Budget Trip ke Yogyakarta @ Jogjakarta – Part 2

It was 11 september 2015. Hari Jumaat dan yang pasti aku memang teruja sangat untuk bangun pepagi jam 4am di bumi Yogyakarta. Kalau boleh hari ini, aku nak manfaatkan 24 jam 11 September tu dengan pelbagai aktiviti. Itulah hadiah terbaik untuk diri aku sendiri. Yeehaaa. So ke manakah aku pepagi buta ini? Jom kita tengok apa yang menarik untuk kita explore hari ini?

Kami nak tengok sunrise Borobodur katanya. Ini pon last minute plan untuk tengok sunrise. Kalau tidak, jam 7am baru nak start journey. Pilot kami pagi tu, Jito dari Trip Javanesia memang dah tunggu kat dining area di Pawon Cokelat Guesthouse. Punctual sekali. Selepas berkenalan semua, kami pun bergerak menaiki van. Guesthouse ni, segala kenderaan kecuali motor ajok yang boleh masuk. Jalannya adalah rumah-rumah orang. So, memang kene catwalk pepagi then baru keluar jalan besar di mana Jito park kereta beliau.

 

Perjalanan untuk lihat sunrise dari Malioboro adalah dalam sejam. Mengantuk habis aku. Tapi sempat perhatikan jalanraya di Yogkarta ni yang sememangnya aman dan bersih. Tak macam di tempat lain yang agak kusut dan kutur.  Cara pemandu di sini pun lebih sopan santun gitu. Aku mengelamun jauh dan bila dah nak sampai tu, kami masuk ke kawasan kampung-kampung yang agak gelap gulita. Sampai sahaja di tempat nak naik sunrise. Korang kene bayar Rp30,000 seorang dan yuk kita start hiking pepagi. Berjalanlah aku di subuh hari demi menggapai impian melihat sunrise di Borobodur untuk hari special ini.

Apa yang aku dapat simpulkan di sini, semasa hiking tu, korang akan menelusuri jalan menuju ke dalam kebun orang-orang kampung. Adalah dalam 20 minit. Ramai je orang yang berjalan sekali cuma aku ni terlebih laju sangat sampaikan tertinggal kawan-kawan aku kat belakang. Takpe, aku try untuk jalan slow-slow and tunggu mereka kat atas. Aku pun sempot jugak ney. Sampai di atas, ramai betul abang and akak saleh dah standby cari port layan view. Dorang ni jenis diam je kalau tengah mengamati pemandangan. Tenang sungguh gaya mereka.


Bukan macam aku. Duklah pusing sana pusing sini nak tengok mana kah view point yang letops untuk dinikmati. Tapi macam sama je dari semua sudut. Baiklah aku hentikan je and lepak kat tepi kayu yang ado. Sambil tu jeling-jeling kalau ahli jemaah naik bukit dari Malaysia yang tak kunjung tiba. Sementara tunggu tu, aku pun fefeling jadi minah saleh try layan jiwa sambil pandang Borobodur tu. Keles kau Pora. Layan jiwa sampai ke sini okay.


Haluuu.. Jom kita menongkah bukit

 

Nasib track die okay

 

Inilah nama tempat kejadian
 
Sampai sudah. Namun kelibat mentari tidak kelihatan

 

Mentari

 

San suria sudah muncul

 

Jom kita pulang

 

Kiri kanan adalah kebun

 

Harga berbedaaaa ikut taraf siapa kamu
 

 

Nak baca dulu pon bisa

 

Sampai di sini sahaja
 
Naik kereta. Kita layan view di kiri kanan

 

Sekitar Borobudur

 

Map
 
Letops 

 

Bersih tau


Tak lama kemudian, geng-geng aku pun tiba di atas dengan wajah paling sempot yang pernah aku tengok. Rasa bersalah pulak ajak dorang datang sini. Tak tahu yang tempat ni kena hiking segala. Kalau tahu, better aku aje yang naik tadi. Takpela, Fit 1Yogjakarta katanya. So, tadah jelah badan kan? Tak lama lepas tu, kami pun nampak lah matahari yang sangat indah muncul dengan lajunya. Sempat aku record moment tu. Alhamdulillah, alam yang cantik di depan mata aku sekarang. Dan apabila semuanya sudah bersedia untuk gerak, kami pun turun ke bawah. Yeehaaaaaa!


Next destination ialah Borobodur, kiteorang keluar kereta pergi kaunter tiket and plan nak beli tiket. Tetiba je member aku taknak masuk sebab die kata kene mendaki tangga cam tadi. Dorang pun tak berapa larat. Aku pulak, memang hati dah separuh taknak masuk. Bayaran agak tinggi Rp250,000. So, nak taknak, kiteorang decide taknak. Then, Jito pon agree untuk terus ke Kalibiru. Sementara kawan kawan aku singgah toilet break, sempat jugak Jito tunjuk gambar-gambar gempak beliau kat aku. Die cakap, di Yogjakarta ni memang banyak sangat tempat yang menarik, tapi yang paling menarik adalah tempat bernama Dieng. Boleh hiking sana untuk tengok sunrise lagi cantik.


Jom makan!


Aku pon apa lagi. Muka excited habis. Siap suruh die check harga if nak ke sana and update aku cepat-cepat. Penasaran gue dibuatnyaaa. Kami singgah makan kat kedai-kedai bawah tu and breakfast sebentar. Kat sinilah kawan aku bayar tak check harga. Tahu-tahu je mahal gile. Makan krik-krik tapi bayar dekat Rp135,000. Suspect kakak tu salah kira. Tema nya kawan aku baru sedar bila dah makan kat kedai lain and tengok harga cam murah gile even kedai tu lagi gempak. So, korang kalau makan gerai-gerai gitu jadi.ah kiasu sikit tanya betul-betul. Kan kerajaan dah ajar, kuasa pembeli itu lagi hebat dari kuasa penjual. Ahaaaaa!


Kami teruskan perjalanan yang mengambil masa sejam lebih untuk ke Kalibiru. Okay, ni memang favorite idaman kalbu. Aku memang teringin habis nak pergi sini selepas aku tengok ade sorang traveler Indonesia pergi sana. Cantik. Tapi taklah pulak aku tanya camane die boleh naik atas pokok tu. Yang aku tahu gambar die cantik. Sampai sahaja di Kalibiru, kawan-kawan aku decide untuk lepakje dalam kereta. Hanya aku sahaja yang teruskan ke wisata itu. Ha keles tak ayat wisata. Ni kacuk-kacuk Bunga Citra je paham. 


Stop sekejap di empangan air sebelum ke Kalibiru


Aku ditemani Jito naik ke atas yang sememstinya berbukit-bukit. Dengan cuaca yang agak panas tapi angin yang dibawa dingin, aku terus teringat pada Sydney. Apa khabar lah Sydney tu kan. Ahaksss. Masuk Kalibiru ni macam-macam bayaran ada. Aku rasa bukan kat sini je. Kat memana pon. Kekadang terpikir, memang semua kene bayaran kat sini.Bayangkan nak BAP (Buang Air Besar) pun harga berbeda kalau kau nak shi-shi. Tema : Mahal seribu dari air kecil. Macamana dorang measure kalau urusan hanya dilakukan di dalam. Okay, xnak pikir.


Bila dah sampai di atas bukit, akhirnya aku nampak jugak pondok yang selama ini aku lihat di dalam gambar sahaja. Ianya adalah sebuah pondok di atas pokok. Untuk naik ke atas tu, anda perlu bayar Rp15,000 dan tunggu giliran. Rezeki aku pada haritu, sampai je terus dapat giliran nombor 3. So tunggu 2 orang sahaja weyy. Supir aku cakap, semalam sampai 40 orang die nak tunggu. Syukur. Takyah beriya becak panas-panas.


Kalibiruuuuu
 
Semua pun kena bayar

 

Berjalan seorang diri… Gitchew!

 

Tokan tiket

 

Gayat ke tidak tu?
 
Sembang dulu sementara tunggu giliran
 

Bila tiba giliran aku, aku dipakaikan tali dekat pinggang dan kemudian perlu panjat tangga yang tinggi mencanak. Neves okay time ni. Sebab gayat habis. Tinggi lah pulak tempat ni. Takpe 3 minit je kan… So aku kene gigih jugak woi. Tak kire lah camne pon. Dah bayar. So redah je. Supir aku memang dah standby dekat port amik gamba dengan camera. Posing sajok la aku selama 3 minit. Memang tak puas tau. Rasa kejap je…tak sempat nak layan view depan mata.

Bila turn dah selesai. Sila turun ke bawah dengan berhati-hati. Risau betul aku kalau anak tangga ni tertanggal ke apa ke. Apa-apa pun, ni memang experience yang best. Letops habis! Dengan harga yang murah gini. Tapi view macam kat Los Angeles. Memang berbaloi. Aku turut bersyukur sebab supir aku ni kaki amik gambar. Yang aku harus lakukan hanyalah posing sajok. Tak perlu nak gaduh-gaduh amik gambar. Kekadang terasa trip ni cam trip “Retis Kah Kau Pora”. Sesorang ditemani photographer. Emangnyaaaa ini hadiah terindah gueeee!

 
Mampukah?

 

Gayat. Cuak. Semua ada

 

Sejujurnya aku takut benda tu roboh je. Tapi dun worry, tali di seluruh badan ado. Insyallah selamat!
 
Habis posing, aku turun. Segan lak nak tunjuk gambar #selfie kita

 

Kita posing sekitar Kalibiru je
 
Begitu memahami kegilaan manusia sekarang yang lebih suka berfoto

 

Crown Cik Pora

 

Terima kasih Jito. Sporting bangat lo!


Kami shoot turun ke bawah selepas stop kat beberapa port untuk amik gambar. Masuk kereta dan menuju pulak ke destinasi seterusnya – Hutan Pinus. Aku memang tak tahu langsung tentang tempat ni. Yang aku tahu tempat ni hutan je. Aku pon layankan jelah. Yang penting, Kalibiru dah pergi. Yang lain terserah… Wah sinetron angat. Jalan menuju ke sana adalah dalam sejam. Bila dha nak hampir tiba di destinasi tu, kawasan yang kami lalu, semakin redup. 

Van yang membawa kami meluncur laju dan akhirnya kami tiba di satu kawasan hutan yang penuh dengan pokok di kiri kanan. Bila aku mendekati pintu masuk (nasib baik takde entrance fee), baru aku paham, yang hutan pinus ni sebenarnya adalah hutan pokok pine. Time aku nak masuk tu, bunyi orang tengah busking memenuhi segenap suasana Hutan Pinus. Tenang babe.dah lah redup je. Cantik sangat tempat ni. Aku rasa cam tak percaya yang Indonesia ada tempat cantik macamni. I love you lah!


Hutan terbaik!
 

Aku berjalan masuk dan cuba explore tempat ni secara tenang. Best nya tempat ni. Aching-aching video clip Taylor Swift – Safe and Sound. Memang sejibik lah. Ade tempat baring, buaian, tempat duduk, camping dan macam2 lagi. Seronoknya kehidupan macamni. Pelbagai pilihan dan ianya percuma. Kalau di Malaysia, kau jangan mimpilah nak dapat tempat macamni secara Gratis. Semuanya berbayar dan kalau percuma pun mesti ada je lah kes kes yang tak diingini. Oh aku semakin klise dengan negara sendiri. 

Aku bersandar di pepohon pine dan cuba mendongak ke atas. Setiap kali angin bertiup, pepohon akan bersama-sama mengikut rentak angin. Wey, time tu,memang rasa bahagia sangat. Ini kalau Jiwa kacau (JK) memang da cukup awesome untuk layan jiwa kat sini. Kekdahnya, memang bahagia gile duduk sini sampaikan tak sedar yang lama jugak kiteorang lepak kat sini. 


Haluuuuuuu semua

 

Tempat ni indah sangat. Please datang please

 

Boleh camping and lepak-lepak. Insyallah Bear tak datang serang

 

Posing dongak langit

 

Jito cakap, nenek moyang dorang dah tanam pokok nie untuk cucu mereka sejak Tahun 1. Aku tanyalah, Tahun 1 tu tahun berapa. Die tanya aku, ni sekarang tahun berapa? Aku jawab 2015, die bilang, ha tahun 1 ialah tahun yang mula-mula sekali. Sekarang tahun 2-0-1-5. Kiralah sendiri. Aku memang krik-krik

 

Sekumpulan remaja
 
Derma banyak bapa billion ni?
 

Bila da ready untuk ke next destination, kami pon bergerak ke kereta dan supir pon gigih drive bawa kami ke Kebun Buah. Seperti biasa, masuk kene bayar. Jalan seakan mendaki. Nama je kebun buah, tapi kamu dilarang memetik buah sama sekali. Dan musim yang kami datang niadalah musim kemarau. So tiada istilah buah bergantungan di sini. Ngerti? Time kat sini cuaca memang panas. Tapi aku gigihkan jugak berjalan nak tahu apa la yang ada kat sini. Berjalan dibawah pancaran matahari meniti tangga yang ada. Rakan-rakan aku memang dah surrendrer awal-awal.so tinggallah aku dan Jito sahaja. Tempat ni ala-ala lookout point yang cantik. Cuma musim kemarau ni, die jadi kering kontang. Tak lama kami di sini. Terus bergerak pulang untuk ke panteii..

Kebun buah atau kebun gersang? Ahaks… Bukan musim la

 

Gempak kedai

 

Ramei-ramei

 

View sikit apa yang dorang duk jengok
 
Air pun kering

 

Orang dah takde, jom kita


Yeah, untk ke pantai Parangtritis, kami semua diberitau, perjalanan amik masa sejam lebih. So, aktiviti tido dalam van ni dah jadi benda wajib. Ada jugak kami singgah makan di kedai Nasi Padang. Murah seyyy. Makan sekali dengan keropok yang ado. Dah menjadi identiti makan di Yogjakarta untuk makan sekali bersama keropok yang ado. Dah kenyang, bergeraklah pulak kami terus ke pantai. Berdebu dan panas. Kami berehat dulu dan agak-agak dah nak redup, barulah kami keluar dari van. Sekali lagi kawan aku malas nak join aku jejalan kat pantai. Dan aku berjalan bersama Mr Paparazzi aku, Jito yang memang gigih duk amik gambar aku sana sini. Memang skill photography die makn improve gituu. Yang penting ada kenangan di sini.

Cuaca panas, jom meratah buah
 
Parangtritis
 
Pasir selembut Downy
 
ATV anyone?
 
Kekanak dalam Osar
 
Lovely
 

Di sekeliling aku memang dapat dilihat abang-abang kereta kuda  duk promote servis kekuda mereka ni. Aku memang teringin betul nak naik kuda sendiri dan jejalan tepi pantai. Kawan-kawan aku lak memang ada pasang niat, tapi nak naik kereta kuda lah. Kiteorang pon agree and Jito yang tukang cari bro-bro kuda untuk nawarin harga yang bagus. Aku dapat Rp50,000 untuk naik kuda. Manakala kawan aku lak, diorang dapat Rp30,000 per kereta. So, kiteorang pun berpisah janji tunggu tepi pantai. Bila ditanya feeling naik kuda tepi pantai, aku rasa aku tinggi hahaha! Tinggi gile tauu. Then, die rasa cam relax je bila naik tu even hai gementar.

 

Tapi aku teringat Ustaz Kazim pernah bagitahu, kuda tahu seseorang tu samada dia baik aau sebaliknya. Yang paling pening niat di hati bila nak naik. Dan seterusnya, bertawakal sahaja. Muah. Aku naik pusing-pusing pantai sahaja. Habis pusing, turun,balik ke kereta and terus memecut pulang ke bandar. Sempat singgah di kedai kek untuk celebrate birthday gituuu… Cadangnya nak makan di kedai Nasi Ayam Penyet Surabaya. Tapi kedai die macam Wong Solo, kang kene caruts lak, orang tengah makan, then kau nak nyanyi-nyanyi laks. So, pulang sahaja ke hostel dan celebrate di Pawon Cokelat yang letops hai. Jito pon join sekali. Paling gumbira die. Macam birthday die pon ada. Yang penting kita semua happy yippie. Itu malam tidor lena. 

 
Birthday cake saya untuk tahun ini. Biar usia bertambah, hati baik dan murni pun kene tambah juga

11 thoughts to “Budget Trip ke Yogyakarta @ Jogjakarta – Part 2”

  1. salam
    terbaik la safura….
    good job…
    saya baru abis baca blog awak….dr thn 2008-2015…berpinau mata saya =)
    mcm mana awak dpt keyakinan & keberanian nk g travel jauh2 nie?
    fmly awak xrisau ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *