Budget Trip ke Yogyakarta @ Jogjakarta – Finale

Ini hari kami harus check out dari Pawon Guesthouse untuk satu hari sahaja. Kami sangat bersyukur apabila ibu Mona sudi pulangkan duit kami (untuk 1 night itu) yang telah pun dibayar sewaktu check in. Kami perlukan duit tersebut untuk cover accommodation kami di Dieng nanti. Bak kata Jito, ini memang budget krik-krik nie. Lantaklah nak bahan camane sekali pon, yang penting, hidup kena jimat cermat. Biar muka tebal yang penting poket tak nipis. Gaytoohhhhhhh!

Setelah sarapan, kami terus keluar menuju ke jalan besar Malioboro untuk menemui Jito yang akan tunggu di kawasan tersebut. Naik sahaja van, kami terus menuju ke Pantai Klayar. Usah ditanya gi mana jalur mau ke pantei, kelak sesat kalau aku tunjukkan. Semuanya aku sandarkan pada Jito dari Trip Javanesia. Biar yang pakar ajaaaa bawak-in kami ke sana.

Perjalanan untuk ke Pantai Klayar mengambil masa berjam-jam. Dekat tengahari juga kami sampai di Pantai Klayar. Sebelum tu, kami sempat singgah dulu di Banyu Tibo (ertinya Air Jatuh) di mana bertemunya air sungai dan laut. Dapat dilihat, air sungai yang tenang mengalir dari kawasan perumahan dan jatuhnya melalui air terjun terus ke laut. Cuaca time tu memang panas bak ang! Kelihatan ramai juga anak muda yang mandi manda riang gembira di bawah air terjun. Ada juga yang mencuba nasib untuk melawan arus ombak yang mengganas. Tapi, tidak berjaya. Ombak kan jahat?

DSC09568-012

Sampai sudah di destinasi kami

DSC09573-013

Dan inilah tempat bertemunya air sungai dan laut

DSC09574-014

The view

DSC09577-015

Adakah di sana terletaknya Australi?

DSC09581-016

Angin kencang

DSC09593-017

Ombak kuad terus menuju ke air terjun

DSC09598-018

Lovely view

DSC09611-019

Dan kelihatan mereka yang sedang riang bermain di tengahari

DSC09652-020

Tak kurang juga pada yang melayan JIWA

DSC09661-001

Isteri menemani suami SORUU

Habis bersandiwara di Banyu Tibo, kita sambung pengembaraan ke Pantai Klayar pulak. Di sini, lagi panas la tema-nya. Kawan-kawan aku memang tak tahan panas. So, kesudahannya, aku dan Jito sahaja yang keluar meronda Pantai Klayar itu. Terasa diri anak ado-ado sangat apabila berjalan ditemani bodyguard persis Remy Ishak itu. Ahaks! Di Pantai Klayar, anda boleh memilih untuk berjalan atau sewa aja OJEK yang ada. Konsep OJEK di sini ialah ATV. So, anda dapat lah merasa naik 1 ATV sampai 3 orang, mampu? Trip untuk pergi dan balik hanyalah Rp50,000. Murah saja!


DSC09677-002

Abang Oyek, ke mana kita?

DSC09693-003

Batas-batas persahabatan pula gi mana sih?

DSC09694-004

And to this view…

DSC09700-005

Dan bayaran juga dikenakan

DSC09725-006

Dan sampa juga

Apabila berbicara tentang Pantai Klayar, ianya adalah sebuah tempat yang terkenal dengan Seruling Samudera. Yang dapat aku bayangkan hanyalah seketul batu yang ada di pantai ini berbentuk seruling dan tinggi melangit mungkin. Namun tanggapan aku salah. Rupanya ada air pancut yang menyembur di sebalik batu dan mengeluarkan bunyi seakan tiupan seruling. Ianya mampu memancutkan air setinggi 10 meter apabila datangnya ombak yang besar. Kalau ada luck sikit, sometimes anda boleh lihat pelangi yang muncul di sebalik batu di pantai itu.  Aku menikmati pemandangan yang ada di sekitar Seruling Samudera ini. Bagi aku, memang unik!

DSC09729-007

Oh Seruling Samudera, terlalu indah bunyian nya

DSC09734-008

Ditemani view ini

Since nak naik tengok Seruling Samudera ini, anda haruslah cam mendaki sedikit, so korang akan berasa macam kat atas look-out-point tau. Bila dah sampai tu, anda akan nampak view hampir keseluruhan Pantai Klayar. Time ni, lupakan sahaja cuaca panas membahang. I prefer to be in hot sun rather than super freezing cold. Kalau yang dah pernah merasa musim sejuk di bawah 0 celcius, korang akan paham dan bersyukur negara kita panas cenggini. Tak gitu? Apa-apa pun, dalam keadaan basah cik keti tu, aku rasa cam satisfied habis tengok view yang ada di hadapan mata ini. Sesungguhnya bumi Yogjakarta ini cantis sangat.

DSC09763-010

Dan menjamah makan tengahari pula

Habis berwisata di Pantai Klayar, kami mulakan pula perjalanan ke Pantai Pok Tunggal yang mengambil masa around 2 hours. Hari semakin gelap semasa kami menuju ke sana. Tujuan asal adalah untuk ke Pantai Timang. Namun, tiada rezeki aku untuk ke sana. Bagi tidak merasa ralat yang amat sangat, Jito gigih bawak kereta sedikit ‘drift’ dan hanya sempat tiba di Pantai Pok Tunggal, itupun ketika matahari sudahpun terbenam. Hati agak cedeh sebab tak dapat nak ke Timang, namun view Pok Tunggal yang sungguh menggamit kalbu itu sedikit sebanyak mengubah ‘kisah touching tak sempat ke Timang itu’.

DSC09808-011

Pok Tunggal, our short and sweet moment. Too lovely.

Tahukah anda?
Jalan untuk masuk ke pantai agak gelap, sempit dan uneven, so kalau boleh please plan your time betul-betul. Di sini, gelap awal. Takut, tak sempat nak cover semua tempat dalam masa yang singkat.

Kami menelusuri kegelapan malam di Pok Tunggal untuk menuju kembali ke area Borobodur dan langsung ke Dieng pada jam 8 malam. Ketika aku di sana, musim kemarau yang teruk telah menyebabkan hutan banyak yang terbakar. Ada sekali aku lalu di kawasan hutan dan tiba-tiba api marak menerangi jalan kami. Menurut Jito, kebakaran hutan ni memang berlaku kalau cuaca terlampau panas. That’s why Malaysia terkena tempias jerebu yang agak lama.

Perjalanan ke Dieng mengambil masa 4 jam dan sempat juga berhenti di beberapa R&R untuk toilet break. Ada sesekali, pada waktu tengah malam, nampak pulak orang pakai kupiah duduk tengah jalan yang akan tahan kami suruh berhenti sebab ade constructtion di hadapan. Mereka hanya pakai torchlight je. Bila berhenti, anda perlu bagi duit. Dan dari situlah mereka meraih rezeki di tengah malam sebab tolong jaga lalulintas secara sukarela. Sejujurnya, kalau di Malaysia, memang jangan harap ada orang nak berhenti. Either non-orang atau orang yang cuba ambil kesempatan. #Enufsaid

Bila kami dah memasuki kawasan Dieng, baru aku tahu yang sebenarnya Dieng ni merupakan kawasan tanah tinggi. Ha, tahu pun sebab aku tengok, even dalam kegelapan, keadaan jalan die saling tak tumpah macam kau nak naik Cameron Highlands. Tapi ikut Jalan Tapah la. Bengkang bengkok, non hado lampu, gelap gelita dan tiada tembok penghadang selekoh. Aku  selaku co-pilot pun dah naik seriau duk mengharung jalan ke Dieng pada jam 1pagi. Kerap kali aku tengok pilot aku. Takut-takut die terlelap. Seharian wey die drive bawak kami. Mau nangissss kalau aku yang drive.

Temanya, aku memang takleh tido sebab ajet-ajet excited pulak. And bila dah celik gini, kene pulak tadah telinga dengar lagu “Ada Gajah Di Balik Batu” dari Wali. Aku rasa sepanjang jalan berjam-jam, duklah ulang-ulang lagu ni tauu. Nak muntah memang ada, tapi lelama aku dengar cam lawak pulak. So layankan sajok as long as tak ngantuk sakan. Akhirnya selepas beratus kali duk Ada Gajah Di Balik Batu, sampai jugak aku di hadapan chalet Dieng yang diperkatakan oleh Jito tempoh hari.

Sejuk toksah cite. Since this is unplanned trip, kiteorang memang tak bawak apa-apa kelengkapan baju sejuk. Yang Jito pulak, lagi hebat, tak bawak kasut. Kau rasa? Duklah pakai selipar and tshirt yang ado. Memang konsep ‘paling krik-krik’. Dah sampai depan rumah tu, owner chalet pulak tak angkat phone. Kau rasa? Duduklah kami keras dalam kereta dengan menaruh harapan, ala-ala Kak Eton Meon supaya owner tu angkat phone. Pesan mak aku, kalau sejuk, kita kene bergelinjangan sikit. So aku pun tak duk diam lah temanya. Habis satu van pun jangkit penyakit tak reti duk diam.

Pandang kiri kanan depan belakang and tetiba dari side mirror aku nampak seorang pakcik berjalan kaki seorang diri dengan berjaket hitam. Terus aku suruh Jito tanya pakcik tu kalau-kalau die tahu mana rumah owner chalet nie. Elok pulak pakcik tu memang ala-ala Tuk Ketua Dieng. Die pun terus berjalan kaki ke rumah owner untuk kejutkan owner. Sementara owner datang, kami pun lepak dalam van mereput beberapa minit.

Muncul pulak seorang lelaki menaiki motor dan bertindak sebagai pembuka kunci, hati terus lega. Mengantuk toksah cakap, turun van, check bilik, nyalakan unggun api yang ada di dalam bilik dan terus buat payment. Kami masuk bilik, nak basuh muka pon kejung ni, so basuh ala kadar sahaja dan terus tido. Kami dikejutkan pada jam 4 pagi oleh Jito. Aku terus bangun tapi aku suruh kawan aku gi mandi dulu. Die pon bangun terus mandi tanpa berpikir panjang. Aku rasa ni lah weather paling sejuk kat Indon tau. Sumpah rasa macam mengigau kat Beijing.

DSC09818-015

What a long journey, what a long day

Sejuk yang terlampau dah ni. Nak mandi pun aku rasa, mau kejung ala-ala Frozen pula nanti. Better mandi ala kadar sahaja. Pagi ini kami akan ke sunrise peak dan perlu berada di sana seawal jam 4 pagi. Namun, sedikit kelewatan dan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, hanya aku sahaja yang akan naik ke bukit Sikunir untuk menikmati panorama matahari terbit di Dieng. Dengan itu, trip ni jadi trip Sapora Spears bersama pengawal peribadi, Jito Alfonso. Hado ?

Jalan untuk ke tempat mendaki itu adalah dalam 10 minit dari chalet kami. And itu adalah perjalanan paling adventure pernah aku alami sepanjang di Yogjakarta. Memang tak nampak apa. Jalan sempit. Kabus terlalu tebal. Hari memang gelap gelita. Even high beam pon still cannot help. Yang aku tahu setiap lengkung jalan, kalau kau ter-over skit memang gaung la jawabnya. Jito duklah lap-lap cermin depan supaya boleh nampak jalan. But still….. Hanya doa sahaja dipohon. Ayat kursi tidak pernah putus dibaca. Segalanya berserah sahaja.

Dalam duk risau tu, tetiba ada sebuah motor yang memintas van kami. Mungkin van kami terlalu slow. Dan berpandukan lampu motor tu jelah yang jadi panduan kami memandu. Even samar, tapi kami bersyukur, mungkin Tuhan mempermudahkan urusan kami untuk ke puncak Sikunir. Kami sampai di pintu masuk dan perlu bayar entry pass untuk setiap seorang. Seperti biasa, harga local and tourist lain ya. Beza bangat. Park van and terus turun di hadapan deretan kedai menjual souvenirs. Sejuk itu pasti. Siap ada kakak buat service sewa baju sejuk RP15,000. Harus aku nak. Ini bukan sebab nak fefeling Korea nyah, tapi sejuk die, hanya badan aku je yang paham.

Bayar, pakai winter jacket dan terus mendaki. Yang Jito memang duk angkut selimut chalet die sekali sampai ke atas. Kau mampu mendaki sambil pakai selimut tetangga? Hanya Jito, si pengawal peribadi je mampu. Time kami nak naik tu, die nya tanah ni cam berdebu. Jalan memang gelap habis. Rasa nak patah balik, tapi mujurlah selain aku dan Jito, ada lagi 2 orang yang turut serta mendaki. Start daki dalam suhu yang macamni memang mencabar. Kalau korang jenis yang tak biasa mendaki, aku sarankan korang warm up dulu. Kalau tak, berposing sakan kepala

Dan itulah yang terjadi pada aku bila aku hampir tiba di puncak. Hiking tak lama. 20 minit sahaja, tapi disebabkan terlalu sejuk, aku jadi cam kurang oksigen. Mintak rehat. Rasa cam nak pengsan. Tapi Jito cakap jangan pengsan, mau susah die nak kendong. Berat. Caruts sungguh. Memang kalau boleh tak nak pengsan kat atas gunung ni. Kat darat pun belum tentu aku nak pengsan. Pengsan pon kalau ada Kuya Jericho Rosales je lah. Ahaksss…


DSC09838-016

Dawn

DSC09840-017

Dan akhirnyaaaa… Pit point pertama, rehat kat sini sat!

DSC09863-018

Nature lover

Aku mintak rehat pon tak lama. Even kepala rasa berat macam batu, but aku tetap gigihkan jugak. Pejam mata, doa mintak dipermudahkan dan aku teruskan juga melangkah. Aku rasa badan aku semua okay cuma kepala jadi berat banget. Aku mendaki menuju ke atas dan yeehaaaaaaa…. Nampak dah port yang terindah itu. Alhamdulilah sampai jugak aku di tempat idaman. Hilang segala sakit di kepala itu. Choy sangat.

Time sampai di puncak, matahari pon dah hampir terbit. Syukur. Kejadian terindah dan rezeki aku datang ke sini. Memang meriah dengan local people. Hanya beberapa orang sahaja mat saleh. Orang kita? Memang aku sorang je lah wakil yang ado. Takpe uols. At least ade. Bila dah sampai di puncak, rasa nak jerit. Wahai penduduk Dieng, wake up!!! Kak Pora dah sampai puncak. Menuju puncak ke tidak? Apa-apa pun, aku sorang-sorang je yang duk feeling. Yang lain sibuk bergambar. Namun, memori harus diabadikan. Jadi, terpaksalah Jito asah skill photographer die dengan ditugaskan mengambil gambar Cik Sapora.

DSC09918-020

Sunrise… sunrise
DSC00166-030

Menuju puncak.. Bukan Puncak Perdana, tapi puncak kegemilangan!

DSC00185-031

Paddy terrace

DSC00220-032

Posing terlebih sesal

DSC00242-033

Pilot serba boleh, siap jadi tukang jual hot milo atas Sikunir


DSC00244-034

Simbolik


DSC00053-024

Blue jacket

DSC00060-025

And this is the view from where I stand

DSC00063-026

Masih berkabus
DSC00130-029

Inilah bumi Dieng

Start daripada tu, die memang tak putus-putus amik gambar aku sana sini, posing kaw-kaw sampai capek. Siap berkenalan, lepak dengan beberapa traveller lain dari Indonesia yang turut menyaksikan keindahan Sikunir. Time lepak, soklan best dari dorang, apa tempat yang paling indah di Malaysia? Aku pon bagitahu lah kita ada Sabah. Pergi satu tempat, tapi can cover laut gunung darat. Sejuk panas pon. Pulau cantik sangat. Then diorang jawab if nak pergi ke pulau yang lagi cantik dari Lombok (okay time tu aku terus cam ade lagi ke yang cantik dari Lombok?), die suh aku pergi satu pulau ni. Okay, balik nanti saya Google ye.

Aku adalah antara yang paling lama berada di atas puncak dan itu pun aku sedar bila keadaan di situ semakin sunyi. Siap Jito cakap 2 jam kita di atas. Terus aku jawab, habis tu? Naik sampai kepala pusing ala2 goyang inul, nak lepak 10 minit? Memang ku katakan tidak. Time turun. Suhu pon dah beransur panas. Itu jam, aku campak sajok jaketdi badan, tak kuasa la nak berpanas-panasan dah kan. Anyway terima kasih sehelai jaket biru, anda berbakti sangat.

DSC00260-035

Habis diangkut segala barang. Memang pilot tabah di Yogjakarta. Gigih menjaga keamanan guest. SALUTE!

DSC00329-037 Pagi tadi tak nampak, now terang sudah

DSC00335-038

Tanaman yang ado

DSC00337-039

Peristiwa cabai kontot

DSC00339-040

Kak Yuna… awat tak habaq?

DSC00344-041

Desa tertinggi terletak di Kampung Sembungan

Kami turun dan memandu terus ke Batu Pandang. Kat sini pun, anda harus mendaki lagi. Namun, track nya macam ada tangga gitu. Anda kene bayar Rp20,000 kepada seorang pakcik sebab ini adalah tanah persendirian. Letops eh. Beli tanah, tengok-tengok belakang rumah ade danau. Nangis kalau aku dapat tanah camtu. Memang rezeki dari Allah. Aku teruskan jugak mendaki dan bila sampai, fuh! Cantik tapi gayat. Posing sakan. Then turun balik.

DSC00350-042

Inilah Bukit Batu Pandang yang dikhabarkan itu

DSC00376-043

Lepak sat di kebun pakcik

DSC00380-044

Harus panjat ke atas tu dulu. Kalau ada masalah takut pada ketinggian, sila challenge diri anda

DSC07613-012

3 sekawan ini bantu aku amik gambar di Sikunir tadi. Now, jumpa pulak di sini
DSC07633-013

Tadaaaaaa… Behind the scene, suara aku lah paling bingit sebab takut habis
DSC07657-014

Gorengan. Sebab di sini, mereka tanam sendiri potato

Balik ke bilik, mandi, makan Maggie bersama owner chalet yang tertido semalam dan terus check out. Next destination kami adalah ke Telaga Warna. Kat sini pon best jugak tapi banyak patung patung hindu dan simbol-simbol pemujaan. Ini adalah kerana daerah Dieng mempunyai ramai penganut Hindu. Kami hanya berjalan-jalan sahaja dan beransur pula ke Sikidang untuk melawat kawah. Kemudian, kami pulang terus ke Yogjakarta. Ini adalah hari terakhir kami di bandar sebelum pulang esok. Mix feelings. Taknak balik as usual.

DSC07659-046

Telaga pelbagai warna, tapi kami tiba pada musim kemarau. Jadi, hanya satu warna sahaja

DSC07692-047

Jom kita explore

DSC07713-048

Kalau buang jugak, sila paham-paham sendiri

DSC07715-050

Jom kite ke semak

DSC07737-051

Group 3 sekawan tadi, jumpa pulak di sini. Apa lagi, strike a MLM pose

DSC07740-052

Hindu

DSC07753-053

Die je mampu ke sana

DSC07766-054

Ada kain putih di situ

DSC07826-055

Masuk ke dalam teater untuk nonton. Memang informative untuk yang ingin mengetahui tentang Dieng

Tahukah anda?

Dieng Plateu merupakan kawasan gunung berapi suatu ketika dahulu. Pernah suatu ketika, ada satu gunung di sini telah meletus dan menyebabkan ramai penduduk lari untuk menyelamatkan diri. Namun, mereka sebenarnya lari ke arah gas yang beracun. Oleh demikian, ramai yang menjadi mangsa korban. Sejak kejadian tersebut, researcher giat menjalankan ujian ke atas kandungan tanah di Dieng. Dan di Dieng juga ada satu fenomena popular iaitu, fenomena rambut gimbal. Kebanyakkan anak-anak Dieng yang berambut gimbal akan diadakan acara seakan cukur jambul ketika Dieng Culture Festival.

DSC07832-056

Jika anda berminat untuk beli belah

DSC07841-057

Kawah yang ada sulfur

DSC07849-058

Kuda putih

DSC07856-059

Bau dieeee… Walaweh!

DSC07885-061

Dan ini jugak

DSC07897-062

Pokok ini cantik

DSC07904-063Goodbye Dieng Wonosobo

Mungkin yang terasa berat untuk tinggalkan Yogjarkata adalah kerana, ada sahaja pemandu yang akan bawak anda ke mana saja destinasi idaman. Sebab tu kot rasa cam xnak balik. Kekwat terok kan? Lantaklah. Kami diturunkan di area hostel dan terus berjalan masuk menuju ke Pawon Coklat. Check in. Rehat. Mandi. Uruskan baju dobi. Dan malam terus keluar untuk cari sedikit souvenirs di Jalan Malioboro. Macam-macam korang boleh beli. Rupiah aja kena ada.

Habis urusan di Malioboro, kami terus menuju ke McDonalds untuk mencari Jito. Mau mgedate buat kali terakhir katanyaaa… So, kiteorang pon naik van dan terus dibawa makan di Kedai Mee Ayam yang memang marvelous habis. Please datang rasa. Aku memang recommend untuk anda yang sukakan ayam dan mee. Untuk malam tersebut, aku makan yang siap ade bakso lagik. Letops pok! Memang sampai sekarang teringat keenakkan yang ditawarkan. Balik hostel, tido and esok kita mahu pulang.

DSC07930-064

Jika anda ke Yogja and ambil servis dengan Trip Javanesia, please ask them to bring you here. Harga murah dan sedappp!

Bangun pepagi, had breakfast and kami dihantar oleh Jito ke Lapangan Udara Adisujipto. Masih awal lagi utk kami check in, tapi kami lepak di CFC dulu before check in. Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur memang nyaman. Bila dah sampai Malaysia. Jerebu pulak. Anyway, I had so much fun in Yogjakarta. Repeat again? of course. Memang jatuh hati dengan keindahan yang jarang sekali dinikmati di tempat lain.

DSC07939-044

Bye Jalan Malioboro

DSC07943-045

Street art, itulah yang aku cari

Sila rujuk budget saya kat Yogjakarta seperti di bawah :

  • AirAsia flight ticket (return) : RM155/pax
  • Sunrise : Rp 30,000/pax
  • Kalibiru : Rp 23,000/pax (in total)
  • Naik kuda : Rp 50,000/pax
  • Pawon Guesthouse : Rp 350,000/room for 2 pax
  • Dieng Chalet : Rp 220,000/room for 3 pax
  • Jeep Tour : Rp 350,000/jeep

Ini adalah senarai budget yang sempat di-capture. Untuk yang lain, kebanyakkanya hanya dikenakan Rp10,000 dan ke bawah. So, selamat menjadikan post ini sebagai guidelines anda ke Yogjakarta kelak!

Tips : Untuk yang berminat untuk menggunakan servis Trip Javanesia, anda boleh contact mereka di Facebook. Don’t worry, sepantas kilat mereka akan melayani anda. Aku recommend Jito untuk jadi pilot anda 🙂 Daaaaaa

9 thoughts to “Budget Trip ke Yogyakarta @ Jogjakarta – Finale”

  1. Hi! nak tanya package trip javanesia yang car rental+driver tu Rp 500,000 untuk satu hari ke 12 jam je?? thanks!

  2. Hello, agak2 possible tak kalau nak full itinerary? Tengah fikir nak guna trip javanesia. Ke just bagi list of places we wanna go nanti diorg aturkan ? Thank you Pora 💕

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *