Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout : Part 1

Halu halu…. Mohon take a break sebentar dari stori di Yogjakarta dan sekarang ni nak bukak stori di mana baru-baru ini dapat invitation dari Tourism Selangor untuk follow trip Tourism Selangor Day Out with media and bloggers called #tsdayout Special Edition Selangor Meets Sarawak.

————————————————————————————————————————————

Rezeki yang datang tidak harus ditolak. Sebagai adik junior yang megikuti trip ni, pada hari kejadian – 30 October 2015, bangun pagi-pagi and terus bergegas ke Shah Alam Bandar Orkid. Pada jam 8.00 pagi kami semua perlu berkumpul di pejabat Tourism Selangor dan diberikan taklimat secara terperinci tentang program yang berlangsung selama 4 hari di Selangor dan juga Sarawak. Untuk program #tsdayout yang berlangsung kali ini, memang special edition habis kerana ia akan menggabungkan negeri Selangor dan Sarawak sekaligus. Menarik tertarik kan? Jom kita layan apa yang ada.

Hello! Saya Cik Pora

Taklimat daripada orang penting Tourism Selangor

Moh kita naik bas

Here we go!

Tahukah anda?

  • #tsdayout (singkatan kepada Tourism Selangor Day Out di mana pada hari tersebut para peserta akan diperkenalkan dengan keindahan bumi Selangor melalui media sosial)

Untuk hari pertama, geng Tourism Selangor telah menganjurkan program persis ‘Amazing Race’ dimana starting point kami adalah di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz dan mostly cover Bandar Klang di sekitar Little India. How brilliant is this idea kan? Kalau ikutkan Klang merupakan kampung halaman di sebelah ayah. Tetapi, tidak pernah sekalipun aku terpikir untuk discover apa yang ada di Bandar Klang. Apakan lagi, siap bawak segala camera yang ada and backpack sekali berjalan di setiap pelosok bandar Klang?  Inilah aktiviti yang sebenarnya telah membuka mata aku yang sebenarnya seronok habis bila kita jadi pelancong di tempat kita sendiri. Tak caya? Apa kata korang try jugak, mesti fun habis! 

Jom kita masuk!

Inilah bangunan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz, our starting point untuk Amazing Race 

Cantik kan?

Hanya yang bertanda sahaja dah ada jawapan, yang lain… Redha sahaja

Apabila semua pun dah terima kertas soalan, maka bermulalah penerokaan Bandar Klang yang selama ini tak ku sangka terdapat banyak top attractions. Tema untuk ‘Amazing Race’ pada hari tersebut, baca soalan, cari jawapan, setiap jawapan ada pada seluruh Bandar Klang. Kalau tak tahu, tanya pada local people, kebanyakkan dari mereka memang friendly and banyak membantu kami. Kami harus mengambil gambar dan ada juga yang perlu dibeli dibawa sebagai bahan bukti gituuu. Pening kepala Cik Pora duk berpikir jawapan untuk setiap pencarian tersebut. Terutamanya part keris. Sebenarnya aku dah tahu jawapan die keris. Tapi aku kene cari keris yang tinggi kat Klang. Amik gambar dan confirm betul.

Yang palin takleh terima apabila aku amik gambar tiang lampu Klang yang ade keris (which is everywhere) and snap gambar. Yakin menang! Itu harus. Akan tetapi jawapan sebenarnya ialah, di bandar Klang ada terdapat Tugu Keris yang tinggi besar tersergam indah. Datang Sapora Saporna, die boleh snap semua gambar tiang lampu ada keris sajok. Siap macam-macam ‘angle’. Kekdahnya nak lah jugak tunjukkan seni halus kita.. Memang failed!

Hampir tepat tapi yang palin yakin!

Namun, ini adalah menara keris yang sebenarnya… Ambil dari Google

Kebanyakkan soalan yang ada semuanya adalah berdasarkan Royal Klang Heritage Walk yang banyak memberikan pelbagai info tentang sejarah dan senibina yang ada di Bandar Klang ini. Tak sangka, selama nie aku ingatkan bandar-bandar seperti Paris, Sarajevo sahaja yang adakan walking tour begini, namun di Klang juga ada. Aku memang bangga dan suka dengan initiative yang dianjurkan oleh Tourism Selangor. I must say, setiap tempat yang ada di Malaysia juga perlu ada aktiviti seperti ini. Harus diingatkan betapa seronoknya pelancong bila mereka dapat follow walking tour macam ni. Tak lupa juga pada explorer di Malaysia juga. Kan?

Jambatan

Laluan keretapi

Kedai aksesori

Masjid di Klang

My favorite

Langit yang indah

Jejantas

🙂

Harga silk di Klang. Ini geng-geng Aishwarya Rai je mampu milik

Masih mengamalkan tradisi mengunyah sireh

Manisan yang dijual di sekitar Little India

Henna

Pasu yang ada unsur-unsur Selangor + Sarawak

Sepanjang masa yang singkat itu, aku mula mengetahui tentang tarikan Bandar Klang yang sungguh unik bagi aku. Di sinilah terletaknya Istana Alam Shah,  jambatan yang dibina pada zaman British, bangunan bercirikan Victoria, Masjid India dan macam-macam lagi. Haaa… Grand ke tidak? Ingat Melbourne je ada unsur-unsur Victoria? Kita pon apa kurangnya…. Tak perlu jauh-jauh, kenali negara kita, supaya satu hari nanti, apabila ornag luar tanya, apa yang menarik di negara kita…. Haaam meh sini Cik Pora nak share info sikit. Mungkin anda boleh beritahu info-info tentang Bandar Klang ini :

Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz – Ini adalah muzium yang aku rasakan antara yang terbaik di Malaysia. Ianya merupakan tempat tersimpannya koleksi sejarah diraja yang bermula dengan Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Di sini juga diletakkan beberapa artifak dan antaranya artifak buaya yang dijulang suatu ketika dahulu. Ada juga jam yang dibeli oleh Sultan dengan  lelongan harga RM1.

Stesen Keretapi – Stesen keretapi Klang dibina pada tahun 1890 dan sehingga hari ini ianya masih digunakan untuk semua pengguna KTM. 

Chennai Silk – Terletaknya kedai menjual sari, gelang dan ada jugak tempat untuk buat silk kat sini. Korang boleh lihat live lagi 🙂

Istana Alam Shah – Indah kawasan sekitar istana ini. Tenang sangat.

Little India – Kalau anda nak fefeling Kajol or Kareena Kapoor, mungkin ini adalah tempat paling best untuk shopping. Tak lupa juga untuk peminat nasi daun pisang, this is your place!

Balai Bomba – Ini adalah contoh bangunan yang dibina bercirikan reka bentuk era Victoria pada tahun 1890. Kini ianya digunakan sebagai balai bomba di Klang. Walaupun dah moden, tetapi semua features di dalam masih lagi dikekalkan. Awesome kan?


Gedung Raja Abdullah – Tin warehouse. Tapi, apabila kami sampai di sini. Ianya ditutup pulak. Tapi, ini adalah salah satu muzium yang worth visit menurut beberapa web travel.

Religion Triangle – Masjid India Muslim, Kuil Sri Nagara Thendayuthapani dan Gereja St Barnabas yang terletak di segitiga Jalan Tengku Kelana. Bila anda berdiri di tengah-tengah jalan, anda akan lihat ketiga-tiga bangunan ini tersergam di hadapan mata anda. Unik sangat tau!


Tips : Info tentang Royal Klang Heritage Walk – Discover over 9 historic sites in oldest part of Klang Town. Dengarkan untold stories dari local people.


Every SATURDAY Duration: 2.5hrs walk

Time: 9.15am – 11.45am

Language: English

Registration at Royal Gallery Sultan Abdul Aziz – 9.00 – 9.15am

* Walk conducted by professional Tourist Guides


Macamana nak pergi : Boleh naik KTM Komuter dan turun di stesen Klang (bukan Port Klang)


Pre-registration and for further information, please contact – +603-55132000 (Tourism Selangor)

Pada jam 2.00 petang, kami semua perlu berkumpul semula di Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz bersama-sama dengan jawapan dan barang yang perlu dibeli. Sesungguhnya, bila dah sampai tu, masing-masing haruslah kumpulkan jawapan dan gambar untuk diberikan kepada geng Tourism yang bertugas iaitu Naqib. Time tu jugaklah kalut habis di mana, baru aku sedar camera aku tak ada file info. Oleh itu, kenelah keluarkan memory card, pilih secara manual saja. 

Selesai urusan ber-ah-mazing race, kami semua perlu menaiki bus dan menuju pula ke Empire Hotel Subang untuk sesi check in dan berehat. Walaupun suatu ketika dahulu area Empire ini adalah kawasan permainan Cik Pora, namun tidak pernah pulak dapat peluang untuk stay di hotel yang aku anggap gah ini. Mana tak gah, bangunan atas adalah hotel, bawah shopping mall. Dan yang buatkan aku rasa ianya lebih gah apabila melangkah sahaja masuk ke dalam bilik, kami dibentangkan dengan interior bilik yang sangat cantik. Tergamam sekejap!

Sejujurnya, hotel ni sangat sesuai untuk mereka yang inginkan super short getaway di tengah-tengah kesibukan bandar Subang mahupun sewaktu dengannya. Apabila masuk je, anda akan nampak ruang kerja yang disediakan bersama dengan speaker ipod. Ehem… So lepas ni, if feeling nak tulis blog tapi tidak tahu di mana lokasi yang sesuai, mungkin anda boleh pertimbangkan pilihan anda kepada Empire Hotel.

Ruang tidur dan mandi yang disediakan juga tidak kurang hebatnya. Terasa bagaikan berada di luar Malaysia pulak. Sedang elok dengan kondisi badan yang letih tak ingat setelah berpanas-panas di bandar Klang. Ha over ke tidak? Ternyata selama ini aku hanya lalu sahaja di Empire Hotel boleh dikatakan kerap jugak. Tapi tak pernah terlintas untuk check out this place. Terima kasih Tourism Selangor and Empire Hotel, you made me realized, janganlah sesekali take things for granted. Hotel di Malaysia pun apa kurangnya. Memang cantik jugak ye. Terutamanya Empire Hotel ini. Korang patut datang serbu check in kat sini. Awesomeeeee!

Let’s check in #tasaba

Bila Cik Pora feeling macam pengantin suci masuk bilik di Empire Hotel. Mampu?

Ruang mengarang mungkin? I want this at home

Jom kita feeling

Ruang bersiram

Ruang tidor

 Penghargaan kepada Empire Hotel Subang daripada pihak Tourism Selangor

 Tahukah anda?
  • Hotel mempunyai 198 bilik
  • Easy access to city centre
  • Terletak bersebelahan dengan shopping mall – Empire Shopping Gallery
  • Hampir kesemua bilik ada disediakan ‘work area’ dan diasingkan dengan bedroom
  • Wifi, room service, mini bar, hair dryer, welcome toiletries and etc.
  • Tertarik dengan bilik yang paling mewah di sini iaitu Empire Sanctuary yang merupakan duplex suite di hotel ini

Kami diberikan rehat secukupnya sebelum tiba waktu makan malam. Tepat jam 6.30pm, kami sekalian jemaah blogger berhimpun dan menuju ke dewan di dalam Empire Hotel untuk briefing dan presentation. Sejurus habis sahaja, kami pun bergerak ke dalam restaurant dan dijamu dengan pelbagai makanan yang enak-enak. Sedang elok 31 October 2015, ada pulak sambutan Halloween. Pelbagai dessert yang disajikan  juga bersesuaian dengan tema hokey. Memang scary but super cute! Habis sahaja makan, kami pun naik ke bilik and zzzzzzzzz… Jangan kacau tau, tidor kat sini memang lena.

Hallo halloween desserts. Too cute!


Penginapan rasmi kami di Selangor  dibawakan khas oleh Tourism Selangor dan Empire Subang Hotel. Untuk tempah bilik anda di Empire Hotel Subang, anda boleh click sini – http://empirehotel.com.my/

3 thoughts to “Special Edition Selangor Meets Sarawak #tsdayout : Part 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *