Budget Trip ke Yogyakarta @ Jogjakarta

Selamat siang semua, apa khabar anda? Selepas habis kita ber-Europe sakan, kini tibalah masa pulang semula ke serumpun kita… Lepas je aku pulang dari Europe, currency Euro naik beriya-iya tauuu. Nak tengok pun seram. Mungkin impact dari Ringgit yang yang semakin menjunam jatuh. Enggak apa-apa sih, jika begitu, kita travel aja di negara jiran kita. And this trip was so special as it is dedicated to myself. Happy Birthday Safura. Thank you Allah for this journey of life. 
 
Alhamdulillah di atas segala ketentuan yang telah tertulis. Biarpun aku tidak dihiasi intan permata, sebijik Range Rover ataupun penthouse di hadapan KLCC namun aku tetap bersyukur direzekikan kesihatan yang sihat, hati yang girang, keluarga dan teman-teman yang sentiasa berada di sisi tak kira senang atau susah. Terlalu indah warna-warni kehidupan ketika ini. Kesederhanaan ini sudah mencukupi untuk aku. Madah berhelah ke tidak tu? Ahaaa… Apa-apa pun, jom kita layan my lovely Birthday trip to Yogyakarta, my baby!
 
Pesawat yang membawa kami ke Yogyakarta bertolak jam 1.30pm dari KLIA2 terus ke Lapangan Udara Adisujipto, Terminal B. Sampai pun dah lewat petang pada 10 September 2015. Sejujurnya plan untuk ke Yogja ni memang last minute habis. Itinerary pun aku buat stock main petik nama tempat nak pergi and terus beri pada Trip Javanesia yang meletop-letop servisnya. Memang DAEBAK yeeee. Aku dapatkan contact beliau dari teman blogger jugak. Beliau yang recommend service mereka nie. Dan ternyata memang sesuai bangat dengan cara aku travel. Wild and free. Kau mampu?
 
Gunung Merapi dari tingkap AirAsia

 
Ketibaan Cik Puan Saporaaa dari Sungai Gadut menyembah bumi Yogja
 
Dan disebabkan hanya 4 hari sahaja akan gunakan servis mereka, jadi, kami tak masukkan first day trip dalam servis tu. Kekdahnya, sampai airport pikir sendiri. Rancangnya nak naik Trans Jogja tapi banyak pulak halangan. Mcm biasalah bila taknak amik supir untuk collect di airport, nak merasa jadi local. Tanya pada bapak bapak taxi, memang dorang cakap nak naik Trans Jogja tu susah lah, jauh lah, kene amik di Terminal A yang nun hojong donia. Bukan sorang tau, tapi ramai gile cakap camtu. Bukanlah baru first time berkenalan dengan perangai kaya gini, nak percaya? Terpulang. Untuk aku? Tidak.
 
Aku dengan tidak berputus asa, cari kaunter informasi dan terus dapatkan info yang benar lagi sahih. Sebenarnya dia sarankan naik macam free transfer ke Terminal A dan kemudian keluar dari Terminal A untuk ke station Trans Jogya. Ingatkan jauh nau la Terminal A tu, rupanya sebelah sahaja ye. Tak jauh mana. If jalan kaki tadi pon dah sampai.  Tak perlu bersusah susah untuk canguk sana sini. Tapi itu untuk yang mahu ambil Trans Yogja, tiket untuk seorang hanya Rp3,000. Murah banget! 


Terminal baharu
Naik bus damri, baik jalan kaki 
 
Setibanya di Terminal A, rakan-rakan aku memang lapar so aku suh dorang beli dulu KFC dulu, aku pulak ke K Circle untuk beli mineral water. Kat situ aku tanya pada cashier, apa saranan beliau untuk kami ke Malioboro. Die kemudian bagitahu yang Trans Jogja tu murah tapi berlingkar-lingkar nanti. Susah kalau nak carik hotel especially kalau dah malam gini. So disarankan naik aja taxi. Baru Rp70,000 one trip. Kalau bertiga macam kami, boleh lah kongsi uols. Aku pon terus ke kaunter taxi untuk beli tiket. Dan kesimpulannya, kalau anda nak amik taxi, better amik je dari Terminal B. Tapi lagi bagus, if supir anda tawarkan FREE Transfer. Itu memang INDAH.
 
Kami naik taxi terus ke Malioboro. Tak jauh mana pun. Hari pun dah semakin gelap. Jadi, tiada istilah nak jalan-jalan tempat lain. Tiba di Malioboro, die hantar kami sampai ke satu hotel yang lain sebab beliau terlepas hotel kami sebenarnya. So berjalan gigih sekali lah kami. Macam biasa, akan ada sahaja yang mengikut untuk tolong ala-ala Gajah Di Balik Batu. Tolong tunjukkan jalan tapi ada makna. Bila kami dah sampai di hotel kami, lelaki yang dari tadi bertanggungjawab tolong tunjukkan jalan tu bagitahu bilik kami lumayan. Die tanya pada aku, aku dari mana?
 
Aku jawablah aku dari Malaysia. Die terus cakap Malaysia Jahat. Ramai temanku dibunuh. Aku terus cam…..Apa ni? Keras sekali gurauan kali ni. Menusuk jiwa. Kalbu. Dan akal pikiran yang bagi aku takkan boleh berfikir dengan waras lagi. Dalam terkesima, aku anggukkan sahaja. Kita jangan salahkan bibir yang bercakap jika kita tak menyelami pengalaman mereka. Mungkin ia berlaku dan mungkin gossip-gossip liar sahaja. So, decide what you listen. 
 
Tips : Hotel kami di Malioboro – Pawon Cokelat Guesthouse. Memang best habis bilik and hotel die. Ala-ala Hipster sangat. Terus rasa cam nak hisap Vape #eh. Anyway, bilik ni, geng Trip Javanesia yang book-kan untuk kami. Beliau sarankan untuk duduk di sini. Mudah. Cuma, van tak boleh masuk jalan menuju ke guesthouse sebab die lalu lorong rumah orang. So, normally, van akan turunkan anda di tepi jalan, dan catwalk la korang.
 
Sejurus sampai di lobby, kami check in. Lelaki tadi terus mencelah nak jual khidmat supir dengan harga Rp 400k sehari. Aku terkesima. Kalau ditanya poket nipisku, mau sahaja terima. Boleh dikatakan murah berbanding harga supir yang sudah aku booked. Tapi, kalau ditanya akal yang masih waras, sanggupkah kau ber’pemandu’kan insan yang mengutuk negara aku sendiri? Baru berapa minit jumpa, itu tajuk pertuturan beliau. Bayangkan 5 hari dengan beliau. Memang berdarah telinga duk hadap cerita negative.
 
Kami tolak secara baik tapi disambut pulak dengan dengusan kuat sambil mengomel “buat penat aje”. Now, itu benar-benar mencerminkan tajuk tadi itu mungkin berasal dari gossip liar. Aku hanya tersenyum jelah. Kalau dilayan, makin rendah IQ yang rendang ini. Urusan check in kami sangat smooth. Since kami 3 org, kami perlu ambil extra bed dengan tambahan Rp500k/ night.
 
Invoice dari Pak Fajar dihantar melalui Whatsapp sahaja
 
Yay sudah sampei, kita lepak-lepak makan sat 


Masuk bilik, relaxkan badan. Even bilik sempit sokmo, tapi bersih wey. Aku ambil bilik number 1. Senang sikit nak keluar masuk duk sebelah Internet. Malam tu, kami rehat rehat sahaja dalam bilik selepas makan Maggie di dining area. Itu malam, kite countdown birthday ikut waktu Yogjakarta. Aching-aching lambat sikit aku tua.. Al-maklumlah, Indonesia kan lewat sejam dari Malaysia. Tapi belom sempat waktu Malaysia pun, aku dah booommm tido. Zzzzzz #faktorusia

16 thoughts on “Budget Trip ke Yogyakarta @ Jogjakarta

  1. HI just nak tahu u punya opinion
    I’m goin there on January 2017 – next year.
    Bg u rate ni okay x?
    This is my first time travelling to Indonesia so Im not sure bout derang punya harga macam mana.
    U can email me thesyazanazainn@gmail.com

    “private tour for IDR 695.000/full-day (10 hours) or IDR 85.000/hour, including driver and gasoline. Parking ticket and entrance fee is not included.
    Our car also can be rented for:
    – Airport transfer- in/out -IDR 125.000 net/car/way.
    – Train Station transfer in/out -IDR 95.000 net/car/way.”

  2. hmm… interesting story. Tapi disebabkan ada layanan kurang beradab supir yang diceritakan di atas tu terus saya malas nak go deep about Jogja. Tak semuala yang macam tu tapi… itula dia perangai negara third world country. Tunggu dapat offer gila2 dari mana2 flight baru pergila kot. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *