Budget Euro Trip (Part 17) – Istanbul to Cappadocia 2

Ampun maaf dipinta buat semua pembaca as I’ve been away for quite sometimes. Dengan ini terimalah entry sambungan buat anda semua :

Siapakah yang berani mengetuk pintu gua Cappadocia aku nie? Ahaaaa… Haruslah lelaki Turki yang pasti. Sebelum aku ke Turki, ramai yang kata lelaki di sini herlok herlok parasnya. So, yang ketuk pintu aku tadi, tak tahulah samada herlok ke tak, sebab sumpah aku terkejut gile. Ingatkan aku dah lambat gile untuk hot air balloon tour (sebab time die kejut die cakap hot air balloon). Yang pasti, tak sempat nak pikir, yang tukang ketuk tu pon, cakap van dah sampai. Aku ni kelam kabut lah bangun and terus sarung je mana yang sempat. Sikat rambut, turun bawah, carik van, terus naik then time nak duduk orang tu cakap are you <{%{€?}>{£<]% ??? What? Nama aku Safura and my company is Urgup. No-no-no, wrong one. Oh man…… Salah van woi. Terus keluar balik.

Aiyo, aku dah lah mamai tahap dewa tau. Then, malu habis okay bile aku salah naik van pepagi buta gitu. Dah lah hampir setengah van aku masuk lagi sikit nak duduk. Aduhai malu tau. Aku pun terus berjalan ke reception dengan harapan janganlah cakap Urgup dah tinggalkan aku. Please. Dah lah mahal gile aku bayar semata nak naik balloon ni. Tercekik jugaklah nak simpan duit semata. So, kalau tertinggal memang aku buat keje gila, pinjam scooter, then carik tempat nak naik balloon ni. Ade meks kesah?

Aku masuk ke dalam reception and tanya kat dia, is Urgup company already left? Ooooo. Not yet. Maybe later. You can wait here. Outside very cold. Abah kau cold. Dalam hati ni panas tau. Kejut macamlah hot air balloon tu sendiri yang datang fetch aku depan hostel, then ketuk macam nak runtuh pintu tu, ingatkan aku dah lambat. Tak mandi lagik. Nasib sempat sapu bedak and sikat rambut. Kalau tak, mau menangis orang Turkey tengok aku bangun tido muka tak siap. Aku sebenarnya sampai sekarang tak paham, motif kau kejut macam nak runtuh pintu bilik gua tu macamlah van dah sampai. At least apa salahnya, kalau cakap bangunnnn, lagi 30minit van akan sampai.

At least sempat jugaklah aku calit lipgloss ke…Ini tak… Terpaksa aku bawak muka baru bangun tido ni naik hot air balloon. Gigihhh! Akhirnya van Urgup tiba untuk amik kami semua menuju ke office mereka. Dalam van adalah dalam dalam 10 orang dan bile tiba di office Urgup kami perlu tuliskan nama pada laptop and breakfast kaw-kaw. Makanan memang mewah tauuuu… Macam-macam ada. Nak hot chocolate pun, amik sahaja. Heaven untuk aku yang memang lapar dari semalam. Please makan kenyang-kenyang. Ikutkan perangai CikPong, nak jugak tapauuuuu!

Morning morning from Cappadocia


Selepas dah bersarapan tu, kami semua perlu menaiki van semula dan menuju ke padang pasir yang lapang. Dan dipenuhi dengan hot air balloon dengan pelbagai corak. Time tu, langit memang penuh dengan warna-warna indah balloon. Cuaca pun seakan mengizinkan perjalanan pagi ini. Subhanallah cantik sangat pemandangan time tu. Macam dalam filem Up! pun ada (my favorite). Kalau orang lain tu duk tangkap gambar dalam van, yang aku pulak… Nganga and enjoy sahaja view yang ada di depan nie. Bayar mahal-mahal tau. Ahaksss!

Sejurus van berhenti, aku terus keluar dari van dan menuju ke hot air balloon Urgup. Dalam hati memang dah excited habis. Aku memang taknak tunggu lama tau. Terus panjat dalam basket and amik port paling hujung sekali untuk tidak berebut-rebut. Perangai Ahso-Ahso Tanah Besar itu harus diaplikasikan dalam keadaan macamni. Memang meriah view aku. Takkan ada orang lain boleh ganggu. Yeahhhh! Itulah yang kita mahu kan? Sementara tunggu orang lain masuk ke dalam basket, aku fokuskan dengan view sekeliling aku. Ni macam dalam mimpi tau. Terdiam terus aku.

Sehinggalah pilot kami pada hari tu cakap yang ready to depart, wah wah wah… Hati girang yang teramat sangat. Dan to be frank, memang tak terasa langsung bila balloon dah mula naik ke atas awan. Tahu tahu je kita dah di atas dan masing-masing semua bersorak gembira. Since belon panas tu memang pakai api yang membara atas kepala, so banyak kali gak aku dongak sebab jakun. Hahahah! Tapi takkan keje nak dongak je… Haruslah fefeling tangkap gambar dengan view secara 360. Ha ingat camera 360 je ade ke? Tapi view 360 kat sini memang marvelous. Daebak habis tau. Rasa cam taknak pejam mata walau sekejap. Itulah realiti.

 
Dari dalam van kami


Semuanya sedang bersiap sedia


Indahnya Cappadocia


Finallyyyyyy!


Kami semua sudah berlepas


Subhanallah, cuaca pun bagus


Time ni view die walawehhh!
 
Jangan duk berdiri tengah-tengah, api memancar


Berbelon-belon


Rose Valley
 
Dulu time kecik-kecik, aku pernah tengok calendar ada view gini. Tak ku sangka 🙂


Definitely my all-time favorite


Bila balloon sudah naik tinggi


Dalam hati rasa kagum dan happy aje


Peace yooooo!


Ala-ala naik flight angat
Kita rendah balik


Dan akhirnyaaaa…. ke bawah sedikit untuk landing


Perjalanan dalam hot air balloon adalah selama lebih kurang 1 jam. Sebelum berlepas tadi, kami telah diingatkan untuk take note tentang cara nak landing nanti. Semua harus berpaut pada tali yang disediakan dan berada dalam keadaan tunduk. Bila balloon dah ready untuk landing, pilot akan bagitahu dan memang keadaan nak landing die walawehh… Rumput-rumput sahaja. Setiap balloon yang berlepas akan tag along with van yang sentiasa ikut pergerakan balloon. Mudah untuk operasi landing gamaknya. Dan sejurus kami tiba di darat, pekerja-pekerja Urgup berlari terus untuk pastikan balloon tu tak jatuh atas passengers. Efficient teruk kerja dorang ni. Kipidap!

Van di bawah rancak duk follow


Ladang gersang… Akhirnya tempat aku me-landing
 
Bergegas pantas di situ


Sebelum balloon jatuh, dorang cepat-cepat sambut


Dan itulah dia
 
Dah sedap-sedap tengok view dari atas, tibalah masa untuk keluar dari bakul ni ha. Bukan mudah untuk aku. Dah lah duduk hujung sekali. Makin payah nak berpaut. Akulah orang last sekali duk keluar dari dalam bakul Urgup tu. Tinggi okay! Tak jadi nak main angkat bakul sendiri
 
Tips : Sebenarnya kalau dapat duduk kat bucu bakul ni palin best. Tak mungkin gambar korang ada kepala orang lain. Memang aku bertuah time naik tu, aku orang pertama yang masuk basket dan terus naik kot tepi ni. Tapi bila part keluar dari bakul, aku orang last temanyaaaaa…


Selepas semua dah keluar. Aku orang palin last sebab aku cuak gile nak panjat basket tu. Sabar jelah. Yang lain tengah duk sibuk posing sakan. Nasib baiklah aku boleh keluar, kalau tergolek dok… Memang malu titewww! Kesemua passenger dikehendaki berkumpul rapat-rapat dan team Urgup terus open table belanja air champange dan juice Cherry. Lepas minum sambil bergembira, kami menerima sijil berserta nama masing-masing. Bolehlah nanti tunjuk kat cucu, apa aktiviti aku time muda-mudi dari duk sibuk ngumpat orang sana-sini or tabur fitnah buang masa tu kan? Oopsss, my Bella Ammarah!

Hanyalah sebijik bakul


Abang belanja air sikit


Cherry juice dengan kepuasan terunggul! Gitewwww
 
Meks dapat certificate yooo!


Selepas dah berlibur sakan dengan hot air balloon, kami diajak pulang ke hotel masing-masing. Waktu check out adalah pukul 10am. Tapi bus dari Goreme ke Istanbul (Sultanahamed) adalah pada jam 7pm. Kau rasa? Nak canguk gi mana tu? Haaaa… Since ada masa lagi, sempatlah aku kemas barang, ajak kengkawan semua breakfast and then teru check out. Since takde plan ke mana-mana, aku mintak recommendation dari receptionist and dia suggest gi cave museum. Cuaca ketika itu adalah sangat panas. Dah lah tak bawak sunblock, so, nak lepak kat cafe semata (check out and korang kene letak bag kat cafe). Memang haukkk!

So, berjalanlah aku dan rakan-rakan yang lain mengeksplorasi dunia Cappadocia yang luas terbentang gersang. Sepanjang perjalanan, kami semapt singgah di beberapa kedai souvenirs dan palin tak boleh lupa bila aku encounter ribut pasir yang kecil sajok. Tapi die punya cuak, macam puting beliung tau. Kelihatan ramai yang lari nak menyorok dalam kedai souvenirs. Then terpikir balik, kedai ni pun semuanya bersandarkan pada khemah sajok. Selamat ke? Berdoa sahaja lah. Sambil tu cepat-cepat sarungkan spek mata. Memang kalau habuk masuk mata, berpinar nak carik eyemo.

Kembali semula ke Shoestring Cave 


Uniknyaaa Cappadocia ini, sampai tong sampah pun aku snap
 


Fridge magnet


Krik-krik sangat bentuk benda alah ini
 


Karpet bersidai cenggitu aje


Tidaklah murah mana, sama sahaja harga macam di Malaysia
 


Akhirnya kebab jadi pilihan makan tengahari


Kelesss nama kedai


Workshop Flintstones


Nasiblah ribut tu hanya sekejap sahaja. Dan ia secara tak langsung membolehkan kami sambung semula perjalanan kami menuju ke Cave Museum. Cuaca yang hangat membahang tu memang agak melambatkan perjalanan kami sebenarnya. Sebab kami berhenti-henti duk berteduh sebab panas. Last-last kami tak masuk pun Open Air museum tu sebab tak larat nak hiking dengan cuaca gini dah. So kami hanya lepak kat tepi gua yang berdekatan dengan museum sahaja sambil layan view. Bagi aku tempat ni unik cam peninggalan UFO tau. Kalau korang fefeling nak berlakon cite Star Wars, dah boleh ni. Hahahah!

Kedai travel


On the way to Open Museum


Panas dan lapang


Sejenis art yang berbeza 


Ni paling berat. Tak tercapai akal tengok ni
 
Okay, ini saya suka


Anyway, lepas balik dari round the town, kami sempat jugak beli belah Apple tea die yang dayummmm! Sedap gile. Berkotak jugaklah memborong. Then, kami singgah makan kebab yang berharga 6lira. Bolehlah buat lapik untuk dinner sekali. Di restoran yang kami lepak tu, ada wifi PERCUMA, so apa lagi, bervideo call satu family aku kat kampung sana. Rindu bangat dengan semua. Excited pulak bila dapat video call camtu. Padahal kalau kat Malaysia, memang tak guna langsung feature tersebut. Apa-apa pun, kat mana-mana aku berada pun, family aku mesti akan suruh buat video call. Lepas rindu dendam gamaknyaaaa!

Kami pulang semula ke hotel untuk ambil bag dan singgah kat masjid berdekatan untuk menunaikan yang TERWAJIB. Kemudian, kami bergerak terus menuju ke station bus even awal 1jam. Sempatlah jugak beli apa yang patut buat bekalan. Tapi mahal gile tau barang kat sini. Rinsek aku! Bus kami tiba tepat jam 7pm dan membawa kami ke bandar Istanbul pulak. Company kali ni aku pilih Suha. Steward dalam bus muda dan asyik jatuhkan air sajok. Aku yang dahaga ni rasa cam nak tolong je dia sebab die sorang-sorang duk nak jaga semua benda dalam keadaan bus bergoncang sakan itu. Duk tunggu-tunggu sampai aku tertido.

P/S – Ada satu coretan yang aku nak share pada korang semua sewaktu aku tengah duduk di hadapan sebuah masjid di Cappadocia. Terimalah…..

Ketika ini aku duduk di bawah pohon di hadapan msjid di Cappadocia. Tenang dan aman, sempat aku perhatikan keadaan sekeliling yang terlalu asing buat aku. Tapi, kalau diamati balik, aku lagi tampak asing di mata mereka yang ketika ini sibuk memandang aku. Fesyen apalah minah ni pakai. Tudung diikat dengan tiada pin-nya. Ahaks… Ini fesyen Esah 50lira la uols… Tangkaplah gambar kalau nak tiru. Bisa buat OOTD

Anyway, bukan fesyen yang ingin aku habaq pong pang sana sini. Tetapi, perasaan aku ketika ini yang sangat luar biasa. Aku seakan menyedari perjalanan hampir sebulan ini bukanlah satu perjalanan biasa seperti sebelum ini. Agak sukar untuk aku gambarkan rasa yang terpahat dalam hati ini. Kalau lah ianya semudah membayar 2 lira kepada peniaga untuk sekeping fridge magnet, memang mudah je. Tetapi kali ini amat sukar bagi aku.

Kata-kata bukan lagi satu keterangan. Yang boleh menggambarkan apa yang hadir dalam hati ini. Mungkin banyak kali dah aku duk bagitahu kat korang, tapi kali nie ianya datang sekali lagi mengimbau segenap peristiwa yang menjadikan aku pada saat ini. Aku mengakui yang aku tidak sekuat mana untuk hadapi apa yang aku lalui suatu ketika dulu. Tapi demi maruah, aku tempuh jugak walaupun aku terpaksa.

Perit. Pedih. Tido tak lena dek berhempas pulas menegakkan keadilan dan menjaga nama baik aku, semuanya telah aku rasa di dunia yang memang tidak pernah adil. Aku berhadapan dengan mereka yang tidak pernah kenal erti perikemanusiaan. Mereka yang tidak mahu mendengar tentang kebenaran yang diputarbelitkan oleh mereka yang ingin menabur pasir dalam periuk nasi orang.

Ya Allah, pada ketika ini, aku ditemani angin damai bumi Cappadocia, dedaun kering yang terbuai dengan tiupan angin indah seakan memahami isi hati yang sudah lama terguris dengan perlakuan mereka yang suatu ketika dulu tempat aku bertepuk tampar. Kini, mereka hanyalah kenangan pahit yang aku cuba jadikan pengajaran buat masa hadapan kelak. Oh dunia, kau dihiasi dengan impian menggunung, namun kau juga dihuni oleh mereka yang hanya menuding pada kesalahan orang lain bagi menutup kesalahan mereka.

Aku bersyukur kerana aku tersedar dari permainan kafir yang sungguh melalaikan. Enak dibuai kepercayaan mereka semata membuktikan pada generasi akan datang yang zaman dah berubah,maka mereka juga sudah berubah. Tidak mungkin mereka mewarisi kelakuan moyang mereka yang hanya ingin mengambil kesempatan pada bangsa mudah lupa ini. Aku menggeleng tanda amaran untuk sentiasa berhati-hati. Kata hatiku lebih tepat dari semua kempen yang mereka jeritkan demi keamanan.

Coretan ini hanya untuk memori di hadapan masjid Cappadocia. Sejenak berfikir terus membuahkan kata-kata yang pasti memberikan aku ingatan terus dari hati yang tidak akan terus dibuai dengan janji manis dunia. Benar kata seseorang pada diri aku, jika inilah kehidupan yang tertulis, aku bersyukur kerana masih belum terlewat untuk aku terjaga dari lena ini.

19 May 2015 5.20pm


Di bawah pohon itulah aku duduk bertemankan angin sambil laju menaip coretan di atas. I miss this place

4 thoughts to “Budget Euro Trip (Part 17) – Istanbul to Cappadocia 2”

  1. ya Allah cantik nya view naik balloon tu. romantik sgt sgt. tapi tak macam pack sangat ke untuk satu balloon? or memang space besar? kita tgk dari bawah macam kecik je . hehehe. wait for your next entry 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *