus yang aku cari selama ini. 2.50lira sahaja untuk seorang/way

 

Shopping mall

 

Forum Istanbul
 

 

Pizza. No chili sauce

 

Sandwich and chili flakes

 

Abang polis
 
I’m ready for 12 hours journey
 
Entertainment screen
 

Kiteorang pun tak tahu nak gi mana, teruslah naik and masuk dalam bus. Tak lama kemudian, bermulalah journey 12 jam ke Cappadocia itewwww… Kesimpulannya, sehari suntuk duk sadai dalam pengangkutan awam. Untuk journey ke Cappadocia, korang boleh je overnight dalam bus dan akan tiba pagi-pagi di Cappadocia. So, jimat accommdation kan? Apa-apa pun bus ni memang selesa cuma journey jelah agak panjang kan. Makanan dan minuman ada disediakan dan sangatlah terbaekkkk sebab bila lapar ade je benda nak mengunyah. Ade sekali tu, dalam duk kusyuk tengah lepak, kami kene tukar bus. Pandai pulak die cari aku duduk kat mana segala untuk process tukar bus. Memang tajam sungguh pemikiran orang Turkiye ini.

Dalam duk blur tahap gaban tu, bertukarlah kami ke bus yang menghala ke Cappadocia. Kalau dah mamai sakan, tak nampak dah tempat kosong. Aku terpaksa berpisah dengan rakan-rakan aku dan terus menuju ke seat belakang duduk bersama wanita-wanita Turkey dalam lingkungan 40-an. Mereka semua berjubah. Then, aku tak ingat apa-apa dah. Aku terlelap. Walaupun sometimes aku terpaksa hiraukan sajok bau-bauan tidak menyenangkan. Takpe, aku sanggup. Badan aku kena cukup rehat.

Bila dah nak sampai di Nevsehir, aduhai lapangnyaaa dunia kat sini. Rata. Macam padang pasir. Sesekali ade jugak padang rumput yang luas terbentang dari cermin tingkap bus aku. Termenung terus. Ni bukan mimpi tau, mana taknya celik mata nampak view gini, mau tak jem kepala. Ahaksss…Apa-apa pun, aku bersyukur, cuaca haritu sangat cantis. Alhamdulillah.

Lapang
 

Bus berhenti di satu kawasan untuk van transfer menuju ke Gerome. Journey tak jauh mana. Dekat je. Cuma dah kalau bawak kete macam tiada hari esok, journey yang sekejap ni pun rasa mencabar habis. Aku suspect dorang ni memang bawak kereta laju tak hengat punya. Tahu tak yang Cik Pora ni fobia dengan driver ‘giler-giler’ in Turkey? Tak tahu lah apa yang dorang kejarkan sampai wajib bawak lelaju gini, kan…

Turun bus and sila tunggu van transfer


Akhirnya kami tiba di bus station Goreme dan terus menuju ke information counter. Seperti yang dah diberitahu kepada kami, setibanya die information counter, cakap je duk hotel mana and dorang akan terus callkan hotel untuk pick up. Bagi penginapan di sini, aku memilih Shoestring Hotel sebagai lokasi cuti-cuti dalam gua uols. Haaa… Kat Sg Gadut, kite tak dapat duduk dalam gua, so nak lah jugak merasa tido, santai, fefeling dalam gua uols.

Dan disebabkan aku kaw-kaw feeling habis, aku book bilik ni untuk seorang sajok. Dan ini adalah impian aku. Aku nak reward diri aku dengan treatment yang tak seberapa ini selepas hampir sebulan menjelajah bumi Eropah. At least, aku nak spend time lepak dalam bilik seorang diri tanpa seorang manusia pon. Aku naklah merasa tido sorang-sorang dalam gua. Yelah, selama ni duduk ramai-ramai dalam hostel dan jumpa pelbagai orang dah. Jadi, inilah masanya untuk aku memanjakan diri aku sendiri. Siap kawan-kawan aku pon aku book-kan bilik lain jangan duk kacau aku. Itu namanya – MERASA SEUMUR HIDUP and I’m glad, I did it! Sejuk jeeee tau. Rasa nak sandar je pipi kat batu gua tu, haaaa…. Sangkak habis ke tidak?

Actually, bila kami sampai je di Shoestring hotel, kami tak dibenarkan untuk check in lagi sampailah pukul 2pm. So, meantime, kene lah letak bag segala kat restaurant and boleh je guna washroom dorm yang turut ade sekali. Since kami sampai awal jugak, so apa lagi, joinlah green tour yang akan cover banyak tempat menarik di Cappadocia. If nak pergi sendiri jauh uols. Cuaca pulak panas, tak kuasa la nak tankan diri yang dah sedia ade Cappucino ini.

Lepas siap, kami terus dijemput oleh van yang akan membawa kami dari pagi sampailah ke petang. Harga tour untuk setiap seorang ialah 120lira. Lunch provided. Tour guide kami nama die Festival. Suke buat lawak ikut skrip. Kekadang tu aku gelak jelah… Takleh imagine kalau aku jadi tourist guide lawak script. Mau nangis kalau punchline tak kene. Coverina kene pandai ni. Apa2 pon, he did a good job lah. Terhibur ciked.

Chop tempat and perhatikan sapa yang lambat. Perangai!
 

Tema tour ni, banyak gak tempat kiteorang dapat cover. Tapi yang aku perhatikan dari satu tempat ke satu tempat journey agak jauh. Bagusnya si Festival ni, die selalu bagitahu bapa lama lagi nak sampai bagai. Elok. Senang sikit nak take a nap. Sori lah Festival, malam tadi tido duduk dalam bus tak berapa lena sangat. So, nak taknak aku kene juga cari time untuk tido. Tido yang cukup tu paling penting konsepnya. Dengan cuaca yang panas dan kering, berada dalam van tour ni adalah port terbaek untuk berlindung.

Destinasi kami yang pertama adalah tengok Pigeon Valley dan kemudian kami pergi pula berjalan jenguk-jenguk Derinkuyu Underground city. Seterusnya kami dibawa pula ke Ilahra Valley. Di sini kami perlu hiking beberapa minit sebelum tiba di restoran untuk kami lunch. Makanan adalah percuma sebab ia termasuk dengan bayaran tour. Tapi air perlu bayar sendiri. For me, kalau dah tourist place tu, memang asyik duk cekik darah je. Apa lah salahnya, minum tu sekali die masukkan, bukan luak pon air telaga kat Cappadocia itu, rite?

Batu bata

 

Souvenirs yang ada

 

Ini bukan free, semua dijual

 

Abam Festival

 

 

 

Pigeon Valley

 

Look at the view

 

Nak duduk tapi panas terang benderang

 

So kita layan saja view sambil berdiri

 

Dan lagi

 

Dan lagi

 

Tak berani nak tanya. Bukan apa, dalam hati seakan dah tahu harga. Gituuu kegusarannya!

 

One more

 

And Cik Pora pun nak jugak

To the underground city


Here we go


Festival bagi siap-siap tiket kat kami lepas keluar sajok dari van


Cuaca hari itu


Ramainya umat


Akhirnya berpeluang masuk jugak
 
Scan tiket before masuk
 Ihlara Valey map
Ihlara Valley, oh my!
Santek habis tempat nie
Yuk mulakan trekking kita
Kita bagi senior-senior jalan dulu
Tinggi tangga yang ade
Kita turun pelan-pelan. No rushing!
Church yang ado
Gua pertama
The view
Dorang protect tempat ni. Kalau sapa nak amik gambar, sila off flash
Aku ingatkan picnic makan tengahari kat sini. Rupanya jauh lagi
Sungai Ihlara
Jambatan untuk korang lintas sebelah sana
Singgah WC sat
Teringat cite Catching Fire
View yang indah lagi
Tempat lunch kami. Tapi meja biasa je Yang makan dalam samosa 3 segi ni, sudah fully booked
Roti die bombastic
 
Kenyang
 
Lepas dah makan, kami bergerak pula ke bukit ada church – Seleme Monastery. Church lagi. Sometimes aku pelik sangat. Cappadocia ni banyak kristian berbanding Islam ke? Sebab takde lagi dibawak kami ke masjid ke… Semuanya berasaskan Kristian. Agak pelik tau. Tapi aku pemdamkan sahaja persoalan yang timbul. Mungkin kak google bisa beritahu aku kelak. Apa-apa pun, kami bergerak pula ke destinasi seterusnya sebelum hujan turun dengan lebat.  Nikmat gile. Tido la puas-puas dalam van. Bila dah sedar tu, aku dikejutkan sejurus tiba di hadapan kedai jual batu permata.ahaaa… Part ni buat aku tak berapa berkenan sangat. Kalau boleh nak skip je. Tak kuasa la kita nak pakai cincin batu permata. Selalunya aku takkan terpedaya dengan permata berlian gituuu.
 
Anyway, selepas spent time lama-lama kat kedai tu, kami pun bergerak menuju ke kedai souvenirs pulak. Haruslah part ni aku suke, sebab dapat makan and minum segala tester secara percuma. How cheapskate I am kan. It’s okay, this is my style. Ahaks. Tapi aku ingat aku je tau, yang lain pun sama woi. So, I’m not the only one. Kami semua masuk ke dalam van dan terus pulang ke hotel masing-masing selepas dihantar Festival. Sampai je hotel, terus check in, bayar segala fee dan buat booking hot air balloon esok pulak. Aku hanay dapat book company Urgup je tauuu. Tapi, okay je company ni. Naik jugaklah balloon die. Yang penting balloon die santik dari yang lain.
 
Tips : Book siap-siap hot air balloon trip anda if nak company Royal. Kalau lambat, takkan dapat lah. Sebab cepat gile sold out. Kalau book dari Malaysia lagi bagus.
 
Besar juga tempat dia
Selime Monastery
Festival tunggu kat van. So kita hiking sendiri sajok. Ikut arrow yang diberi
Gigih nak panjat. Pakailah kasut yang sesuai okay!
Pit stop pertama aku
Cuak jugak if terkunci kan?
 
The viewwwww… Best kalau tak panas
And keluar je dari gua kita akan nampak ini
Kalau tengok arah gua balik, korang akan nampak ramai yang baru sampai
Okay abaikan mereka. Kita layan view di depan kita jom
Panjat lagi tinggi jom
Pelik tau bentuk chimney ini
Tapi unik habis
Bye kakak!
View depan kedai souvenirs
Still mengantuk. Jom kita pulang untuk beradu

Dapat kunci bilik aku terus feeling Fazura dalam Manisnya Cinta di Cappadocia. Nikmatnya hidup tido atas tilam empuk sesorang dalam gua lagikkk. Indah teruk perasaan itu. Bathroom die macam living room. Besar. Kalau nak berenang atas lantai bilik mandi pun boleh. Memang aku kagum. Lepas berwangi-wangian aku terus hempas je badan atas katil sambil bukak mata pandang dinding gua di atas sana. Oh my, I can’t believe this. I’m in Cappadocia. Laying on the bed in a cave. Then aku pejamkan mata,then aku bukak balik. Pinch my cheek….. And yes, it’s real Safura. You are in your own world. All alone and leave all your worries far far away. This is reality I’ve been waiting for quite sometime. Alhamdulillah.

Turun tangga je terus reception
 
Indah feeling time nie
 

 

Too exicted tengok bathroom besar gini, terus shaking gambar


Aku sebenarnya tertido dek asyik mengelamun tak sudah-sudah. Sedar-sedar je, azan dah pun berkumandang. Untunglah bilik aku betul- betul berdekatan dengan reception, so terang- benderang jugaklah suasana bilik aku. Sempat jugak aku intai ke luar tingkap, kot- kot ada aktiviti malam yang boleh aku join, tetapi malam tu hujan masih lagi turun dengan lebat membasahi bumi Goreme. Aku bersihkan diri dan buka bekalan yang dibawa sambil menjamah sedikit serunding dan roti yang  baki dari Taksim. Kenyang jugak. At least. Dan kemudian aku sambung tido balik sampailah pada pukul 4am di mana pintu aku diketuk oleh seorang lelaki. Memang lelaki tau…… Oh my!


Bersambung xxxx

21 thoughts to “Budget Euro Trip (Part 16) – Istanbul to Cappadocia 1”

  1. Oh yeke? No wonder la die nak ketuk lagi mahal. But but… it depends jugak. If tak rushing, naik bus lagi better rasanya. At least dapat tgk view Turkey dengan hati yang tenang gituu

  2. Lepas baca europe travelog cir pora, terus semangat nak g europe. terus capai pen and buku buat route.hahahah

  3. Ya Allah mengimbau kenangan btul citer kat cappadocia nih..rindu nk tido dlm gua jgk,sejuk dia lain mcm smpai termiss nk pi turkish bath/hamam taw haha..xsabau nk bc siapa gerangan yg mengetuk pintu hati cik pora ehh silap ketuk pintu blk lol..

  4. Saya baru saja balik dari Turki backpack berdua dengan bestfriend saya.
    Route saya Istanbul-Akara-Amasia-Cappadocia-Pamukkale-Selcuk-Bursa-Istanbul. Semua cover dalam 11 hari.
    Apa yang best disebabkan kesilapan Etihad Airlines masa nak balik ke Malaysia kami diberi penerbangan direct ke Malaysia dgn Turkish Airline dan dibayar pampasan USD330 (dalam RM1,300++). Maybe rezeki kami sebab cost air ticket yg kami byr RM2,000 bila tolak pampasan kerugian sebenar RM700.
    Apa2 pun org Turki mmg sangat membantu sepanjang trip ni kami tak sesat dan dapat sampai satu tempat tu ikut jadual.

  5. Hi Cik Pora, suka sgt I baca your blog…selain cara penceritaan you yg menariks, u banyak kasi tips2 berguna yg susah nk dpt kat internet (ala insider tips gitu). teringin nk experience travel skali ngn u sbb npk travel style u fun. i pun suka travel, tp slalu terbantut nk pegi sumwhere bila xde geng. keep on writing great travelog n share with us. ^^

  6. bila baca blog cik Pora ni, terasa macam kita berada kat tempat tu je.. lagi pulak jenis saya ni kalau membaca, memang terus imagine, memang terasa roh dan jasad tu ada kat sana. Bila la impian tu akan jadi kenyataan.. Inshaa Allah doakan saya supaya dapat jejakkan juga kaki di bumi Eropah ni.. lagi2 Istanbul.. teringin sangatttt

  7. Hi. Nice sharing. Saya nak pegi turkey dgn family this weekend. Just wondering… Kalau ktorg xbooking atau xnaik hot air ballon kat capadocia tu xpe ke? Coz its quite expensive.. Pegi satu family ramai.. Lagi la kopak haha. Ktorg fikir klu amik gambar dari bawah je pun ok je. Cantik jgk view situ. Is it true? Am i doing the right thing now? Coz i heard my friend kata klu xnaik hot air ballon xleh masuk kwsn tu. So basically xleh amik gambar view hot air ballon 😢 betul ke..? Help me.. I didnt expect amik gambar diri sebelah ballon tu ofcoz, i expect jauh skit la.. Is it possible?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *